Followers

Wednesday, 22 December 2010

Alahai Umno/BN masih ber'hingus' rupanya......

Umno/BN bukan setakat seram-seram sejuk bila dengar apa yang Pakatan Rakyat nak buat dalam masa 100 hari bertapak di Putrajaya nanti.....tapi dah mula macam rasa nak kebas seluruh anggota.....kedua-dua kaki dah mula berat melangkah...tangan terasa sengal...mulut dah mula terasa berat nak bercakap....kalau boleh bercakap pun hanya sepatah-patah keluar macam orang kena serang stroke.

Umno/BN tak perlu naik angin...juga tak perlu nak menyerang peribadi...belajar-belajarlah gentleman sikit.

Apa yang Umno/BN perlu buat...counterlah balik dengan tawaran yang setimpal.....tapi rasa-rasanya Umno/BN memang tak mampu nak counter balik kerana sudah lebih 50 tahun Umno/BN tak mampu nak buat.....tak habis-habis dengan retorik ketuanan Melayu......apa benda yang Melayu (Melayu Umno?) jadi tuan...entah apa benda....

Bila dah tak mampu nak counter balik......jalan paling senang ialah memfitnah dan mengatakan Pakatan Rakyat hanya bertemberang.

Langkah ini adalah langkah kanak-kanak hingusan bergaduh......alahai.....