Followers

Tuesday, 3 August 2010

"Roti telur satu"......"Tulur tarak!".....

Saya beri 'tabik spring'lah pada jejaka-jejaka 'Perkasa' yang penuh dengan semangat keperwiraan, 'takkan Melayu hilang di dunia' dengan langkah seorang pahlawan menghantar memo bantahan di Kedutaan Amerika.

Saya menjangkakan mereka memakai baju Melayu bersampingkan songket tenunan Melayu dengan keris disisip di pinggang. Tapi tak mengapa, pakaian bukan melambangkan seseorang itu Melayu 'Perkasa' atau lembik kecuali memakainya ketika ada orang-orang besar mati, Hari Maulidirrasul, Maal Hijrah, kedua-dua Hari Raya, Hari Jumaat dan ketika hari perkahwinan.

Saya juga turut berdoa agar memo tersebut sempat di baca oleh Duta yang berkaitan.....takut-takut tersalah c/o (care-off) termasuk dalam bakul sampah.

Sebagai mengambil langkah-lagkah berwaspada, takkan perwira segagah......se'Perkasa' begini tidak berani menyaman di Mahkamah.

Biar Mahkamah tentukan samada betul atau salah dakwaan Kedutaan Amerika, orang-orang 'Perkasa' ini menyamai 'millitant'. [sumber .]

Nota:

"Mamak, roti telur satu!," sahut pelanggan.

Mamak menjawab garang, "Tulur tarak!"

"Wokey......roti kosong satu.....," pelanggan itu membalas dengan garangnya