Followers

Monday, 2 August 2010

Siapa yang 'kurang cerdik'......siapa yang cerdik?.....

Dalam masa kurang lebih 4 bulan pendatang tanpa izin (PATI), warga Afghnistan telah membolos diri di Depot Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang.

PATI tu, memang dari awal lagi dah bersalah, masuk secara haram......lepas tu ditangkap dan ditahan.....membolos diri pulak...jadi dua kali salah.

Tak payah nak buat lawak 10 sen wahai kambing....ditanya salah siapa...

Siapa yang diberi kuasa, diberi amanah, diberi tempat menahan, dibekali senjata.....amanah diberi tapi cuai.....takkan Pak Mat jual apam balik yang bersalah......alahai.....

Sama jugak dengan kes PKFZ, apabila Tun Ling 'menipu' kabinet, siapa yang kurang cerdik?

Takkan Tun Ling yang kurang cerdik.....sudah pasti yang kena 'goreng' itulah yang kurang cerdik, kena tipu 'hidup-hidup'.....buta je kena tipu.....(tertipu?)...yang ruginya rakyat, kerana yang melibatkan ratusan juta ringgit itu adalah duit rakyat.