Followers

Monday, 26 July 2010

Penjawat Awam hanya tunduk layu pada 'hanturaya' Umno

Sesetengah penjawat awam (bukan semua) terutama golongan pegawai PTD hanya berani berkokok seolah-olah 'ayam jantan' di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Mereka berani tunjuk 'gedebe' kerana merasakan seluruh 'hanturaya' Umno membela mereka jika ada apa-apa perselisihan dengan 'government-of-the-day'.

Sebaliknya mereka akan tunduk layu (bukan semua) seperti kuntuman ros yang kering......patah layu. Mereka tak berani untuk mengangkat muka, jauh sekali bertentang mata seolah-olah batang leher mereka sudah kebas......berkematu dek akibat sehari suntuk kena pacu seperti kuda dipacu oleh tuannya.

Di mana keprofesionalisme kamu? Di mana intergriti kamu? Di mana kamu simpan maruah kamu? Di mana kamu rendam 'malu' kamu?

Kemelut ini akan berterusan selagi Malaysia tidak diperintah oleh Pakatan Rakyat. Kesemua Agensi Kerajaan perlu di'revamp' secara drastik agar Agensi Kerajaan dapat berfungsi tanpa terkongkong dengan 'hanturaya' Umno yang memegang tali cemeti secara 'remote'. [sumber .]