Followers

Thursday, 29 July 2010

'Kertas' pembalut nasi lemak yang amat sensasi

Sekumpulan murid dan sepasukan Cik Gu di sebuah sekolah di sebuah bandar yang amat terkenal dengan pasirnya yang bersinar kuning keemasan telah dikesan mengalami loya, mual dan termuntah-muntah biru keladak diikuti cirit-birit.

Para bio-chemist berlumba-lumba mengambil sampel untuk dibuat kajian.

Para Doktor sibuk memberi ubatan dan keseluruh pelajar dan Cik Gu tersebut ditahan di Hospital.

Lebih menggempar lagi apabila Guru Besar sekolah tersebut mendapati segerombolan anak-anak katak berderet melompat-lompat keluar daripada tandas sekolah menuju ke kantin dan mengurumuni sebuah tong sampah.

Guru Besar telah panik lantas menelefon bomba, jabatan kimia dan pakar pengesan bom serta tidak lupa pemberita.

Bila disiasat, didapati tiada apa-apa bahan letupan atau apa-apa bahan atau kehidupan yang membahayakan orang ramai, tetapi para saintis yang mengambil beberapa sampel bahan didapati ia 'tally' dengan najis serta muntah daripada pelajar-pelajar dan Cik Gu-Cik Gu yang terlibat.

Para saintis mengesahkan sebab musabab muntah-muntah dan cirit-birit itu ialah berpunca daripada pembalut nasi lemak.

Sila klik kertas di bawah......kertas yang amat sensasi yang menjadi pembalut kepada nasi lemak tersebut.