Followers

Wednesday, 14 July 2010

Pelancong 'pintar'......pandai panjat pokok.....

Akhir-akhir ni boleh dikatakan saban hari kita dengar GRO warga asing terutama dari China dan negara jiran seperti Thailand, Vietnam dll. di'serang-hendap' oleh pihak berkuasa.

Adakah fenomena ini menunjukkan promosi pelancongan di negara-negara tersebut terutama negara China yang dibuat secara besar-besar memakan belanja jutaan ringgit telah berjaya?

Atau ada banyak kelonggaran serta kekeliruan bercampur pulak dengan kepeningan di pihak Imigresen sehingga sukar membezakan di antara pelancong asli dengan pelancong 'cari makan', di antara pelajar asing dengan 'pelajar asing yang cari makan'.

Dengar cerita pelajar asing yang pintar mungkin dapat taraf PR.......aduhai.....kalaulah pelajar asing yang pintar itu 'pandai cari makan'.....diberi pulak taraf PR......aduh.....banyaknya nanti hasil 'masyuuuuuk'.....industri pelancongan berkembang 'subur'.....aduhai.....

Bukti mereka ini pelancong asing yang pintar ia apabila mereka bertindak ala-ala 'spiderwoman', memanjat pokok dan banyak lagi aksi-aksi 'akrobatik' yang ramai rakyat Malaysia ter'pukau' dan ter'hanyut' dibuatnya. [sila baca di sini .]

Nota:

Adakah salah 'pelancong' atau salah 'mereka' yang suka me'lencung'?