Followers

Friday, 23 July 2010

PAS dan Umno bubar?......kesian dia.....

Ada orang kata 'screw' longgar. Ada pula yang kata fius terbakar. Sesetengahnya pula kata tatkala bulan mengambang dia akan mendepakan tangan ke atas dan berjengkit-jengkit berjalan seperti mahu terbang. Ramai juga yang kata seperti tok selampit ber'main puteri'......syok dan khayal sesorang. Tak kurang pula yang kata seperti orang memacu kuda kepang.....kesorangan 'mengerang' bila sudah naik 'syeikh'.

Lain tempat lain sebutan, lain tempat lain istilah, lain tempat tak sama 'maqam'nya. Ada orang kata jaguh kampong, ramai juga yang kata 'gedebe' tahi minyak. Ada orang kata ini sejenis penyakit turun temurun iaitu ia merasakan hanya dia sorang yang betul dan layak kedepan.

Walau apapun sebutan, gelaran dan cemuhan, yang pasti spesis ini tak banyak di Malaysia, bahkan di dunia pun jarang-jarang kedengaran.

Kot-kot kalau ada pun mungkin semasa zaman Roman,......itu pun kalau ada.....sudah pasti Maharaja Rome akan menyumbatkannya ke dalam sangkar singa.....berkemungkinan sebelum singa membahamnya, singa itu mengeleng-gelengkan kepalanya sebagai tanda kehairanan.....ini macam punya orang pun ada ke?

Yang pastinya, orang jenis itu memang ada di Malaysia......dia mencadang dan mengharapkan Umno dan PAS dibubarkan.....bila sudah dibubarkan, maka dia pun pasang angan-angan hendak jadi Presiden dan seterusnya jadi Perdana Menteri.

Dah tak larat dah nak komen......badan tiba-tiba rasa seram sejuk kerana memikirkan 'Perkasa' berada di kedudukan mana setelah Umno dan PAS dibubarkan?......alahai.....'Perkasa' pun turut dibubarkan jugak ke?.....kesian dia.....