Followers

Saturday, 10 July 2010

PAS dan DAP diajak bermain di 'jaring'?

Umno berkali-kali mengajak PAS dan DAP bermain di jaring kerana mereka amat faham permainan PAS dan DAP amat lemah dijaring......kalau mengikut rekod permainan yang lepas.....PAS dan DAP sentiasa tersangkut di jaring.

Kenapa PAS dan DAP tidak serik.....malah apabila diasak, masih mahu bermain di jaring?

Kita tidak boleh menyalahkan Umno serta barisan medianya dalam hal ini. Memang tugas mereka mensensasikan isu lapok kerana setiap kali hampirnya dengan pilihanraya, maka semua 'lagu' lama diputar kembali.

Mereka hanya mahu mengwujudkan sedikit kesangsian kepada penyokong totok PAS dan DAP disamping mahu pengundi muda berasa ketidakselesaan berada di dalam Pakatan Rakyat.

Jika mereka berjaya mencuri sedikit peratus 'undi', maka mereka amat yakin memenangi kawasan-kawasan yang mereka kalah tipis semasa PRU12 lalu.

Bagi Umno/BN, isu Negara Islam bukan merupakan isu bersama (dengan PAS) selaku orang Islam......bagi mereka isu ini bukanlah merupakan isu tuntutan Islam.....bahkan mereka menggunakan isu ini untuk 'survival' politik mereka.

Nota:

Walau apapun, kita tidak perlu menyalahkan sesiapa jika ada satu dua pukulan ter'sangkut' di jaring.....kita perlu menyalahkan diri sendiri kerana kurang berhati-hati bermain di jaring. {sila baca di sini .]