Followers

Thursday, 8 July 2010

Oh, Takut Kepada Bayang-Bayang Sendiri ye......

Di'bunuh' semua pembawa-pembawa berita dan segala macam maklumat. Kononya pembawa-pembawa berita ini berkata bohong dan membawa berita fitnah.

Maka tinggallah semua penyebar-penyebar berita yang ada di mana sifatnya mengampu, membodek, men'jilat' dan memuji.

Maka orang yang sentiasa takut kepada bayang-bayangnya sendiri, mereka akan sentiasa berasa takut selama-lamanya......mereka akan sentiasa berasa cuak dan curiga selama-lamanya.....

Akhirnya orang ini akan berasa resah dan gelisah......maka sesama sendiri akan wujud perasaan curiga mencurigai, saling tidak percayai mempercayai sesama sendiri.

Nota:

Buatlah apa yang dibisikkan oleh hati, sekatlah selagi kuasa berada ditangan......sampai masa dan ketikanya.....seekor beruk yang handal melompat dari dahan ke dahan, dari ranting ke ranting, mengikut adatnya jarang ia jatuh.....tapi ia akan jatuh merudum di ketika angin ber'tiup' sepoi-sepoi bahasa.