Followers

Sunday, 18 July 2010

Meraikan kenaikan harga barang cara 'melayu'?

Sempena kenaikan harga minyak, gas dan gula, marilah sama-sama kita meraikannya.

Menangis air mata darah sekalipun pemimpin 'melayu' tak akan menukarkan fikirannya untuk mengubahkan tindakkannya walaupun yang ramai terasa dan tertekan adalah kaum melayu.

Apa kata kalau sehari dalam seminggu anda pergi ke tempat kerja dengan berjalan kaki sebagai meraikan kenaikan harga minyak petrol dan diesel.

Apa kata kalau sehari dalam seminggu anda tidak makan makanan manis atau minum minuman bergula sebagai langkah meng'hormati' pemimpin 'melayu' yang amat sayang dan prihatin kesihatan serta gaya hidup sihat rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu.

Sesungguhnya hanya golongan menengah ke atas yang tidak merasa, terasa atau tertekan apa-apa dengan kenaikan harga barang-barang itu.

Golongan menengah ke bawah tetap merasa, terasa dan tertekan dengan kenaikan barang-barang itu walaupun mereka adalah penyokong tegar kepada pemimpin 'melayu' yang budiman itu.

Walaupun mereka susah, hidup melarat, miskin papa kedana sekalipun, mereka tetap menyokong kenaikan harga barang-barang ini, demi perpaduan melayu seperti dianjurkan oleh cerdik pandai Agama...yang bertaraf Mufti lagi, demi keutuhan melayu, demi bangsa melayu tercinta, demi pemimpin melayu yang Perkasa yang sentiasa gigih memerahkan kepala otak untuk menjulang bangsa melayu ke persada dunia.

Walaupun mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, mereka tidak sanggup menggigit jari yang menyuap mereka.....tidak mampu men'derhaka' kepada pemimpin 'melayu' yang banyak berkorban menyediakan berbagai-bagai hiburan kepada mereka, pemimpin 'melayu' yang banyak menyediakan berbagai-bagai pinjaman pelajaran walaupun kena bayar berlipat ganda, pemimpin 'melayu' yang banyak menyumbangkan kain pelikat, telekong, ikan sardin, beg sekolah, basikal walaupun 5 tahun sekali kerana pantang melayu budi tidak dikenang.

Syabas kepada bangsa melayu dan pemimpin 'melayu' yang gagah 'Perkasa' yang banyak ber'korban.

Nota:

Sesungguhnya melayu masih keliru. Mereka masih mamai bahawa melayu itu Umno dan Umno itu melayu.

Mereka masih keliru, Umno itulah negara dan negara itulah Umno.

Mereka masih jahil politik......mereka lupa bahawa PAS itu juga melayu Islam yang bangkit memperjuangkan keadilan semua bangsa dan warganegara Malaysia.