Followers

Tuesday, 27 July 2010

Makin berlagaklah Cik Gu-Cik Gu Umno selepas ni......

Aiiiiiikkkkk? Baru sekarang Cik Gu-Cik Gu Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan melibatkan diri dalam politik mulai 1 Ogos nanti, yakni dalam bahasa ke'samaran', mereka diizinkan menyokong Umno secara resmi......ha ha ha.

Habis tu, selama ni mereka bukan main lagi bergerak, bebas sebebasnya......alah.....kan Malaysia mereka perintah. Mereka ni lupa yang mereka tu penjawat awam. Sanggup dipacu seperti 'jockey' dengan kuda pertaruhannya.

Sebab tu bila berhadapan dengan Cik Gu-Cik Gu yang memakai 'topi SPR' ni di saluran-saluran mengundi pada setiapkali PRU, letih kita dibuatnya......asyik bertengkar minta 'Borang 14'.

Tapi tak apa, dalam ramai-ramai Cik Gu tu, orang Pakatan Rakyat pun ramai jugak. Jangan selepas ini bila ditolak campur, didapati lebih ramai pulak Cik Gu-Cik Gi dari Pakatan terlibat......jangan terkejut bila keluar kenyataan....."Oleh kerana profesion perguruan ini amat penting dalam mendidik negara bangsa......lebih penting daripada mereka berpolitik.....maka keizinan beraktif dalam politik yang diberi kepada mereka di tarik balik kecuali dengan izin khas."

Malaysia boleh, PRU13 didahulukan......Umno diutamakan.....