Followers

Wednesday, 21 July 2010

Keperluan 'Pelan Damai': Begitu terdesak?

Orang Umno dengan orang PAS tidak pernah bergaduh. Pemimpin Umno dan pemimpin PAS pun tidak pernah bergaduh. Anaka orang Umno dengan anak orang PAS pun tidak pernah bergaduh.

Kita sembahyang dalam satu Masjid......satu surau. Kita beriadah dalam satu taman. Kita minum dalam satu warung.

Umno dan PAS nampak 'bergaduh' hanya dalam conggak politik. Umno dan PAS nampak bergaduh' hanya dalam dasar perjuangan. Umno dan PAS nampak bercanggah dalam soal pokok......Umno dengan kebangsaan kemelayuannya.....manakala PAS dengan Keadilan Untuk Semuanya.

Jadi saya tidak nampak di mana keperluannya......di mana kewajarannya.....di mana 'urgency'nya sehingga satu 'Pelan Damai' perlu diwujudkan.

Saya tidak nampak PAS amat terdesak kepada apa yang dinamakan 'perpaduan' dan saya juga tidak nampak Umno amat terdesak kepada apa yang cuba di'main'kan oleh sesetengah pihak iaitu laungan suara keramat 'perpaduan' kecuali Umno ada agenda tersembunyi disebalik laungan 'perpaduan'.

Bertelagah dalam soal ranting atau cabang memeriahkan lagi serta menyuburkan lagi demokrasi kecuali dalam hal-hal pokok seperti hak seorang warganegara didakwa di Mahkamah dalam apa jua pertuduhan, hak semua warganegara selama mana ia masih menumpahkan taat setia kepada negara, hak mendapat peruntukkan yang sewajarnya di bawah Perlembagaan Negara kepada mana-mana negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat serta hak ADUN dan Ahli Parlimennya mendapat segala peruntukan seperti mana-mana ADUN atau Ahli Parlimen Umno/BN.

Soal Umno/BN mahu mengekalkan ke'sekularan'nya dalam pemerintahan, mahu menyemarakkan lagi hiburan melampau, mahu mendewa-dewakan kehidupan artis mahu memilih-milih perlaksanaan hukum hakam Islam, itu ter'pulang' kepadanya......yang pasti PAS akan tetap bangkit menentangnya.

Jadi di mana letaknya keperluan, kewajaran sehingga PAS pun ikut sama 'lemas' dalam laungan 'perpaduan'?

Kenapa Umno tidak melaungkan semua bangasa Melayu, cina, india dan semua suku kaum dan etnik bersatu di dalam 'Keadilan Islam' untuk semua warga Malaysia sehingga wujud satu Malaysia yang betul-betul dalam satu 'PERPADUAN'?