Followers

Wednesday, 21 July 2010

Kaki membengkak

Kepada sahabat-sahabat serta pengunjung setia blog yang tak seperti ini, saya mohon berbanyak maaf kerana tak dapat 'update' atau keluar posting baru kerana ketika bangun dari tidor pagi tadi, kaki kanan saya sakit teramat sangat di sebelah hujung tumit......berdenyut-denyut sehingga hilang tumpuan apabila nak buat posting baru terutama apabila memikirkan hal Tok Peti Perak yang masih 'meroyan' .

Saya tak pasti samada kaki saya ni kena 'gout' atau sebagainya, tetapi ia bengkak.....saya pernah merasainya tak berapa lama dulu, tetapi bila Doktor beri ubat tahan sakit dan pil 'kecut urat', keadaan kaki sembuh dengan cepat sekali.

Sekarang menunggu jam 9 untuk ke klinik......tak pasal-pasal orang rumah kena cuti kerana saya terpaksa dipapah untuk berjalan.

Jumpa lagi semua.