Followers

Wednesday, 21 July 2010

Hasrat Perpaduan Tercapai sudah......rezeki saya

Akhirnya tercapai juga cita-cita murni disertai dengan niat yang ikhlas, PAS dan Umno sanggup bersatu.

Mereka telah membuat MoU di salah sebuah restoran tersohor di Cyber Jaya sambil makan nasi Arab yang amat tersohor di situ.

Bila ditanya oleh media, apa bentuk persefahaman yang tercapai......adakah diakhirnya PAS dan Umno akan 'merge'?

Kedua-dua pemimpin kanan serentak menjawab, 'YA'.

Persefahaman yang tercapai ialah......seperti di bawah

i. akan membahagi samarata lot niaga bazaar ramadan

ii. akan hanya ada satu jenis cendol, akok, baulu, lompat tikam, puteri mandi, taik itik, jala emas, batang buruk dll

iii. akan hanya ada satu jenis songket

iv. akan hanya ada keris yang berulukan batang nangka

v. akan hanya ada satu jenis songkok yang 8 inci tinggi

vi. akan memasarkan ke negara Arab

vii. akan membahagi sama rata akan segala keuntungan

viii.akan bila-bila masa dan tempat 'Cop Melayu Tidak Hilang Di Dunia' hendaklah di letak di atas penjuru kanan pada setiap bungkusan

Nota:

"Bang, bang, bang. Dah masuk waktu!" Mak Harus mengejut Pak Harus.

Dalam keadaan mamai, sambil meneguk air kosong dan mengunyah buah tamar, Pak Harus menjawab, "Oh, dah berbuka kita ye Mak Harus."

Sambil mengilai dan 'blurr', Mak Haruss menyergah, "Masuk Subuhlah Pak Harus."

Pak Harus dengan muka selamba tapi penuh yakin lantas menjawab, "Tak pe Mak Haruss, rezeki saya!"