Followers

Wednesday, 7 July 2010

Bogel kerana 'panas'?......alahai.....

Ia menjadi panas kerana memang sifat media penjilat Umno ni suka mensensasikan 'barang' yang memang panas dengan bertujuan untuk menarik pelanggan beli dan baca, maka fulus pun banyak 'masyuk'.

Ia setakat menjadi panas yang hanya panas macam taik ayam.

Kehidupan artis memang di'jaga' dan mendapat tempat yang amat istimewa dikalangan Umno, samada artis itu terlibat dengan dadah ke, berkhalwat ke, telanjang bulat ke, bogel dalam terang gelap ke, berhibur di disko hingga awal pagi ke, me'manjang-tangan' di pasaraya ke, merampas isteri suami orang ke, 'melacur' ke, jadi 'gundik' ke dan berbagai lagi.

Biasanya apabila mana-mana artis yang terlibat seperti apa yang disebut di atas membuat kenyataan akhbar sambil menitis air mata buaya meminta simpati dari masyarakat maka selalunya di'maaf'kan kononnya memberi peluang kedua agar berubah.

Artis memainkan peranan penting berganding bahu dengan remaja sama-sama menyemarakkan industri hiburan agar banyak fulus 'masyuk'.

Artis juga secara tak langsung menyemarakkan lagi hiburan bersama-sama dengan remaja agar 'hanyut' dalam keseronokan, yang dengan itu akan secara tak langsung menjadi salah satu daripada 'talian hayat' untuk memenangkan Umno/BN.