Followers

Saturday, 24 July 2010

Bila 'Chameleon' bertukar warna......boleh caya ke?.....

Kes Satu

Jikalau satu geng kongsi gelap, saban hari datang ganggu penduduk setempat, merompak, buat aniaya orang tiba-tiba satu hari datang buat penguman, kami dah tak buat jahat dah, kami sekarang dah tak samseng dan gedebe lagi.....kami sekarang bila berjalan, pijak semut pun semut tak mati.

Agak-agak orang ramai boleh percaya tak?

Kes Dua

Jikalau satu orang hamba Allah pada satu hari bila dipelawa makan, tiba-tiba dengan nada selamba dia berkata, "Aku berpuasa sunat" sedangkan sudah bertahun-tahun di bulan Ramadan dia tak berpuasa dan sepanjang minggu sebelumnya pun orang nampak dia makan, malah tidak bersolat.

Agak-agak orang ramai boleh percaya tak?

Kes Tiga

Jikalau satu orang hamba Allah yang amat terkenal akan kedekut 'pahit'nya......harta orang harta dia.....harta dia...harta dia. Disebelah pagi ada orang kesempitan dan terdesak akan bantuan, malah mahu meminjam (bukan mintak percuma).....tiba-tiba sebelum Zohor dia berkata aku seorang hamba yang bersyukur, aku seorang hamba yang pemurah......aku seorang dermawan.

Agak-agak orang ramai boleh percaya tak?

Kes Empat

Jikalau pada satu hari datang satu makhluk yang sombong, angkuh, 'aksen', suka ganggu orang, suka ngadu domba, suka perlekeh orang, tidak menghormati orang, berlagak kuat, merasakan 'dunia' ini dia yang punya......tiba-tiba angin tidak, ribut pun bukan, tsunami pun jauh sekali.....di satu hari yang tenang, matahari terang benderang, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.....tiba-tiba makhluk ini berubah warna...wajah bertukar rupa...suara yang tinggi tiba-tiba menurun, baju yang selama ini disingsing sudah diturunkan...kain yang tinggi sudah dilabuhkan...makhluk ini mendabik dada dan mengisytiharkan, "Aku sekarang tidak aksen lagi".

Agak-agak orang ramai boleh percaya tak?

Nota;

Seseorang apabila mendapat 'hidayat' dalam sekelip mata boleh buat 'U-turn' atau berubah 180 darjah......tapi kebiasaannya seseorang itu akan bertaubat dan melakukan akan suruhan yang 'wajib', meninggalkan segala perbuatan yang di'larang', memulangkan segala 'hak' orang lain, memohon maaf dengan orang dia buat 'salah' dan memang nampak akan perubahan ke arah menjadi 'baik' dan banyak lagi.....boleh rujuk Al-Ulamak yang tua-tua dan yang muda-muda.....

Kalau betul-betul dah tak 'aksen' lagi, sila buktikan di sini.