Followers

Thursday, 29 July 2010

Bercuti ke luar negara......mencari ilham PRU13?

Apa maknanya keindahan dalam negara jika tidak dapat diapreasasi oleh rakyatnya sendiri.

Apa maknanya menghabiskan wang berjuta mempromosikan Malaysia di serata dunia......Malaysia destinasi pelancongan.....pemimpinnya sendiri melancong ke luar negara.

Apa maknanya rakyat sengsara, menderita dengan harga barang naik......pemimpinnya beristirehat di luar negara.

Apa maknanya rakyat dianjurkan berhemah dalam berbelanja, pemimpin berbelanja berlimpah-ruah.

Walau apapun, PM akan bercuti ke luar negara mulai hari ini sehingga 10 Ogos.

Nota:

Menteramkan diri, bermunajat agar diberi 'ilham' tarikh sesuai PRU13.

Ramai orang berkata Sarawak akan tumbang dalam pilihanraya umum negeri nanti.

Ramai orang berkata Umno/BN akan menempuh 'sakarakutl-maut' yang menyiksakan dalam PRU13 nanti.

Sesungguhnya memang ramai orang berkata, Umno berada dalam keadaan yang teramat tenat sekarang dan ramai orang berkata, jika 'snap election' diadakan pada bulan Ramadhan......alangkah baiknya Umno/BN meng'hembus'kan nafasnya yang terakhir pada bulan yang sungguh mulia (bulan di mana Al-Quran diturunkan) walaupun tiada nas berkata demikian.