Followers

Tuesday, 13 July 2010

'Al-Ular-mak' beratib lagi

Makin dekat dengan PRU13, makin rancak golongan Agama yang sedia ada dalam Umno, yang di luar tapi mesra Umno, yang terjungkit-jungkit kaki hendak masuk ke dalam Umno dan yang berkepentingan menanam azam untuk masuk dalam Umno......semuanya bercakap pasal perpaduan melayu untuk menegakkan Islam di muka bumi Malaysia.

Seruan itu membuatkan tok-tok lebai kampong, 'ahli parlimen' warung kopi, warga pencen yang dah mesra surau termasuklah Al-Ular-mak muda, meleleh-leleh air-liur memuji-muji akan kesungguhan lagi 'ikhlas' Umno, kononnya mahukan perpaduan, idamkan hukum hakam Islam ditegakkan di bumi Malaysia.

Kenapa setiap kali hampir dengan piliharaya, Umno memainkan 'lagu' perpaduan ini? Kenapa apabila hilang 2/3 majoriti Umno me'rendah'kan diri, penuh tawaduk, menyerlahkan keikhlasan, menunjukkan kesungguhan, menampilkan keazaman yang melangit dan dengan hati suci 'sufi' menghulurkan salam perpaduan?

Kalau sungguh bagai dikata, walaupun Umno/BN kurang majoriti di Parlimen, buktikan dengan perbuatan, bawakan usul meminda Perlembagaan Negara kepada Malaysia sebagai sebuah Negara Islam, buangkan sifat dengki selama ini kepada pembangkang khususnya PAS dan Pakatan Rakyat, nescaya PAS serta ahli-ahli parlimen Islam yang lain, InsyaAllah akan menyokong usul itu.

Jika diketika itu PAS serta ahli-ahli Parlimen Islam yang lain tidak menyokong dengan usul murni itu, barulah seluruh Al-Ular-mak di Malaysia boleh buat 'road-show' memberitahu kepada rakyat bahawa pembangkang hanya be'retorik' dengan perjuangan Islam.

Apa maknanya perpaduan di atas bangsa yang akhirnya sesuatu bangsa yang majoriti akan menjadi tamak dan rakus, yang akan menidakkan akan kewujudan bangsa yang lain......pada hal perpaduan di atas Islam akan memberi keadilan kepada sesama bangsa, sesama Islam dan seterusnya sesama warga negara Malaysia.