Followers

Saturday, 31 July 2010

Antara 'Kepala Otak' dengan 'Kepala Lutut'

Esok, Ahad 1 Ogos, Khairy Jamaluddin akan berhadapan dengan Ibrahim Ali dalam sebuah forum membincangkan politik ideologi dan bangsa dalam Sidang Kemuncak Pelajar Malaysia ke-4 yang berkemungkinan bertukar menjadi debat.

Pihak penganjur membuat 'kesilapan' yang amat besar kerana memper'laga'kan juara 'middle-weight' dengan juara 'flyweight'.

Juara 'middleweight' yang amat petah berbahasa inggeris dan memang seorang ahli pemidato akan menentang juara 'flyweight' yang kepetahannya ditahap kedai kopi......jenis 'keras-keng' yang jika berbahasa inggeris.....mat salleh bertempiaran lari kerana ingatkan ia sedang memaki dalam bahasa Perancis.

Debat itu juga akan menjadi 'anti-climax' kerana yang sorang tu menggunakan 'brain' dengan tinggi hujah ilmiahnya sesuai dengan 'brain' yang terletak tinggi di kepala sebelah atasnya.

Manakala yang sorang lagi menggunakan 'brawn' ala-ala 'keras-keng' yang terletak di kepala sebelah bawah (kepala lutut) dengan hujah ala-ala 'ilmiah kedai kopi'. Fikirannya hanya totok dengan perkauman yang sempit

Pendekkan cerita yang sorang lagi kalau kekal dalam PAS boleh jadi 'Ketua Keselamatan' Unit Amal, manakala yang sorang lagi, kalaulah beliau berada dalam PAS, banyak ideanya boleh diterap, tetapi sayang kedua-duanya mencari jalan mudah untuk berpolitik.

Berpolitik ala-ala 'secular' memang amat senang kerana ia banyak berpolitik mengikut perkembangan semasa tanpa dikawal oleh arahan Agama kerana ia hanya mengikut kehendak majoriti walaupun bertentangan dengan arahan Agama.