Followers

Friday, 30 July 2010

50 buah bas ejen makjun 'buang hangin'......alahai.....

Melayu PAS sudah berpadu dengan Melayu PKR dalam Pakatan Rakyat.

Kalau Melayu Umno terasa tersinggung kerana Melayu PAS dan Melayu PKR tak 'geng' dengan dengan Melayu Umno, maka jawabnya senang jer, marilah 'geng' dengan semua Melayu dalam Pakatan Rakyat.

Mulia sangat ke Melayu Umno, sehinggakan Mufti turun men'cemar' tarafnya merayu Melayu PAS berpadu dengan Melayu Umno......apahal dengan Melayu PKR? Melayu PAS tidak akan tinggalkan Melayu PKR semata-mata kerana nak ber'padu' dengan Melayu Umno.

Murni sangat ke niat Melayu Umno sehingga sanggup menghantar 50 buah bas membawa pencacai-pencacai Umno untuk merayu Tok Guru Nik Aziz agar memujuk Melayu PAS meninggalkan Melayu PKR dan ber'padu dengan Melayu Umno?

Inilah bukti yang terang bahawa Melayu Umno adalah ejen berpecah-belah.

Melayu PAS tidak akan sekali-kali terjun dari kapal Pakatan Rakyat, meninggalkan Melayu PKR untuk melompat masuk bersama kapal Melayu Umno yang sudah hampir karam.

Islam melarang keras umatnya berpuak-puak (atas sifat berbangsa-bangsa) untuk menjadi kuat lagi dominan sehingga boleh ber'lagak' ke atas puak-puak (bansa-bangsa) yang lain sehingga berkemungkinan ke satu peringkat menafikan hak kewarganegaraan puak-puak (bangsa-bangsa) yang lain.

Alangkah murninya jika puak-puak (bangsa-bangsa) tadi bersatu melaksanakan serta mendaulatkan Islam untuk sama-sama melindungi Melayu Umno, Melayu PAS, Melayu PKR, Cina MCA, Cina DAP, Cina Gerakan, Cina PKR, India MIC, India PKR, India DAP dan berbagai-bagai bangsa lagi daripada berbagai parti.

Kenapa tiada suara-suara sebegitu terutama NGO-NGO Islam?

Apakah anda tidak yakin Islam boleh menjadi ejen perpaduan?

Kickdebootlah dengan idea nak hantar 50 buah bas ke Pulau Melaka