Followers

Tuesday, 27 July 2010

12 Hero 'Kepala Lembu' dapat 'imbuhan' RM1000 seorang

12 orang 'samseng taik minyak' yang kononnya 'juara Agama' yang berpakat untuk membawa 'kepala lembu' sebagai membantah membantah pembinaan kuil Hindu di kawasan kediaman mereka pada Ogos tahun lalu didenda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen.

2 orang daripada mereka yang ter'samseng' daripada yang 10 orang lagi yang 'samseng' iaitu Mohd. Azmir Mohd. Zain dan Eyzva Ezhar Ramly didenda; masing-masing RM3,000 bagi kesalahan membawa dan memijak kepala lembu dalam perhimpunan itu.

Salah sorang daripada 2 orang yang ter'samseng' itu iaitu Eyzva Ezhar Ramly rupa-rupanya 'hero' daripada segala 'hero' sedang merengkok dalam penjara selama 10 bulan kerana memiliki dadah diarahkan oleh Mahkamah dipenjara seminggu sebaik tamat hukuman itu pada 4 Ogos ini. [sumber .]

Nota:

Inilah 'juara Agama' konon, akhirnya mengaku salah.

Yang ironinya, 'juara Agama' boleh terlibat dengan dadah?

Berkemungkinan 'samseng taik minyak' yang jadi 'juara sorak di luar' akan 'sponsor denda tu, tolak campur lebih kurang 1 atau 2 lori pasir kot, bolehlah beres denda tu.

Insaflah wahai saudara ku, Islam melarang kita menghina sebarang anutan atau kepercayaan penganut agama lain, usah membiarkan kita diperkudakan oleh 'mereka' yang sengaja berniat untuk mengeruhkan suasana.