Gula bukan menjadi keperluan orang kaya. Orang kaya selalu makan makanan yang kurang manis kerana ramai yang diabetes. Minuman pun kurang manis, bermakna kurang gula. Orang kaya tak buat kueh-mueh. Mereka tahu 'tunjuk' digerai tepi jalan yang mana berselera untuk mereka makan.Golongan orang kampong, golongan pendapatan rendah, golongan pertengahan yang banyak 'consume' gula. Golongan pendapatan rendah perlu gula untuk hidang sarapan kepada keluarganya. Mereka guna gula untuk sediakan kueh mueh, untuk bekalan anak-anak mereka ke sekolah.
Orang kampong masih mempraktikkan ziarah menzirah, tidak seperti orang bandar yang tiada masa untuk berziarah. Orang kampong masih mengamalkan penyediakan kueh-mueh dan teh-o apabila tetamu datang berziarah.
Sampai hati UMNO yang mana ahli mereka pun ramai di kampong2, menganugerahkan cenderahati yang amat 'berkesan' untuk orang2 kampong yang memberi sokongan totok kepada mereka.
Apabila harga gula naik, maka barang2 lain yang menggunakan gula turut naik harganya seperti roti, biskut, minuman dll.
Inikah yang dikatakan rakyat diutamakan? [sumber.]
Apabila masa berlalu, UMNO makin menyerlahkan ke'pura2an'nya.
Kalau slogan dicipta hanya untuk ber'retorik', tunggulah nanti PRU13 ye.




















