Followers

Monday, November 30, 2009

Hanya Mata Hati Yang Tahu Menilai

Ada sebatang pokok yang sangat rendang. Dahannya merimbun saling tak tumpah seperti sekaki payung sedang mengembang.

Disebelahnya mengalir sebatang sungai. Airnya sangat jernih tidak tercemar dan ternoda dari tangan-tangan yang tidak tahu berbudi pada keindahan menjadi tempat tumpuan penduduk desa bermandian. Terdapat juga pedagang berhilir mudik di sungai tersebut dan yang pasti, mereka semacam menjadi kelaziman berhenti beristirehat di bawah naungan pokok itu.

Dengan keredupan di bawah pokok, pemandangan yang hening, diiringi bayu menghembus sungguh damai hati pedagang beristirehat laksana bayi terlena di pangkuan ibunya.

Perkarangan pokok tersebut sentiasa bersih. Dedaun kering disisir rapi sehingga terserlah kehijauan rerumput yang menjadi permaidani menyambut kehadiran pedagang.

Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Masa berlalu terasa begitu pantas. Namun pokok itu sentiasa memanfaatkan keredupannya kepada manusia yang berhati budi, para pedagang yang berhati mulia serta menjadi daya penarik para pengunjung yang bertamu di situ.

Tetapi adat manusia, berbilang suku dan kaum, berbagai budaya, berbagai sifat. Yang bersifat mulia sentiasa menjaga pokok tersebut serta persekitarannya. Kejernihan sungai sentiasa dijaga.

Terdapat juga yang berbusuk hati, berhasad dengki. Persekitaran pokok dicemari. Sungai di nodai sampah sarap. Di cubanya menokok-takik dedahan dan batang pokok.
Dedauan pokok berguguran. Batang pokok menjadi berair seolah-olah ia sedang tersedu mengeluarkan airmata kesedihan.

Para pedagang serta pengunjung yang naluri hatinya masih tidak tercemar dari noda dan dosa berpakat menjaga pokok tersebut dan persekitarannya dari manusia yang beraja di mata dan bersultan di hati. Daun kering yang berguguran disisir rapi, pokok dibajai seolah-olah dibelai setiap waktu dan ketika, sehingga dengan kebesaran Illahi, pokok kembali merimbun, memanfaat kembali para pedagang dan pengunjung.

Mereka berikrar akan sentiasa menjaga pokok yang banyak berkorban memanfaatkan manusia yang berhati budi yang tahu menilai dengan mata hati, siapakah dia musuh yang berhasad dengki.

BTN Akan Bertukar 'Baju'

Selangor nak haramkan kakitangan Kerajaan Selangor dan pelajar yang menuntut di Universiti Kerajaan Selangor daripada mengikuti kursus BTN.

Pulau Pinang pun akan ikut jejak Kerajaan Selangor.

Pemimpin UMNO/BN masih nak bertahan, bahawa BTN bukan menjadi 'alat' UMNO/BN.

Tapi mereka lupa atau buat-buat lupa, bahawa anak-anak orang PAS, PKR dan DAP ramai juga yang belajar di IPTA dan ramai juga yang menjawat jawatan awam di pelbagai jabatan. Takkan mereka tak mengalami semua perjalanan BTN selama ini.

Kalau nak berbohong pun, biarlah nampak 'real'. Mereka boleh bohong satu orang, tapi mereka tak boleh bohong semua orang. Mereka boleh tipu satu kali, tapi mereka tak boleh tipu banyak kali.

Hari ini UMNO/BN angkat 'bendera putih'. Kononnya kurikulum Biro Tatanegara (BTN) akan dirombak untuk mencerminkan 1Malaysia.[sumber]

Semenjak bila pulak UMNO/BN boleh dipercayai?

BTN diibarat pemotong 'multi-user'. Potong daging boleh, potong sayur boleh, buat ukiran pada buah-buahan pun boleh, potong 'orang' pun boleh.

BTN menjadi senjata yang paling ampuh untuk membentuk pemikiran pelajar dan penjawat awam secara jangka panjang mengikut acuan UMNO/BN. Lama-kelamaan akan wujud satu prasangka kepada pembangkang dan aakhirnya pembangkang akan di'potong', yakni akan di'pancung' karier politiknya.

Perlukan 'Ong' untuk Jinakkan Ong

Misi Superhero 'Towkayman'[link] dilihat seakan-akan gagal.

Kemelut MCA adalah 'beyond repair'.

Cubaan Superhero 'Towkayman', mem'berani'kan diri menyelesaikan MCA hanya diibarat seperti tikus membaiki labu, hidung tak mancung, pipi yang tersorong-sorong.

Perbalahan orang-orang 'besar', pertelingkahan 'towkay-towkay' memang berpanjangan.

'Towkay-towkay' ada pengikutnya tersendiri.

Hanya seorang 'Towkay' boleh menyelesaikan masalah 'Towkay'.

Presiden UMNO ingin mencuba diri. Manalah tau beliau ada 'ong' untuk menjinakkan Ong. [sumber]

Royalti Minyak : Doa dan Pengharapan

Seorang lagi pengampu tegar dari Putrajaya berfatwa berkaitan isu 'doa' TGNA.[baca di sini.]

Sebelum daripada ini, dua Tiong Emas sudah ber'tutur' dan ber'titir' menyanggah doa tersebut.

Doa itu belum pun dipanjatkan lagi, tapi 1Malaysia sudah bergegar.

Orang UMNO amat takut dengan bala. Amat gerun dengan masa depan yang kelam. Pada hal tindak-tanduk serta gerak laku mereka, banyak mengundang kepada kemurkaan Allah SWT.

Doa yang akan dipanjatkan nanti adalah sebagai satu manefestasi seorang hamba selaku Menteri Besar yang dizalimi dan penderitaan rakyat Kelantan.

Harga rakyat Kelantan memilih pembangkang adalah terlalu mahal.

Sekarang kita pergi kepada punca segala permasalahan. Apakah puncanya TGNA berpasrah sehingga sanggup hendak berdoa sedemikian rupa?

Punca segala-galanya ialah royalti minyak. Kenapa royalti digantikan dengan wang ihasan?

TGNA sudah cuba berbagai 'avenue', tapi gagal. Telah menyatakan sendiri hasrat hati seorang Menteri Besar kepada Perdana Menteri dan telah menulis surat rasmi tetapi gagal juga.

Tidakkah Pusat ego serta riak dengan kuasa yang ada, sehingga sanggup mempermainkan serta mendera rakyat Kelantan?

Harga Yang diterima oleh 'Pelacur Politik'

Begitulah harga yang tinggi dibayar kepada 'pelacur politik'. Maruah terlondeh. Aib ditampal di muka nan tebal.

Kerana kesanggupan untuk 'melacur'kan diri untuk secebis habuan dunia, Kerajaan Pakatan Rakyat tumbang sekelip mata. [sumber]

Semoga berbahagialah anda di atas keruntuhan orang lain.

Mungkin ramai lagi 'pelacur politik' di luar sana. Mereka mungkin menunggu persetujuan harga untuk satu perkhidmatan 'melacur politik' dari 'pengunjung' yang memang perlahap.

Perkhidmatan 'melacur politik ini telah menular ke Sabah. Sila baca di sini.

Sunday, November 29, 2009

Sang Puteri Tolong 'Rentes' Jalan Me'nodai'nya?

Mengikut dongeng melayu, petua nak 'menghabiskan' riwayat hidup sang kebal ada pelbagai cara.

Sesetengahnya berpetua, semasa bersilat dengannya, penglihatan perlu tajam disamping pergerakkan yang lincah dan licik kerana semasa di tengah-tengah kemuncak bersilat, kekadangkala musuh tersilap langkah, akan menutup tempat-tempat yang tidak kebalnya dengan tapak tangan seperti dicelah kangkangnya, di bawah dua telapak kaki, dicelah ketiak, di tengah pusat dan bermacam-macam tempat sulit lagi.

Ada yang kata, guna bambu runcing dan dirodokkan di tempat-tempat sulit tadi.

Tetapi sekarang zaman sudah berubah, manusia tidak lagi beradu tenaga menggunakan kekuatan fisikal. Siapa yang lebih lincah lagi licik, cerdik lagi bijaksana akan dapat menumpas musuh.

Jikalau musuh memberitau 'titik' sebenar kekebalannya, memberitau bagaimana teknik dan taktik melumpuhkannya, mengajar jalan dan liku menyerangnya, maka percalah, itulah yang dikatan kelicikkannya serta kebijaksanaanya yang sebenar.

Sila baca disini.

Maka Ber'tutur' dan Ber'titir'lah Si Tiong Emas

Seperti biasa Tiong Emas akan ber'tutur' dan ber'titir jika ada sesuatu yang meng'gerun'kan mereka dan penjaga mereka.

Mereka amat takut kerana mereka amat menyedari bahawa doa dari orang yang dizalimi, tiada hijab antara pemohon dengan yang Maha Pendengar.
[Nabi s.a.w. bersabda: Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tidak ada sebarang hijab (penghalang) (riwayat al- Bukhari dan Muslim).]

Mereka juga amat sedar bahawa doa itu senjata orang mukmin.[sumber]

Anihnya, apa perlu takut kepada bayang-bayang sendiri? Bukankah selama ini banyak Tiong-Tiong Emas diluar sana yang ber'tutur' dan ber'titir' bahawa TGNA sudah sesat?

Kenapa banyak Tiong-Tiong Emas hanya ber'tutur' dan ber'titir' di atas perkara-perkara yang berpilihpilih mengikut seleranya sahaja.

Kata orang, mereka hanya ber'tutur' dan ber'titir' mengikut berapa kali lidahnya dikikis dan diasah dengan emas perak.

Hanya Kambing UMNgOK kata PAS Bergolak.

Kambing UMNgOK kata PAS Kelantan makin bergolak.

Apa yang dimaksudkan dengan bergolak? PAS masih menguasia DUN dengan 38 kerusi dan PKR 1, manakal UMNO/BN hanya 6 kerusi.

Keutuhan DUN masih jitu. Kesemua DUN Pakatan Rakyat masih berdiri teguh dibelakang TGNA selaku Menteri Besar.

Akhir-akhir ini ada satu dua ADUN memperkatakan masalah pengganti Menteri Besar.

Itu bukan masalah besar. Itu bukan petanda ada pergolakkan. Memang adat berpolitik perbincangan secara positif masalah pengganti tak dapat tidak diperbincangkan tetapi tidak semestinya wujud satu keadaan yang tergesa (urgency) buat masa terdekat.

TGNA masih mampu menangani segala karenah politik, kecuali pihak UMNO?BN yang sengaja meng'wujud'kan keadaan yang bergolak dengan niat untuk 'merampas kuasa seperti ditahun 70an di Kelantan dan di Perak pada awal tahun yang lalu.

Sebab itu dalam posting yang lalu al-brangi ada buat pengesoran agar semua ADUN Pakatan Rakyat Kelantan membuat ikrar taat setia di belakang Menteri Besar untuk mematikan hujah UMNO/BN yang sentiasa memainkan isu 'pergolakkan'.

Bagi PAS, jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Pantang umat Islam membiarkan ular patuk dua kali ditempat yang sama.

Saturday, November 28, 2009

Pedasnya Mula Terasa, hingga Menjilat Jari

Kentucky Fried Chicken, satu jenama makanan segera yang merupakan gergasi rangkaian restoren makanan segera di seluruh pelusuk dunia.

Ia mula dipelopori oleh Colonel Harland Sanders. Taglinenya yang amat popular memang secucuk dengan produknya iaitu "Finger Lickin' Good".

Hari kita digemparkan dengan satu jenama yang hampir sama iaitu 'Colonel Mat'.
Ia menjadi 'gempar' kerana TGNA kata memang wujud konspirasi menjatuhi TGNA didalangi oleh 'Colonel Mat'.

Sekarang pedas KFC sudah mula terasa, dan 'tagline' 'Finger Lickin Good' hampir-hampir membenarkan tagline itu.

Hanya mereka yang pernah makan KFC akan bersetuju dengan tagline itu 'Finger Licking Good'.

Memanglah lepas makannya, dek terlalu enak sehingga menjilat jari.

Alahai dunia.

Letih Makan Sup dan pasal BTN

Hari ini letih sesangat. Di surau saya hanya 4 ekor lembu tumbang. Yang sebenarnya bukan letih pasal 4 ekor lembu tumbang, tapi lebih kepada letih makan. Dengan supnya. Kari daging ala-ala nasi kandarnya. Dengan mee-hoonya, nasi himpit rendang ayamnya, lemangnya, sotonya dan bermacam-macam lagi.

Bila balik ke rumah, sendi dah mula berdenyut. Saya tak ada gout tapi 'uric-acid' memang atas pagar.

Cepat-cepat saya suruh isteri tumbuk 'habbatussaudah'. setiap kali bila makan kekacang atau daging berlebih, saya akan makan 'habbatussaudah'.

Bila berkumpul beramai-ramai, bermacam-macam cerita kita boleh dengar. Boleh dikatakan bukan semua yang dihebohkan dalam media diambil peduli oleh masyarakat umum. Yang menjadi macam perang dunia ke 3 di alam maya, bukan semua di baca oleh masyarakat.

Kalau nak dikatakan apa yang berlaku di Kelantan itu satu kemelut atau polemik atau apa-apa istilah yang berbunyi ala-ala 'syok sendiri', tak ada pulak orang-orang UMNO yang datang beramai mengerjakan 4 ekor lembu tu, bertanya-tanya pada orang-orang PAS.

Cuma ada seorang saja orang UMNO bercakap pasal BTN. Dia kata biasalah, kalau PAS naik pun mesti di'doktrin'kan PAS kepada penjawat awam. Saya mencelah, PAS akan cerita pasal Islam, bukan pasal parti.

Lepas itu saya terus beri 'penumbuk maut', "alah, kita sama-sama bekas penjawat awam, apa yang kita dapat dari BTN?" Semacam kena pukulan KO, 'UMNO totok' itu pun terus ke bilik air.

Isu PMBK : Kenapa Jadi Begini-begini dan Tidak Begitu-begitu.

SPRM kata siasatan ke atas Saudara Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, bekas CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) hampir 90 peratus siap dan akan diserahkan kepada pendakwa raya dalam masa terdekat.[sumber.]

Isu ini menjadi di antara isu yang paling panas dalam seminggu dua ini.

al-brangi tidak berhajat menjebakkan diri secara langsung dalam polemik ini kerana hanya mereka yang memegang 'watak'nya dalam 'game' ini sahaja yang amat tahu segala isi sebenar luar dan dalam, segala kebenarannya dan segala kejelikannya.

Namun terpanggil jugak untuk memberi sekelumit pandangan.

Selagi SPRM tidak membersihkannya atau sebaliknya melalui proses undang-undang, selagi itulah isu ini akan berpanjangan kerana penontonnya amat ramai dan menaruh minat secara tiba-tiba.

Pada pendapat al-brangi kalau pun SPRM membersihkannya, kemelut ini mungkin tetap berpanjangan sementelah lagi kalau saudara Ariffahmi didakwa, yakni ada kes kerana ramai 'pemain' dan penonton yang amat meminati dengan 'game' ini.

Yang peliknya kenapa mengheret isu 'pengganti' TGNA bersekali dengan isu ini, melainkan mereka yang ada wujud lintasan niat (dalam hati mereka) yang mana hanya pemegang 'watak'nya saja yang memahami dan tahu atau lintasan dalam hati mereka kenapa jadi 'begini-begini' dan kenapa tidak jadi 'begitu-begitu'.

Biasalah, Kambing UMNgOK Beradu Domba PAS-PKR

Memang sifat kambing UMNgOk, ia sangat gemar menimbulkan persoalan.

Persoalan ini akan diulang beberapa hari dan beberapa kali, lama kelamaan, orang ramai akan mula terdetik dikepala mereka dan tertanya-tanya dan mengeluh sendirian lalu berkata, 'mungkin betul jugak ni'.

Apabila perasaan itu terdetik, maka sesetengah orang ramai akan terus mempercayainya, dan 'cerita' itu akan disensasikan oleh media pro UMNgOK serta bloggers.

Sesetengah lagi akan cuba mencari-cari 'cerita' itu, tetapi dalam hati mereka sudah wujud rasa sangsi hasil dari hasutan kambing UMNgOK dan mula bertanya-tanya pada diri sendiri, 'mungkin betul, mungkin salah ni'

Apabila ia merebak, ia sudah menjadi satu fitnah yang besar yang amat sukar dibendung. Ketika itu, kambing UMNgOK ini akan berlepas tangan.

Apabila wujud perpecahan, maka mereka biasalah akan berkompang 1Malaysia dan menyalak, 'tengok PAS dan PKR tidak mungkin akan bersatu.'

Matikan segera perasaan itu.

Rakyat Mengiringi Doa Ke Bawah DYMM Yang Di-Pertuan Agong - jalani pembedahan lutut

al-brangi : Patik serta seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar pembedahan Tuanku berjaya dengan selamatnya dan berharap Tuanku cepat sembuh agar dapat mendekati rakyat seperti biasa sekembali ke tanahair nanti. Amin.

(gambar ihsan Utusan)

KUALA LUMPUR: Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berangkat ke Munich, Jerman bagi menjalani pembedahan lutut di Pusat Perubatan Klinikum Rechts Der Isar, Isnin ini, demikian menurut kenyataan Istana Negara.

Keberangkatan baginda turut diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan dua anakanda baginda serta dua pakar perubatan iaitu Pakar Ortopedik Kanan Hospital Selayang Dr Ramli Baba serta Pakar Ortopedik Hospital Besar Kuala Lumpur Dr Mohd Asri Ghapar.

Kenyataan itu juga menyebut pembedahan itu akan dilakukan oleh sekumpulan pakar perubatan di pusat berkenaan yang diketuai Prof Andreas B.Imhoff.

Baginda dijangka menjalani pemulihan selama satu minggu di pusat perubatan berkenaan setelah menjalani pembedahan.

"Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong juga meminta seluruh rakyat agar tidak berasa gusar dan mendoakan pembedahan baginda berjalan lancar dan berjaya serta sentiasa dipelihara oleh Allah S.W.T agar segera pulih bagi menjalankan tugas seperti biasa," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Friday, November 27, 2009

Konsert 1 Disember : 'Syukur' tamatnya banjir

Banjir yang melanda Negeri Terengganu Darul Iman, baru saja reda. Rumah yang dipenuhi lumpur baru nak dicuci. Pakaian yang basah serta berbau hapak baru nak kering.

Tiba-tiba negeri Terengganu dah mula nak berlibur. Kesabaran hanya ditunjukkan ketika datang musibah sahaja. Apabila musibah hilang, Terengganu seolah-olah lupa dari manaa datang musibah, siapa yang membawa serta menghilangkannya? Adakah banjir itu hanya fenomena alam semulajadi tanpa ada siapa PenguasaNya?

Konsert Piala Monsun akan diadakan pada 1 Disember ini sebagai permulaan kepada Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun di Pulau Duyong pada 2 hingga 6 Disember 2009.

Barisan artis yang dijangka turut menjayakan konsert itu ialah Dayang Nurfaizah, Aizat, Dafi, Fara Fauzana, Ramlah Ram, Jay Jay dan Tomok. [sumber.]

al-brangi : Kalaulah mat salle tu minum sirap untuk memanaskan badan sepanjang musim tengkujuh yang dingin itu disepanjang kejohanan, bolehlah orang Pulau Duyung mengenengahkan sirap special, dapat jugak duit untuk naik sekolah anak-anak nanti.

UMNO : Cemas di Kedah

Dilaporkan ada usaha-usaha membawa 'balik' Mahathir aktif semula ke Kedah. Samada memimpin atau menjadi penasihat UMNO negeri. UMNO menjadi celaru, bertambah celaru apabila Mahkamah mengarahkan SPR mengisytiharkan Kota Siputeh kosong selepas Speaker memaklumkan kepada SPR bahawa Kota Siputeh osong akibat ADUNnya 'ponteng' persidangan Dewan.

UMNO merasakan Mahathir boleh jadi 'Superhero' untuk memulih UMNO Kedah.

Umum mengatakan UMNO tidak mampu bangkit di PRU13 yang dijangka diadakan pada tahun 2013. Ini kerana Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dikatakan yang paling stabil kecuali sedikit kekecohan isu tempat penyembelihan babi yang tekah selesai dahulu.

Majoriti orang UMNO amat berpuashati dengan kepimpinan Ustz. Azizan.

Adalah tidak pasti samada kes kekosongan Kota Siputeh yang masih tergantung status kekosongannya, kosong seperti tak kosong, tak kosong seperti kosong berkait rapat dengan letak-duduk UMNO akhir-akhir ini di kacamata rakyat Kedah

Selebihnya sila baca di sini.

Menyalak-nyalak di luar Gelanggang

Kemelut apa lagi? Sudah tidak ada kemelut lagi. Hanya mereka yang nak berkemelut sahaja yang menjaja sana-sini, ke hulu ke hilir mengatakan kononnya di sana masih berkemelut. Kalau ada pun kemelut cipta-reka sendiri, tapi tak akan laku bila dijaja.

Yang dikatakan beberapa 'pemain'yang bermasalah sudah keluar dari permainan, walaupun masih bising di luar gelanggang. Menggengam-gengam penumbuk, menggigit-gigit bibir, menuding-nuding jari, mengangkat-angkat kaki, meludah-ludah ke dalam gelanggang yang sudah lengang.

Di luar sana juga memang masih lagi ramai yang berlegar-legar di luar gelanggang, masih berbisik-bisik, mendesak permainan baru diadakan, kerana tidak berpuas hati dengan permainan yang baru saja selesai. Mereka bermundar-mandir macam ibu kucing kehilangan anak. Alahai kesiannya.

Biarkan mereka buat bising di luar, kerana anjing yang menyalak bukit, bukit tak akan sekal-kali runtuh.

Thursday, November 26, 2009

BN Takut KAUKUS atau Takut Kena 'KUKUS'

Apabila Pakatan Rakyat mengesyorkan Tengku Razaleigh mengetuai kaukus ahli-ahli parlimen berkaitan royalti petroleum, tidak lain dan tidak bukan, ialah kerana menghormati beliau atas sifat veteran politik dan orang yang paling layak dari segi pengalaman serta orang yang pernah terlibat sejak dari awal lagi dalam isu royalti.

Beliau yang merupakan Pengerusi Petronas yang pertama pernah menegaskan bahawa Kelantan memang berhak di sisi perlembagaan untuk menerima royalti minyak itu.

Tengku Razaleigh juga pernah menyandang Menteri Kewangan, terlibat dalam penyediaan draf Akta Petroleum. Akta tersebut memberi jaminan bahawa bayaran tunai royalti minyak sebanyak lima peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak. [sumber.]

Tetapi kita lupa bahawa UMNO/BN bukan saja tidak ikhlas dalam mengurniakan royalti kepada Kelantan, mereka memang bersifat hasad dengki, dengan penuh keegoan tidak sekali-kali tunduk kepada Pakatan Rakyat walaupun manfaat daripada royalti itu akan dapat dinikmat seluruh rakyat Kelantan.

Mereka tahu, pemberian royalti kepada mana-mana negeri yang di perintah oleh pembangkang diibarat menyediakan kain kafan dan tanah perkuburan yang sudah siap digali ataupun mereka takut kena 'KUKUS' oleh pembangkang.

Pemberian wang ihsan diibaratkan mengisi tembolok puak-puak UMNO, seperti pernah orang UMNO Terengganu berkata, "Kalau macam ni, lebih baik UMNO kalah selalu" (maksudnya mereka kenyang selalu)

Slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan hanya menjadi retorik sepanjang zaman, hanya bertambah koleksi pelbagai slogan sahaja.

Jenguk Sekejap, ada ucapan nih

Para jemaah haji dari seluruh pelusuk benua sudah berada di Arafah pada hari ini 9 Zulhijjah 1430 Hijriah.

Sebaik saja tergelincir matahari (Zohor), maka 'Wukuf' akan bermula. Mereka akan ber'Wukuf' sehingga terbenam matahari (Maghrib). Di antara tempoh waktu tersebut, disamping menunaikan solat fardhu Zohor dan Asar, mereka dianjurkan memperbanyakkan doa dan bermunajat, membaca Quran, berzikir, bersolat sunat dll serta menyebut namaNYA yang Maha BESAR seharusnya kita memperBESARKANNYA sepanjang masa.

Selepas itu bergerak ke Muzzalifah sehingga separuh malam dan seterusnya ke Mina dan berada di sana dari 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah 1430 Hijriah.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada PakKaramu, Prof. Dr. Hamirdin dan Isteri serta para bloggers yang lain dan seterusnya kepada semua jemaah haji kerana dijemput oleh Allah untuk menunaikan fardhu haji untuk pertama kalinya atau untuk sekian kalinya. .....bersambung

Semoga dikurniakan Allah kesabaran yang tinggi serta sihat tubuh badan agar dapat menunaikan segala sunat, wajib dan rukun-rukun haji dan umrah dan jangan lupa mendoakan kemenangan PAS di Kota Siputeh (kalau jadi PRK), kemenangan rayuan Ir.Nizar, PAS dihindari fitnah dah mehnah serta kestabilan Pakatan Rakyat.

Jangan lupa mendoakan kami yang tinggal di sini, samada pernah mahupun belum lagi menunaikan fardhu haji, agar dijemput oleh Allah SWT sekali lagi menunaikan fardhu haji dan umrah.

Bagi sekelian para bloggers Pn. NurAflah, Bila Sauh diBongkar, Pak Sheikh Teluk Intan, al-banjari, MRK al-banjari, Cenangau, Anak Sengat, Sendiri Mahu Ingat, Ummi Anni, Mum of 3 Mohd, Teluk Bakong, Biaqpila, Penawarrindu (CtKays), Penarik Beca, wartamaya, Thinking of Life, Manjung Mari, angkasanuri, Hasbullah Pit, shalehudin, Pemuda Besut, Bawean Termenung, Fakulti Siyasah Sya’iyah, Dango Mamamat, Ibnu Hasyim, Yb. Dr. Shafie Abu Bakar, perunding, Perakite, PAS BBB3 Bangi, Pinkturtle, KedahLanie, Pang5 7, Penarik Beca, MSO, Cawan, Quantity Surveyor dan Pemuda Kemehe dan lain-lain bloggers yang secara tidak sengaja ditinggalkan serta sekelian para pengunjung blog al-brangi, saya mengambil kesempatan menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf jika ada mana-mana 'posting' dan komentar yang kurang senang atau menyentuh hati kalian.

Selamat Hari Raya Eidul Adha, Maaf Zahir dan Batin.

p/s al-brangi sedih sangat kerana tak dapat balik kerana khuatiri banjir berpanjangan, sedangkan Ahad depan mesti berada di Bangi.

Walau bagaimanapun bonda tercinta dah pun dapat maklum.

PTPTN ~ 'AhLong' : 'Semacam' je

Sesiapa yang ada anak menuntut di IPTA atau IPTS tentu merasakan berbagai bebanan, samada semasa mula-mula memasukinya atau semasa setiap kali naik semester.

Anehnya kenapa mereka yang diamanahkan mengurus negara tidak boleh berfikir satu jumlah diperuntukkan untuk mengurniakan biasiswa bagi membiayai mereka yang layak meneruskan pengajian mereka.

Malaysia kaya dengan hasil masyul. Kita ada minyak. Lagipun, segala hasil masyul bukan harta pemimpin, mereka hanya diamanahkan menguruskan harta dan perjalanan negara.

Kalau tengok daripada apa yang ada, seolah-olah menunjukkan Malaysia sebuah negara yang kaya. Malaysia ada Twin-Towers. Malaysia ada Putrajaya. Malaysia mampu anjur Formula One. Malaysia ada lebuhraya diseluruh negara dan jangan lupa, ada Tol lagi.

Takkan pelajar yang memang menjadi aset negara di masa hadapan dibebankan dengan PTPTN?

Dengar cerita, mana-mana pelajar yang memperolehi keputusan pemeriksaan denaga Kelas Dua Atas ke atas, pinjaman PTPTN mereka akan di'convert' menjadi biasiswa.

Masalahnya, peratus mereka daripada 1.4 juta peminjam yang mendapat keputusan seperti itu amat sedikit. Apa hal dengan yang lainnya?

Kalau dah 'miskin' sangat, tak ada cara lain lagi ke? Tak boleh ke mereka yang meminjam itu tidak dikenakan sebarang caj tambahan (faedah)?

Amat memalukan, mereka diburu seperti 'AhLong' memburu mangsa.

Dilaporkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini berjaya mencatatkan pungutan balik pinjaman daripada 1.4 juta peminjam sebanyak RM4 juta sehari berbanding RM2.5 juta sebelum ini. Baca sini.

MCA masih 'bergoreng' Char Kway Teow

MCA adalah rakan baik UMNO bersama MIC dan lain-lain parti dari Semenanjung termasuk dari Sabah serta Sarawak bersekutu dalam Barisan Nasional.

Mengikut amalan biasa kerusi kabinet yang kanan selalunya diberi kepada MCA. Siapa yang tak mengidam kerusi yang sangat 'empuk' itu.

Parti yang terdiri dari 'towkay-towkay' besar memang bermasalah. Mereka mempunyai banyak klik serta ego yang sangat tinggi.

Saya tak boleh gambarkan kalau MCA bertanding atas lambang MCA sendiri, terutama apabila mereka bertembung dengan DAP.

MCA kelihatan gah hanya dengan BN, begitu juga UMNO dan MIC serta parti-parti lain yang bersekutu dengannya. Sebab itu BN merasakan Malaysia ini milik mereka punya. Mereka lupa demokrasi yang mereka amalkan ada kewajaran untuk meraikan mana-mana parti yang berdaftar secara sah di sisi Perlembagaan Negara.

Cuma satu yang patut diberi kredit kepada MCA, mereka 'satu-satu'nya parti yang mengamalkan demokrasi sihat dalam partinya sendiri berbanding dengan rakan mereka yang lain.

Sejarah membuktikan dari era Datuk Dr. Neo Yee Pan (memangku March 1983 hingga November 1985), Tan Koon Swan (November 1985 hingga September 1986), Tun Dr. Ling Liong Sik (September 1986 hingga May 2003), Datuk Seri Ong Ka Ting (May 2003 hingga October 2008), MCA mempunyai banyak klik.

Dari tahun 1983 sehingga sekarang, MCA mempunyai 5 presiden bertukar ganti berbanding rakannya UMNO hanya 3 Presiden dan MIC hanya 1 Presiden dalam tempoh yang sama.

Alahai MAS : 'Award' Dapat Berketul-ketul, Tapi Kerugian

MAS berbangga kerana diiktiraf sebagai penerbangan 5 bintang oleh Skytrax sejak tahun 2005, dan memenangi anugerah Kakitangan Terbaik Kabin Dunia untuk kali ke 7, iaitu terbanyak bagi mana-mana syarikat penerbangan.

Selepas menerima berita pengiktirafan dunia, MAS dilaporkan mengalami kerugian bersih sejumlah RM298.9 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2009 berbanding keuntungan bersih RM38.5 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun lepas.
Komen al-brangi:

Kita tumpang bergembira apabila dilaporkan penerbangan MAS memenangi berbagai 'award'.

MAS sebagai sebuah syarikat penerbangan dari negara umat Islam Malaysia, masih mengamalkan hidangan 'beer' yang berlebihan, maksudnya kalau seseorang habis satu gelas 'beer', dia boleh meminta tambah sehingga dia dah nak 'termuntah'.

Pakaian peramugari pun masih berbalut ketat kebaya batik.

Jikalau peramugari-peramugari Saudi Airlines yang bukan semua dari orang Islam (ada juga dari Filipina dan Thailand) boleh mematuhi syarat menutup aurat, kenapa MAS tak boleh?

Jika peramugari MAS boleh menutup aurat semasa penerbangan jemaah haji kenapa di hari-hari lain mereka tak boleh?

Oleh kerana Skytrax, syarikat yang mengendalikan anugerah itu adalah 'orang puteh', maka kita tak hairan berapa banyak anugerah yang hendak digondol.

Apalah nak dibanggakan jikalau 'performance' sebegitu menjadi ukuran.

Sekarang dilaporkan MAS alam kerugian.

'Singkat'kan lagi kebaya batik 'mungkin' boleh menjimatkan lagi kos operasi kot.

Wednesday, November 25, 2009

TP UMNO: Semuanya tak tahu..?

Baru PM tinggal sekejap. Dah menggelabah. Bila Ku Li dah sanggup ketuai kaukus petroleum yang diinisiatifkan oleh Pakatan Rakyat bagi menuntut bayaran royalti minyak di Kelantan, dia dah cuak. Pusat lesi mukanya.

Bila ditanya pemberita, semuanya jawab tak tahu dan 'no comment' seperti di bawah

"Eloklah Tengku Razaleigh teliti semasak-masaknya walaupun ia melibatkan negeri Kelantan tetapi ini ditaja oleh pihak parti pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang nak mengusahakannya."

"Mengenai krisis dalaman MCA, Muhyiddin berkata beliau tidak akan memberikan sebarang kenyataan kepada media sebelum mengemukakan laporan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak."


Mengulas keputusan Mahkamah Tinggi yang melarang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat, beliau berkata ia akan dibincangkan oleh kabinet apabila Perdana Menteri pulang dari luar negara.

"Saya tak mahu nak komen lagi walapun ada pihak yang mempunyai pandangan yang pro dan kontra kerana ini ada hubung kait dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah. Jadi, kita tidak mahu dilihat sebagai tidak menghormati mahkamah,"

"Saya tak tau apa makna pelajar copy cat...saya fikir di sekolah Cina banyak pelajar cemerlang juga. Saya tak faham apa yang dimaksudkan. Biar Prof Khoo Kay Kim yang jelaskan," Selanjutnya sila baca di sini.

Alkisah UMNO dengan 'Nasi Lemak basi'

Gerakan Pulau Pinang dilihat hampir-hampir lumpuh sekarang, payah nak bangkit semula. Sekurang-kurangnya mereka akan 'berkerusi-roda' sehingga PRU14.

MCA masih leka ber'goreng' Char Kway Teow. Mereka tak ada masa nak tengok peluang di Pulau Pinang.

DAP/Pakatan Rakyat dengan ketelusan serta cemerlang pentadbiran nampaknya sukar digugat.

Tapi Pakatan Rakyat, tolong jangan cuba bermain-main dengan 'complacent game'.

Mungkin di negeri Johor, MCA masih boleh 'enjoy' dengan ber'goreng' Char Kwat Teow.

Ada orang kata, kalau DAP menang MCA tak rugi. Itu otak perkauman.

Tapi kenapa bila PAS menang UMNO rasa tak untung?

...mungkin kerana 'nasi lemak' yang UMNO 'jual' sudah basi.

Talian Hayat UMNO

6 Talian hayat UMNO:
  • Tukul Kayu
  • Kuda Belang
  • Belatuk Merah
  • Jala Ikan
  • Merpati
  • Terompah Kayu
Hilang 1, UMNO kacau
Hilang 2, UMNO sasau
Hilang 3, UMNO pening
Hilang 4, UMNO baring
Hilang 5, UMNO terlentang
Hilang 6, UMNO kena angin ahmar

Suatu Analog

Yu dan jerung menyeringai gigi berlegaran mengelilingi Jong.

Kucing Kurap dan Tikus Mondok kepanasan.

Masakan padi bertahan di air yang dalam?

Namun, Setanggi tetap harum mewangi.

Anak Sekat 'Syurga' Ibunya

Syurga di telapak kaki ibu.

Tapi apa hal pulak dengan anak ini, menyekat 'syurga' ibunya?

Adakah dia anak yang bertaqwa? Yakni, melaksanakan apa yang diperintah oleh Allah (SWT) dan Rasulnya (SAW) dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah (SWT) dan Rasulnya. (SAW)

Seterus sila baca di sini.

Tuesday, November 24, 2009

Rayuan SEGERA : Ikrar Taat Setia PAS Kelantan pada TGNA

Segala fitnah dan mehnah berakhir sudah. Walaupun PAS Kelantan dikritik hebat oleh UMNO, hatta daripada penyokong dan pendokong PAS sendiri, itu memang asam garam dalam berpolitik.

PAS pernah dan memang akan sentiasa mengkritik UMNO selagi ia lari daripada landasan Syarak dan batas undang-undang serta Perlembagaan Negara.

Dan UMNO pun turut mengkritik PAS. Tetapi jika UMNO mengkritik melebehi batasannya, turut menentuarah tuju PAS, apakah PAS patut berdiam diri khasnya PAS Kelantan? Sila baca di sini dan di sini.

Justeru itu, saya menyeru kepada PAS Kelantan daripada saf kepimpinan Pemuda, Muslimat dan seterusnya kepimpinan PAS Negeri, Wakil Rakyat PAS datang ke depan membuat satu ikrar bahawa seluruh pimpinan PAS di Kelantan tetap memberi taat setia yang tidak berbelah bagi serta masih memerlukan pimpinan TGNA memimpin Kerajaan Negeri agar memberi kenyakinan kepada rakyat Kelantan seterusnya mengendurkan keadaan, (kerana UMNO akan sentiasa membuat desakan demi desakan, asakan demi asakan selepas ini) bahawa PAS tetap bersatu.

PAS : Terpaksa Telan Walau Pahit

Seperti biasa media arus perdana melaporkan berita panas dari Kelantan.

Utusan : Ariffahmi letak jawatan

Berita Harian : Akur arahan Nik Aziz

New Straits Times : Quit as CEO, Nik Aziz tells son-in-law

Harakah Daily : Nik Aziz setuju nasihat Ariffahmi letak jawatan

Selepas solat subuh pagi tadi, ketika hendak menaiki 'scooter', sempat seorang pengundi atas pagar, seorang pensyarah UPM berkata,
" Syeikh, takkan Ust. Hadi, Ust. Haron, Salahuddin dan Hatta turun, baru nak letak jawatan."

Saya cuba menyakinkannya, "Dr., untuk mengelak daripada fitnah yang lebih besar. Menghadapi mudharat yang kecil daripada mudharat yang lebih besar."

Beliau masih tak puas hati sambil menutup keretanya lalu berkata, "Something is not right down there."

Memang telah dijangka dari awal kemelut ini tercetus, samada letak atau tak letak jawatan, fitnah, mehnah, telahan dan berbagai-bagai persepsi dari pengundi luar sana terhadap PAS.

Selaku ahli PAS yang turut terasa sama, tetap menyakinkan sahabat-sahabat di luar sana, bukan memburuk lagi keadaan.

Walau bagaimana pahit sekalipun, PAS terpaksa menelannya.

Perjuangan tetap diteruskan.

Amah 'part-time' GRO : Awas Bayi anda

Tahan...antara GRO wargaFilipina yang ditahan dalam operasi di Jalan Raja Chulan, malam semalam.



KUALA LUMPUR: Kesempatan cuti hujung minggu yang diberikan majikan digunakan 14 pembantu rumah warga Filipina untuk menjadi pelayan pelanggan (GRO) merangkap pelacur secara sambilan terutama di kalangan pelancong asing dan lelaki ‘hidung belang’ bagi mencari pendapatan lebih.



Difahamkan, mereka mampu meraih pendapatan antara RM500 hingga RM1,000 semalam hanya menemani pelanggan, termasuk pelancong asing yang bercuti ke negara ini yang ingin berhibur dan mendapatkan khidmat seks.



Bagaimanapun, kegiatan mereka ini terbongkar apabila sepasukan 50 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Putrajaya menyerbu sebuah pusat hiburan di jalan Raja Chulan, malam kelmarin. Selebihnya baca di sini.



al-brangi : Biasanya majikan rasa cuak dan rimas dengan 'maid', mana tahu bayinya di bawa lari atau di dera dsb kerana banyak sudah kes serupa itu telah berlaku.



Sekarang satu lagi bahaya yang mungkin menimpa bayi-bayi anda, iaitu jangkitan HIV/AIDS.



Jika amah sudah jadi 'part-time' GRO, tidak mustahil perkara ini akan menular. Untuk menyedapkan hati, anda boleh berkata virus tersebut tidak mungkin berjangkit melalui sentuhan. Apakata kalau bayi ada luka dan 'maid' itu pun ada luka dan ........Mintak dijauhkan.

Superhero Baru : 'Towkayman'

Banyak watak-watak 'super-hero' difilemkan sebagai satu cerita 'fiction', kononnya 'super-hero' tersebut boleh menyelesaikan banyak masalah manusia ketika berada di ambang bahaya secara luarbiasa, diluar keupayaan manusia biasa.

Di antara watak-watak tersebut seperti 'Superman', 'Batman', 'Spiderman', 'Plasticman' dan entah apa-apa 'man' lagi termasuk 'Cicakman'.

Sekarang muncul seorang lagi 'Superhero' Malaysia. Beliau mempunyai satu misi khas, yakni merekacipta, merumus satu formula untuk mendamaikan 'Towkay-Towkay' besar sebelum 1 Disember 2009. Selebihnya sila baca di sini.

Kata orang, kalau nak mendamaikan 'Towkay-Towkay' besar, di antaranya mestilah menyelami jiwa 'Towkay-Towkay' besar tersebut. Cuba ambil 'feel' dulu, baru boleh menyelami dan terus menjiwai.

al-brangi : Jangan jadi 'Towkayman' sudahlah.

Ir.Nizar di Bangi : Harapan Cerah !

Malam tadi Ir.Nizar datang berceramah di Bangi. Beliau mengimami solat maghrib. Ramai makmun kurang perasan kerana Ir. Nizar bersongkok hitam. Kelihatan tampan dengan baju melayu merah hati. Beliau datang dari Parlimen dan terus berkejar ke Bangi.

Beliau memberi tazkirah berkaitan dengan konsep Talbiah ketika berada di Mekah selepas berihram haji dan relevannya ketika pulang ke tanahair. Terlalu panjang nak diceritakan di sini. Saya akan usaha dapatkan video klip dalam You-Tube.

Beliau juga menceritakan perjalanan mahkamah rayuan tentang rayuannya. Untuk lebih tepat, rayuan itu bukan untuk dirinya tetapi untuk keseluruhan rakyat Perak.

Walaupun beliau gagal memohon 11 0rang Hakim mendengar rayuannya, tetapi dengan hujah yang tepat dari peguamnya, beliau sangat yakin keputusan akhirnya berpihak kepada keseluruhan rakyat Perak.

Pada pandangan saya jika tiada 'gangguan' kepada 'ketenteraman' para Hakim yang bijaksana, Perak akan menyaksikan pilihanraya sekali lagi.

Jika pilihanraya tidak diadakan di seluruh negeri Perak pun, sekurang-kurang PRK di Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kerana Kota Siputeh telah meletakkan satu 'precedent'.
Kelihatan Ir.Nizar menandatangani buku otograf sebaik saja ceramahnya berakhir pada kira-kira jam 9.00 malam. Makmum sungguh ramai, semacam bersolat Jumaat.

Selesai solat Isyak, biasalah, jumpa sahabat lama, tak sah kalau tak bersembang dulu.

al-brangi : Syeikh. Kau yakin tak DUN Perak akan dibubar.

Sahabat lama : Kalau dengar apa yang Nizar cerita tu, hujah peguamnya memang mantap.

al-brangi : Hujah peguam Zambry tu macam hujah budak sekolah je.

Sahabat lama : Nizar kata, 'deme' dah pening. Changkat Jering, Behrang dan Jelapang dah kecut bila dengar Mahkamah Tinggi semalam mengarahkan SPR isytihar Kota Siputeh kosong.

al-brangi : Nizar anjurkan jangan putus solat hajat. Kalau tak bubar DUN pun, sekurang-kurang PRK di 3 DUN 'katak' tu jadilah. Habis, kau nak turun ke Perak tak?

Sahabat lama : Kau bukan tak kenal aku. Aku hanya akan muncul bila ada pilihanraya. Kau jangan cerita lain-lain isu, aku tak nak dengar.

al-brangi : Kau memang PAS totok.

Kami beredar, isteri pun dah SMS, mee-hoon ayam, keropok goreng dan timun racik dah siap. Orang Terengganu kalau makan mee-hoon goreng mesti ada keropok dan timun racik, kalau tidak, tak sah, batal sama sekali.

Monday, November 23, 2009

Kata Kuncinya : Sabar dan Cerdik

Dalam sukan bolasepak, seorang pemain amat senang mencipta nama serta namanya disanjung, kalau dia seorang 'striker', samada ia pandai menggelecek bola atau dia sentiasa menjaring gol, pasti namanya naik menjulang.

Pemain yang kurang menyerlah dari 'skill' mahupun prestasi keseluruhan tidak seberapa, untuk melonjakkan namanya, kekadang seseorang pemain itu dek ingin menjadi terkenal, dia mengambil jalan pintas, dia bermain kasar agar pengadil melayangkan kad kuning. Kalau dapat kad merah lagi cepat namanya terkenal.

'Point' saya di sini, ialah kita tidak perlu menongkah arus, kita tidak perlu mencari publisiti murahan, kita tidak perlu menyumpit panah fitnah, kita tidak perlu meminggirkan adat, kita tidak perlu menagih simpati dan kita tidak perlu mengambil jalan pintas untuk kita mencapai sesuatu hajat.

Pendek kata, biar masa yang menentukan kemana letak-duduk kita.

Yang benar itu tetap benar, dan kebenaran pasti akan terserlah.

Kata kuncinya ialah SABAR dan CERDIK

p/s Gambar hanya hiasan

UMNO Dari Dulu Juara Menangguk

Tajuk berita di atas disensasikan oleh media untuk menggambarkan PAS Kelantan berada di dalam keadaan bercelaru kononnya. Yang sebenarnya berita yang digembar-gemburkan adalah merupakan lebih sudu dari kuah.

Memanglah adat bagi musuh politik PAS, takkan mereka nak hamparkan permaidani merah dan mengharapkan pemimpin PAS 'berjalan di atasnya' dengan gah serta jurugambar bersimpang siur mengejar mengambil gambar mereka dan esok tersiar di dada akhbar, "Pemimpin PAS berjalan segak, sudah selayaknya pimpinan UMNO/BN mengundur diri untuk memberi laluan pada PAS."

Memang sudah dijangka, UMNO tetap menangguk di air yang keruh. Ini dinyatakan sendiri oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, 'UMNO perlulah meningkatkan jentera penerangannya dan harus merebut peluang akan kemelut yang melanda PAS.'

Adalah diharapkan dengan penafian Husam, PAS Kelantan dapat meneruskan kembali amanah rakyat dengan mendekati rakyat agar segenap lapisan mendapat pembelaan walaupun terpaksa menghadapi kekangan peruntukkan dari Pusat.

Berita Tergempar !

Berita 1

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengarahkan menantunya, Abdul Ariffahmi Rahman supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Selebihnya sila baca di sini.

Berita 2

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi kerana mengadu sakit dada ketika menghadiri sidang Dewan Rakyat. Selebihnya sila baca di sini dan di sini.

Berita 3

PRK Kota Siputeh atas arahan Mahkamah Tinggi dalam masa 60 hari bermula dari 16 November 2009. Sila baca di sini.

Sungguh Nostalgik Bersama 'you all'

Imej dari satelit kedudukan Tanjung Piai, Tanah Terselatan Benua Asia.
( Southernmost Point Of Asian Continent, Pekan Nenas, Johor, Malaysia.)

Secara tepatnya Tanjung Piai terletak pada
Latitud 01.16 - Utara dan Longitud 103.30.46 - Timur .

Sebuah mercutanda dibina di sini bagi menandakan 'Tanah Terselatan Benua Asia' yang dibina pada 2001. Gentian konkrit mesra alam berukuran 20 m tinggi dan 10 m lebar.
Warna kelabu pada mecu tanda Tanjung Piai menggambarkan
kekayaan hutan paya pakau dan dataran lumpurnya.

Dua pelepah Paku Piai raya (acrostichum aureum) diukir di permukaan mercu tanda bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai. Paku Piai didapati tumbuh dengan banyaknya bersama dirian bakau di sini.
Tanjung pula bermaksud tanah atau tanah tinggi yang menganjur ke laut.
Peta dunia yang terpapar menjelaskan kedudukan sebenar Tanah Terselatan Benua Asia , supaya dapat dihayati dan dihargai oleh para pelawat. [sumber.]
Rasa-rasa, kalau taklah kerana tugas, saya tak sampai ke'titik' paling hujung di Benua Asia. Dikatakan begitu kerana kurang promosi. Seharusnya rakyat Malaysia amat bersyukur kerana 'titik' paling hujung di Benua Asia berada di bumi Malaysia. Sepatutnya pelancong dari Rusia dan China datang membanjiri Tanjung Piai.

Kelihatan orang kuat 'mekanikal' (Hj. A.Rahman) berdiri segak. al-berangi kelihatan terselindung.

Semasa bertugas dahulu al-brangi sempat menaiki helikopter untuk memantau pengutipan data hujan di beberapa tempat di Gua Musang seperti di Gunung Gagau, Lojing, dan beberapa perkampongan orang asli sebagai persiapan pemantauan banjir.

Amat nostalgik sekali bekerja dengan 'you all', amat bekerjasama, tetap al-brangi kenang sampai bila-bila, semoga diberi kekuatan oleh Allah SWT agar 'kau orang' dapat berkorban meredah banjir menjalankan tugas untuk kesejahteraan rakyat.

Meredah hutan untuk membuat pelupusan 'pump'. Pemeriksaan perlu dibuat untuk tujuan pengesahan data. Kelihatan orang kuat 'mekanikal' Hj.A.Rahman, Engineer Hafiz dan TA. al-berangi berada di atas 'flatform pump-house'. Terpaksa terjun untuk turun. Terhentak jatuh, 'sengget pinggul', terpaksa pergi klinik. Satu kenangan manis bersama 'you all'.

Husam: 'Sejinak mana pun ular peliharaan, satu hari ia akan mematuk tuannya.'

Rasa bersyukur yang amat sangat apabila Husam keluar membuat kenyataan yang dengan sendirinya membuat media pro-UMNO terkedu dan saingan serta musuh politik Husam meletak kedua-dua tangan di atas kepala.

Ada orang sahabat lama memberi komen nakal, kononnya saya 'orang' Husam. Sambil tergelak saya membalas SMS mereka, 'saya tak kenal pun Husam dan Husam lagilah tak kenal saya.'

Pada tahun 1999, semasa persiapan PRU10, Husam ada datang membantu YB Dr.Shafie Abu Bakar (ADUN Bangi sekarang) berkempen di Bangi. Saya selaku Ketua UPU menawarkan rumah saya tempat persinggahan Husam dan Dr.Shafie sementara menunggu ceramah selepas Isyak. Husam daripada KLIA dibawa terus ke rumah saya. Selepas bersolat Isyak mereka dibawa ke tempat ceramah.

Daripada dulu hingga sekarang, pendirian saya amat jelas. Saya tidak berpihak kepada mana-mana pimpinan. Sesiapa yang di'angkat' oleh perwakilan, itulah pemimpin saya. Saya akan tetap wala' selagimana mereka tidak melanggar Syariat.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa turut menafikan yang beliau telah meletakkan jawatan dalam kerajaan dan PAS, sambil menyifatkan agenda menamatkan kerjaya politiknya oleh pihak luar “belum berakhir”.

Justeru, Husam menegaskan, beliau sama sekali tidak akan meninggalkan PAS di pertengahan jalan dan “sebagai murid dan ‘budak’ Tok Guru tidak akan mengangkat bendera putih” semata-mata kerana agenda Utusan.

Penafian serupa juga dibuat oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi tadi.

Mursyidul Am PAS itu juga menolak dakwaan perkembangan terbaru itu sebagai berlaku episod terbaru perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

Kelmarin, Husam memberitahu The Malaysian Insider bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkan beliau dari kerajaan negeri.

“Mingguan Malaysia sekali lagi ‘memandang tinggi’ pada saya dengan berita provokatif muka depan.
Seterusnya baca di sini.

Suatu ketika Husam dilihat sebagai pengganti TGNA menyandang Menteri Besar Kelantan. Justeru itu, musuh politik meneroka setiap sudut mencari kelemahan dan kekuatan Husam. Fitnah dan provokasi menjadi asam garam seorang pemain politik.

Hanya mereka yang bersemangat kental sahaja dan sedikit kebijaksanaan yang dikurniakan Allah SWT dapat mengharungi ujian ini.

Awas Husam, berhati-hati memilih kawan dan cepat mempercayai seseorang.

'Sejinak mana pun ular peliharaan, satu hari ia akan mematuk tuannya.'

Soal pengganti Menteri Besar tidak timbul kerana PAS bergerak secara jemaah, kerana PAS: "We're Not a One-man Show"

Sunday, November 22, 2009

Korban: Pun Kena Tahu Matematik

Mari kita belajar ilmu matematik sekejap.

Kes 1

1 ekor lembu = RM2,400.00

Therefore 46 ekor lembu = 46 x RM2,400.00 = RM110,400.00
(Rujuk sini.)


Kes 2

Dianggarkan harga lembu tak berubah (harga semasa mungkin lebih, bergantung pada saiz)

1 ekor lembu = RM2,400.00

Therefore 427 ekor lembu = 427 x RM2,400.00 = RM1,024,800.00 (Rujuk sini.)

Harap2 Hujan dan Taun Tak Halang 'Korban'

Malam tadi anak saudara buat panggilan cemas, "Tok Wan suruh panggil semula."

Saya pun terus telefon bonda tercinta, "Asmkm...ada apa Cik?"

Saya membahasakan bonda saya sebagai 'Cik'.

Bonda menjawab, 'Wkmslm. Jadi ke balik?". Dia nak buat persediaan untuk sambut Hari Raya Idul Adha. Biasanya isteri sayalah yang akan masak hidangan di pagi Raya.

Saya menjawab, "InsyaAllah, tapi kalau banjir melanda kali kedua dan taun tidak merebak, berkemungkinan besar saya tak balik."

Dia mencelah, "Nak 'buat apa'?" Sambil gelak saya putuskan, "Kita 'buat' nasi minyaklah. Lauk ayam goreng rempah dan kurma daging serta acar timun"

Bonda dengan nada gembira kata, "Baiklah Cik akan sediakan ayam, minyak sapi dan rempah ratusnya." Dia sambung lagi dengan nada suka hati, "Sampai kol berapa? Nanti Cik buat laksam untuk makan malam"

Bonda tentu suka hati kerana al-brangi selaku nak laki sulung ni tak balik beraya Raya Puasa baru-baru ini.

Biasanya di Terengganu, hidangan istimewa di pagi raya ada pelbagai jenis, ada yang sediakan sate dan nasi himpit, nasi dagang, nasi minyak, laksa kuah lemak putih dan 'merah', lemang, ketupat palas, nasi kunyit (pulut kuning) dan banyak lagi.

Satu saja saya rasa terkilan kerana tak dapat bercuti lama. Kami dijangka pulang ke Kuala Berang pada hari Khamis dan kembali semula ke Bangi pada pagi Ahad. Saya cuba menyakinkan bonda, "Kita balik semula ke Bangi pada pagi Ahad kerana Dilla (anak no.3) akan praktikal keesokkannya. Chik (isteri) dah kehabisan cuti."

Kedengaran kesedihan pada suaranya kerana selalunya kami balik kampong paling kurang seminggu.

Kami berharap hujan dan taun tidak meng'halang' kami balik kampong.

Husam Nak Letak Jawatan?

Satu lagi berita 'sensasi'. Ia menjadi sensasi bila ia disensasikan mengikut persepsi masing-masing. Husam dikatakan ingin melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan. Sila baca di sini.

Jika mereka yang mahukan PAS bergolak dan senantiasa berkemelut dan berserabut, maka berita ini akan disensasikan secara negatif seluas-luasnya.

Jika mereka melihat kemelut ini dari sudut yang positif, maka berita ini juga akan disebarkan (disensasikan?) untuk memberi peluang kepada mereka memasuki 'ruang' kedua, untuk merenung sejenak, kemungkinan-kemungkinan yang akan terjadi kepada PAS keseluruhannya selepas daripada ini.

Mereka yang mahu melihat PAS kembali tenang, kerana perjalanannya masih jauh perlu melihat isu ini dengan mendalam.

Kita kembali kepada punca masalah. Dikatakan CEO PMBK adalah punca segalanya. Sekarang SPRM telah menyerbu PMBK. Berilah ruang masa kepada SPRM untuk membuat penyiasatan. Keputusannya nanti hanya ada dua, samada benar wujud penyelewengan atau sebaliknya. Sila baca di sini dan di sini.

Samaada wujud atau tidak sebarang penyelewangan, apa kewajaran Husam melepaskan semua jawatannya dalam parti dan Kerajaan?

Husam merupakan pimpinan-dalam-bikinan dalam PAS. Walaupun beliau pernah tewas dalam pertandingan Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar yang lalu, ini tidak bermakna beliau ditolak secara total dari PAS. Beliau adalah pemimpin yang amat matang dalam sepak terajang politik. Beliau telah menegaskan akan tetap meneruskan perjuangan bersama PAS. sila baca di sini.

Sebarang herdikan, kritikan, tekanan, fitnah dan mehnah adalah merupakan asam garam dalam politik.

Kritikan musuh hanya semata-mata untuk memanipulasikan serta mensensasikan keadaan agar seseorang itu bertindak mengikut jalan yang telah direnteskannya, termasuk berundur dari arena. Jika ini terjadi, mereka akan ketawa besar merayakan 'kelecek dan kelicikan' perancangan mereka.

Kritikan penyokong dan pendokong hanya semata-mata sayangkan PAS agar seseorang itu dapat bermuhasabah diri agar dapat memperbetulkan segala kesilapan.

Pemimpin datang dan pergi, perjuangan tetap tidak terhenti di situ.

Satu pesanan dari al-brangi, barhati-hati mempercayai 'kawan'.

Saturday, November 21, 2009

PAS ~ UMNO Bersedia di Kota Siputeh

Calon UMNO/BN di Kota Siputeh telah di'kenalpasti'.

Tuan empunya badan sudah pun setuju jika dicalonkan. Seperti diucapnya dalam Sinaran.

ALOR SETAR - Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir sedia bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh sekiranya itu yang dimahukan penduduk Jerlun dan Kota Siputeh.

Katanya, beliau hanya akan menerima pencalonan itu sekiranya mendapat persetujuan penduduk di situ dan bukannya menawarkan diri sebagai calon sekiranya pilihan raya kecil diadakan kelak.

“Kalau nama saya dicalonkan, saya terima. Itu pun sekiranya mendapat persetujuan dari semua penduduk di situ,” katanya.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, buat masa ini, tumpuannya ialah kepada tanggungjawab peringkat nasional, selain peranannya sebagai Ahli Parlimen Jerlun dan tidak terfikir untuk memikul tugas baru.


Bapanya bolehlah turun bercakap semahu-mahunya. Silap-silap haribulan UMNO sendiri pun dia kritik, sebab beliau memang suka bercakap, apa saja topik, ekonomi, Agama, kejuruteraan, alam sekitar, apa saja.

PAS pun, apa kurangnya. DS Azizan sudah bersedia, baca sini.

Jika rayuan mereka yang akan diputuskan Isnin depan gagal, maka SPR tiada pilihan lain kecuali mengisytiharkan DUN Kota Siputeh kosong dan PRK akan diadakan.

Pemilihan Baru - Formula Ampuh?

Sifat sesuatu 'formula' boleh berubah-ubah. Sama juga macam formula yang digunakan dalam fiziks, matematiks dsb, apabila ada penemuan baru, maka sesuatu formula itu akan berubah.

Kesesuaian sesuatu formula kekadang sesuai digunapakai untuk UMNO, amat tidak sesuai untuk MCA. Begitulah sebaliknya, sangat sesuai untuk MCA, tetapi amat janggal untuk UMNO.

Nampaknya formula yang disukai ramai ialah pemilihan baru. Sila baca di sini.

Tangani Konspirasi Bersama Jemaah

"Terdapat usaha untuk mencetuskan perbalahan antara saya dan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan)," akui beliau kepada The Malaysian Insider [Baca sini] hari ini.

"Saya sedar tentang kewujudan konspirasi (pihak tertentu) terhadap saya," kata beliau lagi.


Samada wujud atau tidak sebarang konspirasi untuk mencetuskan perbalahan di antara TGNA dan Husam yang diakhirnya Husam tersingkir daripada pentadbiran kerajaan negeri, seharusnya Husam perlu membersihkan nama baik TGNA dahulu, ini kerana sedikit sebanyak TGNA mendapat tempias dari isu 'konspirasi' ini dan isu yang berlaku di PMBK.

Husam yang sudah tentunya amat maklum 'luar dan dalam' perjalanan di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) seharusnya dari awal lagi 'anticipate' sebarang permasalahan di PMBK dan menghadap TGNA dan maklumkan situasi sebenar.

Jika awal-awal lagi Husam sudah dapat menghidu wujudnya konspirasi terhadap beliau, seharusnya beliau menangkisnya lebih pantas lagi, untuk mengelak sebarang fitnah besar kepada Kerajaan Negeri pimpinan TGNA. Posting ini [Sila baca di sini] sedikit sebanyak menjernihkan sedikit persepsi ramai.

Masih tidak terlalu lewat untuk membersihkan nama sendiri dalam mesyuarat yang akan diadakan.

Sebarang 'pergolakkan' dalam Kerajaan Negeri akan menimbulkan pelbagai persepsi kepada rakyat Kelantan khasnya dan Malaysia amnya.

Kerajaan PAS Kelantan perlu dipertahankan.

Kasih Seorang Ibu

Gambar-gambar di bawah, dirakam semasa saya berada diatas feri di Kota Samarahan, Sarawak menuju ke suatu tempat (saya sudah lupa nama tempat itu). Ketika itu masih dalam tugasan resmi.


Anak ini baru pulang dari sekolah, dijemput oleh ibunya dengan motorsikal dan menaiki feri. Kelihatan anak itu menyandar keletihan dan mungkin juga lapar,
tidak tahu apa-apa bahaya yang mungkin berlaku.


Kelihatan sianak yang sangat manja, pergi mendapat serta mendakap ibunya

Anak ini tertidur dalam dakapan ibunya. Begitulah rutin seharian, ke sekolah membonceng motorsikal dan berulang-ali menaiki feri.
Sungai itu sangat luas, bila-bila masa boleh mengundang bahaya kepada penumpang diatas feri.

Friday, November 20, 2009

Apa Ada Pada RM40,000.00? Hanya macam RM4.00 je?

Berapa nilai sebenar wang sejumlah RM40,000.00?

Bagi orang miskin, mereka memandang RM40,000 satu jumlah yang besar. Dengan wang sejumlah itu, mereka boleh membaiki rumah mereka yang robek. Mereka boleh belanja untuk keluarga mereka selama 4 tahun lebih, kerana ramai lagi insan di luar sana yang hanya berpendapatan bawah RM800 sebulan.

Bagi mereka yang mempunyai hajat yang lebih besar, lebih besar dari perbelanjaan orang miskin untuk keluarganya selama 4 tahun lebih, nilai RM40,000.00 hanya sama nilai dengan RM4.00.

Rupanya nilai sebenar 'wang' bukan bergantung pada nilai pasaran terbuka atau nilai USD atau nilai emas, ia bergantung apa hajat seseorang. Sila baca seterusnya di sini.

Lawan UMNO Macam Lawan 'Along'

Masuk jadi ahli UMNO diibaratkan macam masuk 'geng budak tak baik' (bahasa lembut tu).

Jikalau anda tak pegang apa-apa jawatan, setakat dapat 'topi sudu' dan 'T-shirt dacing', nasi 'polisterin', tolong tampal poster, anda nak keluar masuk UMNO macam keluar masuk bilik air pun dia orang tak kisah.

Tapi awas kalau anda ada pegang jawatan. Anda tak boleh keluar sesuka hati macam anda salin baju.

Kalau anda nak keluar jugak, pastikan anda duduk diam-diam, tak masuk pembangkang dan tak cakap banyak benda-benda yang dalam 'kelambu'. Anda mungkin selamat.

Tapi kalau anda keluar dan anda masuk parti pembangkang dan buat bising pasal benda-benda dalam 'kelambu', anda akan dikejar hingga kelubang cacing.

Inilah yang berlaku pada DS Anwar, Azmin dll. Apabila mereka membongkar apa-apa yang berlaku dalam 'kelambu', mereka akan diligan. Apabila mereka bercakap pasal keadilan, mereka bila-bila masa akan di'ngap'.

Yang amat menghairankan mereka diligan dengan amat laju sekali, sehingga laporannya telah sampai keSPRM. [sumber]

Hanya diMahkamah RabbulJalil, walau sebesar zarah sekalipun pun amal (baik atau jahat) anda, sesekali tidak akan terlepas catat dalam 'buku amalan' seseorang.

Korban : Rakyat Rantau Panjang Merintih Ke'sejuk'kan

Hari Raya Idul Adha atau Hari Raya Korban tinggal 7 hari lagi.

Sudahkah anda 'masuk' korban?

Jikalau belum lagi anda bolehlah masuk 'korban' seperti butiran berikut.
  • Tempat : Rantau Panjang, Kelantan
  • 1 bahagian lembu : RM300, 1 ekor kambing : RM500
  • Sila berhubung YB Kak Lah: 019-982 3942, Cikgu Razali: 019- 982 4983
  • e-mail: sitizailah@gmail.com, sitizailah.blogspot.com
  • No. Akaun Bank Islam Malaysia Berhad 03 - 027 - 01 - 003977 - 4, Akaun Pusat Khidmat Ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan
Saya terpanggil untuk mengiklankan ini kerana amat terharu mendengar tazkirah oleh YB Hjh Siti Zailah Mohd Yusuf, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan yang disampaikan oleh beliau pada malam Khamis baru-baru ini di Surau Annur Bangi.

Selaku seorang Ahli Parlimen PAS, beliau tidak diberi peruntukkan oleh Kerajaan.

Di Rantau Panjang dan di lain-lain tempat masih memerlukan bantuan dari tuan/puan yang mempunyai kelebihan sedikit untuk 'masuk' korban atau membantu mangsa banjir.

Masih ramai insan yang hanya makan daging setahun sekali. Masih ramai yang berteduh dari hujan dan panas dibawah sebuah 'pondok' yang tidak seumpamanya.

Kaabah Bersalin 'Kelambu'

MEKAH, 19 Nov (Bernama) -- Bersempena bermulanya ibadah haji tidak lama lagi, kiswa baru telah diserahkan kepada penjaga Kaabah paling tua pada satu upacara khas petang Rabu, demikian dilaporkan akhbar harian berbahasa Inggeris Arab Saudi Aran News Khamis.

Kain sutera asli berwarna hitam seberat 670kg dan berharga AS$4.5 juta (AS$1 = RM3.38) itu dihiasi ayat-ayat suci al-Quran yang ditenun menggunakan 150kg emas serta perak.

Ia berukuran 658 meter persegi dan mengandungi 47 keping kain, yang setiap satu berukuran 14 meter panjang dan 95sm lebar, kata akhbar itu.

Aran News melaporkan bahawa Pengerusi Majlis Penjaga Dua Masjid Suci Sheikh Saleh ibn Abdul Rahman Al-Hussain menyerahkan kain itu kepada Sheikh Abdul Aziz ibn Abdullah Al-Shaibi di kilang kiswa di sini.

Sejak dibina 74 tahun lepas oleh Raja Abdul Aziz, setiap tahun, kilang itu menghasilkan kiswa yang menggunakan kepakaran warga Saudi sendiri.

Akhbar itu menyebut bahawa sebuah beg kecil yang diperbuat daripada baldu hijau yang berlakarkan ayat-ayat suci al-Quran daripada emas serta perak dan mengandungi kunci Kaabah, juga diserahkan kepada Sheikh Abdul Aziz.

Keluarga Al-Shaibi mewarisi tugas menjaga kiswa dan mencuci Kaabah sejak Nabi Muhamamd (s.a.w) menyerahkan kuncinya kepada mereka.

Sheikh Abdul Aziz berkata pada 8 Zulhijjah 8 (25 Nov) iaitu apabila jemaah haji berhimpun di Mina, kiswa sedia ada akan diganti dengan yang baru.

Akhbar itu juga memetik Ketua Suruhanjaya Haji dan Umrah, Dewan Perdagangan dan Industri Mekah Saad Al-Qurashi sebagai berkata jumlah warga Saudi dan bukan Saudi domestik yang akan mengerjakan ibadat haji pada tahun ini menurun dengan ketara.

"Jumlah jemaah domestik berkurangan sebanyak 70 peratus pada tahun ini, berbanding tahun lepas.

"Setakat ini, kira-kira 68,000 permit haji telah dikeluarkan kepada jemaah. Ini termasuk kepada ekspatriat dan mereka yang datang dari negara jiran," katanya.

Al-Qurashi berkata 1.7 juta visa haji telah dikeluarkan kepada jemaah dari luar negara.

Thursday, November 19, 2009

Kota Siputeh : UMNO yg Sombong-Sombong Cerdik

Jikalau kanak-kanak ponteng sekolah tanpa sebab-sebab yang munasabah, guru akan menelefon ibu-bapa dan memberi amaran keras atau 'gantung sekolah'. Ini kerana mereka melanggar disiplin sekolah. Mereka menghancurkan amanah ibu-bapa.

Jikalau seseorang ahli persatuan kompang, tidak hadir menjalani latihan persembahan, maka mereka akan digantung dalam persembahan berikutnya. Ini kerana mereka akan wujudkan ketidakharmonian dalam persembahan nanti disebabkan kurang latihan.

Jikalau seseorang mu'azin, didapati ponteng, tak ke surau melaungkan azan, jawatannya akan digantung. Ini kerana mereka telah beramanah dengan Penciptanya dan mereka dibayar elaun 'buta'.

Begitu juga dengan penjawat awam, jikalau tidak hadir ke pejabat tanpa ambil cuti rehat atau tanpa sijil sakit, beliau akan diambil tindakan tatatertib. Ini kerana mereka dibayar gaji dengan duit rakyat, mereka telah memecah amanah rakyat. Mereka tidak layak memegang jawatan untuk membela rakyat.

'Point' saya di sini ialah, perjalanan hidup kita ini, mahu tak mahu kita tak dapat lari daripada peraturan dan undang-undang yang bertujuan bukan untuk mengongkong seseorang tetapi untuk memantau serta mengawal agar wang rakyat yang digunakan untuk membayar gaji mereka digunakan setimpal dengan 'performance'nya sepadan dengan jawatan yang disandang. Mereka memikul amanah rakyat dan negara dan jangan lupa, juga akan disoal di Mahkamah RabbulJalil di akhirat nanti.

Dalam kes ADUN Kota Siputeh yang didapati 'ponteng' hadir ke DUN Negeri Kedah 2 kali berturut-turut tanpa maklum kepada Speaker pada mesyuarat DUN 19 April dan 9 Ogos lalu, pada hal beliau dibayar elaun serta beberapa kemudahan lain dengan menggunakan wang rakyat, wang pembayar cukai, maka mengikut peraturan DUN, kerusi beliau dianggap kosong.

Memang wajar mereka diambil tindakan sejajar dengan peraturan yang ada.

Maka, apa perlu lagi mereka merayu di atas kesilapan sendiri, di atas keangkuhan sendiri. 'Be gentleman' wahai YB. Pulangkan jawatan itu kepada rakyat, biar rakyat memilih wakil mereka yang baru.

Dalam menghadapi kemungkinan PRK diadakan selepas proses rayuan di Mahkamah, pengundi di situ seharus peka dengan YB-YB yang hanya pandai menabur janji kosong tapi tidak bertanggungjawab.

ADUN UMNO/BN hanya pandai menunjukkan 'arrogance'nya. Mereka membelakangi peraturan yang ada. Mereka tidak menghormati Kerajaan Pakatan Rakyat. Mereka membelakangi DUN. Mereka membelakangi demokrasi. [Baca sini.]

Yang sebenarnya, mereka sedang 'mabuk'. Mereka sedang gila talak.

Alahai, mereka masih 'terkenang'kan kerusi 'empuk' mereka dahulu. Kerusi yang sentiasa mengemukkan 'tembolok' mereka.

'Silat' UMNO Nak Ganti 'Tai Chi' MCA?

Pergolakan parti 'towkay besar' MCA semakin parah dan meruncing.

Diwujudnya pelan perpaduan parti. Yang sebenarnya pelan itu bukan pelan perpaduan parti, tapi lebih kepada pelan mengukuhkan Presidennya. Pelan cantas mencantas. Pelan pancung memancung. [Baca sini.]

Timbalan Presiden UMNO pulak cuba berlagak super hero. Kononnya UMNO terpaksa mengambil alih peranan membantu masyarakat Cina di negara ini.[sumber]

Mampu ke UMNO memainkan peranan demikian? Sedangkan UMNO gagal untuk memainkan peranan membantu bangsa melayu serta negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang seperti Kelantan khasnya, Kedah, Pulau Pinang mahupun Selangor.

Kes royalti minyak yang telah diubah wajah ke wang ihsan masih menjadi senjata ampuh UMNO untuk 'menakluki negeri Serambi Mekah itu.

Semenjak PAS memerintah Kelantan, satu sen hutang pun tidak terlepas pandang, saban tahun dibayarnya walaupun hutang tersebut ialah 'najis' peninggalan kerajaan UMNO/BN terdahulu.

PAS : Matikan Segera 'Persepsi' itu.....

Apabila PAS melangkah ke PRK Kota Siputeh nanti, seharusnya langkah PAS biarlah bergaya. Ayunan kaki dan tangannya tidak sumbang. Suaranya biarlah selantang dahulu tapi penuh berintegriti dan dilihat berintegriti. Wajah PAS mestilah berpotretkan potret yang suci bersih, bukan potret yang di'make-over'.

Pengundi melihat PAS sekarang dengan pelbagai persepsi. Segala persepsi yang negatif hendaklah dihapuskan dari kacamata pengundi, bukan dari kacamata ahli PAS.

Persepsi pertama telah dimatikan oleh TGNA, satu tindakan yang berhemah dari seorang pemimpin yang berhemah tinggi. Satu 'noble act' dari seorang Mursyidul Am. Terima kasih Tuan Guru.[Baca sini.]

Tinggal satu lagi persepsi yang masih ber'kemelut', berserabut dan kelihatan sangat comot untuk dipotretkan nanti yang memerlukan penyelesaian yang segera sebelum mengayun langkah ke Kota Siputeh. [Baca sini.].

Saya amat yakin TGNA mempunyai cara tersendiri berdasarkan tilikan mata hatinya untuk menyelesaikan 'kocakan air dalam cawan' ini.

Ir. Nizar : Subuh DiBangi

Ketika keluar daripada surau sebaik saja selesai solat subuh pagi tadi 19 November 2009 dan ketika sedang mencari-cari selipar, tiba-tiba kendengaran ada orang beri salam. Saya menjawap salamnya dan bersalaman.

Beliau adalah seorang yang peramah seolah-olah macam dah kenal 10 tahun ketika kami bersembang lebih kurang 10 minit. Seorang yang sangat 'humble', yang sepatutnya dimiliki oleh semua orang pemimpin yang mengaku diri mereka muslim. Memakai kopiah putih, berbaju kemeja lengan panjang putih dan berkain pelikat.

Ini kali pertama saya bertemu secara dekat dan bersembang dengannya. Sebelum daripada itu hanya berjumpa dari jauh kita beliau sedang berkempen dalam PRK Bagan Pinang.

Beliau mempunyai aura tersendiri. Entah macamana bila ditenung atas bawah dengan melihat air mukanya yang sangat ikhlas, memiliki aura seorang pemimpin berjiwa rakyat, dalam hati kecil saya, inilah dia bakal Perdana Menteri Malaysia.

Sentiasa mengukir senyum ketika kami bersembang. Sempat saya bertanyakan kes rayuannya. Beliau berkata, sama-samlah kita berdoa agar keputusan berpihak kepada rakyat yang cintakan keadilan, yang sayangkan demokrasi. Setakat ini mahkamah 'sepi' sesepinya, tiada khabar berita. (Dalam hati saya Mahakamah pun ada keperluan mengwujudkan KPInya tersendiri....terutama tempoh waktu untuk buat keputusan bertulis dan sebagainya.)

Itulah dia pemimpin rakyat, YB. Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin. Namanya sentiasa meniti dibibir rakyat Perak khasnya dan Malaysia amnya.

Semoga keputusan rayuan Mahkamah berpihak kepadanya, agar demokrasi pulih khasnya di Perak dan di Malaysia amnya.

Wednesday, November 18, 2009

Persepsi Teh - Tarik di Parlimen

Datuk Seri Najib Tun Razak and Datuk Seri Anwar Ibrahim catching up over a cup of tea at the MP Lodge in Parliament today - Picture by Choo Choy May. themalaysianinsider.com

Apa persepsi anda?

'A picture is worth a thousand words'.

Kota Siputeh menjadi Kota Si'Tompok Hitam'?

Jangan terlalu ghairah dengan Kota Siputeh.

Ini kerana PAS berada dalam fitnah yang paling dasyat sekarang.

Itulah persepsi saya, jangan nanti Kota Siputeh menjadi Kota Si'Tompok Hitam'.

Nazri Aziz 'Masuk Raja Lawak Musim ke 3'?

Satu lagi lawak sekupang. Kalau tak tahu nak jawab, dah kering air liur, dah pening-pening lalat, dah tercunggap macam dikejar ular tedung, lain kali letaklah jawatan Menteri tu. Ramai lagi yang tahu undang-undang boleh jadi Menteri, sekarang PM pun selalu tekankan KPI. Kepetahan bercakap pun KPI diamabil kira, bukan setakat petah saja, apa yang diucap mestilah betul dan 'make sense', kalau tidak lebih baik masuk Raja Lawak musim 3 nanti.

Walaupun 'law' bukan bidang saya, tapi nada suaranya berbunyi macam budak kecil sedang marah kepada kawannya, 'Kalau kau pandai kat buatlah sendiri, ah ah...'

Ini bukan mesyuarat kompang, di mana orang yang tugasnya tukang pikul kompang boleh wakili ketua kompang hadiri mesyuarat. Hatta mesyuarat antara surau pun, mana boleh tok siak wakili Pengerusi Surau hadiri mesyuarat. Biar betul pak Menteri. Takkan pak Menteri boleh arah AG begitu je, 'Hey AG, you suruhlah Karpal wakili Kerajaan dakwa si Lingam tu. Bolehkan, kan kan.'

Senangnya hidup, semacam dia lebih besar pada AG pulak. Setahu saya, Perlembagaan memperuntukkan bahawa perlantikan Peguam Negara hendaklah dibuat oleh DYMM SBP Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

Ber'fatwa'lah Menteri itu, 'If Karpal is willing to represent the A-G, I will persuade the AG to engage Karpal to prosecute on the behalf of the government. Let him charge ... the government has no reason to defend Lingam.'

Menteri tu menerangkan, 'Lingam’s action may have been “morally wrong” but stressed that federal prosecutor could not charge him because there are no specific laws against it. Give me a section under any Act to charge Lingam. Give me an offence.'

Hendak mengetahui lawak seterusnya sila baca di sini.

Tuesday, November 17, 2009

'Political Shrewdness' adalah 'Trade-mark'nya.

Bolasepak Selangor di era akhir 70an dan 80an, seolah-olah tidak sah kalau pasukannya turun tidak 'full-team'. Kalau salah seorang daripada nama-nama besar seperti Chin Aun, Santokh Singh, Mokhtar tak turun, peminat akan hampa. Permainan hilang serinya. Malah pada satu ketika, bilamana Mokhtar berehat kerana pembedahan lututnya, ramai peminat setia seolah-olah semacam 'memboikot' pasukan Selangor.

Begitu juga dengan politik tanahair, apabila nama-nama besar seperti Mahathir, Pak Lah, Musa Hitam, ghaffar Baba dll sudah tidak lagi berada dipersada politik tanahair, serinya ada sedikit tawar hambar.

Saya berkata demikian kerana masing-masing mempunyai 'kelebihan' dan 'kelemahan' serta kelecek mahupun membuat 'blunder' tersendiri. Pembangkang akan sentiasa membuka mata seluas-luasnya. Pembangkang sentiasa membuka telinga seluas-luasnya. Pembangkang sentiasa 'alert' tentang apa yang diucapnya. Permainan politik menjadi rancak dan 'lively' sekali.

Sekarang permainan politik menjadi suram dan 'lethargic'. Lembab tidak bermaya. Isu lama dan 'stereotype' seperti isu sodomi, pembelian saham ketika era 90an menjadi modal lapuk untuk dibawa dalam 'permainan'. Kebanyakan menteri menjadi 'mere passenger'. Setakat nak memenuhi Dewan Rakyat. Pengulas politik menjadi pengampu dan perkakas politik. Begitu juga sesetengah instrumen yang lain, tak lebih menjadi perkakas seperti dalam makmal, selepas digunakan akan dibasuh, dilap dan apabila tidak digunakan akan disimpan.

Hari ini ada satu cadangan baru. Sila baca di sini. Kalau ia menjadi kenyataan mungkin 'game'nya akan menjadi kelainan. Sepak terajang politik akan bertukar corak.

Awas Pakatan Rakyat, keleceknya serta kelicikannya, 'political shrewdness' sudah menjadi 'trade-mark'nya.

Rayuan Kota Siputeh

KUALA LUMPUR: Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan kerusi itu kosong dan beliau tidak lagi wakil rakyat kawasan itu.

Abu Hassan memfailkan notis rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 1.35 tengah hari melalui peguam yang mewakilinya Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Salinan notis rayuan itu akan diserahkan kepada peguam yang mewakili Speaker Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail dan Pejabat Peguam Negara, kata Mohd Hafarizam semasa dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, semasa membenarkan semakan kehakiman oleh Abdul Isa, memutuskan kerusi itu kosong berikutan kegagalan Abu Hassan menghadiri dua sidang dewan pada tahun ini.

Berikutan keputusan itu, Abu Hassan dari Barisan Nasional, dilarang menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah hari ini.

Mahkamah juga memerintahkan pilihan raya kecil diadakan bagi kawasan Kota Siputeh yang terletak dalam kawasan Parlimen Jerlun di Kedah. BERNAMA

Rayu jangan tak rayu nanti jangan rayau-merayau kat lain pulak.