Sesudah bersiap sedia untuk ke Tasik Cempaka, nak keluarkan peluh, almaklum semenjak 'optional retirement' ni, kesihatan badan mesti dijaga. bila dongak ke langit, tengok hujan rintik-rintik turun, maka terencatlah sikit semangat yang berkobar-kobar (yang sebenarnya memang malas pun nak ber'riadah').Tiba-tiba SMS masuk dari sahabat lama. Katanya, "Kau nak berdebat tak". Saya pun terkejutlah, nak berdebat dengan siapa, dengan si anu ke, dengan si polan ke, lalu saya bertanya kepadanya, "Pagi-pagi buta ni, nak berdebat dengan siapa?"
Beliau jawab balik, "Dengan Ezam, baca tak berita hari ni?"
Ezamnya ramai, Ezam yang mana satu ye. Saya mintak penjelasan, "Ezam yang mana satu?"
Beliau menjawab, "Ezam Raja Kotak. END".
Saya terus carikan berita itu di sini, Oh Ezam Si Raja Kotak mencabar Wan Azizah, Presiden PKR pasal hal moral.
Sikambing UMNgOK tu pun sinis, seolah-olah DS Wan tidak berupaya. Jangan pandang rendah pada seorang wanita. DS Wan seorang pejuang di lapangan, kamu hanya men'gembik' dalam ofis 'air-cond'.
Al-brangi merasakan kurang elok Ezam cabar DS Wan kerana:
- Ezam seorang lelaki, manakala DS Wan seorang wanita (bukan kerana wanita tidak mampu). Kalau Ezam menang, anak-anak kat Tadika Kemas akan ketawa dan gelak tergolek-golek. Kalau DS Wan menang, anak-anak di Tadika Kemas tu pun akan lebih tergolek-golek ketawa, seorang lelaki boleh kalah dengan seorang wanita.
- Ezam seorang ahli UMNO biasa, tu pun menjenguk muka dari 'kotak'nya setahun entah berapa kali saja manakala DS Wan seorang Presiden parti. Dari segi keutamaannya kurang manis, biarlah durian lawan durian, manggis lawan manggis atau rambai lawan rambai.
- Calon yang sesuai lawan Ezam ialah Cik Gu Bard, itu pun kurang layak kerana Cik Gu Bard bertanding sebagai ahli parlimen, Ezam hanya ber'katak' dalam 'kotak'
- Segi moralnya Ezam tak layak pun nak berdebat dengan sesiapa kerana orang yang mencabar berdebat tu sendiri tidak bermoral. Bermoral ke melompat keluar dan mengambil 'upah' berkokok ketika musim-musim tertentu sahaja.






















