Semasa 'fenomena Mawi' melanda Malaysia dua tiga tahun dahulu, tak kira pak cik, makcik, kakak, adik, abang, tok siak, tok lebai, guru sekolah, mata-mata, soldadu, posmen semua terpukau bila dengar Mawi membawa 'Aduh Saleha' dan 'Seroja'.Walaupun guru vokalnya kata vokalnya perlu banyak lagi penambaikan, namun peminatnya tidak hirau semua itu. Apabila pengacara bertanya, 'Kita mahu siapa?'. Maka peminat akan menjawab bertalu-talu, 'Mawi, Mawi, Mawi............Mawi'.
Itulah aura yang ada pada anak muda serba boleh ini.
Jika ada para pengkritik samada dari pakar vokal, pakar muzik, Profesor, Pakar Motivasi dan sebagainya, mereka mengkritik dengan ikhlas kerana mereka tiada berkepentingan. Mereka semua terpesona dengan Mawi.
Mari kita tengok satu lagi kes yang tergempar di satu negeri yang penuh dengan adat beradat yang ada kait mengait dengan puji memuji.
Budaya puji memuji ini adalah budaya melayu lama. Zaman berzaman. Puji memuji boleh menaikkan sesaorang, tetapi jika berlebihan dan berkepentingan dengan harapan disebalik pujian itu namanya di'kenang' oleh pihak yang kena puji dan pihak yang menjaga orang yang kena puji, maka ia akan menjadi bahan ketawa. Ia menjadi semacam memuji si badut.
Maka pada satu pertunjukkan sarkas, tokeh sarkas membawa seorang badut yang cukup pakejnya serta auranya yang 'gempaq', cukup sifatnya, dari segi berat badannya, dari segi tingginya serta dari segi senyumannya yang menawan.
Tokeh sarkas itu pun dengan penuh yakin serta lidah yang fasih tanpa rasa gentar, berteriak kepada segelintir penonton, 'anda mahu siapa?' Penonton menjawap, 'kami mahu badut'. Diulangnya tiga kali, penonton tidak berganjak malah lebih bertenaga melaungkan, 'kami mahu badut'.
Badut ini mendapat pujian seantero negeri, merata ceruk kampong. Orang-orang tokeh sudah tentulah memuji si badut itu, kalau tak puji, nak 'nahas', tak leh cari makanlah jawapnya.
Para cerdik pandai, para cendikiawan pun turut memuji, tak tau ler samada ada udang sebalik batu...
Mereka berkata si badut itu memilik kombinasi populariti dan aura yang boleh disifatkan sebagai pelengkap pakej yang diperlukan sebagai seorang badut.
p/s Artikel yang dilampirkan ini tiada kena mengena dengan cerita di atas, ia hanya menjadi hiasan sahaja. Sila baca di sini.





























