Followers

Tuesday, August 25, 2009

UMNO : Masih Nak 'Menjuarai' Lagike?????

Kalau nak bercakap pasal bangsa melayu, UMNO tidak layak. Kenapa? Kalaulah betul berdiri di atas bangsa yang bergelar Melayu, nak tanya sikit, orang Kelantan berbangsa apa ye? Orang Kedah berbansa apa ye?

PPSMI dipersenda, diperbodohkan dan dipermainkan?

Kalau nak bercakap pasal Agama, UMNO lagi tidak layak. Kenapa? Kenapa selalu buat-buat rumit untuk menunaikan satu juzuk yang kecil dari hukum Islam seperti merotan peminum arak dan sebagainya?

Kembalilah kepada keadilan Islam di mana semua warga negara berhak mendapat kenikmatan serta perlindungan dalam negara.

UMNO menjadi keliru dan kelabu asap, di antara keBANGSAAN MELAYU dengan 1Malaysia.

PAS sudah lama mendahului dengan 'PAS For All'.

Perihal Zulkifli Noordin Lagi!!!!!

Dah naik muak dah pasal YB Kulim ni. Kelebihan yang ada kepada YB ni, kepetahannya, maklumlah peguam terkenal. Sila ke sini.

Lambaian Kaabah

InsyaAllah pada hari ini al-brangi bersama isteri akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan Umrah.

Kami akan menaiki penerbangan SV3837 dan dijangka akan berlepas pada 25 Ogos 2009 jam 8.00 malam dari KLIA dan dijangka tiba di Jeddah pada jam 11.20 malam waktu Arab Saudi.

Kami dijangka berangkat ke Madinah pada malam 25 Ogos 2009 juga dan tinggal selama 3 hari.

Pada 28 Ogos 2009 dijangka berangkat menuju ke Kota Suci Mekah dan tinggal selama 9 hari.

Pada 6 September 2009 kami akan berangkat pulang dan dijangka tiba di KLIA pada 7 September 2009.

Kami memohon maaf dari anda semua dan diharapkan anda semua mendoakan kami sehat walafiat dan dapat menunaikan Umrah dengan sempurna serta selamat pergi dan kembali.

Jumpa lagi InsyaAllah.

Janganlah Merintih Zulkifli Noordin

Rasa sedih dan sayu pulak tapi tidaklah sampai menitis airmata bila membaca rintihan Zulkifli Noordin. Harap janganlah beliau mengikut jejak langkah YB Lunas, kerana sudah lama Zulkifli Noordin merintih. Alahai!!!!!

Monday, August 24, 2009

Selangor dan Kedah Berjalan Seiring?

Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengambil langkah yang bijak, akan menghadap Sultan Kedah hari ini untuk memaklumkan permintaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas, digugurkan daripada jawatan Exco.

Mohd Radzhi Salleh berkata pengumuman keluar dari Parti PKR kerana hilang keyakinan kepada pucuk pimpinan, tetapi dalam masa yang sama beliau tidak mahu melepaskan jawatan EXCO. Ini mengambarkan seolah-olah beliau mempunyai keyakinan kepada PAS. Jikalau begitu, kenapa beliau tidak masuk PAS?

Saya rasa ini tiada kena mengena dengan masalah kenyakinan kepada sesiapa. Saya rasa ini mungkin langkah permulaan UMNO untuk menggoncang kedudukan Kerajaan PR Kedah.

ADUN Lunas cuba bermain tarik-tali dengan Pakatan Rakyat, kekal beliau sebagai EXCO atau beliau masuk UMNO.

Di DUN Kedah, PAS mempunyai 16 kerusi diikuti PKR 4 kerusi, DAP 1 kerusi dan bebas 1 kerusi (ADUN Lunas), manakala BN mempunyai 14 kerusi.

4 baki kerusi PKR menjadi faktor penentu bagi keutuhan Kerajaan Pakatan Rakyat.
DS Anwar perlu buat sesuatu kepada baki 4 lagi ADUN PKR.
Tunggu apa perkembang selanjutnya.

PR Kedah : Air Membuak Melimpah Ruah

Dalam isu penutupan tempat penyembelihan babi di Kedah tempoh hari, DAP 'keluar' sekejap dan selepas itu masuk semula ke dalam Pakatan Rakyat dan itu disifatkan sebagai hanya kocakan air dalam cawan.

Sekarang ADUN Lunas sudah isytihar keluar dari PKR tetapi tidak meletak jawatan EXCOnya, apakah ini juga hanya kocakan air dalam cawan?

Bagi saya, ini sudah menjadi air membuak melimpah ruah dari cawan kerana terlalu panas.
Apa yang berlaku selepas ini, kita tunggu dulu apa yang akan berlaku kepada ADUN Kota Siputih.

Permatang Pasir : Masih Tidak Lambat Menarik Diri

Jangan lari daripada isu di depan mata. Isu ini memerlukan tindakan yang drastik sebelum pilihanraya kecil berlangusung hari Selasa 25 Ogos 2009.

Janganlah cuba mengalih pandangan rakyat kepada isu yang lain. Selesaikan dulu isu calon UMNO di Permatang Pasir ini yang memikul banyak masalah dahulu. Jika masalah tersebut tidak selesai maka integriti UMNO keseluruhan pun turut terjejas. Sila baca sini.

Maka rakyat akan men'endorsed' bahawa UMNO adalah sebuah pertubuhan yang tidak berintegriti, pertubuhan yang mengkhianat insan yang lemah. Pertubuhan yang mengkhianat bangsa sendiri. Pertubuhan yang pandai berselindung disebalik kuda-kuda tunggangan. Pertubuhan yang hanya pandai kata ke dulang paku serpih. Pertubuhan yang angkuh.

Mana mungkin kalau sudah beristeri lain (yakni isteri ke2) dikatakan tidak beristeri. Mana dia Sisters In Islam, mana dia Puteri UMNO, mana dia Shahrizat untuk memberi komentar yang jujur kepada calon Permatang Pasir yang dikatakan berwajahkan bintang filem ini?

Rakyat tertanya-tanya apakah ini hanya 'tip of the iceberg'? Adakah ramai lagi wakil-wakil rakyat UMNO yang berperangai begini? Anda semua tahu ramai lagi kan?

Masih tidak terlambat untuk UMNO menarik diri secara terhormat dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir ini.

Jangan tunjukkan keangkuhan, kerana kelak senjata akan makan tuan.

Sunday, August 23, 2009

DUN Bukan Pasar Malam

Ingat pasar malam ke boleh tawar menawar. Salah satu syarat untuk menjadi wakil rakyat mesti amanah selain daripada pandai membaca dan menulis. Kenapa dikatakan begitu? Sila baca di sini.

Dewan Undangan Negeri bukan seperti warung kopi, pelanggan datang keluar masuk untuk makan minum, jauh sekali seperti rumah sendiri, datang sesuka hati.

Begitulah sikap angkuh wakil rakyat UMNO, kerana mereka memikirkan, Malaysia ini hanya milik mereka. Sebab itu mereka akan menunggang apa saja yang tercapai dan yang kena tunggang akan memecut laju asalkan 'masyuk'.

Politik Tepung Gomok dan 'Gramaxone'

Politik Tepung Gomok dan Politik 'Gramaxone', dua jenama politik sinonim dengan satu parti politik yang tersohor dengan ala-ala mafia dan gestaponya.

Tepung Gomok kueh sangat tersohor di Terengganu dan Kelantan melambangkan sesaorang yang suka berhias dengan tebal untuk menutup rupanya yang tersangat buruk.

Racun rumpai 'Gramaxone' tersangatlah berkesan membunuh lalang dan segala rumpai. Pokok-pokok yang tidak berkenaan pun turut mati kerananya. Manusia yang bebal, ramai juga tidak terlepas 'mengguna'kannya untuk mencari jalan singkat 'menyelesai'kan masalah.

Anda amat ariff dengan parti politik itukan!!!!!

Saturday, August 22, 2009

'San Fermin Festival' - Melanda Pakatan Rakyat Selangor

Semasa Perak berjaya di'rampas' kuasanya dari Pakatan Rakyat tempoh hari, saya ada menceritakan di sini, seorang kawan dari UMNO menghantar SMS yang berbunyi, 'Selangor next.'.

Ketika itu di Selangor ribut pasal isu babi, saya pun menjawab 'Silakan, PAS akan menghidang kepala babi' kerana tak tahan SMS demi SMS dihantar. Selepas itu dia tak hantar lagi SMS, mungkin fobia dengan babi kot.

Saya pun mula berfikir, betul ke Mamat UMNO ni, biar betul. Lepas itu keluar isu gambar YB Eli, isu lembu korban, isu mendesak semua EXCO Selangor mengistiharkan harta mereka (pada hal negeri-negeri lain, hatta PM dan Kabinetnya pun tak diisytihar kepada umum). Saya berkata, dah dekat ke Selangor nak tumbang? Tapi masa dah berlalu setahun lebih dah, tak tumbang pun.

Lepas itu Selangor dikejutkan lagi, SPRM mengamuk seperti pesta 'San Fermin - Running of The Bulls' di Pamplona, Sepanyol, sehingga bermacam-macam misteri berlaku termasuk kematian TBH. (Anehnya, negeri-negeri yang diperintahkan oleh BN semuanya bersih seperti bayi baru lahir).

Apakah betul telahan si Mamat UMNO dulu, 'Selangor next.'

Apakah Pakatan Rakyat tidak sempat memerintah Selangor satu penggal?

Apakah Pakatan Rakyat akan membubar Dewan untuk diadakan 'snap election'?

Sila baca di sini.

Permatang Pasir : Bubur Nasi dan Nasi Hangit

Pepatah melayu ada mengatakan ...seperti nasi telah menjadi bubur. Ini nak menggambarkan sesuatu perkara telak rosak dan mungkin sukar dibaiki menjadi seperti sediakala atau seperti asal.

Bagi saya kalau sudah jadi bubur, masih boleh dimakan lagi, bahkan mungkin lebih enak daripada nasi yang asal. Masukkan sedikit bawang goreng, ikan bilis yang digoreng garing dan taburkan daun sup kedalamnya.

Racikkan ayam goreng dan tabur ke dalamnya. Sediakan kicap yang ditumbuk dengan cili api dan bawang putih dan dimasukkan kedalam mangkuk yang diisi dengan bubur tadi secukup rasa.

Bagi mereka yang tiada mengidap darah tinggi boleh juga masuk telur asin.

Wow meleleh air liur.

Masalahnya sekarang, nasi tu bukannya jadi bubur, tapi dah hangus dan hangit berkerak. Tak mungkin boleh dimakan lagi. Rasanya Mat Bangla pun tak ada selera nak 'modified' lagi.

Kalau nak mencari nasi hangit berkerak, bolehlah ke Permatang Pasir sekarang.

Dikhabarkan mereka sedang melelong nasi hangit berkerak tu.

Usin Bolt dan Ajal Maut


Usain Bolt, pelari terpantas di dunia berasal dari Jamaica merupakan pelari pertama menang 100m dan 200m serta memecah rekod dunia di Olimpik Beijing dan juga memenangi 100m dan 200m serta memecah rekod dunia.

Beliau membuktikan tanpa bergantungan kepada dadah pun, sesaorang itu boleh berjaya.

Tahniah dan Syabas.[sumber.]

Apa nak dikagumkan, PENCIPTANYA yang mengkurniakan kesihatan dan ketegapan serta kepantasan kepadanya.

Begitulah juga apabila sampai kedatangan ajal, ianya datang lebih pantas dari itu semua tanpa ditangguh walaupun 'hundredths of a second'

Nafi Jangan Tak Nafi

Tak baik nak tuduh menuduh di bulan baik ni. Anda yang bijaksana perlu juga bijaksini. Anda timbanglah sendiri kandungan berita ini. Sila baca sini.

Ramadhan Al-Mubarak

Selamat Meyambut Ramadhan Al-Mubarak



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:



Rasulullah s.a.w bersabda:



Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu





Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya:



Rasulullah s.a.w. bersabda:



…Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.





Kelebihan berpuasa




Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:



Rasulullah s.a.w bersabda:



Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya.





Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya:



Rasulullah s.a.w bersabda:



Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun.







Akhlaq sewaktu berpuasa



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:



Rasulullah s.a.w bersabda:



Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa





Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:



Rasulullah s.a.w bersabda:



Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya)



Friday, August 21, 2009

2 Nama Menjadi Sebutan

Tiba-tiba hari ini nama-nama yang ada hubungkait dengan 'tuan'nya menjadi igauan dan banyak lagi.

Sila klik pada nama-nama Aminah dan Hafizah serta ini.

Gugur 'Kaum' dan ' Agama'?

Diminta pendapat para cendikiawan yang ada didalam Perkida, Perkasa, Mubarak, GPMS, Pemuda UMNO, Timbalan Presiden UMNOyang setia kepada negara, PPIM, Gapena, calon UMNO Permatang Pasir, Pewaris, Mike Tyson, Khir Toyo, Che Det, Rais Yatim, Noh Omar, Nazri Aziz, SPRM, Penyokong-penyokong ISA, Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua ahli UMNO yang lain yang mewakili seluruh orang-orang melayu, apa pendapat anda dengan cadangan ini dan itu?

Pemuda Pas, PKR akui sokong calon UMNO/BN?????

Ketua Pasukan Kompang telah mengumumkan beliau telah berjaya menarik sokongan pemuda kampong untuk menyertai pasukan kompangnya. Konon pasukan kompangnya memang terkenal dari segi melaungkan selawat walaupun menentang sunnahnya.

Begitulah diibaratkan pengumuman Ketua Pemuda UMNO yang telah lama patah taringnya, tercabut segala kukunya, hilang segala suaranya apabila membuat reverse psikologi, kononnya bebrapa anggota Pemuda PAS dan PKR akan membuat perjumpaan sulit dengannya untuk memberi sokongan kepada calon BN. [sumber.]

Sila umumkan siapa petualang itu supaya penduduk Permatang Pasir tahu siapa dia musang berbulu ayam.

UMNO amat-amat terdesak setelah hari mengundi hanya tinggal 3 hari saja lagi.

Kewajaran Memakai Topeng ?

Apa perlu sesaorang memakai 'topeng muka'? Apa kewajarannya? Adakah kerana 'trend'? Adakah kerana wabak selsema babi H1N1? Apakah kalau selsema biasa pun wajar di pakai topeng?

Tujuan memakai topeng supaya si pemakai jikalau dia menghidap selsema biasa mahupun selsema babi H1N1, ia tidak merebakkan kepada orang lain yang berdekatan dengannya.

Begitulah sebaliknya, apabila ada orang lain yang menghidap selesema babi mahupun selsema biasa duduk berdekatan dengan kita boleh sedikit sebanyak menghalang jangkitan kepada kita jika kita memakai topeng.

Kita memakai topeng kerana takut penyakit yang berbahaya itu berjangkit atau kena kepada kita dan natijahnya boleh membawa maut kepada kita.

Memang ada kewajaran kita berjaga-jaga dan takut kerana telah ada rekod serta statistik jumlah kematian serta mereka yang menghidap berada di depan kita.

Kenapa sesaorang tidak pernah memakai 'topeng' yakni menutup mulut mereka daripada menabur fitnah, bercakap dusta, mengadu domba, berkonspirasi untuk menjatuhkan musuh politik, menipu pengundi, mencerca dan berbagai lagi luahan dari mulut?

Mereka tidak memakai 'topeng' menutup mulut kerana bahana daripada luahan mulut seperti di atas tidak nampak sekarang, sebab itu sesaorang Islam wajib percaya kepada benda-benda yang ghaib seperti hari kebangkitan semula di Padang Mahsyar, hari pembalasan, siksa kubur, syurga dan neraka, dosa dan pahala dan sebagainya.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak Untuk Semua Muslimin dan Muslimat

'Tiada' Lagi PRK Selepas Ini

Kerusi DUN N3 Kota Siputeh kosong?

Deria rasa saya mengatakan PRK di situ tidak akan di adakan kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan seperti berikut :

UMNO/BN tiada berair muka lagi, malah tak boleh nak angkat muka lagi kerana batu kekalahan demi kekalahan, penolakkan demi penolakkan, pembohongan demi pembohongan, satu demi satu sudah terburai menghempap batu jemala UMNO. Rakyat sedang menyaksikan satu sandiwara 'of the century' sedang berlangsung.

Justifikasi untuk tidak mengadakan PRK tersebut amat enteng.

Sekali 'Gajah' meraung, maka semua tunduk dan terkulai layu.

SPR pernah memutuskan tidak ada pilihan raya kecil di DUN Behrang dan Changkat Jering ketika 2 ekor katak jadian melompat keluar dari Pakatan Rakyat dahulu.

Thursday, August 20, 2009

'Surat Misteri'? Apa Yang Misterinya?

Matinya pun amat misteri. Tiada saksi menyaksikannya. Tiba-tiba para pengikut perjalanan inkues ini terkejut dengan penerimaan 'surat misteri.'

Semoga apa yang kusut selama ini sudah mula menunjukkan tanda-tanda hendak nak terlerai. Semoga keluarganya bersabar dengan kematian yang penuh dengan 'misteri' ini.

Berbagai-bagai 'misteri' sebelum ini kita dengar.

'Misteri' calon di Permatang Pasir.

'Misteri' ADUN Kota Siputeh.

'Misteri' Datuk Seri Ong Tee Keat akan menyaman Datuk Seri Tiong King Sing berhubung tuduhan pemberian RM10 juta untuk MCA.

'Misteri' PKFZ

dan berbagai-bagai misteri yang anda semua lebih tahu.

Ikutilah kisah 'surat misteri' di sini dan jangan lupa layari blog Perisik Rakyat untuk mengetahui apa isi kandungnya. Kesahihan isi kandungnya, biarlah pihak berkuasa menyiasatnya.
Sila klik di sini.

Presiden Pun Jahil Perlembagaan?????

Lawak! Lawak! Lawak! Ingatkan UMNO je yang jadi badut, menghiburkan pengundi di Permatang Pasir, rupanya di Kuala Lumpur pun ada juga badut pondan siam.

Dalam Perlembagaan Malaysia memang sesaorang warga negara berhak untuk berpersatuan atau menjadi ahli mana-mana pertubuhan selagi pertubuhan itu sah di sisi perlembagaan.

Tetapi terpulang kepada sesebuah pertubuhan untuk menerima kita sebagai ahli atau tidak. Terpulang kepada jawatankuasa keahlian menerima kita sebagai ahli bergantung kepada rekod-rekod peribadi kita.

Tapi yang peliknya ada seorang badut ni nak lapor kepada SUHAKAM sebab badut ini mohon jadi ahli PAS, tetapi ditolak. Sila baca di sini.


Tembelang Pecah : Baunya Membusuk Permatang Pasir

Siapa yang bohong? Siapa yang tak cakap betul? UMNO lemas untuk bersilat, menafikan apa yang berlaku. Yang sebenarnya UMNO amat sedar apa yang berlaku di antara Rohaizat dengan rakan kongsinya Yusri.

Masa untuk bertindak sudah suntuk. Rakyat sudah tahu kerana tembelang sudah pecah dan busuknya telah merebak keseluruh Permatang Pasir.

Pada mulanya UMNO ingat isu ini boleh bertahan. Di suruhnya Rohaizat membuat Akuan Bersumpah dan dicanang diseluruh media pengampu mereka agar pembangkang jangan sentuh hal peribadi calon.

Mana mungkin kalau peribadi calon tidak elok, boleh dibiarkan calon tersebut memimpin rakyat. Amat jijik. Amat memalukan.

Adalah wajar calon UMNO menarik diri secara terhormat.

Kenyataan penuh Yusri, rakan kongsi Rohaizat yang difitnah sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas segala permasalahan. Sila baca di sini.

Obama 'Kalah' Dengan Circus Fantasy

Rupa-rupanya Obama bin Laden ada 'kelemahan'. Beliau kalah dengan bau-bauan yang mengasyikkan. Bermacam-macam ambar dari Parsi, Iraq, Yemen, Lebanon, Istambul dan lain-lain tempat tidak 'menangkap' hidungnya.

Beliau kalah dengan bau-bauan yang di pakai oleh Britney Spears yang bernama 'Circus Fantasyl.[sila baca di sini.]

Sedih, Sugul, Rungsing dan Marah

Cerita 1

Seorang calon imam di sebuah Masjid didapati tidak amanah kerana menyonglap duit Kooperasi Orang Kampong. Dia nak bersumpah kononnya dia dah pulangkan semula duit tersebut. Segi moralnya dia tak layak jadi imam.

Cerita 2

Seorang pemimpin terkenal (?) kelihatan sugul dan tersangatlah runsing kerana mengenang nasibnya terumbang ambing. Beliau belum mengecap lagi satu kejayaan pun semenjak memegang jawatan berpengaruh. Beliau mendapati orangnya yang nak dicalonkan jadi imam telah mempunyai rekod yang amat jijik dan memalukan. Beliau mencari 'akal' untuk memalukan pihak yang menentangnya. Apapun ahli qariah di situ sudah buat keputusan akan menolak calon imam yang tidak amanah itu.

Cerita 3

Pemimpin yang terkenal (?) itu amatlah runsing, bukan kerana takut calon imamnya itu tidak terpilih, tetapi adalah kerana takut jawatannya akan dicabar dalam pemilihan nanti. Jika dia sendiri tidak terpilih, maka hilanglah segala sanjungan, kenikmatan makan percuma, kenderaan percuma, minyak percuma, cukai jalan percuma, pengiring dan pengawal percuma, lawatan ke hulu dan kehilir, daratan, lautan dan awangan percuma, 'istana hinggap' percuma berserta dengan dayang- dayang percuma.

Cerita 4

Pemimpin yang terkenal (?) itu lagi parah kesihatan pemikirannya apabila mendapat tahu orangnya akan terlucut jawatan imamnya yang disandang. Beliau didapati tidak hadir ke Masjid untuk menunaikan amanahnya sebagai imam. Sekarang pemimpin terkenal itu terus naik binggung, dan berharap pihak nazir Masjid akan membatalkan sebarang perlucutan jawatan imam tersebut. Pemikirannya makin kacau dan berkemungkinan besar akan mempengaruhi nazir tersebut buat keputusan.

Wednesday, August 19, 2009

Bukan Semua Orang Boleh Ditunggang

Bukan semua 'kuda' kita boleh tunggang.

Kalau 'kuda' yang 'betul-bendul', kita senang-senang boleh tunggang, sambil melompat dan berdiri di atas belakang pun tak ada masalah.

Kalau 'kuda' tu sedang lapar dan kita beri makanan yang enak lagi lazat, 'kuda' itu akan menyurung kepala pinta ditunggang.

Kalau 'kuda' itu ingin bermanja, kena gaya belainya, tunggangan menjadi licin dan menyeronokkan.

'Kuda' yang paling senang ditunggang, dengan pejam mata dan berlepas tangan, ikut mana hala tuju dan hasrat destinasi penunggang, ialah 'kuda kayu', 'kuda plastik' dan 'kuda' 'merry go-round'.

Tetapi bukan semua benda, bukan semua 'kuda' dan bukan semua orang boleh diperkudakan atau boleh ditunggang seperti menunggang kuda kayu atau kuda bernyawa di dalam dunia ini.

Hanya mereka yang berprinsip sahaja tidak rela dan istiqomah menjaga integritinya daripada ditunggani.

Anda tahukan insitusi mana yang sukar ditunggang?

N3 Kota Siputeh, Di Bawah Parlimen Jerlun

N3 KOTA SIPUTEH ~ Pilihanraya Kecil lagi?

Jumlah Pengundi: 20,281
Peratusan Kaum: M:91.69% C:7.46% I:0.08% L:0.78%
1. Datuk Abu Hassan Sarif (BN) (8,160)
2. Ismail Wan Teh (Pas) (7,665)
Majoriti: 495
Jumlah undi: 16,103
Peratus mengundi: 79.4%
Undi rosak: 278
Penyandang: Abu Hasan Sarif (BN)
(Majoriti: 1,573 undi)

UMNO : Keberaniannya Terpuji

Kita memang 'salute' dengan orang-orang UMNO. Mereka amat berani, maklumlah berdarah pahlawan.

Kita amat bangga dengan keberanian Hishammuddin dan Khairy kerana menghunus keris suatu ketika dahulu.

Kita amat bangga dengan kekayaan anak melayu seperti Khir Toyo yang mempunyai 'Istana Idaman' serta keberaniannya bercakap pasal orang lain amalkan rasuah.

Kita amat takjub dengan keberanian Muhyiddin menaiki Helikopter Kerajaan untuk tujuan parti.

Kita amat tersentak dengan keberanian Mahathir menghina Raja-Raja Melayu dan Islam suatu ketika dahulu.

Kita amat terharu dengan keberanian Derih Jusuh kerana tak setuju dengan perlantikkan MB Terengganu selepas PRU12 dahulu.

Kita juga amat terharu dengan keberanian Rohaizat menerima amanah parti untuk bertanding dalam PRK Permatang Pasir walaupun bermasalah.

Ini menunjukkan orang-orang UMNO memang keturunan pahlawan melayu, selari dan senada dengan kata-kata Bang Tuah, Takkan Melayu Hilang Di Dunia'

Sekali Jerung Menyeringai Gigi

Kenapa pemimpin pembangkang atau siapa sahaja yang ada kait mengait dengan pembangkang, SPRM cukup tangkas menerkam. Tidak ada lengah-lengah lagi. Mereka berpegang sungguh kepada pepatah melayu, kerja bertangguh tak menjadi, kerja berlengah tidak tertahan. Tiada belas kasihan.

Tetapi mereka akan menjadi kecut perut, seperti orang gayat berdiri di tingkat 14. Mereka akan rasa seram-seram sejuk, peluh (jantan, betina, pondan ke?) mula menitik didahi walaupun berada dalam bilik pendingin, jika membabitkan jerung-jerung yang menganas.

Siapa yang tidak takutkan jerung. Jerung akan ngap bila-bila masa. Sekali jerung menyeringaikan giginya, cirit birit dan berbuih mulut macam kena H1N1.

Jerunglah raja segala ikan, ikan-ikan kecil akan menjadi mangsa.

Rakyat melihat integriti mereka dipersoalkan.

Bukan Salah Rohaizat?????

Bukan salah Rohaizat untuk dijadikan punca segala kontroversi dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh? Oh tidak.

Secara 'gentleman' belaiu sepatutnya sedari awal lagi telah menolak pencalonan.

Pimpinan UMNO sedari mulanya, sudah tentu mendapat makluman status Rohaizat.

Ini semua kerana sikap egois pimpinan UMNO. Mereka anggap pengundi boleh di gula-gulakan kerana mereka boleh putar-belitkan fakta.

Mereka boleh tutup mulut siapa saja. Mereka boleh tunggang siapa saja. Mereka boleh mereka-reka skrip.

Apa yang hendak dihairankan?

Lagi pun dah kehabisan stok.

1Malaysia, Malaysia Boleh

Tuesday, August 18, 2009

Terengganu Mempelopori 1Malaysia

Inilah bukti 1Malaysia yang menjadi produk baru UMNO/BN. Rupa-rupanya 1Malaysia sudah wujud lebih daripada 24 tahun yang lalu.

Begitu caknanya kerajaan UMNO/BN kepada 30 penduduk istimewa ini.

".....kegelapan yang sepi, dingin angin malam serta kedengaran sayup-sayup lolongan burung hantu dan salakan anjing yang menjadikan suasana seram menyelubungi kawasan berkenaan.....bau wangian pohon kemboja yang 'menghiasi' persekitaran rumah penduduk disitu.....

Suasana seram begitu telah menjadi 'syahdu'...sila baca di sini..

Tiada pilihan... Penduduk terpaksa berkampung di atas kawasan tapak tanah perkuburan masyarakat Cina
di Kampung Titian Lembut, Jalan Pusara, Kuala Terengganu. - utusan/Fauzi Baharudin

Hidup Di Atas Fitnah

Tugas mereka memutarbelit serta mensensasikan berita supaya pembaca menjadi keliru dan terkejut, di antara percaya dan tak percaya. Tugas penyampai pula ialah mengulangi setiap masa agar pendengar akan membuat keputusan untuk percaya.

Fitnah dan mehnah ini akan berpanjangan sepanjang masa selagi mereka tidak mengambilkira dosa pahala terhadap gerak-kerja mereka yang jijik itu.

Segala niatnya untuk memenangkan 'puak'nya akan menghalalkan segala cara.

Apabila berita diputar-belit, maka ia akan mintak fatwa dengan Tiong Emas. Si Tiong Emas tanpa usul periksa, terus menjatuh hukum.

Diharap Tok Guru Nik Abdul Aziz, bersabar, kerana kebenaran tetap akan mengatasi kebatilan.

Permatang Pasir : Berkerut Di dahi

Memang secara kebetulan calonnya bermasalah?
Atau memang ditangkap muat?
Atau memang sudah pupus segala 'ikan' di lautan?
Atau hanya spesies semacam itu berbaki?

Bermula di Kuala Terengganu lagi, berlagak egois dan elitis,
Mendaki Bukit Gantang pun bermasalah juga,
Maka terdampar di Permatang Pasir dengan seribu kerut di dahi.
Bermasalah! Bermasalah! Bermasalah!

Apakah padi masih mengharapkan pagar?

Permatang Pasir : Loyar Buruk?????

UMNO / BN tidak akan bohong pengundi. Percayalah. UMNO / BN akan beri penjelasan berdasarkan fakta kepada pengundi mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang ketika berkempen pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir.[sumber.]

Tak caya lagi? Habis tu, pasal kes loyar buruk tu apa cerita?

Oh, itu kesilapan teknik. Kes terpencil. Lepas ini semuanya benar, tiada yang tiada benar, semuanya benar belaka. Baca Sini.

UMNO : Kenapa Takut Kehilangan Kuasa?????

Bagi PAS / Pakatan Rakyat, kalah atau menang dalam sesuatu pilihanraya sudah menjadi satu kebiasaan. Pakatan Rakyat ingin mendapat kuasa dari rakyat untuk melangsungkan keadilan yang mencakupi segala bidang.

Manakala UMNO / BN tidak boleh berada dipihak yang kalah. Jika kalah dalam sesuatu pilihanraya, mereka akan menjadi seperti cacing kepanasan.

Kenapa jadi begitu? Adakah UMNO / BN mabuk kuasa? Jikalau UMNO / BN bersikap 'gentleman' dan meraikan demokrasi, mereka tidak sepatutnya berasa gelisah tidak tentu arah. Kenapa bila UMNO / BN kehilangan 5 negeri dalam PRU12 dahulu, mereka tersentak dan terkejut beruk? Tak bolehke mereka tunggu PRU13 untuk mencuba 'merampas' kembali?

Adakah UMNO / BN merasakan Malaysia ini hanya untuk mereka sahaja? Kenapa mereka begitu takut dengan PAS /Pakatan Rakyat? Kenapa mereka begitu takut dengan kehilangan kuasa? Kenapa mereka menunggang semua jentera kerajaan untuk mengekalkan kuasa? Kenapa mereka menyerang PAS / Pakatan Rakyat dalam keadaan 'kaki' dan 'tangan'PAS / Pakatan Rakyat diikat?

Inilah persoalan mudah yang amat mudah dijawab oleh anda.

Monday, August 17, 2009

1Malaysia: Dendangan Retorik

UMNO sekarang sedang memperagakan produk barunya. Hari-hari diiklankan di TV milik mereka. Dibuat pertandingan lagu untuk kempen produk tersebut. Saban hari lagu tersebut dimainkan. Dengar lagu tersebut pun semacam tersangkut-sangkut macam kucing tercekik tulang.

Sayang sekali produk tersebut, sesama UMNO pun ramai yang masih 'blur', masakan orang kampong boleh faham dengan produk yang sangat tinggi falsafahnya.

Produk lama seperti 'ketuanan melayu' dan 'Islam Hadhari' telah berkubur tanpa nisan, tak sempat nak bertalkin.

1Malaysia telah menengelami 'ketuanan melayu'.

Tetapi pimimpin UMNO yang lain semacam tidak seiring dengan Presidennya. Cakap-cakap mereka masih di atas nama melayu kerana bagi mereka UMNO itu melayu dan melayu itu UMNO. Jiwa melayu perlu diulit sebegitu rupa.

Apakah UMNO serious dan komited dengan 1Malaysia?

Atau hanya dendangan retorik semata-mata sama seperti dendangan lagu langgam?

Alahai UMNO Terengganu : Apa 'barang' nak rapatkan Barisan?

Hishammuddin nafi UMNO Terengganu berpecah.

Apabila orang UMNO bercakap begitu, kita kena terbalikkan menjadi "Hishammuddin mengiakan UMNO Terengganu berpecah".[sumber]

Saya baru terima SMS daripada seorang sahabat UMNO Terengganu, ntah tersalah 'forward'ke, tak tahu pulak yang berbunyi:

"Ayuh Sdr/i ku! Marilah Kita Rapatkan Barisan, Jadi Pasukan Terkuat, Perkasakan UMNO Trg & Terus Berjuang Menangkan PRU13 - Hishammudin @ Pengerusi BPUNT"

Apa yang nak dinafikan lagi? Dok gitu?

Kalau dok caya mu tanye ah Rosul Ajil tu. UMNO Ganu lening guane gamok?

Sunday, August 16, 2009

Loyar Buruk ~ Loyar Kedai Kopi

Kalau memandu dan pakai lesen kereta motor yang dah expired atau pakai lesen 'terbang', maka anda akan disaman oleh pihak berkuasa. Tapi anda masih boleh memandu lori hantu yang mencuri balak dalam hutan, tapi hanya terhad di dalam hutan.

Kalau anda praktis apa-apa yang berkaitan dengan kedoktoran sedangkan anda didapati melanggar etika kodoktoran serta digantung oleh Lembaga Doktor, maka anda tidak boleh lagi praktis apa-apa yang berkaitan dengan kedoktoran. Tapi anda masih boleh jadi penjual ubat di pasar malam.

Kalau anda seorang Jurutera/Arkitek, tapi anda tidak lagi praktis apa-apa yang berkaitan dengan kejuruteraan atau arkitek, maka anda tidak boleh menandatangani sebarang plan bangunan dan sebagainya. Tapi anda masih boleh rekabentuk rumah 'pondok-pondok' di belakang rumah.

Kalau anda seorang peguam tetapi anda mempunyai 'banyak' masalah, anda di gugurkan daripada digelar sebagai seorang peguam dan dilarang praktis apa-apa yang berkaitan dengan guaman. Tapi anda masih boleh menjadi loyar-buruk. Atau loyar kedai kopi atau berkhidmat dengan mana-mana pertubuhan yang memang sewaktu dengan anda, dimana banyak kes-kes yang memerlukan pemutaran fakta yang hanya loyar buruk sahaja boleh mengendalikannya.

Anda tahukan siapa loyar buruk itu?

Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi

Semalam dan hari ini saya cuba menjinak-jinakkan diri buat 'brisk-walking' mengelilingi Tasik Cempaka di Bandar Baru Bangi. Saya kagum, sungguh ramai warga Bangi terdiri dari warga mas, remaja lelaki dan perempuan yang terdiri dari berbagai bangsa mengamalkan gaya hidup sihat. Mereka ber'jogging' dan yang sewaktu dengan saya hanya mampu buat 'brisk-walking'.

Baru saya tahu, Tasik Cempaka satu pusat riadah yang sangat cantik dan sesuai untuk membawa keluarga beriadah dihujung minggu. Ia dilengkapi dengan 'jogging-track' dan dihiasi pepohon hijau disekelilingnya. Sungguh tenang dan damai.

Tetapi malangnya, baru dua kali baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti mengeluarkan peluh ini, tiba-tiba 'thigh-muscle' saya buat hal pulak. Sakit sangat sehinggakan solat pun sambil duduk.

Aduhai, baru dua hari menjalani 'pencen', dah diuji dengan ini.

Tetapi kalau dibandingkan zaman para Ambia, Sahabat-Sahabat Nabi SAW, pejuang-pejuang keadilan zaman muthakir ini, apalah sangat kalau setakat terhincut kaki.

UMNO : Main Lagu Lama

Semua orang inginkan kedamaian, keselamatan dan keamanan. Zaman kependudukan Jepun, zaman darurat dan peristiwa kelam 13 Mei mengajar mereka yang sezaman dengannya apa itu keperitan, apa itu kesengsaraan.

Sekarang zaman sudah berubah. Kita sudah hidup aman dan damai. Kita bebas menjalani hidup dan menghirup udara Malaysia. Kita bebas berinteraksi di antara kaum. Kita bebas ber'politik' selagi ia diharuskan dan dibenarkan oleh Perlembagaan Negara.

Tetapi kenapa UMNO seolah-olah ingin membawa kita ke zaman yang kelam dulu? Kenapa UMNO masih ingin memainkan isu keamanan sekarang? Kenapa setiap kali datang pilihanraya isu keamanan dimainkan?

Kerana isu keamanan amat nostalgik kepada warga mas yang masih mengiang-ngiang di telinga mereka tentang kezaliman tentera Jepun dan 'Bintang Tiga. Kerana orang melayu amat terulit dengan isu keamanan dan keselamatan. [sumber]

UMNO ingin memainkan isu lapuk ini dan mengambarkan seolah-olah PAS,PKR dan DAP amat sinonim dengan keganasan tentera Jepun dan 'Bintang Tiga'. Itulah modal lapuk UMNO.

Diharapkan pengundi di Permatang Pasir tidak terdetik perasaan begitu. Usah terpadaya dengan dakyah UMNO seolah-olah Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang pengkhianat bangsa, seolah-olah PAS telah lari dari perjuangan asal.

UMNO, sehingga selesai pilihanraya kecil Permatang Pauh ini akan berdendang dengan lagu keamanan dan keselamatan siang dan malam. Lagu tersebut akan sentiasa diputar di media pro mereka.

Saturday, August 15, 2009

Hari Terakhir Dalam Perkhidmatan

Hari ini, 15 Ogos 2009 merupakan hari resminya saya berundur yakni bersara dari perkhidmatan. Yang sebenarnya hari Rabu 12 Ogos 2009 lepas merupakan hari terakhir saya bertugas kerana saya menghabiskan cuti saya pada hari Khamis dan Jumaat.



Tepat jam 5.40 petang 12 Ogos 2009, meninggalkan pejabat

Bersama isteri di hari terakhir berkhidmat

Banyak kenangan manis serta pahit ketika bertugas lebih kurang 31 tahun lebih. Tak perlu saya menceritakan apa yang manis dan apa yang pahit, cukup saya menceritakan salah satu yang manis ialah mendapat jodoh semasa berkhidmat serta berulang-alik ke tempat kerja bersama.

Saya ucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sehaluan dan seperjuangan dengan saya dan kepada sahabat-sahabat yang mempunyai pendirian 'berlainan' dengan saya, juga diucapkan terima kasih kerana masih sudi ber'kawan' dengan saya dan memahami perjuangan saya.

Bagi mereka yang masih jauh lagi perjalananya, ingat satu pesanan saya, jaga solat dan jangan berlagak apabila ada perubahan kedudukan. Pangkat hanyalah satu amanah, bukannya untuk bermegah. Jangan hairan diri (ujub) dan jangan mengampu. Jikalau kita terpilih naik pangkat, itu tidak bermakna diri kita adalah yang terbaik.

Bagi mereka yang bertugas di negeri dan daerah, jangan lupa, berbagai ujian akan dihadapi. Ingatlah wahai sahabat, kuasa yang ada bukan untuk bermegah, anda juga akan terdedah kepada segala bentuk fitnah dan rasuah.

Kepada pengurusan atasan, jangan lupa piagam kita kepada masyarakat. Jangan seharian memikirkan atau mengejarkan kedudukan yang lebih atas kerana wang ringgit, ramai di antara kita tidak pernah puas. Hindari membiarkan diri berdampingan dengan kontraktor kerana berbagai fitnah dan mehnah boleh merosakkan karakter kita.

Golf, adalah salah satu sukan yang melatihkan kita fokus kepada sesuatu perkara. Di dalam masa yang sama jangan kerana golf boleh memesong niat kita yang akhirnya niat menghalalkan semua cara.

Akhir sekali, maaf dipohon di atas segala kekasaran bahasa dan keterlanjuran cara selama bersama sahabat sekelian.

Banyak Facebook di Rompin

Orang UMNO memang kaki lawak. Mereka boleh jadi pak lawak dan kadang kala boleh menjelma menjadi badut sarkas.

Dia kata nak berhubung dengan orang-orang Rompin melalui internet. Tak sangka ramai tok-tok batin sana dah 'advance'. Mereka dan punyai 'facebook', 'twitter', Yahoo Messenger, Friendster dll. Pengundi sana pun semuanya dah ada 'blog' sendiri. Boleh panggil 'Guiness Book of World Record' datang buat 'shooting' dengan pengundi di Rompin.

Oprah Whiprey pun boleh interview tok-tok batin disana. Mereka semua sudah 'terror' bahasa orang putih hasil polisi PPSMI ole Che Det

Kalau 'gentleman' letak jawatanlah. Kenapa nak bolot dua-dua gaji. Memang dasar tamak. [sumber]

Kambing Bongok

Kambing bongok ni buat lawak 10 sen pulak. Sepatutnya kambing bongok tu dengan nada sedih turut simpati kepada keluarga mangsa selsema babi dan bersedih kerana negara diuji dengan penyakit yang berbahaya itu.

Tapi memang kerja kambing meragut apa saja. Ini yang dikatakan kambing upahan.

Ingat kambing, kematian bukan satu bahan lawak.

Friday, August 14, 2009

Pesuruhjaya Lawan Setiausaha Bahagian


TANDING... Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman (kanan) dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir. Manakala PAS meletakkan Pesuruhjaya Negeri, Salleh Man (kiri) sebagai saingan. mStar

SEBERANG PRAI: PAS mengumumkan Pesuruhjaya Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man akan mewakili parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir minggu depan.

Salleh, 52, pernah bertanding kerusi Pinang Tunggal pada tahun 2004 dan Sungai Dua, Mac 2008.

Namanya diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Permatang Pasir, Kg. Permatang Pasir dekat sini sebentar tadi.

Salleh, pentadbir sekolah agama, merupakan lulusan pengajian Islam dari Universiti Malaya dan dilantik sebagai Pusuruhjaya PAS Pulau Pinang tahun lalu.

Pemilihannya diumumkan kira-kira pukul 10.45 malam tadi.

Kerusi itu disandang oleh wakil PAS, Datuk Hamdan Abdul Rahman, yang telah meninggal dunia hujung bulan lalu.

Kira-kira lima jam terdahulu Barisan Nasional (BN) pula mengumumkan akan menurunkan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman.

Rohaizat, 38, merupakan penasihat undang-undang dan lulusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Mengkuang, Bukit Mertajam, menyertai Umno pada 1996.

Pemilihan beliau diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Permatang Pasir dekat sini kira-kira 5.30 petang tadi.

"Setelah ambil kira pandangan semua pihak, calon yang paling layak, boleh diterima rakyat, setelah dibincang dengan (Perdana Menteri) Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, yang kini berada di luar negara, didapati calon yang paling sesuai ialah Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman," kata beliau ketika mengumumkan nama calon dan melancarkan jentera BN di pusat gerakan induk BN di Bukit Merah, Permatang Pauh dekat sini petang ini.

Pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Permatang Pasir dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan seorang calon Bebas.

Pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris, 42, telah menyuarakan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu. mStar.

UMNO Tarik Diri Lagi?

Berkemungkinan besar UMNO akan menarik diri daripada bertanding di pilihanraya kecil Permatang Pauh walaupun sudah mengumumkan calonnya berdasarkan beberapa sebab tertentu seperti dibawah :

  1. UMNO amat cuak dengan beberapa kemungkinan 'peteh' atau 'cas' keting, satu budaya UMNO yang amat popular tertutama di Terengganu. Ini dilihat dari kenyataan salah sorang Naib Presidennya yang sedari awal lagi telah memberi amaran tindakan disiplin akan diambil ke atas mana-mana ahli yang curang. [sumber.]
  2. Menginsafi bahawa wabak selesema babi ternyata terlalu sukar dibendung, maka UMNO akur kepada nasihat ramai bahawa rakyat tidak digalakkan terdedah kepada perhimpunan awam. Memandangkan kalah menang tidak membawa apa-apa makna bagi UMNO, maka UMNO berkemungkinan memberi laluan mudah kepada PAS.
  3. Menginsafi, kemelesetan ekonomi masih belum pulih. Pemulihan ekonomi Amerika Syarikat pun, sumber penting kepada pemulihan ekonomi dunia, mungkin berlaku pada 2012, kata Prof Emeritus Datuk Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem, Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER). [sumber] Adalah lebih baik wang yang digunakan oleh SPR dan Polis digunakan di lain tempat yang jelas akan menaikkan kembali pengaruh UMNO.
  4. Menginsafi kemungkinan tercalar lagi imej UMNO akibat penggelongsoran pengaruh, untuk naik kembali dalam masa 2 tahun amat kesuntukkan masa.

Maka dengan lafaz 1Malaysia, Rakyat di Dahulukan dan Pencapaian diUtamakan, berkemungkinan besar UMNO akan menarik diri daripada bertanding di pilihanraya kecil Permatang Pauh walaupun sudah mengumumkan calonnya.

UMNO : Lahir Ramai Sufi?

Tak terbilang dah berapa ekor Gagak Di Rimba, berapa ekor Tiong Emas, berapa ekor Ayam Betina Bulu Berkarat, berapa ekor Ayam Jalak Lenteng-Ekor Bergelumang Tahik, berapa ekor Sesumpah dan beberapa Badut berkokok lagi beretorik pasal hal orang hina Islam.

Ada yang melabelkan ia sebaris dengan Salman Rushdie dan Pelukis Karikatur Nabi.

Apakah sudah pecah semua cermin muka di Malaysia, apakah sudah kering air di tasik, apakah sudah keroh semua air di sungai hinggakan mereka semua tiada berkesempatan menilik air muka serta bayang-bayang mereka?

Kita sedang menunggu komentar yang padu serta pendapat yang tuntas dari Sisters In Islam, mantan PM Tun Mahathir, Pelopor 'Islam Hadhari', Artis dan Selebriti tanahair, PPIM dan banyak lagi.

UMNO Serang 2 Tokoh Ini

Dua senjata utama yang UMNO akan gunakan di Permatang Pasir. Malah UMNO sudah menggunakannya semenjak satu-dua hari yang lalu. Senjata itu tidaklah setajam mana dan saya amat menyakini ia akan menjadi senjata makan tuan.

Senjata ini bukanlah se ampuh bom nuklear atau peluru berpandu. Ia sangatlah lemah kerana datang dari orang yang lemah, tiada berwawasan dan korup idea.

Senjata yang sedang dan akan terus digunakan sehingga tamat pilihanraya kecil Permatang Pauh ialah 'memburuk-buruk'kan dua batang tubuh yang sangat berpengaruh di arena politik tanahair sekarang ini.

Dua tokoh ini yang mempunyai karismanya tersendiri, menjadi duri dalam daging bagi UMNO. Setiap patah percakapan, setiap ungkapan, setiap tingkahlaku, setiap langkah, setiap tuturkata, setiap degupan jantung, setiap komen dan seribu satu macam lagi perbuatan dari kedua-dua tokoh ini akan diteliti bukan untuk diambil pedoman tetapi diambil untuk diputar-belit.

Tujuan memutarbelit setiap ungkapan kedua tokoh ini, adalah untuk mempengaruhi pengundi-pengundi di Permatang Pasir. Mereka menyerang peribadi kedua-dua tokoh ini secara 'pondan siam'. Kedua-dua tokoh ini tidak berupaya menjawab kerana tiada media pro UMNO rela memberi ruang dan luang kepada mereka.

Pimpinan tertinggi UMNO akan memulakan dulu 'pelancaran' serangan kepada kedua-dua tokoh ini, selebihnya akan berkokoklah semua Tiong-Tiong Emas yang menggunakan 'air-liur' untuk memburukkan kedua-dua tokoh ini.

Mereka telah menggunakan modus-operandi yang sama di Manik Urai dan hampir berjaya. Tetapi kali ini, senjata itu akan makan tuannya kembali. Tempat berjuang adalah berlainan sekali. Manik Urai dengan Permatang Pasir adalah berbeza sama sekali. Isu setempat berbeza sama sekali. Isu nasional lagi parah bagi UMNO. Pengundi di Permatang Pasir sudah arif segala tipu helah UMNO. Tari-lagu UMNO telah lama sumbang. Gerak langkah UMNO telah lama tempang.

Saya amat yakin pengundi di Permatang Pasir tidak mudah tertipu oleh UMNO dan kedua-dua tokoh ini Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mendapat tempat di hati pengundi Permatang Pasir.

Thursday, August 13, 2009

RM10 juta : Tak Sama Dengan RM10

Yang sorang tu kata dia ada beri RM10 juta untuk disalurkan kepada MCA.

Yang sorang lagi pulak kata itu taktik kotor untuk bunuh karektornya.

Yang sorang lagi, punyalah bengap, katanya itu hal peribadi antara dua individu dan tidak ada kaitan dengan kedudukan mereka dalam Barisan Nasional (BN).

Ini kes RM10 juta, bukan RM10.

SPRM, takkan dengar sahaja. Takkan nak tunggu ada orang buat laporan baru nak bertindak.

Kalau dah bertindak, pastikan soal-jawab di dataran rendah lagi terbuka.

Kita tak mahu dengar lagi buah kelapa terhempap.

Pastikan pakai topeng, takut belum soal jawab dah berjangkit pulak selsema babi.

UMNO Sudah Tercalar

UMNO memang terdesak sekarang. UMNO pergi bertandang ke Permatang Pasir dalam keadaan muka tercalar. Ya tercalar, macam tercalar kena kuku kucing.

Reputasi SPRM merudum jatuh. Bermula dengan siatan hambar semasa pemilihan UMNO tempoh hari hingga kepada kes kematian TBH. Kes MRR2 sunyi sepi. Penangkapan ADUN Terengganu tempoh hari hanya seperti embun dihujung daun, muncul matahari, hilanglah ia.

Yang UMNO tahu, Datuk Seri Anwar mesti diaibkan seaib-aibnya di kawasan parlimennya. Perkataan pengkhianat memang amat sensasi dengan jiwa melayu yang bermazhabkan sekular, yang bertunjangkan kebangsaan.

Tiong Emas pun dah mula nak mengeluarkan suara emasnya. Disuruhnya lucut kerakyatan sesiapa yang menghina Raja.

Kita mempunyai undang-undang. Biarlah undang-undang yang menentukan segala-galanya. Jangan kita mendahului undang-undang.

Nasib baik si Tiong Emas tidak jadi Hakim.

Bukankah 2 dari 3 hakim akan ke _ _ _ _ _ _.

Anda pernah dengarkan?

UMNO : Ratib 1Malaysia

Siapa yang haram? UMNO lama ke UMNO Baru?

Tak ada Mak?

Siapa natang?

Politik : Ikhlas atau Kilas

Ada orang menjadi Menteri Besar, tetapi digelar Menteri Besar Mahkamah.

Ada orang menjadi Presiden sebuah parti politik, tetapi digelar Presiden ROS.

Ada orang bertanding di atas tiket PAS, tetapi bila menang
menjadi bebas dan menikam PAS

Ada orang dari PAS tetapi bertanding di atas tiket PKR,
tetapi bila menang jadi 'blurr' dan kelabu asap.

Ada orang dari UMNO, keluar UMNO masuk PKR.

Ada orang dari MCA, keluar MCA, masuk PKR.

Ada orang dari MIC, keluar MIC masuk PKR.

Itulah rempah ratus politik,
ada yang ikhlas, ada yang pandai kilas dan ramai yang mengharap balasan.

Wednesday, August 12, 2009

Sepatah.....Pengkhianat, Seribu .....Menyokong



Makin dibenci makin orang sayang. Makin didengki makin orang percaya. Makin dicerca dan dihina, makin ramai orang nak dengar ucapannya.

Disumbat ke 'dalam', parah, di biarkan bebas lagi parah. Macam-macam tuduhan dilontar, hatta nak ambik DNAnya sekalipun, masih massa diluar sana tidak percaya.

Apa ilmu yang dipakainya? Zaman 1Malaysia masih lagi ada orang pakai ilmu 'pemakai'? Oh tidak mungkin!!!!!

Makin dikatakan pengkhianat bangsa, makin ramai orang percayakannya.
Sepatah orang kata dia pengkhianat, seribu orang tetap setia kepadanya. [sumber.]

Itulah aura yang ada padanya. Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang yang berkarisma untuk menyatukan PAS,PKR dan DAP.

Kelakar, Kelakar, Kelakar : Tiada Sebarang Catatan?????

'Joke of the year'.

Kelakar tahap 'dunia' yang boleh buat orang bergolek-golek ketawa. TBH di panggil ke SPRM untuk disoal-siasat dan didapati mati pada 16 Julai 2009, tetapi TIADA sebarang catatan isikandung soala-jawab di antara pegawai siasat dengan mendiang TBH. [sumber.]

Aneh. Aneh. Aneh 1Malaysia.

Bukan Noordin

JAKARTA 12 Ogos - Polis hari ini mengesahkan pengganas yang terbunuh dalam serbuan di sebuah rumah di Temanggung, Jawa Tengah minggu lalu bukan Noordin Mat Top.

Pengarah Bahagian Perubatan Polis Indonesia, Brigadier Jeneral Eddy Saparwoko pada sidang akhbar di sini hari ini berkata, ujian DNA yang dibuat mendapati lelaki itu ialah Ibrahim.

Ibrahim merupakan perancang serangan bom berani mati di Hotel JW Marriot dan Hotel Ritz Carlton di Mega Kuningan, Jakarta Selatan pada 17 Julai lalu. - Utusan

Gigi ~ 'Istana Idaman'

Dalam dua tiga hari ni, dua batang gigi garham saya buat hal. Sakit berdenyut-denyut sekali sekala.

Ia berdenyut seolah-olah ikut isu semasa. Sekejap sakit, sekejap tidak.

Sabtu lepas saya ada pergi ke klinik gigi di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi untuk buat pemeriksaan, maklum sajalah Ramadhan Al-Mubarak dah hampir menjelang, saya tak mahu gigi ini buat hal dalam bulan Ramadhan.

Apabila Doktor itu buat pemeriksaan, didapati gigi itu masih elok. Beliau bertanya kepada saya dimana saya tampal gigi itu.

Didalam kepala saya kenapa Doktor bertanya macam tu, seolah-olah Doktor yang dahulu menampal tak elok.

Sebelum saya menjawab, Doktor itu sambil gelak-gelak dengan nada bergurau berkata, mungkin Doktor dahulu menampal dalam keadaan geram kot. "Kalau nak elok, kenalah korek dan tampal semula," katanya.

Saya bersetuju Doktor itu mengorek dan tampal semula kerana baru saya teringat, dulu saya menampal gigi itu di Kajang.

Sekarang Doktor itu sudah kena 'halau' dari Dewan. Doktor itu kena gantung setahun, tak boleh masuk Dewan. Dikhabarkan Doktor itu tersangatlah kaya, rupa-rupanya jadi Doktor gigi ni boleh memiliki 'Istana Idaman'.

Tuesday, August 11, 2009

Aung San Suu Kyi ~ Anwar : Kita Serupa?????


Aung San Suu Kyi didapati bersalah oleh Mahkamah Myanmar dan dihukum lagi sebagai tahanan dalam rumah. Dengan itu beliau tidak boleh bertanding dalam pilihanraya. Baca Sini .

Di Malaysia Datuk Seri Anwar mungkin akan senasib dengan dia?

Negara yang diperintah secara zalim oleh junta tentera ini, sekurang-kurangnya tidak tahu apa itu ISA.

Betulke UMNO Kebal?????

Siapa melawan UMNO samalah seperti ia melawan melayu.
Kalau orang melayu melawan UMNO bererti orang melayu itu pengkhianat bangsa.
Pengaruh UMNO makin hari makin terhakis.
Kebimbangan pucuk pimpinan atasan UMNO tidak dapat disorok lagi.
Hanya mereka, yang amat mengetahui perilaku anak buahnya.
Hanya mereka, yang amat sedar barah rasuah masih menjalar dalam UMNO.

Siapa melawan UMNO samalah seperti ia melawan negara.
Mereka yang melawan UMNO dicop sebagai pengkhianat bangsa dan negara.
Sebab itu justifikasi mereka mengguna instrumen negara untuk melawan siapa yang melawan UMNO.

UMNO warak dan berilmu. UMNO sungguh 'perfect'. Hanya UMNO yang perjuang Agama. Siapa yang kritik UMNO berkaitan dengan perjalanan Islam, maka mereka itu adalah pengkhianat Agama.

UMNO sungguh setia kepada Raja-Raja Melayu. Siapa yang menentang UMNO seolah-olah mereka menderhaka kepada Raja-Raja Melayu.

Begitulah sinonimnya UMNO dengan Melayu, UMNO dengan Negara, UMNO dengan instrumen negara, UMNO dengan Agama dan UMNO dengan Raja-Raja Melayu.

UMNO sungguh kebal. Retorik di atas akan meresap ke dalam kepala otak anak-anak Melayu dan remaja-remaja Melayu.

Betul ke kenyataan UMNO itu kebal?????

UMNO : Isu 'Recycle' di Permatang Pasir

UMNO tiada isu untuk dibawa ke Permatang Pasir. Isu-isu 'recycle' seperti isu pembangunan, keselamatan dan keamanan dan kemiskinan akan diulang-tayang siang dan malam.

Pencacai UMNO seperti Raja Katak Dalam Kotak akan muncul untuk sekian kalinya bila muncul musim pilihanraya untuk berdebat dan bersumpah dengan sesiapa saja.

Pencacai lain akan membilang berapa buah masjid yang PAS telah bina. Tetapi mereka tidak buat kira-kira berapa buah masjid yang mereka telah roboh.

Mereka tak berani melaungkan slogan "Anwar Pengkhianat Bangsa" kerana Permatang Pasir berada dalam Parlimen Permatang Pauh.

Mereka juga tidak berani bawak isu 'penjualan arak' di Selangor kerana negeri-negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Pahang, Terengganu, Perlis, Sabah dan Sarawak, di kebanyakan tempat, jumlah arak dalam tin bersaing rapat dengan minuman ringan berkarbonat.

Mungkin ramai Menteri yang agak-agak boleh ke depan sedikit, akan menjadi imam tarawih, terutama Al-Fadhil Timbalan Presiden UMNO, baru rakyat akan nampak yang mana satu 'pengkhianat bangsa' dan yang mana satu 'pengkhianat agama'.

Dijangka deretan kontena berisi tamar membanjiri Permatang Pasir untuk di'sedekah-jariah'kan kepada penduduk setempat.

Segerombolan Pak Menteri akan datang untuk mengagih-agihkan zakat kepada fakir miskin serta sedekah jariah kerana bukan pasal pilihanraya tetapi semata-mata kerana merebut fadhilat Ramadhan Al-Mubarak.

Seperti biasa bahagian keselamatan akan berkhemah selama 17-25 Ogos dan diakhirnya tilam yang mereka pakai akan dilelong kepada penduduk setempat seperti di Manik Urai.

Monday, August 10, 2009

Ayat Keramat UMNO

Mereka mengutip 100,000 tandatangan sebagai memberi sokongan kepada orang ini. [sumber.]

Apa istimewanya orang ini berbanding dengan orang-orang yang terdahulu yang sama kedudukan dengannya seperti Allahyarham Tun Dr.Ismail, Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Apa jasanya kepada orang melayu Johor khususnya semasa menjawat Menteri Besar suatu ketika dan orang melayu di seluruh Malaysia amnya?

Beliau memainkan sentimen orang melayu. Orang melayu UMNO amat terkesan apabila sentimen bangsa dimainkan kerana inilah jalan singkat untuk memenangi sesuatu pilihanraya. Beliau masih lagi meniup api kemarahan orang melayu UMNO dengan menyebut individu tertentu sebagai pengkhianat bangsa. [sumber.]

Sentimen atau ayat keramat yang amat berbahaya yang memang akan mempersonakan orang melayu UMNO yang selepas ini akan sentiasa meniti disetiap bibir melayu UMNO dan media pro UMNO akan mengulitnya setiap pagi dan petang dan siang serta malam yakni "Menjadi tanggungjawab saya untuk menentang habis-habisan pihak yang sebegini. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan negara kalau kita (BN dan UMNO) tidak berkuasa pada pilihan raya umum akan datang,”.

UMNO/BN : Rakyat Tidak Dicakna

KEMARAU... Mohd Fitri,13 dan adikya Mohd Adlin,11 memikul bekas gelen air untuk mendapatkan bantuan bekalan air dari JKR di Asa Jaya, Samarahan, Sarawak. Samarahan merupakan antara kawasan yang terjejas teruk apabila hampir sebulan terputus bekalan air akibat musim kemarau yang melanda negeri Sarawak. -
Ihsan UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN


52 tahun negara ku Merdeka, bekalan air bersih masih belum dinikmati.
Negeri ku kaya, bukannya miskin papa kedana, kemudahan asas tidak dicakna.

Menang Bergaya, Bukannya Menang Sipi - Sipi

Kalau seorang jurulatih bolasepak kata, "Kita mahu menang dengan bergaya, bukannya menang dengan keputusan yang dibaratkan sebagai 'sipi - sipi' sahaja."

Pengikut akan percaya berdasarkan pengetahuannya, pengalamannya dan pengamatannya kepada pasukan bimbingannya, infrastruktur yang ada serta kerjasama disemua peringkat.

Kata-kata "mahu menang bergaya", membawa maksud jurulatih itu akan lakukkan apa saja, hatta akan 'fixed game' jikalau keadaan terdesak untuk melunaskan kata-katanya "Kita mahu menang dengan bergaya, bukannya menang dengan keputusan yang dibaratkan sebagai 'sipi - sipi' sahaja."

UMNO : Budaya Itik Air

UMNO semenjak penubuhannya dari dulu, kini dan selama-lamanya, perangainya tidak berubah-ubah.

Kalau ketuanya kata hitam, semua juak-juaknya, hulubalangnya akan kata hitam, bahkan ada yang berlebih-lebih pulak, ada yang berani mengatakan hitam legam.

Kalau ketuanya bercakap pasal Islam, seluruh anak beranak, cucu cicitnya akan bercakap pasal Islam, bahkan berlebih-lebih pulak daripada ulamak. Yang dah memang dari bangsa ulamak, bermacam-macam fatwa akan dihamburkan pada masyarakat.

Kalau ketuanya kata Datuk Seri Anwar Ibrahim 'pengkhianat bangsa', maka seluruh alam melayu akan berzikir siang dan malam, akan meratib pagi dan petang bahawa DS Anwar 'pengkhianat bangsa'.

Bila agaknya bangsa UMNO ini hendak lari daripada budaya itik air. Apabila ketua itik air menyudu air limbah, seluruh anak buahnya, suku sakatnya akan menyudu sama. Apabila ketua itik air membuat bising, satu alam melayu akan bergema. Apabila ketua itik air melintas jalan, segerombolan itik air lain akan melintas sama.

Sunday, August 9, 2009

Selangor Bakal Senasib Dengan Perak?????

Preside UMNO telah memberi 'hint', mahukan Selangor dikembalikan semula ke tangan BN kerana negeri ini penting sebagai nadi negara.

Perkataan 'Kembalikan', memberi 2 isyarat.

Isyarat pertama, kembalikan Selangor sebelum PRU12.

Modus operandinya sama seperti apa yang berlaku di Negeri Perak. Saya tidak nampak UMNO/BN boleh membeli sebahagian atau kesemua 8 ADUN dari PAS. Tetapi tidak mustahil UMNO/BN akan dapat memujuk atau 'mengenakan' beberapa orang ADUN dari PKR dan DAP. Dalam masa yang sama UMNO/BN akan 'menggoncang' sekuat-kuatnya PAS dalam isu penjualan arak di kawasan majoriti orang-orang Islam.

Ketua Pemuda UMNO telah meniup 'seruling' dan memalukan 'gendang' untuk menyemarakkan lagi hasrat hati bossnya.

Mereka mencabar PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat dengan mengadu domba dan menghasut, bukan kerana ikhlas turut memperjuangkan isu penjualan arak, tetapi semata-mata untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

Congak matematik mudah, tidaklah sukar sangat hasrat Presidennya mahukan Selangor dikembalikan kepada UMNO/BN dalam kadar waktu yang segera.

UMNO/BN - 20 kerusi
PAS - 8 kerusi
DAP - 13 kerusi
PKR - 15 kerusi

Jika hasutan serta gegaran dan tekanan UMNO/BN supaya PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat berjaya, maka Pakatan Rakyat akan berbaki 28 kerusi.
UMNO/BN cukup gembira, biarpun PAS tidak termakan untuk bergabung dengan BN, cukuplah PAS sebagai ADUN bebas sudah memadai untuk menjayakan hasrat jahatnya.

UMNO/BN cuma mahukan 5 ADUN samada dari PKR atau DAP 'melompat' ke dalam kancah BN. Jika berjaya mereka akan raya katak kerana ketika itu Pakatan Rakyat hanya berbaki 23, manakala jumlah kerusi UMNO/BN akan menjadi 25 dan mereka boleh menerajui Selangor dengan majoriti mudah 2 kerusi.

Susah sangat ke perancangan jahat UMNO/BN itu? Oh, tidak, itu amat mudah. Ada wang semua jadi.

Adakah Pakatan Rakyat akan terjerat dengan perangkap ini, walaupun nampak semacam rapuh, tetapi tersilap congak maka Pakatan Rakyat akan merudum.

Persoalannya, susah sangat ke Khalid hendak memberi arahan bertulis, penjualan arak tidak boleh dijual di kawasan majoriti orang Islam demi menjaga sensitiviti umat Islam?

Jikalau pengemar-pengemar bukan Islam yang tinggal di kawasan majoriti orang Islam teringin sangat hendak minum arak atau hendak 'memecahkan perut' mereka dengan arak, saya yakin dan percaya mereka boleh telefon kepada pembekal atau pengedar menghantar ke rumah-rumah mereka, sama seperti penghantaran makanan segera. Ini lagi cepat daripada mereka keluar rumah untuk mencari bertong-tong arak di 'convenience store'.

Sayangilah Pakatan ini yang telah berjaya mengajar keangkuhan UMNO/BN yang menganggap mereka kebal walaupun bermacam-macam kemungkaran, kezaliman, ketidakadilan dilaksanakan.

Isyarat kedua, kembalikan Selangor melalui proses demokrasi dan berjuang di PRU13. Melalui proses ini, masa ada lebih kurang 2 tahun sahaja lagi. Mereka akan menyerang berhabis-habisan untuk merampas kembali Selangor. PAS mengalu-alukan proses ini, kerana demokrasi menghalalkannya walaupun Pakatan Rakyat akan dihimpit dari semua sudut, sekurang-kurannya Pakatan boleh bernafas dalam arena demokrasi walaupun indeks kualiti udaranya tidak sihat.

Baca Sini.
Baca Sini.

UMNO : Pengkhianat?????

Sekarang jelaslah siapa sebenar yang menjadi penkhianat BANGSA dan BAHASA MELAYU.

Dianggarkan TIGA JUTA murid akan keciciran jika dasar PPSMI tidak dimansuhkan. Majoriti pelajar tidak berkeupayaan menguasai bahasa Inggeris untuk mengikuti dua mata pelajaran iaitu Sains dan Matematik.

Yang menghairankan kenapa selepas demonstrasi diadakan secara besar-besaran baru pemimpin UMNO sedar TIGA JUTA murid keciciran?

Siapakah pengkhianat bangsa, bahasa dan negara yang menggubal dasar ini?

Siapakah pengkhianat bangsa, bahasa dan negara yang menyokong dasar ini?

Siapakah yang bertanggungjawab keciciran anak bangsa dengan pelaksanaan dasar ini?

Seterusnya, sila baca di sini.

Demo Besar-besaran Lagi?????

Diharap pihak polis akan dapat membuat persediaan untuk ber'perang' sekali lagi dengan para demo. Sediakan puluhan ribu 'cannister' gas pemedih mata dan air 'gatal' untuk membendung para demo yang akan berdemo di Padang Merdeka Batu Pahat.

Bezanya kali ini demo yang dirancang itu datang dari penyokong dan pendokong UMNO Johor.

Mereka kononnya berdemo kerana hendak menunjukkan kesetiaan kepada Timbalan Presiden UMNO serta akan melaungkan perkataan 'pengkhianat' ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengikut kaedah Fizik, "Newton's Third Law of Motion : For every action, there is an equal and opposite reaction force."

Justeru itu para penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat berkemungkinan akan bertindak balas menganjurkan demo yang serupa sebagai memberi sokongan kepada DS Anwar Ibrahim.

Apakah akan ada satu kesudahan?

Tidakkah perancangan itu akan menimbulkan keresahan, ketenteraman dan keselamatan rakyat? Tidakkah Batu Pahat akan lumpuh dari aktiviti ekonomi?

Diharap pihak berkenaan membuat tangkapan segera kepada Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Adam Hamid untuk soal-siasat kerana beliau sendiri yang mengumumkan demo yang dirancang itu di Perth ketika menyertai lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau tentu tahu banyak maklumat.

Beranikah pihak berkuasa bertindak dengan penuh 'sopan-santun' seperti layanan yang diberi kepada para demo dari Pakatan Rakyat 1 Ogos lalu?

Sekali lagi rakyat akan menjadi hakim 'double-standard' pihak berkuasa dalam menangani sesuatu isu.

Sila baca di sini.

Kg. Buah Pala ~ Buah Pala Masam

Banyak cekadak pulak. Pemaju Nusmtero Ventures (P) Sdn Bhd, syarikat yang akan memajukan tanah milik sebuah koperasi yang kini masih didiami oleh penduduk di Kampong buah Pala telah menawarkan rumah teres dua tingkat kepada mereka.[sumber.]

Tetapi penduduk di Kampong Buah Pala membuat tuntutan RM3.5 juta bagi setiap penduduk.

Kalau nak buat tuntutan, biarlah munasabah. Janganlah tamak sangat, nanti jadi seperti anjing dengan bayang-bayang.

Saya percaya ada dalang yang menghasut mereka itu, atau mereka sudah menjadi 'cowboy' yang ingin menuntut secara 'brutal'.

Jangan terjadi Kampong Buah Pala bertukar kepada Kampong Buah Pala 'Masam'

Sebuah Pengiktirafan

Lawak P. Ramlee dalam Seniman Bujang Lapok ada HANG KEBUN.

Kalau peringkat kampong ada ANUGERAH PELADANG BERJAYA, untuk mengenang jasa petani dan peladang berjaya.

Kalau nak lebih 'standard' sikit, ANUGERAH IJAZAH KEHORMAT DOKTOR PEMBANGUNAN PERTANIAN oleh UPM, untuk mengenang jasanya terhadap pembangunan pertanian negara.[sumber]

Apa yang penting, pengiktirafan dari sesaorang kepada sesaorang.

Saturday, August 8, 2009

Siapa Dia?????

Ada teori kata TBH di tolak jatuh.

Ada juga teori mengatakan ia dibunuh sebelum mayat dijumpa atau diletak di atas bumbung.

Walau apapun TBH telah mati. Yang pentingnya siapa PEMBUNUHnya, bukan kita nak tahu atau dapat pengesahan teori bahawa TBH mati ditolak atau mati sebelumnya lagi. [Baca Sini]

Kambing Upahan UMNO

Ada dua ekor kambing.
Kerjanya mengadu-domba.
Tugasnya menjadi batu api.
Suka melaga-lagakan orang.
Berhati busuk. Memang bau kambing busuk.
Walaupun daging kambing sedap di makan, tapi kambing dua ekor ni busuk sampai ke tulang.
Dua ekor lembaga ni, badan manusia, berkepala kambing memang jenis kambing munafik.
Bila pembangkang berdemo, kambing ni mengembek marah. Bila UMNO berdemo, kambing ni mengembek sambil melompat-lompat keriangan.
Bila pembangkang tidak berdemo, dua ekor kambing ni mengacah-acah sambil berdesis-desis macam termakan daun nangka yang berulat.
Kalau terjumpa dua ekor kambing ini, elok tangkap dan simpan di Zoo Negara, biar semua rakyat ziarah dan perhatikan gerak-lakunya.

UMNO : 3 Wasiat Menjelang PRU13

Presiden UMNO bercakap semacam seorang mufti memberi syarahan Agama sambil berpesan kepada ahli-ahli UMNO yang seramai 3.5 juta. [sumber.]

Ahli-ahli UMNO mestilah :
  • Mendengar ~ Mendengar suara rakyat, rintihan rakyat, sanggup sentiasa disisi rakyat dan bukannya jauh, bukan sombong tapi merendah diri dan jangan jadi golongan elit,"
  • Berkhidmat ~ Memberikan khidmat yang terbaik sepanjang masa,yakni berkhidmat untuk semua rakyat, bukan untuk puak UMNO sahaja
  • Menyelesaikan masalah ~ Mampu menyelesaikan masalah: "Jangan (hanya) dengar (masalah), ambil surat tapi tidak selesaikan, jangan biar "bernanah", (setiap) masalah itu yang dikesan mesti diselesaikan.
Komen al-brangi :

Adakah selama ini UMNO/BN yang berkuasa mendengar rintihan rakyat? Rakyat menuntut pemansuhan PPSMI dan ISA melalui demo sehingga ditembak gas pemedih mata dan bermandikan air 'gatal?

Adakah UMNO/BN peka, kecelaruan yang berlaku di DUN Perak, kes lompat 3 ekor katak, penheretan manusia bernyawa (Speaker) seperti mengheret biawak keluar dari DUN Perak yang memerlukan pembubaran DUN Perak?

Adakah UMNO/BN dengar rintihan rakyat beban tol bagi pengguna lebuhraya?

Adakah UMNO/BN dengar itu, ini dan ah....UMNO/BN tahu sendiri.

Memang UMNO/BN selama ini hanya berkhidmat untuk puaknya sahaja. Sesama UMNO pun masih berpuak-puak, inikan hendak berkhidmat di luar puak UMNO?

Mana mungkin kalau pemimpin yang lahir dari politik wang boleh berhati mulia seperti ketiga-tiga wasiat di atas?

Pemuda UMNO : Kokok Bergegar, Ceramah Pun Berteman

Pemuda UMNO nak anjur ceramah perdana secara besar-besaran di Shah Alam Selangor pada hari Jumaat 14 Ogos untuk menentang mereka yang menghinaan agama Islam. Ketuanya yang dah patah taring dan kuku jemput Pemuda PAS untuk bersama atas pentas pemuda Umno pada malam tersebut. Bernama.

Takkan nak berceramah pun nak berteman. Jangan jadi ayam jaguh berkokok, ekor penuh tahi.

PAS berdemo, PAS berceramah kerana di atas isu-isu yang PAS tiada kuasa politik.

PAS Kedah dan PAS Kelantan sahaja yang mampu memerintah, itu pun terbatas kerana terikat dengan Perlembagaan Negara dan Kerajaan Pusat.

Bagi UMNO yang sudah berkuasa, apa perlu lagi nak berkokok? Kalau nak menangguk di air keruh pun, buktikan dahulu kekuasaan kamu untuk mendaulatkan Islam.
Memang patutlah TG Nik Aziz berkata, "Pergi jahane UMNO"

Friday, August 7, 2009

Khalid Ibrahim Sayangkan Kerusi MB

Kalau dah jenis kepala otak korporat, apa-apa yang boleh menjejaskan pendapatan negeri semuanya 'halal'.

Kalau yang bukan Islam tidak faham atau tidak mahu memahami tentang sensitiviti umat Islam, itu boleh diterima. Tapi kalau pemimpin Islam tidak faham apa itu sensitiviti umat Islam atau buat-buat tak faham kerana takut kehilangan undi, kerana takut kehilangan kuasa, kerana takut kehilangan gaji puluhan ribu, apa lagi yang nak diharapkan?

Logik yang dipakai :

Walaupun kawasan majoriti melayu/Islam, Kerajaan negeri Selangor memutuskan bahawa penjualan minuman keras di negeri itu adalah berpandukan kepada kesedaran penjual sendiri terhadap permintaan pembeli dari kalangan orang Islam dan remaja.[sumber.]


'Confirmed' memang jenis kepala otak korporat. Wahai YAB yang hanya pandai mentadbir korporat, mentadbir negeri amatlah berbeza. Mentadbir negeri berurusan dengan manusia, budaya, agama dan perasaan.

Bagaimana kepala otak YAB boleh berfikir, penjual perlu ada kesedaran untuk menjual arak kepada orang Islam dan remaja? Bukankah penjual itu sendiri dari golongan bukan Islam? Kalau orang Islam pun tak faham pasal Agama, mana mungkin kita mengharap orang bukan Islam mempunyai kesedaran untuk tidak menjual arak di kawasan majoriti orang Islam kepada orang Islam dan remaja?

Kalau logik itu digunapakai, apakata jikalau rumah 'urut', pusat judi dan pub wujud dikawasan majoriti orang Islam, adakah kita mengharap pengusaha-pengusha yang menyumbang duit yang banyak kepada kerajaan negeri membuat pertimbangan sendiri samada menerima pengunjung daripada orang-orang Islam? Apakah pengusaha-pengusaha tersebut akan menggantungkan banner "Arak, judi, rumah urut dll, hanya untuk bukan Islam?"

Apakah YAB akan berkata, ini adalah ujian untuk umat Islam? Apakah YAB akan berkata, kita negeri/negara majmuk?

Kalau itulah ada di dalam kepala otak YAB, apa beza Pakatan Rakyat dengan UMNO/Barisan Nasional?

Saya menjangkakan ramai orang akan memaki hamun saya termasuk sahabat-sahabat dari PAS sendiri. Biarkan orang kata saya jumud. Saya menentang arus. Saya berpolitik sempit. Ada orang berkata, kalau hendak melaksanakan hukum-hakam Islam, menanglah secara bersendirian, jangan menumpang undi dari kaum lain.

Saya akan menjawab, biar saya berada dipihak minoriti tapi dapat menyumbang juga apa yang dikehendaki oleh Islam. Sekurang-kurangnya bersuara, bersuara, bersuara walaupun tidak boleh memerintah negeri.

Ingat wahai YAB, walaupun PAS hanya mempunyai 8 kerusi, tetapi kalau yang 8 itu bebas terbang, YAB akan merudum, tidak sempat hendak sujud syukur

Apa maknanya PAS menang, tapi dengan suara yang ada sedikit walaupun menumpang di dalam Pakatan Rakyat menjadi syaitan bisu.

Bersultan di mata, beraja di hati

Keberanianya sebaris dengan para pejuang menentang komunis. Keghairahannya mengalahkan anak muda. Kepantasannya berbanding usianya yang mencecah 61 tahun menandingi harimau bintang. Kegelojohannya ibarat langau menghadap 'hidangannya'. Keganasannya mengalahkan Bintang-7 ketika zaman darurat dahulu.

Tetapi sayang seribu kali sayang kerana sifat-sifat di atas dilampiaskan di salah tempat. Ternyata iman yang senipis kulit bawang tenggelam di dalam jiwa yang bergelora dengan angan-angan dan fantasi. Ia yang sepatutnya menerima perlindungan tetapi dia yang memusnahkannya.

Di dalam apa jua keadaan, semoga kita tidak BERSULTAN DI MATA, BERAJA DI HATI.
Tepuk dada, tanyalah IMAN.

Selanjutnya sila baca di sini.

7 Wasiat Diamanahkan : Terlaksana?????

7 Wasiat Raja-Raja Melayu yang perlu dihadamkan oleh mana-mana pemerintah yang memerintah Malaysia.

Wasiat itu disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.

Wasiat itu berbunyi [Sumber.]:

  1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
  4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
  5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
  6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
No.1~ Malaysia menggantikan Persekutuan Tanah Melayu. (UMNO yang menggantikan)

No.2 ~ Anda fikir sendiri berapa banyak tanah simpanan melayu yang tinggal. (Tanyalah UMNO)

No.3 ~ Saban tahun Upacara Meletakkan Bunga di Tugu Negara dan menundukkan kepala bertafakur mengingati pemergian para pejuang. (Tanyalah mufti-mufti kewajaran upacara tersebut)

No.4 ~Zaman pemerintahan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir telah meminda perlembagaan, menarik balik 'kekebalan Raja-Raja Melayu. (Kenapa UMNO sanggup buat begitu?)

No.5, Pendaulatan Islam yang hanya berbentuk Syiar seperti pembinaan Masjid, Musabaqah Al-Quran, Bank Islam, Universiti Islam, Pusat Islam dll tetapi Pendaulatan Syariatnya bagaimana? Hukum Hakamnya? Maksiat berleluasa. (Tanyalah UMNO bila Syariatnya hendak didaulatkan)
No.6 ~ Bagaimana dengan PPSMI, 2012 baru nak mansuh? (Tanyalah UMNO kenapa bahasa sendiri jadi begitu)
No.7 ~ Liberalisasi ekonomi ? (Tanyalah UMNO )

Anda fikirlah sendiri samada wasiat tersebut telah dilaksanakan dengan sempurna?

UMNO Perlukan 'Rebranding' : Kata Rosul

Guane orang Terengganu? Orang kuat geng yang nak ke Derih Jusuh, dua kali sudah tulis dalam blog dia pasal UMNO perlu buat 'rebranding'. Benda apanya 'rebranding nih? Dia cadangkan 'rebranding' ni biarlah dari atas-ke bawah, 'top-to-bottom'.

'Rebranding' ni macam tukar 'brand' ke? Dari 'Cap Keris' kepada 'Cap Ayam', gitu?

Kalau nak buat 'branding semula', natijahnya sama saja. Baju yang dah buruk, tukar 'brand' apa pun, orang tahu jugak, baju tu baju 'bundle', buruk dan hapak. Lebih baik tukar baju dari baju 'Cap Ayam' kepada baju yang 'brand'nya tengah popular sekarang.

Berbalik kepada 're-branding', dia cadangkan biarlah semua peringkat, dari Presiden sampai pada Ketua Cawangan. Maksudnya semua pimpinan UMNO peringkat tertinggi termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan yang se'brand' dengannya perlu di're-branding'. Maknanya selama ini pimpinan tertinggi UMNO pakai 'brand' lapoklah ye.

"Dalam usaha memulihkan nama UMNO dan BN perlu ada 'task force' yang bersungguh-sungguh. Bukan cakap berdegar-degar dalam perhimpunan dan perasmian perhimpunan parti sahaja selepas itu lenyap entah kemana...Orang Terengganu kata semangat air lamned...mula-mula penutup botol dibuka gas dan air membuak keluar...lepas beberapa minit...lenyap entah kemana. Harap-harap semangat perjuangan tidak begitu. Kalau begitu...maka malanglah nasib UMNO dan Barisan Nasional," katanya. Baca Sini.

Agaknya, SPRM mengamuk kat Terengganu sekarang pasal nak tukar 'brand' gamaknya.

Thursday, August 6, 2009

Pakatan Rakyat : Ribut atau Gelora Dalam Cawan?????

Jika masing-masing tahu di mana batu sempadannya, di mana garis pemisahnya dan di mana hadnya, semua perkara akan menjadi beres. Yang menjadi masalahnya, sesetengahnya lupa atau buat-buat lupa di mana hadnya, di mana garis pemisahnya dan di mana batu sempadannya.

Setiapa agama terjamin oleh Perlembagaan Negara untuk diamalkan di bumi Malaysia ini. Agama Islam adalah Agama resminya. Taburan penduduk Malaysia telah terbentuk di sesetengah tempat, penduduknya ramai yang berbangsa Melayu yang beragama Islam dan di sesetengah tempat ramai kaum cina dan india.

Mereka hidup dari turun temurun, hormat menghormati di antara satu sama lain dari segi agamanya, budaya dan adat resamnya. Mereka amat arif sensitiviti sesebuah kaum. Umpamanya, bagi bangsa Melayu yang beragama Islam, sesuatu yang berkait rapat dengan segala bentuk maksiat seperti kelab malam, rumah urut yang menjurus kepada pelacuran, penjualan arak, penjudian dan pemeliharaan babi hendaklah dijauhkan.

Yang menjadi masalahnya sesetengah pemimpin ingin menjuarai kaumnya dari segi politik, bertindak melulu tanpa mengambil kira sensitiviti kaum Melayu yang beragama Islam. Umpamanya isu penutupan tempat penyembelihan babi di Kedah dan penjualan arak di 'convenience store' di Shah Alam.

Malang sekali ia berlaku di negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat. Sesekali terfikir jugak, betulke PAS, DAP dan PKR ber'pakat' untuk memerintah sebagai alternatif kepada Barisan Nasional?

Kenapa masih wujud sestengah pemimpinnya tidak mengambilhati sesama pemimpin dalam Pakatan dan demi menjaga sensitiviti umat Islam? DAP Kedah sanggup keluar dari kerajaan Pakatan Rakyat, Ronnie menunjukkan kegopohannya, DAP Pulau Pinang bergeseran dengan PKR?

Adakah sensitiviti itu digalang-ganti dalam bentuk undi di dalam pilihanraya? Kalau DAP dan PKR membuat 'claim', mereka memberi undi kepada PAS, bukankah melayu Islam juga memberi undi kepada DAP dan PKR?

Walaupun ini hanya seperti ribut dalam cawan, tetapi jika tidak dibendung ia akan melarat.

Pengumuman DS Anwar bahawa semua isu yang melibatkan Pakatan Rakyat akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 13hb Ogos." memberi sedikit kelegaan kepada penyokong dan pendokong. [sumber]