Followers

Friday, July 31, 2009

Pemuda UMNO: Banyak Songehnya

Ketua Pemuda UMNO dengan bermacam-macam helah untuk mengelak daripada ber'wacana' dengan Ketua Pemuda PAS.

Khairy mahu jumpa secara empat mata dengan Ketua Pemuda PAS sebelum ber'wacana'. Dia nak tahu apa niat sebenar PAS nak ber'wacana' itu.

Kalau dah banyak sangat songehnya, lebih baik batalkan saja. Lebih baik tumpukan PRK Permatang Pasir agar majoriti melambung naik.

Kalau tidak, UMNO akan gunakan 'wacana' itu sebagai modalnya berkempen di PRK Permatang Pauh.

Kalau betul Khairy nak ber'wacana', tunggu SPR umumkan hari penamaan calon, langsungkan 'wacana' tersebut di sana. mStar.

Ringanlah Beban PETRONAS

Dengan penarikan diri pasukan BMW Sauber Formula One (F1) bermakna Petronas dengan sendirinya 'berhenti' menjadi penaja pasukan tersebut.

Walau pun mungkin mendapat keuntungan yang tidak 'nampak', tetapi sekurang-kurangnya Petronas dapat menjimatkan kantungnya untuk kerja-kerja penyelidikan yang makin mendesak sekarang untuk bersaing dengan syarikat gergasi minyak yang lain.

BMW tidak meneruskan penyertaannya dalam perlumbaan F1 kerana merasakan bajet untuk perlumbaan itu boleh digunakan untuk bidang-bidang lain. Walau bagaimanapun, BMW akan mengekalkan pembabitannya dalam lain-lain bentuk sukan permotoran.

Sebelum ini pasukan F1 Honda menarik diri daripada menyertai perlumbaan F1 musim 2009. [Sumber.]

Inilah.......Yang Ikhlas Berjuang.......Medan Bakti



Besar harapan agar Sahibul Samahah Tok Peti-Tok Peti dengan hati yang ikhlas serta disiplin ilmu yang tinggi tanpa ragu-ragu dan bertindih piawai (double-standard), dengan lidah yang fasih, sudi apalah kiranya memberi sepatah dua kata fatwa tentang aktiviti-aktivi yang akan dilakukan oleh Mamanda dan Bentara-Bentara sekelian apabila tiba HARINYA.

Panjang Angan-Angan Dan Takut Mati

al-brangi :"Panjang angan-angan dan takut mati"

Ajal tidak boleh dipercepatkan atau dilewatkan, sampai masa dan ketikanya, maka menghadaplah ia ke hadapan PenciptaNya.

Jumaat Julai 31, 2009 9 (mStar)

MJ 'tiga kali mati' sebelum meninggal dunia


MICHAEL Jackson dikatakan 'tiga kali mati' sebelum meninggal dunia dan beliau mengatakan pengalaman itu (jantungnya berhenti) adalah sesuatu yang mengembirakan.

Raja pop itu dilaporkan sebelum ini pernah beberapa kali berada dalam keadaan kritikal sebelum beliau meninggal dunia pada 25 Jun.

"Ada tiga kejadian dalam tempoh 18 bulan yang lepas di mana Michael hampir-hampir kehilangan nyawanya... mujurlah doktor dan pengawalnya sempat memberi bantuan," lapor sebuah laman web yang memetik kenyataan sumber.

"Tahun 2008 terdapat dua kejadian yang sama berlaku kepada Michael akibat pengunaan dadah. Sampai satu ketika mereka terpaksa menekan perutnya dan membuat bantuan pernafasan (CPR).

"Selepas doktor berjaya menyedarkan beliau, Michael mengatakan dia sudah mati dan pergi ke 'syurga'.

"Michael kemudian memberitahu ia merupakan pengalaman yang istimewa dalam hidupnya, dapat melihat 'dunia' yang lain dan kemudian kembali semula ke bumi.

"Setiap kali Michael tidak sedarkan diri, jantungnya berhenti berfungsi," lapor sumber itu lagi.

ADUN PAS Permatang Pasir Telah Kembali ke Rahmatullah

Dari Allah dia datang, kepada Allah dia kembali.

AlFatihah kepada Allahyarham Hj.Hamdan b. Abdul Rahman, ADUN PAS Permatang Pasir, Pulau Pinang telah kembali ke Rahmatullah di IJN Kuala Lumpur pagi tadi.

Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh.

Saya mengucapkan Takziah kepada seluruh keluarganya dan diharapkan bersabar menerima ujian ini.

PAS khususnya di Pulau Pinang telah kehilangan sebutir permata yang gigih berjuang menegakkan Islam.

PAS diuji lagi.

Sumber : Blog YB. Khalil Idham Lim.

Thursday, July 30, 2009

Lawat Kelantan: Presiden UMNO Tak Jumpa Tok Guru Ke????

Presiden UMNO akan melawat Kelantan Sabtu ini.

Beliau beliau dijadual merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Baharu di Dewan Putera, Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab dan selepas itu akan menghadiri Majlis Jamuan Rakyat di tempat yang sama. [sumber.]

Kebiasaannya adat bertandang kerumah orang, kita patut berjumpa dengan tuan rumah dan bertanya khabar. Sehat ke?

Bagaimana dengan anak-anak?

Bagaimana dengan persekolahan mereka?

Kalau kita orang kaya, mungkin kita bawak buah tangan kepada tuan rumah dan sebagainya.

Tetapi kalau kita buat jamuan, buat makan-makan, minum-minum dan berbagai lagi di halaman tuan rumah tapi kita tidak bertanya khabar dengan tuan rumah, adakah sopan kita?

SPRM Mengeledah Venturepharm

Sekarang musim SPRM mengamuk. Setelah tercalar dan dilontar dengan berbagai-bagai 'bau' yang amat memualkan, SPRM cuba bangkit dari lamunan.

Cuma diharapkan jangan jadi hangat-hangat tahi ayam dan janganlah pulak pilih memilih di antara bulu ayam dengan bulu angsa, antara daging kambing dengan daging rusa, antara nasi lemak dengan nasi beriani, antara bilis dengan jerung dan antara durian kampong dengan durian 'musang king'.

SPRM telah merampas beberapa fail dan dokumen dari Firma Perubatan Venturepharm Asia Sdn Bhd, yang telah menang bida kontrak bernilai RM19.99 million untuk membina 'pavilion untuk Malaysia di expo 2010 di Shanghai.

Pengarah Firma tersebut, Grace Chen Oyan Yun Shai, telah disoalsiasat pada hari Isnin lalu sekembali dari China untuk membantu siasatan.

Dikhabarkan beberapa pegawai dari Kementerian Pelancongan juga akan disoalsiasat.

Seperti dilaporkan sebelum ini SPRM tidak menolak kemungkinan pegawai kanan kerajaan memberi kerjasama ber'pihak' kepada firma tersebut untuk mendapat kemudahan yang 'luarbiasa' dengan kerajaan.

Venturepharm Asia menjadi terkenal setelah dibawak keperdebatan di Parlimen oleh Wakil Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong bulan lepas. Beliau membawa isu ini, bagaimana Firma yang dikuasai oleh orang Taiwan boleh mendapat jaringan politik 'luarbiasa' untuk mendapat kontrak dari kerajaan.

Walau bagaimanapun, Menteri Pelancongan Dr Ng Yen Yen menafikan tiada jaringan politik berlaku dan kontrak hanya dianugerahkan dalam tender terbuka dan semuanya adalah di dalam keadaan telus.

Beliau berkata tender pertama telah dibatalakan kerana salah menggunakan 'kepala klasifikasi' yang tidak sesuai dengan expo dan tender kedua di iklankan di akhbar tanpa meng'caj'kan bayaran penyertaan kedua.

Anak syarikat Venturepharm iaitu Dora Worldwide Sdn Bhd yang dikuasai Chin Fook Kwon, anak kepada Grace telah memenangi bida tersebut untuk mengurus 'tapak Pelancongan Malaysia'.

Venturepharm juga telah menerima 'grant' jutaan ringgit dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam tahun 2008 untuk 'bio-feed project' tetapi telah dibekukan kerana sedang di'terjah' oleh SPRM.

Grace Chen juga adalah pengerusi Daley PR, yang telah menang kontrak dari Kementerian Pelancongan untuk mempromosi Malaysia di China. [sumber.]

Yuran UiTM : Sepatutnya Dah Lama Pelajar Miskin Dikecualikan

al-brangi :

Sangat-sangat menyokongnya. Bahkan sepatutnya dah lama dilaksanakan selari dengan semangat 'kemelayuan' UMNO yang berapi-api sehingga terhunusnya keris setiap kali UMNO hilang 'pertimbangan'.

Jangan nanti bila dah Pakatan Rakyat dah menang di PRU13 nanti, macam-macam di ungkit.

Sila baca di bawah:

SHAH ALAM - Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) memohon supaya pihak pengurusan universiti itu menimbang kemungkinan untuk mengecualikan yuran pengajian buat pelajar-pelajar yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed berkata, dua kategori pelajar yang dirasakan perlu mendapat pengecualian itu ialah kalangan mereka yang tinggal di bandar dengan pendapatan keluarga kurang daripada RM3,000 sebulan, serta mereka yang tinggal di kawasan luar bandar dan ibu bapa berpendapatan bawah RM1,500.

Beliau berkata, pelajar yang layak juga perlu diambil kira berdasarkan bilangan tiga orang adik-beradik mereka yang masih bersekolah.

"Kami memandang serius isu kebajikan serta usaha yang memberi manfaat kepada pelajar yang masih menuntut di UiTM di samping memastikan UiTM terus relevan dalam melahirkan graduan yang berkualiti seiring dengan kuantiti," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof. Ibrahim Abu Shah di sini semalam.

Katanya, pengecualian yuran itu dirasakan perlu selaras dengan kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.

Sementara itu, Mohd. Zin berkata, Persatuan Alumni UiTM sedang merancang untuk menubuhkan Pusat Perkhidmatan dan Kemahiran Alumni UiTM di setiap negeri.

Beliau berkata, menerusi pusat itu, pihaknya akan berusaha menyediakan kelas Bahasa Inggeris, pusat latihan serta kepimpinan, bimbingan kerohanian dan latihan kemahiran kepada mereka yang tercicir dari sekolah dengan mengenakan caj minimum. - Bernama

8 Buah Pusat Judi, Hiburan dan SPA Tiap-Tiap Hari Di Selangor?????

Bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo, semenjak kena gantung dari Dewan Negeri Selangor sekarang menjadi 'telinga' dan 'mata' kerajaan Pakatan Rakyat tanpa gaji.

Saban hari beliau akan menyalak di atas apa-apa kesilapan Pakatan Rakyat kononnya.

Beliau kononnya ingin menggemparkan 1Malaysia kononnya, wujud lebih 4,000 tempat judi, hiburan dan spa beroperasi secara haram sejak pakatan pembangkang memerintah negeri itu.

Dan yang paling tidak bertanggungjawab ialah fitnahnya. Khir berkata, ‘‘Saya yakin kewujudan banyak pusat seperti ini di Selangor kerana ada ahli politik bertindak sebagai pelindung kepada kumpulan-kumpulan kongsi gelap memandangkan semasa kerajaan Barisan Nasional (BN), lesen untuk pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700.

‘‘Secara rasmi memang lesen pusat-pusat tersebut tidak dikeluarkan lagi tetapi kalau kita lihat pusat judi, hiburan dan spa tumbuh macam cendawan di Selangor, saya percaya kesemuanya dibuka secara haram,” dakwanya. [sumber.]

Apabila dia menyalak, media tunggangannya pun turut menyalak.

Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan daripada beliau bermula daripada 8 Mac 2008 sehingga sekarang 30 Julai 2009 adalah lebih kurang 509 hari.

Ini bermakna dalam SETIAP HARI atau dalam perkataan lain HARI-HARI wujud lebih kurang 8 buah pusat judi, hiburan dan SPA di Selangor.

Logik ke wahai Khir?????

Saya amat berharap lebih baik beliau pergi masuk kelas tuition matematik sebelum PRU13.

Wednesday, July 29, 2009

Liberalisasi Ekonomi: Firma Hong Kong Menguasai 31% BERNAS

al-brangi :

Liberalisasi ekonomi. Dunia tanpa sempadan.
Nasi makanan ruji Malaysia.
Bila agaknya roti akan menjadi makanan ruji Malaysia?
Agaknya apabila Firma Hong Kong menguasai lebih daripada 31 % saham BERNAS.

Penguasaan pelabur tempatan dalam syarikat beras negara merosot

KUALA LUMPUR: Firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd, kini muncul pemegang saham tunggal terbesar dalam syarikat strategik pembekalan beras negara, Padiberas Nasional Bhd (Bernas).

Berdasarkan pengumuman urus niaga pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia, kelmarin, Wang Tak menguasai 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas.

Peratusan itu mengatasi pemegang saham tunggal terbesar Bernas sebelum ini, iaitu Budaya Generasi (M) Sdn Bhd yang hanya menguasai 144.83 juta saham atau 30.79 peratus.

Penguasaan langsung Serba Etika Sdn Bhd, iaitu pemegang saham ketiga terbesar Bernas, pula susut daripada 29.829 juta saham atau 6.39 peratus pada 22 April lalu kepada 28.329 saham atau 6.02 peratus ketika ini.

Pada masa sama, penguasaan langsung pemegang saham keempat terbesar Bernas, Lembaga Tabung Haji, susut daripada 29.337 juta saham atau 6.24 peratus pada 22 April lalu kepada 28.726 juta saham atau 6.11 peratus ketika ini.

Bagaimanapun, ahli perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, dipercayai masih menguasai pegangan majoriti Bernas, iaitu 36.81 peratus menerusi Budaya Generasi dan Serba Etika.

Bernas, iaitu syarikat strategik yang memonopoli aktiviti pengimportan dan pembekalan beras di negara ini, ditubuhkan pada 1994 berikutan pengkorporatan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada Ogos 1997.

Penubuhan Bernas adalah untuk meningkatkan kecekapan dalam pemprosesan dan pemasaran beras dalam negara.

Menerusi penubuhan Bernas, beberapa kaedah diperkenalkan termasuk sistem pukal, pengwujudan pusat belian dan gudang beras serta pemasangan tambahan mesin pembersihan dan pembungkusan beras di beberapa kompleks miliknya.

Difahamkan, kumpulan Wang Tak membeli saham Bernas di pasaran terbuka secara berperingkat sehingga pemilikannya dalam syarikat itu meningkat daripada antara empat dan lima peratus pada 2003 kepada melebihi 30 peratus sekarang.

Wang Tak dimiliki kumpulan Lee Hing Development Ltd, iaitu sebuah syarikat pegangan pelaburan Hong Kong. Pengarah Eksekutif IGB Corporation Bhd, Tan Boon Seng adalah Pengerusi dan Pengarah Urusannya.

Sementara itu, Ahli Ekonomi Kanan Bank Islam Malaysia Bhd, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, ketika dihubungi Berita Harian semalam berkata walaupun syarikat Hong Kong itu dikategorikan sebagai pelabur pasif dalam Bernas, namun sebagai syarikat pelaburan sudah tentu hasratnya adalah untuk menjana keuntungan.

Felo Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Muhammad Salleh Majid, pula berkata aktiviti jual beli saham Bernas wajar diberi perhatian, terutama berhubung urus niaga pemegang saham utamanya bagi mengelak syarikat strategik itu dikuasai pelabur asing,

"Pemegang saham utama tempatan dalam Bernas seharusnya tidak menjual saham di pasaran terbuka. Adalah lebih baik ia dilaksanakan di luar pasaran, iaitu menerusi rundingan jual beli dengan pelabur tempatan," katanya.

Menurut bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur itu, jika mana-mana pemegang saham tunggal syarikat itu meningkatkan pegangan melebihi 33 peratus, maka ia boleh membuat tawaran am mandatori (MGO) untuk membeli keseluruhan pegangan dalam syarikat berkenaan. [BeritaHarian.]

Semuanya Dalam Misteri

DNA yang misteri selari dengan kematiannya yang misteri. Diharap zahirlah yang mana benar itu benar dan yang palsu itu palsu.

Semoga kematiannya menjadi yang terakhir semasa dalam soal-siasat di SPRM.

Selepas ini diharapkan tiada lagi apa-apa misteri yang menyelubungi SPRM dan Pakatan Rakyat.

Sila baca di bawah:

SHAH ALAM: Inkues berhubung kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik seorang ahli exco Selangor, diberitahu hari ini bahawa satu sampel DNA milik seorang lelaki yang tidak dikenali telah ditemui di bahagian belakang kot dan tali pinggang Teoh.

Peguambela dan peguamcara, Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan ketika prosiding inkues di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas berkata, laporan DNA pertama daripada spesimen yang diambil di bahagian luar kot yang dipakai Teoh mendapati terdapat campuran DNA daripada dua individu iaitu yang menyamai spesimen darah Teoh dan seorang lelaki yang tidak diketahui.

Sementara itu, satu lagi profil DNA daripada spesimen yang diambil daripada bahagian tali pinggang Teoh yang terkoyak mendapati terdapat campuran DNA yang menyamai spesimen darah Teoh dan sekurang-kurangnya seorang lagi lelaki yang tidak diketahui.

Tan berkata, seramai 102 orang telah diuji bagi menentukan sama ada DNA mereka menyamai DNA lelaki yang tidak diketahui itu.

"Saya diberitahu oleh ahli kimia bahawa keputusan ujian 90 orang telah pun siap dan ujian bagi 12 lagi individu lelaki akan dijalankan.

"Saya juga diberitahu oleh pegawai penyiasat, dua orang enggan memberikan spesimen contoh DNA mereka," katanya. Gobind Singh Deo yang bertindak sebagai peguam mewakili keluarga Teoh kemudiannya meminta pihak pendakwaan supaya memaklumkan kepada mereka sama ada terdapat sampel DNA daripada 90 individu itu yang sepadan dengan DNA lelaki yang tidak diketahui tersebut.

"Inilah salah satu sebab mengapa pihak mahkamah perlu menangguhkan prosiding ini bagi menunggu keputusan penuh laporan DNA," katanya.

Tan kemudiannya menjawab: "Sama ada terdapat padanan DNA daripada 90 individu ini dengan DNA yang tidak diketahui itu, perkara ini adalah lebih baik diberitahu sendiri oleh pakar kimia nanti."

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati terjatuh dari bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini, 16 Julai lalu selepas dia dipanggil memberi keterangan dalam siasatan penyalahgunaan wang kerajaan Selangor. {Sumber: mStar]

Permainan Politik Yang Amat Dasyat

PKR telah diuji di Permatang Pauh, Bukit Selambau, Batang Ai dan Penanti. Mereka lulus ujian dengan 3-1. Walaupun mereka kehilangan 2 ekor katak yang melompat keluar tetapi mereka dapat pengganti yang amat berpengaruh serta membawa ribuan pengikut. Zaid Ibrahim, Chua Jui Meng dan S.S. Subramaniam adalah tokoh politik yang akan mewarnai lanskap politik Malaysia.

PAS turut diuji di Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Manik Urai. Mereka juga lulus dengan bergaya sekali mencatat skor 3-0. Pada satu ketika PAS kelihatan seperti akan berpecah akibat manipulasi media pro UMNO berkaitan dengan gagasan Kerajaan Perpaduan. Tetapi berkat ikatan ukhwah sesama ahli dan pimpinan PAS berjaya melepasi karenah dan mehnah itu. Kedah juga berkocak buat seketika, tetapi Ust. Azizan dapat bertahan.

Sekarang giliran DAP pula diuji. DAP dihimpit kiri-kanan, depan-belakang dan atas-bawah. Kampong Buah Pala yang hanya terkenal sebagai 'High Chaparral' sekarang menjadi mainan media pro UMNO. Kerja buat kerajaan Gerakan dahulu menyusahkan kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Lim Guan Eng. Di Selangor, DAP menerima serangan bertalu-talu, amat dasyat permainan politik di sana.

Dapatkah Kerajaan Pakatan Rakyat bertahan sehingga PRU13?????

Penyerapan JUSA ~ GLC : Menyemarakkan Lagi Perkhidmatan Awam?????

Selaras dengan modenisasi dan pembaharuan struktural dalam perkhidmatan awam maka proses saling penyerapan di antara sektor awam dan swasta akan direalisasikan pada 1 September bermula dengan 20 orang pegawai kerajaan daripada jawatan-jawatan utama sektor awam dan syarikat milik kerajaan (GLC) selain perkhidmatan tadbir dan diplomatik.[sumber.]

Sekali dengar, semacam enak dan cantik perjalanan ceritanya.

Tunggulah siapa yang akan menangis dan siapa yang akan kenduri 'santan durian'.

Tuesday, July 28, 2009

PAS : Mampu Bertahan?????

UMNO telah lama me'negara'kan parti dan mem'parti'kan negara. Mereka sudah lama dengan lagak turun temurun dari British, menyakini UMNO itu Malaysia dan Malaysia itu UMNO. Mereka siang malam ber'zikir', UMNO itu melayu dan melayu itu UMNO.

Tidak menghairankan kalau instrumen negara di'randuk' dengan sesuka hati. Instrumen negara di'bulldozed' sesedap rasa.

Kerajaan Perpaduan telah 'padam' dan baru saja di'talqin'kan.
Sebarang bentuk 'cakap-cakap' di antara PAS dengan UMNO, samada dalam bentuk 'wacana ilmiah' ke, dalam bentuk perjumpaan di antara pimpinan peringkat tertinggi ke, muqobalah ke, muzakarah ke atau yang paling terkini kerjasama di atas dasar negeri berpesekutuan di antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Kerajaan Pusat ke, semuanya sama sahaja, mereka akan gunakan 'cakap-cakap' itu untuk memutarbelitkan keadaan.

Sekarang PAS sedang bertahan, bertahan dan bertahan dan asyik membuat penafian. UMNO makin menyerang, menyerang dan menyerang. Di dada-dada akhbar, di corong-corong radio dan di TV asyik 'menembak' PAS.

PAS terpaksa bertahan kerana 'penyakit' yang dicari sendiri.

Seluruh ahli PAS amat faham segala 'sepak terajang' pimpinan, tetapi yang menjadi masalahnya, adalah penyokong di atas pagar. Mereka hanya ber'kitab'kan akhbar.
Apa yang yang disogokkan oleh media pro UMNO akan diterima bulat-bulat.

Mampukah PAS bertahan selama-lamanya?????

Jangan Suka Acah-Acah

Ada orang suka menarik perhatian orang ramai dengan berbagai-bagai cara.
  • Ada yang suka mengacah meletak jawatan dengan mengharapkan orang ramai akan merayu kepadanya agar menarik balik perletakkannya.
  • Ada yang saja-saja 'tembak' ada orang lain yang akan 'mengguling'nya untuk 'merampas' jawatannya, semata-mata hendak menguji kesetiaan ahli-ahli yang lain.
  • Ada yang suka mengada-adakan cerita kononnya ada sesetengah ahli megumpat dibelakangnya dengan berkata begini, begitu dan sebagainya.
  • Dan yang paling parah apabila dengan sesedap hati mereka-reka cerita ada orang mengugut nyawanya terancam. Jikalau benar, kenapa tidak buat laporan polis, sehingga ada orang lain tolong membuat laporan polis. NST.

Monday, July 27, 2009

SPRM Tersebar di Munyonyo

Dalam Dialog Perkongsian Pintar Global di Munyonyo, Uganda, Presidennya Yoweri Museveni mintak Malaysia beri bantuan tangani masalah rasuah di negaranya. Beliau amat bimbang, kerana negara yang berjiran dengannya pun punyai masalah yang sama.

Muhyiddin pun berkongsilah pengalaman Malaysia yang mempunyai SPRM. [Sumber.]

Saya khuatir samada Muhyiddin ada cerita pasal misteri kematian kematian TBH kepada yoweri Museveni.

Berita tentang Bekas Pengarah Jabatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Ramli Yussof hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu daripada tuduhan salahguna kuasa pun mungkin tidak sempat nak beritau. Utusan.

Berita tentang Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab dibebaskan daripada tuduhan menerima rasuah dalam bentuk perubatan pergigian sebanyak RM13,869, empat tahun yang lalu mungkin tidak mendapat minat dari Presiden Uganda tersebut, kerana orang-orang Afrika terkenal dengan gigi yang kuat. theSun.

Mahathir : Ultra Yang Lemah

Saya tidak baca apa yang Mahathir tulis dalam blognya yang bertajuk 'Kaki Dalam Kasut' sehingga ramai orang berkata beliau 'racist'.

Sebelum beliau jadi Perdana Menteri dulu pun, Lee Kuan Yew mengatakan beliau 'Ultra Malay'.

Mahathir semacam mengaku apabila berkata, "Kalau sesiapa hendak kata saya rasis, mereka ada hak. Tetapi saya berpendapat mereka juga rasis. Saya sudah lama dicap sebagai rasis, sebelum jadi perdana menteri saya dikenali sebagai Pelampau Melayu dan apabila saya menjadi perdana menteri, saya dapati kaum lain tidak bising dengan apa yang saya lakukan." [sumber.]

Bagi saya samada beliau di'cop'kan sebagai 'ultra-malay' atau 'racist', tidak membawa apa-apa makna. Segala tindak-tanduknya nampak tidak mengguntungkan melayu atau Islam.

Projek kesayangannya seperti PPSMI, banyak menyusahkan kaum melayu dan kaum-kaum yang lain. Bangunan Daya Bumi dan KLCC hanya menjadi lambang kemegahan sedangkan prioriti pembangunan sepatutnya di luar bandar seperti Manik Urai dan pendalaman Sabah dan Sarawak.

Beliau masih bercakap 'melebehi' apa yang sepatutnya beliau bercakap kerana ingin menarik perhatian ramai dengan harapan orang ramai akan mengingatinya sebagai Perdana Menteri terbaik mengalahkan Pak Lah, Najib dan yang sebelum daripada ini. Apabila orang ramai nampak dia sebagai hebat dan pembela bangsa melayu, maka orang ramai akan mula melupai 'dosa-dosa'nya yang lalu terutama perangainya yang selalu mempersenda dan meng'hina' Islam.

Sesaorang negarawan yang ulung, sesaorang itu tidak perlu mencampuri lagi urusan pentadbiran 'anak-buahnya'.

Zaman beliau berada di arus perdana telah berlalu. Seharusnya segala 'quality time' yang ada digunakan untuk merapatkan diri dengan Yang Maha Pencipta.

Sekarang dia merasa 'ujub' atau hairan diri kerana jutaan pengunjung ke blognya dan ribuan komentar diberi. Masih ada lagi beberapa institusi menjemputnya memberi 'talk' dalam dan luar negeri.

UMNO : Politik 'Ah long'

UMNO amat terdesak untuk merampas semula Negeri Selangor dalam PRU13 nanti, bukan setakat Negeri Selangor, bahkan di negeri-negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Merampas secara sitematik dan bermaruah, amat dialu-alukan. Sama-samalah kita 'memperdagang'kan 'barangan' kita kepada rakyat. Biar rakyat menentukan 'barangan' siapa yang elok.

Tetapi apa yang UMNO lakukan ialah ber'dagang secara 'ah long'. Gerak kerja mereka 'menyimbah' cat di beberapa 'muka' ADUN-ADUN DAP amat memalukan.

Kita tidak boleh salahkan mereka, sebagai 'ah long', mereka tiada 'muka'. Sama seperti tembok batu-bata yang tebal. 'Ah long' juga tiada berhati perut. Mereka yang tiada berhati perut akan mengeluarkan sisa 'toksid' yang amat memualkan.

Kita patut puji Ketua Penerangan mereka yang menyusun satu gerak kerja yang tersusun di mana masih belum terlewat untuk Pakatan Rakyat Selangor mengatur gerak kerja yang boleh menangkis serangan mereka. Baca sini.

Jangan kita asyik menyalahkan lantai yang menyumbangkan tarian, kenapa kita tidak menari mengikut keadaan lantai yang seadanya?

Kelantan Akan Dapat Royalti Minyak?????

Kelantan akan dapat royalti minyak tertunggak semenjak tahun 2004 sebanyak RM1 billion?????

Ku Li amat bersetuju dengan royalti tersebut. Bah beliau berkata, jika beliau masih menjadi Pengerusi Petronas, beliau akan bayar tanpa banyak karenah. theMalaysianInsider.

Dijangka Pusat akan membayarnya tanpa ragu-ragu kerana Nik Aziz telah menghulurkan salam ukhwah kepada Pusat. Baca sini.

Sunday, July 26, 2009

Rosmah Mansur : Gadis Malaysia 'Buta Jenayah' ?????

Isteri PM, menggesa generasi muda, terutama gadis, tidak hanya celik teknologi maklumat tetapi juga ‘celik jenayah’.

Celik Jenayah?????

Apa itu Celik Jenayah?????

Beliau lancar B2R

Apa itu B2R?????

B2R ialah Banteras Ragut dan Rogol.

Beliau juga berkata golongan muda sering dikatakan bersikap ‘tidak peduli’ biarpun jenayah berlaku di depan mata.

Betul ke rakyat tak peduli jenayah depan mata?????. Sila baca di sini .

UMNO Mendapat Boya

UMNO dapat bernafas semula setelah Nik Aziz mencampakkan boya kepadanya. TPM, Hishamuddin, Zahid, Chua Soi Lek, Subramaniam dan yang sekaum dengannya semua menarik nafas lega.

Kerjasama PAS ~ UMNO: Fatwa Sudah Berubah?????

UMNO amat bergembira dengan kenyataan TG Nik Aziz yang ingin yang bersedia untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri di bawah PAS dengan kerajaan pusat dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Apa bezanya Kerajaan Perpaduan dengan kerja berbaik-baik dengan UMNO?

Boleh dikatakan macam 'dunia' telah gerhana matahari pasal hal Kerajaan Perpaduan dan Ustaz Nasha dihentam kiri-kanan, depan-belakang dan atas-bawah oleh ahli PAS.

Suatu masa dahulu Ustaz Nasha nyaris di'halau' dari PAS jika masih ingin mendekati UMNO.

Sesetengah ahli PAS tidak melayan TG Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS dan Ustaz Nasha sebagai Timbalan Presiden PAS dan berlarutan hingga ke PRK Manik Urai.

Ahli PAS bertelagah sesama sendiri. Orang awam lagi binggung. Pengundi atas pagar lagi pening.

Keputusan PRK Manik Urai menceritakan segala-galanya.

Apakah sekarang sudah berubah 'fatwa'.

Saturday, July 25, 2009

Berbondong-bondong Tinggalkan Barisan Nasional

Mula-mula Datuk Zaid Ibrahim, lepas itu diikuti Datuk Chua Jui Meng dan baru genap seminggu bekas Naib Presiden MCA itu keluar daripada MCA dan masuk PKR, kini giliran bekas Naib Presiden MIC, Datuk S.S.Subramaniam pula mengikut jejak langkahnya.

Apa yang menarik hati saya ialah kata-katanya semasa mengumumkan beliau keluar dari MIC dan masuk PKR ialah, "Saya menyertai PKR bukan kerana jawatan, saya sudah rasai jawatan yang secukupnya... saya bukan sertai kerana wang, saya ada wang secukupnya tapi saya sertai kerana suasana politik semasa." mStar.

Siapa pula selepas ini?

'Orang Gerakan' bila lagi?

Ku Li pun, kenapa tunggu lama sangat nak buat keputusan?

Ini menunjukkan Pakatan Rakyat mempunyai masa depan yang cerah untuk menggantikan Barisan Nasional yang dari sehari ke sehari di tolak oleh rakyat yang cintakan keadilan

UMNO Dalam Desprado


Muhyiddin meramalkan jika UMNO tidak buat perubahan yang drastik, UMNO akan berkubur dalam masa 2 tahun saja lagi.

2 tahun lagi Pilihanraya Umum Ke13 akan berlangsung, ini bermakna jika pemimpin di semua peringkat tidak melakukan perubahan, Umno hanya tinggal sebagai sejarah.

Itulah nada tenat, nada hampa, nada seorang desprado seorang pimpinan tertinggi UMNO sendiri. [Sumber.]

Apa bentuk perubahan yang drastik, hanya beliau sendiri yang tahu. Umum amat faham dengan perangai UMNO, bila tersepit mereka akan memangsakan semua musuhnya.

Operasi lalang menceritakan segala-galanya.

Mereka juga akan menunggang semua instrumen Kerajaan untuk faedahnya.

Semua cendikiawan universiti, 'burung-burung tiong emas', SPR, SPRM, semua media dll akan melindungi mereka.

Saya tidak nampak semua pemimpin tertinggi dan bawahan UMNO akan mengubah cara hidup dari gaya elit ke gaya hdup orang marhaen dalam masa 2 tahun. Masa 2 tahun, adalah terlalu singkat untuk sesaorang mengubah gaya hidup mereka, melainkan mereka mengambil Al-Quran sebagai pegangan hidup dan menterjemahkan dalam kehidupan seharian dan dalam pentadbiran Kerajaan.

Saya tidak nampak UMNO akan dapat menaikkan semula kewibawaan sistem kehakiman, kepolisian dan SPRM dalam masa sesingkat 2 tahun.

Yang sebanarnya UMNO sedang dalam desprado sekarang. 'Anything can happen'.

Misteri Sebuah Blog

Semasa kes tuduhan liwat DS Anwar dulu, tilam amat penting kerana ia menjadi saksi utama.

Semasa PRK Manik Urai baru-baru ini, tilam juga menjadi subjek utama. 5000 buah tilam yang digunakan oleh polis yang bertugas mengawal Manik Urai dilelong dengan harga RM10 kepada orang kampong. Apalah salahnya tilam itu dihadiahkan kepada orang-orang kampong yang dikatakan miskin oleh UMNO, oh mungkin sebab UMNO kalah dalam PRK tersebut kot. Bernama .

Sekarang cerita tilam sudah tidak popular lagi, tapi cerita wujudnya satu blog secara tiba-tiba. Ia wujud secara mendadak. Yang peliknya kenapa blog ini tidak melaporkan awal-awal lagi kepada pihak berkuasa? Kenapa setelah berlaku satu kes yang amat tragis, maka cerita-cerita seperti ini wujud secara 'instant'. Blog ini seolah-olah tahu luar dan dalam apa sebenarnya berlaku.

'Blogger' ini akan menjadi terkenal apabila Suruhanjaya Di Raja bersidang nanti.

Amat pelikkan cerita dalam blog ini.

UMNO hanya berbangga kuantiti Masjid

Adalah orang besar KAGAT yang sekarang sudah jadi Menteri yang jaga Agama mengeluh pasal ada masjid kaya lupa tanggungjawab sosial hasil sumbangan orang ramai atau institusi tertentu tetapi sebaliknya berbangga mempunyai simpanan beku di bank-bank.

Saya rasa inilah modal 'air-liur'nya semasa dia jadi penceramah bebas sewaktu masa dahulu. theMalaysianInsider.

UMNO berbangga membina ratusan Masjid di Kelantan dan ribuan Masjid di seluruh negara. Apabila membina masjid semata-mata bertujuan untuk mensyiarnya sahaja tetapi menolak syariatnya, maka inilah yang terjadi.

Menteri yang jaga Agama itu juga menyarankan, "Program yang dilaksanakan tidak hanya perlu menumpukan kepada yang berteraskan keagamaan tetapi perlu juga merangkumi program yang mempunyai nilai keduniaan,".

Inilah hasil pemikiran sekular. Mana mungkin program yang mempunyai nilai keduniaan dipisahkan dengan program keagamaan. Bukankah dunia itu jambatan ke akhirat? Bukankah hal-hal dunia di kawal oleh akhirat (syariat)?

Bagaimana dana masjid hendak digunakan sedangkan banyak kekangan dari UMNO. Program keilmuan disekat. Kebebasan menyampaikan khutbah dibendung sehingga wujud teks khutbah yang 'lapuk' sehingga remaja merasakan keintelektualan mereka disekat, sehingga membuat warga mas tertidur 'khusyuk' mendengar khutbah yang teksnya disediakan oleh 'pakar-pakar' dari jabatan agama selain daripada negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

UMNO hanya berbangga kuanti masjid. Bagaimana kualitinya? Mengimarahnya tanggunjawab siapa?

Friday, July 24, 2009

Kelebihan Negeri 'Serambi Mekah'


Baru pulang dari Negeri 'Serambi Mekah'. Perubahan yang jelas ketara ialah Pasar Siti Khadijah dan Pasar Malam Wakaf Che Yeh sudah bertambah bersih walaupun masih ada ruang untuk mempertingkatkan kebersihannya.

Saya amat yakin rakyatnya amat sayang kepada negeri mereka, sehingga ada yang melabelkan rakyatnya sebagai kuat semangat kenegeriannya. Saya amat sokong 'tag' tersebut dari sudut positifnya. Saya rasa jika kempen kesedaran berkaitan dengan menjaga kebersihan, negeri Kelantan lebih mendahului daripada negeri-negeri lain.

Dalam politik mereka menggunakan semangat kenegerian mereka untuk memilih pemimpin yang boleh memandu mereka ke arah yang diredhai oleh Allah dunia dan akhirat walaupun calon tersebut berasal dari luar.

Pengamatan saya secara rambang semasa mengunjungi Pasar Malam Wakaf Che Yeh selama dua malam berturut-turut, saya dapati pengunjung daripada negeri lain (berdasarkan slang percakapan mereka) amat kurang kesedaran sivik mereka kerana membuang kulit rambutan dan puting rokok di tepi-tepi jalan walaupun tong sampah disediakan.

Satu lagi kelebihan dan kekuatan peniaga-peniaga negeri ini, mereka dengan senyum menarik, peramah dan tak lekang mengamalkan akad jual beli. Perkataan-perkataan seperti, "Raso jo, tak beli tak apo." "Jual deh". (Rasa saja, tak beli tak mengapa. Saya jual ya. Kekika membeli sambal serunding).

Saoal timbangan dalam jualan sangat-sangat dititik-beratkan dalam Islam. Semasa singgah di Gua Musang untuk membeli buah dokong (RM5.00/2kilogram), saya membantu Mak Cik penjual di tepi jalan untuk memilih buah yang elok-elok sambil tolong menimbang. Bacaannya ialah 2.2 kilogram. Mak Cik tu berkata, "2 kelo untuk anok, hok lebih untuk Mak Cik" (2 kilogram untuk anak, yang selebihnya untuk Mak Cik). Saya menghulurkan wang kertas RM10 dan dia memulang duit RM5.00. Saya berkata, "Lebih ni Mak Cik."
Dia menjawab, "2 kilogram untuk anak, yang selebihnya untuk Mak Cik.". Dia bermaksud mensedekahkan 200 gram untuk dia mendapat pahala.

Adakah fenomena ini kedapatan di Kuala Lumpur atau negeri-negeri lain?

Shahidan Mula Tunjuk Taring

Semalam Adun Sanglang memuji Menteri Besar Perlis dan menyatakan boleh bekerjasama di bawah pentadbirannya.

Hari ini mantan Menteri Besar mengkritik hari ini secara terbuka kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu yang didakwa dibayangi pihak tertentu dalam mentadbir kerajaan negeri.

Beliau tidak menamakan sesiapa tetapi dipercayai ia ditujukan kepada Penasihat Menteri Besar, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kangar. [ Sumber.]

Biasalah tu. Apabila kuasa tiada di tangan kita, apabila segala 'keseronokkan' berkuasa tiada ditangan kita, apabila semua keseronokkan hilang di tangan kita maka kita mulalah mencari kelemahan 'rakan' malah yang sekapal dengan kita.

Inilah yang dikatakan mencari publisiti murahan agar pimpinan tertinggi akan mendengar kita, agar rakyat mendengar kita.

Inilah perangai orang UMNO. Che Det pun samalah perangainya. Dulu mengkritik Pak Lah, sekarang giliran Najib pula.

UMNO Membudaya Sindrom Lesu, Malas Berfikir

Timbalan Presiden UMNO mahu masyarakat Malaysia membuang sindrom kelesuan, kemalasan dan kelemahan berfikir dengan memperluaskan penghayatan budaya berfikir. Tambahnya, sekiranya rakyat lesu daya fikir dan lemah kekuatan minda serta terus khayal dengan aktiviti-aktiviti yang melekakan, akhirnya masyarakat akan ketandusan jiwa. Beliau mahu masyarakat dijana supaya berbudaya fikir tinggi dengan kecenderungan untuk membuat kajian, melakukan penganalisaan, menerbitkan karya ilmiah berkualiti, menggemari wacana ilmiah dan menghargai golongan ilmuwan. [ Sumber.]

al-brangi : Masalahnya minda masyarakat telah di bekukan oleh UMNO/BN sendiri. UMNO membudayakan budaya ugut, samseng, kongkongan ISA, kronisme, nepotisme sehingga masyarakat menjadi bisu, rakyat menjadi layu, rakyat menjadi burung nuri yang menerima segala apa yang disogok oleh media perdana serta apa yang dihamburkan oleh UMNO.

Sebahagian penjawat awam yang memegang kedudukan tertinggi dalam beberapa sektor perkhidmatan menjadi pak turut, menghadam apa saja yang disogokkan oleh UMNO/BN. Mereka telah membakul-sampahkan ketinggian keintelektualannya, mereka telah melacurkan maruahnya semata-mata ingin mengekalkan kerusi empuknya kerana enggan mengambil risiko setelah berada di zon yang selesa.

Para mahasiswa menjadi lesu, akibat dikekang dengan AUKU. Fikiran menjadi lemah, ketajaman mencerna sesuatu isu menjadi tumpul kerana mereka tidak dapat membebaskan diri daripada cenkaman AUKU.

Orang awam menjadi cemas dengan ugutan tidak menberi bantuan. Program pembangunan dilaksanakan secara 'double-standard' yang penuh syarat-syaratnya.

Selagi rakyat Malaysia tidak ingin membebaskan diri mereka daripada belenggu, cengkaman serta ugutan UMNO/BN, selagi itulah UMNO akan dapat meneruskan kerja-kerja 'nakal'nya melacurkan segala ketajaman minda, keintelektualan dan maruah para akademik, penjawat awam, mahasiswa, instrumen Kerajaan serta rakyat jelata.

Wednesday, July 22, 2009

Ismail Kijo Anti 1Malaysia ~ Mirip-Mirip Perkauman

Umno Ampang division chief Datuk Ismail Kijo telling the media why he and his members decided to protest. - Pictures by Choo Choy May

Lebih kurang 50 ahli UMNO Ampang diketuai oleh Datuk Ismail Kijo telah menunjuk perasaan di kawasan parkir bersebelahan dengan pasaraya Ampang Point lewat tengahari tadi.

Mereka ini adalah puak yang terang-terang menzahirkan diri mereka sebagai pelampau yang masih lagi mengamalkan sifat-sifat perkauman. Mereka menyokong SPRM semata-mata kerana yang mati itu adalah 'orang' DAP.

Mereka ini adalah puak yang jahil isu dan tidak mengikuti perkembangan.

Desakan Pakatan Rakyat, serta MCA, Gerakan dan beberapa orang menteri kabinet, bukan ingin menggangu-gugat kerja-kerja penyiasatan SPRM, tetapi kerana menginsafi kewajaran penubuhan Surahanjaya Di Raja untuk menyiasat kematian Setpol Exco Pakatan Rakyat Selangor yang meninggal dunia dari Pejabat SPRM dan dijumpai mayatnya di atas bumbung.

Jelas puak-puak Ismail Kijo ini ingin mencari publisiti murahan, mungkin mereka menjangkakan Kabinet tidak bersetuju dengan penubuhan Suruhanjaya itu, rupa-rupanya Kabinet dengan penuh 'murah-hati' bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Di Raja.

Bagaimana dangkal dan berniat jahatnya puak-puak Ismail Kijo ini menuduh dengan nakal sekali dan menggesa, 'jangan jadikan Malaysia ini negara Republik'. Mereka juga mengutuk bahawa DAP, PAS, PKR telah berperangsangka-buruk dan menjadikan SPRM sebagai mangsa dan juga Pakatan Rakyat telah menjadikan isu kematian itu sebagai satu konspirasi peribadi.


Sepatutnya Ismail Kijo ditangkap oleh pihak berkuasa kerana membuat perhimpunan tanpa permit dan ada unsur-unsur perkauman. [Sumber .]

Sikit-Sikit Minta Fatwa.......

Apa yang nak digembar-gemburkan. Pegang lilin pun nak dimintak fatwa.
Kalau pegang najis, boleh cuci dengan air mutlak.
Kalau pegang babi boleh samak.

Perkara yang dah difatwa pun dilanggar, bagaimana?
Perkara yang diarah oleh Al-Quran pun dirandok begitu je, bagaimana?

Bertafakur depan Tugu Kebangsaan, bukan dah difatwakan, tapi masih jugak dibuat, bagaimana?
Berhukumlah dengan hukum Al-Quran, perintah Al-Quran, masih tidak dipatuhi, bagaimana?

Kabinet Akan Putuskan Penubuhannya

Kabinet akan putuskan hari ini samada ada kewajaran menubuhkan Suruhanjaya Di Raja untuk menyiasat kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Kenapa susah sangat nak tubuh Suruhanjaya itu?
Kosnya terlalu mahal ke? Apa istimewa sehingga ada keperluan penubuhan Suruhnjaya itu?

Ini bukan masalah mempolitikkan keadaan.
Kematiannya adalah luar biasa yang masyarakat melihatnya memang ada keperluan menubuhkan Suruhanjaya tersebut.

Bukan setiapkali ada kematian, mesti ditubuhkan Suruhanjaya itu, sebagai contoh, penunggang basikal mati ketika jatuh dari basikal. Adakah perlu ditubuhkan Suruhanjaya tersebut? Tentu tidak. Adakah orang mati sakit tua ada keperluan penubuhan Suruhanjaya itu? Tentu tidak.

Penubuhan Suruhanjaya di Raja bukan memperendahkan keupayaan dan integriti PDRM, kewajaran penubuhannya hanyalah semata-mata meredakan keresahan rakyat, memberi keyakinan kepada rakyat bahawa tiada apa yang perlu dilindungkan dan dengan ini akan meningkat kepercayaan rakyat kepada pihak berkuasa bahawa ada pembelaan kepada si mati.

Tuesday, July 21, 2009

UMNO: Mempolitikkan Keadaan

UMNO kata Pakatan Rakyat mempolitikkan kes kematian SETPOL di Wisma Malayam.
MCA dan Gerakan gesa Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan. Pemuda UMNO pun turut menggesakan Suruhanjaya ditubuhkan.

PAS, DAP dan PKR pun sama menggesa Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan.
Ini bukan masalah mempolitikkan isu, ini masalah tugas orang politik untuk mencari kebenaran. Tugas orang politik untuk mencari kaedah menyelesaikan kekusutan.

Yang mempolitikkan isu ini adalah UMNO, kerana takut untuk menubuhkan Suruhanjaya Di Raja untuk menyiasat kes itu.

UMNO takut kerana SPRM telah mencalarkan air muka Najib dan UMNO itu sendiri.

Semoga kebenaran menyerlah akhirnya.

Monday, July 20, 2009

12 Tahun?Terlalu Lama Untuk DS Anwar

Empat laporan doktor yang berlainan mengesahkan Saiful Bukhari Azlan tidak ada kesan diliwat.

Perbicaraan seterusnya selepas ini hanya akan mengambil kira bukti klinikal yang berupa hasil dari ujian DNA. Ini amat mengejutkan dan 'luar biasa' kerana telah wujud laporan pemeriksaan dari empat doktor yang bersedia memberi kesaksian mereka.

Jikalau hanya berharapkan pembuktian hanya kepada analisis DNA, ini memberi gambaran bahawa empat orang doktor tersebut tidak berwibawa dan pandangan profesional mereka tidak berharga.

"DNA haruslah digunakan dengan kehadiran bukti dan kesaksian yang lain. Dalam kes jenayah, sebelum dibicarakan tertuduh bersalah atau tidak, jenayah mesti dibuktikan berlaku," kata Zulkifli Noordin.

Berkemungkinan DS Anwar terpaksa ke penjara untuk tempoh yang lebih lama, 12 tahun, kerana ini adalah tuduhan kedua untuk kesalahan yang sama. [Sumber.]

UMNO: Dalam Proses Memulih Semangat, PR Bagaimana?????

Kalau dizaman dahulu kala, kalau sesaorang itu hilang semangat untuk meneruskan hidup seperti merindui isteri / suami yang telah meninggal atau selalu gagal dalam percintaan atau selalu gagal dalam perniagaan atau kerapkali kalah dalam pertandingan dan bermacam-macam lagi, lazimnya bomohlah tempat disandarkan untuk 'memulih'kan kembali semangatnya. Bomoh tersebut dengan segala jampi serampah, mengasap kemian dan kalau di Terengganu akan di'main-puteri' atau 'ulit-mayang' dan berbagai-bagai kaedah lagi yang boleh menyesatkan, pesakit tidak sembuh, bomoh kaya raya.

Bercakap pasal hilang semangat, rupa-rupanya UMNO dalam diam-diam, ahlinya dan pemimpin-pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian, ramai yang dah hilang semangat terutama di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.Parti-parti lain di dalam Barisan Nasional pun juga sudah hilang semangat.

Almaklum, PRU12 UMNO/BN hilang 5 negeri, hilang 2/3 majoriti, hilang Paroi, hilang Sg.Abong dan Maharani, merudum di PRK Penanti, Permatang Pauh, Bukit Selambau, Bukit Gantang, Kuala Terengganu dan Manik Urai. UMNO sudah mencari 'panicked button', UMNO sudah melaungkan SOS dan mengharapkan PAS meniup 'trumpet perpaduan'. 'Trumpet perpaduan' tidak jadi ditiup, maka UMNO terpaksa 'berubat' sendirian.

Maka sebab itu UMNO akan mengadakan program latihan dan motivasi untuk menyuntik semangat baru di kalangan mereka kepada semua pemimpin UMNO di setiap peringkat mulai bulan depan. Program itu akan diadakan dan akan dimulakan dengan penyertaan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Institut Latihan Memperkasa UMNO (ILMU), Janda Baik, Pahang. [ Sumber.]

Semangat ahli-ahli serta pimpinan Pakatan Rakyat, bagaimana? Sudah mantap?
Kemanisan berbulan madu sudah hampir tamat. PRU13 tidak beberapa jauh.

Memang Barisan Nasional Sudah Tercalar

Pertikaian Murugiah dengan Kayveas mencalarkan PPP, seterusnya mencalarkan Barisan Nasional.

Isu Kampong Buah Pala di Penang mencalarkan pemerintahan dahulu, yakni Gerakan, seterusnya mencalarkan Barisan Nasional.

Jui Meng masuk PKR, mencalarkan MCA, seterusnya mencalarkan Barisan Nasional.

Hindraf tubuh parti baru, mengharubirukan MIC, melemaskan Barisan Nasional

Manik Urai, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti, Permatang Pauh, mencalarkan UMNO, melukakan Barisan Nasional.

Kematian Setpol semasa di SPRM mencalarkan Najib, padah bagi Barisan Nasional

Sunday, July 19, 2009

P.Uthayakumar : Parti Hak Asasi Manusia

Tidak menghairankan pemimpin Hindraf P. Uthayakumar yang baru bebas daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri selama 514 hari di Kamunting, Taiping. mengumumkan penubuhan Parti Hak Asasi Manusia.

Beliau kononnya, sudah hilang keyakinan dengan Pakatan Rakyat. Itu haknya, malah hak bagi setiap individu warganegara Malaysia untuk berpersatuan, untuk berpertubuhan selagi ia didaftar secara sah dengan ROS.

Jika Parti Hak Asasi Manusia yang akan ditubuhkan itu, masuk ke dalam Barisan Nasional pun tidak menghairankan. Selama 514 hari di dalam Kamunting, macam-macam boleh berlaku. Di dalam sana berrbagai-bagai ilmu di'ajar' supaya senang mereka keluar bebas tanpa syarat, satu perkara yang amat aneh bagi mereka yang pernah ditahan di Kamungting.

Diharapkan parti tersebut dapat menggantikan MIC, IPF atau KIMMA yang mendapat membela kaum India yang dikatakan Pakatan Rakyat gagal membela mereka.

Semoga demokrasi di Malaysia berkembang mekar dan bersama-sama kita meraikannya.
[ myStar ]

Apa Yang Dia Akan Buat?????

Orang yang mengejar masa dia akan buat bermacam-macam:

  1. Capai apa saja yang dia sempat
  2. Kalau sedang memasak, masakannya akan jadi terlebih masin atau tawar hambar
  3. Kalau sedang menjahit, jahitannya akan bengkang-bengkuk
  4. Kalau sedang melukis, lukisannya akan menjadi cakar ayam
  5. Kalau sedang sakit perut, dia akan cirit birit
  6. Kalau sedang hadapi peperiksaan, jawapannya akan merawang-rawang satu dunia
  7. Kalau sedang menghadapi maut, dia akan buat amal ibadat siang malam
  8. Kalau mengejar Pilihanraya Uum ke13, dia akan
  9. Kalau sedang makan, dia akan makan dengan lahapnya seperti orang kebulur
  10. Kalau sedang dikejar anjing, lariannya mengalahkan Usin Bolt
  • dia akan tabur bermacam-macam 'goodies' menjelang 3 tahun lagi PRU13
  • dia akan mempopularkan, melonjakkan dirinya dengan apa cara
  • dia akan 'make-up' serta 'make-over' partinya dan dirinya
  • dia akan ambik hati semua kaum
  • dia akan lepas semua tahanan yang melawannya
  • dia akan saban hari tunjuk muka bersih serta warak
  • dia akan arahkan semua media lonjakkan namanya
  • dia akan tunjuk baik dengan semua musuhnya
  • DIA AKAN CUBA 'MEMBERSIH'KAN DIRINYA

UMNO : Kalah Bermaruah?????


Kalau dah kalah, kalahlah. Apa pulak kalah bermaruah. Kalah tetap kalah. Gagal tetap gagal. Macam Ali Baba Bujang Lapok pulak, 'mati dalam iman'.

Malaysia kalah 2-3 dengan Manchester United dalam perlawanan bolasepak persahabatan semalam. Malaysia bukanlah tandingan MU. Kalau dalam Sukan Sea, Sukan Asia, Kelayakan Olimpik dan Kelayakan Dunia, kalau kita guna falsafah ini, 'ah, kita kalah dengan perbezaan gol yang nipis, kita kalah bermaruah, kita banyak menyerang dan sebagainya', sampai bila pasukan Malaysia tidak pergi ke mana. Kita mahu falsafah kita bertukar,
'Kita mahu menang, biar pun satu gol'.

Sama juga dengan PRK Manik Urai atau mana-mana pilihanraya kecil atau umum, kalau kalah, tetap kalah. Apa, kekalahan UMNO kepada PAS dengan majoriti yang nipis 65 undi pada 14 Julai baru-baru ini nak dikatakan kalah bermaruah? Apa, setelah berjuta-juta ringgit ditabur nak dikatakan bermaruah? Apa, menggunakan setiap kemudahan dan harta Kerajaan dan instrumen Kerajaan nak dikatakan bermaruah?

Apa, orang dalam jagaan kita, orang dalam tahanan kita mati, nak dikatakan bermaruah?

Apa, mengamalkan ISA sebagai senjata ampuh untuk 'menyelamat'kan bila terdesak dikira bermaruah?

Apa, mengekalkan PPSMI (2012) dikira bermaruah?

Apa, selaku pemerintah semua rakyat Malaysia, pembangunan boleh dijalankan secara berpilih-pilih untuk negeri-negeri yang UMNO/BN menang sahaja dikira bermaruah?

Apa, 'merampas-kuasa' dari Pakatan Rakyat di Perak dikira bermaruah?

Apa, mengheret Speaker seperti mengheret biawak hidup dikira bermaruah?

Apa, media yang saban hari memutarbelit fakta dikira bermaruah?

Saturday, July 18, 2009

Plaza Masalam : Free Fall

Teori kosong dari yang tak belajar bab-bab forensik.

  1. Mati mengejut, mayat diletak meniarap atas bangunan tinggi
  2. 'Free fall' tapi payung tak kembang
  3. Dibawa oleh 'orang halus' dan baringkan atas bangunan tinggi
  4. Pening dan tiba-tiba jatuh melalui celah-celah tembok dan cermin (walaupun tembok dan cermin tak pecah)
  5. Super ajaib, tiba-tiba mayat ada atas bumbung bangunan tinggi.
  6. Ditolak oleh 'lembaga halus'
  7. Saja-saja pergi situ dan ajal pun sampai
  8. Terjumpa mayat di situ, kerana di situlah yang paling tinggi berada sebelum mati
  9. Angin kencang menyedutnya mati di atas bangunan tinggi
  10. Di situ tak ada kolam air, kalau tidak, jatuh dalam kolam, mungkin tak mati, atau mungkin mati lemas
  11. Buat somer-sault tapi tak ada tilam di atas bumbung bangunan tinggi.
Tak ada CCTV merakam cara dan bagaimana dia jatuh. Jadi jangan buat tuduhan melulu. Tunggu sehingga Suruhanjaya di Raja ditubuhkan, barulah rakyat puas hati

Resipi 'Gulai' dalam Pilihanraya Umum Ke13 (PRU13)

  1. Parlimen Permatang Pauh
  2. 'Perampasan' Kuasa di DUN Perak
  3. Parlimen Kuala Terengganu
  4. Parlimen Bukit Gantang
  5. DUN Bukit Selambau
  6. Speaker DUN Perak di heret keluar Dewan
  7. DUN Penanti
  8. Karpal Singh dihalang oleh samseng Pemuda UMNO daripada masuk Parlimen
  9. Manik Urai
  10. Setiausaha Politik EXCOKerajaan N.Selangor, Teoh Beng Hock mati jatuh dari Tingkat 14, Pejabat SPRM,Plaza Masalam
  11. Bekas Naib Presiden MCA keluar parti dan masuk PKR
  12. Tambang Teksi dan bas naik
  13. PPSMI
  14. ISA
  15. Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)
  16. SPRM
  17. OKT mati dalam tahanan
  18. Tuduhan Liwat DSAI
Di atas adalah di antara rempah ratus untuk 'masak' gulai dalam PRU13 nanti.

Zahid ~ Netanyahu



Amatlah hebat Menteri yang jaga askar ni. Inilah satu-satunya Menteri yang hebat di mana tiada pernah menteri lain pernah berjumpa dan bersembang dengan Menteri Israel. Beliau bukan jaguh kampong, bukan jaguh Bagan Datoh tetapi beliau ada jaguh 1Malaysia. Menteri Israel sendiri yang hendak berjumpanya, bukan beliau yang hendak berjumpa dengan Menteri Israel itu.

Beliau dengan gagah berani serta dengan lidah yang fasih menetapkan beberapa syarat pada Menteri Israel itu.

Menteri Israel itu dengan nada 'kecut' serta suara 'terketar-ketar' mengikut segala arahan Menteri bagan Datoh tu. Menteri Israel itu bagaikan kena 'manderam' atau 'nasi-kangkang' mengikut telunjuk jaguh tersebut.

Tetapi kita tidak dikhabarkan apa pula yang dinyatakan oleh Menteri Israel itu kepanya.

Beliau tidak cerita pula samada beliau pakai 'pampers' ke tidak semasa berjumpa dengan Menteri Israel itu?

Berapa kotak tisu digunakan untuk mengelap peluh 'betina' keluar?

Beliau dapat angkat muka dan meneliti muka Menteri Israel itu, berapa tahi lalatnya, giginya putih ke kuning? [sumber .]

UMNO: Terus Melangkah Sumbang

DS Najib memulakan 100 hari kedua dengan 'langkah' sedih.

PRK Manik Urai memberi mimpi ngeri kepadanya.

Kematian yang amat trajis Setiausaha Politik Exco Selangor, Teo Beng Hock, 30, yang dipercayai jatuh dari tingkat 14, pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam yang ditemui kira-kira pukul 1.30 petang kelmarin di koridor luar tingkat lima bangunan tersebut.

Kenaikan tambang bas dan teksi turut memurungkan lagi suasana.

Sama-sama kita tunggu 'goodies' selanjutnya.

Friday, July 17, 2009

Manik Urai : Renungan

PRK Manik Urai telah selesai. PAS diisytiharkan menang dengan majoriti 65 undi. PAS mempunyai 1001 satu sebab mengapa mendapat majoriti rendah. Manakala UMNO pula begitu gembira walaupun kalah kerana berjaya menafikan PAS memperolehi majoriti yang besar, walaupun UMNO tidak dapat menyembunyikan kekeciwaannya.

Petugas serta pemimpin PAS serta para pemerhati yang sudah berkampong sekian lama, mempunyai cukup maklumat ke atas perjalanan pilihanraya kecil tersebut. Merekalah yang dari pagi hingga ke malam bersama pengundi Manik Urai. Mereka cukup masak dengan karenah UMNO/BN. Mereka cukup mengerti setiap inci pergerakkan UMNO. Jikalau mereka berkata UMNO menabur wang, memang mereka mempunyai bukti untuk berkata demikian.

Masalahnya, isu 'menabur' wang ini bukan isu baru. Setiap kali pilihanraya samada umum atau kecil, isu ini sering diperkatakan. Selama PAS memerintah 20 tahun di Kelantan, isu ini sudah sebati dengan pengundi di Kelantan, namun pengundi tetap setia bersama PAS. Apakah kali ini pengundi kalah dengan 'ujian' itu? Pengundi di Kelantan adalah pengundi yang bijak. Mereka amat arif yang mana bantuan dan yang mana rasuah. Kenapa kali ini mereka tidak dapat buat perbezaan yang mana satu sumbangan dan yang mana satu bantuan yang mempunyai 'udang di sebalik batu'?

Sebelum PRK Manik Urai, isu Kerajaan Perpaduan bergelegak di dalam PAS yang hampir memecahbelahkan PAS. Pemimpin tertinggi dalam PAS bagaikan dijolok-jolok punggung mereka melepaskan geram sesama sendiri. Tidak kurang juga pemimpin bawahan, penyokong, pendokong dan bloggers PAS 'berperang' sesama sendiri, menuding jari kiri dan kanan serta atas dan bawah.

UMNO yang memang sentiasa menunggu masa untuk menerkam mangsanya yang tengah 'zuk' terus menangguk di air yang keruh. Media pro UMNO saban hari memutarbelitkan keadaan bertujuan untuk memecahbelahkan PAS.

Saya tidak berniat untuk memperendahkan tahap pemikiran pengundi di Manik Urai. Saya cukup yakin bukan semua mereka mengikuti apa itu Kerajaan Perpaduan. Bahkan sesetengah pemimpin PAS sendiri pun masih kabur dan 'kelabu-asap' pasal Kerajaan Perpaduan.

Saya amat yakin bukan isu Kerajaan Perpaduan yang mempengaruhi pengundi di Manik Urai. Begitu juga dengan isu-isu nasional lain seperti isu 'percakaran' di dalam Pakatan Rakyat di Kedah dan di Pulau Pinang walaupun sudah selesai sekarang.

Tetapi besar kemungkinan isu 'tembak-menembak' di dalam PAS serta cabar-mencabar yang dilemparkan kepada UMNO sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi, walaupun punca sebenar 'tembak-menembak' dan cabar mencabar itu adalah berpunca dari isu Kerajaan Perpaduan.

Masalah dalaman PAS, yakni isu cara PAS menangani 'anak buah'nya sendiri mungkin terlalu keras seperti yang sedia maklum dalam kes pimpinan PAS meminta 'anak-buah'nya masuk UMNO daripada bercakap pasal Kerajaan Perpaduan. Nasib baik 'anak' itu 'anak' yang taat, kalau 'anak' itu betul-betul melompat ke 'sana', saya amat yakin majoriti kemenangan makin nipis. Pendokong PAS amat faham dan boleh terima 'karenah' pimpinan bertindak. Semua pendokong yakin bahawa pimpinan bertindak semata-mata untuk kebaikan parti. Tetapi tidak bagi pengundi di atas pagar. Mereka melihat ini dari sudut yang berbeza. Mereka memerhati bagaimana kemampuan PAS bergerak sebagai satu Gerakan Islam. Mereka sentiasa memerhati setiap gerak-langkah kita. Adakah gerak-langkah kita sama atau berbeza dengan UMNO?

Jika gerak-langkah kita hampir sama atau menyerupai UMNO, inilah yang terjadi di Manik Urai atau di mana-mana sekalipun. Mungkin mereka memberontak, mereka tidak mahu kepada UMNO tetapi apabila melihat 'percakaran' di dalam PAS atau di dalam Pakatan Rakyat membuat hati mereka berbelah-bagi.

Saya khuatir setiap kali pilihanraya yang akan diadakan kelak, kita masih berselindung disebalik 'rasuah' sebagai penyebab kita kalah atau menang tipis walaupun pada hakikatnya memang 'rasuah' itu wujud. Kerana ini akan membuat kita mudah lupa akan kelemahan yang ada pada kita.

Walau apapun, keputusan di Manik Urai merupakan satu hikmah yang paling besar untuk kita menghadapi pilihanraya umum nanti bahawa pergantungan mutlak kita hanya kepada Allah, bukan kepada makhluk atau individu tertentu.

UMNO Kalah Kepada 'Musang King' di Manik Urai


Di antara sebab UMNO kalah PRK di Manik Urai ialah kerana mereka tak buat pertandingan durian paling cantik atau pertandingan makan durian pertandingan sendawa durian.

UMNO boleh bukakan pertandingan itu kepada PAS. Orang PAS di Manik Urai pun ada pokok durian. Orang UMNO pun ada pokok durian. Orang-orang PAS dan UMNO, ramai yang 'kaki durian.'

Dari Lipis ke Gua Musang. Dari Gua Musang ke Manik Urai. Dari Manik Urai ke Kuala Krai. kini kana jalan ada durian.

Ada yang jenis 'Pokok Lama', 'D24', 'Durian Kunyit' dan 'King of Musang'.

Harga 'Durian Kunyit' atau 'King of Musang' dari RM15 sehingga mencecah RM28 sekilogram.

Thursday, July 16, 2009

Bangunan Tinggi : Tinggi Nilai Estatik? Atau Selamat?????

Apakah rekabentuk bangunan tinggi seperti pansapuri, apartment, condominium dan apa-apa jenama lagi di Malaysia ini sudah hilang ciri-ciri keselamatannya? Atau ada unsur-unsur lain yang tidak diambilkira atau dipertimbangkan semasa pembinaannya?

Kira-kira pukul 1.30 tengahari tadi Pegawai khas kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teo Beng Hock ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini hari ini dipercayai akibat terjatuh dari bangunan itu. Beliau merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri baru-baru ini. [sumber ]

Kita juga ada mendengar seorang warga Filipina yang dikatakan kekasih kepada hartawan Arab jatuh dari apartmentment.

Sebelum daripada itu Mahasiswa UKM dan UTM juga mati kerana jatuh daripada asrama.

Diharapkan pihak berwajib meneliti perkara ini, supaya jangan ditekankan hanya ciri-ciri estatik sahaja tetapi harus dititik-beratkan ciri-ciri keselamatan.

Pembubaran Tidak Dapat Dielak Lagi

Rakyat sudah mula kembali kepada UMNO/BN. Kemenangan nipis PAS menunjukkan rakyat menolak kepimpinan PAS dan mula mempercayai UMNO.

Mereka dahagakan pembangunan. Mereka mengharap kepada UMNO untuk membangun. Kita percaya mood di negeri-negeri lain pun sama. Mereka mula menolak PAS. Populariti UMNO/BN berada di tahap yang paling tinggi semenjak 20 tahun kebelakangi ini.

Penyokong kaum cina dan india sudah mula menyokong kita. Faktor ini amat menakjubkan dan kita amat yakin semua negeri akan kembali kepada kita.

Penanda aras ini menaikkan semangat kita untuk mendapat mandat baru. Kita amat yakin jika kita bubarkan Parlimen dan semua Dewan Undangan Negeri sekarang, kita akan menang dengan 'sliding victory'. Terutama di negeri Perak, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Walaupun kita sudah kalah 1-5, tetapi itu hanya angka yang tidak melambangkan apa-apa. Penunjuk sebenar adalah Manik Urai dan Batang Ai. Mereka bijak berpolitik terutama pengundi muda.

Kita tidak perlu kepada pakej ransangan ekonomi lagi, kerana suasana ekonomi amat memberangsangkan. Tambang bas sudah dinaikkan, membuktikan rakyat didahulukan kerana pengusaha bas pun adalah rakyat kita juga.

Begitu juga dengan TOL, kita akan kekalkan dan mungkin mengkaji semula untuk dinaikkan kerana selari dengan rakyat didahulukan kerana bukan saja pengguna jalanraya merupakan rakyat kita, pengurusan lebuhraya pun adalah rakyat yang banyak menyumbangkan kepada negara.

Wabak atau bala H1N1 telah 'menurun'.
Penunjuk kepada kebebasan Mahkamah amat terserlah apabila kes DSAI makin jelas terzahir segala kemelut selama ini. Inilah kebebasan Mahkamah yang kita idam-idamkan. Beberap 'goodies' lagi akan kita umumkan dari semasa kesemasa kerana 11 'goodies' yang diumukan baru-baru ini membuat rakyat membuak-buak menyokong kita.

Dengan ini saya akan mendapat perkenan seberapa segera yang mungkin untuk pembubaran Parlimen dan berharap negeri-negeri lain pun akan menyusul kemudian agar Pilihanraya Umum Ke13 dapat diadakan segera.

Begitulah Sebuah Mimpi Indah.

UMNO : Jangan berlagak macam 'cowboy'

Khir Toyo, Adun Sungai Panjang, digantung selama setahun kerana gagal hadir sidang pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) pada Mac lepas berhubung pengunaan wang penajaan oleh Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (BALKIS) dan didakwa mengeluarkan kenyataan menghina jawatankuasa itu dalam media.

Empat Adun lagi digantung selama enam bulan iaitu Warno Dogol (Sabak Bernam), Mohd Idris Abu Bakar (Hulu Bernam), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali) dan Datuk Marsum Paing (Dengkil) kerana kesalahan menghina SELCAT dalam media. [ sumber ]

Komen al-brangi : Tindakan mereka yang tidak menghormati Dewan memang sewajarnya mendapat hukuman yang setimpal.

Mereka tidak meraikan demokrasi yang kononnya mereka perjuangkan. Mereka merasakan mereka masih lagi menjawat jawatan yang mereka pernah pegang dan merasakan segala kesenangan yang mereka kecapi dahulu.

Jangan berlagak ala-ala 'cowboy' dimana siapa yang handal dialah yang menang. Malaysia mempunyai segala undang-undang dan peraturan-peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi.

Berpijaklah dibumi nyata, belajar hormatkan Kerajaan yang memerintah sekarang.

Manik Urai : Pengundi Luar dan Majoriti 65

Tahniah Abe Uji. Tahniah kepada pengundi luar PAS. Tahniah PAS Kelantan. Menang tetap menang, walaupun dengan satu undi. Bersyukur tetap bersyukur.

Jikalau di dalam bolasepak, menang dengan satu gol pun, tetap dikira menang. Cuma, bagi pihak lawan, kekalahan tipis dengan kelebihan satu gol amat memedihkan dan memilukan. Ditambah pula jikalau gol tersebut hanya muncul di saat-saat akhir waktu kecederaan atau 'stoppage-time. Bahkan ramai penonton berkata, biar kalah dengan banyak gol, jangan sekali-kali kalah dengan satu gol di saat akhir waktu kecederaan.

Amat tidak adil jika saya membuat ulasan ke atas 'permainan' tersebut. Saya ke Manik Urai pun hanya di hujung 'permainan', itu pun pergi ke sana di atas tugasan lain. Jikalau saya berada di sana, sama lama dengan UMNO/BN yang sudah berada sekian lama, semenjak kematian calon PAS lagi, maka beranilah saya membuat ulasan. Barulah ulasan saya membawa sedikit maknanya.

Walau bagaimanapun bolehlah saya menggambarkan sedikit pengamatan saya sepanjang perjalanan saya dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu pada hari mengundi tersebut. Perjalanan saya ke Kota Bharu adalah melalui Kuala Lipis - Gua Musang dan menempuh Manik Urai - Kuala Kerai - Kota Bharu.

Apabila kami tiba di Merapoh, kami berselisih tidak kurang 15 buah kereta pengundi luar yang mengibar bendera PAS.

Hati kami sungguh seronok kerana pengundi luar sanggup pulang mengundi, menunaikan tanggungjawap mereka.

Apabila kami mula masuk sempadan Manik Urai-Gua Musang sekitar pukul 7.00 malam, kenderaan kami 'tersangkut' didalam 'jam' selama dua jam. Sempat saya bertanya penyokong PAS, 'macamana?' Mereka menjawab dengan penuh yakin, 'mene, meme mene, cumo majoriti dok tau.'

Dari pengamatan saya, tiada seorang pun penyokong UMNO yang kelihatan. Maksud saya yang menzahirkan diri dengan mengibarkan bendera UMNO dan seumpamanya, jikalau dibandingkan dengan penyokong PAS yang mengibar bendera menonggang motorsikal sepanjang jalan.

Keadaan sungguh 'meriah'. Hati kami sungguh yakin PAS akan menang besar. Apabila kenderaan kami yang bergerak seperti semut menghampiri Manik Urai, saya bertanya lagi penyokong PAS yang berdiri di sepanjang jalan, 'majoriti berapa?' Mereka menjawab dengan penuh keyakinan, 'dekat-dekat 2000.'

Apabila kami tiba di Kuala Krai, barulah keadaan jalan dah seperti biasa. Sahabat dari UMNO melefon saya dan ucap tahniah, 'PAS menang 1024 undi,' katanya. Selang berapa minit, dia melefon lagi tapi kali ini berlainan pulak nadanya, 'Maaf, UMNO/BN menang 31 undi.' Hati kami sungguh keciwa. Semua diam tak terkata. Tiba-tiba, Prof Hamirdin hantar SMS, 'PAS menang sekitar 60 majoriti'. Barulah kami berasa sedikit lega dan bertambah ceria apabila menerima pula telefon dari isteri, 'PAS menang dengan majoriti 65 undi.' katanya.

Keesokannya apabila berjumpa dengan kawan dari UMNO, mereka amat gembira walapun UMNO kalah. Mereka sepakat berkata, 'UMNO bijak pilih calon, orang muda pilih calon muda. Orang 'lama' PAS tetap pilih calon PAS ikut selera mereka'.

Saya sentiasa cuba mendalami apa yang tersirat di sebalik ungkapan 'UMNO bijak pilih calon, orang muda pilih calon muda. Orang 'lama' PAS tetap pilih calon PAS ikut selera mereka' itu dan teringat saya 15 buah kenderaan pengundi luar PAS yang berselisih semasa perjalanan saya selepas masuk kesempadan Merapoh-Gua Musang menuju ke Kota Bharu. Secara kasar 15 buah kenderaan yang membawa sekitar 4-5 penumpang, yakni lebih kurang 60-75 orang amat relevan sekali dengan majoriti 65 undi.

Tuesday, July 14, 2009

Komando dijaga

Cadangan nak beri elaun khas kepada anggota komando sebagai menghargai kebolehan unit tersebut.

Eloklah tu, kita berbudi kat orang, satu masa nanti, orang itu pulak berbudi kepada kita.

Biasalah adat di dunia ini, apa-apa pun setiap perbuatan hendaklah beserta dengan niat, yakni nawaitu kita.

Kalau kita ikhlas, mungkin orang akan berikhlas dengan kita,
jangan madu yang dihulur, tuba yang dibalas. Utusan .

Manik Urai : Undilah PAS

Pengundi Manik Urai yang bijak'sini' dan bijaksana, masa ada beberapa jam lagi untuk buat keputusan nak pangkah mana esok. Selepas solat subuh, berdoalah kepada Allah agar ditetapkan pendirian agar memilih parti yang betul-betul perjuangkan Islam.

Usah terpedaya dengan tawaran jutaan ringgit, jambatan berjuta ringgit, pembangunan mencakar langit dan berbagai-bagai lagi. Tugas seorang bapak memang memberi kesenangan kepada anak-anaknya. Seorang bapak yang penyayang tidak akan memberi kesenangan bersyarat. Amat memalukan Malaysia yang menuju kearah negara maju masih mengamalkan bantuan bersyarat, sedangkan segala hasil mashul dimiliki oleh Pusat. Pemikiran pemimpin UMNO masih di tahap pemikiran dunia ke3 lagi walaupun mendabik dada memiliki prasarana kelas pertama.

Pemimpin UMNO yang sentiasa membudayakan politik adu-domba, politik pecah-perintah dan politik janji menjanji yang akhirnya tak pernah dilunaskan perlu ditolak.

UNDILAH PAS Di PRK N41 Manek Urai.

Monday, July 13, 2009

Pulau Pinang: Cempedak diBelah, Dialah Kena Getahnya

Kampung Buah Pala: Kerajaan Negeri Buat Laporan SPRM

Pandai makan pandai simpan. Siapa makan cempedak, dialah kena getahnya. Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim guan Eng mengambil langkah bijak dengan menyerahkan segala masalah berkait dengan Kampong Buah Pala kepada SPRM.

Pada mulanya Lim Guan Eng tidak hendak memanjangkan kes ini kepada SPRM. Beliau yakin bahawa segala kemelut ini dapat diselesaikan oleh pemerintahan dahulu, lantas dengan langkah penuh diplomasi mengadu kepada Kerajaan Pusat.

Tetapi setelah beliau dihimpit rapat kedinding, beliau perlu bangkit dan memaklumkan kepada penduduk di Kampong Buah Pala bahawa perkara ini perlu diselesaikan atau di'cuci' bersih oleh pemerintahan dahulu. Kerajaan Pakatan Rakyat menerima tampuk pemerintahan didalam keadaan banyak benda telah tercemar, banyak benda sudah ditebuk tupai dan banyak benda telah terkena najis, mana mungkin Pakatan Rakyat akan menyamaknya.

Penduduk Kampong Buah Pala seharusnya bersabar sehingga penyiasatan ini selesai.

Diharap SPRM akan menyiasat dengan seadil-adilnya supaya yang bertanggungjawab akan menerima akibatnya.

Selebihnya sila baca di bawah :

PULAU PINANG, 13 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri Pulau Pinang Isnin ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penjualan tanah Kampung Buah Pala di Bukit Gelugor di sini.

Laporan itu dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri I Mansor Othman dan Timbalan Ketua Menteri II, P.Ramasamy di sini kira-kira 3 petang.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Ramasamy berkata tindakan itu dibuat bagi meminta SPRM menyiasat dengan teliti proses penjualan tanah di kampung berkenaan.

"Kita mahu SPRM siasat mengapa tanah itu pada 25 April 2007 yang sepatutnya dijual dengan harga RM6.42 juta telah diberi diskaun 50 peratus kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang.

"Selepas diskaun, ia hanya perlu dibayar sebanyak RM3.21 juta atau RM10 untuk satu kaki persegi dan kita (kerajaan negeri) terkejut dengan harga berkenaan kerana ia terlalu murah," katanya.

Ramasamy berkata dalam laporan yang diserahkan kepada SPRM itu, pihaknya turut mempertikaikan bagaimana tanah lot itu dijual tanpa sebarang rundingan dengan penduduk terlebih dahulu.

"Kita juga mahu SPRM siasat sama ada wujud penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa semasa penjualan tanah berkenaan," katanya.

Ketua Penolong Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Noor Abdul Rahman berkata pihaknya sebelum ini telah membuka kertas siasatan berhubung tanah di kampung berkenaan.

Bagaimanapun katanya, berdasarkan siasatan yang dilakukan pihaknya sejak tiga bulan lepas mendapati tidak wujud sebarang unsur rasuah dalam penjualan tanah berkenaan.

"Berikutan laporan yang baru dibuat kerajaan negeri hari ini, SPRM akan membuka semula kertas siasatan berhubung perkara berkenaan dan akan menyiasatnya sekali lagi," katanya kepada pemberita selepas menerima laporan tersebut.

Isu Kampung Buah Pala menjadi kontroversi apabila penduduknya terpaksa mengosongkan tanah yang mereka duduki selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan mereka untuk terus tinggal di kawasan itu yang telah dihuni mereka sejak sekian lama.

Kerajaan negeri sekarang menyalahkan kerajaan negeri terdahulu yang didakwa sehingga timbul masalah berkenaan.

-- BERNAMA

Ketua Pembangkang Selangor di'Tendang' Keluar Dewan

Ketua Pembangkang Selangor di'tendang' keluar Dewan kerana menunjukkan sikap keras kepala. Inilah sikap ADUN UMNO/BN, suka 'menelanjang'kan perangainya yang sebenar. Suka menunujukkan keras kepala ala-ala samseng, kerana memikirkan Malaysia ini 'mereka' saja yang punya.

UMNO/BN mesti menerima hakikat berdemokrasi, kejap kita berada di atas, kejap kita berada di bawah. Di ketika berada di bawah raikanlah demokrasi. Patuh segala disiplin Dewan. Jangan suka buat 'kacau'. Kenapa UMNO/BN tidak boleh menerima kekalahan? theStar .

Manik Urai : Esok Cuti Umum ~ Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

'Orang' yang bertanggungjawab menetapkan hari pembuangan undi, mengambil langkah yang bijak dengan menyusahkan pengundi, terutama penjawat awam dengan menetapkan hari bekerja sebagai hari pembuangan undi. Bagi pengundi luar, mereka terpaksa mengambil cuti untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

TG Nik Abdul Aziz menunaikan tanggungjawabnya selaku Ketua Negeri mengisytiharkan esok sebagai hari cuti umum untuk memudahkan rakyat turun membuang undi. Ini membuktikan beliau mengamalkan slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.


KOTA BAHARU 13 Julai - Kelantan mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi semua penjawat awam yang bekerja di negeri itu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah itu diambil selepas mengambil kira kepentingan umum, memandangkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai akan berlangsung esok.

Beliau berkata, pihaknya melihat bahawa hari mengundi yang ditetapkan esok boleh menimbulkan banyak kesulitan kepada pengundi kerana ia diadakan pada hari bekerja.

“Saya isytihar esok 14 Julai (Selasa) sebagai cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan, diambil atas sebab ’Cuti Peristiwa’. Dalam semangat pro demokrasi, kami mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian,” katanya.
- BERNAMA

UMNO: Kuat Lajak Dari Laju

Saorang pegawai apabila diberitahu oleh majikannya bahawa jika dia tidak 'perform' dalam masa 3 tahun dari sekarang, besar kemungkinan beliau tidak akan dinaikkan pangkat. Sudah pasti perasaannya tertekan dan jiwanya akan menjadi keluh-resah. Langit terasa rendah sangat. Waktu siang terasa lebih panjang dari malam. Terasa sangat 24-jam sehari tidak mencukupi baginya.

Maka dia akan bertindak apacara sekalipun. Dia akan mencuba menjadi seberapa popular sekalipun. Dia akan akan lakukan apa saja walaupun nampak seperti di'make-up' atau 'make-over'. Dia akan layan apa saja karenah orang bawahan agar nampak dia lebih berhemah dan nampak lebih berdaya-saing dengan pencabar-pencabarnya yang seperjuangan dengannya.

Dia akan buat tawaran-tawaran yang diluar kemampuannya dan kemampuan syarikat agar pesaing-pesaingnya tidak terhambat. Dia akan melonjakkan dirinya dengan beberapa 'make-up' agenda agar nampak dia memang serius untuk memajukan Syarikat.

Akhirnya dia akan nampak seperti kuat lajak dari laju.

Sunday, July 12, 2009

1UMNO ~ 1Malaysia

Kenapa UMNO tidak dibuka kepada semua kaum?

Sekurang-kurangnya wujud Kelab Penyokong UMNO yang terdiri daripada semua kaum untuk menrealisasikan 1Malaysia.

Maka akan terjadilah 1UMNO ~ 1Malaysia.

Antara Syiar dengan Syariat

Ada orang besar UMNO cabar PAS supaya buktikan bahawa UMNO tidak perjuangkan Islam selama parti itu memerintah negara.

  • Sila perhatikan 'Cetusan Hati Nurani Rakyat' ~ wanita jadi hiasan
  • Sila baca Tonik Gadis Gomol di sini .
  • Banyak lagi benda-benda semacam ni sudah lali dengan rakyat Malaysia, dulu, kini dan selama-lamanya.
Takkan mereka tak tahu, ke mereka buat-buat tak tahu atau mereka berkata, 'Itu hanya perkara biasa, Masakan minyak boleh bercampur dengan air?'

Atau mereka fikirkan pembinaan masjid yang banyak dapat menghapuskan segala kemungkaran yang wujud.

Harap mereka faham antara Syiar dengan Syariat

11 Buah Tangan

Sahabat-sahabat UMNO tak habis-habis menyindir saya semalam. 'Apa lagi, rakyat nak? Tu baru 11, kalau 20 tak taulah' katanya.

Saya kata, 'Sebelum ini pun banyak jugak goodies-goodies yang enak seperti DEB, kemana sekarang?'

Saya malas nak berhujah panjang kerana mereka nampak semacam nak tunjuk 'keras-keng'.

11 'goodies' dari Najib.

1- Diskaun tol Pengguna Smart Tag dan Touch n' Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, dapat diskaun 20 peratus.

Penjawat awam berulang alik dari rumah ke pejabat purata 2 kali sehari. Ini bermakna sebulan mereka hanya menggunakan 2kali x 5 hari (seminggu bekerja) x 4 minggu (sebulan) = 40 kali/sebulan.
Golongan ini terlepas diskaun 20 %

2- Rumah rakyat
44,000 rumah rakyat untuk dijual kepada penyewa di Wilayah Persekutuan.

Sepatutnya banyak lagi rumah di jual. Sudah kenalpasti berapa rakyat miskin yang memerlukan rumah? Harganya bagaimana? Pelaksanaannya bagaimana? Terjamin tiada penyelewengan?

3- Lesen penjaja
Peniaga kecil di Wilayah Persekutuan diberi potongan 50 peratus untuk perbaharui lesen.

Revenue dari cukai premis dan perniagaan yang besar di Wilayah Persekutuan terlalu banyak dan melebihi untuk 'cover' revenue dari lesen penjaja. Lesen yang 'token' (sekitar 80% potongan) dikenakan kepada penjaja sudah memadai.

4- Permit teksi
3,000 lagi permit teksi untuk individu ditambah dalam masa tiga bulan akan datang.

Seperti yang telah lalu, penganugerahan permit teksi hanya terhad kepada penyokong UMNO, MCA dan MIC sahaja. Penyelewengan demi penyelewengan pasti berlaku.

5- Cegah jenayah
Langkah drastik bagi kurangkan jenayah dan rasuah diumumkan penghujung bulan ini.

Tunggu dan lihat. Tetapi yang pasti dan tidak dapat dinafikan lagi jenayah tetap meningkat.

6- Daftar kelahiran
Permohonan di Sabah dan Sarawak dipermudahkan. Baki permohonan akan diselesaikan sedikit masa lagi.

Mengenalpasti dan pengesahan yang melahirkan anak itu adalah warganegara Malaysia.

7- Jalan luar bandar
Pembinaan jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak ditambah dalam tempoh RMK-10.

Sepatutnya sudah lama dibina, jangan hanya menunggu semasa musim pilihanraya saja.

8- Bekalan air dan elektrik
Bekalan air dan elektrik ditingkatkan di Sabah Dan Sarawak. Perincian diumumkan akhir bulan ini.

Sudah sekian lama rakyat Sabah dan Sarawak yang kaya dengan hasil bumi tinggal didalam kegelapan.

9- Latihan motosikal
Kadar bayaran latihan tunggang motosikal 250cc ke bawah dikurangkan kepada RM211 mulai 1 September.

Had umur mendapat lesen ada keperluan dikaji semula, kalau tidak makin ramai wujud 'samseng jalanan'.

10- Tambah peruntukan
Peruntukan Tekun Nasional ditambah RM150 juta dan RM15 juta untuk usahawan muda India.

Harap sampai ke kumpulan sasaran. Jika pintu rasuah masih terdedah, selagi itu jangan bercakap pasal bantuan.

11- Unit amanah
Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz 10 bilion unit akan diperkenalkan.

Pem'bahagian kek' ini jangan di dasarkan kepada siapa yang kuat makan dan boleh makan banyak.

Saturday, July 11, 2009

Pakatan Rakyat

Presiden UMNO menolak perlawaan berdebat dengan TG Nik Abdul Aziz. Hari ini, Khairy selaku Ketua Pemuda UMNO pun mengelak lari daripada berdebat dengan wakil PAS, Dr.Mujahid Yusuf Rawa.

Ini membuktikan UMNO tidak serius untuk duduk di meja perundingan. UMNO memang tidak bersedia untuk menghadapi PAS terutama apabila berbincang dalam bab-bab Islam. UMNO hanya berani bersuara besar kerana ramai 'Tiong Emas' dan penganalisa-penganalisa upahan yang akan membantu serta disokong pula oleh media arus perdana dan media elektronik pro mereka.

PAS pula jangan jadi hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Saya merasakan tiada keperluan untuk berdialog atau berdebat dengan UMNO lagi. Jika jadi berdebat atau berdialog sekalipun, natijahnya tidak kemana-mana, kerana UMNO dan PAS tidak berada di dalam pakatan yang sama.

Sebaliknya PAS perlu berbincang halatuju sebenar bersama PKR dan DAP. Kejadian di Kedah dan Pulau Pinang tidak seharusnya berulang lagi. Rakyat memerhatikan segala geraklaku serta prestasi Pakatan Rakyat. Kematangan bertindak serta cerdik berpolitik sepatutnya menjadi senjata pemimpin Pakatan Rakyat untuk menghadapi kelicikan UMNO/Barisan Nasional.

Sudah sampai masanya Pakatan Rakyat merumuskan satu formula untuk menjadikan Pakatan Rakyat satu pakatan yang sah yang mampu memimpin di PRU13 nanti.

Manik Urai : Demo Pengundi Yang Bijak



Manusia bermula kehidupan ini dengan serba kekurangan. Serba kedaifan serta serba kelemahan. Sebelum kemerdekaan rata-rata penduduk di Tanah Melayu ini berada di paras kemiskinan. Sebaik saja Tanah Melayu mencapai kemerdekaan sehingga sekarang, warga Malaysia sedikit demi sedikit sudah mula keluar dari kepompong kemiskinan. Sudah ramai yang memilik rumah bernilai berjuta-juta ringgit. Sudah ramai yang memiliki kenderaan mewah dan sebagainya.

Tugas mengeluarkan warga Malaysia dari kepompong kemiskinan adalah tugas Kerajaan Perseketuan. Ini kerana segala hasil mashul adalah di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan. Oleh kerana Pemerintahan di Malaysia adalah konsep Persekutuan justeru itu, Kerajaan Persekutuan perlu menghapuskan kemiskinan secara bersepadu walaupun beberapa negeri seperti Selangor, Pulau Pinanag, Kedah, Kelantan dan Perak (pending Mahkamah) diperintah oleh pembangkang.

Kerajaan Persekutuan tidak boleh men'cuci' tangan membeban Kerajaan Negeri terutama negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dan melepaskan tanggungjawab sosialnya untuk melepaskan rakyat daripda belenggu kemiskinan.

Kerajaan Persekutuan juga tidak boleh mendabik dada dan memperakukan diri sendiri bahawa 'aku'lah yang berjaya membawa kemakmuran ke negara ini. Mereka hanya memikul amanah rakyat melalui pilihanraya. Mana-mana parti yang memenangi pilihanraya dan mendapat mandat memerintah Malaysia wajib menunaikan tanggungjawab sosialnya.

Pengundi di Manik Urai perlu berhati-hati tentang 'kemurahan-hati' para Menteri menabur berjuta-juta ringgit kononya Kerajaan negeri gagal membantu rakyat.

Pengundi di Manik Urai perlu berwaspada dengan bantuan 'mee-segera' dari Pak-Pak Menteri dari Pusat.

Jikalau Kerajaan Pusat betul-betul perihatin dan betul-betul ber'hati-perut', kenapa menunggu semasa pilihanraya kecil baru nak men'curah'kan rasa kasih sayang, rasa kasihan-belas, rasa kebertanggungjawaban serta rasa keperihatinan kepada rakyat?????

Kenapa menunggu musim pilihanraya kecil, baru belajar nak pakai kopiah, baru belajar nak duduk bersimpuh macam anak dara pingitan, baru belajar nak menolong menoreh getah, baru nak agih beg sekolah, baru belajar nak mencurah senyuman, baru belajar nak ziarah warga mas dan berbagai-bagai lagi episod wayang kulit yang akan dipaparkan?????

Justeru itu, pengundi Manik Urai perlu menolak UMNO pada 14 Julai nanti.