Followers

Tuesday, June 30, 2009

Mansuhkan terus ISA - PBRS

Siapalah Parti Bersatu Rakyat Sabah hendak mencadangkan penghapusan Akta ISA. Walau pun PBRS parti sekutu Barisan Nasional, tapi itulah suara hati ikhlasnya, juga suara hati rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, yang cintakan kedamaian dan yang cintakan ketamadunan kemanusiaan.

Akta ISA sangat menyanyat hati. Akta yang men'janda'kan isteri, Akta yang men'yatim'kan anak. Mereka ditahan tanpa mengetahui tempoh penahanan. Adakah ia berpatutan dengan kesalahan yang dilakukan? Adakah ia sejajar dengan perbuatan-perbuatan atau tingkah laku yang tidak berpadanan dengan kesalahan yang dilakukan atau pertuduhan?

Kenapa tidak didakwa di Mahkamah?

Seterusnya lihat sini .

Penghujung Usianya di situ!

Nasibnya amat malang. Mungkin kunjungannya ke situ untuk menjelaskan hutang. Atau mungkin ia hendak berdakwah supaya penghuni rumah sewa tersebut balik kepangkal jalan. Walau apapun, kunjungannya ke situ boleh mengundang fitnah, kerana beliau pergi seorang diri.

Sekarang dia sudah pergi buat selama-lamanya dalam usia yang agak lanjut iaitu, 78 tahun.

Keluarganya menanggung aib dengan masyarakat sekeliling. Kita doakan arah rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang mendapat keampunanNya.

Selebihnya sila baca kat sini .

Kg. Buah Pala : Ghairah cara Ah Long

Bagaikan melepaskan anjing tersepit. Tidak mengenang budi. Perasan undinya memenangkan Pakatan Rakyat. Bertindak ala-ala 'gangster'. Sikit-sikit demo. Tolonglah jaga perangai sikit. Bertindaklah dengan waras. Bebasnya beberapa pemimpin Hindraf, sedikit sebanyak hasil tekanan Pakatan Rakyat. Baca mStar .

Hindraf memberi satu 'ultimatum' 24-jam kepada Lim Guan Eng untuk menyelesaikan masalah penduduk di Kampong Buah Pala atau menghadapi tunjuk perasaan di semua pejabat DAP di seluruh negara.

Mereka bercadang membakar 'effigy' Lim Guan Eng.

Saya percaya kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang akan mengambil satu jalan penyelesaian berkaitan 300 penduduk di kampong tersebut yang berkemungkinan akan dikeluarkan pada 2 Julai setelah Mahkamah Persekutuan membuat keputusan menyebelahi tuan tanah dan pemaju minggu lepas.

Diharap pihak Hindraf perlu bersabar kerana kerajaan sedang menyiasat kemungkinan penukaran tanah tersebut melibatkan penyalahgunaankuasa dan rasuah.

Manik Urai : Korban Politik?????

Ramai cerdik pandai UMNO tertipu dengan 'penghormatan' yang diberi oleh parti untuk bertanding di dalam sesuatu pilihanraya terutama pilihanraya kecil.

Kebanyakan mereka merasakan atau perasan kononnya pucuk pimpinan memilih mereka atas dasar merit. Mereka pun berasa gah dan mula pasang angan-angan akan menjadi kaya dalam sekelip mata. Mereka berangan akan mengisikan tembolok mereka sebelum mereka digugur oleh UMNO negeri yang akan mencantas mereka yang naik melalui 'payung terjun'.

Berapa ramai yang telah terkorban atau berkorban atau bertanding untuk di'sembelih' hidup-hidup. Seorang penjawat awam dari KETARA sanggup melepaskan jawatannya kerana merasa silau dengan 'kilauan emas' tetapi kecundang.

Seorang senator merangkap timbalan menteri perasan dengan kepercayaan yang diberi oleh UMNO Pusat, melepaskan jawatannya, lalu bertanding di Kuala Terengganu akhirnya yang dikejar makin pecut meninggalkannya, yang dikendung berderai jatuh satu, satu.

Samalah kesnya yang di Bukit Gantang terpaksa melepaskan jawatannya yang lumayan kerana di'tipu' hidup-hidup untuk bertanding melawan Ir.Nizar.

Sekarang CEO Kesedar sanggup melepaskan jawatan yang lumayan mengejar fatamorgana atas menerima kononnya kepercayaan oleh UMNO kepadanya.

Sebenarnya mereka menjadi korban politik. Mereka di'sembelih' secara terhormat. Mereka tidak membuat sifir politik apabila menerima pelawaan boss mereka supaya bertanding.

Yang sebenarnya mereka ini berkorban untuk politik atau menjadi korban politik?

Monday, June 29, 2009

Junjung Kasih Tuanku

Patik dari golongan bawahan ini menyokong penuh segala keperihatinan Tuanku mengarah supaya pandangan Majlis Agama Islam Negeri diperolehi terlebih dahulu berhubung dengan cadangan pindaan kepada undang-undang yang berkaitan dengan penukaran Agama dan undang-undang keluarga Islam. (Wilayah Persekutuan).

Diharapkan Majlis Agama Islam Negeri memberi pandangan tanpa takut kepada tekanan politik. Berilah pandangan sebagaimana dikehendaki oleh Islam. Tiada kompromi dalam bab akidah dan prinsip Islam.

Patik khuatir sesetengah orang politik takut kepada tekanan dari NGO-NGO bukan Islam serta sesetengah ahli politik yang beseteru dengan Islam dan takut kerana kepentingan tertentu.

Junjung kasih Tuanku. Rujuk laporan BERNAMA seperti di bawah :

KUALA LUMPUR 29 Jun - Majlis Raja-Raja hari ini memutuskan supaya pandangan Majlis Agama Islam Negeri diperoleh terlebih dahulu berhubung cadangan pindaan undang-undang yang berkaitan penukaran agama dan pindaan kepada undang-undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan).

Pada satu mesyuarat khas itu, Majlis Raja-Raja membuat keputusan untuk menangguhkan cadangan pindaan tersebut, demikian menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan hari ini.

Mesyuarat selama dua setengah jam di Istana Negara itu dipengerusikan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin turut berangkat ke mesyuarat itu.

Menurut kenyataan itu, semua Raja hadir kecuali Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Tengku Abdullah; Sultan Kelantan diwakili Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra; Sultan Perak diwakili Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Pemangku Raja Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.
- Bernama

Manik Urai : Bukan takut, tapi kurang berani

Mesejnya,

Mereka kurang berani menghadapi kenyataan,
Kurang berani menghadapi masalah,
Tidak yakin dengan kebolehan,
Akhirnya UMNO terima padah.

Negara maju semuanya berdebat,
Tak cakap banyak, cakaplah dua-tiga kerat,
Takkan itu pun tak larat,
Acah sikit dah rasa tenat?

UMNO ibarat kereta pamcit,
Kokok sekampong, ekor gelumang taik,
Ajak berdebat cirit-birit,
Kalau camni, UMNO turun, PAS naik.

Sunday, June 28, 2009

Manik Urai : Sharp-Shooter

Lompat bukan sebarang lompat,
Lompat keluar balang kaca,
Cacat bukan sebarang cacat,
Cekap menembak Serbuk lada.

Rancak Bertutur setiap detik,
SiBurung Tiong, Si-Rajawali,
Dilarang tegur, dilarang kritik,
Apa, sudah setaraf maqam wali?

Nota: Gambar hanya hiasan, tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.

Manik Urai : UMNO bohong di Parlimen ~ Tipu Rakyat Kelantan

Ini bukan jual ubat di kaki lima. Ini bukan jual durian di tepi jalan. Ini buka lelong di pasar malam. Ini Parlimen Malaysia, tempat Dewan Rakyat dan Dewan Negara bersidang. Tempat Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat untuk berbahas dan natijahnya keluarlah satu undang-undang, satu ketetapan dan satu dasar untuk rakyat.

Dewan Rakyat sungguh mulia tempatnya. Tiada tempat untuk Ahli Parlimen datang makan angin atau datang untuk melelapkan mata. Kedatangan mereka berbayar. Perbahasan mereka berbayar, berbaloilah keluar air liur bersembur-sembur. Dewan yang mulia ini tiada tempat untuk Ahli Parlimen yang tidak membuat kerja rumah, datang untuk berbohong. Memberi jawapan dengan berbohong. Berbahas dengan berbohong.

Mana-mana ahli Parlimen yang berbohong seharusnya diusul supaya gaji dipotong sebanyak RM10.00. Amat memalukan. Melanggar sumpah Parlimen. Mencemar kemuliaan Parlimen. Kawasannya tidak mereka berbohong kerana perbahasan di Parlimen tidak disiarkan terus menerus, kononnya memakan perbelanjaan yang banyak. Sila baca di sini.

Manik Urai : UMNO nangis macam budak

Teringat saya semasa zaman kecik-kecik dahulu. Selalu bergaduh dengan kawan-kawan, tapi tak adalah sampai bertumbuk-tumbuk, bercakar-cakar dan bermaki-makian. Cuma semasa bergaduh tu, kawan saya tu adalah cakap kat saya, 'Rumah kita lebih besar dari rumah awak tau. Baju kita lebih cantik dari baju awak tau. Kueh kita lebih sedap dari kueh awak tau.'

Saya tak tahan dengar herdikan kawan saya tu, lalu saya berlari balik tinggalkannya sorang-sorang. Kawan saya nangis-nangis lantas berkata, 'Awak jangan tinggalkan kita, kita tak ada kawan tau. Nah ambik kueh ni.'

Saya tak kesah lalu berlari balik ke rumah tinggalkannya menangis sorang-sorang.

Rupa-rupanya, nostalgia 50 puluh tahun lalu berulang kembali. Adalah YB dari Paguh tu cakap, 'Kita UMNO Islamik daripada awak PAS'. 'Awak PAS kena mohon ampun dari Allah kerana terlampau banyak dosa.' Sila tengok sini theMalaysianInsider .

PAS sepatutnya jangan ambik kesah si YB dari Paguh tu, tinggalkan dia nangis sorang-sorang. PAS harus bergerak pantas selaras dengan kehendak semasa dengan slogan 'PAS for All'.

PAS / Pakatan Rakyat tak ada masa untuk 'bergaduh' dengan UMNO. Selagi PAS melayan 'karenah' serta 'rengekan' UMNO, selagi itu PAS / Pakatan Rakyat membuang masa untuk membela rakyat.

ADUN Mahkamah Sokong Burung Tiong Emas

Si mamak Adun Mahkamah mengecam sesiapa yang mengecam Si Burung Tiong Emas Adun Sangkar Emas, kononnya Si Burung Tiong itu bukan ahli poitik.

Kalau Burung Tiong itu bukan ahli politik masakan beliau boleh mengkritik orang politik. Orang yang ahli dalam politik sahaja yang faham karenah orang poltik.

Si Burung Tiong Emas itu diminta masuk balik ke Sangkar Emasnya dan baca banyak-banyak kitab politik. Jangan nanti setiap kali kena asah lidah baru nak bercakap pasal politik.

Saturday, June 27, 2009

Alahai Zulkifli Noordin....petahnya

Ada sahabat ajak pergi dengar kuliah maghrib di Surau Annur tadi. Katanya Zulkifli Noordin Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu ada memberi kuliah. Saya memang dah lama 'reserved' dengan YB ni. Ntah terasa nak pergi pulak. Wah, imejnya dah bertukar, dah beserban hitam, macam mufti nampaknya.

Beliau dikurniakan petah bercakap, mungkin kerana latarbelakangnya seorang peguam kot. Daripada dulu sampai sekarang, beliau amat 'cynical' dengan PAS. Yang selalu keluar dari mulut dia seolah orang PAS ni hanya pandai bertakbir "AllahuAkbar' tapi 'habuk' pun 'tarak'.

Adalah satu dua perkara yang saya bersetuju dengannya, tetapi secara amnya, beliau lebih mendatangkan beban kepada Pakatan Rakyat.

Baru setahun 'duduk' dalam Parlimen tapi sudah mula menidakkan peranan ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat terutama PAS, walaupun dia berkias-kias tanpa menyebut PAS secara 'direct'. Beliau berkata beliau tidak pernah mendengar sepatah perkataan pun tentang perjuangan Islam oleh Ahli Parlimen yang beragama Islam terutama dari mereka yang kononnya berjuang Islam. (ditujukan kepada PAS).

Saya rasa beliau ni lebih baik bersama katak lompat dari Pasir Mas daripada duduk di dalam Pakatan Rakyat, mendatangkan beban saja.

Manik Urai : Debat Agong UMNO ~ PAS


Kemelut pertikaian politik di antara UMNO dengan PAS tidak ada kesudahan. UMNO berbangga dengan kebangsaannya, manakala PAS tetap di atas landasan Islam, menegakkan tuntutan Islam dan pembelaan semua kaum di atas prisip keadilan Islam.

PAS perlu menjelaskan kepada rakyat apa kehendak Islam keatas umatnya dan apa hak dan tanggungjawab umat ke atas Islam. Pemimpin PAS perlu menyatakan peranan serta tanggungjawab mereka kepada rakyat dan Islam.

Justeru itu UMNO perlu berada di pentas untuk berhujah dengan PAS, biar rakyat yang menjadi hakim. Kosongkan fikiran sejenak, ketepikan soal parti, ketepikan keegoan masing-masing dan pinggirkan perasaan benci-membenci jika ada walaupun sekelumit, maka dengarlah dengan rasional apa-apa hujah yang akan dikeluarkan oleh pemimpin PAS dan UMNO.

TG Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menjemput Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan 'once and for all' kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara UMNO dan PAS. Baca sini Utusan .

Masyarakat Islam dan bukan Islam memang ternanti-nanti Debat Agong yang InsyaAllah akan menjadi kenyataan sedikit masa lagi dan dijangkakn DS Najib tiada masalah untuk menerima jemputan debat tersebut.

Pertikaian serta percanggahan idea tidak akan selesai di media cetak mahupun letronik kerana ada unsur-unsur manipulasi, maka jalan penyelesaiannya ialah berhujah secara berdepan dan disiar secara langsung di semua stesen TV.

Hebat Sungguh Ikon Ini

Kesan hiburan ke atas makhluk yang bergelar manusia sangat tinggi. Pemergian satu ikon yang merupakan Raja Pop dunia amat hebat, malah melebihi kehebatan seorang pemimpin tertinggi di sesebuah negara. Raja Pop ini berjaya meng'gila'kan remaja di seluruh dunia. Jutaan remaja, malah dewasa pun berjaya di'lalai'kannya.

Popularitinya mengalahkan ikon-ikon lain yang satu jurusan dengannya, walaupun Farrah Fawsett 'pergi' sama waktu dengannya tetapi tidak mendapat publisiti sepertinya. Kehebatannya mengalahkan tokoh-tokoh lain, hatta tokoh politik 1 Malaysia pun kalah dengannya.

Ini dibuktikan dengan liputan yang diberi oleh media di dunia, mahupun media di Malaysia sendiri. Ia mendapat penghormatan di muka depan dan menguasai setengah muka surat.

Manik Urai : Jahil Bahasa Kiasan

Pemuda UMNO Kelantan sudah buat laporan polis berkaitan ceramah TGNA. Tengku Razaleigh pun tanpa segan silu, walaupun pernah bersama TGNA semasa dalam APU dahulu, turut mengkritik 'keterlaluan' TGNA. Kini giliran Mustapa Mohamed pula mengherdik TGNA.

Apa bahayanya ceramah TGNA? Apa 'seditious'nya ungkapan TGNA? Apa bisanya tuturkata TGNA sehingga veteran politik macam Ku Li pun terasa pedih. Apa pedihnya bicara TGNA sehingga Ketua UMNO Kelantan pun turut terasa pedihnya? Kalau setakat pemuda UMNO terasa kecil hati, itu kita faham sebab mereka ni muda-muda lagi, masih kurang cerdik sehingga buat laporan polis dan mencadangkan ISA dikenakan.

TGNA hanya berkata UMNO ni SEMACAM ajaran sesat Ayah Pin dan komunis.

Jikalau kita kata kepala si anu keras semacam batu, adakah memang kepala si anu itu betul-betul batu?

Jikalau kita kata tangan si anu sejuk semacam air batu, adakah tangan si anu itu betul-betul air batu?

Jikalai kita kata pemuda itu perangai semacam pelesit, adakah pemuda itu betul-betul pelesit?

Jikalau kita kata pemuda itu alim-alim kucing, adakah pemuda itu betul-betul kucing?

Jadi di dalam hal ini, UMNO kena faham betul-betul sifat-sifat ajaran sesat Ayah Pin, sifat-sifat komunis, sifat-sifat batu, sifat-sifat air-batu, sifat-sifat pelesit dan sifat-sifat alim-alim kucing.

Adakah sifat-sifat tersebut di atas betul-betul ada di dalam UMNO, ada sikit-sikit dalam UMNO, tidak ada langsung dalam UMNO, atau UMNO lebih baik dari segala-galanya?
Biasanya siapa makan lada dia yang rasa pedasnya. Siapa yang makan nangka dia yang kena getahnya. Siapa yang makan suap, dia yang tahu enaknya.

Kalau yang sudah veteran-veteran ni kenalah faham bahasa-bahasa kiasan, kalau tak faham lagi lebih baik bersara saja. Kalau budak-budak hingusan, itu almaklumlah, kenalah korek lagi ilmu kiasan, baru terjun dalam kancah politik.

Friday, June 26, 2009

UG : Lebih baik Toreh Pokok Getah

Aduhai Ahmad Maslan. Usah lagi mengharap UG. Buang masa saja. Orang dah tak sudi, 'balik'lah. Muka tak malu ke? Kalau nak perpaduan sangat, petik kata TGNA, bubarkan UMNO dan PAS, laksanakan Islam. Berhajat ke?

Lebih baik saudara pergi ke Manik Urai dan torehkan semua pokok-pokok getah di sana. Hasilnya saudara faraidkan penduduk setempat. Risau satu je, 'habih mapuh pokok getoh ambo'.

Selepas saudara toreh, saudara tebangkan dan buat tanaman semula.

Dikhabarkan saudara ni suka kepada warga mas, tapi jangan dimusim pilihanraya saja. Harap saudara pergi ziarah semua warga mas di Manik Urai menjelang hari mengundi nanti. Ingat tau warga mas saja. Jangan usha anak warga mas pulak, nanti saudara bertambah pulak 'cawangan' di Manik Urai. Baca kat Sini.

Baru-baru ini Ketua Pemuda UMNO buat projek masuk kampong selama 3 hari. Kononnya nak dekati pemuda kampong dan bukak bengkel motor. Hebat tu, dalam 3 hari bukak bengkel. Kalau tak motor barai, wujudlah mat rempit segera.

Manik Urai : Sekali UMNO, Terus UMNO

Sekali UMNO. Terus UMNO. Dulu, kini dan selama-lamanya. Walaupun banyak tidak berpuas hati dengan UMNO, tapi darah UMNO telah sebati meresap setiap urat sarafnya. Dia naik dipersada politik UMNO ketika di zaman Allahyarham Tun Abdul Razak.

Beliau pernah bertanding jawatan Presiden UMNO berlawan dengan Tun Mahathir pada tahun 1987 dan kalah tipis sekali. Setelah UMNO diharamkan, beliau tubuh Parti Semangat 46. Pada ketika ramai orang menjangkakan kerjaya politiknya telah malap, tiba-tiba beliau bubarkan Parti Semangat 46 dan masuk semula ke dalam UMNO. Yang sebenarnya bukan beliau masuk UMNO, tetapi UMNO telah meresap ke dalam badannya.

Pada pemilihan UMNO baru-baru ini,beliau menawarkan dirinya bertanding jawatan Presiden tetapi tidak memperolehi cukup pencalonan. Walaupun beliau nampak tidak sehaluan dengan Mahathir dan Abdullah Badawi, namun beliau masih menumpahkan taat setianya kepada UMNO.

Sebagai buktinya, beliau masih turun berkempen berjumpa dengan penduduk Manik Urai di Sekolah Kebangsaan Manik Urai. Beliau turut mengkritik TG Nik Abdul Aziz yang menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan komunis. Ku Li bersama dengan Semangat 46 sanggup dan bersetuju bergabung dengan PAS dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dahulu kerana beliau menerima Islam itu sebagai Addeen. Ketika itu beliau tidak nampak pimpinan TG Nik Abdul Aziz ada cacat celanya, rupa-rupanya beliau berpura-pura. Darah UMNO telah menyelinap di setiap urat sarafnya, sehingga dituris pun akan memancar cahaya dan kilauan U - M - N - O .

Beliau tidak dapat menyembunyikan kepura-puraannya dan kerana dek tinggi melangit cita-citanya serta merasakan tidak mungkin tercapai jika beliau selama-lamanya bersama PAS, lantas keluar dari gabungan APU.

Begitulah, sekali UMNO, terus UMNO. Ada orang membakar jambatannya dengan UMNO, tetapi membina sebatang lagi jambatan dan terus utuh sehingga sekarang.

Membantu untuk disiksa

Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. Sebab nila setitik rosak susu sebelanga.

Kes pembantu rumah disiksa dan didera seperti hamba abdi banyak dipaparkan di dada akhbar. Kekadang susah nak percaya, tergamaknya hati majikan yang terbabit berkelakuan ganas seperti itu. Ada majikan yang menseterika badan pembantu rumahnya, ada yang menyimbah air panas di muka dan badan, ada yang mengetuk dengan lesung sambal dan berbagai-bagai lagi.

Tetapi di dalam kes yang berlawanan ada juga pembantu rumah melawan 'towkay'. Ada kes pembantu rumah menggigit tangan majikan kerana tidak tahan leteran, ada yang mengkelar leher majikan dan macam-macam lagi.

Walau apapun tindakan majikan yang tidak berhati perut ini menimbulkan satu keresahan ki kalangan pemimpin Indonesia sehingga mereka mengambil keputusan mulai semalam memberhentikan sementara penghantaran pembantu rumah untuk bekerja di Malaysia sehingga perbincangan mengenai kajian semula memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara itu diselesaikan. Sila baca di sini.

Sedikit sebanyak perasaan pemimpin Indonesia terguris berkait dengan perilaku sesetengah majikan yang tidak bertamaddun itu. Kerana mereka, ramai lagi majikan yang memerlukan pembantu-pembantu rumah terjejas dan menghadapi kesulitan.

UG : Murai pun turut berkicau

Adalah anak murai kat Perlis tu. Mungkin tak cukup makan, atau sejuk duduk dalam sarang atas pokok. Dia dah mula mengicau-ngicau sekarang. Dia kecewa dan kesal dan mintak media terutamanya media yang dikuasai oleh Barisan Nasional dapat membezakan antara kepemimpinan Ulama di dalam PAS dengan ulama di zaman para Nabi SAW dahulu.

'Peranan dan ketokohan Rasullulah SAW dahulu adalah perjuangan yang cukup luas sehingga melewati sempadan Agama, politik, ekonomi dan sosial serta kehidupan,' kata murai tersebut. theMalaysianInsider.

Sekarang semua juak-juak UMNO, dari sebesar-besar Tiong Emas sehingga sekcil-kecil Murai bertutur, mengicau-ngicau pasal tak jadinya Kerajaan Perpaduan. Jadilah pungguk merindu bulan. Jangan jadi kempunan makan telur ikan tebakul.

Kenapa anak murai tu tak suruh media pro UMNO buat liputan bagaimana pula dengan ulamak dalam UMNO, Burung-Burung Tiong Emas kat 'sangkar-sangkar' emas sana, Prof-Prof kangkung kat Universiti, juru ulas kat TV dan balaci-balaci murahan?

Thursday, June 25, 2009

Pemuda UMNO Kelantan : ISA kan TG Nik Aziz.

PAS tidak pernah menganggap pempimpin PAS terutama TGNA mahupun TGHA itu maksum. Mereka manusia biasa. Mereka pun melakukan kesalahan. Cuma yang berbeza mereka dengan pemimpin UMNO, mereka boleh mengaku dan menerima kesalahan yang mereka lakukan, terus bertaubat dan memaafkan sesiapa tanpa perasaan dendam dan sebagainya.

Ahli PAS tidak pernah mempertahankan pemimpinnya jikalau sesuatu kesalahan yang dilakukan menyalahi Syarak ataupun Undang-Undang Negara. Tetapi jika mereka yang sudah kekeringan isu, lemas dengan keadaan di Manik Urai,tiba-tiba buat kerja yang 'kurang cerdik', itu amat malang sekali.

Mereka ingin mencari publisiti murahan serta menagih simpati dengan pengundi di Manik Urai. Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan, Anuar Safian, telah membuat laporan polis di Balai Polis KOta Baru pada pukul 10.30 pagi tadi kononnya mohon pihak berkuasa membuat penyiasatan ke atas ucapan TGNA pada 21 Jun yang lepas di Kampung Laloh, Manek Urai ketika menyampaikan ceramah.

Beliau dengan 'kurang cerdik'nya menganjurkan pihak polis menyiasat TGNA di bawah Akta Menghasut 1948 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 kerana menimbulkan keresahan kaum dan ketenteraman awam konon. 'Kerja-kerja' seperti ini bukanlah perkara baru. Memang sifat UMNO sebenar terselah. Mereka begitu 'arrogant'. Mereka jangka polis sentiasa berpihak kepadanya.

Itulah senjata yang paling ampuh bagi UMNO, meng'ISA'kan sesiapa saja yang boleh mengharu-birukan persada politiknya. Yang sebenarnya laporan polis itu diibaratkan talkin untuk UMNO di PRK Manik Urai. Pengundi Manik Urai boleh menilai ucapan TGNA samada berupa hasutan atau penerangan. UMNO melihatkan sesiapa berucap supaya jangan mengundi UMNO, akan dikira sebagai ucapan hasutan. Bila agaknya UMNO hendak bersikap 'gentleman' (bukan awang lembut). Lihat sini mStar.

Selebriti Bersekedudukan Jadi Promoter Pelancongan


Jean Todt, orang kuat Ferrari F1 dan Michelle Yeoh satu pasangan seperti belangkas ketika Grand Prix F1 berlangsung. Kedua-dua selebriti tersebut bukan beragama Islam. Dikhabarkan mereka telah bertunang dan belum dengar berita lagi mereka telah berkahwin.

Selebriti-selebriti di Hollywood, Eropah mahupun di Hong Kong dan Bollywood hidup bersama sebelum nikah adalah perkara biasa. Bahkan mereka bangga apabila mendapat anak 'haram'.

Farrah Fawcett, bintang Charlie's Angels bersekedudukan dengan Ryan O'neil dan mendapat anak 'haram'. Farrah yang bergelut dengan maut kerana menghidapi kanser 'anal' masih belum berkahwin secara sah mengikut agamanya. Dan ramai lagi selebriti yang hidup bersekedudukan begitu.

Gejala ini telah menular ke timur termasuk Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia tiada lagi selebriti yang tampil membuat pengakuan hidup sebagai suami isteri secara 'haram'. Yang kena tangkap berkhalwat ramai jugak.

Di Parlimen kecoh pasal Jean Todt dibayar sebegitu banyak wang untuk tujuan pelancungan konon. Sila baca sini.

Perlantikan beliau untuk promosi sektor pelancongan memberi satu contoh yang kurang sihat kepada remaja. Pasangan yang telah lama hidup bersekedudukan tanpa berkahwin secara sah disisi agama mereka memberi gambaran seolah-olah selebriti-selebriti yang lain di Malaysia juga mampu dan berpotensi untuk hidup bersekedudukan tanpa nikah/berkahwin.

Bagi yang bukan Islam, dari segi moralnya juga memberi gambaran buruk kepada remaja dan penduduk setempat.

Mungkin dasar 1Malaysia bertujuan untuk menyuburkan lagi selebriti-selebriti hidup bebas dan orang awam meniru gerak-geri mereka.

UG : 'Berfatwa Lagi'

Akhir-akhir ini ramai orang bercakap pasal Islam. Ramai yang berhujah pasal perpaduan Islam. Ramai sudah insaf dan memperkatakan perkara-perkara wajib di dalam Islam. Wajib adalah satu suruhan dari Allah SWT yang mesti dilakukan, mesti dilaksanakan oleh orang Islam yang berakal lagi baligh. Menunaikannya akan mendapat pahala manakala meninggalkannya akan mendapat dosa. Semua orang Islam mengerti di mana tempat kesudahannya jikalau mendapat pahala dan sebaliknya jika mendapat dosa.

Ada juga yang bercakap pasal mendapat barakah dari Allah SWT. Melaksanakan Kerajaan Perpaduan akan mendapat barakah.

Untuk mendapat barakah, bukan setakat perpaduan umat, segala arahan Allah SWT mesti dipatuhi dan dilaksanakan. Untuk menarik rahmat Allah SWT dan untuk mendapat barakah segala larangan Allah SWT juga mesti dihindarkan dan dijauhi.

Segala maksiat dan kemungkaran dimana UMNO/BN berkuasa menghalangnya seperti rasuah, judi, hiburan melampau, menutup aurat, pergaulan bebas bukan mahram, Akta Zalim ISA dan banyak lagi yang UMNO/BN serta ULAMAK di dalamnya amat mengetahui wajib dihapuskan.

Perlaksanaan ajaran Islam bukan berpilih-pilih mengikut sesedap rasa dan nafsu sendiri.

Maka berfatwalah Presiden UMNO :

'Saya nampak kebanyakan orang Islam mempunyai pendapat yang sama dalam hal ini kerana perpaduan dan usaha-usaha untuk memperjuangkan kepentingan umat Islam merupakan suatu yang wajib diperjuangkan dan dilakukan.'

'Dari satu segi lain, langkah ini juga adalah untuk kita mendapatkan barakah dalam apa jua kita lakukan. Sebab itu, jika ini yang dianjurkan agama, kita sepatut mengikutnya dan jangan biarkan soal politik mengatasi tuntutan agama,'' katanya selepas majlis perasmian Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2009 di sini, hari ini
.' Utusan .

UG : Fatwa Burung Tiong Emas

Maka berfatwalah siburung tiong, 'maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam.' Tiada seorang Islam pun berani menyanggah fatwa siburung tiong itu. Mereka tidak berani menyanggah fatwa tersebut bukan kerana apa yang difatwakan, tetapi kerana Nabi SAW telah mengajar umat Islam tidak boleh memutuskan tali persaudaraan Islam.
Utusan.

Jikalau siburung tiong itu tidak berfatwa sekali pun, mereka tetap menjunjung tinggi arahan Nabi SAW.

Siburung Tiong memang tidak tahu membaca, siang malam 'terkurung' di dalam 'sangkar emas'. Yang dia tahu, berfatwa dan terus berfatwa, patuk dan terus mematuk pisang emas dan menghirup air dari 'bejana' perak. Membuat fitnah sambil berfatwa, sekaligus menghilangkan kredibiliti sebagai Burung Tiong Emas. Fitnah yang berat lagi amat jahat, mengatakan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam yang dengan jelas menujukan kepada PAS, sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik mereka.

Selaku Burung Tiong Mas, beliau tidak perlu risau tentang kegagalan membentuk kerajaan perpaduan Pas-UMNO. Yang menghairankan Burung Tiong pun terliur dengan politik. Keluarlah dari sangkar emas sekarang dan terbang bebas, pergilah mengaji ilmu politik.

Jikalau setakat menjenguk dari sangkar emas, pagi petang mengembungkan tembolok, terus mengamalkan politik perkauman yang sempit, usah membuat fitnah tanpa usul periksa, ini ditegah oleh Islam. Fitnah itu ibarat membunuh.

Si Burung Tiong Emas ini membandingkan DAP dengan PAS. Kononnya DAP sanggup bersatu dengan parti kaum cina yang lain demi kejayaan kaum sendiri.

Untuk maklumat Si Burung Tiong Emas, PAS, PKR dan DAP bersatu di dalam Pakatan Rakyat untuk menumbangkan UMNO/BN dengan secara gentleman melalui institusi demokrasi, bukan dengan cara merampas kuasa seperti di negeri Perak.

Kenapa Si Burung Tiong Emas tidak berfatwa dan berlagu girang tentang peristiwa yang mengaibkan itu? Apa yang Si Burung Tiong Emas hendak bermadah dengan peristiwa manusia mengheret manusia di DUN Perak.

Maka bertutur lagi si Burung Tiong Emas 'Saya sebenarnya amat berharap benda ini (kerajaan perpaduan) jadi (kenyataan) sebab saya sendiri memperjuangkan supaya masyarakat Melayu dan Islam ini bersatu.'

Tidak tahu pulak hamba bahawa Si Burung Tiong Emas ini perjuang kepada kerajaan perpaduan. Rupanya UMNO berminat membina Kerajaan Perpaduan apabila UMNO berada diambang merudum. Semua orang Perak amat maklum, UMNO di Perak selepas PRU12, merudum. Tertiarap dengan sebak di dada. Merintih siang dan malam. Oleh kerana Si Burung Tion Emas merasakan dirinya tidak selamat, merasakan sangkar emasnya mungkin berganti penghuni, maka di'perjuang'kannya agar UMNO dan PAS bersatu konon. Tetapi perancangan yang tidak direstu itu gagal.

Untuk maklumat wahai si Burung Tiong Emas, dari hamba yang jahil ini, hanya, se nya perpaduan itu tidak terbina di atas bangsa dan suku kaum walaupun ribuan keping emas dirham ditaburkan, ia tertegak di atas landasan Islam, ia terbina di atas benteng Islam, dengan matlamat yang satu, meng-esakan Allah SWT dan menegakkan hukum hakamnya.

Wednesday, June 24, 2009

Terengganu: Setakat Berdaya Saing aje lah

Negeri Terengganu menduduki tangga ke-29 dalam senarai negeri paling berdaya saing di dunia seperti dikeluarkan oleh Institute of Management Development yang berpangkalan di Switzerland, kata Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Datuk Nik Zainiah Abdul Rahman.

Ini kerana Keluaran Dalam Negeri Kasarnya yang tinggi disebabkan kemudahan infrastuktur yang mapan dan keberkesanan segmen perniagaan dalam sektor swasta. Bernama .

Saya berkeyakinan ia disenaraikan berdaya saing kerana hanya berdasarkan faktor minyak semata-mata. Sejauh mana Kerajaan negeri mengeksploit hasil minyak dan mengwujudkan peluang pekerjaan kepada rakyatnya, satu perkara yang perlu dipersoalkan dan titikberatkan.

Kalau dah berdaya saing tetapi rakyatnya miskin bermakna Kerajaan tidak pandai mengurus dan menggunakan sepenuhnya segala potensi, segala peluang dan khazanah yang ada yang Allah kurniakan.

Bubar DUN Perak ...Kredibiliti BN Pulih?????

Bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan ketika berucap di satu majlis yang dianjurkan oleh Chevening Alumni of Malaysia, mahu penentuan jawatan Menteri Besar hendaklah oleh rakyat dan bukannya Mahkamah.

'Serahkan kepada rakyat, biar rakyat yang menentukan kerana rakyat tidak akan berpuas hati selagi mereka tidak menentukannya. Apabila rakyat menentukannya, semua pihak akan berpuas hati dan menerimanya,' katanya lagi.

Beliau juga berkata, BN sepatutnya berani menghadapi pilihanraya dan menggugurkan segala tuduhan ke atas DS Anwar Ibrahim, jika mahu kredibilitinya pulih segera.

BN hanya perlu buat perkara yang betul, inteligens rakyat tidak boleh diperendahkan. Rakyat sekarang bukan lagi bodoh untuk dipermainkan. Rakyat sudah dapat membaca situasi politik tanah air dan tidak perlu dipaksa-paksa untuk menerima sesuatu isu.

Beliau berkata lagi, kalaupun BN kalah dalam pertaruhan tetapi ia masih boleh menang dalam pertandingan yakni dalam PRU13 nanti.

Beliau menengok kes ini seolah-olah BN menyekat kehendak rakyat. Wakil Suruhanjaya Tinggi British, Boyd McCleary di dalam soal jawab bersetuju dengan pandangan Ambiga, bahawa keadaan Kerajaan tidak harusnya menyekat kehendak rakyat Perak. theMalaysianInsider .

Fitnah Sekolah Pondok

BANGKOK, 23 Jun (Bernama) -- Satu kumpulan pemisah, yang berjuang bagi kemerdekaan tiga wilayah yang majoriti penduduknya beragama Islam di Selatan Thai, menafikan laporan Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) bahawa sistem sekolah pondok Islam digunakan untuk menyebarkan keganasan.

Ketua Hal Ehwal Antarabangsa bagi Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO) Kasturi Mahkota berkata pihaknya percaya laporan seumpama itu bertujuan untuk memburuk-burukkan sistem sekolah agama di wilayah selatan.

Tambahan pula, katanya, kehidupan yang aman di pondok yang menjadi pusat pendidikan dan institusi yang dihormati masyarakat kini banyak diganggu dengan elemen campur tangan Thai.

"Daripada campurtangan dengan institusi agama di Pattani yang menekankan pengajaran dan nilai moral, kenapa tidak kerajaan Thai melihat sendiri keadaan sistem pendidikannya," soal Kasturi dalam kenyataannya yang dimuatkan ke dalam laman web PULO.

Katanya laporan "merekrut militan di selatan Thai" yang dikeluarkan pada Isnin nampak seolah-olah dibuat untuk kepentingan dan bagi pihak pergerakan ultra-nasionalis Thai yang jelas menunjukkan mengenai kekurangan etika kewartawanan yang neutral dalam membuat liputan mengenai konflik di Pattani.

Dalam laporan itu, ICG berkata sekolah swasta Islam atau pondok telah menjadi pusat pembiakan bagi pemberontak memandangkan kumpulan pemisah menggunakannya sebagai tempat untuk merekrut dan melatih remaja Islam.

Lebih daripada 3,500 orang terbunuh dalam siri keganasan sejak kumpulan pemisah menyambung semula kempen bersenjata pada Januari 2004 bagi mendapatkan kemerdekaan bagi tiga wilayah iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat yang mempunyai penduduk majoriti Islam. BERNAMA

al-brangi :

Satu laporan yang bersifat prejudis kepada Pendidikan Islam terutama yang bersifat 'pengajian pondok'. Satu laporan yang berniat jahat bertujuan melumpuhkan kebangkitan Islam.

Tidak mustahil di Malaysia nanti pengajian seumpama itu akan menjadi 'duri dalam daging' kepada pemerintah yang kurang senang dengan kebangkitan Islam. Semasa di zaman Che Det, bantuan kesekolah-sekolah Agama memang dinafikan. Walau bagaimanapun sekolah-sekolah Agama yang berada di negeri-negeri Pakatan Rakyat masih mendapat bantuan dari Kerajaan Negeri.

Che Det juga menabur fitnah kononnya anak-anak yang dihantar ke PASTI dididik membenci pemerintah.

Musuh Islam tidak semestinya datang dari luar negeri, ia mungkin hanya di sebelah rumah kita, jika 'kepala otak' mereka jenis sekular.

Tuesday, June 23, 2009

UKHWAH ~ kata kuncinya


Apa yang peliknya dengan PAS. Apa yang hebatnya dengan PAS. Apa yang PAS ada tetapi tidak terdapat di parti-parti lain terutama UMNO.

Dalam UMNO, sesiapa menang akan menang semua. Siapa yang kalah, alamat balik awallah.
UMNO memang mengamalkan politik 'winner takes all'

Yang membezakan PAS dengan UMNO ialah 'UKHWAH'.

PAS pun, kalau hilang 'UKHWAH' di suatu hari akan 'hancur' juga.

Rapatkan saf dan jalinkan 'UKHWAH' sesama ahli.

Manik Urai : UMNO Balik Awal

Kesian kepada Ketua Pemuda yang bermasalah tu. Disuruhnya bawak budak-budak muda pergi meredah Manik Urai untuk berjumpa pemuda-pemuda Manik Urai dengan berbagai-bagai program. Bernama .

Ada yang buat program anak angkat, ada yang buat perlawanan persahabatan dan yang paling lucu membuka bengkel membaiki motor selama 3 hari mulai Khamis ini.

Dalam maa 3 hari ilmu membaiki motor dicurahkan. Ilmu membaiki motor akan jadi ilmu membarai motor. Lucu. Lucu.

Mereka juga akan pergi rumah ke rumah untuk mendengar segala permasalahan penduduk Manik Urai. Menyelesai masalah bukan semalam dua, sesaorang kena jadi 'Tok Wakil' semacam Pak Su Wel baru orang Manik Urai boleh bercerita segala masalah. Kalau setakat datang dengan seluar 'jeans' dan hisap 'Malboro' untuk mendengar masalah orang Manik Urai, nampaknya Pemuda UMNO kena pergi ke pondok Pasir Tumbuh dan mengaji di situ, lepas tu baru boleh datang semula ke Manik Urai.

UMNO sebenarnya memang terdesak. 'Track-record' wakil PAS yang lalu amat sebati dengan penduduk setempat. Kalau pemuda Kuala Lumpur datang dengan lagak 'Kuala Lumpur', ketawa mengilai kat Kampong, alamatnya UMNO balik 'awal'lah.

Chavez: Hormati Kemenangan

CARACAS 22 Jun – Presiden Venezuela, Hugo Chavez berkata, seluruh dunia perlu menghormati Iran serta kemenangan Presidennya, Mahmoud Ahmadinejad dalam pilihan raya Presiden baru-baru ini.

“Kami menggesa seluruh dunia supaya menghormati Iran kerana terdapat percubaan untuk melemahkan kekuatan revolusi Iran,” kata Chavez dalam ucapan mingguannya di radio dan televisyen semalam. AFP.

al-brangi : Kalaulah pemimpin UMNO/BN berfikiran macam pemimpin Venezuela itu, negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak akan menjalankan pentadbirannya tanpa diganggu-gugat. Kemelut di Perak tidak akan berpanjangan jika UMNO tidak 'menggangu' pemerintahannya.

Masalahnya, UMNO berfikiran hanya mereka yang tahu mentadbir. Mereka ingin menyakinkan rakyat hanya mereka yang pandai mentadbir. Mereka ingin memberitahu rakyat hanya mereka yang berhak mentadbir bumi Malaysia ini.

Yang sebenarnya mereka tidak mahu kehilangan kuasa. Bagi mereka kuasa adalah segala-galanya.

Monday, June 22, 2009

TG Nik Aziz : Nasha, Bachok Is Yours



UMNO menggigit jari lagi. Kerajaan Perpaduan terlepas tangan. Perpecahan PAS yang diharap-harapkan tidak kesampaian. Begitulah busuknya hasrat apabila sesuatu berita disensasikan. UMNO semakin kabur penglihatannya.

PAS kembali mantap. Semangat semakin jitu. Manik Urai semakin jelas. Saf semakin rapat. Perjuangan yang besar nilainya memerlukan pemimpin yang berjiwa besar.

PAS pernah diperlekeh. PAS pernah di'sekeh'. PAS pernah dihambat, dikepung, diserang sehingga bergelimpangan para syuhada di Memali. PAS pernah diterajang keluar dari Barisan Nasional. PAS pernah disekat dan sedang disekat bantuan wajib per kapita Kerajaan Persekutuan.

Hari ini, apa yang kusut telah dileraikan, apa yang terbuku telah dilembutkan, apa yang disangsikan telah terzahir dan apa yang terpendam telah diluahkan di dalam penuh ukhwah, penuh syahdu dan penuh keakraban.

TGNA telah menarik balik desakannya agar Ustaz Nasha melepaskan kerusi Parlimen Bacok. Selebihnya sila baca di sini . mStar.

UMNO Mendapat Boya Tamat Tempoh

UMNO sudah berada di ambang merudum. Tanda-tanda ke arah itu sudah jelas kelihatan. Rakyat telah menghukumnya di beberapa siri pilihanraya kecil seperti di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Penanti.

Tiba-tiba UMNO semacam mati hidup semula apabila PAS melontarkan boya kepadanya. Sila baca . Maka meraunglah riuh-rendah pembesar-pembesarnyanya mengucapkan kesyukuran kepada PAS. Semua bersepakat memuji PAS. Semua bergembira. Semua mengatakan PAS sangat jujur dan ikhlas. Media arus perdana saban hari memaparkan keikhlasan PAS. TV pro mereka pun tidak lepas peluang memuji-muji keikhlasan PAS.

Rupa-rupanya boya yang dilontar oleh PAS adalah boya yang tamat tempoh jangka hayatnya. Boya yang diisikan dengan 'gas' Kerajaan Perpaduan yang tamat tempoh petang tadi setelah semua sebulat suara, semua sepakat, semua bersatu hati di mana pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat menolak idea tersebut.

Maka dengan itu terkapai-kapailah semula UMNO/Barisan Nasional. Jelas suara kehampaan terkeluar dari mulut Presidennya, yang di antara lain berkata,

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap mampu untuk meneruskan agenda pentadbiran negara meskipun Pakatan Rakyat telah menolak idea kerajaan perpaduan yang dicadangkan PAS.

BN masih kukuh dan mampu melaksanakan program pembangunannya. Tidak timbul soal BN lemah sehingga perlukan kerajaan perpaduan." mStar

Semuanya dah jelas...Hanya di Pakatan Rakyat Sahaja

Alhamdullillah. Semua sudah selesai. Kemelut yang menghangatkan suhu politik tanahair. Kemelut yang membuat penyokong di akar umbi pening kebingungan.

Sah sekarang, apa-apa perkataan yang berbunyi Kerajaan Perpaduan, tidak boleh digunapakai lagi. Campakkan jauh-jauh. Jikalau ada terlintas di dalam ingatan, lupakan.

Pakatan Rakyat sudah berpakat, sudah bulat kata, sebarang usaha untuk membentuk Kerajaan Perpaduan dengan UMNO ditolak. Berita penuh, sila baca di sini .

Poster Yang Bernilai Komersial

Tertarik saya dengan paparan berita dari Malaysiakini yang bertajuk Poster Nik Aziz 'bernilai komersil tinggi'.

Lazimnya di dalam sesuatu pilihanraya gambar-gambar pimpinan tertinggi akan menjadi daya tarikan pengundi. Tidak mengapa gambar Presiden tidak dipasang di Manik Urai, yang penting gambar sesaorang yang boleh menjadi daya tarikan pengundi, hatta jikalau gambar Ketua Cawangan Manik Urai sekali pun, jika ia boleh menjadi daya tarikan pengundi, silakan.

Jangan dijadikan suatu isu berkaitan dengan sesuatu gambar, yang penting PAS menang di Manik Urai.

Ahli Parlimen PAS Kota Bharu, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah yang juga penasihat jentera operasi pilihanraya kecil tersebut, berkata "hanya poster Tok Guru Nik Aziz sahaja mempunyai nilai untuk menarik pengundi, sehingga "seorang imam di masjid mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Nik Aziz".

Tentang dosa-pahala memandang poster TGNA ni, saya kuranglah arifnya, kalau boleh berita-berita seperti itu tidak dihebohkan dan ditutup serapat-rapatnya kerana ia boleh mengundang fitnah. Dikhuatiri UMNO akan memanipulasi kononnya PAS menganjurkan penyokongnya menatap gambar Tok Guru untuk mendapatkan pahala.

MRR2: Pokok Bergoyang Tanpa Angin

Badan Perhubungan Umno Terengganu dirombak. Setiausaha, Ketua Penerangan dan Bendahari digugurkan daripada jawatan masing-masing semalam.

Ketua Umno Hulu Terengganu merangkap Speaker DUN Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dilantik sebagai Setiausaha menggantikan Datuk Rosli Mat Hassan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery bin Cheek dilantik sebagai Ketua Penerangan menggantikan Datuk Zuber Embong manakala Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus Datuk Rahin Mohd Said dilantik sebagai Bendahari menggantikan Datuk Roslan Awang Chik. mStar.

Rombakan itu tiada kena mengena dengan dua orang Datuk dan Senator yang ada kait mengait dengan SPRM berhubung dengan kes MRR2 baru-baru ini.

al-brangi: Tunggu dan lihat sahaja. Kot-kot pokok bergoyang tanpa angin.

Sunday, June 21, 2009

Air yang menitik , dapat membelah batu,

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap buruk padahnya.

Sebab pulut santan binasa, kerana mulut sahabat terseksa.

Cakap siang pandang-pandang,

Cakap malam dengar-dengar.

Look before you leap.

Air yang menitik , dapat membelah batu,

H1N1 ~ menguji ketahanan rakyat Malaysia

Apabila Yang Maha Pencipta mengharamkan babi, sudah pasti pengharaman itu penuh dengan hikmahnya, kerana Dialah Penciptanya, hanya Dialah yang maha mengetahui sebab musababnya.

Kenapa Allah SWT yang menciptakan babi, Allah SWT juga yang mengharamkan memakannya. Menyentuhnya pun dikehendaki melaui proses penyucian yang dinamakan samak. Sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia.

Manusia hanya mampu menggali dan menggali hikmah pengharamannya. Yang manusia mampu menggali dan berjumpa penyakit yang berpunca dari babi ini ialah apa yang dipanggil selsema babi ~ H1N1.

Namun belum berjumpa pun lagi satu vaksin yang paling mujarab untuk mengatasinya.

KUALA LUMPUR 21 Jun — Satu lagi kes Influenza A (H1N1) melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 11 tahun dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK (C) Jalan Davidson di sini disahkan hari ini, menjadikan jumlah kes Influenza A (H1N1) di seluruh negara sebanyak 50 setakat ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pelajar tersebut adalah rakan sekelas kepada kes terdahulu di sekolah berkenaan iaitu di Kelas 5(I), menjadikan kes Influenza A (H1N1) di sekolah itu kepada tiga, dua daripadanya kes penularan tempatan.

“Kami akan memantau sekolah itu dari dekat bersama guru-guru dan PIBG,” katanya kepada pemberita selepas melawat sekolah tersebut di sini hari ini.

Sebelum itu pelajar perempuan kelas yang sama telah disahkan menghidap penyakit itu pada pukul 6.30 pagi hari ini.

Menurut Liow kedua-dua pelajar perempuan berkenaan duduk berdekatan (di dalam kelas) dengan pelajar pertama sekolah itu yang mendapat jangkitan Influenza A (H1N1) selepas melawat Melbourne.

Berikutan itu Liow mengumumkan penutupan SJK (C) Jalan Davidson ditutup mulai 19 Jun (Jumaat lepas) sehingga 26 Jun minggu depan sebagai langkah pencegahan penularan jangkitan penyakit itu di kalangan warga sekolah.

Beliau berkata sepanjang tempoh penutupan, semua murid, guru dan kakitangan sekolah itu perlu berada di rumah masing-masing dan mengelak pergaulan dengan orang awam.

“Semasa tempoh kuarantin di rumah, mereka tidak dibenarkan menghadiri kelas tuisyen (bagi murid-murid), melawat tempat awam dan pergi ke majlis keraian.

“Semasa berada di dalam rumah, mereka juga dinasihatkan agar mengurangkan pergaulan dengan anggota keluarga lain yang tidak dikenakan arahan kuarantin itu,” kata Liow.

- BERNAMA

UMNO, MCA sudah gila talak

Penceraian adalah perkara yang halal yang paling dibenci oleh Allah SWT. Sebab itu, Agama menganjurkan supaya berfikir banyak kali sebelum melafazkan talak.

UMNO dan MCA sekarang diibaratkan sebagai sepasang suami yang gila talak. UMNO dengan apa cara cuba menggoda semula PAS. Pantang dia melihat PAS yang sudah bahagia dan sekali sekala UMNO melihat semacam PAS cuba menggodanya, maka cepat-cepat UMNO mengerahkan kerabatnya, mengarahkan saudara maranya supaya mendekati PAS.

UMNO amat maklum, untuk meneruskan agenda politiknya, ia perlu kepada PAS. Tiada pilihan lain, samada PAS datang kepadanya atau PAS di'lenyapkan' dari lanskap politik tanahair kerana UMNO sedar ia tidak mendapat sokongan dari kaum lain kecuali kaum lain itu adalah kerabat MCA atau MIC.

Manakala PAS, ia tidak memerlukan UMNO. PAS telah mendapat sokongan padu dari kaum lain kerana sifat PAS adalah untuk semua. Perkara ini yang amat didengki oleh UMNO. UMNO sungguh kecewa dan hiba apabila kaum lain telah memilih PAS. Kaum cina dan india telah menyakini PAS boleh memberi keadilan kepada semua. Kaum lain amat faham, mereka selaku warganegara Malaysia akan mendapat 'perlindungan' dengan PAS.

Samalah perihalnya dengan MCA. Ia cuba berjinak-jinak dengan DAP. MCA amat insaf serta sedar sekarang, kaum cina sudah lama bertukar arah memberi sokongan padu kepada DAP. MCA amat gerun apa yang Gerakan alami di Pulau Pinang apabila Gerakan jatuh merudum. MCA amat perlu kepada DAP untuk meneruskan kelangsungan politiknya sehingga PRU13, bahkan lebih jauh dari itu. Sila baca .

UMNO tidak dapat lari daripada faham perkauman yang sempit. Selagi ia bergerak ke arah itu, selagi itu kaum lain akan menjauhinya. Ini cuba disensasikan oleh Awang Selamat (baca sini) saban minggu walaupun Presiden UMNO cuba mencorak kembali lanskap politik yang sudah tercalar dengan gagasan 1Malaysia.

Manakala MCA pula cuba menjadi jaguh kepada kaum cina. Ia sudah terlambat kerana kaum cina sudah selesa bersama Pakatan Rakyat. Bagaimana mungkin orang yang telah selesa berada di dalam satu majlis yang penuh keriangan dan harmoni bersama Pakatan Rakyat, tiba-tiba MCA melaung supaya meninggalkan majlis itu dan masuk ke majlis bersamanya.

Manakala MIC, masih berangan, masih bermimpi di siang hari, masih bercakaran sesama sendiri, wal hal kapalnya sudah hampr karam. Mereka sepatutnya terus terjun dari kapal MIC dan berenang kepada Pakatan Rakyat. Kaum india yang lain sudah lama bersama Pakatan Rakyat.

Hari Bapa dan Tugas Bapa

Hari ini banyak SMS diterima, mengucapkan Hari Bapa kepada saya. saya kurang pasti di mana sejarahnya Hari Bapa ini.

Semalam anak-anak saya buat 'surprise' dengan menghadiahkan sehelai T-Shirt sempena Hari Bapa. Saya ucapkan terima kasih pada mereka dan berkata sambil berseloroh, "Kenapa warna biru? Kenapa tak hijau?"

Mereka menjawab, "Itukan biru Keadilan (PKR)."

Saya tersenyum, sekurang-kurangnya mereka tahu Keadilan (PKR) itu masih bersama PAS.

Di sebelah malamnya menantu pulak belanja makan, sempena Hari Bapa, bisik isterinya (anak perempuan saya).

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Hari Bapa kepada semua rakan-rakan blogger, nun di sana masih banyak onak dan ranjau menanti kita. Semoga menjadi bapa yang bertanggungjawab kepada Agamanya, keluarganya dan negaranya.

Manik Urai mengharap bapa-bapa yang berpendirian tegap.

UMNO dengan Boya

Syukur, apa yang tegang dah kendur. Rupa-rupanya UMNO yang berlebih-lebihnya. Bila PAS dah kendur, UMNO bertali arus mendayu-dayu mohon disegerakan UG. Mendesak PAS seperti orang kebuluran sesat di hutan belantara. Kehausan seperti terdampar di padang pasir. Tertipu dengan fatamorgana.

Seniman Undang-Undang Negara bercakap pasal UG, yang jaga pasal baja organik pak tani pun bercakap pasal UG, yang pipi sembab pun bercakap pasal UG, yang jenis lembut pun bercakap pasal UG.

Rupa-rupanya UMNO sedang mencari-cari boya dan memerlukan boya selama ini. Sila baca kisah boya di 'sini' yang dicari-cari selama ini.

UMNO beramai-ramai bergayut pada boya tersebut.

Boya tersebut akan tenggelam hari Isnin depan dan mereka akan terbarai di Manik Urai InsyaAllah.

Saturday, June 20, 2009

Petronas : Orang Api ganti Orang Minyak?????

IPOH 20 Jun — Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui ada mendengar cerita bahawa jawatan Pengerusi Petronas yang kini disandang Tan Sri Hassan Merican akan diganti oleh individu lain namun menegaskan beliau tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita berkenaan. Utusan.....

Ada desas desus al-brangi dengar orang yang pandai jaga MINYAK akan digantikan dengan orang yang pandai jaga API.

Memang eloklah tu, kan minyak digunakan untuk menerangi lampu. Memang minyak dan api saling gantung bergantungan.

Ada minyak, tak ada api, maka tak menyala lampu.

Ada api tak de minyak, lampu akan malap.

Semoga orang yang pandai jaga API dapat mengawasi pengunaan MINYAK agar tidak TERBAKAR semua.

Masa Depan Melayu Gelap Kerana Keliru - Tun Dr. Mahathir

IPOH 20 Jun - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bimbang masa depan Melayu akan menjadi gelap sekiranya terus terkeliru dalam perjuangannya.

Beliau berkata, perkara itu berlaku kerana terdapat sebahagian pemimpin Melayu yang lebih mengutamakan kepentingan diri daripada bangsa, agama dan negara. - Utusan

Yang keliru dalam perjuangannya ialah melayu UMNO, maka masa depan ahlinya menjadi gelap. Gelap kerana tidak tahu arah dan halatujunya. Gelap kerana tidak pasti kemana arah dan halatuju pemimpinnya hendak bawa?

Gelap kerana ahlinya pun menanggung sengsara dasar PPSMI.

Gelap kerana ahlinya pun menanggung kemungkinan wajib lulus bahasa inggeris dalam SPM nanti.

Gelap kerana ahlinya pun menanggung kemungkinan lulus dengan kredit dalam bahasa melayu dalam SPM nanti.

Gelap kerana ahlinya pun menanggung beban poltik wang untuk menaikkan sesaorang pemimpin mereka.

Gelap kerana ahlinya masih kabur dengan 1 Malaysianya.

Tetapi pemimpin melayu UMNO tidak pernah gelap masa depannya kerana masing-masing sudah mengisi tembolok masing-masing awal-awal lagi.

Cuba namakan mana satu pemimpin UMNO yang hidup merempat? Mereka hidup senang lenang di atas keringat ahli-ahlinya yang taat setia serta amat 'totok'.

Ahli-ahli UMNO menjadi kuda tunggangan pemimpinnya. Mereka tidak kisah, mereka yang redha untuk ditunggangi, sebab itu setiap kali Pilihanraya Kecil mahupun Umum, mereka tetap mencurahkan keringat untuk memenangkan pemimpinnya.

Saya Orang PAS

Semasa balik dari Surau semalam, kawan saya dari UMNO berseloroh dengan saya, "Syeikh, anta orang mana? Orang TG Hj. Hadi ke TG Nik Abdul Aziz (dia tak sebut 'Tuan Guru' pun, saya yang tambah) ke orang Erdogan?"

Dia tak pernah memberitahu kepada saya yang dia orang UMNO, tetapi dalam tilikan saya beliau orang UMNO kerana beliau selalu 'menghentam' PAS dan PKR, tetapi kami selalu berseloroh kerana bersolat di Surau yang sama.

Dengan pantas saya menjawab agar ditutup banyak lagi soalan tambahan, "Saya orang PAS."

Tambahnya lagi, "Yelah, aku tahu kau orang PAS, tapi sokong mana?"

Dengan nada geram, saya menjawab, "PAS bukan milik TGNA atau milik TGHA atau milik Ustaz Nasha atau milik Mustafa Ali atau milik Erdorgan."

Saya startkan 'Elegant' saya dan terus beri salam padanya. Beliau hanya senyum, mungkin keciwa atau gembira.

Dengan isu UG yang melanda PAS sekarang, orang di luar sana mengikuti setiap perkembangan dan tindak tanduk PAS.

Saya amat yakin apa yang berlaku sekarang tidak sama dengan apa yang berlaku di zaman Allahyarham Datuk Asri Muda.

Kenapa bising lagi? Kan 2/3 sudah nafi?????

The general structure of a section of DNA. Wikipedia


Semasa 'Bill' SPRM dibawa di Parlimen, ketika itu BN sudah kehilangan 2/3 majoriti. Ia diluluskan, bermakna ia mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Lepas itu bunyi bising daripada Pakatan Rakyat pasal hal SPRM.

Kenapa bising lagi?

Minggu depan satu 'bill' berkaitan DNA akan dibaca sekali lagi di Parlimen. DAP berkata ia ada kaitan dengan kes liwat DSAI. theMalaysianInsider .

Kenapa 'keris' berada di tangan pun Pakatan Rakyat masih tertipu?

2/3 majoriti dinafi sudah, kenapa masih rumah siap pahat berbunyi?

Tolak UMNO Hilang Masalah

Muassasah - Mu buat aku susah

Muzakarah - Mu buat orang hilang arah

Muqabalah - Mu buat orang cari balah

Barisan Nasional - Mu buat orang hilang akal

UMNO - Mu buat orang binggung sokmo

Kerajaan Perpaduan - Mu buat orang hilang panduan

Habis tu? Tolak UMNO, hilang masalah

Tahukah Anda?

KUALA LUMPUR: Penyakit mental di negara ini mencatatkan peningkatan, dengan lebih banyak individu mendapatkan rawatan bagi masalah itu yang meliputi gangguan mental ringan kepada skizofrenia teruk.

Menurut statistik Kementerian Kesihatan, sebanyak 379,010 individu mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar psikiatri di hospital-hospital kerajaan, berbanding 324,344 pada 2007.

Jumlah pesakit psikiatri yang dirawat di hospital tahun lalu ialah sebanyak 21,852 kes berbanding 21,217 kes pada tahun sebelumnya, kata Pengarah Pembangunan Perubatan kementerian itu, Datuk Dr Azmi Shapie.

Beliau berkata Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-3 pada 2006, menunjukkan semakin ramai remaja yang menderita masalah kesihatan mental.

Kaji selidik itu menunjukkan 19.5 peratus kumpulan umur lebih tua (70 hingga 74 tahun) dan 14.4 peratus golongan termuda (antara 16 dan 19 tahun) juga lebih berisiko menghidap masalah kesihatan mental, daripada kumpulan umur lainnya," katanya pada Persidangan Perubatan Psikologi Malaysia ke-14 di sini hari ini. - Bernama

Friday, June 19, 2009

Awas Bila UMNO Berdoa

Andainya manusia itu memerlukan otak untuk semua urusan dan kegiatan harian, maka ibadah memerlukan doa. Berdoa adalah ibadah. Doa itu senjata orang mukmin. Malaysiakini .

Harap-harap doanya dimakbulkan. Jangan semasa munculnya 'Manik Urai' baru nak berdoa. Jangan bila dah nampak PAS mula bersatu kembali baru nak tunjuk 'ihsan' pada PAS.
Jangan bila dah nampak UMNO tidak boleh 'makan-cekak' dengan PAS, baru nak berdoa.

Jangan diharap isu UG boleh memecahbelahkan PAS.

Di Mana-mana BULAN Di'Serang'

Tidak puas bumi dirosakkannya, bulan pula menjadi sasarannya. BeritaHarian .

Bumi Iraq dan Afghanistan telah menjadi sasaran buas Bush, berselindung disebalik demokrasi konon. Dibohongi dunia kononnya Iraq dan Afghanistan perlu dibebaskan dari belenggu para pemimpin zalim.

Sasaran terbarunya ialah bulan. Bulan adalah salah satu ciptaan Allah, diantara fungsinya menerangi bumi di kala malam, ia juga digunakan untuk pengiraan bulan.

Walaupun tujuannya 'menyerang' bulan adalah di atas dasar ilmu, di atas dasar penyelidikan, tetapi kita tidak tahu apakah akibatnya nanti? Apakah kesannya kepada bumi nanti? Apakah kesan kepada manusia nanti.

Bukankah bulan ini milik semua makhluk di bumi ini khasnya dan menjadi kepunyaan bintang-bintang dan planet-planet lain amnya, yang telah disusuatur yang mempunyai ikatan serta pautan tertentu oleh Allah SWT.

Jawatan MB Perak digantung?????

PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memohon supaya keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah, digantung sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.

Mohammad Nizar dalam permohonan untuk kebenaran merayu yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan, di sini, memohon perintah mahkamah supaya keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Mei itu digantung sekiranya, kebenaran untuk merayu dibenarkan.

Notis usul permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan itu difailkan kira-kira pukul 3.30 petang tadi melalui Tetuan Leong & Tan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 9 dan 10 Julai ini untuk mendengar permohonan itu.

Dalam permohonannya juga, Mohammad Nizar turut menyertakan satu lagi permohonan kepada Ketua Hakim Negara supaya kes itu didengar di hadapan 11 hakim.

(Mahkamah Persekutuan ketika ini mempunyai 12 orang hakim)

Beliau memohon diberi kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan mengikut Seksyen 96 Akta Kehakiman Mahkamah 1964 terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan Dr Zambry ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei lepas yang mengisytiharkan beliau (Mohammad Nizar) sebagai menteri besar yang sah.

Mohammad Nizar, 52, yang berpakaian baju Melayu kelabu, hadir di mahkamah hari ini.

Dalam permohonan yang disertakan dengan afidavitnya, Mohammad Nizar turut merangka beberapa persoalan undang-undang penting berhubung interpretasi benar berkenaan Fasal 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) yang perlu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan iaitu antaranya:

i. Dalam keadaan di mana Menteri Besar Negeri Perak ingin, dan telah memberi nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

ii. Dalam keadaan di mana tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

iii. Dalam keadaan di mana tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Menteri Besar;

iv. Dalam keadaan di mana tidak terdapat peletakan jawatan Menteri Besar; sama ada jawatan Menteri Besar boleh dan/atau telah dikosongkan;

v. Sama ada Fasal 16(6) UTKP memperuntukkan bahawa penentuan isu kepercayaan terhadap Menteri Besar perlu dibuat dalam persidangan Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak atau sebaliknya;

vi. Sama ada UTKP memperuntukkan sebarang kuasa untuk seseorang Menteri Besar dipecat atau jawatannya dianggap kosong atau dikosongkan. BERNAMA

Undi BN boleh masuk syurga juga - Muhyiddin

Muhyiddin kata, sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional atau pun PAS, kedua-duanya boleh masuk syurga.

Katanya lagi, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.

Maka berfatwalah Timbalan Presiden UMNO. Saya amat bersetuju dengan fatwanya itu dengan menghindari daripada membuat dosa.

Dosa diperolehi apabila kita ingkar suruhan Allah. Hanya ketakwaan sesaorang membolehkan sesaorang masuk Syurga. Sesaorang yang bertakwa amat bijak memilih parti mana yang boleh membimbingnya ke arah masuk Syurga. Parti yang sentiasa mengajak ahlinya, penyokongnya, pendokongnya dan rakyatnya membuat perkara makruf yakni perkara yang boleh mendatangkan pahala, sudah tentu boleh mendekatkan mereka dengan Syurga.

Parti yang sentiasa terlibat dengan gejala rasuah, sentiasa menyemarakkan ahli mendekati perkara munkar seperti hiburan yang melampau, parti yang tidak mahu menunaikan kehendak Agama, sudah tentu menjauhkan mereka dari masuk Syurga kerana semua itu perkara yang mendatangkan dosa.

Mengikut kata Timbalan Presiden UMNO, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti, maka pandai-pandailah memilih PARTI MANA. Utusan .

UMNO : 'Sembah Derhaka?????'

NUSAJAYA 18 Jun - Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail bertitah baginda tidak bersetuju dengan pembinaan jambatan ketiga yang menghubungkan Malaysia dan Singapura.

Titah baginda itu disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail pada perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini. - Utusan

Lee Kuan Yew menyuarakan hasratnya tentang keperluan membina jambatan ke3.

Najib berkata jambatan ke3 hanya diperingkat cadangan.

Hanya rakyat Johor yang amat tahu kepentingan, keperluan serta kewajaran pembinaan jambatan ke3.

Apakah UMNO sanggup menyembah derhakannya dengan berdegil membina jambatan ke3?

UMNO jangan amalkan politik 'Kata dulang paku serpih'.

PAS: 10 Budak Hitam

PAS sedang diuji kematangan pemimpinnya. Kekadang, walaupun bertahun-tahun berkecimpung di dalam arena politik, belum tentu kematangan menyerlah di setiap pemimpin PAS. Rakyat marhaen memandang PAS dan mengikuti kemelut ini dengan penuh ketelitian. Mereka melihat ini dan ada semacam keperluan pimpinan tertinggi memberi mereka keyakinan bahawa PAS mampu memimpin.

Di dalam keadaan kebanyakkan ahli PAS masih lagi suram dan sedang mengurut-urut dada melihat telatah dan keletah pimpinan tertinggi dengan penuh rasa hormat dan setia kepada parti, tiba-tiba 10 Ahli Parlimen PAS yang diketuai oleh Hatta Ramli, Khalid Samad, Kamaruddin Jaafar, Dzulkefly Ahmad, Siti Zailah Yusof, Dr Mariah Mahmud, Dr Lo’lo’ Ghazali, Dr Mohd Hayati Othman, Taib Azamudden dan Mujahid Yusof Rawa MENUNJUK KESTIAANNYA kepada TGNA berkaitan penolakan Kerajaan Perpaduan.

Apakah ada keperluan dan kewajaran mereka membuat kenyataan bersama untuk berdiri teguh di belakang TGNA?

Apakah hanya 10 orang itu sahaja yang TAAT SETIA kepada TGNA?

Apakah ahli parlimen yang selebihnya tidak TAAT SETIA kepada TGNA?

Tindakan mereka bukan untuk menjernihkan air yang sangat keruh tetapi menambah lagi kelodak sehingga air menjadi likat, langsung tidak mengalir. Tindakan mereka ibarat menabur garam ke atas luka-luka yang dikelar sendiri oleh pimpinan PAS kepada saudaranya.

Saranan kedua-dua Naib Presiden, Sdr. Mahfuz dan Sdr.Salahudin supaya Ustaz Nasharudin menghadap TGNA amat disanjungi. Mereka berdua berjiwa besar dan menunjukkan kematangan berpolitik. Inilah dia pimpinan pelapis di masa akan datang.

Apakah sudah hilang rasa hormat diantara sesama pemimpin?

Apakah PAS sudah hilang segala kesabaran sehingga akhbar serta media arus perdana dengan sesenang hati dapat menggelecek bola ke celah kelankang sedangkan pimpinanlah yang mengarahkan agar media tersebut diboikot?

Wajarke ketika suami-isteri, bapak-anak, adik-abang tidak sependapat, segala cerita dalam kelambu dihamburkan kepada umum?

UMNO sambil bertepuk punggung, seraya berkata, " 'mereka' sedang terjun dengan labu-labunya, biarkan, biarkan. "

Ir Nizar : Rayuan 2 hari sebelum tamat tempoh

PUTRAJAYA 18 Jun — Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Seorang daripada peguam Mohammad Nizar, Leong Cheok Keng, ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa permohonan itu difailkan di Pendaftar Mahkamah Persekutuan di sini kerana tempoh akhir 30 hari bagi mengemukakan rayuan tamat pada Isnin.

Ditanya bagaimana beliau akan melakukan tanpa penghakiman bertulis, beliau berkata, mereka tidak mempunyai pilihan dan pasukan peguam mereka akan melakukan yang terbaik untuk merangka soalan berhubung perkara undang-undang mengenai keputusan lisan Mahkamah Rayuan.

“Sudah pasti kami kebingungan kerana hanya seorang hakim (Datuk Md. Raus Shariff) menyatakan hasil keputusannya. Kedua-dua hakim yang lain tidak menyatakan apa-apa, tetapi kami akan melakukan yang terbaik.” - Bernama

Thursday, June 18, 2009

PAS : ‘Clash of the Scholars’

UMNO sedang ketawa besar. Gendang mengadu domba rancak dipalu. Sumpitan provokasi bertalu-talu meluru tepat kesasaran. Lengguk zapin yang lembut gemalai seolah-olah memerli apa yang berlaku dalam PAS.

UMNO tidak mengharap Ustaz Nasharuddin datang menempek di rumah UMNO.

UMNO tiada untung apa-apa kemasukan orang ‘agama’ ke dalam UMNO. Dasar UMNO hanya menyifatkan ulamak hanya melukut ditepian gantang. Berapa ramai ulamak yang sedia ada dan yang mendatang daripada PAS, semuanya dikunci rapat gigi gerahamnya, dijahit kemas mulutnya, dipotong lidahnya, tiada dapat bersuara.

Hatta Datuk Seri Anwar yang cuba untuk ‘mencuci’ dari dalam diaib dengan seaib-aibnya, sehingga beliau tercampak keluar dari UMNO.

Semalam TGNA sudah hilang kesabarannya, sudah hilang percaturannya dan sudah hilang pertimbangannya. Bila diteliti ungkapan beliau, masih ada harapan untuk beliau menyejukkan diri. Masih ada harapan untuk PAS merapatkan safnya. Beliau memberi cabaran, beliau melontarkan api kemarahannya, bila disambut dengan api maka lagi semaraklah api kemarahan yang tak mungkin kunjung padam.

Kata kuncinya ialah “JIKALAU”.

TGNA berkata JIKALAU masih ingin meneruskan hasrat bekerjasama dengan UMNO, maka beliau mencabar agar Ustaz Nasha meletak jawatan Timbalan Presiden, kosongkan kerusi Parlimen Bacok dan keluar dari PAS dan masuklah ke dalam UMNO.

Ini BERMAKNA jika Ustaz Nasha tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang berkait dengan UG serta tawaran bekerjasama dengan UMNO, TGNA tiada apa-apa masalah dengan Ustaz Nasha.

Sekarang bertambah nyata, yang mana kawan, yang mana taulan, yang mana pak turut, yang mana tukang sorak, yang mana batu api, yang mana yang sanggup menuangkan minyak ke dalam api kemarahan, yang mana yang pura-pura menyokong PAS dan yang mana yang suka menangguk di air yang sangat keroh. Ramai juga bloggers samada ahli PAS sendiri, penyokong dan pendokong PAS, yang pura-pura menyokong PAS menghentam Ustaz Nasha.

Beliau dilihat seolah-olah seperti seorang pembelot di medan perang, seolah beliau sedang melakukan dosa besar dan seolah-olah beliau tiada tempat lagi di dalam PAS. Beliau dilihat seolah-olah layak dihukum pancung atau disula. Apakah kemarahan Rasullullah SAW kepada Hindun, isteri kepada Suffian berlanjutan walaupun mereka berdua kemudiannya telah memeluk Islam sama dengan kemarahan TGNA kepada Ustaz Nasha?

Hindun terkenal dengan ganasnya membelah dada Saidina Hamzah bapa saudara Nabi SAW yang syahid di medan Uhud?
Apakah sudah hilang semua pertimbangan dan perkiraan Agama di dalam menyelesaikan kemelut ini sekarang?

Mungkin orang-orang PAS merasakan PAS tiada kehilangan apa-apa dengan ‘kehilangan’ Ustaz Nasha kerana PAS mempunyai ribuan ilmuan Islam, ribuan ulamak dan ribuan pendokong yang ‘setia’ bersama PAS. Yang ruginya bukan batang tubuh Ustaz Nasha, beliau hanya insan kerdil, kecil molek, yang ruginya adalah PAS.

Samada Ustaz Nasha ‘pergi’ atau ‘kekal’ di dalam PAS, imej PAS telah tercalar. Ahli PAS, ramai yang sudah menjeruk hati dengan peristiwa ini. Sekali air bah, sekali pasir berubah. Sekali ulamak ‘mengamok’, seluruh penyokong yang jahil seperti saya naik binggung. Semua sudah ‘pening’. Jika ini berterusan keadaan menjadi makin bertambah kusut.

Inilah dia ‘clash of the scholars’.

Ahli PAS diajar agar wala’ dengan pimpinan. Ahli PAS diajar agar berpegang dengan AlQuran dan Assunnah. Ahli PAS diajar agar mendalami Sirah Rasul Junjungan (SAW).
Ahli PAS diajar agar mendalami ‘hayattusahabah’, kisah sahabat-sahabat Nabi SAW.

Ahli biasa PAS makin pening dan binggung untuk memahami Ayat AlQuran yang di antara lain menyarankan agar orang Islam kembali kepada AlQuran dan Assunah apabila berlaku perselisihan, kembali kepada AlQuran dan Asunnah apabila berlaku pertembungan, kembali rujuk sirah Rasul SAW agar yang keruh dapat dijernihkan, yang panas dapat disejukkan, yang bengkuk dapat diluruskan, yang ‘EGO’ dapat dilembutkan.

Apakah perselisihan diantara ulamak dikecualikan daripada itu semua?
Tidak mungkin. AlQuran tetap segar sepanjang zaman sehingga Hari Penentuan.

Apakah penyelesaiannya?
Hanya mereka yang berilmu sahaja yang amat arif dengan penyelesaian dan akibatnya, agar PAS kembali tenang dan sentiasa di hati penyokong dan pendokong.

Wednesday, June 17, 2009

Nizar: Antara Nomad dan Ikan Belukang

Adalah sorang blogger dan penganalisa politik yang 'terkenal' (Terkenal ke? Terkenal kerana selalu keluar kat TV, tapi tak semestinya bagus. Baboon pun kalau setiap malam keluar kat TV akan menjadi terkenal 1Malaysia.) komen pasal aksi spontan Ir.Nizar di Parlimen semalam.

Beliau menyifatkan 'aksi' itu sebagai politik nomad dan sarkas.

Beliau memperendahkan kebijaksanaan pengundi muda. Beliau tidak mengiktiraf IQ pengundi muda. Beliau menganggap pengundi muda sebagai budak hingusan yang boleh memilih-milih, menghentak-hentak kaki, menangis-nangis mintak makanan itu dan ini, meronta-ronta mintak ais-krim itu dan ini. Pengundi muda kononnya sentiasa berpindah arah menyokong parti itu dan parti ini. Pengundi muda kononnya sentiasa mencari-cari seorang yang boleh dijadikan super hero yang berani, seperti superman, spiderman, cicakman dll. Kononnya aksi Ir.Nizar itu hanyalah semata-mata untuk mengekalkan sokongan pengundi muda

Satu penghinaan kepada aksi Ir.Nizar dan batang tubuh Ir.Nizar itu sendiri dan sasaran aksi itu adalah pemuda yang beliau sifatkan semua itu sebagai politik nomad.

Pengundi muda sekarang bukan dizaman politik sogok lagi. Mereka sudah boleh berfikir dan 'conscience' mereka tinggi. Merekalah pelapis akan datang. Merekalah pemimpin akan datang. Walaupun mereka disifatkan sebagai nomad, tetapi di dalam berpolitik mereka lebih dahulu 'mumayyiz' daripada blogger/penganalisa tersebut. Mereka lebih dahulu 'aqil baligh' dari blogger tersebut. Mereka boleh membeza yang mana halal dan yang mana haram. Yang mana 'adil dan yang mana zalim. Yang mana makruf dan yang mana mungkar. Mereka berilmu untuk membezakan yang mana haq dan yang mana bathil.

Kekadang ulasan seperti itu seronok jugak 'terbaca', boleh menyemarakkan lagi dunia 'blogging', untung-untung dapat masuk kerap kat TV dan jadi 'terkenal' dan dapat 'masyuk' banyak sekali.

Tetapi jangan sesekali jadi blogger / penganalisa politik ikan belukang.

Di pantai yang banyak selut biasanya boleh kedapatan banyak ikan belukang. Ada 2 jenis ikan belukang. Yang pertama ialah ikan belukang taik ayam dan yang kedua ialah ikan belukang minyak. Sebelum dibuat gulai, elok dibakar atau dipanggang dulu agar keluar segala air busuk, daki-daki lumpur dan bau hanyir yang ada pada badan ikan tersebut. Ikan belukang sangatlah kuat bau hanyirnya.

Sebenarnya ramai juga yang'termakan' ikan belukang. Ia boleh dibuat gulai pekat, dibakar atau dikeringkan saja.

Siapa yang suka makan ikan belukang?

Boya Penyelamat UMNO

Pada satu ketika, UMNO sudah hampir tenggelam. Tetapi dia dapat melonjak sedikit demi sedikit walaupun keletihan dan menarik nafas perlahan-lahan. Walaupun kakinya masih di dalam air dan tidak mencecah dasar tetapi dapat melonjak ke atas dan bergayut pada boya.

Boya tersebut dicampak ke laut untuk membantu orang-orang UMNO yang hampir kelemasan.

Maka berkatalah orang yang berpaut pada boya tersebut, 'mereka ikhlas'.

Apakah itu boya?

Siapa yang mencampak boya tersebut?

Tuesday, June 16, 2009

'Altantuya' Menghambat Abdul Razak Baginda

Abdul Razak Baginda masih dirundung malang. Walaupun sudah mendapat PhDnya dan kini bergelar Dr. Abdul Razak Baginda, beliau masih dihantui oleh kisah silam. Kelibat Altantuya sentiasa menghambatnya. Berada di bilik 'termenung' pun nampak wajahnya. Menatap cermin pun terbayang wajahnya. Resah gelisah. Hilang ketenangan. Dada rasa sempit, bagaikan dihimpit kiri dan kanan.

Shariibuu Setev, bapa kepada Altantuya telah membuat permohonan kepada Mahkamah agar menilai semula pendirian Peguam Negara tidak membuat rayuan pembebasan Abdul Razak Baginda dalam kes pembunuhan anaknya Altantuya akan disebut semula pada 8 Julai.

SPR Harap Manek Urai Seaman Penanti

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, harap situasi aman sepanjang proses PRK DUN Penanti baru-baru ini akan turut diulangi pada PRK DUN Manek Urai.

Saya sokong dengan kenyataan itu. PRK atau PRU akan jadi aman bila UMNO tak bertanding.

Keadaan jadi aman.
Perbelanjaan jimat.
Duit rakyat jimat.

Polis pun boleh rehat.
SPR tak pening.
'Mee-segera' tak payah tabur.
Tak payah nak redah kampong-kampong. theMalaysianInsider .

Lee Kuan Yew Puashati Dengar Sendiri

Rupanya Lee Kuan Yew ingin tahun apa dasar luar PAS bila perintah Malaysia. Semacam sudah dihidu Pakatan Rakyat akan menumbangkan UMNO/BN di PRU13 nanti. Sebab itu beliau menghadap TGHA, TGNA, Lim Guan Eng. Sila Baca Sini .

Posting saya yang terdahulu mungkin ada kaitan. Sila rujuk.Lawatan Lee Kuan Yew.....faedahnya......

Sarkas Cap Ayam

Bukaklah. Bukaklah. Bukaklah. Bukak 1, Bukak 2, Bukak 3. Sila keluar. Keluar. Keluar. Serupa macam yang kat.....pasar lelong.

Peraturan berapa? Jangan pakai sedap arah je. Kenapa tak seret sorang, sorang, sorang? Dah serik kot. Tak boleh handle. Lepaslah jawatan towkay tu.

Seronok tengok sarkas free. Towkay sarkas marah giler. Kesian. Kesian. Profesionallah sikit towkay.

Satu lagi sarkas cap ayam berlaku hari ini.

Monday, June 15, 2009

Nazri masuk Tanjung Rambutan

Kurang asam si Nazri botak ni. Masa bayi dulu pecah mulut dengan buluh ke dengan botol pecah? Mulut deme tak de insurans ke?

Orang PAS tahnik bayi dengan kunyahan kurma dan beri bayi hisap, serta doa-doa dan aqiqah dengan kambing.

Harap-harap Allah balikkan kepadanya semula. Dia kata,'Nizar ni wayar dia dah putus'. Baca sini .

Boleh tak mana Ahli Parlimen Pakatan Rakyat cadang kat Parlimen potong gajinya RM10 dan mohon maaf pada Ir.Nizar.

Satu hari kita akan saksikan Nazri balik ke Perak masuk Tanjung Rambutan.

Kalau Hati tidak bersama, Sila Keluar Dari Pakatan

1. Tiada guna menyimpannya lagi. Hatinya sudah terpaut dengan tawaran 80 juta pound ($131 juta). Beliau dibeli dari Sporting Lisbon dengan harga 12 juta pound. Selagi disimpan di United, hatinya mungkin memberontak dan prestasinya menurun. Dia akan diejek oleh penonton.

Begitulah halnya dengan pemain berbakat Cristiano Ronaldo. Allah menganugerah sepasang kaki yang sangat berharga kepadanya dan kepada 'kaki-kaki' yang lain. Gunalah 'kaki-kaki' tersebut kepada perkara yang membawa keuntungan kepada Agama.Star .

2. Seorang pereka grafik, Muhammad Salleh Muhamad Yusuf, 46 yang bertugas di Switzerland hari ini secara rasminya telah menarik balik tuntutan ganti rugi lebih RM70,000 daripada bekas tunangnya, Nur Diana Ahmad Zubir, 28, selepas bersetuju menyelesaikan di luar mahkamah.

Beliau telah bertunang atas dasar suka sama suka pada 4 Februari 2008, sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 17 Januari lalu.

Bagaimanapun, beliau telah menerima dua khidmat pesanan ringkas (SMS) dari ayah Nur Diana pada 4 Disember 2008 mengatakan bahawa pertunangan mereka diputuskan tanpa sebarang alasan. Utusan .

Tidak guna saman-menyaman. Nanti letih turun naik Mahkamah, yang dapat hanya aib. Manaboleh hidup bersama kalau hati sudah 'berpaling'. Bunga bukan sekuntum.

3. Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata tinjauan umum sama ada MCA akan keluar daripada Barisan Nasional (BN) yang tersiar dalam laman blognya, disifatkan sangat mentertawakan dan tidak dikehendaki kerana ia hanyalah berbentuk akademik. Bernama .

Walau apapun alasan diberi, kalau hati sudah tidak bersama, sila keluar dari Pakatan.

'Blunder' Kementerian Pelajaran Untuk Rakyat 1Malaysia

1. Kementerian Pelajaran masih 'berhutang' dengan rakyat Malaysia berkait dengan dasar PPSMI.

2. Kementerian Pelajaran di dalam keadaan terdesak hendak menjawab rakan sekutu MCA dan MIC berkaitan kriteria pemilihan serta penganugerahan biasiswa kepada lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, tiba-tiba menyalahkan murid-murid yang ambil banyak mata pelajaran dan terus ada ura-ura nak menghadkannya kepada 10 mata pelajaran.

Bagaimana murid-murid daripada aliran Agama yang mengambil mata pelajaran sains?

3. Tiba-tiba dan tidak semena-mena Kementerian Pelajaran merancang hendak mewajibkan murid lulus bahasa inggeris sebagai syarat wajib lulus SPM.

4. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah cadangan Kementerian Pelajaran memanjangkan tempoh pengajian Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) daripada setahun kepada 18 bulan.

Inilah 'blunder' dari Kementerian Pelajaran yang dianugerahkan kepada rakyat Malaysia. Ia mungkin merupakan 'catalyst' untuk mempercepatkan UMNO/BN tumbang pada PRU13 nanti.

2 Katak dari Behrang dan Changkat Jering mula dibicara

Perbicaraan ke atas dua katak jadian dari Perak berkaitan membabitkan projek perumahan RM180 juta di Perak tengah bermula di Mahkamah Sesyen hari ini.

Katak dari Behrang dan katak dari Changkat Jering dan tiga individu lain dituduh terbabit dengan kes tersebut.

Perjalanan perbicaraan masih jauh dan panjang. Memperkatakan siapa sala, siapa tak bersalah masih terlalu awal. Proses Mahkamah memberi peluang yang sabit kesalahan membuat rayuan dan sebagainya.

Jika prosesnya disegerakan, yang sabit kesalahan, secara otomatis DUN tersebut akan kosong. Kalau perjalanannya berliku-liku, maka pengosongan DUN tersebut pun mungkin tidak berlaku.

Sebagai contoh, penghujahan Hakim secara bertulis berkait dengan kes Ir.Nizar pun masih belum keluar dan ini membantutkan beliau membuat rayuan seterusnya.

Sunday, June 14, 2009

Kelab Penyokong PAS Kelantan berfatwa.....percayalah

Kelab Penyokong PAS (KPP) Kelantan meminta pemimpin PAS yang menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan tidak menyertai kempen parti itu pada PRK Manik Urai, 14 Julai ini. Bernama .

Timbalan Presidennya Yap Kok Seng berkata ini kerana penglibatan sesetengah pemimpin itu hanya akan mengelirukan pengundi dan penyokong PAS di kawasan itu berhubung isu berkenaan.

"Kami Kelab Penyokong PAS tidak mahu pemimpin yang bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan itu turut berkempen dalam pilihan raya DUN Manik Urai kerana ia boleh mengelirukan rakyat, khasnya pengundi PAS kawasan itu jika mereka memperkatakan isu itu.

"Jadi, lebih baik mereka jangan datang berkempen dalam masa kempen pilihan raya DUN Manik Urai kali ini," katanya.

Komen albrangi; Ketua 'Spiritual' Kelab Penyokong PAS Kelantan sudah beri fatwa.
Jadi apa macam? Siapa yang akan umum calon PAS yang bertanding?

Ahli-ahli Kelab Penyokong PAS memang berniat ikhlas lagi bersih dan murni hatinya. Mereka bebas daripada pengaruh UMNO / MCA / MIC. Mereka 100% tidak di'implant' oleh BN. Mereka 'solid' dibelakang PAS.

Mereka lebih 'boleh' dipercayai daripada ulamak PAS? Mungkin mereka pun bangun malam bermunajat kot.

Fikir-fikirkanlah

Manik Urai...UMNO 'tok say gocoh'

UMNO setiap kali menghadapi PRK atau PRU, sentiasa kehabisan modal, guna cara lama, teknik lama dan nada sumbang.

Modal lapuknya, PAS suka bergaduh, PAS suka bertumbuk dan PAS suka maki hamun.
Apa, orang Manik Urai boleh dikelentong oleh Mustapake?

Nada sumbangnya PAS meng'kafir'kan UMNO. PAS rela berkawan dengan DAP tetapi tak nak ber'kawan' dengan UMNO.
Apa, pengundi di Manik Urai tak boleh berfikir bahawa itu hanya semata-mata ayat yang hanya buang 'air liur' Mustapa ke?

Orang Manik Urai beruntung kerana 'mee segera' terlalu cepat dihidang dan akan menunggu bebearpa kali lagi 'hidangan' 'mee-segera'. Lihat sini .

Ingat Mustapa, Ketua Penerangan Ahmad Maslan telah dapat menghidu akan berlaku 'cah keting' atau 'peteh kaki'. Ini yang selalu berlaku dalam UMNO. Ia selalu berlaku di Kelantan dan Terengganu. Lihat sini .

Semasa hari penamaan calon, semua nampak semacam setuju, tetapi tak sampai beberapa langkah pimpinan balik, persidangan 'kecil' tetapi hangat akan berlangsung di warung-warung kopi. Ini sudah menjadi lebih daripada biasa. Ia sudah 'lali' dengan UMNO lebih-lebih lagi di Kelantan bahkan seluruh negara.

Kerana apa?

Kerana mereka melihat pemenang PRK bukan setakat jadi wakil rakyat tetapi sebagai lubuk melombong 'emas'. Seorang wakil rakyat akan menjadi tampoknya sebagai tiket untuk merebut jawatan dalam parti dan sebagai pasport untuk mendapat habuan untuk mengisi tembolok masing-masing sebelum tidak dilantik lagi pada PRU seterusnya. Inilah mentaliti wakil rakyat UMNO peringkat kampungan mahupun peringkat nasional.

Masa akan menentukan bukti cemuhan ini. Rekod yang lepas terbukti sudah. Beberapa siri 'wayang kulit' telah ditayang dan akan menunggu masa tayangan seterusnya. Kalau nak tengok menteri UMNO berketayap dan berjubah putih, sila tunggu waktu tayangannya selepas hari penamaan calon.