Followers

Sunday, May 31, 2009

ROS akan tentukan Presiden 1 atau 2 PPP

Presiden 1 PPP telah menang tanpa bertanding apabila tiada calon lain yang dcalonkan setelah tamat tempoh pencalonan pagi tadi. Perhimpunan Agung PPP akan diadakan pada 7 Jun minggu depan. Utusan .

Presiden 2 PPP telah menang tanpa bertanding juga stelah Presiden 1 digulingkan. Beliau hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi dan mengarahkan semua pengerusi badan perhubungan negeri mengemas kini rekod ahli-ahli parti, cawangan dan bahagian di seluruh negara memandangkan ia telah tidak dikemas kini selama 16 tahun. Utusan .

Begitulah dalam BN. Tiada mustahil sesuatu boleh berlaku tanpa dugaan. Ini fenomena biasa dalam BN. Mereka pembuat undang-undang dalam masa yang sama mereka meruntuhkan undang-undang. Mereka akan meranduk apa saja di depan mereka asalkan boleh membawa keuntungan kepada mereka.

Diberitakan TPM TS Muhyiddin akan menemui ROS untuk mengetahui kedudukan sebenar. Adalah kurang elok seorang pemimpin kerajaan mencampuri urusan ROS dengan bertemu ROS kerana ia boleh mendatangkan fitnah bahawa pimpinan tertinggi BN berpihak kepada salah satu Presiden PPP.

ROS sepatutnya bebas membuat keputusan sendiri berdasarkan siasatannya Presiden 1 atau 2 yang layak memimpin PPP atau menggantung terus PPP. ROS tidak sepatutnya mengikut telunjuk mana-mana pemimpin parti pemerintah. Bernama .

PKR bergaya di Penanti....Manik Urai UMNO di 'Steam-rolled'

Keputusan penuh pilihan raya kecil DUN Penanti
31/05/2009 8:24pm

N12: PENANTI : 15,384
1. Mansor Othman (PKR) 6,052 undi
2. Aminah Abdullah (Bebas) 392 undi
3. Nai Khan Ari a/l Nai Keow (Bebas) 494 undi
4. Kamarul Ramizu Idris (Bebas) 56 undi

Jumlah pengundi 7,100

Peratus 46.15 peratus

Undi rosak 106 undi

Majoriti 5,558 undi.

Penyandang: Mohammad Fairus Khairuddin (PKR) Majoriti: 2,219 undi. Utusan .

al-brangi: Pertandingan yang berat sebelah. Sebab itu UMNO sejak dari awal lagi sudah mengangkat bendera putih. Satu tindakan yang tidak sepatutnya dari sebuah parti pemerntah tidak masuk bertanding. Rakyat akan tahu bahawa UMNO tidak serius di dalam menangani masalah rakyat.

UMNO memang sejak dulu tidak berminat untuk menangani masalah rakyat, yang UMNO tahu hanyalah 'politik solek'.

'Politik solek' memang kepakaran UMNO. Bila ada majlis yang berkaitan dengan keagamaan seperti, Tilawah Al-Quran, Forum Perdana, MaulidurRasul, Maal Hijrah, Solat Idul Fitri dan Adha dll, maka orang-orang UMNO akan menyebukkan diri dengan 'solekannya', yang lelaki dengan baju melayu bersampingkan songket bernilai belasan ribu ringgit, yang perempuan dengan baju kurung sulaman bernilai ratusan ringgit dengan bertudung 'jambul'.

Apabila ada banjir, orang UMNO akan menyibukkan diri dengan jaket ratusan ringgit, 'topi sudu' akan mengharungi air dan bermundar-mandir dengan 'speed-boat' konon-konon meninjau masalah rakyat.

Apabila ada kematian orang-orang 'besar' dan kenamaan akan muncul orang-orang UMNO bersolat jenazah, itu pun sebab Tok Peti jadi imam, tetapi kalau ada kematian orang-orang 'kecil', orang-orang kampong golongan marhaen, jarang-jarang orang-orang UMNO muncul kerana dikhuatiri di'tolak' jadi imam.

Di Manik Urai, rakyat menolak politik 'solek'. Rakyat Kelantan amat arif bila masa orang UMNO pakai 'kopiah tajam', bila masa orang UMNO pakai kain pelikat dan hisap 'rokok daun', bila masa orang UMNO berdampingan dengan masyarakat setempat dan berulang-alik ke surau dan masjid.

Sama-samalh kita 'steam-rolled' UMNO di Manik Urai.

Selamat Pengantin Baru Anaknda Berdua

Alhamdullillah semuanya selamat. Akad nikah selamat dilangsungkan pada hari Jumaat malam Sabtu, 29 Mei 2009 oleh saya sendiri, manakala kendurinya pada 30 Mei 2009.

Terima kasih tak terhingga kepada Prof. Hamirdin kerana menjadi wakil tuan rumah. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat, tetamu-tetamu undangan termasuk YB Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Dr.Che Rosli Che Mat, YB ADUN PAS Bangi Dr.Shafie Abu Bakar, Timbalan Yang diPertua PAS Kawasan Serdang serta saudara mara yang sudi datang meraikan serta memeriahkan majlis semalam.

Terima kasih juga kepada jiran-jiran yang banyak membantu menjadikan majlis itu dalam keadaan meriah serta lancar perjalanannya.

Letihnya masih terasa tetapi terubat dengan perasaan lega dan seronok.

Kepada anaknda berdua, layari hidup berumahtangga dalam keadaan berkasih sayang serta berpegang teguhlah pada tali Allah.

Friday, May 29, 2009

24 jam tak cukup

Malam ni malam yang paling mendebarkan. Semalaman tak boleh tidor. Ghairah pun ada. Seronok pun ada. Sedih pun ada. 'Gabra' pun ada. Sebuk sangat. Terasa macam tak cukup masa. Pegang tu tak kena, pegang ni tak kena bercampur ngantuk lagi.

Mungkin blog ini tak dapat di'update' sehingga besuk.

Saya mintak maaf banyak-banyak kepada semua kenalan dan rakan blogawan dan blogawati kerana tidak dapat menjemput semua kemajlis akad nikah (malam ini) dan kenduri (besuk) anak perempuan saya. Kalau ada yang tertinggal tu, mintak maaf ye. Maklumlah pertama kali adakan majlis sebegini.

Jumpa lagi.

Thursday, May 28, 2009

Peragut Jalanan ~ Peragut Keadilan.....sama je



Saban hari kita dengar kes ragut. Ada beberapa kes ibu mengandung meninggal apabila diseret ketika meragut.

Memang sifat orang yang suka meragut, hatinya kering, bacul, pengecut, tiada peri kemanusiaan. Mereka hanya mementingkan diri sendiri. Mereka hanya mencari keuntungan yang singkat, pantas dan tidak mengira mangsa.

Mereka lebih mementingkan tembolok mereka, tak ubah seperti perangai beruk, walaupun kenyang tapi masih boleh memasukkan makan kedalam mulut.

Ada satu golongan lagi peragut, ini lagi berbahaya. Kerana ia melibatkan satu negeri, satu negara tersiksa. Rakyat merana, tidak boleh melawan, hanya pasrah. Kalau melawan ia lebih bahaya daripada peragut jalanan, kerana kekadang kena cekup masuk kandang Kemunting.

Peragut ini adalah peragut demokrasi, peragut keadilan,peragut kuasa, mangsa diseret, mangsa diheret dan peragut kebebesan.

Itulah UMNO/BN, sama taraf dengan peragut jalanan dari segi istilah tapi lebih rakus dan bahaya dari segi impaknya. Artikel ini ada relevannya .

Beliau 'mengatasi' SPRM dan SPR ke?????

Makin belajar tinggi sepatutnya makin cerdik. Bukan disebaliknya.

Sepatutnya sebagai Ketua Pemuda UMNO yang kononnya mempunyai ahli orang melayu teramai di dunia, beliau tidak berfikiran demikian. SinarHarian .

Diharapkan SPR boleh mengambil tindakan kepada Ketua Pemuda yang ber'masalah' ini kerana dengan sesuka hati beliau boleh menasihatkan pengundi di DUN Penanti tidak keluar mengundi Ahad ini. Adakah beliau kebal. Adakah beliau ada imuniti? Dengan SPRM pun terlepas, takkan dengan SPR pun terlepas?

Walaupun beliau berpendapat PRK Penanti adalah memperlekehkan institusi demokrasi yang diamalkan di negara ini kerana penyandangnya dahulu Mohammad Fairus Khairuddin kononnya meletak jawatan sesuka hati tanpa memikirkan nasib rakyat dan tidak menunaikan amanah sebaliknya kepentingan diri sendiri.


Jikalau beliau memang tidak sukakan PKR, sepatutnya UMNO Penanti turun beramai dan undi bebas, bukannya mengajak pengundi supaya 'meninggal'kan Penanti dan lari daripada mengundi.

Kalau UMNO betul-betul memikirkan nasib rakyat, kenapa di Perak DUN tidak dibubarkan? Jangan jadi hipokrit dan 'double-standard', ayam berkokok, ekor bergelumang tahi.

Perlu ada had ke????? Baru dapat biasiswa?????

Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil maksimum 10 subjek mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. mStar .

Baru-baru ni kita dengar sungutan pasal kriteria memberi biasiswa belajar keluar negara.

Maka bising sekian alam, para menteri yang jaga pasal budak sekolah dan JPA hendak menjawab.

Ada yang kata sebab ramai pelajar yang ambil terlampau atau terlalu banyak mata pelajaran maka mereka yang jaga biasiswa susah nak pilih siapa yang patut dapat biasiswa.

Ada yang berkata tidak semestinya mereka yang dapat 'stright A's' mesti dapat biasiswa.

Ada yang berkata, bukan setakat dapat 'stright A's' sahaja, tetapi mesti diikuti dengan 'co-curicullum'.

Begitulah cerdiknya mereka yang membuat dasar dan menjaga budak sekolah dan jaga biasiswa.

Isu mengambil berapa banyak mata pelajaran tdak timbul di sini, biarlah mereka ambil berapa banyak mata pelajaran sekali pun. Itu hak mereka. Itu kesungguhan mereka untuk menguji kebolehan mereka. Mereka nak ambil 10, 20, 30 atau 100 sekali pun.

Isu yang ramai orang bersungut ialah apa kriterianya?

Adakah JPA menetapkan 'bottom-line'nya berapa 'A'? Adakah JPA menetapkan sesiapa mendapat sebagai contoh, 10 A ke atas atau 11 A keatas atau 12 A keatas akan dipertimbangkan mendapat biasiswa, bukannya menhadkan pelajar mengambil jumlah mata pelajaran. Apa 'core-subject' yang diperlukan mengikut 'stream' yang hendak diikuti oleh pelajar.

Sebagai contoh, kalau sesaorang pelajar walaupun mendapat 20 A, tetapi mata pelajaran yang diambil tiada mata pelajaran sain, perlu ke beri biasiswa untuk buat perubatan keluar negara mahu pun dalam negara? Tentu tidak. Jadi tiada kaitan susah nak buat pertimbangan pemberian biasiswa dengan jumlah mata pelajaran yang diambil.

Takkan ini pun pening nak buat keputusan?

Berilah kebebasan pelajar untuk mengambil berapa banyak mata pelajaran, JPA hanya perlu membuat satu dasar berapa jumlah minima sesaorang perlu mendapat A untuk melayakkan mereka dapat biasiswa.

Apabila tiba saat itu....

Apa cerita BN sekarang ni?

Gerakan sedang pening-pening lalat. MCA pulak nakhoda dengan juragan dah berpatah arang. PPP pula di alam fantasi, siapa nak jadi 'raja'.

MIC pula, jawatan no.2 akan jadi punca peperpecahan nanti. Samy Vellu sudah sokong Palanivel. Sebelum pada itu, bekas no.2 ingin cuba semula post no.2.

Sothinathan pada mulanya mendapat sokongan Samy kerana perhubungan Samy dengan Palanivel tak berapa elok, tapi akhirnya Samy sokong Palanivel.

UMNO pula, dah jadi rojak 'singapore'. Masing-masing ada tafsiran sendiri dengan 1Malaysia.

Manik Urai makin kusut, dah tak leh urai lagi kerana ramai sangat nak jadi calon. Itu biasalah dalam UMNO. Terengganu makin kusut. Perlis lagi pening. Kelantan langsung tonggang terbalik, orang Pak Lah habis kena takik.

Biasanya kalau orang nak mati, setelah sakit terlantar begitu lama, satu hari kita akan nampak dia macam dah betul-betul sehat, lepas dia kembali terlantar tak sedar diri dan akhirnya terus meninggal.

UMNO pun nampak semacam itu jugak, setelah tenat sekian lama, pastu nampak segar semula (selepas pertukaran pucuk pimpinan), lepas tu tenat semula langsung padam. Maka Tok Peti yang ramai-ramai tu bolehlah baca talkin.

UMNO? Nak diharap apa lagi?

CUACA panas tidak menghalang Noraini bersama ibunya
meratakan batu di jalan hadapan rumah mereka
di Kampung Fikri, Setiu Terengganu.

Seramai 5000 tetamu akan hadir ke majlis perkahwinannya pada 6 Jun depan, tetapi bakal pengantin baru ini berasa tersangat berdebar-debar, malu, aib dan sebagainya.

Beliau sanggup mintak 'advance' dari bakal suami sebanyak RM3000 daripada hantaran RM5000. Ini kerana jalan menghubungi ke rumahnya berlopak-lopak sepanjang 300 meter. KOSMO .

Kerana tidak sanggup menyusahkan tetamunya yang ramai itu, beliau bersama ibunya ber'korban' membaiki jalan tersebut dengan titik peluh dan wang sendiri.

Beliau dah maklum kepada JKKK tapi hampa. Jikalau beliau dari parti pembangkang, itu semua orang faham, tetapi bakal pengantin yang akan bergelar isteri ini adalah seorang puteri UMNO.

Kalaulah semua orang UMNO faham apa itu kesusahan, apa itu keperitan, apa itu pengorbanan, saya rasa Malaysia akan menuju kepada negara yang berdikari. Rakyat sendiri yang akan buat jalan, rakyat sendiri yang akan buat bangunan, rakyat sendiri yang akan buat sekolah dan seumpamanya, dengan titik peluh, jerih-perih dan wang ringgit sendiri, ekonomi yang makin menguncup akan segera berkembang semula.

Kalaulah orang UMNO faham apa itu kesengsaraan, apa itu kesedihan dan kalau boleh biar mereka 'mohon' untuk di'ISA'kan selama 6 bulan dan rasa sendiri tentu mereka dapat menyelami apa orang lain merasainya dan dapat berfikir kenapa PAS/Pakatan Rakyat berjuang bermati-matian.

Walau apapun, iktibar daripada cerita ini, kalaulah seorang pejuang anak bangsa melayu yang menyokong dan mendokong UMNO dengan menjadi ahli PUTERI UMNO boleh mengalami kesusahan ini, apa harapan orang pembangkang?

Wednesday, May 27, 2009

Jula Juli Bintang Tiga

Saya hairan kenapa tiba-tiba Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan menyarankan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng kembali menetap di negara ini.

Apa yang nak diraih 'political mileage' dengan saranan tersebut. Tak ada apa lagi yang nak diperjuangkan oleh Pengerusi Gerakan ni. Dah tandus ke idea nak rampas balik Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat.

Orang membenci Chin Peng bukan kerana ia dari kaum Cina. Orang membencinya kerana keganasannya. Orang membencinya kerana ideologi yang dibawanya jelas bertentangan dengan fitrah manusia. Banyak nyawa yang tak berdosa terkorban. Begitu juga dengan rakan 'seperjuangan'nya Abdul Rashid Maidin.

Kenapa ada manusia yang suka mengungkit-ngungkit kesah silam. Kita sudah sampai tahap dapat hidup di bumi Malaysia ini tanpa batasan perkauman yang sempit.

Secara peribadi saya tidak menyokong usaha membawanya pulang ke Malaysia.

Banyak perkara lagi yang perlu diselesaikan.

Kenapa tak perjuangkan penghapusan Akta ISA? Bagaimana dengan PPSMI? Bagaimana dengan rasuah? Indeks Rasuah dah turun ke belum? Bagaimana dengan TOL? Sampai bila TOL ni nak beroperasi? Sampai kiamat? Bagaimana dengan ekonomi, dah pulih ke belum?
Bagaimana dengan beras, dah boleh 'self-sufficiency'?

Bagaimana dengan pembangunan infrastruktur di Sabah dan Sarawak?

Terlalu banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan, apa Pengerusi Gerakan tu dah letih ke? Kalau letih, lebih baik bersara, jangan kacau Pakatan Rakyat.

Fatwa Tok Peti.......Harussssssssssss

Apa hukum minum arak Tok Peti?
Jawapnya : Harammmmmm

Apa hukum minum sirap Tok Peti?
Jawapnya : Harusssssssssss

Apa hukum tak pakai tudung Tok Peti?
Jawapnya : Next question please!

Apa hukum bernasyid Tok Peti?
Jawapnya : Harussssssssssssss

Apa hukum konsert Jom Heboh Tok Peti?
Jawapnya : Next question please!

Apa hukum mogok lapar Tok Peti?
Jawapnya : Harammmmmmmmm !

Apa hukum heret manusia Tok Peti?
Jawapnya : Tengok dia belah mana!

Apa hukum ISA Tok Peti?
Jawapnya : Next question please!

Apa hukum tangkap orang mogok lapar dan puasa sunat Tok Peti?
Jawapnya : Harusssssssssssssssss! dan tengok mereka belah mana

Anifah~Aminah....dua-dua buat fitnah

Anifah dan Aminah. Sorang UMNO dan sorang lagi Calon Bebas yang melawan PKR.

Yang dari UMNO tu sudah kena saman malu oleh DS Anwar Ibrahim. Beliau memfitnahkan DS Anwar kononya beliau ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri jika beliau melompat masuk dalam Pakatan Rakyat dalam projek 16 September 2008. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. Tapi tak apa, orang UMNO memang kaya-raya, apa ada dengan RM100 juta.

Yang sorang lagi tu mungkin akan disaman oleh PKR kerana membuat fitnah yang beliau ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang sekiranya beliau kembali menyertai parti itu dan memenangi pilihan raya kecil Penanti Ahad ini.

UMNO Ibarat Lagu Langgam


Lagu Langgam sekitar tahun 60an walaupun fenomena Pop Yeh Yeh melanda Malaysia, masih mendapat tempat bagi golongan warga pertengahan umur. Sebut saja nama Fazidah Joned dan Jamaludin Alias, saban hari kedengaran suara mereka dicorong radio.

Masa berlalu dengan pantas. Lagu-lagu langgam hanya menjadi nostalgia silam. Pengaruh irama 'mat salleh' melanda Malaysia. Irama rock, Rap, Hip-Hop 'menhencut-hencut' anak muda. Walau bagaimanapun lagu-lagu balada dan etnik pop yang bersifat kemelayuan masih mendapat tempat di hati pendengar.

Pengunaan peralatan dan pengadunan irama muzik samada dari segi bunyinya mahupun dari segi persembahannya banyak berubah dibandingkan pengunaan peralatan dan pengadunan irama muzik serta persembahannya semasa mengiringi lagu-lagu langgam.

Begitulah selera pendengar dan perkembangan irama muzik di Malaysia. Pendengar sekarang mahu yang pantas tanpa mendayu-dayu seolah-olah mendayu-dayu itu melambangkan keperibadian orang -orang melayu yang sebenar. Pada hal orang melayu bukannya bersifat begitu. Orang melayu sekarang sudah bergerak pantas, melankaui sempadan perkauman yang sempit

Begitulah dalam politik di Malaysia sekarang, UMNO sudah diibaratkan Juara Lagu Langgam. Lagu Langgam hanya disimpan di Muzium dan Arkib Negara, walaupun iramanya masih menyentuh nostalgia silam. UMNO hanya menunggu masa untuk di 'Muzium' dan di 'Arkib Negara'kan.

Ezam...politik 'cannopy'

Setiap kali datang musim cuti persekolahan, macam cendawan tumbuh, putih melepak, kanopi kenduri perkahwinan terpacak di segenap lorong, disegenap penjuru taman perumahan. Ianya sangat lumrah di kalangan rakyat Malaysia.

'Towkay' kanopi tersenyum riang bila setiap kali pelanggan buat tempahan. Beritau mereka apa corak kanopi, apa 'konsep' warna, hijau-putih, cream-maroon, merah-putih, 'golden-cream' dll, pasti akan disanggupnya, janji ada 'masyuk'.

Ada sorang 'Mamat' ni, perangainya macam kanopi dimusim kenduri kahwin. Ia hanya muncul ketika ada kenduri kahwin, kenduri aqiqah, kenduri 'rumah terbuka' di hari raya.

Kemunculannya amat sinonim dengan perangainya yang seperti kuda tunggangan. Kerjanya mencemuh orang itu, orang ini, menabur perasaan syak-wasyangka pendengar dengan hamburan kata-katanya.

Kalau tak ada pilihanraya dia akan membisu seperti tikus dalam beras, alahai Saudara Ezam, aku tertipu men'infak'kan duit ketika engkau berceramah untuk kutip dana GERAK di Kajang dahulu.

Politik BN........Survival of the fittest

Apa yang berlaku di dalam PPP tidaklah pelik atau luar biasa. Ianya satu daripada yang banyak sudah terjadi di Malaysia. Perkara itu sudah biasa dengan lanskap politik Malaysia. Ia sudah secocok dengan rempah ratus politik Malaysia. Ia akan menjadi satu fenomena di masa-masa akan datang.

Apa yang peliknya Kayveas diguling sebegitu rupa. Kata orang tua-tua, bapa borek, anaknya rintik. Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi? Kumpulan Murugiah hanya mengikut contoh tauladan 'senior partner'nya, bagaimana Speaker V.Sivakumar diseret, diheret semacam mengheret bangkai-bernyawa.

'Penentuan' 5 minit atau semacam istilah 'Take 5' sudah menjadi buah mulut orang ramai di warung-warung kopi untuk 'menentu'kan siapa berjaya naik ke atas. Ia pelik tapi benar, satu sejarah di dalam sistem 'penentuan' siapa bersalah, siapa benar.

'Senior-partner'nya pernah diisytiharkan haram oleh Mahkamah. Lepas itu dibuat pendaftaran baru dengan ROS dengan nama UMNO (Baru), tetapi dengan senyap-senyap di'delete' perkataan baru.

MIC pun pernah bermain silap mata dengan pencabar Mr.Presiden.

Di dalam politik 'Machiavelli' yang diamalkan oleh UMNO/BN, kita tidak hairan apa-apa yang pelik berlaku. Ia semacam 'rule of the jungle', 'survival of the fittest'.

Tuesday, May 26, 2009

Politik ala Akademi Fantasia

Akademi Fantasia adalah salah satu 'reality show' yang popular di Malaysia. Jutaan ringgit Malaysia di'tabur' oleh remaja dalam bentuk SMS untuk mengundi penyanyi kesayangan mereka.

Mana-mana penyanyi yang mendapat jumlah SMS atau undi terendah akan dikeluarkan dari pertandingan. Mana-mana penyanyi yang menjadi 'favourite' di kalangan tenaga pengajar tetapi tidak disukai oleh peminat, mungkin suaranya tidak disukai peminat atau kelakunya yang buruk semasa di akademi, suka ber'gedik-gedik' dan sombong atau 'arrogant' dengan peserta lain, maka penganjur akan membuat 'Afundi masuk'. Akan dibuka tempoh masa untuk memberi ruang kepada peminat membuat undi masuk dengan 'menabur' duit dalam bentuk SMS.

Di satu negeri di Malaysia, ada satu lagi 'reality show' yang amat panas dan popular. 3 peserta yang buruk laku telah diambil masuk semula secara tidak bermoral. Peserta tersebut amat rendah moralnya seperti terlibat dalam seks dan rasuah.

Penonton tak boleh buat apa-apa. Di pertandingan akhir, ada seorang peserta yang telah disingkirkan kerana mendapat undi terendah, tetapi beliau amat disenangi dan disayangi oleh penganjur kerana peribadi beliau yang suka mengampu, tidak pernah membantah dan 'everything yes sir'. Kerja-buat penganjur tersebut adalah menipu penonton dan memutar-belit fakta.

Peserta tersebut telah dibenci oleh penonton dan mendapat undian terendah. Maka dibukalah ruang rayuan kepada panel juri yang disediakan oleh penganjur. Juri tersebut mengambil masa hanya 5 minit untuk menentukan beliau berjaya. Lihat sini .

Penonton tidak puas hati, tetapi apakan daya juri menentukan segala-galanya.

Inilah 'reality show' yang paling hebat di abad ini.

Tak nak makan pun salah?....UMNO

Orang tak nak makan dan minum salah ke? Lagi pun orang tu berada di Pejabat partinya. Mereka nak makan berlori2ke, mereka tak nak makan langsung ke salah ke?. Yang orang Islam, mereka nak puasa sunat, salah ke?

Kalau macam tu orang yang makan beramai-ramai kat McD atau KFC tu salahlah ye?

Kenapa UMNO/BN dah takut dengan bayang-bayangnya sendiri. Kata orang-orang tua, hanya mereka yang suka buat salah atau memang orang tu bersalah, memang dia rasa semacam dikejar dengan bayang-bayang. Mereka terasa begitu terhimpit, berperasangka buruk terhadap orang lain.

Kalau dah rasa pening-pening lalat, rasa bersalah, tak tahu nak buat apa, tunggu apa lagi, bubar sajalah DUN Perak tu.

Ir. Nizar.....Rising Star

Saya sangat bersyukur apabila mendengar Ir.Nizar hanya ingin menawarkan diri untuk menduduki Jawatankuasa Pusat sahaja walaupun banyak kawasan mencalonkannya sebagai Naib Presiden. InsyaAllah dimasa-masa mendatang beliau akan dicalonkan atau lebih tepat diperlukan untuk sama-sama membawa PAS ke mercu politik Malaysia. Posting saya bertajuk Mohon Nizar Tarik Diri adalah berkaitan.

Sebutir lagi bintang dari beberapa butir bintang menyinari PAS. Rakyat makin hari makin menghormati PAS sebagai satu-satunya parti dominan melayu muslim yang bakal menggantikan UMNO.

Beliau di antara ikon-ikon di dalam PAS yang mempunyai 'rapport' paling harmonis dengan kaum-kaum lain di Malaysia.

Masa depan Malaysia terletak bagaimana PAS dapat memainkan peranannya memimpin kaum-kaum lain yang begitu dahagakan keadilan serta pembelaan semua kaum dan Ir.Nizar nampaknya boleh menyumbangkan ke arah itu.

Jadi memang tepat pada waktunya bintang ini muncul di kala UMNO tengah mamai dan sedang menghampiri kubur yang digali sendiri, menunggu masa ditalkinkan dan PRU13 menggamit kemenangan bagi PAS Insyaallah.

Monday, May 25, 2009

Nasi Kandaq Line Busy ~ Penanti

Lekaih lekaih, jawatan kosong kat Nasi Kandaq Line Busy.

Syarat dia,

1. Sorang perempuan tengah umuq.

2. Mesti pandai becok macam mami jarum

3. Pandai buat gempaq, e.g. Kedai Nasi Kandaq Line busy akan 'offer' baik punyer untuk pengunjung ke 1000, 200,000 etc.

4. Sekali sekala pandai buat 'fitnah' kat kedai nasi kandaq lain

5. Mesti pandai perasan

6. Mesti pandai buat CD nak kempen kedai Nasi Kandaq Line Busy Bak punya seluruh Tanjung. Lihat sini contoh CD

Putar Alam...Ir.Nizar dikatakan 'Menteri Besar Mahkamah'

Ada sorang Menteri Besar dari Pulau Pungkor memberi gelaran Ir.Nizar sebagai 'Menteri Besar Mahkamah' kerana proses mahkamah dimulakan oleh Ir.Nizar.

Sebelum ini Tok Guru Nik Abdul Aziz meng'anugerah'kan gelaran itu kepada beliau tetapi beliau putar belit sikit, memang itu pun perangainya, dipulang kembali gelaran itu kepada Ir.Nizar.

Yang sebenarnya MB Perampas itulah bukan saja Menteri Besar Mahkamah Rayuan tapi Menteri Besar Al-Katak Lompat dari Pulau Pungkor atau Menteri Besar Seret Orang

Tak sedar diuntung, dapat jadi Menteri Besar selepas proses merampas kuasa, lepas tu merayu-rayu kat Mahkamah Rayuan, menangis-nangis mintak belas kasihan. Kalau berani bubarlah dewan.

PAS,....pilih 1 dari 3



Maka sahlah Husam Musa, Hj. Mohammad Sabu dan penyandang Ust. Nasharudin Mat Isa bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS.

Sekarang ramai pimpinan PAS dan ahli PAS sendiri memperkatakan kepentingan kepimpinan ulama. Tetapi Presiden PAS amat terbuka dengan berkata PAS perlu menjadi parti yang kuat, tersusun dan tidak ada perpecahan antara Ulama dan profesional. Keduanyanya perlu saling membantu dan tidak ada pemisahan antara keduanya semasa merasmikan Konvensyen PAS Perak di Teluk Intan semalam.

Saya secara peribadi mahukan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden biarlah terdiri dari kalangan ulamak. Ketiga-tiga jawatan Naib Presiden terpulang kepada perwakilan samada terdiri dari ulamak atau profesional. Kalau ketiga-tiga Naib Presiden dari golongan profesional pun tidak ada masalah. Satu adunan yang baik dimana Presiden dan Timbalan Presiden adalah golongan ulamak dan dibantu oleh 3 orang profesional.

Saya dapati ketiga-tiga tokoh amat komited kepada perjuangan Islam, berketerampilan dan mempunyai keistimewaan sendiri. Yang saya khuatir mereka hanya bertanding satu jawatan sahaja. Ini bermakna PAS kehilangan dua pemimpin yang berkalibar.

Saya tidak berminat untuk membandingkan ketiga-tiga mereka dari segi populariti. Pejuang Islam tidak bergantung kepada populariti. Ia bergantung kepada komitmen pemimpin itu sendiri.

Terpulang kepada perwakilan memilih satu dari mereka. Sesiapa yang menang, jangan nanti ada suara-suara sumbang mengatakan si anu mewakili kumpulan tertentu dan menaruh syak wasyangka si anu pro si anu dan sebagainya.

Harta Kerajaan, Harta Dia

Ketua Penerangan UMNO yang baru mungkin sedikit keliru atau memang banyak keliru apabila memberi taklimat kepada lebih 30 orang ahli Jawatankuasa Penerangan Umno Wilayah Persekutuan semalam.

Beliau menyeru anggota-anggota UMNO menggunakan semua bentuk media cetak mahupun elektronik sebagai alat untuk meraih kembali keyakinan dan sokongan orang Melayu terhadap UMNO. Bernama .

Kita tidak kisah cara mana UMNO hendak meraih semula sokongan melayu terhadap mereka. Segala usaha biarlah menjurus kepada peraturan dan landasan yang betul. Beliau mesti pandai membezakan media elektronik milik kerajaan tidak boleh digunakan untuk kegunaan parti. Harta parti dengan harta kerajaan adalah dua entiti yang berbeza. Harta kerajaan adalah kekal digunakan oleh mana-mana kerajaan yang naik memerintah, manakala harta parti hanya digunakan oleh parti mereka sahaja.

UMNO mempunyai 'advantage' dengan mempunyai akhbar harian yang berpermit milik mereka, manakala pembangkang hanya memilik akhbar berpermit hanya 2 kali seminggu. Pembangkang tidak mendapat tempat didalam TV Kerajaan.

UMNO yang berperangai macam lanun, berperinsip, harta orang-harta mereka, harta mereka berebut-rebut pulak.

Angka '2', Satu Fenomena Baru Malaysia


Para mahasiswa/siswi undang-undang di Malaysia mempunyai banyak kes yang boleh dibuat kajian untuk tesis pengajian mereka. Mereka mungkin sedikit pening kerana perbezaan di dewan kuliah dengan realiti semasa amat luas perbezaannya.

Bermula dengan krisis perlembagaan semasa zaman Che Det lagi, satu negara diheret oleh Che Det supaya membenci Raja-Raja dimana akhirnya perlembagaan dipinda, imuniti Raja-Raja dihapuskan.

Lepas itu sistem kehakiman negara menjadi gerhana apabila Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas, Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawan Teh dan Datuk George Edward Seah dipecat dari jawatan selepas tribunal mendapati mereka 'bersalah' atas 'salah laku' dalam krisis kehakiman 1988, sementara tiga hakim lain Tan Sri Datuk Mohd Azmi Kamaruddin, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh digantung tugas tetapi kemudian dikembalikan ke jawatan mereka.

Kemelut politik di Perak lagi tragis di mana Speaker Dewan diseret keluar macam menyeret biawak hidup. Kemelut 'dua' Menteri Besar tiada jalan penyelesaian sehingga menempuh jalan buntu, sehingga sekarang kes ini masih di peringkat Mahkamah.

Maka wujudlah 'dua' Speaker Dewan dan 'dua' Menteri Besar dan 'dua' set barisan Exco.

Semalam 1Malaysia digemparkan dengan satu 'coup de 'tat' di dalam parti PPP. Penyandan Presiden Kayveas di'guling' semasa beliau berada di Johor. Murugiah yang sebelum ini dipecat dari PPP, tanpa disangka-sangka oleh Kayveas tetapi pada saya satu perancangan yang sangat licik oleh puak-puak Murugiah.

Sampai bila harus Malaysia menghadapi semua kemelut ciptaan 'sendiri' ini?
Atau sudah tandus atau layu sudah sistem perundangan dan penghakiman kita?
Masih ada sinarkah dihujung kemelut ini?
Hanya orang-orang politik yang mempunyai keiltizaman yang tinggi yang mungkin dapat memberi sedikit sinar harapan.

Masjid Tempat Latihan Tentera?????


Majlis Masjid-Masjid Malaysia hendak ditubuhkan dan Masjid hendak digunakan sebagai tempat latihan Askar. theMalaysianInsider .

Inilah idea 'Mat Kagat' Menteri yang jaga Agama.

Lain macam je bunyi idea tu. Macam ada agenda lain je.

Dah habis ke lapang sasar untuk 'abang-abang askar' tu nak menembak?

Setahu saya yang jahil ni, dalam masjid tak boleh membawa senjata terhunus, habis tu lepas buat latihan. senapang-senapang 'abang askar' tu nak simpan mana? Kalau nak latih 'abang-abang askar' tu menjadi imam ke, menjadi bilal ke eloklah supaya mereka semuatu tahu siapa penciptanya, siapa yang memberi rezki? Allah ke 'towkey' mereka?

Tak payah nak buat idea pelik-pelik, imarahkan dulu Masjid-Masjid dengan solat jemaah 5 kali sehari dan semarakkan lagi majlis-majlis ilmu. Teks khutbah tu, jangan asyik bodek 'towkey' je.

Sunday, May 24, 2009

Mengheret Manusia bernyawa....Apa hukumnya Tok Mufti?

Ir. Nizar hanya menyerahkan kereta resmi Menteri Besar, tetapi dari segi 'kuasa' biarlah Mahkamah Persekutuan menentukannya.

Itulah 'avenue' terakhir untuk Pakatan Rakyat berusaha mendapatkan pengiktirafan Mahkamah dalam sistem penghakiman di Malaysia.

Pengiktirafan sebenarnya adalah ditangan rakyat.

Nasib baik Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan, Pakatan Rakyat menang dengan majoriti selesa. Kalau tidak dunia akan menyaksikan kelima-lima negeri akan di'rampas' kuasanya.

Modus operandi yang sama akan digunakan. Satu rekod dunia akan tercipta apabila 'kelima-lima' speaker akan diseret, akan diheret keluar dewan.

Bermaruah ke perbuatan itu wahai mufti-mufti? Tolong fatwakan.

Tiada cara lain UMNO/BN hendak mencuci najis yang terpalit di dahi mereka, melainkan SUN Perak dibubarkan.

Rampas, Turun, Seret, Dapat, Tak Dapat.....Guling

Sekarang musim orang turun-menurun. Heret dan mengheret. Sah - tak sah - sah semula.

Pakatan Rakyat di'rampas' oleh UMNO/BN, maka turunlah Pakatan Rakyat dari tampuk pemerintahan di Perak.

Speaker yang sah diturunkan dengan penuh tidak berperlembagaan, jauh sekali dari prinsip demokrasi. Diseret ke luar dewan dengan penuh kehinaan, tidak dapat digambarkan peristiwa itu, terasa lebih teruk daripada apa yang berlaku di Afrika. Hancur sudah adat susila ketimuran, jauh sekali berperlembagaan. Hilang sudah tamaddun kemanusiaan.

Pada mulanya Mahkamah Tinggi mengesahkan Ir.Nizar MB yang sah, lepas itu di sangkal oleh Mahkamah Rayuan. Maka turunlah Ir.Nizar. Kereta rasminya pun sudah dituntut semula, walaupun kes ini masih belum diputuskan di peringkat Mahkamah Persekutuan

Hari ini, satu lagi peristiwa anih berlaku. Satu 'rampasan' kuasa berlaku secara 'demokrasi' dalam parti PPP. Murugiah yang dipecat oleh PPP di'angkat' menjadi Presiden PPP dan seluruh majlis tertinggi parti itu di 'turun'kan. 'Pergulingan' kuasa ini berlaku ketika Presidennya Kayveas berada di Johor. mStar .

Tunggulah selepas ini Mahkamah menjadi tempat 'mengadu' nasib.

Elak timbulkan fitnah~ Akhil Hayy

Ramai yang mengaitkan Ustaz Rock tu dengan PAS kerana beliau banyak kali muncul atas pentas PAS. Sejauh mana pertautan beliau dengan PAS, kurang pasti.

Saya kagum dengan bakatnya yang serba boleh, tetapi kurang bersetuju dengan penampilannya berambut panjang. Lagipun, akhir-akhir ini beliau digossipkan dengan seorang artis wanita. Walaupun tiada apa-apa yang tak elok berlaku tetapi selaku seorang pendakwah, selalu keluar dalam TV, pergaulannya dengan artis wanita tersebut boleh menimbulkan fitnah.

Memandangkan beliau sudah menjadikan suami orang, pergaulannya dengan artis tersebut boleh mengguriskan hati isterinya. Dikhabarkan mungkin berlaku perceraian diantara mereka suami isteri, jika ini betul, maka amatlah malang bagi mereka berdua. myMetro .

Seorang pendakwah seelok-eloknya mestilah mengelakkan dirinya dari sebarang tindak-tanduk yang boleh mendatangkan fitnah.

Rakyat menjadi hakim sebenar

Biarkan UMNO syok sendiri. Mereka merasakan mereka sudah berada diatas segala-galanya. Biarkan mereka menang melalui penentuan Mahkamah.

Yang penting dalam demokrasi pemenang ditentukan oleh rakyat. Oleh kerana pemainnya adalah kita yang yakinkan kepada sistem demokrasi, maka kita mestilah bersabar menghadapi karenah ini sehingga PRU13.

Kita amat yakin segala kemelut ini, merupakan satu hikmah yang sangat besar lagi berharga.

Melalui kemelut ini, Pakatan Rakyat semakin padu. Sokongan rakyat semakin bertambah. 1Malaysia mengikutinya, fahaman rakyat terhadap demokrasi semakin menyerlah. Kebencian rakyat kepada kezaliman , ketidakadilan, campurtangan serta penindihan kuasa semakin marak menjadi rempah ratus yang akan menyemarakkan lagi PRU13 nanti.

Hakim yang sebenar adalah rakyat. Jadi mari kita kembali kepada rakyat supaya PRU13 rakyat kembali dan bersama kita.

UMNO berkubur......


Bubar.Bubar.Bubar.Bubar.Bubar.Bubar.

Bubur.Bubur.Bubur.Bubur.Bubur.Bubur.

Kobar.Kobar.Kobar.Kobar.Kobar.Kobar.

Kubur.Kubur.Kubur.Kubur.Kubur.Kubur.

Semangat berkobar. Keadaan dah jadi bubur. Harapan sudah lebur.

Nafas masih ada, bangkit berjuang, pastikan PRU13, UMNO berkubur.

Drama yang baik, bergantung SKRIP yang baik

1. Sesaorang pengacara majlis yang baik, selain bergantung kepada kepetahannya bercakap ia berkait rapat dengan penyediaan SKRIP yang baik.

Penyediaan SKRIPnya pula berkait rapat dengan konsep sesuatu majlis serta kehendak tuan rumah atau pengurusan sesuatu organisasi.

2. Pementasan drama yang baik bergantung kepada penyediaan SKRIP yang baik. SKRIP pula bergantung kepada perwatakan serta selari dengan plot perjalanan cerita.

3. Penghakiman sesuatu perlawanan, sesuatu pertandingan mahupun sesuatu persembahan boleh menyakinkan pendengar, penonton mahupun pengikut bergantung kepada gaya penghujahan, penyusanan fakta dan bukti pemain-pemain yang terlibat dengan sesuatu perlawanan, pertandingan mahupun persembahan, maka penentuan JUARA boleh dimanipulasi bergantung kepada keadaan semasa atau kehendak individu yang berkepentingan dengan penyediaan SKRIP yang baik, kerana sifat perlawanan, pertandingan serta persembahan itu sendiri bersifat 'subjective'.

Saturday, May 23, 2009

Kalaulah UMNO tak join PRU13.........

Mana-mana pilihanraya kecil, jika tidak melibatkan dengan UMNO, maka ia akan menjadi suatu pilhanraya yang paling murah, sederhana, aman, tiada provokasi, tiada ramai polis, tiada projek 'mee-segera' dan tiada liputan sepanjang malam oleh TV pro mereka.

Ini terbukti PRK di Penanti. Ia berjalan lancar tanpa insiden yang tidak diingini. Ini membuktikan selama ini, UMNOlah punca huru-hara. Kalau dalam bolasepak UMNO sudah lama dapat kad merah, kecuali 'referee' sudah di'beli'.

Manik Urai belum tentu dapat meng'urai'kan segala 'fobia' UMNO dengan PRK.

Saya mencadangkan UMNO usah bertanding di Manik Urai. Tumpukan kepada pemulihan ekonomi negara. Jimat duit negara.

Kalau betul-betul nak jimatkan duit negara, jangan masuk bertanding di PRU13. Berikan 'walkover' kepada Pakatan Rakyat. Ekonomi negara akan beransur pulih. Ketelusan akan berlaku. Pembelaan semua kaum terlaksana. Tidak payah berselogan. Tiada provokasi. Tiada huru-hara. Berehatlah UMNO/BN untuk selama-lamanya, pasti negara akan selamat, aman damai dan rakyat sejahtera. TV pun tak pening nak buat 'coverage' dan Mahkamah pun tak pening nak buat 'written judgement'.

Tunjuk Hero pada seorang Wanita.....peeeeeeeyrah.


Satu ungkapan berbentuk gurauan. Itulah gurauan orang-orang UMNO. Itulah gurauan puak-puak sekular. Puak-puak tu melepas cakap ikut sedap rasa saja. Ikut sedap mulut je. Orang UMNO mana ada jaga mulut. Satu ungkapan yang kurang ajar, kurang adab dan kurang asam. Semasa bayi mulut tak pernah ditahnik, inilah jadinya.

"Saya turun setiap tempat, takkan nak beritahu awak semua. Ini saya nak pergi tandas, takkan nak beritahu awak, awak nak ikut ke?" kata Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Malaysiakini .

Tiada rasa hormat pada seorang wanita yang bergelar isteri kepada sesaorang. Tiada rasa segan silu kepada seorang yang bergelar Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat, sedang awak seorang 'rubber-stamp' yang tugasnya hanya mengangguk-angguk kepala. Satu perbuatan diskriminasi seks, satu ungkapa 'gangguan seksual'. Di mana suara Wanita UMNO? Mana suara Puteri UMNO? Mana suara Wanita BN? Mana suara Sisters in Islam? Kenapa membisu?

Disyorkan YB Lo' Lo' buat laporan polis kerana ugkapa yang biadap daripada seorang Menteri 'rubber-stamp'. Tuntut maaf secara terbuka atau sila letak jawatan.

Memang tiada dalam sejarah puak-puak UMNO yang buat 'onar', atau buat 'kuang-ajar', atau buat silap meletak jawatan, tetapi merampas jawatan orang lain memang kerja puak ni.

Menarik keluar katak-katak yang 'sehat-sehat', katak-katak yang dah 'kenyang' makan ber'suap', katak-katak yang dah puas mendapat 'sedekah-seks' memang kerja buat puak-puak ni. Mengheret orang keluar dewan memang kerja puak-puak ni.

1 Malaysia sudah tahu moral puak-puak ni.

Ir.Nizar tetap memikul amanah rakyat

Keputusan Mahkamah Rayuan diterima oleh Ir.Nizar. Namun sistem penghakiman sudah begitu rupa dan ada ruang membuat rayuan sehingga keperingkat Mahkamah Persekutuan, maka Ir.Nizar akan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Media arus perdana mengesyorkan Ir.Nizar bersabar dan akur. Memang beliau cukup bersabar dan akur dengan keputusan itu sama seperti Zambry cukup bersabar dan akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi minggu lepas, lantaran itu Zambri mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.

Perlu diingat, Ir.Nizar bertindak begini bukan untuk dirinya, bukan kerana jawatan itu. Beliau bertindak begini kerana amanah yang dipikul. Apabila beliau dilantik memegang jawatan Menteri Besar, satu amanah yang amat besar, satu amanah seluruh rakyat Perak dipikul, amanah parti dipikul dan amanah Pakatan Rakyat dipikul.

Beliau akan melepaskan amanah ini apabila segala ruang dan peluang sudah tiada dan keadaan sudah menghendaki beliau berundur, maka beliau dengan rela hati akan berundur.

Digeletek, dilenyek, dilambung...hari ini baru dibaham


Tabik spring pada SPR. Belum pun Speaker DUN Kelantan maklum secara rasmi DUN Manik Urai dah kosong akibat kembalinya ke Rahmatullah ADUNnya, SPR akan bermesyuarat pada Khamis depan.

Hari tu bila Speaker DUN Perak maklumkan 3 ekor katak jadian tu dah meletak jawatan, SPR kata mereka tak letak cuma melompat keluar je. Baguslah macam tu. KPI SPR dah meningkat.

Hari tu bila tok lebai PAS cakap mungkin ada berlaku politik wang dalam PAS, wow pantas sekali, SPRM akan panggil tok lebai PAS tu. Yang kes poltik wang dalam UMNO, bertimbun-timbun lagi bila nak siasat? Macamana kira KPI? Meningkat ke merudum?

SPR kata jangan berkempen selepas kol 12 malam sebelum hari mengundi dan termasuk siangnya merayu undi dipondok panas. Baguslah tu, dengan syarat UMNO pun mesti patuh. Tapi yang UMNO guna TV berkempen di dalam waktu yang dilarang berkempen, apa macam?

Yang hairannya kenapa seekor 'kucing' mempermainkan seekor 'tikus' dari bulan Februari lagi, dilambung, dilenyek, digolek, ditepuk-tepuk, dicakar-cakar, tiba-tiba hari ini baru dibaham tikus tersebut sehingga setengah mati, tapi belum mati lagi. Ramai orang ingat 'tikus' itu sudah mati, tapi ia belum mati lagi.

Tak percaya? Ya. Belum mati lagi, tengoklah minggu depan apa akan jadi pada 'tikus' tersebut?

Friday, May 22, 2009

DUN Perak: Apa Selepas Ini?????


Zambry kekal sebagai MB Perak setelah ditentukan oleh panel 3 Hakim Mahkamah Rayuan. Habis satu bab. Itulah keputusan Hakim. Itulah keputusan Mahkamah. Rakyat marhaen menerimanya.

Apa pulak yang masih kusut selepas ini?

Kedudukan Speaker masih tidak ditentusahkan lagi oleh Mahakamah.

Jika DUN bersidang selepas ini, adakah Ganesan dengan senyum selamba dan lenggang Mak Limah akan meneruskan perjalanan DUN?

Oh masih lagi kusut.

Adakah UMNO berhajat untuk membubarkan DUN atau takut-takut berani dan seram-seram sejuk membubarkannya?

Yang pasti Manik Urai tak dapat tidak dapat diurai lagi. Mahu tak mahu pasti PRK akan diadakan, kecuali SPR mengsyaki Sijil Kematian Allahyarham ADUN tersebut tidak sah.

al-brangi sudah malas nak buat ramalan samada DUN Perak dibubarkan atau tidak. Terpulang kepada keikhlasan dan kejujuran Zambri 'and the gang' mohon Istana bubar DUN.

Kita tunggu dan lihat, apa selepas ini?

Mahkamah Rayuan Istihar Zambry MB Perak


UMNO tak boleh lari lagi

Pilihanraya Kecil bagi UMNO adalah seperti satu kematian. Makin jauh ia lari, makin dekat kematian menghampirinya. Makin jauh UMNO melarikan diri makin dekat kematian menghambatinya.

Pagi tadi Allahyarham Ismail Yaacob ADUN Manik Urai, Kelantan, telah kembali ke Rahmatullah di Hospital Raja Perempuan Zainab II Hospital,Kota Bahru.

Allahyarham telah menewaskan calon UMNO/BN Mohamed Zulkifli Omar, dengan majoriti 1,352 undi di dalam PRK12 lalu.

PRK yang ke 7 menggamit UMNO lagi.

Apakah UMNO akan menyembunyikan diri lagi? Apakah UMNO akan lari daripada tanggungjawab kepada rakyat? Apakah akan keluar lagi alasan-alasan seperti mahu menumpukan sepenuh masa kepada pemulihan ekonomi, tak payah masuk pilihanraya?

Apakah UMNO masih takut dengan bayang-bayangnya? Bagaimana dengan Penasihat Kubra UMNO? Takkan tak sanggup berdiri 3-4 jam membantu ber'khutbah' di Manik Urai?

Thursday, May 21, 2009

Menang ~ Kalah untuk kembali kepada Rakyat


Di dalam sesuatu pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah. Begitu juga keputusan kes YAB Ir.Nizar berkaitan kemelut politik negeri Perak yang akan diumumkan esok, pasti ada yang menang dan ada yang kalah.

Yang kalah akan membuat rayuan dan sebagainya. Menang atau kalah tidak dapat menyelesaikan pertikaian atau kemelut yang berpanjangan semenjak bulan Februari lagi.

Lupakan dulu segala kepentingan diri. Lupakan dulu segala 'maruah'. Lupakan dulu segala dendam kesumat. Lupakan dulu segala ego. Campakkan ia jauh-jauh. Kasihanilah rakyat jelata. Buktikan rakyat didahulukan, prestasi diutamakan.

Rakyat memberi mandat bukan untuk bersengketa. Mereka memberi undi bukan untuk 'melompat' sesuka hati. Mereka memberi kuasa bukan untuk menyeret manusia seperti menyeret biawak hidup.

Mereka memberi mandat untuk menjaga segala kebajikan mereka. Mereka mengharap mereka yang bergelar Yang Berhormat akan memberi khidmat kepada mereka.

Maka apabila semua ini berlaku, molek sangat, cantik sangat mandat ini dikembalikan semula kepada rakyat agar mereka dapat membuat atau pun memberi mandat baru secara mutlak kepada siapa yang mereka suka dan kepada siapa mereka percaya untuk membangunkan negeri Perak ini.

Pakatan Rakyat telah membuktikan mereka berjaya mentadbir negeri Perak selama lebih kurang 11 bulan dan dapat membuktikan mereka berjaya melakukan apa yang UMNO gagal lakukan selama 50 tahun lebih.

Che Det suka sangat Jambatan Bengkok

Kerana jambatan bengkoklah Che Det dengan Pak Lah bermasam muka, berkerat rotan dan berpatah arang sehingga Pak Lah dikritik hebat setiap gerak gerinya, setiap gerak langkahnya. Sehinggalah membawa Che det keluar UMNO.

Sekretariat UMNO menjemputnya hadir pada Perhimpunan Agung UMNO, tetapi beliau tidak datang pada hari pembukaannya kerana kononnya, Pak Lah masih lagi menjadi Presiden UMNO. Beliau memalu serta menghinakan Pak Lah dengan menghadirkan diri bersama isterinya pada hari terakhir, kerana masa itu Pak Lah telah menyerahkan jawatan Presiden kepada DS Najib.

Selepas itu Che Det ada membayangkan serta berharap agar projek jambatan bengkok diteruskan DS Najib. Entah apa yang seronok sangat dengan jambatan bengkok hanya dia sorang yang tahu. Beberapa kali beliau memberi 'hint' bahawa beliau amat berminat dengan jambatan tersebut.

Sekarang anak didiknya akan membalas budi baik mentornya. Beliau akan bermesyuarat dengan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong berkait dengan jambatan tersebut sempena dengan lawatan kerja selama dua hari mulai esok esok.

Nampaknya selepas ini kita akan lebih jelas lagi siapa 'tokey' sebenarnya memerintah Malaysia. Utusan .

PAS jangka PRU13 awal, 3 negeri lagi tumbang

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, beliau menjangka tiga lagi negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Melaka akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, jangkaan itu adalah berdasarkan kemenangan Pakatan pada siri pilihan raya kecil sebelum ini iaitu di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

"Ia menandakan lonjakan dan sokongan kepada kita dan ia akan menjalar pada pilihan raya umum ke-13.

"Saya dah nampak-nampak Johor mungkin jatuh, Negeri Sembilan mungkin jatuh dan Selangor akan jatuh. Ini adalah mimpi ngeri kepada Umno dan Barisan Nasional," katanya semasa sidang media berhubung Muktamar PAS ke-55 di sini.

Muktamar Tahunan PAS ke-55 yang bakal menyaksikan pemilihan bagi kepimpinan pusat dan sayap parti akan berlangsung dari 5 hingga 7 Jun di Stadium Malawati di sini.

Hasan berkata, beliau menjangka pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal daripada tahun 2013 atas alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pasti mahukan mandat baru daripada rakyat selepas mengambil alih kepimpinan negara April lalu.

"Kita menjangka pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal sebab saya rasa Perdana Menteri baru mahukan mandat baru kerana kalau beliau jadi Perdana Menteri dengan mandat Datuk Abdullah, saya rasa tidak mantap.

"Beliau perlu dapat mandat sendiri daripada rakyat tentang kepimpinannya," katanya.

Hasan berkata, isu pilihan raya umum ke-13 akan disentuh dalam perdebatan pada Muktamar bulan depan termasuk persediaan dan strategi yang akan dilakukan PAS sama ada dalam parti serta kerjasama dengan dua lagi parti sekutu dalam Pakatan iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Selain itu katanya, antara isu lain yang mungkin akan diperdebatkan adalah pencapaian ahli-ahli PAS yang diberi tanggungjawab dalam pentadbiran terutama di lima negeri yang dikuasai Pakatan iaitu Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Perak. mStar .

Keputusan Kes Rayuan YAB Ir.Nizar esok 3.30 petang (Jumaat 22 Mei 2009)

Mahkamah Rayuan akan menyampaikan penghakiman untuk mengesahkan YAB Ir.Nizar sebagai Menteri Besar yang sah pada jam 3.30pm esok 22 Mei 2009 (Jumaat).

Paris: Mahkamah tolak permohonan

PARIS - Sebuah mahkamah di sini menolak permohonan Ferrari untuk menghalang badan berkuasa Formula Satu (F1) daripada meneruskan peraturan baru pada musim depan yang sehingga kini mengundang pelbagai kontroversi.

Penghakiman itu dibuat secara bertulis dan diedarkan kepada wartawan, semalam.

Ferrari sebelum ini memfailkan injuksi ke satu tribunal di sini bagi menghalang Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) daripada meneruskan usaha memperkenalkan bajet pilihan pada musim baru perlumbaan tahun depan.

''Tidak ada risiko yang boleh mendatangkan kesan buruk atau mengundang masalah yang perlu dihentikan dalam kes ini,'' kata Magistret Jacques Gondran de Robert dalam penghakiman bertulisnya.

Ferrari yang akan memberi cabaran dalam Grand Prix Monaco minggu ini, mengancam menarik diri daripada F1 sekiranya cadangan peraturan baru itu tidak dikaji semula.

Tindakan itu turut mengundang pasukan Renault, Toyota dan Red Bull untuk mengikuti jejak Ferrari. - REUTERS

Ulamak dikekal tidak bermakna profesional ditolak

Saya sudah menjangkakan Dato' Haron Din menarik diri dan memang saya mengharap beliau menarik diri dari bertanding Timbalan Presiden PAS.

Dato' Haron sekarang menyandang jawatan Timbalan Musrsyidul Am PAS. Seorang ilmuan yang disegani oleh kawan dan lawan seharusnya menduduki tempat yang tertinggi didalam hiraki parti. Dan jawatan Timbalan Mursyidul adalah paling tepat dengan kedudukan beliau.

Saya mengharap sangat-sangat Husam dan Mat Sabu menarik diri dari pertandingan jawatan Timbalan Presiden kerana jika mereka kalah, maka hilanglah dua tokoh di dalam PAS. Buat masa sekarang, mereka adalah penyandang Naib Presiden PAS.

Mereka boleh menyumbang segala tenaga serta idea dan jika ingin membawa perubahan kepada PAS, platform Naib Presiden atau Lujnah politik tiada apa-apa halangan bagi mereka menyumbang sesuatu yang bernas. Saya yakin PAS amat berbeza dan memang berbeza dengan UMNO dari segi mendengar atau menerima idea dari sesiapa dalam apa peringkat jawatan dalam parti.

Apabila kita berkata kepimpinan ulamak perlu dikekalkan, tidak bermakna ahli profesional di dalam PAS ditolak.

Hindraf..jenama menggerunkan?????

Ramai yang menentang Akta ISA yang bertindak tidak berprikemanusiaan. Tahanan ditangkap tanpa bicara, tempoh 'penyimpanan' tiada diketahui.

Anak-anak menjadi 'yatim' dan isteri menjadi 'janda'. Kasih sayang disekat, insitusi kekeluargaan dan tamadun kemanusiaan hancur.

Namun pembebasan beberapa orang tahanan ISA baru-baru ini memberi sedikit sinar harapan agar ISA itu sendiri dihapuskan. Di antara yang dibebaskan ialah beberapa pimpinan Hindraf.

Walaupun ramai yang bersimpati kepada tahanan ISA yang di antaranya terdiri daripada pimpinan Hindraf, namun mereka tidaklah boleh melebihi undang-undang. Mereka tidak boleh besar kepala, mentang-mentang rakyat menentang ISA. Rakyat hanya menentang ISA, tetapi sebarang tindak-tanduk yang melampaui batas undang-undang serta menggugat ketenteraman awam serta kaum, rakyat tidak menyokong tindakan Hindraf.

Mereka tidak seharusnya mengambil sikap berkonfrantasi dengan undang-undang dengan menuntut bermacam-macam tanpa mengambilkira sensitiviti kaum lain, dengan meletak berbagai syarat serta mengugut akan memilih 'jalanraya' tempat melepaskan geram.

Segala ketidakadilan sosial memang patut diperjuangkan dan Pakatan Rakyat memang menjuarainya. Kita mengalu-alukan kemunculan Hindraf sebagai sebuah parti politik yang sah untuk memeriahkan lagi demokrasi, agar ia hidup subur.

Pakatan Rakyat seharusnya meneliti dengan cermat, sebelum memberi sokongan kepada mereka. Berkemungkinan mereka memberi undi kepada Pakatan Rakyat tetapi sebarang tindak-tanduk mereka yang melampaui batas undang-undang sepatutnya dikutuk.

Wednesday, May 20, 2009

UMNO...Ini negara demokrasi, PRU13 cubalah lagi.

Anjing menyalak, bukit takkan runtuh. Bila penat, tekak dah serak berhentilah dia.

Pergantungan ADUN atau Ahli Parlimen adalah perkara biasa. Mereka perlu menghormati dewan yang mulia. Bila kena gantung, maka bermulalah kelakuan biadap seolah-olah mereka tidak bersalah.

Bila ADUN atau AP Pakatan Rakyat kena gantung, tiada apa yang boleh di adu, tiada akhbar yang akan menulis, tiada TV yang akan siar, melainkan diterima saja, tetapi bila UMNO/BN kena gantung, dikokok satu kampong, dilalak satu negeri, di salak satu bukit, kononnya mereka tidak bersalah.

UMNO, belajarlah hormat undang-undang, mentang-mentang kamu dah memerintah lebih 50 tahun, kamu ingat semua jentera kerajaan kamu punya, harta kerajaan harta kamu, kamu diatas undang-undang. Kamu ingat kamu boleh berlindung disebalik Polis dan Mahkamah?

Ini negara demokrasi, PRU13 cuba lagi. theMalaysianInsider .

Sukar sangatke bubar?????

Semenjak slogan 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Prestasi diutamakan diperkenalkan, seluruh juak-juak UMNO mengiakannya. Mereka hari-hari men'zikir'kannya.

Kita tidak lagi mendengar juak-juak UMNO melalak, hidup melayu, tegakkan ketuanan melayu atau apa-apa yang berkait dengan melayu.

Yang kita dengar hanyalah liberalsasi ekonomi atau apa-apa perkara yang ada hubungkait dengan ekonomi.

Ini semua kerana UMNO sudah sedar kita hidup di dalam negara majmuk yang memerlukan keadilan kepada semua kaum dan kebajikan kepada semua kaum dan PAS / Pakatan Rakyat telah lama mendahului UMNO/BN.

Kita telah buktikan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Terengganu semasa PAS memerintah pada tahun 1999, semua kaum tidak diabaikan kebajikannya.

Kita khuatir slogan 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Prestasi diutamakan menjadi retorik sepanjang zaman sama seperti "bersih,cekap dan amanah" dan "kepimpinan melalui teladan", politik wang berleluasa dan hidup subur ketika itu dan sehingga kini masih subur dan membarah.

Bukti slogan itu hanya retorik semata-mata ibarat seorang yangh kuat berzikir tapi tak meresap kehati, merewang ke mana-mana, ialah kenapa kemelut politik di negeri Perak yang amat memalukan negara dan seluruh dunia menyaksikan peristiwa 7 Mei, Speaker diseret keluar dewan masih berpanjangan?

Kenapa pembubaran DUN amat sukar dilakukan?

Hanya orang UMNO saja yang boleh memberi jawapan yang bernas lagi berjustifikasi. Aduhai!.

Dewan Perniagaan Cina desak DUN Perak bubar

Dewan Perniagaan Cina Wilayah Persekutuan dan Selangor pun mendesak DUN Perak dibubar. Perhimpunan Agung Tahunan Dewan itu sebulat suara meluluskan usul merayu Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, membubarkan DUN.

Dewan Perniagaan Cina Negeri Sembilan pun mendesak pembubaran DUN dan telah pun mengutuskan surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Begitulah perihatinnya mereka walaupun berlainan negeri. Mereka amat faham, kemelut yang amat panjang itu menjejaskan segala perjalanan harian terutama perniagaan.

Dewan itu berpendapat, kemelut politik negeri Perak membawa kesan dan risiko terhadap undang-undang Perlembagaan yang sangat serius.

Mereka berharap dengan mengadakan pilihanraya semula, agar pengundi negeri Perak dapat mengundi dan memilih kerajaan mereka.

Jikalau betul slogan rakyat didahulukan, inilah masa pembuktiaannya. Utusan .

Tuesday, May 19, 2009

UMNO...Siapa 'tokey' sebenar?

Setelah Majlis Tertinggi Barisan Nasional memutuskan tidak akan bertanding di PRK Penanti, kita belum mendengar lagi komen pedas dari Che Det.

Dulu Che Det memberi jaminan dia akan turun berkempen jika UMNO meletakkan calonnya. Takkan beliau tak boleh berkempen walaupun UMNO tak bertanding. Kita nak dengar celotehnya dan nak tengok penerimaan rakyat di Penanti. Saudara Ezam boleh menjadi pengacaranya.

Kita tunggu komennya, nanti kita akan tahu siapa 'tokey' sebenar di antara mereka berdua.

Kuda Kepang ada berkata .....ini satu keputusan yang waras, tindakan yang berani, dan strategi yang bijak. Dengan keputusan, tindakan dan strategi ini PR akan mati langkah dan hilang ghairah. Antiklimeks!

Komen al-brangi: Bermakna jikalau BN bertanding....ini satu keputusan gila, tindakan yang pengecut dan strategi yang bodoh. Dengan keputusan ini (jika BN bertanding), tindakan dan strategi PR akan hidup segar dan berlangkah penuh bernafsu. Klimaks? Entah. Hehehehhe.

Khir Toyo digantung 1 Tahun oleh Selcat

Khir Toyo telah digantung menghadiri DUN Selangor dan kemudahan sebagai Adun selama setahun selepas didapati bersalah menghina Dewan.

Beliau didakwa menghina DUN kerana tidak hadir sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang bersidang pada Mac lalu berhubung wang tajaan yang disalurkan kepada Badan Kebajikan dan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

Perkara itu diumumkan Speaker DUN, Teng Chang Khim. BeritaHarian .

Begitulah lagak seorang bekas Menteri Besar. Dia ingat dia mengatasi Undang-undang. Ahli Parlimen Pucung pun telah digantung oleh Parlimen, inikan Khir Toyo.

Cubalah hormati undang-undang sikit.

PAS Selangkah Ke Putrajaya

PAS akan selangkah lagi ke Putrajaya. Kalau tidak dapat melangkah melalui pilihanraya pun PAS tetap akan menghampiri Putrajaya secara fisikalnya.

Semalam Presiden PAS TG DS Abdul Hadi Awang melancarkan kempen dana untuk membina Kompleks PAS bernilai RM27 juta di Palacae of the Golden Horses yang hanya mengambil masa 10 minit sahaja ke Putrajaya.

Projek tersebut yang akan mempunyai berbagai kemudahan seperti pusat konvensyen yang boleh menampung 8000 orang, pusat perniagaan, kediaman persendirian, masjid dan pusat latihan, dijangka siap dalam masa 2 tahun. Ia akan dibina di atas tanah berkeluasan 17 ekar di Sepang. theMalaysianInsider .

Dengan terlaksananya projek itu nanti, akan menafikan bahawa PAS hanya parti kampong. PAS memang komited untuk membawa negara ini kearah pemerintahan yang adil mengikut pertimbangan Islam.

PAS memang serius dengan slogannya PAS for All.

DUN Perak Bubar Petang Khamis, 21 Mei 2009?

Kuasa mutlak membubar DUN adalah pada Istana di atas nasihat Menteri Besar. Sultan tidak akan bertindak mendahului Mahkamah. Pada hari Khamis 21 Mei nanti, Mahkamah akan menentukan segala-galanya, dan besar kemungkinan YAB Nizar akan kekal sebagai Menteri Besar yang sah.

Apabila YAB Nizar di'kembali'kan jawatannya, beliau akan menghadap Istana untuk menasihatkan Sultan supaya membubar DUN Perak.

Saya menjangkakan Sultan akan bersetuju membubar DUN. Apabila DUN dibubarkan maka selesailah sebahgian masalah. Kemungkinan petang 21 Mei 2009 Dewan Undangan Negeri Perak akan dibubarkan.

Senang sungguh nampaknya perjalanan ini.

Oh tidak semudah itu!

Sebelum pembubaran itu berlaku sudah pasti UMNO tidak akan menyerah kalah.

Zambry dan 'geng'nya akan cuba membawa usul undi tidak percaya kepada YAB Nizar. Yang akan mengendalikan perjalanan DUN ialah Speaker.

Jikalau Speaker yang sah yakni V.Sivakumar, sudah tentu usul itu ditolak sepertimana Speaker DUN Melaka menolak usul yang dibawa oleh DAP untuk mengundi tidak percaya kepada DS Ali Rustam.

UMNO akan mengunakan Speaker haram. Mereka tidak akan pedulikan undang-undang. Seluruh jentera Kerajaan dibawah ketiaknya. Maka mereka akan bersidang secara 'haram' dan menumbangkan YAB Nizar secara tak sah.

Seluruh media akan menyalak memberitahu rakyat Malaysia YAB Nizar sudah 'tumbang'. Apabila ini berlaku, sudah tentu YAB Nizar akan mengadu ke Mahkamah. Takkan nak dibiarkan Perak diperintah oleh pasukan 'haram'.

Jadi sampai bila perkara ini nak dibiarkan?

Masalah hak YAB Nizar dan Kerajaan Pakatan Rakyat dirampas. Masalah YAB Nizar hendak menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemerintah disekat. Apa kesudahannya?

Tiada jalan lain, melainkan pembubaran DUN disegerakan.

DUN Perak bubar...UMNO pun tak masuk

Maka berkata-katalah sang Ketua Pemuda bahawa beliau bersetuju dengan Pengerusi BN, PRK Penanti tidak perlu disertai.

Apa yang boleh diucapkannya. Apa yang boleh beliau berkata-kata, melainkan hanya bersetuju, hanya angguk-angguk tanpa berfikir dengan bossnya. Begitulah jikalau sesaorang 'bermasalah' atau mempunyai 'masalah', tiada pilihan melainkan menurut perintah.

Pemuda UMNO sekarang sudah tiada apa-apa lagi. Gigi-gigi semua dah luruh. Kuku-kuku semuanya sudah patah. Suara hampir-hampir bisu.

Yang seronok didengar, beliau berkata, BN berkepercayaan, lebih baik fokus di dalam kerja-kerja memperbaiki ekonomi negara daripada terlibat di dalam berpolitiking.

Saya sangat bersetuju dengan Ketua Pemuda yang bijak pandai ini. Apabila DUN Perak dibubar nanti, lebih baik jangan terlibat dengan pilihanraya semula, kerana UMNO/BN perlu menyebukkan diri memulih ekonomi negara.

Monday, May 18, 2009

UMNO perlu di'kuarantin'

Berita terkini. Gempar dan terhangat. Seluruh warga Penanti berkabung. Selsema babi telah 'menyerang' UMNO. Virus H1N1 masih dalam pencarian. UMNO terpaksa di'kuarantin' untuk seketika. Jika UMNO tidak pulih dalam waktu terdekat, waris terdekat bolehlah menempah keranda dan mencari mufti-mufti kesayangan mereka untuk membaca talkin.

Virus yang banyak mengorbankan mangsanya di Mexico mungkin 'berpindah' ke negeri Perak. UMNO Perak bila-bila masa akan berjangkit kerana lagi kuat sesaorang bertaut dan berpaut dengan UMNO, lagi kuat virus selsema babi akan menyerang mereka. Mungkin mereka perlu di'kuarantin' untuk selama-lamanya supaya jauh dari masyarakat. Rakyat Perak yang bijaksana perlu menjauhkan diri dari UMNO yang dah sudah di'uji' mendapat positif selsema babi.

Satu vaksin yang paling mujarab ialah DUN ada keperluan dibubarkan untuk melepaskan diri dari virus H1N1 yang di'bawa' oleh UMNO.

Rakyat Perak ada keperluan membebaskan diri mereka dari virus H1N1 atau selsema babi.

Biar 1 miss, jangan 1 Perak habis

Setelah berbagai-bagai alasan diberi, hari ini Dewan Tertinggi Barisan Nasional memutuskan tidak meletakkan calon pada PRK DUN Penanti, di Pulau Pinang.

Jelaslah kepada kita UMNO/BN tidak sanggup lagi menggadaikan maruahnya, mempamerkan air mukanya yang tebal dan menanggung malu untuk menghadapi Pakatan Rakyat.

UMNO/BN rela melepaskan satu DUN daripada menanggung azab satu negeri jika diizinkan Allah nanti. UMNO sanggup memberi walkover dan mengangkat bendera putih daripada Perak terlepas. Jika Perak terlepas, maka ia akan berjangkit ke PRU13 nanti di mana satu 1 Malaysia akan terlepas.

Mereka menghabiskan dua jam bukan memikirkan baik buruk bertanding, tetapi mereka buat 'brain-storming' bagaimana hendak memberi jawapan agar rakyat menerima alasan-alasan mereka.

Tidak disangka-sangka, parti yang selalu menghunuskan keris, parti yang selalu berkokok berdegar-degar, parti yang selalu melaungkan hidup melayu rupanya kurang sesuatu.

Apa yang kurang itu orang Penanti fikirlah sendiri.

Hanya Sangkaan,,,ada buktike?????

Kita hendak menuduh sesaorang biarlah ada bukti. Jauh sekali kita bersangka buruk kat orang lain. Lebih-lebih lagi kalau kita dah bertaraf ulamak serta bertaraf pimpinan tertinggi dalam saf ulamak PAS, kita mestilah sentiasa berbaik sangka pada sesaorang.

Budaya politik wang telah membarah di dalam UMNO. Maka lahirlah pemimpin yang boleh dibeli moralnya dan akhlaknya cukup jelik.

Kita tidak mahu dan berasa malu jika betul-betul politik wang sudah mula bertenggek kat PAS. Jika betul-betul ada bukti kenapa tak laporkan kepada SPRM. Yang membezakan di antara PAS dengan UMNO, ialah PAS tidak akan mendiamkan diri dan bertolak ansur di dalam perkara rasuah.

Jika hanya setakat 'jikalau','mungkin','boleh jadi' dan yang sama makna dengannya, itu adalah permainan syaitan, maka kita sudah memalukan PAS tanpa bukti yang kukuh. Pihak musuh mengeksploitasikan berita ini dan ia amat memalukan PAS.

Anifah ~ Anwar .....bertembung?????


Facing the masked media: Foreign Minister Datuk Anifah Aman speaking to pressmen upon his arrival at KLIA after his visit to the United States. Even he was not spared the A (H1N1) flu fears as reporters and cameramen wore masks during the interview. At the press conference, Anifah stood by his claim that he had been offered the deputy prime minister’s post by Datuk Seri Anwar Ibrahim as a lure to switch sides.-Bernama mStar .

Nampaknya Anifah ni beria-ia nak mencari musuh. Kenapa sekarang baru timbul pasal DS Anwar menawarkannya Tmbalan Perdana Menteri?

Sekembali pulang dari Amerika Syarikat, beliau mengulangi kembali tuduhannya yang dibuat di Amerika.

Sesiapa yang ingin memusuhi DS Anwar terutama dari UMNO/BN, tidak menghairankan kerana DS Anwar menjadi saingan bagi mereka. Kalau DS Najib atau TS Muhyiddin memusuhi DS Anwar, itu tidak menghairankan, tetapi kalau datang dari seorang 'junior' semata-mata hendak mengambil hati bossnya atau dalam lain perkataan hendak mengampu bossnya amat mengejutkan.

Mungkin ini adalah permulaan untuk memerangkap DS Anwar, ini adalah masanya untuk meng'hapus'kan DS Anwar secara perlahan dan terancang. Lebih-lebih lagi PRK Penanti sudah sedia menanti. Piliharaya DUN Perak pun sedia menunggu. 'Perancang' utama seperti DS Anwar perlu di'sidelined'kan agar UMNO/BN tidak menempuh laluan sukar dalam pilihanraya nanti.

Menyemarakkan perasaan benci rakyat kepada DS Anwar sentiasa dijuarai oleh badut-badut politik.

Selalunya badut-badut, kehidupan mereka sentiasa membuat orang gelak ketawa. Mereka kononnya tidak pernah susah hati, tidak pernah sakit pening, sebab itu mereka tidak perlu di'kuarantin' sepertimana rakyat biasa walaupun mereka pun baru pulang daripada Amerika, dimana semua penumpang lain dan krew dikuarantin.

Kemelut di Perak...Hitam-Putih Kehidupan.

Bayi kembar hitam putih, Leo dan Ryan, bersama kedua orangtua mereka.

Allah menjadikan sesuatu berpasang-pasangan di muka bumi ini sudah tentu ada hikmah dan tujuannya. Sesungguhnya Allah tidak menjadi sesuatu dengan sia-sia.

Dijadikan sesuatu berwarna putih. Untuk menilai sesuatu itu putih, sudah tentu ada asasnya iaitu dengan adanya warna hitam yang dapat memberi penilaian tahap keputihannya sesuatu itu.

Dijadikan sesaorang itu lelaki. Untuk mempastikan sesaorang itu lelaki, sudah tentu ada asasnya iaitu dengan adanya seorang perempuan yang dapat memberi penilaian rupa bentuk serta paras rupa seorang lelaki kerana Islam melarang persamaan keterampilan dua gender yang berlainan.

Dijadikan sesuatu tinggi ukurannya. Untuk membandingkan sesuatu itu tinggi, sudah tentu ada asasnya iaitu dengan adanya sesuatu yang rendah yang dapat memberi gambaran serta perbandingan tahap tinggi-rendah sesuatu.

Begitulah seterusnya, Allah menjadikan sesuatu, seperti baik-jahat, berat-ringan, cantik-hodoh, panjang-pendek, lama-sekejap.........., syurga-neraka.

Begitu juga keadaan di negeri Perak. Wujudnya dua Menteri Besar dan dua Speaker.
Allah memberi peluang untuk rakyat Perak membuat perbandingan, penilaian dan pemilihan. Mana satu MB baik, mana satu MB jahat. Mana satu MB berwibawa, mana satu MB 'ular sawa'. Mana satu berjiwa rakyat, mana satu MB 'besi karat'.

Allah juga memberi peluang rakyat Perak membuat penyaksian, mana satu Speaker yang mengutamakan amanah rakyat, mana satu Speaker yang mengutamakan diri sendiri.

Rakyat Perak sekarang sudah dapat membezakan yang mana intan, yang mana kaca.

InsyaAllah YAB Nizar dan V.Sivakumar telah menjalani berbagai rintangan untuk menerajui Perak seterusnya.

Sunday, May 17, 2009

Kemelut di Perak.....Kekusutan berpanjangan


Walau apapun keputusan Mahkamah pada hari Khamis 21 Mei ini, UMNO tetap dengan lagak samseng yang menganggap Malaysia ini dia yang punya. Jika keputusan itu menyebelahinya maka bertambahlah angkuhnya dan bertambahlah merana rakyat Perak.

Jika keputusan itu tidak menyebelahinnya, maka jangan dianggap YAB Nizar bersama dengan Pakatan Rakyat dapat tidur dengan lena. Zambry bersama UMNO akan mencari jalan menumbangkan kerajaan 'minoriti' Pakatan Rakyat. Dijangka Zambry akan membawa usul undi tidak percaya kepada YAB Nizar dengan menggunakan Speaker 'haram'.

Jika itu terjadi maka kemelut ini akan berpanjangan. Sudah tentu Pakatan Rakyat akan menggunakan Mahkamah untuk menentusahkan siapa sebenarnya Speaker yang sah, walaupun 1 Malaysia tahu V.Sivakumar adalah speaker yang sah.

Jadi untuk meleraikan segala kekusutan yang berpanjangan ini, pembubaran DUN adalah yang paling tepat.

Wahai UMNO, kalaulah betul rakyat didahulukan, kembalilah kepada rakyat.

Cakap je tak campur tangan....

Che Det tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya berkaitan projek Jambatan Bengkok yang dibatalkan semasa zaman Pak Lah lagi.

Entah apa yang dipilukan sangat, hanya dia seorang saja yang boleh jawap. Justifikasinya ialah mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.

Kemarahan dan kepiluannya serta terkilannya seperti kempunan akan telur tembakul sehingga 'bermasam-muka' dengan Pak Lah sehingga sekarang. Pemerintahan Pak Lah dikritik hebat olehnya, pantang ada sikit kesalahan akan di'sembur' di dalam seminar, konferens atau kenyataan akhbar.

"Walaupun saya berpendapat tidak ada sebab projek itu tidak boleh diteruskan...saya tidak ada keputusan untuk dibuat, mungkin kerajaan sekarang ada," katanya pada sidang akhbar selepas berucap pada majlis bersama Bloggers United Malaysia di Subang Jaya di sini semalam. mStar .

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak akan campurtangan dalam keputusan kerajaan sama ada akan menyambung semula projek tersebut atau sebaliknya. Tetapi dari gaya dan nada dia bercakap ada semacam dia mahu projek tersebut diteruskan. Kilas ikan di air, dah tahu jantan betina.

DS Najib akan bertambah pening selepas ini jika kritikan demi kritikan akan di'sembur' oleh mentornya, ditelan mati emak, diluah mati bapak.

PAS kuasai bandar?

Kalau dulu PAS selalu dkaitkan dengan padi. Di mana ada padi, di situ ada PAS, yang membawa maksud PAS hanya berkembang di kampong-kampong yang mana ahlinya terdiri dari petani dan tok lebai.

Tetapi fenomena itu sudah berubah. PAS sekarang berkembang mekar di bandar-bandar. PAS berkembang di Bangi, Shah Alam, Muar, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Paroi, Bukit Gantang dan Kuala Lumpur serta amat berpotensi di bandar-bandar lain di Malaysia.

Kenapa ia jadi begini?

Ini kerana kemudahan serta perkembangan majlis ilmu amat segar dibandar-bandar besar. Golongan muda menguasai dan menjadi 'pendengar' nombor satu di dalam mana-mana majlis ilmu.

Kemudahan memperolehi maklumat secara 'fresh' dari internet menarik minat golongan muda. Oleh kerana media arus perdana melabuhkan tabir hitam menutup segala berita berkaitan perkembangan pembangkang, peranan blogawan/blogawati memaparkan 'first-hand news' amat berkesan. Banyak berita berkaitan dengan PAS/Pakatan Rakyat, dengan senang diperolehi oleh golongan remaja dan belia.

Perkembangan pengeluaran buku/kitab yang baru amat mudah diperolehi di bandar-bandar berbanding dengan mendapatkan kitab-kitab 'best-seller' di kampong-kampong.

Penyokong berbilang kaum ramai bertapak di bandar-bandar besar. Dengan slogan PAS for All, ia menyemarakkan lagi perjuangan serta membuka setiap ruang dan luang kepada rakan-rakan bukan Muslim mendekati PAS.

Kemudahan sistem jalanraya amat memudahkan gerak kerja PAS, terutama ketika diluar musim pilihanraya mahupun di dalam musim pilihanraya

Saturday, May 16, 2009

Anifah Fitnah Anwar Ibrahim


Datuk Anifah Aman berbohong. Bagaimana seorang Menteri Luar boleh berbohong. Kalau seorang Menteri boleh berbohong di luar negara, apa yang nak diharapkan beliau menceritakan kebaikan negara kepada luar.

Beliau mereka-cerita, kononnya DS Anwar menawarkan beliau jawatan Timbalan Perdana Menteri jikalau jadi perancangan Ahli Parlimen BN menyeberang ke PR tahun lepas.

Apa motif beliau membuat fitnah, melainkan berniat jahat untuk mencalarkan nama baik DS Anwar Ibrahim di dalam dan di luar negara.

Kenapa Malaysia yang menuju ke arah negara maju 2020 masih ada politikus berfikiran kuno? Kot ya pun nak menang PRK Penanti nanti, gentlemanlah sikit.

DS Anwar menafikan dakwaan itu dan akan menyaman malu jika beliau tidak menarik balik dakwaannya dan jalan paling baik beliau letak jawatan sebagai Menteri Luar. theMalaysianInsider .

Kemelut di Perak...TG Nik Aziz tak setuju bincang dengan BN

Sabtu Mei 16, 2009

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mahu sebarang perbincangan diadakan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata beliau tidak yakin kaedah perbincangan antara keduadua pihak yang bertentangan itu dapat menyelesaikan krisis berkenaan.

"Jalan paling baik ialah bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Persekitaran Bestari Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden BN, untuk bertemu dengan pemimpin pembangkang dalam usaha menamatkan kemelut politik Perak.

Pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang dilaporkan mahu beliau menetapkan tarikh pertemuan itu tetapi mereka berpendirian bahawa jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis politik itu ialah dengan membubarkan DUN Perak agar pilihan raya negeri dapat diadakan. BERNAMA

Khir Toyo masih ber'nafas'


Presiden UMNO mengumumkan 4 nama bagi mengisi beberapa jawatan penting dalam Badan Perhubungan UMNO Selangor. Yang menarik perhatian saya ialah Khir Toyo.

Saya menjangkakan beliau digugurkan terus, rupa-rupanya beliau dilantik sebagai Ketua Pasukan Pemikir.

Rupa-rupanya kepala otak beliau masih berpakai di Selangor.

Beliau bolehlah memikirkan bagaimana dan ceruk mana nak dibuat tempat kota hiburan ala-ala Disney Land.

Beliau boleh memikirkan bagaimana nak mengisi tabung Balkis dan 'dissolve' serta merta bila UMNO kalah.

Beliau bolehlah memikirkan berapa sen lagi tariff air nak diturunkan?

Beliau boleh memikirkan berapa bantuan anak-anak menyambung pelajaran ke Menara Gading.

Saya khuatir beliau bukan memikirkan bagaimana nak rampas Selangor kembali, tetapi beliau banyak memikirkan bagaimana beliau ingin kembali ke persada pemerintahan di Selagor.

Nampaknya Mike Tyson terus diketepikan dari Badan Perhubungan UMNO Selangor.

PAS/Pakatan Rakyat Selangor mesti pastikan beliau di'nyah'kan terus dari politik negeri Selangor.

Ahmad Said rasa lega?????


Ahmad Said mungkin berasa sedikit lega kerana Timbalan Presiden UMNO kata, beliau dikekalkan Menteri Besar Terengganu. Malaysiakini .

Tetapi beliau jangan mendabik dada, berperasan beliau adalah calon Menteri Besar yang terbaik.

Ini kerana dasar UMNO adalah seperti langit dengan bumi dengan dasar PAS. PAS boleh berkerjasama dengan UMNO di dalam hal menghapuskan maksiat yang sangat membimbangkan di Terengganu.

Adakah UMNO bersedia berkerjasama? Adakah UMNO bersedia menghapuskan sebarang bentuk penjudian? Adakah UMNO bersedia menghapuskan konsert yang menjuruskan kepada hiburan yang melampau? Adakah UMNO bersedia memberi bantuan kepada orang-orang PAS sepertimana orang-orang UMNO layak?

Ingat Mad Said, mu adalah Menteri Besar untuk semua rakyat Terengganu, jangan bila tersepit je baru nak cari orang PAS, pastu buat 'loklok' nak beli kambing. Pandai mu. Jangan kuat 'belebong'.


Sah..TG Hadi Awang Kekal Presiden PAS

Maka sah lah TG Abdul Hadi Awang telah menang tak bertanding sebagai Presiden PAS setelah mendapat 136 pencalonan daripada 137 Kawasan.

Satu-satunya kawasan PAS yang tidak mencalonkan TGHA ialah PAS Kawasan Bukit Bintang.

Manakala bagi jawatan Timbalan Presiden, lima nama disahkan layak bertanding bagi merebut jawatan tersebut iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Datuk Dr. Haron Din, Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu dan penyandang Nasharuddin Mat Isa.

Bagi jawatan naib presiden, 16 nama layak bertanding sementara untuk ahli jawatankuasa Pas pusat, 86 orang disahkan layak bertanding.

Sepertimana diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang akhbar di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Kemelut di Perak....Badut Meroyan


Seorang lagi badut bercakap macam seorang badut, ya seorang badut. Memang badut pun.

Kononnya kalau buat pilihanraya sekarang kerana hendak menyelesaikan krisis politik akan wujud polarisasi kaum. Badut itu meroyan lagi, dalam keadaan politik sekarang, sentimen perkauman begitu menonjol dan dikhuatiri para pengundi akan memilih calon daripada kalangan bangsa sendiri.

Kenapa kerana takut tidak mendapat undi daripada berbagai kaum, dikatakan wujudnya perkauman.

Badut yang meroyan itu sendiri bercakap dari sudut sentimen perkauman. UMNO beretorik dengan 1 Malaysia, pemikiran mereka masih dari sudut perkauman yang sudah sebati dengannya.

Sekarang sudah tidak wujud lagi perkauman, satu fenomena yang menakjubkan, cuma kaum lain sudah hilang selera mereka dengan UMNO/BN. PRK Bukit Gantang menceritakan segala-galanya.

Pakatan Rakyat telah berjaya menjadi harapan alternatif selepas UMNO/BN 'gagal' dengan tugasnya.

Meroyanlah lagi badut tu, dikatakan pilihanraya adalah pembaziran. Bila masa pulak UMNO bercakap pasal pembaziran. Pembaziran amatlah sinonim dengan UMNO.

Dicadangkan duit hasil lelong Camry tu dibuat belanja piliharaya. mStar .