Followers

Thursday, April 30, 2009

Nizar Didera, Rakyat Terseksa

"Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan." Inilah yang diratibkan oleh orang UMNO. Maka juru lalak pun berbuih-buih mulut ber'zikir' ungkapan itu.

Tak payah buat seminar, kolokium atau konferens di hotel-hotel mewah kalau setakat nak kupas ungkapan yang bersifat 'tepung gomok' itu. Menghabiskan masa dan wang rakyat. (Rakyat didahulukan, bukan?)

Kalau betul-betul rakyat didahulukan, kembalikan DUN Perak kepada rakyat. Referundum rakyat Bukit Gantang membuktikan segala-galanya.

Bubarkan DUN rakyat. Kenapa kemelut ini makin hari makin kusut? UMNO yang kemaruk dan gila kuasa. UMNO sudah meroyan dan gila talak. Ir. Nizar didera dan akibatnya Rakyat terseksa.

Jika Speaker sekarang dibawa usul pemecatannya, apa implikasinya?
Kes ini akan berpanjangan dan tidak akan bertemu punca.
Persidangan pada 7 Mei ini pun disangsikan sahnya. Kes saman Ir.Nizar pun masih belum pasti keputusannya.

Ungkapan "Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan." adalah retorik UMNO/BN yang akan tenggelam dan hanyut sehinggalah PRU13 akan datang.

Timbalan Presiden PAS.......profesional?????

Memang tiada termaktub di dalam perlembagaan PAS, jawatan Timbalan Presiden hatta Presiden pun semestinya dari golongan Ulamak.

Bagi saya seelok-eloknya, biarlah kedua-dua jawatan tersebut dari golongan ulamak.

Andaikata jawatan Timbalan Presiden dimenangi oleh golongan bukan ulamak, maka janganlah ahli 'bercakaran' mempertikaikan sipolan golongan ini, sipolan golongan itu. Jika itu terjadi alamat orang PAS dah masuk di dalam perangkap UMNO.

Saya amat yakin ahli PAS dah cukup matang, dapat menerima apa-apa perkembangan atau 'kejutan' yang mungkin terjadi.

Andaikata golongan profesional memenangi jawatan Timbalan Presiden, saya yakin beliau tidak akan lari daripada perjuangan PAS, lagipun PAS ada Dewan Ulamak dan Majlis syura yang akan memandu perjalan PAS samada lari dari landasannya.

Wednesday, April 29, 2009

Kebenaran sudah hampir, Nizar


Kali pertama namanya mucul di dalam sesuatu pilihanraya umum ialah menentang Rafidah Aziz pada pilihanraya umum tahun 2004. Pada PRU12 2008, diberi mandat oleh PAS bertanding di DUN Pasir Panjang dan menang. Dan baru-baru ini telah memenangi parlimen Bukit Gantang.

Bersekolah rendah di Sekolah Rendah Anglo-Chinese School (ACS) Kampar. Kemudian naik ke Sekolah Menengah Kebangsaan Anglo-Chinese School Kampar dan Sekolah Menengah Teknik Ipoh dan menyambung pengajian peringkat A-level dan ijazah di England.

Itulah anak muda yang dilahirkan pada 17 Mac 1957 yang lalu yang bernama Mohammad Nizar Jamaluddin. Beliau berkelulusan dari Aston University of Science & Technology di Birmingham, England di dalam bidang Mechanical Engineering.

Nizar mempunyai kebolehan bertutur dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, dan Bahasa Tamil.

Namanya melonjak naik semasa kemelut politik negeri Perak semasa peristiwa 'perampasan kuasa' pada 6 Februari 2009.

Semasa beliau menjadi Menteri Besar lebih kurang 11 bulan, namanya mulai meniti disetiap bibir kawan dan lawan. Kepimpinannya mulai terselah. Musuh politiknya mulai gerun dengan kehebatan beliau berpidato, menyelesaikan banyak status tanah, tidak kira warna kulit, kehebatannya mendapat tempat yang teristimewa dihati rakyat berbilang kaum di negeri Perak khasnya.

Kini beliau diuji, musuhnya memang ingin 'melenyap'kan terus beliau dari bumi Perak. Kehadirannya di dalam peta politik negeri Perak seolah menjadi duri dalam daging orang-orang UMNO. Beliau merupakan satu ikon perpaduan kaum selari dengan slogan PAS for All.

Ada juga kawan-kawan menyifatkan beliau seperti Pak Kadok. Menang sorak kampong tergadai (hilang kuasa).

Saya amat TIDAK bersetuju, kerana kemunculan beliau bukan diminta. Beliau hanyalah memikul amanah parti. Beliau memikul amanah rakyat. Rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat. Tiba-tiba, mandat yang diberi oleh rakyat disentap, direntap, di'cabul', di'rogol' dan dirampas tanpa belas kasihan, tanpa rasa hormat kepada rakyat dan demokrasi oleh UMNO/BN.

Beliau yang begitu komited dengan PAS tidak akan sesekali berundur mengangkat bendera putih. Beliau akan menggunakan setiap 'avenue' yang ada untuk mengambil balik hak rakyat yang dirampas. Ini satu amanah Parti.

Masa kearah itu sudah hampir. Kenyataan serta kebenaran sudah dekat. Sikit saja lagi. InsyaAllah pertolongan dari langit akan dinikmati dan akan kembali memegang serta memikul amanah rakyat.

UMNO keluarga 69

Yang kat Kuala Nerang di istihar muflis.

Yang di Pahang Mahkamah perintah bayar RM63+ juta lebih kepada Syarikat Balak.

Yang di Johor kena saman RM322 juta . BeritaHarian .

Yang kat Melaka bermasalah 'politik wang'.

Yang kat Terengganu, sama sendiri (sama-sama UMNO/BN) hilang kepercayaan.

Yang jadi Ketua Orang-orang muda UMNO, walaupun tak dilantik jadi Menteri, tapi ada kes dengan Lembaga Disiplin, politik wang jugaklah tu.

Yang jadi Setiusaha Kehormat pun nama 'naik' jugak.

Yang kat Perak, buat-buat bebal, nak sidang jugak.

Nak buat plak bawah 'pokok demokrasi' pun susah.

Macamana ni UMNO? Tak malu ke? Bubar je Parlimen.

Buat fresh election, ambil mandat baru dari rakyat.

Sultan Selangor jalani penbedahan jantung di AS


SHAH ALAM: Sultan Selangor berangkat ke Amerika Syarikat hari ini bagi menjalani pembedahan jantung di Pusat Perubatan Universiti Stanford California, 2 Mei ini.

Baginda akan berada di sana selama tiga minggu.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmud dalam sidang media, di sini, pagi ini.

al-brangi : Patik berdoa agar Tuanku selamat menjalani pembedahan dan kembali ke tanahair dengan selamat agar dapat mentadbir rakyat Tuanku seperti sediakala. BeritaHarian .

Babi Betui.....

Ekoran merebaknya selsema babi, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa supaya pelaksanaan sistem ladang ternakan babi moden disegerakan supaya risiko dan kegusaran masyarakat umum dapat dihapuskan.

"Ini kerana masih terdapat banyak ladang babi yang masih tidak terurus dan kumbahannya terus dibuang ke dalam saluran pengaliran yang tidak sewajarnya, seperti yang berlaku di Masjid Tanah, Melaka," kata Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin. Malaysiakini .

al-brangi : Lihat sini kemunafikan puak-puak ni. Dulu bukan main hentam Selangor yang nak meneruskan projek hasil peninggalan Khir demi menjaga kebersihan dan mengelakkan daripada pencemaran. Sekarang bila timbul pasal selesema babi, PPIM ke Pewaris ke, semua dah takut dengan babi. Memang dasar b - - - betul.

Tuesday, April 28, 2009

PRK pulak di Kedah..........

Pada 3 Nov tahun lepas, Mahkamah Tinggi Alor Setar mengisytiharkan Adun Kuala Nerang, Kedah, Datuk Syed Sobri Syed Hashim muflis selepas gagal menjelaskan hutang lebih RM150,000. — Bernama

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Shafie Apdal berkata, Syed Sobri tidak akan meletak jawatan.

Macamana tak nak letak jawatan, bukan ke kalau dah muflis otomatik gugur sebagai seorang Adun?

Macamana ni? Speaker tak maklum ke SPR secara rasmi ke?

Puak-puak ni kalau buat diam je, seronoklah depa.

PRK pulak. Penin. Penin. Penin.. Pening.

Pembaharuan dalam Perkhidmatan Awam

PM mencadangkan, Petama:

Mana-mana Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan Ketua Pengarah yang berada di dalam Gred JUSA A, B dan C (Jawatan Utama Sektor Awam) boleh berkhidmat di sektor Swasta seperti mana-mana Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau sebaliknya atau daripada perkhidmatan lain selain Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik.

Kedua:

Pegawai-pegawai perkhidmatan awam boleh dipinjamkan ke syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sebaliknya.

Ketiga:

Perkhidmatan awam boleh mencontohi pelan pembangunan kerjaya dan pencarian bakat yang diamalkan oleh syarikat-syarikat seperti Petronas termasuk Bank Negara.

Penjawat awam yang terbaik akan dihantar untuk menimba ilmu di beberapa institusi tersohor di dunia seperti di Kennedy School of Government di Universiti Harvard dan Wharton Busniness School di Universiti Pennsylvania. Utusan .

Inilah pembaharuan dalam perkhidmatan awam yang diumumkan oleh PM.

al-brangi :

Pertama : Dikhuatiri dengan kemasukan pegawai dari GLC ke Jabatan / Agensi Kerajaan boleh menutup peluang kenaikan pangkat ke JUSA.

Kedua : Nampak pegawai berpeluang berkhidmat dan menimba pengalaman di GLC.

Ketiga :

Kemungkinan akan wujud pilih-kasih untuk menghantar pegawai terbaik yang bersifat subjektif.

...Mahkamah Tinggi pulak.....sabar je lah Nizar

Mahkamah Persekutuan putuskan Mahkamah Tinggi tentukan fakta-fakta yang menjadi pertikaian berhubung soal pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam krisis politik Perak, di mana satu peristiwa yang menyanyat hati 'perampasan kuasa' rakyat berlaku pada awal Februari lalu.

Seramai 5 hakim bersidang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Alauddin Mohd. Sheriff membuat keputusan sebulat suara dengan menekankan bahawa terdapat fakta-fakta yang dipertikaikan harus didengar oleh Mahkamah Tinggi.

Semakan kehakiman ditetapkan 4 Mei ini.

Seperti sedia maklum DS Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar kesahihan pelantikan DS Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar negeri itu. mStar .

al-brangi :

Kenapa Zambri tidak menghormati kes Mahkamah yang masih lagi 'pending'?

Kenapa UMNO selalu menunjukkan sikap gelojoh, rakus dan tidak menghormati mahkamah?

Kenapa perlu mengadakan sidang DUN pada 7 Mei sedangkan Mahklamah akan membuat penyemakan pada 4 Mei?

Di dalam ertikata yang sebenar, negeri Perak sekarang tiada pemerintah. Siapa yang memberi arahan dan menandatangani segala dokumen dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran?

Kenapa perlu di 'dera' rakyat negeri Perak sebegini rupa? Yang paling 'menderita' adalah Ir.Nizar kerana rakyat telah memberi mandat kepadanya untuk mentadbirkan negeri Perak.

Kot ye pun nak bersidang, dimana nak letak kuasa Speaker? Kenapa Speaker diketepikan?

Banyak lagi persoalan,anda fikirlah sendiri.

UMNO ~ seruan hambar

DS Najib menggesa UMNO bukan saja menjuarai Melayu, tetapi hendaklah menjuarai semua rakyat Malaysia.

1 Malaysia, katanya bukan menjuarai MELAYU sahaja tetapi menjuarai semua kaum di Malaysia. theMalaysianInsider .

Seruan ini adalah seruan yang hambar, tawar, basi, berbuak-buak dan masam, berbuih-buih boleh 'meracun'kan 'makanan' dan 'minuman' anda. UMNO mula menciplak. UMNO dah mula membuat'fotokopi'. UMNO dah mula meraba-raba mencari 'panic-button', tetapi tak berjumpa kerana meraba-raba di dalam kegelapan malam.

UMNO sudah terdesak, terpaksa 'meniru' tetapi rakyat lupa ke? Pemimpin yang ber'masalah' seperti terlibat dengan politik wang, boleh ke di percayai? Sekarang episod 'wayang 'kulit' akan sentiasa ber'awang selampit' setiap hari dan malam sehinggalah PRU13.

Setiap 'titik-titik hitam' di muka akan ditepung gomokkan.

PAS sudah lama menyeru PAS for All serta Negara berkebajikan.

PAS / Pakatan Rakyat bukan beretorik meniup slogan kosong. PAS telah membuktikan di Kelantan, di Terengganu semasa PAS memerintah pada tahun 1999, di Kedah, di Perak sebelum di'rampas' kuasa, di Pulau Pinang dan di Selangor.

Rakyat dah mula menyakini Pakatan Rakyat, sebab itu UMNO/BN akan 'by hook or by crook' akan sentiasa menghimpit Pakatan Rakyat ke dinding sehingga tidak bernafas. Tetapi himpitan itu adalah himpitan yang lemah, almaklum semua dah hampir kena 'barah' politik wang.

Pengundi jangan mudah lupa!!!!!

Kenapa Selangor?????

Keseluruhan Adun Negeri Selangor didesak untuk mengistiharkan gaji, elaun dan harta mereka. Yang berminat hendak tahu 'harta' mereka, tak sabar-sabar menunggu.

Kenapa harta, gaji dan elaun Adun negeri-negeri yang UMNO perintah, mereka tidak berminat?

Adun-adun negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis dan Terengganu, harta, gaji dan elaun mereka dah istihar ke belum?

Gaji, elaun, dan harta Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri serta para Timbalannya, dah istiharke belum?

Kenapa mereka hanya berminat dengan negeri Selangor?

SPRM pun berminat dengan negeri Selangor.

Para 'skodeng' pun berminat dengan negeri Selangor.

Monday, April 27, 2009

TG Hadi ditentang, siapa yang untung, siapa yang rugi?????


Semasa TG Abdul Hadi Awang melontarkan idea 'Kerajaan Perpaduan', UMNO membisu. Ketika itu musim perebutan jawatan dalam Perhimpunan agung UMNO, tiada siapa memperdulikan idea itu.

Di dalam PAS, ada ahli yang melenting, ada yang marah kononnya pemimpin PAS dah kemaruk kuasa. Ramai yang menuding jari ke TGHA. Kalau tak silap TG Murshidul Am pun melenting.

Akhbar dan TV pro UMNO meniupkan api sengketa ini. Adu domba pun berjalan. Kesannya ahli PAS bertelagah. Sehingga ada yang mencalonkan Murhidul Am sebagai Calon Presiden.

TGHA selepas itu menangguhkan idea ini. Sekali lagi ahli PAS melenting, ada yang mengatakan TGHA bukan menarik balik tapi hanya menangguhkan dulu idea itu. Begitu marah ahli PAS kepada UMNO dan juga amat 'marah' mereka kepada TGHA.

Sekarang setelah BERJAYA akhbar dan TV pro UMNO memainkan jarum hasutannya, sehingga ramai ahli PAS yang tercucuk hinggakan sudah lupa hormat pada TGHA. Ada yang 'terlepas' cakap dan berbagai-bagai lagi, BARUlah UMNO mula bersuara. UMNO mengatakan PAS mementingkan diri dan sebagainya. Utusan .

Memang perangai UMNO, selepas mereka pasang perangkap, mereka pun menuduh kenapa PAS menarik balik idea 'Kerajaan Perpaduan'?

Kesimpulannya UMNO berjaya memporakperandakan PAS. Ahli PAS kerana terlampau mendalam bencinya kepada UMNO, sanggup menghentam pimpinan sendiri.

Sekarang walaupun idea 'Kerajaan Perpaduan' telah reda, ahli PAS masih hentam menghentam, yang ketawa besar ialah UMNO.

Andaikata TGNA menerima pencalonan Presiden, dan menang, apa akan terjadi?

Tetapi yang sebenarnya, yang menang bukannya TGNA. Pemenang sebenarnya ialah UMNO kerana berjaya 'meminggirkan' TGHA, seorang pejuang yang konsiten.

Yang rugi adalah ahli PAS dan PAS itu sendiri, bagi yang mem'benci' TGHA, mereka hanya senyum puas.

Yang ketawa besar ialah UMNO.

Sekadar renungan.

Bila Babi Selsema, Satu Dunia Ribut


Bila burung selsema, satu dunia ribut.

Bila babi selsema, satu dunia kalut. Kosmos .

Bila manusia selsema, satu rumah gamat.

Itu menunjukkan manusia ni lemah.

Tetapi walaupun lemah masih nak tolak Islam. Masih tak nak kembali kepada hukum Islam. Masih nak persoal arahan Islam. Masih nak melalak, masih nak melalok, masih nak berkonsert, masih nak berasuah, masih nak berdegil, masih nak berkeras kepala.

Lepas ini ntah apa jenis selsema yang Allah nak uji makhluknya.

Bila nak di struktur semula pembiakannya agar manusia terhindar dari segala pencemaran dan penyakit, satu Malaysia persendakan Kerajaan Selangor (itu pun meneruskan projek zaman Khir dulu)

Agenda Baru ?????? atau hina anak tempatan????

Kesemua 5 negeri Pakatan Rakyat dan Wilayah Persekutuan telah bertukar Ketua Perhubungan.

Negeri-negeri yang dilanda 'masalah' seperti Perlis dan Terengganu turut berganti Ketua Perhubungan. Kelantan boleh juga dikira bermasalah kerana sudah 19 tahun UMNO tidak boleh mencengkam lagi turut digantikan Ketuanya. Berakhir sudah Annuar Musa. Beliau digantikan dengan Mustafa Mohd.

Luka Shahidan tidak dapat menjadi MB walaupun menang semata-mata kerana tidak mendapat perkenan dari Istana turut merana. Beliau bernasib baik kerana dilantik menjadi Ahli Majlis Tertinggi manakala Mat Isa Sabu dilantik menjadi Ketua Perhubungan.

Mahdhir Khalid turut melayang jawatannya, digantikan dengan Shafie Afdal. Kedah juga merudum kepada PAS. Beliau didapati tidak berupaya lagi untuk mengembalikan Kedah ke pangkuan UMNO/BN walaupun Che Det sudah kembali ke UMNO dan Mukhriz dilantik menteri penuh walaupun kalah perebutan Ketua Pemuda kepada Khairy.

Pulau Pinang semasa PRU12 dulu dipimpin oleh mantan Perdana Menteri sendiri merudum ke Pakatan Rakyat, turut menyaksikan Ketua Perhubungan ditukar kepada Zahid Hamidi.

Tajol Rosli, sibintang air mata awal-awal lagi telah digantikan dengan Najib (Timbalan Presiden ketika itu) sebagai Ketua Perhubungan. Tak sampai beberapa hari, Perak di'rampas' dan diperintah oleh UMNO/BN di atas linangan air mata rakyat Perak.

Sekarang Timbalan Presiden itu telah menjadi Presiden dan beliau cukup yakin Perak tidak akan bertukar tangan lagi. Beliau begitu 'confident' keputusan Mahkamah berpihak kepada Zambry MB kudeta, maka dilepaskan jawatan Ketua Perhubungan kepada Zambry.

Selangor, negeri yang tidak disangka-sangka tumbang kepada Pakatan Rakyat. Usaha Khir Toyo berjumpa di awal pagi dengan PAS untuk mengwujudkan kerajaan campuran berjumpa jalan buntu. Khir toyo yang tidak sehaluan dengan Mohd Taib (mana ada orang UMNO pernah sehaluan, kalau ada pun kerana kepentingan tertentu) digantikan dengan Presiden sendiri. Presiden memang tidak menaruh sebarang harapan kepada mereka berdua untuk merampas Selangor.

UMNO juga hampa dengan kawasan Parlimen di Kuala Lumpur. Kesemua 11 kawasan tumbang ke Pakatan Rakyat kecuali Setiawangsa. Manakala di Putrajaya dan Labuan BN menang.
Presiden nampak ini memberi kesan yang amat buruk terutama menghadapi PRU13 nanti, maka Zulhasnan diganti dengan Muhyiddin.

Krisis politik di Terengganu kian berpanjangan. Nampaknya tiada siapa dari anak Terengganu yang mampu mengemudi kesemua Bahagian UMNO. Ini satu tamparan bagi rakyat Terengganu dan sudah semestinya memberi kesan yang amat buruk kerana pengundi akan melihat UMNO Terengganu tidak berupaya membimbing orang sendiri, kerana orang Terengganu selalu memilih dan selalu bercakap pasal calon tempatan, calon luar tiada tempat di hati orang Terengganu. Hishamuddin dipilih dengan harapan dapat mendamaikan kumpulan Ahmad Said dan Idris Jusuh.

Presiden sudah tentu mempunyai agenda tersendiri kenapa beliau, timbalan serta naib-naib presidennya sendiri mengemudi negeri-negeri yang bermasalah dan dalam masa yang sama menidakkan kebolehan anak tempatan. Apakah UMNO sudah ketandusan pempimpin yang berwibawa?

SPR baling buah dadu

Najib berkata, masuk , tak masuk, masuk, tak masuk. Akhirnya serah kepada biro politik UMNO tentukan samada masuk ke tidak PRK Penanti.

SPR naik pening. Tak dapat tangkap apa maksud Presiden UMNO. Maka SPR pun berzikir, istihar, tak istihar, istihar, tak istihar, akhirnya SPR pun istihar 23 Mei 2009 penamaan calon dan 31 Mei 2009 hari buang undi.

Begitulah kalau buat kerja dalam keadaan tak 'berapa' nak bebas. Tak nak terima kekosongan kerusi Penanti 1Malaysia dah tahu. Fairus pun berulang kali kata perletakan jawatannya adalah muktamad.

Mahu tak mahu, baling buah dadu, tup tup dapat ilham, terus buat kenyataan akhbar tadi.....

1Malaysia sudah tau. Rakyat Penanti didahulukan, prestasi diutamakan.

Najib Rimas dan Lemas.....

Shabery Cheek menggesa kedua-dua mantan Perdana Menteri agar menyuarakan segala yang berkaitan dengan parti mengikut saluran tertentu.

Beliau berharap kedua-dua mantan Perdana Menteri itu menyuarakan terus kepada Presiden yang baru kerana Presiden sanggup berjumpa dengan mereka untuk mendengar segala isu yang hendak dibangkitkan. theStar .

Menyuarakan segala ketidakpuasan hati tidak membawa kebaikan kepada parti dan kerajaan. Ini berikutan Mahathir mengkritik perlantikan Nazri dan Johari Baharom sebagai menteri.

al-brangi : Najib sudah merasa rimas dan lemas sekarang. Mahathir akan terus bercakap ikut lepas sesuka hatinya. Beliau yang merasakan dirinya melebihi daripada yang lain, sesekali tidak akan mengalah kepada sesiapa. Dijangkakan beliau akan terus mengkritik kerana merasa dirinya lebih hebat.

Najib tidak berani atau malu-alah untuk berdepan dengan Mahathir dan Pak Lah. Kerana kedua-dua mereka banyak berbudi kepada Najib. Pak Lah sanggup melepaskan jawatan presiden dan seterusnya Perdana Menteri kepada beliau.

Shabery tidak akan berani berkata demikian jikalau Najib tidak bersuara kepadanya. Shabery pun hanya berani berkata melalui akhbar, sepatutnya beliau boleh menghadap terus kedua-dua mantan tersebut.

Pakatan Rakyat patut mengucapkan terima kasih bebanyak kepada Mahathir, kerana banyak membantu pembangkang terutama dalam mengkritik Najib. Suara Mahathir lebih memberi kesan daripada suara pembangkang. Suara Mahathir boleh berkumandang di TV. Suara Mahathir menguasai dada-dada akhbar.

Mahathirisme kembali lagi.....

UMNO dan NGO, kembar seiras dan serupa

Pemuda UMNO telah menyusun langkah. Langkah disusun agar ia tidak sumbang lagi. Gendang 'perang' sudah sedia, walaupun 'pertempuran' PRU13 masih jauh lagi.

Pemuda UMNO telah menggesa setiap ahlinya menyelinap masuk menjadi ahli sekurang-kurangnya satu NGO untuk mendekati rakyat. theMalaysianInsider .

Timbalan Ketuanya membuat gesaan ahli UMNO jangan hanya berkisar di dalam dunia politik tetapi harus bersama rakyat membuat aktiviti-aktivi sosial.

al-brangi : Pakatan Rakyat harus mengambil iktibar diatas gesaan Timbalan Ketua Pemuda merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan kepada ahlinya.

Umum semua sudah tahu, hampir semua pertubuhan belia dikuasai oleh UMNO. Pertubuhan-pertubuhan seperti Belia 4B, GPMS, MAYC, Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) dan lain-lain.

Awas UMNO sudah menggunakan 'instrumen' kerajaan untuk menggerakkan ahlinya di dalam NGO-NGO yang menjuruskan kepada persiapan PRU13. Bahkan mereka sudah lama 'menunggang'nya.

Sunday, April 26, 2009

piiiraaah Zambry

Zambry berperangai macam budak tadika KEMAS (bukan PASTI).

Dia mengarah macam ketua darjah, suruh ADUN berkelakuan senonoh masa persidangan DUN
7 Mei nanti. (Jadike bersidang?. Siapa yang patut istihar? Speaker ke lanun?)

Dia samakan Ketua Kampong dengan Toyota Camry,(Toyota dilelong, Ketua Kampong dipecat)

Dia suruh Ir.Nizar insaf. (Dia sifatkan seolah-olah Nizar tu berdosa besar. Kamu dah insaf ke belum?)

Mufti kata Konsert Jom Heboh haram, Zambri 'memekak'kan diri (Penderhaka kepada Agama)

Zambry kata, Nizar seorang yang angkuh (Tanya orang Bukit Gantang, angkuh ke tidak?)

Memperkukuhkan Kepimpinan Ulama Dalam PAS

Ahli PAS atau pemimpin PAS tidak perlu terikut-ikut atau terpengaruh dengan cara pemimpin UMNO melonjakkan diri dalam saf kepimpinan.

Di dalam UMNO, biasanya apabila mantan ketua pemuda tak pertahankan jawatannya, maka dia akan pergi ke jawatan yang lebih tinggi sedikit iaitu naib presiden. Kalau mereka dah lama di jawatan naib presiden, maka akan dicuba untuk bertanding pula ke jawatan timbalan presiden. Begitulah seterusnya.

Di dalam PAS sekarang, trend seumpama itu sudah mula menular. Apa perlu bertanding naib presiden jikalau penyandang naib-naib presiden sekarang masih berwibawa dan utuh dengan kempimpinannya?

Apa perlu mencuba diri ke jawatan timbalan presiden jika penyandang timbalan presiden masih berupaya dan tidak lari daripada dasar parti didalam tindak tanduknya?

Apa perlu mencalonkan seorang presiden lagi untuk mencabar penyandang presiden jika penyandangnya masih beristikomah dan komited di dalam tindak-tanduknya?

PAS bukannya medan mengukur populariti sesaorang. PAS bukannya platform untuk melonjak diri ke aras lebih atas. PAS bukannya wasilah untuk menunjukkan sesaorang mempunyai pengaruh yang kuat di dalam parti. PAS bukanlah tempat untuk berhasad dengki. PAS bukan sekali-kali tempat untuk melepaskan geram dan nafsu jahat.

Pemimpin PAS tidak naik melalui SMS. Pemimpin PAS tidak melobi dan berpolitik wang. Pemimpin PAS naik dengan integriti yang tinggi. Pemimpin PAS naik dengan ilmu yang membimbing dan iman mengawal diri.

PAS adalah satu wasilah untuk sesaorang pemimpin memacu parti mencapai objektif penubuhannya berpandukan AlQuran dan Assunnah, Ijma' Ulamak dan Qias.

Seharusnya biarlah Presiden dan Timbalan Presiden dari golongan Ulamak agar dapat membawa PAS ke mercu kejayaan dengan bimbingan ilmu dan iman, dapat mengadun mereka yang mempunyai kepakaran dalam ilmu Islam dan golongan profesional.

Sesungguhnya PAS kaya dengan pemimpin dari kedua-dua golongan itu. Yang penting perlu ada hormat menghormati di antara mereka.

Ingat, didepan sana perjalanan masih jauh

Peranan Bloggers PAS

Perkembangan teknologi maklumat melalui alam siber begitu pesat, dengan jalur lebarnya, dengan streamyxnya dan dengan komputer-ribanya dll.

Untuk bergerak di era yang serba serbi mencabar ini dimana maklumat hanya dikirim melalui hujung jari dan diterima pun hanya di hujung jari dengan sekelip mata, PAS perlu bergerak sejajar dengan arus perkembangan teknologi siber.

Pemimpin perlu 'update' blog mereka agar penyokong dan pendokong di luar sana dapat mengikuti segala program dan perkembangannya.

Buat masa ini 'bloggers' ahli PAS, penyokong dan pendokong PAS tumbuh seperti cendawan. Berita terkini akan sampai kepada penyokong di luar sana. Mereka harus memberi maklumat yang tepat dan menjaga tatasusila sebagai seorang penyokong, pendokong dan ahli PAS.

Pengaruh serta maklumat 'first-hand' daripada blog sedikit sebanyak memberi kesan kepada pengundi muda di luar sana. Tipu belit, fitnah dan adu-domba TV dan akhbar pro-UMNO membuat mereka sudah bosan dan meloya. Mereka dahagakan berita-berita terkini.

Sebagai contoh, ketika kemelut politik di Perak memuncak dan ketika PRK Bukit Gantang baru-baru ini, 'bloggers' Perak sanggup bertungkus lumus menyampaikan maklumat 'first-hand'. Tahniah untuk mereka.

PAS Bangi, Boleh


Perjalanan PAS masih jauh. Di depan sana penuh dengan tipu daya. Penuh dengan onak dan duri. PAS diuji dengan kemenangan dan kekakalahan. Yang menakutkan apabila PAS diuji dengan kemenangan.

Membuat kerja-kerja parti di dalam masa kekalahan amat 'seronok', kerana hari-hari kita memikirkan bagaimana hendak bersaing dengan pihak lawan. Semangat ke'keluargaan' amat menebal. Berbagai-bagai program dirancang untuk mengeratkan ahli disamping program 'wajib' yakni usrah seminggu sekali dan usrah gabungan bila ada keperluan seperti program rehlah, seminar, program 'summer-camp' untuk anak-anak ahli.

Saya mula terlibat dengan kerja-kerja pilihanraya di Bandar Baru Bangi pada tahun 1990 di PRU8. Ketika itu PAS kalah.

PRU9 tahun 1994, pun PAS kalah. Saya ditugaskan menjadi pegawai keselamatan kepada Calon PAS Dr.Shafie Ibrahim.

PRU10 pada tahun 1999 amat seronok. Ketika itu bekerja di bawah Pengarah MTD Kajang Prof.Dr.Hamirdin. Beliau yang kaya dengan strategi dan ilmu yang dapat saya ambil darinya ialah 'human management'.

Tahun itu saya diberi mandat menjadi ketua UPU Bandar Baru Bangi 2. Amat mencabar, bahkan hampir setiap malam semasa hari yang diizinkan berkempen, menghadapi provokasi dari UMNO. Hampir-hampir tercetus pergaduhan. Tiap malam buat laporan polis.

Semasa hari penamaan calon, saya buat kali pertama memasuki dewan pencalonan kerana menjadi penyokong kepada pencalonan calon iaitu Dr.Shafie Abu Bakar. Tahun itu menjadi sejarah PAS menang dengan majoriti nipis 37 undi. 2 ekor lembu tumbang, saya diamanahkan menjadi Pengarah Jamuan Kesyukuran. Seronok sangat, letih tak apa.

PRU11 pada tahun 2004 melalui persempadanan semula, Bandar Baru Bangi telah berpisah dengan Kajang. Saya diberi mandat lagi menjadi ketua UPU BBBangi 3. PAS kalah.

Tahun 2008 di PRU12, PAS berjaya merampas kembali DUN Bangi. Tahun yang amat bersejarah, Pakatan Rakyat telah 'menawan' Selangor. Saya diberi mandat lagi menjadi ketua UPU Seksyen 4.

Untuk mengekalkan kemenangan amat sukar daripada mencari kemenangan. 'Complacency' menjadi musuh dalaman PAS. Masa kemenangan adalah masa penyampaian dan masa penyempurnaan segala apa yang terkandung di dalam manifesto.

Masa kemenangan adalah masa melayan karenah rakyat.

Walau apapun dengan selesainya Mesyuarat Agung PAS Kawasan Serdang dan dengan saf kepimpinan muka lama dan baru, saya berkeyakinan PAS/Pakatan Rakyat dapat mengekalkan DUN Bangi, Insyaallah.

Saturday, April 25, 2009

Sekarang diputaran bawah..


Annuar Musa, orang yang selalu membawa masalah pada PAS di Kelantan berkemungkinan sudah tamat 'riwayat hidup' politiknya. Satu nama yang cukup terkenal, dimana disatu ketika beliau menderhaka kepada Al-Sultan Kelantan kerana peristiwa 'penabalan' Tengku Petra sebagai Al-Sultan.

Begitu juga di Selangor, 'Mike Tyson' dan Khir Toyo, dua nama yang banyak menjadi batu penghalang kepada PAS telah 'ghaib' bersama angin. Mereka menjadi legenda dengan tindakan-tindakan 'maut'nya. Mereka begitu nekad membuat 'stunt' dan nama mereka sentiasa berada di dada akhbar.

Mungkin ramai masih ingat peristiwa membawa 'lari' anak raja untuk bernikah di luar kariah. Peristiwa membawa keluar duit 'cash' seberat 20 kg. di Australia.

Bagaiamana Balkis boleh bermewah-mewahan, semua menjadi tanda-tanya rakyat Selangor.
Satu ketika semacam tak percaya, negeri yang mungkin terkaya di Malaysia boleh terlepas kepada pembangkang. Tetapi itulah pilihan rakyat.

Cik Gu Kencing Berdiri, anak murid kencing berlari

Three weeks after Datuk Seri Najib Tun Razak went down to the ground to visit three localities in the heart of the city, the prime minister Saturday sprung another surprise when he went on a walkabout at the bustling Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) and Puduraya here. theStarOnline .

Cik Gu kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Begitulah orang tua zaman dulu nak menggambarkan betapa pentingnya kepimpinan melalaui teladan.

Jikalau pemimpin menganjurkan rakyatnya hidup sederhana dan belanja berhemah, pemimpinnya janganlah duduk di rumah macam istana dan berbelanja tak sudah sudah.

Sebab itu bila dah sampai ke tahap pemimpin no.wahid, setiap langkah rakyat akan perhati. Cara pemakaian kita, cara pergaulan kita, cara kehidupan kita semuanya menjadi perhatian rakyat.

Seorang pemimpin bertaraf no.wahid. jikalau minum dengan memegang gelas ditangan kiri dan minum sambil berdiri lagi, rakyat akan pandang serong kepadanya. Walaupun niat beliau untuk bersama 1 Malaysia dan tiada protokol tetapi perbuatan itu kurang manis kerana rakyat nanti akan minum sambil menungging pulak.

Air Mata Mu ~ Air Mata Rakyat - Nizar

Walau apapun keputusan Mahkamah nanti, samada berpihak kepada Nizar atau sebaliknya, nama Nizar telah bermain dan meniti2 dibibir takyat Perak.

Nizar telah menjadi 'Duta' PAS untuk memecah tembok perkauman. PAS telah diterima bukan sahaja di Kuala Sepetang, bahkan di seluruh negeri Perak. Slogan PAS for All telah menjadi kenyataan.

Fenomena ini amat dicemburui oleh UMNO. UMNO terpaksa menggunakan apacara untuk menyekat pengaruh Nizar. Jikalau UMNO dapat menyekat pengaruh Nizar, bermakna UMNO telah berjaya menyekat pengaruh PAS.

Nizar mempunyai karisma dan aura tersendiri. 'Public relation'nya boleh memukau kawan dan lawan.

Kecemerlanganya mentadbir selama lebih kurang 11 bulan amat memalukan UMNO yang telah bertapak dan berkarat biru selama 50 tahun lebih.

Cara yang paling pantas dan singkat meng'hapuskan'nya ialah menarik 'keris' daripadanya yakni kuasanya. UMNO amat mahir bermain dengan keris. Untuk merampas keris Taming Sari dari tangan Jebat pun penuh dengan tipu helahnya.

Bila sebut kuasa, ia ada kaitan dengan jawatannya iaitu Menteri Besar. Maka wujudlah dua orang menteri Besar sekarang hasil daripada satu 'peristiwa' yang sudah terpahat di batu sejarah. Umum sudah tahu 'peristiwa' yang amat tersohor dan licik itu, lebih licik dari Hang Tuah merampas Taming Sari dari Hang Jebat.

Rakyat tidak mahu tengok siapa yang lebih licik atau sebaliknya kerana sifat licik itu tidak kekal, apa yang rakyat mahu tengok ialah negeri dan segala isinya serta kebajikan rakyat ditadbir dengan sempurna.

Justeru itu, pembubaran DUN Perak ada jalan penyelesaiannya dan sebaik-baik jalan penyelesaian.

UMNO ~ Winner - Takes - All Politics

UMNO berkrisis lagi di Terengganu. Ini tak dapat diselindungi lagi dan di dalam masa yang sama tidak dapat diubati lagi. Perlantikan DS Hishamuddin sebagai Ketua Perhubungan UMNO Terengganu membuktikan segala-galanya.

Idris Jusuh satu jenama yang amat gah lagi gedebe semasa merampas semula Kerajaan Terengganu daripada PAS, sudah tiada tempat lagi dalam percaturan politik Terengganu. Beliau telah ditolak oleh Istana. Jika beliau dilantik sebagai Ketua Perhubungan, maka akan bergolaklah serta riuh rendahlah orang-orang Ahmad Said meraung dan berteriak.

Ahmad Said dilihat tiada berwibawa untuk memacu Terengganu, lebih-lebih lagi beliau diasak oleh orang-orang Idris Jusuh kiri dan kanan, depan dan belakang.

Apakah tiada siapa yang layak menerajui UMNO Terengganu?

Yang saya nampak politik peteh memeteh masih tegar di Terengganu. Yang menjadi msalahnya, UMNO Terengganu daripada zaman Wan Mokthtar, Idris Jusuh dan Ahmad Said masih seprti dulu, kini dan selama-lamanya mengamalkan politik 'winner-takes-all'. sesiapa yang menang akan wujud cantas mencantas.

Di antara satu puak dengan satu puak wujud tiada perasaan hormat menghormati. jika puak A kelihatan menziarahi puak B, maka mereka akan di'blacklist'. Permusuhan di antara puak-puak UMNO lebih hebat dan lebih dahsyat daripada mereka bermusuh dengan PAS.

Saya telah menyaksikan dengan sendiri, orang UMNO A tidak pergi kenduri kahwin orang UMNO B dikalangan orang UMNO di Kuala Berang.

Yang sebenarnya fenomina ini wujud dalam semua peringkat UMNO samada peringkat negeri mahupun pusat.

Agaknya bilakah akan wujud ukhwah dikalangan orang-orang UMNO?

Selagi perjuangannya berkisarkan bangsa, selagi itu ukhwah Islamiah akan terpinggir.

Milik Siapakah Wajah Ini

Ada orang mempunyai pelbagai kemahiran. Pandai berhujah, nampak semacam bijak menguruskan ekonomi. Nampak sangat arif dalam industri pembuatan, licik berpolitik dan cekap berhukum hakam dalam Agama mengikut seleranya. Tajam analisanya, boleh menguasai bahasa inggeris dengan baik.

Digeruni oleh kawan dan lawan, dengan kelicikannya dan kalau berkuasa nampak semacam autokratik pimpinannya. Sangat pendewndam dengan musuh politiknya.

Belum dilantik lagi buat masa ini secara rasmi untuk menjadi penasihat mana-mana agensi. Pun tidak dilantik di dalam barisan yang dijangka membawa kepada 'perubahan' Satu Malaysia

Tetapi di mana-mana acara resmi negara akan kelihatan kelibatnya.

Anda tahukan siapa orang ini?????

Ulama dan Terompah Kayu


Terompah kayu adalah sejenis alas kaki yang diperbuat daripada kayu. Di Jepun dipanggil Geta, manakala di Perancis dikenali sebagai sabot.

Terompah boleh didapati berbagai warna. Apabila ia digunakan diatas lantai simen, ia 'berbunyi' dengan kuat.

Bentuk terompah di buat sebegitu rupa dan boleh dipakai disebelah kiri-kanan kaki, yakni terompah tersebut boleh bertukar kiri ke kanan atau kanan ke kiri.

Kalau dikampong terompah digunakan untuk ke bilik air atau bilik 'sulit'.

Begitulah kehidupan seharian sepasang terompah, ia berbunyi tapi tak memberi kesan, ia boleh dipakai dan bertukar-tukar kiri ke kanan atau kanan ke kiri dan kegunaannya untuk ke bilik air dan bilik 'sulit' dan di gunakan mengikut kehendak tuannya seperti membuat alas duduk.

Jangan hendaknya ada Ulamak di bumi Malaysia bertuah ini, perangainya macam SEPASANG TEROMPAH KAYU

'Kudeta' Selangor Next?????


Semasa Tajol Rosli bintang si 'air-mata' menerajui Perak, Pakatan Rakyat dapat merudumkan UMNO/BN dan memerintah lebih kurang 11 bulan. UMNO dapati jika ia dapat memerintah sehingga tamat tempoh pada 2013, harapan hendak merampas kembali pada PRU13 amatlah nipis.

UMNO mendapati PR telah berjaya memenangi hati rakyat Perak. Tiada jalan lain, sesuatu mesti dirancang, sesuatu mesti ditahan sebelum ia menjadi semakin sukar, sebelum ia menjadi makin kompleks.

Orang Kuala Lumpur datang membuat rundingan. Di dalam sekelip mata Tajol sibintang air-mata dipecat dari menjadi Ketua Perhubungan. Presiden sekarang sendiri yang menjadi Ketua Perhubungan. Maka bermulalah episod 3 ekor katak jadian melompat keluar, Kerajaan Pakatan Rakyat tumbang dalam sekelip mata.

Sekarang Presiden dengan penuh yakin, seyakin-yakinnya Perak tidak akan bergolak lagi, walaupun kes 'merampas-kuasa' masih tergantung dengan Mahkamah, melepaskan jawatan itu. Jawatan itu disandang oleh Zambri MB kudeta.

Sekarang Presiden telah menjadi Ketua Perhubungan UMNO Selangor? Apakah beliau mempunyai perancangan baru untuk Selangor?

Beliau tidak menaruh harap lagi pada Mohd Taib dan Khir Toyo. Harapkan mereka berdua 1 Malaysia tak akan berjaya.

Harapkan mereka berdua Selangor makin dekat dengan Pakatan Rakyat.

Harapkan mereka berdua, perkara remeh temeh diberi prioriti, perkara orang tidor nampak ketiak diutamakan, perkara orang tidur terselak kain diutamakan.

Awas Selangor, jangan jadi seperti Perak kerana sekarang Boss No.1 sendiri yang menjadi Ketua Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

Friday, April 24, 2009

Perubahan Untuk Kuatkan Diri, Bukannya Parti


Memang benar kata Angkasanuri, takziah untuk orang Melaka.

Ali Rustam dilarang bertanding Timbalan Presiden kerana masalah melanggar tatacara bertanding. (Banyak sangat songehnya. Ada yang terlibat politik wang tapi tak berapa jelas, natijahnya boleh bertanding. Ada yang jelas berpolitik wang, natijahnya tak boleh bertanding)

Sebelum bertanding beliau dikhabarkan sedang 'leading', berkemungkinan menang kalau bertanding, tetapi mungkin tidak disukai oleh golongan tertentu, maka beliau tak boleh bertanding.

Atau memang beliau dengan bukti yang jelas ber'politik wang, maka Lembaga Disiplin mengambil tindakan tegas melarang beliau bertanding.

Yang menghairankan, petang tadi Presiden melantiknya sebagai Ahli Majlis Tertinggi. Jikalau beliau jelas ber'politik wang', kenapa perlu Presiden melantiknya di dalam Majlis Tertinggi Parti, satu badan pembuat dasar?

Maka jelaslah kepada kita, Presiden membuat perubahan bukan untuk menguatkan parti serta mendapat keyakinan ahli dan rakyat, tetapi Presiden membuat perubahan semata-mata untuk menguatkan kedudukan beliau. Perlantikan mereka yang kalah seperti TS Rafidah Aziz, Shahidan Kassim dan Abdul Ghani Osman jelas membuktikan Presiden tidak menghormati kehendak ahli.

UMNO 'Berubah' ~ Dasar Tetap Sama

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kekal sebagai Setiausaha Agung UMNO.

Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO mengganti Tan Sri Muhammad Muhd. Taib.

Datuk Ahmad Husni Hanadzlah pula dilantik sebagai Bendahari UMNO

Presiden - Datuk Seri Najib Tun Razak ~ Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor

Timb. Presiden - Tan Sri Muhyiddin Yassin ~ Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.

Naib-naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu,

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang,

Datuk Seri Shafie Apdal ~ Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah

Perkida, Pewaris, Perkasa, PPIM, GPMS, Pemuda UMNO mana kamu?????

700 Kontraktor Kaitan Pembekalan Air Melayu Bakal Hilang Pendapatan

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Lebih 700 syarikat kontraktor berkaitan bekalan air Melayu dari Selangor akan hilang punca pendapatan, sekaligus lebih 30,000 pekerja mungkin diberhentikan akibat pembekuan Projek Fasa ketiga Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang bernilai Rm2.6 bilion.

Justeru itu, Dewan Perniagan Melayu Malaysia (DPMM) dalam satu kenyataannya hari ini menyarankan agar projek-projek di bawah Fasa Ketiga itu diaktifkan semula dengan kadar segera.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air semalam memaklumkan bahawa penangguhan projek penggantian paip-paip lama dan paip-paip komunikasi bernilai RM2.6 bilion itu adalah merujuk kepada Program Kerja Perbelanjaan Modal atau Program Kerja.

"DPMM memandang serius perkara ini kerana bukan sahaja ia akan mengundang gejala sosial jika peluang mencari nafkah yang halal tiada lagi, malah pertumbuhan ekonomi negara akan turut terjejas kerana usahawan kecil, sederhana dan besar adalah sebahagian daripada pencetus pertumbuhan ekonomi," katanya.

Ia turut meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membantu kontraktor-kontraktor tulen yang telah dikenalpasti dalam sektor ini agar dapat meneruskan projek-projek mereka.

-- BERNAMA

al-brangi : Mana dia pemuka-pemuka yang suka sangat melalak, menyangak, memekak,????? Kenapa tak bising?????
Jangan beretorik je pandai.
Jurulas politik, penganalisa yang kaki bodek kenapa macam tikus masuk dalam beras....kenyang sesorang

Bakun power for Kalimantan

Kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kehausan. Begitulah perumpaan melayu yang masih lagi relevan hingga kini.

Sarawak dan Sabah dua buah negeri di bawah bayu masih lagi mundur dan jauh ketinggalan dari segi kemudahan asas seperti jalanraya, bekalan air bersih dan api letrik terutama dipendalaman. Usah bercakap pasal streamy atau jalur lebar. Walau pun BN telah memerintah sekian lama, namun apakan daya, di mana prioritinya.

Semasa lawatan PM ke Indonesia baru-baru ini, beliau berjanji akan menjual bekalan letrik ke Kalimantan Indonesia. theStar .Di dalam ertikata hidup bersetiakawan di dalam bangsa serumpun, amatlah elok cadangan itu, tetapi jangan nanti 'anak' sendiri hidup dalam kegelapan.

Pengalaman perjanjian penjualan air ke Singapura sepatutnya menjadi iktibar kepada Malaysia.

Thursday, April 23, 2009

V.Sivakumar rupanya penjaga gol yang handal.

Dalam sukan bolasepak, pasukan yang menyumbat gol yang lebih di dalam masa yang ditentukan akan dikira menang.

Walau sehandal mana 'striker' yang ditugaskan, jikalau penjaga gol disebelah sana cekap menangkis serangan, dengan lentingan badannya, dengan tangkapan kemasnya, dengan lonjakkan kakinya, dengan ketajaman matanya, 'striker' tersebut akan hampa untuk membuat jaringan.

Andaikata kedua pembantu pengadil serta pengadil telah di'beli' namun jika penjaga gol tersebut di dalam 'form' yang luar biasa, maka pasukan yang walaupun sentiasa menyerang akan menemui kehampaan.

Mereka mendapati penjaga gol tersebut merupakan satu 'stumbling block' bagi mereka untuk melukis kejayaan, maka akan dicari helah dan pasang 'akal'.

Tiada cara lain melainkan penjaga gol tersebut harus di'keluar'kan dari tempoh permainan samada 'membeli'nya, menuduh beliau 'fixing game', 'mencedera'kannya ketika waktu bermain atau 'menyoroknya' daripada masuk ke padang mainan.

Oleh kerana 'penjaga gol' ini satu 'asset' yang amat bernilai, yang tak mungkun akan dijual walaupun tawaran harga yang tinggi, penjagol gol itu harus dikawal rapi pergerakannya agar beliau selamat, agar beliau tidak cedera.

Walau apa pun penonton setia akan memerhati pergerakkannya, jurulatih dan pengurusnya akan memberi penjagaan yang sepenuhnya.

Saya rasa, tentu anda tahu siapakah penjaga gol tersebut? Arumugam? Oh beliau dah menjadi mendiang. Chow Chee Keong? Oh beliau dah bersara. Ali Osman? Oh beliau berada di Perlis.

Jawapannya ialah V. SIVAKUMAR, Speaker DUN Perak.

TS Muhyiddin...anak jantan

Barisan Nasional (BN) tidak pernah takut sesiapa dalam menghadapi pilihan raya kecil, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kita tak pernah takut kepada sesiapa... soalan pilihan raya ini biasa kita lalui... menang kalah itu adat dalam pertandingan, kita akan hadapi apa pun sepanjang masa," berkata TS Muhyiddin.mStar .

Inilah sebenar-benarnya anak jantan. Kenyataan yang berani lagi tegas. Didalam Mesyuarat Majlis Tertinggi besuk, harap berilah syor serta penegasan yang sama, kerana PM sendiri tak berapa nak bertanding di Penanti.

BN sebagai sebuah pakatan, memanglah tak pernah takut menghadapi sebarang pilihanraya kerana semua instrumen kerajaan dicabulnya.

BN sebagai sebuah pakatan, memanglah tak pernah takut, yang penakut adalah UMNO. Kalau UMNO berani, pakailah lambang 'keris'. Kalau pakai lambang 'dacing' pun dah mencecet lari, kalau pakai lambang 'keris' langsung lemah longlai merudum menyembah bumi.

Selama ini, UMNO/BN dilihat sebagai gagah perkasa kerana ia pandai mengaburkan dan mengabui mata rakyat. Rakyat nampak kerajaan itu UMNO dan UMNO itu kerajaan. UMNO akan menggunakan segala harta kerajaan untuk kepentingan politiknya.

Polis akan dikerahkan seramai mungkin untuk menggambarkan kepada rakyat, pembangkang adalah pengacau ketenteraman negara disamping mengujudkan perasaan takut pengundi.

Sejumlah duit akan ditabur sebagai projek 'mee segera'.

Tetapi rakyat sudah mangli dengan 'antics' sebegini.

Kes Nusyuz Exco Wanita Umno

bekas suami


Senator Datin Paduka Nor Hayati Onn dgn mantan Ahli Parlimen Datuk Dr Rahman Ismail 2004.
Sila rujuk
sini .


SHAH ALAM: Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menetapkan 2 Julai depan untuk mendengar hujahan tambahan sebelum membuat keputusan kes nusyuz membabitkan Exco Wanita Umno, Datuk Norhayati Onn.

Hakim Syari Atras Mohamed Zain memutuskan untuk mendengar hujahan tambahan sebelum membuat keputusan bantahan awal Norhayati mengenai permohonan nusyuz yang difailkan suaminya, seorang jurutera, Mohd Suffian Abdul Aziz. Lapor myMetro .

Untuk makluman Senator Datuk Noorhayati Onn menang sebagai salah seorang Exco Wanita UMNO dengan mendapat 463 undi.

Didoakan kes beliau segera selesai agar beliau dapat menumpu dan mencurahkan sepenuh tenaga untuk AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

Walaupun beliau dituduh berkhalwat (disah sendiri oleh bekas suaminya), namun tenaganya diperlukan oleh Wanita UMNO dan UMNO pusat melantiknya Senator kerana minyak tidak boleh bercampur dengan air dan berkemungkinan pengetahuannya tentang Agama, terutama 'Islam Hadari' amat tinggi sehingga tidak dapat tidak, beliau diperlukan oleh negara di era perubahan dan 1 Malaysia. (Satu Malaysia sudah tahu)

Nizar Disuruh Insaf

Sejarah membuktikan, UMNO akan menghulurkan tangan kerjasama bila mereka tersepit. Apa bila mereka 'dok rok', mereka akan cari PAS. Apabila mereka mempunyai 'slim majoriti', mereka akan cari PAS. Di tahun 1969, apabila UMNO cemas di Selangor, mereka cari PAS. PRU12 2008, apabila UMNO Selangor merudum di Selangor, mereka mencari PAS.

Apabila PAS 'menolak' kerjasama, mereka akan berkata PAS membelakangi Sultan, PAS angkuh, PAS sombong.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Hilmi Ismail mengherdik Ir. Nizar sebagai seorang yang sombong, angkuh, kurang ajar dan meminta Nizar insaf akan segala perbuatannya. Utusan .

Sebelum itu, Zambri pun sama mengajak PAS bekerjasama dengan UMNO. Beliau cuba menunjukkan UMNO sebagai satu parti yang boleh bertolak ansur, parti yang mengajak kepada perpaduan serta parti yang sentiasa menjunjung tinggi titah Istana. Utusan .

Apakah rakyat Perak tidak serik dengan peristiwa rampas kuasa dengan cara amat tidak bermoral, mencabuli segala perlembagaan negeri Perak?

Sekarang UMNO menggunakan taktik 'telunjuk lurus kelingking berkait'. Di satu masa UMNO cuba semacam mengalah dengan PAS, dengan kata manis lagi lunak, mengajak kepada pendamaian, perpaduan tetapi di dalam masa yang sama, UMNO akan menyerang Ir.Nizar dengan kata nista yang menggambarkan seolah-olah Nizar sudah hanyut, yang perlu insaf dan kembali ke pangkal jalan, sombong dan angkuh.

Keadaan politik di Perak ini nampak sudah mencapai semacam 'deadlock'. Susah ia hendak dirungkaikan lagi. Tetapi tiada apa di dunia ini yang tidak boleh diselesaikan. Manusia sudah sampai ke bulan, inikan masalah di dunia.

Tiada cara lain, tiada penyelesaian cara lain dan tiada kaedah lain melainkan seperti kata Ir.Nizar dan Ustaz Ahmad Awang, DUN perlu dibubarkan. Biarkan rakyat menentukan segala-galanya.



Wednesday, April 22, 2009

Calon PRK Penanti....Biar Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat Putuskan

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menganggap masalah antara beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai berikutan permohonan maaf daripada Penasihat PKR itu berikutan kegagalan beliau memaklumkan kepadanya perletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri I, Mohammad Fairus Khairuddin sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti. mStar .

Itulah semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh kedua-dua parti dalam Pakatan Rakyat. DSAI yang berjiwa besar sanggup memohon maaf di atas kesilapannya.

Akhbar arus perdana mensensasikan perkara ini dengan tujuan tidak lain tidak bukan untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat.

Hari ini Malaysiakini melaporkan PAS Permatang Pauh sebulat suara membawa usul di dalam Mesyuarat Agung Kawasan agar PAS Pusat meletakkan calon PAS di Penanti.

Diharapkan pimpinan PAS Pusat mengambil pendekatan yang sebaik mungkin agar Pakatan Rakyat tidak akan bergolak lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya kecil. Kita tidak mahu rakyat membuat berbagai-bagai andaian dan akhirnya kita yang rugi.

Zambri 'menghina' Ir.Nizar


Zambry tak habis-habis memperli dan 'menghina' Ir. Nizar berkait dengan isu lelong kereta Camry.

Beliau berkata BN bermurah-hati serta memberi keutamaan Ir. Nizar membeli Toyota Camry AGS 10. Beliau berkata BN tidak hendak bermusuhan dengan Ir.Nizar dan adalah patut Nizar membida untuk membelinya daripada menggunanya secara haram. theStar .

Barang diingat kedudukan Zambri sendiri sebagai Menteri Besar yang halal pun belum selesai lagi. Inilah contoh orang UMNO yang tidak berbudi pekerti, rakus dan sombong dalam berkata-kata.

PRK Penanti SPR Umum Isnin Ini.

SPR akan mengumumkan kedudukan kerusi DUN Penanti, Pulau Pinang, Isnin ini setelah bermesyuarat hari ini untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan kekosongan kerusi tersebut.

Pada kebiasaannya pengumuman berkaitan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi diumumkan hari ini,(Selepas bermesyuarat hari ini)tetapi telah ditetapkan pada hari Jumaat ini telah ditunda ke Isnin depan (27 April 2009). mStar .

al-brangi: Berkemungkinan kelewatan pengumuman tersebut adalah kerana SPR berasa berat hati untuk mengadakan pilihanraya kecil tersebut kerana PM tak berapa nak setuju BN bertanding.

Atau SPR sedang mencari bukti baru atau klausa baru yang membolehkan PRK tersebut tidak payah diadakan.

Atau memberi peluang UMNO/BN mencari calon bebas sebanyak mungkin dan mengumumkan penamaan calon pada 28 April 2009 dan hari mengundi pada 29 April 2009 untuk menjimatkan duit, dan semasa hari penamaan calon hanya 3 orang mewakili setiap parti boleh berarak iaitu calon sendiri, penama dan penyokong demi menjaga keselamatan setiap parti.

Puteri UMNO / BN ......siap nak 'perang'

Selepas penubuhan Puteri UMNO, sekarang nak tubuh Puteri BN pulak kononnya nak pastikan kelancaran jentera parti pada PRU13 nanti.

"Ini penting kerana sayap Puteri adalah yang paling hampir dengan pengundi wanita muda dan dikenalpasti sebagai kumpulan yang banyak membantu BN meraih sokongan daripada golongan itu", kata Ketuanya Datuk Rosnah Rashid Shirlin. Bernama .

PRU13 nanti mesti meriah. Kita akan nampak 'amoi puteri MCA', kita akan nampak 'tangachi Puteri MIC', kita akan nampak 'ala-ala' Potuguese Puteri PPP dan kita akan nampak 'amoi,tangachi,minah' Puteri Gerakan serta Puteri-Puteri Kadazan dari Sabah.

Mesti ramai putera yang akan jadi escort mereka, sebab pernah satu ketika Abe Jak telah dituduh menyelak kain pelikatnya sehingga bercempera lari sang Puteri-Puteri UMNO. atau pun boleh 'hire' seorang yang pernah jadi orang kuat Melaka yang amat 'penyayang dengan 'Puteri-Puteri' sebagai tekong.


Ir. Nizar Yang Penyabar

Semasa Ir.Nizar menghadap Istana tempohari dengan harapan Sultan akan memperkenan DUN Perak dibubarkan, Paduka Sultan ada bertitah, "InnaAllaha maa Sobirin (Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar)".

Saya masih tertanya-tanya apa maksud yang tersirat disebalik ungkapan itu.

DUN Perak masih lagi tidak dibubar. Kecelaruan bertambah-tambah.
Bermula dengan Ir.Nizar dihalang oleh Polis untuk memasuki Pejabatnya, diarah mengosongkan rumah kediamannya, diarah memulangkan kereta rasminya, kereta resminya dan kereta-kereta EXCO akan dilelong dan yang paling perit Ir. Nizar dianggap sebagai seorang penderhaka.

Ir.Nizar memang seorang yang penyabar. Dengan kesabaran yang dianjurkan oleh Istana, beliau sudah dapat menawan hati rakyat Perak khasnya dan mula menawan hati rakyat Malaysia amnya.

Hasil kesabaran yang tinggi yang diperolehi oleh Ir.Nizar ialah menawan Bukit Gantang. Satu maruah PAS dan Pakatan Rakyat ditebusnya.

Segala fitnah dan mehnah diharungi oleh Ir.Nizar dengan penuh kesabaran yang tinggi. Ini hasil tarbiah PAS kepada ahlinya.

Saya rasa ungkapan yang dimaksudkan oleh Istana itu sudah hampir. Kebenaran sudah jelas dan hampir. Setiapa yang bathil akan lenyap apabila datang kebenaran.
Berkemungkinan keputusan Mahkamah akan terjawap berpihak kepada Ir.Nizar.

Ada Orang UMNO Takutkan Hari Jumaat

Enam Menteri Besar 'panas punggung' menjelang Jumaat ini. Nasib Mat Isa Sabu, Mohamad Hassan, Ali Rustam, Abdul Ghani Osman, Adnan Yaakob dan Ahmad Said masih samar. Secara moralnya, mereka perlu berundur kerana perwakilan UMNO telah menolak mereka ketika Perhimpunan Agung UMNO tempoh hari.

Di antara keenam-enam mereka, Ahmad Said dan Adnan Yaakob yang paling ber'panas-punggung'

Jika DS Najib menunaikan janjinya mahu membuat pembaharuan, maka bersiap siagalah keenam-enam nama di atas.

Nama-nama seperti Mohd Taib, Syed Hamid Albar, Isa Samad, Abdul Rahim Thambi Chik dan beberapa nama lagi, ucaplah selamat tinggal kepada politik tanahair.

Di antara yang membezakan PAS dengan UMNO ialah, apabila orang PAS kalah di dalam pertandingan, mereka tidak 'keluar' dari arus politik kerana PAS berdakwah sambil berpolitik.

Gobind Singh Deo Serah Sumbangan Kepada Sekolah Tahfiz

al-brangi : Disalin semula untuk pembaca mengambil iktibar di atas berita ini. PAS berpolitik dan berdakwah. Inilah gambaran apa yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat. Surat Khabar arus perdana tidak sesekali menyiarkan berita ini.

Sesungguhnya taufik dan hidayah itu di tangan Allah. Manusia hanya menjalankan dakwah mengikut Sunnah Nabi SAW.

Sesiapa yang berhajat bolehlah beri sedekah jariah melalui Akaun CIMB, Akademi Tahfiz Al-Hira, 12320000060108.

PUCHONG, 21 April (Hrkh) - Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo telah menyerah sedikit sumbangan dalam satu Majlis Kesyukuran sempena penubuhan sekolah tahfiz yang dikenali sebagai Akademi Tahfiz Al-Hira dekat sini pada 19 April lalu.

Gobind ketika ditemui berkata, beliau berasa bangga dan berterima kasih kepada pihak yang terlibat kerana diberi peluang untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis kesyukuran sempena penubuhan Akademi Tahfiz Al Hira.

"Saya diberitahu dalam beberapa minggu lalu agar boleh mendapatkan sedikit sumbangan kewangan bagi menjayakan projek memberi pendidikan agama dan tahfiz kepada penduduk di sekitar Puchong.

"Di sini saya mahu tegaskan dua perkara iaitu, sebagaimana kita maklum bahawa saya sebagai Ahli Parlimen Puchong, peruntukkan yang kita dapat ini tidak selaras dengan peruntukkan yang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)," katanya.

Oleh itu, menurut beliau yang berjanji dengan pengetua sekolah ini untuk sedaya upaya untuk mendapatkan sedikit sebanyak sumbangan dari Kerajaan Negeri bagi menjayakan projek ini yang dilaksanakan oleh akademi ini.

Beliau menegaskan bahawa, akademi tahfiz seperti ini cukup penting kepada penduduk di dalam Parlimen Puchong.

"Saya hadir pada hari ini kerana hendak melihat sendiri sejauh mana perjalanan projek yang dilaksanakan dan projek ini memang berjaya. Saya harap, akademi ini akan terus berkembang agar seluruh Puchong bahkan seluruh negara tahu mengenai akademi tahfiz ini," sambung beliau.

Sementara itu, menurut pengetua, Ustaz Mohamad Izan Abdullah Halim al hafiz atau lebih mesra dikenali Adam, akademi ini telah ditubuhkan pada 5 Februari lalu dan telah mendapat sambutan yang sangat mengalakan.

Image"Atas dasar inilah kita cuba tubuhkan sebuah institusi yang bertarafkan agama yang akan memberi faedah kepada seluruh penduduk di kawasan ini," katanya.

"Kita di sini tidak meletakkan kadar yuran yang tinggi. Sebab itulah kami, memerlukan sumbangan dari orang ramai kerana kami hanya untuk membantu memberi pendidikan Islam ketika masyarakat sangat dahagakan ilmu agama iaitu kami bantu orang yang jahil dalam ilmu agama.

"Apa yang penting ialah mereka mempunyai kesedaran dan minat untuk menghafaz kalam-kalam Allah bagi merubah diri masing-masing, sebab itulah kami tidak meletakkan yuran yang tinggi," katanya.

Sebarang sumbangan ikhlas hendaklah dihulurkan kepada Akaun CIMB, Akademi Tahfiz Al-Hira, 12320000060108 atau boleh layari laman di www.akademitahfiz.com. - mns_

Sumber: HarakahDaily.Net

TG. Nik Aziz menolak pencalonan


Murshidul AM, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak akan bertanding sebagai calon Presiden PAS walaupun mendapat pencalonan seperti diberitahu oleh Setiusaha Politik beliau, Saudara Anual Bakri Haron kepada The Malaysian Insider .

Saya rasa bersyukur sangat apabila mendengar berita itu.....

Bersyukur kerana untuk mengelakkan perpecahan di dalam parti Gerakan Islam. Perpecahan tidak dapat tidak, pasti akan melemahkan perjuangan parti.

Walaupun demokrasi memberi ruang kepada pertandingan yang sihat, namun ahli yang tergolong daripada berbagai latarbelakang seperti berlatarbelakang Agama, Profesional, Peniaga, Ahli Korporat, dll pasti melihat sesuatu pertandingan dengan persepsi berlainan.

Walaupun demokrasi hidup subur di dalam PAS, dan bebas dari lobi-melobi serta politik wang, namun jika pertandingan peringkat tertinggi di antara dua Ulamak yang disegani, pasti sesetengah pihak akan melihat pertandingan itu sebagai pertandingan dari sudut populariti. Ini amat buruk untuk masa depan PAS dan menjadi satu 'precedent' yang amat pahit bagi ahli untuk masa-masa mendatang.

Saya percaya anda bersama saya jika saya mengatakan kita tidak sanggup melihat dua tokoh ulamak yang disayangi, disegani, digeruni oleh kawan dan lawan 'beradu' tenaga untuk mengatasi satu sama lain. Jauh disudut hati mereka menuju kearah itu.

Masih ada ruang dan luang yang terbuka luas dan beberapa 'avenue' lain untuk menggarap sesuatu dasar atau strategi untuk melangsungkan Agenda yang lebih besar yakni menegakkan hukum Allah di muka bumi ini selain daripada melalui pertandingan merebut jawatan di dalam parti.

Ingatlah saudara ku perjalanan kita masih lagi jauh, nun jalan didepan masih lagi penuh dengan onak dan duri, fitnah dan mehnah. Halangan demi halangan, kekangan demi kekangan, PAS dihimpit kiri dan kanan, depan dan belakang, musuh akan mentertawakan kita kerana kita layu sebelum berkembang kerana semata-mata atas nama demokrasi.

Posting ini berkaitan : TG Nik Aziz - TG Hadi Awang, berlawan tiada, berpisah pun tiada

Tuesday, April 21, 2009

UMNO Hina Mahkamah dan Tidak Hormat pada Nizar

IPOH 21 April - Kerajaan Perak akan melelong 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi exco pakatan pembangkang ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri......

Menurut kenyataan tender terbuka yang dihantar ke bahagian iklan sebuah akhbar berbahasa Melayu di sini hari ini, lelongan kereta itu akan berlangsung di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini mulai 9.30 pagi hingga 4 petang pada 4 hingga 18 Mei ini.

Kenyataan tender yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak itu menyatakan kenderaan berkenaan boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah.

Kereta itu adalah yang menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606 yang kesemuanya didaftarkan pada 9 Jan tahun ini.

al-brangi : Satu penghinaan kepada Mahkamah. Tiada tanda hormat kepada Ir.nizar dan barisan EXCOnya. Krisis perlembagaan negeri Perak belum pun diputuskan lagi oleh Mahkamah, tetapi proses lelong telah bermula.

Inilah bukti rakus Zambri dengan barisan Exco haramnya. Tindak itu seolah-olah keputusan Mahkamah telah didapati. Mana mungkin keputusan telah didapati sedangkan Mahkamah belum bersidang.

Di mana letaknya kewajaran untuk melelong kereta tersebut? Sedangkan kereta-kereta tersebut masih elok dan baru sebelas bulan digunapakai.
Inilah bukti pembaziran UMNO/BN disaat negara menghadapi kemelesetan ekonomi.


One Malaysia

Berbagai-bagai tafsiran tentang 1 Malaysia. Cerdik-pandai, Pak Profesor-Profesor, penganalisa-penganalisa politik, pakar-pakar motivasi dan lain-lain memberi berbagai-bagai tafsiran.

TV pro-UMNO, surat khabar pro-UMNO tidak mempromosikan 1 Malaysia, mungkin depa sendiri pun tak faham.

Ketua Pemuda baru langsung menyepi diri, sepatutnya dialah salah sorang yang kehadapan mempelopori 1 Malaysia.

Timbalan Presiden, 3 Naib Presiden, Ketua Wanita langsung senyap 'menikus' kerana tak faham menyelami isi hati Presidennya.

Mentornya Chedet sendiri pun membisu saja tentang 1 Malaysia, cuma bising tentang PRK di Penanti dan projek kesayangannya 'crooked bridge'.

Al-brangi punya faham macam ni:

Jikalau kita jadi jaguh kampong, di kampong kita kaki temberang, di kampong kita kaki mencuri telor ayam, di kampong kita kaki skodeng anak dara orang, di kampong kita kaki joget lambak, di kampong kita kaki bertelagah dengan orang surau, di kampong kita kaki samseng, suka buli orang tua dan OKU, di kampong kita kaki rasuah,di kampong kita kaki hunus keris menakut-nakutkan orang kampong yang tak sokong kita, menakut-nakutkan kaum lain, pendek kata kitalah jaguh segala-galanya, maka kita dipanggil jaguh kampong kerana SATU Kampong sudah tahu, One Kampong dah tau.

Kalau perangai yang sama di ulang peringkat nasional maka Satu Malaysia sudah tahu perangai kita tu, One Malaysia already knew about it.

One Malaysia dah Tahu

Bapa borek, anak rintik. Begitulah anak bapak. Apa yang bapak cakap tak boleh bantah. Kalau bapak kata putih, maka putihlah ia. Kalau bapak kata hitam, maka hitamlah ia.

Kalau bapak kata Penanti mesti BN letak calon. Maka si anak pun kata oklah, kita lawan jugaklah, walaupun hati keciknya dia tak setuju. Begitu taatnya Mukhriz kepada ayahandanya Mahathir, walaupun hati keciknya geram dengan piliharaya kecik ini.

Malah dia mencadangkan agar SPR menghukum mana-mana calon yang sengaja meletak jawatan tanpa sebab munasabah. mStar .

DS Najib mesti tegas dan berprinsip. Kalau dah kata PRK ini membuang duit rakyat, membazir duit rakyat, maka berilah walk-over ke PKR.

Jangan cakap tak serupa bikin. OneMalaysia sudah tahu. Onealaysia sudah heboh. OneMalaysia dah puji DS Najib melambung-lambung. Jangan dilepas nanti jatuh berderai.

TG Nik Aziz - TG Hadi Awang, berlawan tiada, berpisah pun tiada

TG Nik Abdul Aziz dan Tg Hadi Awang adalah dua tokoh ulamak yang amat sinonim dengan PAS.

Keilmuan mereka berdua tidak dapat dinafikan oleh kawan dan lawan. Merekalah ulamak yang beramal dengan ilmunya, ulamak yang menyebarkan ilmunya untuk manfaat semua, ulamak yang menghasilkan beratus-ratus kitab untuk menjadi bahan rujukan dan nukilan.

Di antara mereka berdua, ada kelebihan masing-masing dan keistimewaan masing-masing.

Untuk membeza di antara mereka berdua di segi kehebatan ilmu, kewarakan dan ketawadukkan amatlah kurang beretika samaada ia dari pihak lawan atau lebih-lebih lagi dari penyokong dan pendokong PAS sendiri.

Jika ada usaha-usaha seperti itu, itu adalah satu perbuatan khianat yang berniat jahat untuk memecah-belahkan penyokong dan pendokong. Satu usaha yang tidak didasarkan oleh ilmu dan satu usaha yang meminggirkan iman.

Memang kedua-dua mereka tidak maksum, mereka juga manusia biasa yang terdedah kepada kesilapan. Mereka terbuka untuk menerima teguran dan kritikan secara berhemah. Bukan cara arab badui yang menegur Khalifah Omar secara kasar.

TGHA mungkin secara kebetulan membuat pengakuan di Kelantan bahawa beliau bersedia ditentang di dalam Muktamar PAS bulan Jun nanti.

Jikalau ungkapan itu pun disensasikan oleh orang-orang PAS sendiri, membuat telahan dan berperangsangka buruk kononnya TGHA bermaksudkan ungkapan itu kepada TGNA, maka amatlah malang bagi orang-orang PAS yang berpegang kepada prinsip Islam yang bersandarkan kepada ilmu, berpaksikan kepada akidah, berpaut kepada iman dan takwa.

Inilah yang membezakan perjuangan PAS dengan UMNO.

'Nakhoda Zaman' ~ Kapal hampir karam

PM mahu semua pemimpin BN menjadi 'nakhoda zaman' iaitu melakukan perubahan mendahului zaman dan tidak menganggap 'business as usual'. Utusan .

Untuk menjadi nakhoda, mesti ada kapalnya sebagai kenderaan tumpangan. Untuk menaiki 'kapal' UMNO, didapati kapal tersebut telah terdapat banyak kebocoran yang tak mungkin boleh ditampal kerana pelayaran perlu melalui laut yang bergelora dan menempuh ombak yang ganas.

Orang melayu tidak akan naik kapal yang bocor, yang memungkinkan kapal itu karam di pertengahan destinasi. Kapal yang tak selesa yang penuh dengan penipuan, mengadu-domba, rasuah, juragan-juragan yang samseng yang sentiasa hidup bersenangan di atas penderitaan 'penumpang'nya

Orang cina tidak mungkin akan menaiki kapal MCA, kerana kapal tersebut hanya eksklusif untuk VIP sahaja, wal hal penumpangnya ramai lagi yang dari golongan marhain.

Orang india sudah serik dengan kapal MIC. Nakhkodanya yang samseng yang sudah kabur penglihatannya, yang tak mungkin lagi akan nampak segala batu-batu karang di tengah lautan. Juragan-juragannya hanya menjalani kehidupan yang bermewahan, tak mungkin akan memberi sepenuh perhatian kepada penumpang-penumpang yang daif.

Kapal PPP dan Gerakan, nakhodanya langsung hilang visi dan misi yang ,asih kabur halatuju destinasi kapalnya.

Sekarang penumpang sudah nampak kapal alternatif yang di terajui oleh nakhoda yang jujur yang tahu citarasa penumpangnya. Kapal yang tahu apa kehendak penumpangnya. Kapal yang akan diurus untuk memberi keadaan yang paling kondusif untuk penumpangnya.

Kapal-kapal tersebut ialah PAS, PKR dan DAP.

DUN Terengganu...jenis 'cap ayam' ke????? Part IV

Kemelut politik di negeri Perak seolah-olah tiada bernoktah berpunca dari hasad dengki, nafsu serakah UMNO yang tidak menghormati proses demokrasi. Sejarah tercatat UMNO/BN 'merampas kuasa' daripada Pakatan Rakyat.

Kini ia tempias ke negeri Terengganu. Kemelut ciptaan sendiri menghangatkan lagi iklim politik Terengganu khasnya dan Malaysia amnya. Sekarang sudah jelas di depan mata, UMNO yang mengaku mendokong demokrasi, UMNO jugalah yang akan meruntuh demokrasi.

Terengganu yang terkenal dengan negeri yang kaya dengan hasil mashul, tetapi rakyatnya miskin. Terengganu didalam ertikata yang sebenar masih belum lagi menikmati sepenuhnya nikmat pembangunan samada fisikal mahupun rohani.

Menteri Besarnya sentiasa bertukar tangan, tetapi rakyatnya tidak sempat menikmati hasil mashul kerana UMNO sentiasa bergolak di Terengganu. Daripada ketujuh-tujuh daerah di Terengganu, semua daerah telah merasai menjadi Menteri Besar kecuali daerah Dungun dan Setiu (Setiu daerah bongsu,ditubuhkan pada 1 Januari 1985)

Setiap daerah akan berebut untuk menjadi Menteri Besar, jika tidak mampu maka ia cuba berpakat-pakat dengan daerah lain lalu terbentuklah pakatan di dalam UMNO.

Itulah pola politik UMNO Terengganu semenjak dari dulu, kini dan selama-lamanya, mereka tidak akan aman, saling peteh memeteh, penuh dengan hasad dengki, walaupun sesama UMNO. Jadi musuh politik UMNO Terengganu ialah PAS dan UMNO sendiri (yang tidak berada di dalam clique yang sama).

Pola ini pun berlaku juga di negeri-negeri lain, kerana acuannya adalah sama iaitu UMNO. Tok guru dia pun memang mengamalkan pecah dan perintah (divide et impera) yakni British dulu.

Mangsa percakaran, mangsa percaturan, mangsa hasad dengki dan mangsa peteh memeteh ini adalah rakyat.

Sekarang UMNO bukan saja di'serang' oleh PAS, ia juga dihimpit dan di'jolok' oleh 'orang'nya sendiri, yakni sesama UMNO, 'sedarah merah', 'setinggi songkok' dan 'setumpul keris'

Jalan paling baik, pulangkan kembali kuasa kepada rakyat. Biar rakyat menentukan kuasa pemerintahan kepada siapa. Rakyat Terengganu sepatutnya telah membuka mata semenjak dari dulu lagi, tetapi apakan daya, diri dihimpit kemiskinan sehingga ada orang kampong yang ber'zikir' siang dan malam, 'tangan yang menyuap tidak akan digigit'. Maka berlagaklah si UMNO hingga ke hari ini.

Monday, April 20, 2009

K.Rajagopal Pilihan FAM

K.Rajagopal dilantik sebagai jurulatih skuad bolasepak kebangsaan yang baru.

Sorang demi sorang jurulatih silih berganti, namun mutu bolasepak negara tetap ditahap corot jugak.

Sebelum ini selepas era Karl Weigang, nama-nama seperti Abdul Rahman Hj.Ibrahim, Wan Jamak Wan Hassan, Norizan Bakar, B.Sathianathan merupakan jurulatih tempatan yang pernah memimpin pasukan kebangsaan.

Mereka bukan tidak berwibawa, pernah membimbing pasukan negeri ke tahap yang tinggi.

Masalahnya FAM dipimpin oleh mereka yang sudah ketinggalan ilmu bolasepak moden dan mereka yang tidak pernah bermain bolasepak peringkat yang lebih tinggi selain mewakili peringkat sekolah rendah di era baru lepas Merdeka atau sebelum Merdeka. Kebanyakan mereka adalah yang sudah tidak mendapat tempat dalam arena politik peringkat negeri mahupun kebangsaan. Mereka yang terlibat dengan politik wang pun masih nak terajui bolasepak.

FAM dan FA Negeri ada kewajaran untuk mengreformasikan keseluruhan pentadbiran bolasepak.

UMNO ~ Taufan

UMNO tidak dapat lari lagi daripada krisis. Krisis demi krisis melanda UMNO. Makin UMNO menjauhinya, makin dekat dan kerap krisis mendekatinya.

Krisis keyakinan rakyat kepadanya sehingga ada yang berani berkata kewujudannya sudah tidak releven lagi kepada orang melayu khasnya, serta kaum cina dan india amnya.

Krisis integriti pemimpin parti amat meruncing sekali. Bermula dengan kes politik wang melanda serta membarah di dalam parti.

Krisis perlembagaan di Perak nampaknya tidak berkesudahan kecuali DUN Perak dibubarkan segera. Rakyat Perak semacam didera dengan segala kemelut ini.

Hari ini MB Pahang diarahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk menjelaskan RM63 juta kepada Seruan Gemilang Sdn Bhd dalam masa 14 hari kerana 'breach of contract'berkaitan dengan konsesi balak. Lapor theStar .

DUN Terengganu pula dilanda krisis keyakinan kepada Menteri Besar Dato' Ahmad Said. Rakyat Terengganu memang sudah lama hilang keyakinan kepada UMNO jenis 'cap ayam' ini. Sekarang seramai 18 daripada 24 ADUN UMNO mendesak Ahmad Said turun dengan terhormat. Apa yang Ahmad Said boleh buat ialah menghadap Istana memohon perkenan Istana agar DUN Terengganu dibubarkan segera. Malaysiakini .

Pembubaran DUN Terengganu tidak dapat lari lagi, untuk mendapat mandat baru dari rakyat serta mendapat kepercayaan pelabur asing.

Nampaknya semakin Najib mahu lari daripada pilihanraya, semakin dekat piliharaya datang kepadanya. Krisis demi krisis melanda UMNO.

PAS dan Pakatan Rakyat sila bersedia menghadapi beberapa siri lagi pilihanraya yakni di Perak, Pahang dan Terengganu.

Mohon Nizar Tarik Diri

Ir. Nizar memang dilahirkan sebagai pemimpin, pendakwah dan penyatu kaum di Malaysia.

Kepetahannya berpidato dengan penguasaan berbilang bahasa amat teruja bila mendengarnya.

Seorang yang bersikap dan bersifat 'humble', mempunyai 'sense of humour', berketerampilan dan bersifat penyayang dengan kanak-kanak amat disenangi oleh setiap lapisan masyarakat terutamanya di Perak.

Kewujudan beliau menjadi duri dalam daging bagi UMNO.

Semalam PAS Kawasan Beruas mencalonkan beliau sebagai Naib Presiden PAS di Muktamar PAS bulan Jun nanti.

Kalah dan menang dah menjadi adat dalam pertandingan. Bagi mereka yang hatinya bulat menyerah diri kepada Allah, kalah atau menang membuat mereka bertambah dekat dengan Allah.

Persoalannya disini, bukan nak mengajak anda memberi persetujuan tentang kewajaran DS Ir. Nizar bertanding.

Persoalan yang saya suka bangkitkan disini ialah apakah implikasi jika beliau kalah jawatan Naib Presiden PAS dikaca mata UMNO.

Kemelut politik di Perak masih di tahap 'pening'. Semua orang tengah pening. Setiusaha Kerajaan pun pening, Penasihat Undang-Undang Negeri pun pening. Speaker pun pening kerana Setiusaha Dewan tak maklum padanya, DUN nak bersidang. Yang paling pening ialah UMNO.

UMNO akan meneropong setiap inci pergerakan DS Nizar. Andaikata DS Nizar menerima pencalonan tersebut dan diandaikan beliau kalah, ini merupakan senjata utama UMNO akan guna. Siang malam di TV 'kepunyaan' mereka, di dada akhbar pro mereka dan di mana-mana, UMNO akan berkokok, 'Tengok, Nizar hanya jaguh dikampong sendiri, PAS sendiri menolaknya."

Buat masa sekarang, nampaknya populariti beliau amat melonjak, semua perancangan nampaknya berpihak kepadanya. Kemenangannya di Bukit Gantang mengesahkan bahawa beliau merupakan suatu anugerah dari 'langit'.

Sebutir bintang sedang berkelipan dan bergemerlapan.

Buat masa sekarang biarkan DS Nizar menumpukan sepenuh perhatian di Perak dan di Parlimen. Beliau mempunyai misi yang amat besar natijahnya kepada PAS Perak.

Biarkan beliau membimbing Perak ke mercu kejayaan yang memungkinkan UMNO akan terus berkubur di Perak. Beliau juga akan bersinar di Parlimen memandangkan beliau juga seorang ahli parlimen, InsyaAllah. Kepetahannya berhujah akan memukau segala 'ayam jagoan' UMNO di Parlimen.

Dengan penuh rasa hormat kepada PAS Kawasan Beruas dan dengan rasa rendah diri saya mohon DS Nizar menolak pencalonan itu buat Muktamar PAS kali ini.

Nak Lurus ke Bengkuk?

Apa beza jambatan bengkok dengan jambatan lurus?
Saya rasa budak-budak PASTI pun boleh jawab soalan ini.

Kalau nak ke seberang sana, jambatan lurus lagi pendek jaraknya. Jambatan bengkok lagi panjang jaraknya.

Kalau pendek harganya murah sikit, kalau panjang, dah tentu mahal sikit harganya.

Kalau jambatan lurus, orang dah biasa sangat dengannya.
Kalau jambatan bengkok, orang rasa pelik.

Orang Malaysia, kan suka benda-benda yang pelik.

Kewajaran menggantikan Tambak Johor dengan sebuah jambatan merupakan satu persoalan, kewajaran membina jambatan lurus atau bengkuk merupakan satu persoalan yang lain pula.

Anda fikirlah sendiri.

Dilema MIC


Masyarakat India telah menolak MIC. Ini tak dapat dinafikan lagi. PRU12 menceritakan segala-galanya. PRK Bukit Selambau menambah kuat buktinya dan menambah perit derita MIC. Kemunculan kaum India di dalam Kelab penyokong PAS menambah kecelaruan dan kelukaan MIC. Masyarakat India bukan saja menolak MIC, bahkan juga menolak PPP dan Gerakan. Walaupun Gerakan dan PPP merupakan parti pelbagai kaum, masyarakat India juga menolak calon-calon mereka yang berketurunan India.

Bahkan MIC sendiri menerima fenomena ini. Samy Vellu mengarahkan MIC diberi suntikan baru dengan merangka pelbagai bentuk reformasi dalaman bagi memulihkan kembali sokongan masyarakat India terhadap perjuangan parti. Lapor Bernama .

Kenapa masyarakat India menolak MIC? Jawapan sebenar ada pada Samy Vellu. Hanya beliau yang tahu apa permasalahan masyarakat India. Hanya beliau yang arif kenapa masyarakat India 'berkecil-hati' dengan MIC.

Presiden yang sangat 'berkuasa' dan berpengaruh ini mempunyai cara dan gaya memulihkan MIC. Beliau cuba merwat MIC mengikut seleranya, bukan mengikut kehendak penyokong MIC.

Kelemahan MIC menambah derita kepada UMNO/BN. UMNO sentiasa menagih undi kaum India dan kaum Cina untuk memenangkan calon-calon mereka.

Samy Vellu memberi tempoh setahun untuk memulihkan MIC. Saya berkeyakinan MIC memerlukan masa yang lebih lama daripada itu, selagi Samy Vellu masih dapat mengabui dan menggelapkan pandangan penyokong MIC. PRU13 hanya tinggal 3 tahun saja lagi. Tanda-tanda beliau akan turun masih kabur dan kelam. Gaya hidup mewah kebanyakan pemimpin MIC menjarakkan lagi di antara penyokong dengan pemimpin.