Followers

Tuesday, March 31, 2009

Talkinkan UMNO di Bukit Gantang

Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan calon PAS di PRK P059 Bukit Gantang. Lihat Profil beliau di sini .

Selama DS memimpin negeri Perak lebih kurang 11 bulan sebelum disentap oleh satu perancangan jahat UMNO/BN, beliau telah menjelajah disetiap ceruk di negeri Perak.

Rakyat Perak telah mengenali hati budinya. Kelembutan perawakannya, kepetahan bercakap di dalam banyak bahasa seperti bahasa inggeris walaupun tak sempat dengan dasar PPSMI yang dipelopori oleh Mahathir dan bahasa mandarin.

Beliau mempunyai pengetahuan yang luas di dalam Agama. Banyak menghafal Surah-Surah Al-Quran, boleh berkhutbah, boleh menyembelih Qurban. Boleh bawa tahlil dan baca talkin. Tetapi beliau tetap humble, penuh tawaduk, bukan sesetengah orang mendabik dada mengisytiharkan boleh membaca Al-Quran dan mentafsir.

Rakyat Perak dari berbilang kaum sudah mengenali beliau luar dan dalam. Beliau memang sudah terkenal di Perak walaupun hanya 11 bulan memerintah. Nama beliau terlonjak lagi selepas 'perampasan kuasa' oleh UMNO/BN.

Sejarah tidak boleh ditipu.

UMNO sangat takut serta gementar kerana undi kaum cina dan india adalah bulat seperti bulan mengambang.

Rakyat Perak sangat bersimpati dengan PAS / PR. Rakyat Perak dah mual, muak, jelik dan sentiasa termuntah-muntah seperti ibu muda mengandung 3-4 minggu. Ditambah pula perangai Setiusaha Kerajaan dan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak yang memang mencampuri urusan Kerajaan Negeri.

Daripada perkembangan semasa hari penamaan calon dimana rakyat Perak berpuluh-puluh ribu turun memberi sokongan padu, tidak kira, melayu, cina dan india.

Kaum muda yang turun berbondong-bondong memberi petanda yang amat positif. Kaum muda sudah menolak UMNO kerana kerakusannya, samsengnya, rasuahnya, kesombongannya dan keangkuhanya.

UMNO di mana-mana negeri di bumi Malaysia ini, semuanya berperangai seperti disebutkan tadi. Mereka beranggap melayu itu UMNO, UMNO itu melayu.

Mereka berperasan Malasia itu UMNO, UMNO itu Malaysia.

Mereka menunjukkan polis itu UMNO, UMNO itu polis.

Mereka berfatwa, UMNO itu mufti, mufti itu UMNO. Ini kerana mereka cukup alim apabila bercakap di dalam bidang Agama walaupun kurang mahir.

Mereka berkira-kira, harta kerajaan itu harta UMNO, harta UMNO itu harta UMNO.

Satu mala petaka bagi UMNO negeri Perak khususnya dan UMNO Malaysia amnya dan menjadi titik tolak rakyat negeri Perak memberi selamat tinggal kepada UMNO ialah saat PR dirampas kuasa oleh UMNO.

Percayalah, InsyaAllah UMNO akan di talkinkan di Bukit Gantang.

Saya yakin DS Nizar akan menang dengan selesa InsyaAllah.

UMNO dah tenat

Menyentuh perihal Altantuya dilarang di Bukit Gantang. Memanglah orang dah meninggal dunia mana boleh disentuh-sentuh. Jasadnya dah pun hancur. Rohnya pun dah tiada.

Bendera DAP dan PKR dilarang dikibarkan di Bukit Gantang, kerana kedua-dua parti tersebut tidak bertanding.

Ini satu perkembangan terbaru. Agaknya bendera MCA dan MIC pun sama tak boleh dipamerkan kerana semua kedai dah kehabisan kain, dan dilaporkan banyak rumah kehilangan langsir warna hijau dan biru.

Nanti besuk dikeluarkan arahan hanya calon sahaja boleh berceramah, yang tidak terlibat tidak boleh ceramah dan calon tidak boleh keluar rumah lebih dari dua orang, dan salah seorang hanya perempuan, bermakna hanya isteri atau emak.

Lusa akan keluar arahan calon hanya boleh buat 'miming' je, suara tak boleh dikeluarkan kerana dikhuatiri menghasut.

Tulat calon hanya boleh keluar semasa hari mengundi je, dan semasa keluar rumah mesti berbungkus dari kepala hingga ke kaki dan hanya dua mata dan dua lubang hidung je boleh nampak kerana dikhuatiri berkempen di saat2 akhir.

Sama-sama kita talkinkan UMNO di Bukit Gantang

Bukit Selambau tidak perlu Khairy


Utusan melaporkan Pemuda UMNO Kedah diminta kerja bersama pimpinan baru, pinta Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Haris Che Mat.

Apa makna kenyataan itu?
Bagaimana sepatutnya dibaca kenyataan itu?
Kenapa ada keperluan mengeluar kenyataan semacam itu?

Jangan lupa Dato' Mukhriz berasal daripada Kedah.
Yang meminta kerja bersama pimpinan baru Pemuda adalah Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah juga.
Yang bertanding melawan Khairy dan Khir Toyo adalah Datuk Mukhriz yang berasal dari Negeri Kedah.

Persoalan:

Apakah Pemuda Kedah tidak bersama pimpinan baru Pemuda ke?
Apakah Pemuda UMNO Kedah tidak boleh menerima Khairy ke?
Yang pastinya Tun Mahathir tidak boleh menerima pimpinan Pemuda baru iaitu Khairy.
Dan jangan lupa Mukhriz adalah anak kepada Tun Mahathir.

Kenapa Pemuda Kedah tidak turun membantu Bukit Selambau ke?

Kenapa Pemuda UMNO Kedah tidak bersama PKR? Jom keluar ramai dan masuklah ke dalam PKR atau PAS atau DAP.

Satu petanda baik untuk PKR di Bukit Selambau.

Ezam Hulubalang Katak di Bukit Selambau

Sekarang sudah menjadi satu 'trend' di setiap pilihanraya terutama pilihanraya kecil kerana banyak orang memberi tumpuan, akan ada cabar mencabar berdebat, sumpah bersumpah lama jadi sesumpah baru padan muka. theStar .

Tiba-tiba muncul pula si Hulubalang Katak. Raja Katak dah dapat digondol oleh Pasir Mas. Katak Jadian oleh Changkat Jering, Behrang dan Jelapang.

Saya menjangkakan dah diam lama, ingatkan dah pergi ke 'mana-mana'. Ada jugak saya hadiahkan Al-Fatihah untuk kesejahteraannya, tiba-tiba muncul mencabar DS Anwar berdebat dengannya pasal isu politik semasa.

Kalau setakat Ezam, bukan taraf DS Anwar. Ramai lagi prebet-prebet lain yang boleh menyahut cabarannya. Kali ini surat apa lagi yang nak didedahkannya? Surat pajak? Surat putus cinta? Berapa lagi kotak rahsia nak dibukak?

Yang sebenarnya, apa yang kamu mahu Ezam? Hang janganlah jadi macam pondan siam. Pasal apa yang hang sakit hati sangat dengan PKR dan DSAI?

UMNO tak beri cukup duit belanja kopi ke? Kesianlah hang ni.

Dalam peta politik tanahair, nama hang tak masuk senarailah.

Baik hang mintak dengan Mr.Presiden jadi boss SPRM atau Presiden Menyimpan Kotak Sedunia atau Presiden Kesatuan Badut Pondan Se-Malaysia. Menyampah I, u know, aaaaaw.

Integriti UMNO tiada lagi?????

Tun Mahathir - Kepimpinan Melalui Teladan, Malaysia Boleh

Zamannya politik wang mula berputik dan terus menyubur sehingga ke zaman Pak Lah. Mungkin ahli UMNO peringkat akar umbi mengambil semangat dari kepimpinan peringkat atasan yang memberi 'tutorial' bagaimana memulakan politik wang. 'Tagline' yang direka makan tuan. Rakyat mempersendakan, semua boleh, rasuah boleh, khalwat boleh,zina boleh (sebab banyak sangat kes maksiat, maka 'tag-line' diperlekehkan)

DS Abdullah Badawi - Islam Hadhari,

'Mencari Damai Abadi'

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun
Untuk hidup kaya
Aku cari bukan wang berjuta-juta
Untuk hidup bergaya
Aku cari bukan kawan-kawan
Untuk hidup sekadar berfoya-foya
Aku cari mana dia al-Ghazali
Aku cari mana dia al-Shafie
Kita bongkar rahsia kitab suci, Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah Nabi, Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman, Dialah wali
Dia mencukupi, Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi.

Sehingga hari Khamis depan (perletakkan jawatan Perdana Menteri), beliau tak berjumpa pun al-Ghazali, pun tak berjumpa al-Syafie, tak sempat pun bongkar Kitab Suci mahupun Sunnah Nabi, yang berjumpa hanyalah Al-Khairy dan Al-Jeanne.

DS Najib - Apa 'tag-line'nya pulak?????

Rekalah satu, dua.

Sebagai contoh; Berintegritinya UMNO, Sifar Rasuah, Negara Syariah.

Wanita dan Puteri UMNO mahukan sesangat syariah. Depa faham tak apa itu syariah? Depa tak tutup aurat, tetapi berani bercakap pasal syariah.

Sesungguhnya Integriti dalam UMNO sudah tiada lagi.

Monday, March 30, 2009

Lawak 10 sen musim pilihanraya

Rakyat dah naik meloya ketahap muntah hijau. Setiap kali piliharaya kecil mesti ada gimik, lawak badut 10 sen, 'wayang kulit', 'mee-segera', 'pak dogol', muka 15 sen dan ntah apa-apa lagi yang boleh muntah sampai putus tali perut.

i. Projek infrastruktur 157 kampung baru dilaksana segera. Utusan .

ii. BN akan nyatakan perkara sebenar. Utusan .
Maknanya selama ini UMNO selalu cakap tak benar.Bohonglah tu.

iii. Ismail Saffian calon terbaik - Muhyiddin. Utusan .

Nizar disuruh oleh imam di surau tempatan jadi imam solat. Kenapa berdengki. Di fitnahkan Nizar merampas microfon.

Sekarang saya tolong hebahkan di seluruh Bukit Gantang, calon depa akan menjadi imam solat subuh pagi jumaat di Masjid Taiping. Beliau akan membawa ayat Assajadah (bukan sejadah ye, nanti si UMNO bawak pulak sejadah) Beliau akan memberi kuliah subuh. Datanglah beramai-ramai. Jangan tak datang. Pastikan ada tingkap dekat mihrab, nanti senang nak terjun kalau tersangkut baca ayat.

iv. Kecewa dengan Anwar: Ketua PKR Jerai, 400 keluar parti. mStar .

Biasalah, sebelum piliharaya tak nak keluar. Apaaa daah.

v. Nizar barred by his own party from giving press conferences. theStar .

Tajuk yang 'misleading'. PAS tak nak 'reporter' upahan memanipulasi kenyataannya serta mengambil banyak masanya, sedangkan dia perlu jumpa rakyat bukan 'reporter' upahan.

Bilalah UMNO nak berubah. Rakyat dah mangli dah. 'Boring'lah, keluh anak muda. Depa pun tau ni pembohong UMNO. Lawak 10 sen.

Selamat tinggal Romeo oooppps Selamat Tinggal UMNO. I'm sorry, kata Amir peserta Raja Lawak. Hehehehe.

Dilema Seorang Mr.Presiden...part V


Soal Mahathir akan berbaik-baik dengan Pak Lah memanglah disokong kerana tak elok orang tua berkelahi macam budak-budak. Dah taraf negarawan katakan, takkan nak berkelahi pasal berebut 'kek'. Yang sini kata dia dapat 'kek' kecik, yang sana kata sini dapat 'kek' lagi besar dari dia.

Walau apapun soal berbaik-baik mereka berdua itu adalah isu yang berlainan sama sekali dengan isu kebangkitan UMNO.

Kebangkitan UMNO yang paling utama ialah politik wang sifar. Ini masalah integriti parti. Rakyat akan melihat kewibawaan parti apabila bersih daripada rasuah.

Isu kemasukan semula Mahathir dan berganding pula dengan Pak Lah untuk menjadi penasihat UMNO belum menjaminkan UMNO kembali mantap.

Tidak ada maknanya mereka berdua berdamai tetapi politik wang masih berleluasa.

Politik wang berlaku di zaman Mahathir dan Pak Lah lagi. Mereka berdua gagal membendungnya, jadi macamana boleh dikatakan UMNO akan kembali bangkit dan bertambah mantap. Mahathir memerintah Malaysia lebih daripada 20 tahun. Sistem kuota dan politik wang wujud di zamannya.

Kebangkitan UMNO bergantung kecekapan Mr.Presiden memerangi rasuah dikalangan ahli yang berebut-rebut jawatan. Jika ini dapat di atasi, rakyat akan memberi tabik hormat kepadanya.

Jika Mr.Presiden dapat mengesan apa kehendak rakyat, dan bekerja kearah menyempurnakan kehendak rakyat, maka Mr.Presiden akan mempunyai tempoh yang lama memegang jawatan itu.

Di saat ini ramai 'penyokong-penyokong' serta 'penganalisa-penganalisa politik' yang membuat 'statement' yang amat melunakkan. Jika Mr.Presiden termakan pujian yang melambung tinggi, tunggulah saat merananya. Kejatuhan Kesultanan Melaka di antaranya kerana Sultan ketika itu menaruh kepercayaan yang sangat tinggi kepada penasihat-penasihat yang diibaratkan sokong membawa rebah.

Penasihat-penasihat UMNO terdiri dari profesor-profesor. Mereka dah berkedudukan tinggi dan selesa dengannya, mereka tidak rugi apa-apa jikalau memberi nasihat yang salah pun, yang penting memberi pujian melambung.

Ujian yang pertama ialah barisan kabinetnya nanti. Jika mereka yang tersembam semasa pemilihan jawatan UMNO baru-baru ini dinaikkan ke jawatan menteri atau dikekalkan dan mereka yang rebah semasa PRU12 lalu dinaikkan ke jawatan menteri dengan perlantikan jawatan senator, bermakna Mr.Presiden menghampakan serta tidak menghormati kehendak parti dan rakyat.

Dikhabarkan oleh kawan-kawan dalam UMNO, Mr.Presiden adalah satunya pemimpin UMNO yang tidak pernah menderhaka kepada bossnya. Beliau sangat-sangat terhutang budi kepada Mahathir. Dalam persidangan pemuda UMNO pada 24 April 1987 , Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan jawatan ketua pemuda UMNO kepada beliau kerana bertanding Naib Presiden. Beliau terhutang budi kepada Mahathir.

Di dalam masa yang sama beliau sangat-sangat menghormati Pak Lah kerana melantik beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika Pak Lah mula-mula menjawat jawatan Perdana Menteri dulu.

Mr.Presiden berada di dalam dilema dan cuak, takut-takut nanti Mahathir dan Pak Lah akan menentukan orang-orang mereka di dalam barisan kabinetnya.

MCA dan DAP bila pulak?????

UMNO diuji di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Kedua-dua gagal. Kini diuji pula di Bukit Gantang. Gagal lagi?????

Kemelut di Perak akan berpanjangan. Nizar membawa harapan rakyat Perak khasnya dan Malaysia amnya. Nizar satu nama baru yang tiba-tiba naik ke mercu politik tanahair. Auranya terserlah. Humble guy. Serba boleh. Imam solat boleh, baca talkin boleh, sembelih korban boleh, berkhutbah boleh, itulah kurniaan Allah padanya.

MIC diuji di Bukit Selambau. InsyaAllah PKR menang, MIC telah lama ditolak oleh kaum India. MIC dah jadi parti samseng. Pemuda Umno hampir-hampir mengekorinya.

Bila pula MCA nak kena uji? Walaupun memperolehi Presiden baru, MCA belum diuji lagi. Di PRK Kuala Terengganu, undi MCA merosot. Timbalan Presiden bermasalah. Minatnya dalam politik sudah berkurangan, ingin menceburi pula bidang 'acrobatic'.

Gerakan tak payah diuji. Boleh berkira-kira tutup 'kedai'. Selamat tinggal Pulau Pinang, 'kira-kira' berkata Gerakan.

Di Semenanjung PKR dan PAS diuji dua kali. Satu kali sorang menang. Permatang Pauh milik PKR dan Kuala Terengganu milik PAS. Di kedua-dua Bukit Gantang dan Bukit Selambau InsyaAllah PAS dan PKR menang.

DAP, bila pulak diuji. MCA sahutlah hasrat DAP agar bertemu. Bila agaknya?????

Wow......Hishamuddin ...part II

Kot ye pun baru menang Naib Presiden janganlah 'over' sangat semangat tu. Jangan nak cari 'publicity' murah. Jangan nak tunjuk jaguh kampong. Janganlah nak tunjuk keras tak bertempat.

Cara Hishamuddin menunjukkan 'perkasanya' di Perhimpunan Agung UMNO yang lalu semacam membelakangi sejarah. Beliau menidakkan perjuangan kaum lain untuk mencapai kemerdekaan daripada British. Beliau berkata, hanya UMNO dan Raja-Raja Melayu sahaja yang perjuangkan kemerdekaan negara. Ini bermakna beliau telah tidak umpamakan sumbagan MCA, MIC dan pembangkang. Jangan nak menakut-nakutkan kaum lain kerana nak melonjakkan diri lebih tinggi. Tolong jangan bohongi sejarah. theStar .

Patutlah orang-orang UMNO selalu bercakap pasal ketuanan melayu. Yang sebenarnya mereka ingin mengatakan ketuanan UMNO. Mereka juga selalu berkata UMNO itu melayu dan melayu itu UMNO, maka mereka nak menegakkan ketuanan melayu. Tapi mereka lupa PAS itu juga melayu. Tetapi mana-mana kaum yang beragama Islam boleh masuk PAS.

Ingat sikit, Datuk adalah menteri untuk semua rakyat di Malaysia. Datuk adalah Menteri untuk kaum melayu PAS, Cina dan India, bukan untuk melayu UMNO sahaja.

Jikalau semua orang UMNO berfikiran begini, maka amat malanglah pembangkang dan kaum-kaum lain.

Ke Datuk ada hati tiga tahun lagi dah nak tanding Timbalan Presiden UMNO.
Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Zahid Hamidi nak buang ke mana?

Wow .....Hishamuddin


Naib Presiden UMNO yang jaga bab pelajaran ada memberitahu Guru Kumpulan A dicadangkan boleh menceburi politik.

Saya tak nak membincangkan baik dan buruknya, pro dan kontranya. Biarlah Kesatuan mereka yang membincangkan baik atau sebaliknya.

Yang berdetik di kepala saya ialah kenapa tidak Arkitek, Jurutera, Doktor atau Posmen dan sebagainya, kenapa mesti Guru?

Ini kerana Guru berhadapan dengan murid daripada peringkat sekolah rendah, menengah dan seterus ke universiti, akan di'basuh' kepala otak mereka. Kalau sepuluh orang diceritakan UMNO itu sekian, sekian, mungkin 2 orang akan dapat terkesan. Ini perancangan jangka panjang.

Tapi dia lupa bukan semua Guru condong ke UMNO, melainkan dia paksa semua Guru masuk UMNO. Sekarang bukan zaman Allahyarham Datok dia dulu. Lagi dipaksa lagi kuat membantah.

Sekarang musim orang menolak UMNO, kalau disyorkan perancangannya disegerakan, tiba PRU13 nanti alamat UMNO akan segera ditalkinkan.

Kekadang cadangan kita untuk mengenakan orang lain kerana nak meraih keuntungan kepada kita, tetapi kita lupa cadangan yang sama akan dimanfaatkan orang lain untuk mengenakan kita pula.

Begitulah cerdik dan bernas orang UMNO.

Sunday, March 29, 2009

PRK 2 Bukit dan 1 Batang....di Carta No.1....

PRK 2 Bukit dan 1 Batang berjaya menarik perhatian, mengalih tumpuan serta melupakan ingatan buat sementara kepada banyak lagi isu-isu yang besar. Buat masa sekarang PRK 2 Bukit dan 1 Batang masih berada di Carta No.1 Politik negara

Di antaranya:

i. Penghantaran surat mohon mengadap Istana Perak.

ii. Kes saman SPR berkaitan kekosongan kerusi katak Changkat Jering dan Behrang

iii. Kes Sivakumar saman Penasihat Undang-Undang Negeri

iv. Kes kesahihan MB klon DUN Perak ke Mahkamah

v. Kes Balqis di Selangor

vi. Kes Elizabeth Wong

vii. Kes siasatan SPRM yang tak sempat habis sebelum PAUmno

viii. Banyak lagi repot ke SPRM tentang salah laku pemimpin UMNO/BN

ix. Kes PPSMI macamana?

x. Kes 'retrenchment' pekerja dan banyak lagi.

Tiada maknanya Khairy menang

UMNO tidak ikhlas menerima Mahathir kembali. Mereka amat arif, kehadiran Mahathir akan lebih menkucar-kacirkan UMNO darpada menstabilkannya.

Di masa yang sama UMNO tidak mampu menolaknya kerana dunia akan nampak seolah-olah UMNO mengenepikan seorang Negarawan kalau boleh dipanggil Negarawan kerana jasa beliau membawa pembangunan fizikal kepada negara.

Hanya pembangunan fizikal sahaja, tidak lebih dari itu. Kerana pembangunan fizikal dan rohani tidak seimbang maka wujudlah kejatuhan moral remaja sehingga ke hari ini.

Kehadiran Mahathir akan membuat Khairy terancam. Kemarahan Mahathir terhadap Khairy khasnya dan Pak Lah tidak boleh diselesaikan dengan 'secawan kopi'. Mr.Presiden berada di dalam situasi yang amat rumit, kerana Khairy pun mempunyai pengikut yang ramai terutama dari Kelantan. Penyokong Khairy yang sedia ada serta 'penyokong' baru yang akan berpaut kepadanya untuk mendapat 'cebisan kek' yang masih tertinggal sudah tentu akan memberi tekanan kepada Mr.Presiden.

Barang diingat Mahathir, Pak Lah dan yang baru menang peringkat tertinggi di dalam pemilihan baru-baru ini, masing-masing mempunyai anak-anak lelaki, menantu-menantu lelaki serta adik beradik lelaki yang perlu di'jaga'.

Walau apapun UMNO bergolak lagi selepas ini.

N25 Bukit Selambau...PKR menang


PRK Bukit Selambau mencatat rekodnya tersendiri, melibatkan pertandingan 15 penjuru termasuk PKR (S.Manikumar), BN (Datuk S. Ganesan) dan selebihnya calon bebas.

Calon-calon bebas ialah 6 calon melayu(Khamis Awang, Husaini Yaacob, Mejar(B)Anuar Abd Hamid, Radzi Md Lazim, Mohd Fadzil Abdul Wahab, Abdul Rahim Abu), 6 calon India (R. Loganathan, L. Sarala, A. Jayagopal, S. Moganakumar, M. Vanesan, T. Chandrarajan) dan 1 calon Cina (Tan Hock Huat).

Statistik PRU12 lalu seperti berikut:

N25 BUKIT SELAMBAU

Jumlah Pengundi: 34,977
Peratusan Kaum: M:50.20% C:19.25% I:29.53% L:1.02%

1. V. Arumugam (Bebas) (13,225)
2. S. Krishnan (BN) (10,863)

Majoriti: 2,362
Jumlah undi: 26,450
Peratus mengundi: 75.62%
Undi rosak: 2,362

Samada calon-calon bebas itu ditaja atau sebaliknya, ia tetap akan merugikan BN.

Didasarkan pengundi Melayu, Cina dan India yang bukan penyokong PKR/PR dan BN, mengundi atas sifat perkauman yang sempit, maka BN dan PR akan hilang sekian banyak undi.

PKR/PR mempunyai pengundi yang setia dari pengundi melayu iaitu PAS dan PKR, India dan Cina yang konsisten dengan prinsip mahu menumbangkan BN, kalau hilang undi kepada calon bebas pun tidak berapa ketara sangat.

BN hanya berharap undi yang 'solid' dari pengundi Melayu dari Umno, India (MIC) dan Cina (MCA).

Dengan pergolakan dalaman MIC, BN dijangka hilang undi ke calon bebas dan kepada PKR/PR.

Adalah dijangka PKR/PR akan memenangi PRK ini dengan majoriti 1000.

Nasib Pak Lah

Akhirnya turun juga DS Abdullah sebagai Presiden Umno.

Bermula dengan persembahan terburuk Umno dalam PRU12, Pak Lah dihimpit kiri dan kanan, depan dan belakang.

Muhyiddin adalah di antara yang kuat bersuara menyuruh Pak Lah turun. Gerakan yang tersembam menyembah bumi pun turut memberi tekanan kepada Pak Lah. Mr.Presiden menggunakan kaedah diplomasi dan rasa hormat, mengadakan perbincangan sehingga mucullah istilah baru pelan peralihan kuasa.

Di antara parti komponen terbesar di dalam BN, kebanyakan presidennya telah bertukar tangan kecuali MIC.

Yang hairannya kenapa Pak Lah selaku Presiden Umno ketika itu dikambing hitamkan sebagai punca Umno dan BN kecundang?

Kenapa MCA, MIC, Gerakan dan PPP tidak dipersalahkan? Mereka juga tersembam menyembah bumi sehingga Pulau Pinang terlepas, MIC hampir-hampir pupus dan begitu juga MCA.

Kenapa BN tidak mendesak Samy Vellu melepaskan jawatannya. 'Performance' MIC lagi teruk di dalam PRU12 yang lalu?

Kenapa mesti Pak Lah seorang dipertanggungjawabkan? Kenapa pemimpin-pemimpin lain di dalam Umno tidak melepas sama jawatan mereka? Bukankah kekalahan itu tanggungjawab bersama?

Rahsia dan misteri ini hanya UMNO saja yang ada jawapan?

Itulah dia politik Machiavelli yang diamalkan oleh Politik Sekular, menghalalkan cara demi mencapai matlamatnya.

Kembalilah kepada politik Islam. PAS telah lama perjuangkannya.

Keadilan hanya ada di dalam Islam.

Dilema Seorang Mr.Presiden....part IV

Maka berkatalah Mr.Presiden, keputusan ketiga-tiga PRK di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai nanti tak boleh menjadi petunjuk mendapat sokongan rakyat. Beliau juga berkata PRK bukan merupakan pungutan rakyat. Pungutan suara sebenar ialah di pilihanraya umum, baru anda tahu samada rakyat menyokong anda atau sebaliknya, berkata Mr.Presiden. Bernama .

Apa pun yang ditakrifkan oleh Mr.Presiden, PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu menceritakan segala2nya.

Nampaknya Mr.Presiden semacam tak yakin Bukit Gantang dan Bukit Selambau dapat dirampas.

Beliau amat arif berpandukan dua kali jadi pengarah PRK Permatang Pauh dan K.Terengganu serta laporan yang diterima dari perisik Umno yakni SB bahawa Bukit Gantang dan Bukit Selambar terlalu tinggi nak di daki.

Mood dan trend pengundi berterusan sehingga PRU13 nanti. Sokongan rakyat di Perak adalah amat luar biasa. Sebab itu Umno tersangat-sangat takut jika DUN Perak dibubarkan.

Jikalau nak tahu sokongan rakyat, cubalah bubar Parlimen, dapatkan mandat baru.

Dilema Seorang Mr. Presiden...part III

Tun Mahathir dijemput menghadiri Perhimpunan Agung UMNO walaupun dia bukan seorang ahli Umno. Beliau tidak hadir. Beliau berprinsip, jikalau beliau hadir, bermakna beliau bersubhah dengan politik wang.

Beliau tidak mengiktiraf Khairy, pemenang Ketua Pemuda Umno yang baru. Beliau tidak iktiraf Khairy bukan kerana Mukhriz kalah tapi kerana Khairy didapati 'terlibat' dengan politik wang tetapi terlepas.

Saya amat menyanjungi prinsip beliau. Tetapi prinsip itu berubah di hari akhir perhimpunan. Kelihatan beliau hadir bersama isterinya dan memberitahu pemberita, beliau akan masuk semula Umno.

Kemasukan semula diibaratkan seperti sirih pulang ke gagang. Beliau pernah 'bersumpah' semasa keluar Umno dulu, beliau tidak akan masuk semula Umno selagi DS Abdullah berada sebagai Presiden.

Eloklah dia masuk semula dan diharapkan Mr.Presiden memberi tugas istimewa kepada dia di dalam Umno. Keegoan dia terlalu tinggi. Dia merasakan dialah yang terhebat. Memang dia hebat. Dia sangat licik.

'Dosa'nya kepada PAS dan kepada DSAI terlalu banyak. Anda masih ingat peristiwa mata lebam? Anda sudah lupa peristiwa menghusung tilam ke hulu ke hilir? Anda boleh terfikir ke seorang Lord President Tun Salleh Abas tersinggkir pada tahun 1988?
Anda boleh terima ke bagaimana dia menghina Hadith SAW, menghina Hudud dan yang paling orang-orang melayu UMNO buat-buat lupa ialah PENDERHAKAAN beliau kepada Raja-Raja Melayu di dalam krisi perlembagaan pada tahun 1993 di mana imuniti Raja-Raja Melayu ditarik balik?

Kehadirannya semula kedalam Umno akan membuat Mr.Presiden terasa tersepit. Beliau akan sentiasa memberi kritikan kepada Mr.Presiden nanti, kecualilah Mr.Presiden pandai 'menjaga'nya. Berapa lama Mr.Presiden akan atau boleh 'menjaga'nya?

Saya menjangkakan Mr.Presiden akan merasa 'lemas' dan rimas. Dikhuatiri Mahathir akan 'dictate terms'. Jikalau Mahathir bertindak sebagai 'twin striker' maka Mr.Presiden akan dipandang lemah. Beliau tiada masa nak menunjukkan kebolehannya. Segala pergerakannya akan dikawal oleh Mahathir. Mahathir akan berkata ini tidak betul, itu tidak betul, maka Mr.Presiden akan menjadi letih untuk menangkisnya.

Mahathir bukanlah seorang yang boleh menyerah kalah. Jikalau dia boleh 'menundukkan' telunjuk Mr.Presiden dalam pembentukan kabinet nanti, maka sesuatu yang malang akan berlaku ke atas Umno.

Percayalah, Umno akan bergolak lagi.

Saturday, March 28, 2009

Che Det bersuara lagi...

CheDet menempelak dan tak puas hati:

"Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam? Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai.Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa."

Takkan Che Det tak tahu, depa mangsa PPSMI, maka depa lembablah sikit buat kira-kira. Kalau tambah-tolak depa fahamlah, ni addition-subtraction, depa jadi pening lalatlah kan.

Tulah pasal keputusan lambat keluar.

Zaman Che Det lawan Ku Li dulu pun macam tu jugak. Keputusan lambat jugak. Tapi jam tu belum ada PPSMI lagi, pasal apa lambat kira, budak-budak dusun Tua tu tak tahu kira ke?

Depa kata Mukhriz masa pi berkempen, dia hanya salam kosong, tak de 'garuk-garuk' macam pi kenduri orang kahwin. Jadi, yang kat Cawangan dan Bahagian kurang seronok, depa kata depa bukan nak banyak, dapat lepas Nokia N95 jadilah.

Satu lagi depa kata, ayahnya dah keluar 'kapal', macamana nak sokong anak. Jadi silap Che Det jugak, pasal apa tak masuk Umno, sebab depa ingat Che Det dah masuk PAS, sebab dulu Che Det pernah 'hentam' Tunku atas pentas PAS.

Kalau nakkan Mukhriz menang 3 tahun lagi, Che Det kenalah masuk Umno semula dan mintak jawatan Menteri Kanan, Tugas-Tugas Khas, tukang periksa dan selia politik wang dikalangan ahli dan menteri.

Gaya hidup bermewahan.........


Dipetik dari MalayMail . Anda fikirlah sendiri gaya hidup mewah kerabat UMNO.

S.Vell Paari adalah anak Presiden MIC, DS Samy Vellu.

THE extravagant lifestyle of deceased actress K. Sujatha has been dragged to the notice of anti-corruption investigators.

At the centre of a complaint lodged with the Malaysian Anti-Corruption Agency (MACC) is her flamboyant boss S. Vell Paari who splurged on her.

Sujatha was personal secretary to Vell Paari who is the Maika Holdings chief executive officer and son of MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu.

Sujatha died on June 25 last year after allegedly drinking weed killer at her condo unit.

The MACC has been asked to investigate if Maika funds had been used to fund Vell Paari’s lavish relationship with Sujatha. In making the report with Federal Territory MACC, Kapar MP S. Manickavasagam questioned where the money came from.

Manickavasagam said that several reports of alleged misuse of funds involving Maika over the past 18 years had been given to the MACC and the former Anti-Corruption Agency but no action has been
taken yet.

He said it was strange that while the Maika scandal had caused many poor people to lose their life savings, “the CEO seems to be spending money lavishly”.

His lawyer, N. Surendran, said that he would follow-up closely with the MACC to ensure that the case did not remain unsolved.

Surendran said they would also be lodging a police report next Friday. He said the MACC informed him there were elements of corruption and criminal breach of trust in the reports.

Dilema Seorang Mr.Presiden ..part II


Di waktu terdekat, ada beberapa perkara yang Mr.Presiden tertunggu-tunggu, ternanti-nanti bilakah ia berlaku.

Di waktu terdekat ini juga rakyat ternanti-nanti, tertunggu-tunggu apa yang Mr. Presiden akan membuat pengumuman penting. Penting untuk ahli Umno, penting untuk individu Umno dan penting untuk negara.

Mr.Presiden amat tertunggu-tunggu bilakah Pak Lah akan menyerahkan jawatan No.1 dan beliau akan mengadap DYMM YDP Agong untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke6.

Mr.Presiden dan bakal 'First Lady of Malaysia' ternanti-nanti dan tak sabar-sabar bilakah mereka berdua akan berpindah ke 'istana' Precint 10, Putra Jaya dan menikmati layanan inang-inang serta 'khadam' terlatih.

Ahli-ahli Umno serta 'individu' tertentu tertunggu-tunggu dengan penuh debaran siapakah Ketua Perhubungan Umno negeri yang baru. Lazimnya jawatan itu melayakkan mereka menjadi Menteri Besar di negeri-negeri di bawah takluk Umno seperti Perlis, Perak (sementara saja), Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Terengganu.

Ahli-ahli Umno serta individu' tertentu tertunggu-tunggu 10 'keping' pas percuma untuk menduduki kerusi Ahli Majlis Tertinggi. Itu hak Mr.Presiden, samada beliau ingin mengambil 'recycled' 'surat-khabar lama' atau mengambil individu berkelayakan untuk mengisi 10 lagi tempat Ahli Majlis Tertinggi.

Yang paling ditunggu-tunggu dan dinanti-nanti bukan saja ahli-ahli Umno dan individu tertentu bahkan rakyat Malaysia ialah barisan kabinet yang dikatakan mantap dan ampuh, jangan sebaliknya ranggup dan rapuh.

Adakah Mr.Presiden akan mengekalkan mereka yang 'tumbang' serta yang sudah 'basi' lagi 'meracun'kan?

Rakyat juga tertunggu-tunggu, bukan intan berlian, bukan emas perak tetapi sekadar harapan apakah dasar baru yang ada keperluan disegerakan atau menghapuskan dasar-dasar lama yang memang rakyat membencinya demi kesejahteraan rakyat berbilang kaum.

Apakah Mr.Presiden berani mengnyahkan PPSMI?????
Apakah Mr.Presiden berani membebaskan tahana ISA??????
Apakah Mr.Presiden berani menyenggerakan pemulangan 'royalty' minyak ke Terengganu?????
Apakah Mr.Presiden berani mengumumkan pemotongan pnjaman PTPTN kepada 50% atau keseluruhannya atau bergantung kepada pencapaian pelajar mengikut 'pointer'?????

Jika Mr.Presiden lulus ujian ini, maka rakyat Malaysia akan tertunggu apa lagi selepas itu.

Jika tidak, kong kali kong, 2x5=10 dan 5x2=10

Najib + Muhyiddin Gandingan mantap?????

Anggaplah ini satu celoteh pagi minggu. Jangan percaya. Nanti jatuh khurafat. Akidah mesti jaga woii.

Pak Lah kata Najib+Muhyiddin, gandingan serasi dan mantap.
Saya tak berani komen.
Ini urusan rumahtangga orang.

Semasa Tunku+Tun Abdul Razak.
Ramai orang berkata Tun adalah bayang Tunku.
Tapi Tunku tak kekal lama, berlaku 13 Mei, dikritik hebat oleh Mahathir.

Naik Tun Abdul Razak+Tun Dr.Ismail. Pun tak lama memerintah Malaysia
Kedua-dua Tun kembali keRahmatullah.

Giliran Tun Hussein Onn + Tun Mahathir pula.
Pun tak lama. Timbalan lebih aggresif dari No.1. Tun Hussein turun.

Muncul pula Mahathir + Musa Hitam. Ramai orang kata gandingan mantap 2M
Timbalan tak lama jugak, tak ngam dengan boss. Musa Hitam merajuk lari.

Tun Ghaffar+Mahathir pun tak kekal lama, DSAI challenge Tun Ghaffar, DSAI menang.

Gandingan DSAI+Mahathir menjadi sejarah. Timbalan dipecat dan dihumban ke penjara.

Mahathir + Pak Lah, pun tak lama. Mahathir 'turun' dan 'beri' ke Pak Lah.

Pak Lah + Najib pun tak lama. Dalam pelan peralihan kuasa Pak Lah di'desak' turun.

Maka dapatlah ke Najib

Sekarang Najib + Muhyiddin

Ramai orang UMNO kata gandingan mantap. Serasi. Dan bermacam-macam lagi perkataan yang 'bagus-bagus'.

Berapa lama mereka?????

Boleh kekal lamake?????

Siapa turun dulu?????.

Siapa kekal, siapa turun?????

Atau dua-dua turun, PRU13 UMNO tumbang, siapa tahu?????

Yang saya ikut sangat dia orang ni bukan apa, kan dia orang akan jadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk semua orang Malaysia?

Kalau depa memerintah untuk Umno saja, lantak pi lah.

Ingat tau, untuk satu Malaysia, bukan untuk Umno je.

Perintahlah dengan adil.

Friday, March 27, 2009

Kertas pun Umno takut?????

Harakah dan Suara Keadilan digantung 3 bulan kononnya menabur fitnah sehingga menjejas ketenteraman kaum.

Apa yang tak baik tentang Umno kalau dihebohkan dikatakan fitnah.

Segala salah laku orang-orang Umno kalau dihebohkan dikatakan fitnah.

Segala skandal orang-orang Umno kalau dihebohkan dikatakan fitnah.

Orang-orang Umno tidak boleh disentuh langsung. Nak cuit sikit pun tak boleh. Mereka semua 'maksum'.

Kalau PAS dan PKR membongkar segala salah laku orang-orang Umno, itu semua fitnah.

Itu boleh menjejaskan ketenteraman kaum.

Yang sebenarnya bukan menjejaskan kaum-kaum di Malaysia. Yang dikatakan menjejaskan kaum itu ialah kaum dan suku sakat Umno. Kerana Umno / BN cukup takut kalau dibongkarkan segala salah laku kaum-kaum yang berada di dalam Umno dan BN.

Begitulah sempitnya pemikiran orang-orang Umno. Macammana nak menghadapi negara maju 2020 kalau kepala otak dibelenggu dengan 'dosa-dosa' sendiri dan sentiasa takut dengan bayang-bayang sendiri.

Harakah dan Suara Keadilan digantung kerana semata-mata untuk menutup, menggelapkan segala berita daripada diterima oleh rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dan di Batang Ai.

Apa yang dilaporkan oleh Media massa milik Umno dan media letronik milik Umno semuanya sahih belaka. Berita-beritanya semua sahih kerana 'perawi'nya adalah warak-warak belaka.

'Perawi-perawi'nya semua berjihad melaporkan berita-berita yang sahih. Mereka tidak pernah bersubhah. Mereka tidak pernah ber adu domba. Mereka tidak pernah menabur fitnah kerana mereka amat insaf bahawa fitnah itu lebih buruk daripada membunuh jiwa sesaorang.

'Perawi-perawi' berita mereka amat yakin jikalau meninggal dunia ketika bertugas, mati mereka adalah syahid.

Menteri yang jaga permit pengeluaran Harakah dan Suara Keadilan baru saja murung kerana baru kalah daripada 'peperangan' Jabbal UHUmno.

Tak taulah kot-kot beliau berasa senang hati walaupun kalah kerana beliau baru balik dari berjihad, tentu meraih banyak pahala, kot-kot dia menarik balik pergantungan tersebut. Harap-harap begitulah. Apa nak ditakutkan. Apa nak digementarkan. Apa nak diterjejaskan ketenteraman kaum. Kan kita sama-sama satu kaum. Kita sama-sama melayu. Kita sama-sama Jawa, Rawa, Mendeleng, Banjar mahupun Bugis. Kan rakyat dah bijak pandai sekarang. Mereka boleh menilai yang mana intan dan yang mana kaca.

Bayang-bayang sendiri pun UMNO takut?????

“Kita akan menentang siapa sahaja yang mengatakan Umno itu gila, Pemuda Celaka. Marilah berjuang. Noktah (perjuangan) hanyalah bila Allah menjemput kita bersamanya (meninggal dunia), berkata Pengerusi Tetap Umno yang baru dipilih, Datuk Paduka Badruddin Amiruldin. Lihat Utusan .

Kenapa takut orang kata Umno itu gila. Di dalam Islam orang gila tidak ditaklif menunaikan solat, puasa, zakat mahupun haji. Jadi apa nak ditakutkan. Kan semua orang Umno bersolat. Semua orang Umno berpuasa. Semua orang Umno berzakat. Semua orang Umno berhaji. BerUmrah saban tahun. Berzanji dan bermarhaban menyambut MaulidurRasul setiap tahun.

Lainlah kalau orang Umno tak solat, tak puasa, tak bayar zakat, tak pergi tunai haji bolehlah kita kategorikan orang Umno sebagai orang gila.

Tetapi kalau tak menegakkan hukum hakam Islam, menolak hudud, menyemarakkan hiburan melampau, kenalah tanya penasihat Agama kerajaan Malaysia Dr.Abdullah Mat Zain, apa hukumnya, gila ke tak gila?

Nasib baik DS Abdullah sempat melantik Dr. Abdullah Mat Zain sebagai penasihat Agama, kerana didalam Majlis Tertinggi Umno sekarang, seorang pun tiada orang Agama. Tetapi tak apa, orang-orang Umno semua tak gila kan. Semuanya warak-warak. Semuanya faham Agama. Semuanya hafiz Al-Quran. Sebab itu calon-calon yang berpendidikan Agama semua terbenam. Calon-calon seperti Firdaus Al-Hafiz, Dr. Abdullah Mat Zain, orang-orang seperti Nakhaie tidak diperlukan di dalam Umno.

Satu lagi kenapa takut orang kata Pemuda celaka. Kalau Pemuda berperangai elok, tahu menghormati orang tua. Tolong menolong dengan orang tua, lebih-lebih lagi kalau orang tua itu orang OKU, kenapa mesti orang kata Pemuda celaka.

Kenapa takut orang kata Pemuda celaka kalau Pemuda berhati mulia, tidak rasuah, tidak politik wang, tidak samseng, tidak kaki pukul, tidak berlagak macam negara ini Pemuda punya? Bukankah orang-orang tua ada berkata kalau kita kata sesaorang itu celaka, sedangkan sesaorang itu baik tingkah lakunya, menghormati orang-orang tua, celaka itu akan kembali kepada mereka yang berkata celaka itu?

Jadi wahai Pengerusi tetap Umno, tak usahlah nak takutkan orang kata Umno gila dan Pemuda celaka.

Orang menetang Umno bukan kerana Umno itu melayu. PAS pun parti majoriti orang melayu.

PAS menentang Umno kerana Umno tidak lagi jaga orang melayu. Umno asyik berpolitik wang, yang natijahnya melahirkan pemimpin yang korup.

Umno tidak lagi menjaga bahasa melayu. Kenapa degil dan keras kepala mempertahankan PPSMI?

Umno tidak lagi menjaga Agama. Umno boleh berbangga dengan membina masjid. Bagaimana dengan mengimarahkannya?

Umno menganjurkan tilawah Al-Quran saban tahun. Bagaimana dengan tuntutan Al-Quran? Bagaimana dengan hukum hakamnya?

PRU13 bukannya PRK untuk Mr.Presiden

PRK Bukit Gantang dan Batang Ai tidak dapat dielak berikutan kematian Ahli Parlimen di situ.

PRK Bukit Selambau diadakan akibat tekanan UMNO/BN yang di terima oleh penyandang sehingga membawa kepada perletakan jawatan. Beliau dengan 'gentleman' melepaskan jawatan EXCOnya dan seterus ADUN Bukit Selambau.

Adun Bukit Lanjan Elizabeth Wong masih lagi bercuti. Andaikata beliau bertegas mahu meletak jawatan, maka satu PRK lagi akan diadakan.

Selepas ini apa lagi?????

Di mana lagi PRK?????

Adakah tekanan demi tekanan pada negeri-negeri dibawah PR hanyalah gimik Mr.Presiden menjelang perhimpunan agong UMNO untuk membuktikan beliau pun berkeupayaan dan tidak kurang liciknya, walaupun tidak boleh menyamai Mahathir.

'Jasa' paling besar Mr.Presiden kepada UMNO ialah 'merampas' Perak walaupun ada sedikit kontroversi.

Beliau mahu memberi 'tutorial' kepada sesiapa yang ingin 'bersama'nya mestilah seliciknya. Kalau harapkan pada Tajol, harapkan menangis je siang malam.

Besar kemungkinan beliau telah beri isyarat kepada Khir Toyo di Selangor supaya mengikuti jejak langkah di Perak, tapi si-Khir nampak 'blurr' je, lagi pun dia hanya nampak seperti ayam jaguh tapi ekor bergelumang taik.

Saya rasa selepas ini, Mr.Presiden akan menumpukan kepada dalaman UMNO dan negara kerana rakyat akan menunggu 100 hari pertamanya memerintah Malaysia. Beliau akan membuktikannya.

Gelanggang sebenar bagi Mr.Presiden adalah PRU13 bukannya di PRK.

Ujian pertama untuk Timb. Presiden



PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu mengaibkan DS Najib selaku pengarah PRK ketika itu.

Mood serta 'trend' rakyat menolak UMNO berterusan dari PRU12 sehinggalah kedua-dua PRK tersebut.

Peristiwa 'rampas' kuasa yang amat tidak bertamadun di Perak, peristiwa persidangan DUN Perak di bawah pokok, campur tangan SPR di dalam pentadbiran negeri Perak, campurtangan SUK dan Penasihat Undang-Undang negeri Perak menaikan lagi suhu politik negeri Perak.

Peristiwa pejuang-pejuang menghapuskan PPSMI dibedil dengan gas pemedih mata dan pancutan air gatal, 'double-standard' SPRM, membuat perasaan mual serta loya rakyat khususnya di Perak tidak boleh dibendung lagi.

Timbalan Presiden yang baru amat tidak bernasib baik kerana diberi mandat oleh UMNO untuk mengepalai di ketiga-tiga PRK.

InsyaAllah ujian yang pertama anda gagal Mr. Timbalan Presiden.

Lubuk emas bagi sesetengah orang....


Datuk Shahrir Samad telah mengambil langkah yang 'gentleman'. Beliau akan memajukan surat perletakan jawatan menteri pada Rabu, minggu depan.

Berapa ramai lagi menteri yang tidak terpilih yakni kalah di dalam pertandingan pemilihan jawatan UMNO akan mengikut jejak langkah beliau?

Bukan senang sesaorang melepaskan jawatan yang menjadi 'lubuk' dan tiket untuk 'bersenangan' pada sesetengah orang. Sesetengah orang sanggup menjual maruah untuk 'membeli' jawatan. Sesetengah orang sanggup meminggirkan Agama demi melonjakkan diri ke atas.

Jawatan kosong sedang menunggu orang-orang UMNO yang rapat dengan Mr. President UMNO. Orang-orang yang telah lama rapat, baru nak rapat, baru nak menempek, pura-pura menempek serta penyokong 'mee-segera' akan melobi-lobi jawatan itu.

Jawatan kosong sedang menunggu di Perlis, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, dan Terengganu. Buktikan anda yang menyandang jawatan itu bahawa anda adalah pejuang Agama, Bangsa dan Tanahair seperti selalu dilaung-laungkan setiap kali perhimpunan agong UMNO berlangsung. Sebelum Mr.President UMNO melucut anda lebih baik anda turun dengan terhormat. Mr.President pula, inilah masa yang sesuai untuk Mr.President membuktikan kata-katanya bahawa pemimpin yang berintegriti sahaja yang layak berada di dalam kerajaannya.

Nama-nama seperti Syed Hamid Albar, Noraini Ahmad, Khalid Noordin, Azalina, Johari Baharum, Hassan Malik, Abdullah Mad Zain, Setiusaha-Setiausaha Parlimen yang kalah di dalam pertandingan, lepaskanlah jawatan anda. Buktikan taat setia anda kepada parti.

Tetapi, tidak ramai yang mahu melepaskan 'lubuk' emas. Kalau mereka nak bertanding pun dengan cara tak betul, jangan diharap mereka akan melepaskan jawatan dengan cara 'gentleman' dan bermoral. Moral tidak ada didada UMNO lagi. Malu dan maruah tidak ada di muka UMNO lagi.

Buktikan Mr.President, jangan hangat-hangat taik ayam je.

Apa Rakyat Mahu?????



Saya sering terfikir, ANDAIKATA UMNO LENYAP terus dari peta politik negara, apakah rakyat akan mengalih pandangan pula kepada PAS dan Pakatan Rakyat(PR)?

Apakah rakyat akan mengkritik apa yang rakyat mencemuh UMNO/BN sekarang?

Apakah rakyat akan mencari sebab musabab dan sedikit kesilapan yang dilakukan oleh PR akan menjadi nahas?

Apakah pengundi muda akan bertukar selera mencari parti alternatif lain?

Apakah memang sifat pengundi muda suka membangkang?

Apakah sifat pengundi muda memang 'anti-establishment' atau memang mereka amat mual dengan rasuah politik, kronisme dan nepotisme?

Apakah memang rakyat mahu Islam ditegakkan dimana didalamnya wujud keadilan, kebajikan, bebas rasuah, semua kaum menikmati apa yang negara miliki?

Apakah instrumen-instrumen kerajaan akan melindungi UMNO yang telah diandaikan 'pupus' itu atau melindungi pula PR? Atau memang sifat instrumen-instrumen kerajaan akan melindungi mana-mana kerajaan yang memerintah (government of the day)? Atau adakah insrumen-instrumen kerajaan ini memang sudah sebati dengan UMNO? Atau memang mereka sendiri beranggapan bahawa UMNO itu Malaysia dan Malaysia itu UMNO, harta kerajaan hart UMNO dan harta UMNO memang harta UMNO, seirama, senada, serasi dan sinonim?

Jika PAS dapat mencari jawapannya, InsyaAllah PAS dan PR akan kekal sehinggalah syaksyiah serta tingkah-laku, perangai dan gerak kerja orang-orang PAS / PR kembali menyamai apa yang UMNO mengamalkannya sekarang.

Dilema seorang Presiden

Hanya seorang Ketua Menteri (Musa Aman) dan 2 bekas Menteri Besar yang berada di dalam Malis Tertinggi.

4 Menteri Besar (Perlis,N.Sembilan,Johor,Pahang) dan 1 Ketua Menteri(kalah Timb.Presiden) 'tumbang'.

2 Menteri (Azalina,Shahrir) dan 3 Timbalan Menteri (Noraini Ahmad,Mohd Johari Baharum dan Hasan Malek) 'tumbang'.

3 menteri (Mohamed Khaled Nordin,Rais Yatim dan Syed Hamid Albar) kalah di dalam persaingan Naib Presiden.

Apa makna semuanya ini? Isyarat sudah jelas bagi DS Najib.

Inilah masa yang sesuai bagi DS Najib untuk membuat 'major-overhaul' di dalam jentera kerajaan.

Jikalau DS Najib masih memikirkan 'kroni' atau takut hilang pengaruh dengan mengutip semula mereka yang 'tumbang' untuk menganggotai semula kabinet, maka ini merupakan satu pengkhianatan kepada perwakilan UMNO khasnya dan ahli UMNO amnya. Ia seolah-olah tidak menghormati ahli UMNO.

Ia nampak semacam satu tindakan drastik. DS Najib mempunyai tiada pilihan lagi.

Itulah dilema seorang presiden.

Thursday, March 26, 2009

Di antara yang gugur



Tatapilah puas-puas potret mereka

Mereka adalah sebahagian yang hanyut dibawa arus perubahan konon

Dijangka lenyap terus dari peta politik UMNO dan negara

Sayang sekali, mereka tidak sempat berbakti kepada Agama. Untuk bangsa pun belum

Rakyat banyak berkorban untuk menaikkan mereka

Tapi susu dibalas tuba

Tahanan ISA masih merana dan teraba-raba

Bahasa ibunda 'gugur', kubur tiada

Anak cucu bertanya, 'masa terbuang lama, apakah gagasan mereka?????

TPM baru..TS Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR 26 Mac - Keputusan tidak rasmi, Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,575 undi) menewaskan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib (916 undi) untuk jawatan Timbalan Presiden.

Manakala Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (1,592 undi), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (1,515 undi), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (1,445 undi). - Utusan

Berakhirnya sebuah impian....


Berakhir sudah harapan, angan-angan serta cita-cita besar seorang bekas Menteri Besar.

Dia mengambil jalan nekad, jalan kamikaze. Dia ingin ambil jalan pintas kerana dia merasakan masa begitu suntuk baginya.

Jika memenangi jawatan Ketua Pemuda, dia menjangkakan pucuk pimpinan akan memberi ruang dan luang untuk beliau mendaki semula persada pemerintahan di salah sebuah negeri terkaya di Malaysia iaitu Selangor Darul Ehsan.

Dia boleh mengambil jalan selamat dengan bertanding ahli Majlis Tertinggi. Tiada risiko tinggi. Besar kemungkinan beliau akan menang dengan selesa. Tetapi beliau sanggup turun sebagai anak jantan, turun ke arena di dalam keadaan ahli UMNO mabuk dengan 'durian runtuh'.

Beliau mengambil pendekatan yang brutal dengan menyerang orang yang bukan sa arena dengannya. Dia membuat satu kesilapan besar dengan menyerang MB Selangor dengan harapan kalau dia menang dengan perancangan jahatnya dia dengan senang-senang akan duduk di carta no.1.

Dia menjangkakan MB Selangor akan rebah kerana tersentak dengan serangannya.

Tapi sayang seribu kali sayang dia kecundang ditangan orang yang 'junior' daripadanya.

Sekarang dia terpaksa bertahan dengan jawatan Ketua Pembangkang dan selepas PRU13 nanti, namanya yang glamour yang selalu dikait-kaitkan dengan botox itu akan lenyap daripada peta politik tanah air.

Apa diharap pada Najib.....

DS Najib telah dengan resminya diumumkan sebagai Presiden UMNO oleh Pengerusi Tetap UMNO pada jam 12.40 tengahari Khamis, 26 Mac 2009.

Proses menjadi Perdana Menteri hanya tunggu proses mengangkat sumpah setelah diperkenankan oleh DYMM YDP Agong.

DS Najib amat tahu gejala yang membarah dan menanah di dalam UMNO berlaku semenjak dari zaman Tun Mahathir lagi.

DS Najib amat arif untuk menjadi Ketua Cawangan, Ketua Bahagian, Ahli Majlis Tertinggi, Naib Presiden, Timbalan Presiden serta sayap-sayap yang lain hatta Pengerusi Tetap peringkat cawangan mahupun bahagian, penyakit politik wang ini sudah menular lama dalam UMNO.

DS Najib amat maklum jawatan-jawatan utama tersebut begitu di'gemari' serta di'idam - idamkan' kerana ia menjadi tiket untuk mendapat potongan 'kek' yang amat enak ramuannya.

DS Najib amat 'mengamati' siapakah penyokong beliau samada tulen atau palsu di kalangan ahli UMNO sebelum dan selepas pengunduran DS Abdullah Badawi.

DS Najib amat sedar siapa yang ikhlas dengan beliau di kalangan rakan-rakan di dalam parti komponen.

DS Najib amat bersedia dengan kekuatan dan kelemahan parti pembangkang terutama PAS khasnya sereta diikuti PKR dan DAP.

Dengan segala info tersebut DS Najib akan merumuskan satu resipi yang diadun dengan sebegitu rupa untuk melonjakkan dirinya di atas daripada yang lain.

Besar kemungkinan beliau akan mengadunkan satu resipi yang 'pedas-pedas' dan 'panas-panas' untuk menangani musuh-musuhnya. Tetapi sayang musuhnya bukan daripada PAS mahupun PKR dan DAP. Musuh beliau yang sebenar ialah orang-orang UMNO sendiri.

Ini kerana PAS tidak pernah bermusuh dengan individu. PAS hanya bermusuh dengan wadah individu tersebut yakni UMNO.

DS Najib perlu peka bahawa musuh beliau ialah ahli UMNO sendiri. Kerana perangai lama UMNOlah yang membuat UMNO hilang kepercayaan orang melayu. Daripada era 'Pemuda tahan lasak', era Pemuda samseng (sekarang), era menagih 'projek', era 'bailout' kroni, era mem'faraid'kan projek dan penyakit barah politik wang telah menular sekian lama dan sudah sebati serta menjadi darah daging orang-orang UMNO.

DS Najib perlu insaf pencabulan ke atas instrumen kerajaan yang berlebihan serta mengikat 'tangan' dan 'kaki' pembangkang terutama PAS untuk berlawan dengan PAS, PKR dan DAP amat memualkan rakyat.

Pengasingan kuasa di antara Eksikutif, Legislatif dan Judisiari ada keperluan untuk di perjelaskan serta di'restore'kan.

Jika DS Najib dapat keluar daripada kepompong tersebut, barulah beliau akan dapat berhadapan dengan PAS serta pakatan rakyat sebagai seorang anak jantan.

Menang... Apa makna ini semua Khairy?????


Khairy menang dengan majoriti 50 undi. Beliau mengaut undi sebanyak 304 undi diikuti Khir Toyo sebanyak 254 undi dan Mukhriz sebanyak 232 undi.

Keadaan menjadi tegang selepas keputusan diumumkan apabila penyokong Khir dan Mukhriz berteriak di luar dewan dengan kata-kata "rasuah" dan "mati". Keadaan menjadi lebih gempar apabila penyokong masing-masing hampir bertembung dan bergaduh sehingga polis masuk campur.

Apa makna ini semua?????

Walaupun sebelum ini ketiga-tiga calon tersebut tersebut berkata, walau apapun keputusan, Pemuda harus kembali bersatu. Itu teori. Kalau jenis UMNO, segala teori dan hukum hakam tak boleh pakai.

Ini belum lagi perlantikan Ketua Pemuda peringkat negeri.

Selepas PRK Bukit Gantang nanti satu 'tsunami' akan melanda UMNO sekali lagi.

Petanda baik untuk menyukat suhu iklim politik di Malaysia

Apa diharap pada Wanita dan Pemuda?????


Dengan resminya DS Shahrizat dan Khairy telah terpilih menjawat Ketua Wanita UMNO dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Kemenangan mereka berdua mungkin memberi impak yang besar kepada UMNO.

Besar kemungkinan DS Shahrizat akan dilantik Senator dan dilantik menteri.

Beliau selalu sebut bab wanita berkaitan dengan syariah. Apa yang beliau maksudkan dengan syariah itu kurang pasti. Selagi UMNO tidak komited dengan hukum syariah secara keseluruhannya, Wanita UMNO jangan bercakap pasal hukum syariah berkaitan dengan wanita.

Enakmen Keluarga Islam akan menjadi indah apabila keseluruhan sistem berpaksikan Syariat Islam. Wanita UMNO sendiri perlu berubah dengan memahami apa kehendak Islam. Wanita UMNO perlu memahami apa itu hak wanita mengikut syarak.

Jikalau gagal memahami apa itu keperluan menutup aurat di dalam Islam, mana mungkin Wanita boleh pergi jauh untuk memahami hak-hak wanita di dalam bab-bab yang lain di dalam Islam seperti pembahagian harta, hak penjagaan anak, harta sepencarian dan sebagainya.

Kemenangan Khairy amat mencabar kewibawaan DS Najib. Semalam DS Najib menekankan beliau perlu kepada pemimpin yang berintegriti. Apakah Khairy yang terlepas daripada Lembaga Disiplin UMNO disebabkan 'teknikal', layak untuk menganggotai kaninet DS Najib?

Sesaorang yang berintegriti perlu bersih dan nampak bersih.

Khairy perlu menukar imej samseng Pemuda secara drastik. Jika ini dapat dilaksanakannya, Pemuda UMNO akan dihormati oleh kawan dan lawan politiknya.

Badut bersilap mata



Juara silap mata sudah bermain silap mata. Ini betul-betul punya silap mata. Bukan main-main. Ini bukan main silap mata di 'fun-fair'.

Bukan juga disarkas. Kalau di sarkas hanya dua tiga orang badut saja terlibat, lepas itu penonton ketawa. Tapi silap mata ini pelik sikit kerana yang jadi penonton adalah ribuan badut-badut 'upahan'. Kalau tidak di'upah' badut-badut tersebut tak akan muncul.

Badut bercakap dan yang mendengar dan gelak ketawa adalah badut-badut jugak.

Yang peliknya badut pun boeh baca Harakah dan Suara Keadilan.

Badut-badut mana faham apa itu fitnah?

Badut-badut mana faham apa itu rasuah?

Badut-badut mana faham apa itu derhaka?

Badut-badut-badut itu tidak akan faham kerana kehidupan badut-badut hanyalah mendapat upah. Badut-badut hanya tahu berapa fulus 'masyuk'?

Kesian kehidupan badut-badut ini. Bilakah badut-badut ini kembali ke alam nyata?????

Wednesday, March 25, 2009

UMNO macam 'musang berjanggut'?????


Bercakap berapi-api pun tiada gunanya.

Buktikan dengan tindakan. Niat DS Najib memang murni. Beliau mahukan barisan kepimpinan yang setia, berintegriti, berkebolehan dan berdedikasi untuk bersama-sama beliau meneruskan perjuangan UMNO sebagai pembela nasib rakyat. Utusan .

Masalahnya DS, masih ada ke lagi spesis yang beritegriti di dalam UMNO sekarang?

Bukankah yang terlepas dari saringan Lembaga Disiplin memang yang jenis tidak berintegriti, cuma tahap jumlah suapan saja yang membuat sesaorang itu terlepas.

Bagaiamana yang terlepas daripada saringan tetapi terlibat dengan politik wang?

Bagaimana perwakilan yang terlepas daripada saringan menjadi pengundi. Pengundi yang tidak berintegriti, natijahnya akan melahirkan atau mengundi pemimpin yang tidak berintegriti.

Nampaknya DS kena buat saringan terakhir untuk mengisi brisan kabinetnya. Dianggarkan DS Najib akan mengambil masa yang lama kerana amat sukar memilih beras yang bersih yang telah bercampur baur dengan asam keping, cili kering dan segala rempah ratus seperti P.Ramlee di dalam 'Musang Berjanggut'

Friday, March 20, 2009

Nasib TS Muhyiddin kot?

Calon Timbalan Presiden TS Muhyiddin Yassin berkata bahawa UMNO yang akan mengadakan perhimpunan agung minggu depan, sudah bersedia untuk membuat perubahan dan pembaharuan yang dikehendaki. Lapor BERNAMA .

Beliau tidak menggariskan apakah perubahan dan pembaharuan yang akan ditonjolkan kepada ahli dan rakyat. Sebagai bakal Timbalan Perdana Menteri jika menang jawatan Timbalan Presiden, beliau seharus menonjolkan wawasannya agar bakal perwakilan dapat membuat pendirian ketika mengundi kelak.

Selama perhimpunan itu yang sudah pasti akan disiarkan terus menerus keseluruh negara, pasti akan menarik perhatian rakyat dan parti pembangkang.

Rakyat amnya ternanti-nanti mendengar satu wawasan, satu gagasan, satu visi dan misi daripada calon Presiden yang akan menjadi Perdana Menteri khasnya dan calon-calon Timbala Presiden yang bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri amnya.

Saya berpendapat, seperti di perhimpunan yang lalu, parti pembangkang seperti PAS, PKR dan DAP akan menjadi sasaran hentaman. Mereka akan menyerang habis-habisan kerana ketika itu rakyat sedang memberi tumpuan. Mereka juga sambil menyelam sambil minum air berkempen untuk ketiga-tiga pilihanraya kecil.

Walau apapun rakyat terutama rakyat Perak akan mentertawakan mereka. Barang-barang basi yang masih digunakan oleh UMNO seperti ketuanan melayu, penderhakaan kepada raja akan dihamburkan. Mereka ini memang suka kepada benda-benda yang busuk sesuai dengan sifatnya yang busuk.

UMNO tunggu kucing bertanduk


Saranan bakal Perdana Menteri sangat baik. Sangat elok. Sungguh comel. Amat bagus.
Beliau mahu ahli Umno buat pendirian tegas sama ada mahu pulihkan nama baik parti atau terus biarkan kegiatan politik wang setiap kali berlaku perebutan jawatan berterusan.

Beliau juga menegaskan, jika ahli benar-benar ikhlas mahu melihat parti dibersihkan, mereka perlu memberi kepercayaan kepada Lembaga Disiplin dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Lapor Berita Harian .
Pertamanya orang yang berkata itu mestilah menunjukkan keikhlasan yang paling tinggi serta kesungguhan yang jitu agar rakyat melihat UMNO MEMANG BERSIH dan NAMPAK BERSIH.

Keikhlasan serta iltizam yang tinggi memerlukan bukti yang nyata. Kalau tidak, ungkapan sesaorang hanya akan menjadi retorik semata-mata. Ia hanya ungkapan untuk menyedapkan hati sendiri. Ia hanya syair penglipur lara. Ia hanya ber'wayang-kulit' untuk menyakinkan ahli UMNO sahaja.

Jikalau sesuatu tindakan yang tak konsisten, ahli akan nampak ia adalah suatu tindakan 'double-standard'. Rakyat akan nampak ia adalah suatu tindakan menjaga kroni. Kerana kroni akan sentiasa memberi sokongan kepada tuannya untuk mengekalkan kedudukan.

Orang-orang yang terlibat dengan politik wang samada serius atau sebaliknya seperti DS Ali, Norza, Azalina, Khairy, Khir Toyo dll selain ditegah bertanding, mereka juga perlu turun dari 'takhta' masing-masing. Jikalau dia Menteri atau pun Ketua Menteri atau pun orang kuat parti, mereka perlu turun dengan arahan parti.

Adakah perkara ini berkemungkinan berlaku? Tunggulah kucing bertanduk baru tahu jawapannya.

Ali Rustam di hujung tanduk


Ada orang mengatakan kes DS Ali adalah kes 'kambing hitam'. Ada yang mengatakan ada konspirasi. Ada pakatan untuk menjatuhkannya, kata penyokong DS Ali.

Tetapi DS Ali sendiri menyatakan tiada konspirasi. Lihat Utusan .Beliau adalah contoh seorang ahli UMNO yang totok. Jiwa dan raga hanya bersama UMNO, katanya. Beliau menerima keadaan yang getir ini dengan redha. Mana mungkin kita tahu ada orang tidak sukakan kita? Mana mungkin kita tahu ada orang ingin menjatuhkan kita?

Kata-kata itu terkeluar dari mulut orang yang keciwa biasanya. Beliau mengambil sikap yang tidak defensif dengan beberapa tujuan tertentu.

Beliau cuba menarik simpati daripada ahli UMNO, Lembaga Disiplin dan Majlis Tertinggi UMNO dengan harapan agar rayuannya diterima.

Tetapi harapannya yang sebenar ialah jawatan Ketua Menteri yang disandang sekarang dikekalkan.

Kalau mengambil kira 'precedent case' TS Isa Samad, jawatan Ketua Menterinya sepatutnya bertukar tangan. Sekarang beliau tidak lagi memegang jawatan tertinggi di dalam UMNO. Beliau tidak mempertahankan jawatan Naib Presiden kerana cita-citanya yang tinggi menggunung apakan daya tangan tak sampai.

Karier politiknya sekarang berada dihujung tanduk. Bercakap pasal tanduk, kalau di Melaka, kan banyak lembu-lembu untuk menarik 'kereta-kereta lembu'. Masa depannya seolah-olah bergantung pada Perdana Menteri dan sekelian Ahli Majlis Tertinggi.

Di dalam UMNO, lazimnya jikalau ketua berkata hitam, sekelian ahlinya akan sokong dan akan berkata hitam legam. Kalau ketua berkata putih, sekelian ahlinya akan sokong dan berkata putih melepak.

Walau apapun, nampaknya Ketua Menteri Melaka mungkin bertukar tangan.

Adakah di PRU13 nanti, PAS Melaka akan me'lahir'kan anaknya yang pertama?????

Nakhaie gigih 'mencuci' dari dalam.....

Orang UMNO mungkin tidak berapa mengenali Datuk Nakhaie. Orang PAS bukan setakat mengenali Nakhaie tetapi tidak boleh melupainya.

Dialah yang mempelopori kafir-mengkafir dan selepas itu dia keluar PAS dan masuk UMNO. Setiap kali pilihanraya PAS terpaksa berhempas pulas menangkis serangan UMNO.

Masa berlalu dengan pantas, kemasukannya ke dalam UMNO dengan niatnya yang suci murni untuk berdakwah dan mencuci UMNO dari dalam nampaknya tidak berjaya.

DSAI pernah duduk di dalam UMNO untuk mencucinya dari dalam dan sudah hampir berjaya tetapi terpelanting keluar dengan zalimnya.

Hari ini Nakhaie meminta orang Melayu beriltizam memperkukuhkan perjuangan dan memperbaiki kepimpinan bangsa dengan membersihkannya daripada semua bentuk amalan tidak bermoral terutama rasuah. myMetro .

Nakhaie perlulah beratib dan berzikir setiap hari seperti, "Jangan rasuah, Jangan Rasuah, Jangan Rasuah" sebanyak 3000 kali sebelah pagi dan 3000 kali sebelah petang, kot-kot UMNO boleh berubah.

Kalau UMNO boleh berubah, orang PAS boleh memaafkan Datuk.

Thursday, March 19, 2009

Perangkap samar UMNO di mana-mana


Dari sudut organisasi, PAS memang berbeza dengan parti-parti politik yang lain. Kita ada Dewan Ulamak di mana parti politik lain tak ada. Kita ada Murshidul Am di mana parti politik lain tak ada.

Saya tidak berniat untuk menunjuk pandai atau memandai-mandai.

Jikalau pemegang-pemegang jawatan tertinggi samada Mursyidul Am, Presiden, Timbalan Presiden, Ketua Dewan Ulamak, Setiusaha Agung, Ketua Pemuda mahupun Ketua Muslimat maklum dengan bidang kuasa masing-masing, amat sukar pihak 'musuh' yakni UMNO / BN menyerang.

UMNO / BN sentiasa memasang perangkap dengan tujuan satu, memecah belahkan PAS. Ilmu pecah dan perintah yang diwarisi oleh 'ayah angkatnya' amat di'jaga', di'ratib', di'zikir' dan di amalkan.

UMNO melalui 'khadam'nya akan menemu ramah beberapa pemimpin tertinggi dengan harapan akan mengeluarkan jawapan yang berbeza. Jawapan ini akan digunakan sebagai senjata di PRK Bukit Gantang atau di PRU13 nanti.

Lebih kurang 19 hari saja lagi PRK Bukit Gantang, Selambau dan Batang Ai akan diadakan, bukan masanya kita nak bercakaran tentang Kerajaan Perpaduan atau Hudud (selalunya pemimpin DAP cepat melatah).

Apabila TGHA mencampakkan idea Kerajaan Perpaduan, pada mulanya UMNO pun terkejut. Itu kita fahamlah, memang UMNO hanya memikirkan apa yang dia boleh meraih untung. Tetapi yang sedihnya, pemimpin tertinggi PAS turut mengkritik, apa lagi 'khadam'nya pun mengulang siar berita itu lebih kurang satu minggu dan masih menyiarkannya lagi.

Nak kata tak matang berpolitik, mereka ini adalah otai-otai PAS. Daripada PRK Kuala Terengganu lagi saya perhatikan pantang 'khadam' UMNO mengeletek sikit maka terus melompat, melenting sesama PAS , DAP dan PKR.

Masing-masing nak menunjuk ilmu politik dan mantik masing-masing. Pilihanraya adalah diibaratkan peperangan. Setiap peperangan penuh dengan tipu helah yang diharuskan.

Dengan penuh rasa rendah diri dan penuh hormat kepada pimpinan PAS, terutama yang bertaraf ulamak dan Tok Guru, awas perangkap samar UMNO berada dimana-mana.

'Major overhaul' untuk UMNO?????


UMNO memang sudah parah. Tanyalah mana-mana penganalisa politik, secara jujur secara senyap-senyap, semua kata UMNO memang parah. Tetapi kalau ditanya di TV, mereka akan berhipokrit menjawab, UMNO tiada apa-apa masalah, ia akan bangkit semula, 'lean period' ini tidak lama. Itu jawapan hipokrit, munafik daripada mereka.

Jika kita andaikan UMNO tak ada peraturan, tak ada etika pertandingan, calon-calon bebas untuk ber'politik wang' untuk bertanding merebut jawatan daripada serendah-rendah ketua cawangan, sehingga Presiden parti. Apa akan jadi agaknya? Suasana akan menjadi meriah atau tegang?

Sudah pasti siapa ada banyak wang, fulus lebih, dialah yang menang. Tidak ada pengaruh tidak menjadi hal, asalkan ada banyak wang. Keterampilan calon tidak diambilkira lagi. Pengetahuan Agama jauh sekali. 'Credibility' serta 'integrity' tidak ada siapa peduli. Ada wang semua jadi. Ada wang semua boleh dibeli. Ada wang boleh pilih-pilih jawatan mana dia kehendaki.

Apa akan jadi kepada Agama, bangsa dan negara agaknya?

Jawatan Naib Presiden, Timbalan Presiden dan Presiden amat penting untuk mengembalikan bukan setakat imej, bahkan batang tubuh UMNO itu sendiri. Imej boleh di'make-up', boleh disolek-solek, dihias-hias, tetapi batang tubuh tidak boleh di'repair' atau dibentuk-bentuk kerana ia perlu di're-structure' secara total. Ia bukan 'top-overhaul', ia memerlukan 'major overhaul'.

Kalau mengkut perancangan asal DS Najib akan mengambil-alih jawatan Presiden daripada DS Abdullah dan terus menjadi Perdana Menteri.

Maka DS Najib memerlukan masa yang amat panjang serta satu pasukan yang memang komited kepada Agama dan komited kepada 'restructuring' UMNO, kalau tidak rakyat akan bersama-sama mentalkinkan UMNO di PRU13 dan generasi akan datang akan berjumpa UMNO hanya di Arkib Negara dan muzium.

Bermulanya politik wang dalam UMNO


Sistem pengadilan di Malaysia memang wujud ruang untuk merayu apabila sesuatu hukuman dijatuhkan.

Sistem Mahkamah pun wujud mahkamah rayuan. Selalunya orang kena tuduh, apabila disabitkan bersalah maka ia akan merayu untuk diringankan hukuman.

Di dalam sukan bolasepak pun begitu, sesaorang pemain yang kena 'red-card' akan merayu tempoh pengantungannya.

Di dalam parti politik pun wujud ruang rayuan apabila sesaorang ahli bersalah di dalam etika parti atau rasuah (politik wang).

DS Ali Rustam tidak terkecuali membuat rayuan. Tak tahu apa isi kandungan rayuannya. Mungkin beliau merayu diberi keizinan untuk bertanding.

Jikalau rayuannya diterima bermakna beliau boleh bertanding. Bila boleh bertanding, apa bezanya bersalah dengan tidak bersalah.

Dan calon-calon lain yang senasib dengannya pun akan membuat rayuan dan andaikata rayuan diterima, maka mereka akan didapati tidak bersalah.

Pada akhirnya semua yang bersalah akan terlepas dari hukuman. Semua tidak bersalah. Siapa yang bersalah?

Yang bersalah adalah UMNO. Tetapi UMNO hanya satu pertubuhan politik. Ia tidak bernyawa. Masakan yang tidak mempunyai roh dapat bergerak. Habis tu siapa yang bersalah? Tentulah mereka yang bernyawa yang bersalah. Siapa dia?

Kalau begitu mestilah orang yang mengendalikan UMNO. Orang yang mengendalikan UMNO adalah ahlinya. Yang bersalah adalah ahlinya yang melantik Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Merekalah yang bersetuju sistem kuota dalam pertandingan merebut jawatan yang diperkenalkan oleh Mahathir dilaksanakan. Tetapi kenapa ahlinya tidak memohon pinda semula perlembagaan kembali kepada asal?

Jadi kesimpulannya UMNO itu sendiri mesti kena tolak, kerana ahlinya takut bersuara. Apabila ahli takut bersuara, maka pimpinan pun menjadi sangat berkuasa.

Maka ini mendorong ahli bawahan pun ingin berkuasa walaupun tak layak. Mereka menjangkakan apabila berkuasa, ahli bawahannya pula akan takut kepada mereka.

Begitulah putaran roda kekuasaan di dalam UMNO.

Maka disinilah bermulanya rasuah (politik wang) di dalam UMNO.

Masing-masing ingin berkuasa kerana dengan kuasa mereka akan berkuasa. Apabila berkuasa, macam-macam boleh berlaku....anda fikirlah sendiri.

Apa diharap dari UMNO?????


Semenjak daripada beberapa bulan menjelang perhimpunan agung UMNO minggu depan, sekian duit dah habis. Masa terbuang. Tenaga terbuang. Begitulah kehidupan seorang pemain politik dari UMNO, pada akhirnya diistiharkan tidak boleh bertanding.

Tidak boleh bertanding bukan kerana salah isi borang. Mereka semua dah cerdik pandai. Takkan nak jadi Menteri, Timbalan Menteri dan Timbalan Perdana Menteri masih tak tahu isi borang.

Mereka tidak boleh tanding kerana didapati salah laku melanggar etika bertanding.

DS Ali satu-satunya calon untuk jawatan tertinggi didapati bersalah. Jikalau beliau terlepas pun atau rayuannya diterima, dari segi moralnya beliau tidak layak berada di'puncak'.

Begitu juga dengan Khairy, walaupun terlepas, segi moralnya, beliau patut berundur. Beliau terlepas walaupun kesnya sama dengan kes DS Ali, cuma beliau didapati ringan sedikit dari segi skala 'kesalahan'. mStar .

Pemenang Ketua Pemuda biasanya menjanjikan jawatan Menteri.

DS Ali patut bersyukur kerana disebalik 'duka nestapa'nya mesti ada hikmah. Tuhan masih sayangkannya, kerana jika beliau menang melalui 'jalan' yang salah, akan mendorongnya melakukan banyak lagi 'benda-benda' yang serupa di masa berada di 'puncak' nanti.

Jika beliau bertaubat dan insaf, mungkin 3 tahun dari sekarang beliau akan berada di'puncak' dengan jalan yang betul lagi lurus, tiada berliku lagi.

Bagi mereka yang 'terlepas' dari hukuman Lembaga Disiplin, hanya mereka yang tahu samada mereka memilih jalan yang 'berliku' untuk berada di'puncak'.

Jangan ingat anda terlepas di dunia, anda juga terlepas di akhirat.

Jika inilah jalan yang anda pilih, bolehkah anda mendabik dada, 'akulah pejuang bangsa yang amat percaya kepada Tuhan, mencurahkan penuh taat setia kepada Raja dan Negara menjunjung tinggi keluhuran perlembagaan, mendaulat undang-undang dan menjaga kesopanan dan kesusilaan'?

Anda jangan jadi hipokrit. Anda sudah membohongi diri sendiri. Anda membohongi Allah. Anda membohongi Raja. Anda membohongi bangsa anda sendiri dan negara anda sendiri. Anda membohongi naluri anda untuk menjaga kesopanan dan kesusilaan.

Orang-orang semacam ini tidak layak untuk berhadapan dengan PRU13 nanti. Ingat semua wahai orang melayu yang UMNO megah-megahkan, tolak mereka ini dalam PRU13 nanti.

Apa diharap dari UMNO?????

Wednesday, March 18, 2009

Tiada yang pelik di dalam UMNO

Dicetak semula dari TheSun .

Umno Disciplinary Board Results

Name: Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam
Post: Umno VP, Bukit Katil division chief
Offence: 10.1
Punishment: Barred from contesting for deputy president’s post only.

Name: Datuk Japlin Akim
Post: Kota Belud state Pemuda chief
Offence: 5.1.1, 5.1.2 and 5.5.2
Punishment: Three year suspension starting March 2009

Name: Salmah Pin
Post: Bandar Tun Razak division Wanita chief.
Offence: 5.5.1 and 8.1.1
Punishment: Three year suspension starting March 2009

Name: Saadun Basirun
Post: Bukit Katil division committee member
Offence: 5.1.2, 5.5.1, 5.5.2 and 5.6.1
Punishment: Three year suspension starting March 2009

Name: Rosli Hasan
Post: Bukit Katil division committee member
Offence: 5.1.2 and 5.5.2
Punishment: Three year suspension starting March 2009

Name: Zalina Ismail
Post: Bukit Katil division Puteri vice head
Offence: 5.1.2 and 5.5.2
Punishment: Three year suspension starting March 2009

Name: Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi
Post: Maran division Pemuda chief
Offence: 5.1.1, 5.5.2 and 5.6.1
Punishment: Three year suspension starting March 2009

Name: Datuk Mokhtar Samad
Post: Bandar Tun Razak division chief
Offence: 5.1.2, 5.3 and 5.5.2
Punishment: One year suspension starting March 2009

Name: Datuk Abdul Manan Ismail
Post: Paya Besar Umno member
Offence: 5.5, 5.6 and 7.1
Punishment: One year suspension starting March 2009

Name: Amran Mat
Post: Kuala Krai division deputy chief
Offence: 5.1.2
Punishment: One year suspension starting March 2009

Name: Mohd Zuki Mohd Zain
Post: Gua Musang branch chief
Offence: 5.1.2
Punishment: One year suspension starting March 2009

Name: Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah
Post: Paya Besar branch deputy chief
Offence: 5.5, 5.6 and 7.1
Punishment: Warning

Name: Mohd Zaili Besar
Post: Paya Besar division committee member
Offence: 5.5, 5.6 and 7.1
Punishment: Warning

Name: Mohd Shohaimi Jusoh
Post: Paya Besar division vice head
Offence: 5.5, 5.6 and 7.1
Punishment: Warning

Name: Datuk Khairy Jamaluddin
Post: Deputy Umno youth head and Rembau youth head
Offence: 10.1
Punishment: Warning

===========================================================

Offences under the Umno members disciplinary code of conduct

5.1.1, 5.1.2, 5.1.3 – Offences pertaining Corruption and money politics
5.3-- Offences relating to the misuse of the media including the internet
5.5 – Offence pertaining the use of agents, lobbyists and campaign managers
5.6 – Offence pertaing the organization of functions and gatherings
7.1 – Offences pertaining newspaper and public statements
8.1 – Offence pertaining conduct during party administrative duties
10.1 -- Presumption of guilt owing to the actions of a third party

Yang peliknya kesalahan DS Ali Rustam dengan Datuk Khairy Jamaluddin adalah sama iaitu di bawah 10.1.

Tetapi nasib adalah berbeza. DS Ali dilarang bertanding tetapi Datuk Khairi hanya diberi amaran.

Tiada yang pelik di dalam UMNO.

Penyokong DS Ali 'undi' TS Muhammad Muhd Taib

Baru balik dari Melaka. Bila singgah minum-minum dan makan-makan kat Alor Gajah, rata-rata orang Melaka sungguh keciwa dengan kes DS Ali.

Mereka menyumpah, 'kenapa yang lain tak dilarang sama bertanding?'

Ada desas-desus mengatakan DS akan diberi tekanan turun dari jawatan Ketua Menteri.

Orang yang disebut-sebut mengganti DS Ali ialah orang kuat DS Ali sendiri serta Exco(Housing, Rural Township Development and Revival of Abandoned Project), iaitu Datuk Ghafar Atan.

Ada juga dikhabarkan, walaupun DS Ali tak boleh bertanding, penyokongnya akan memberi undi kepada TS Muhammad Muhd Taib, sebagai undi protes.

Salah tapi Tak Bersalah.....cara UMNO





Orang UMNO bercakap pasal kepercayaan kepada Tuhan.

Oleh kerana majoriti orang UMNO adalah Islam (ramai UMNO Sabah terdiri bumiputra bukan beragama Islam), kenapa UMNO tidak serius memertabatkan agama Islam?


Orang UMNO bercakap pasal kesetiaan pada raja dan negara.

Kenapa warganegara selain daripada UMNO terutama pembangkang dikatakan tidak setia kepada Raja? Adakah UMNO saja yang setia kepada Raja? Adakah UMNO suci daripada dosa dan noda? Adakah orang UMNO maksum?

Orang UMNO bercakap pasal keluhuran perlembagaan.

Perlembagaan negeri dirandok, dirogol dan dicabul seolah-olah mereka saja yang mahir pasal perlembagaan. Seolah-olah UMNO saja yang yang faham dan ariff di dalam mentafsir perlembagaan. 'Political-turmoil' di Perak menjejaskan keyakinan rakyat. Rakyat sudah mual, rakyat sudah loya dengan permainan wayang kulit UMNO. Rakyat menunggu 7 April untuk mengajar UMNO ilmu 'perlembagaan'

UMNO bercakap pasal kedaulatan undang-undang.

UMNO sendiri yang mem'bulldoze'kan undang-undang. Kenapa tidak membuat pendakwaan penyerangan 30 Pemuda Umno samseng terhadap seorang OKU di Parlimen. Bukankah menghalang seorang Ahli Parlimen daripada menghadiri sesi Parlimen itu satu kesalahan? Kenapa 6 jahanam samseng Pekida belum dipanggil untuk membantu penyiasatan polis pada hari yang sangat bersejarah persidangan DUN Perak di bawah pokok tempoh hari?

Kenapa tidak diserahkan kepada SPRM mereka yang didapati bersalah bermain politik wang di dalam UMNO? Kenapa ada undang-undang yang berbunyi, "kamu didapati bersalah tetapi tidak bersalah" di dalam UMNO?. Pening dunia mendengarnya, 'bersalah tetapi tidak bersalah', bahasa apa tu. Itulah bahasa UMNO.

Orang UMNO bercakap pasal kesopanan dan kesusilaan.

Bagaimana mungkin orang yang tidak bersopan dengan manusia boleh bersopan dengan Allah atau orang yang amat bersopan dengan Allah tidak boleh bersopan dengan manusia?
UMNO sejak dari dulu, kini dan selama-lamanya mempelopori budaya samseng. Dulu dikenali dengan pemuda tahan lasak. Sekarang mintak tolong dengan Pekida dan NGO lain untuk membuat samseng. Kenyataan yang keluar daripada pemimpinnya bukan untuk mendidik ahlinya dan rakyat tetapi bertujuan untuk tunjuk sombong dan samsengnya ala-ala samseng Kampung Dusun.

Itulah penyakit UMNO.

UMNO sudah pening, mabuk, 'confuse', mem'barah' dan menanah.

UMNO telah terlondeh simpulan kainnya satu persatu.

Mahathir pernah berkata, "sesaorang pemimpin bukan saja mesti bersih tetapi dalam masa yang sama mesti nampak bersih.

Sebelum membasmi rasuah ke seluruh negara, basmilah dulu rumahtangga UMNO.