
Saya amat bersetuju dengan Prof.Hamirdin bahawa UMNO tersangat-sangat terhimpit dan tersepit sekarang. UMNO tersangat-sangat tertekan serta 'stress' .
Dua orang 'playmaker' yang handal mengalahkan pemain handalan Malaysia suatu ketika dahulu iaitu Wong Choon Wah dan Soh Chin Aun amat-amat memeningkan kepala UMNO sekarang.
DS Nizar yang namanya meniti di bibir rakyat Perak dan Sivakumar adalah dua tokoh penting sekarang. Mereka cuba membawa sinar harapan kepada rakyat Perak.
Merekalah 'playmaker' yang cuba menghidupkan kembali demokrasi di Perak manakala rakyat Perak akan menjadi penonton serta hakim yang akan menghukum UMNO apabila tiba pilihanraya nanti.
Sebarang halangan dari pihak tertentu terutamanya UMNO akan meranapkan demokrasi di Perak khasnya dan Malaysia amnya.
Realitinya, UMNO telah melakukan beberapa 'blunder' di negeri Perak.
i. Tajol Rosli mengumumkan akan merampas kerajaan negeri Perak menjelang 31 Ogos 2008.
Ini menunjukkan UMNO sudah menjalani satu usaha jahat untuk menidakkan kerajaan Pakatan Rakyat yang sah.
ii. UMNO bertanggunjawab 'menyorok' 3 'katak jadian' melompat keluar dari Pakatan Rakyat ke BN
Amat malang, UMNO masih mengamalkan sifat keji, dendam kesumat daripada mengistiharkan DUN Kelantan bubar dengan Mageran dalam tahun akhir 70an, membeli Adun Terengganu serta terus merampas kerajaan PAS dalam tahun 60an dan paling akhir mengeluarkan 3 'ekor' katak 'jadian' daripada Pakatan Rakyat ke BN sehingga perlantikan Menteri Besar baru.
iii. 'Mengarah'kan SUK menghalau DS Nizar daripada memasuki pejabatnya.
Rakyat makin meluat dan meloya perbuatan biadap yang jahil dengan perundangan negeri.
iv. Polis memanggil Sivakumar untuk disoal siasat
Rakyat keliru dengan pertindihan kuasa di antara Eksekutif, Legilatif dan Kehakiman.
v. Penasihat Undang-Undang negeri Perak cuba menghalang Sivakumar memanggil DUN Perak bersidang.
Satu pencabulan kuasa telah berlaku di Perak seperti sudah dinyatakan di atas iaitu bidang kuasa di antara Eksekutif, Legilatif dan Kehakiman.
vi. Mengatakan Pakatan Rakyat penderhaka
Setakat ini 2 mufti telah mengeluarkan pendapatnya.
vii. Meluluskan dan mengistiharkan kenaikan kadar TOL (entah siapa yang meluluskan)
Yang peliknya, pada mulanya telah lulus, lepas itu DS Abdullah mengarahkan kabinet supaya menangguhkan kenaikan kadar Tol tersebut kemudiannya.
viii. Budaya samseng yang tidak bertamaddun Pemuda UMNO menyerang Karpal Singh yang hanya berkerusi roda.
Mendapat restu oleh Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan calon Timbalan Presiden.
ix. Siasatan politik wang telah sejuk selepas SPRM kata kes tutup kononnya tiada bukti.
Serangan yang rakus SPRM keatas Pakatan Rakyat walhal beratus-ratus aduan rasuah pemimpin UMNO tidak dilengah-lengahkan penyiasatan.
x. Yang sebenarnya tidak memulangkan mandat rakyat kepada rakyat adalah satu blunder yang paling besar di'jenayah'kan oleh UMNO.



















