Followers

Saturday, January 31, 2009

Lompat Parti......Hanya Satu Proses Penyaringan

Apabila Adun Bota keluar UMNO dan masuk PKR, ramai yang mengutuk beliau dan mempersoalkan tentang moral.

Saya mempertahankan tindakannya bukan kerana dia masuk PKR dan terus mengukuhkan Pakatan Rakyat di Negeri Perak, tetapi kerana beliau mempunyai pendirian yang kuat bahawa UMNO telah jauh terpesong dan terbabas dari landasan perjuangannya.

Langkah beliau tidaklah nampak sumbang kerana beliau keluar daripada kepompong pembangkang (UMNO) dan masuk ke dalam parti yang sedang memerintah (Pakatan Rakyat).

Ketika posting ini ditulis, dikhabarkan hampir pasti dua EXCO Kerajaan Pakatan Rakyat, bila-bila masa akan mengisytiharkan keluar PKR.

Jika berita itu betul maka tindakan mereka berdua amatlah pelik. Tindakan keluar daripada Kerajaan yang sedang memerintah dan masuk pembangkang memang pelik.

Saya tidak berhajat atau ingin mengutuknya sebagai perbuatan tidak bermoral. Tetapi jika beliau keluar kerana di'beli' maka saya berani mengatakan perbuatan itu tidak bermoral. Sama kes dengan Adun Bota, kalau beliau dibeli untuk masuk ke dalam PKR, perbuatan itu memang tidak bermoral. Tetapi saya amat yakin beliau tidak dibeli.

Sebagai penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat, kita kena yakin perjuangan ini memang berada dilandasan yang benar. Perjuangan ini memang penuh dengan onak dan duri. Ia tidak dibentangkan dengan karpet merah.

Mereka yang tercicir dari perjuangan memang biasa. Saya beranggapan jika betul mereka berdua telah keluar parti, ini adalah peroses penyaringan. Hanya mereka yang betul-betul cekal sahaja yang akan bersama-sama berjuang. sesiapa yang terlepas daripada penyaringan ini diibarat tebu berterbangan.

Di dalam engineering, ia seperti proses menjalani 'sieve-analysis'. Mana-mana 'aggregates' yang dapat melepasi 'sieve' tadi, ia merupakan 'fine material' yang bila-bila masa akan berterbangan.

Saya berserah kepada kebijaksanaan Menteri Besar Perak untuk bertindak. Jika kekuatan serta kestabilan Kerajaan dapat bertahan, maka teruskan perjuangan untuk membangun negeri Perak.

Tetapi jika ada tanda-tanda ia akan retak sehingga lumpuh maka serahkan kembali kepada rakyat. Rakyat adalah hakim yang paling mahir. Jika terdesak, satu-satu jalan keluar ialah memanggil 'snap-election'.

Diwaktu Adun Bota telah keluar UMNO, saya sudah menjangkakan, UMNO tidak akan berpeluk tubuh dan menyanyikan Que sera sera, what ever will be will....... Mereka akan mencari serta memanjangkan akal untuk bertindak.

Apa-apa pun, ini hanya jangkaan, marilah bersama-sama kita berdoa agar Pakatan Rakyat tetap utuh.

UMNO/BN tetap berdegil.....

Saya tak faham kenapa BN berdegil betullah. Yang menunjuk perasaan petang tadi bukan parti politik.

Mereka adalah pakar di dalam bidang bahasa dan pembelajaran. Mereka tiada berkepentingan. Mereka semua ikhlas.

Nampaknya BN tiada sedikit pun gementar. Mereka begitu yakin rakyat tetap akan menyokong mereka dalam PRU13 nanti. Kerana mereka yakin rakyat senang dipulas telinga.

Sama-sama kita menunggu PRU13 nanti.

Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) patut mendapat SKOR


Saya cukup tertarik dengan cogan kata Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) iaitu "BERJUANG BERAKHLAK"

KAGAT juga berperanan melahirkan warga ATM yang berilmu, beriman, beramal dan bertaqwa ke arah memperkukuhkan kerohanian dan kekuatan tempur (spiritual combat power).

Kita nampak ATM menjadi salah satu ketumbukan ketenteraan yang berdisplin di dunia. Samada ketika mereka bertugas di bawah bendera Bangsa-Bangsa Bersatu atau pun ketika bertugas di Sempadan Thailand atau pun ketika menjalani kerja-kerja 'search and rescue' semasa tanah runtuh atau pun ketika negara dilanda bencana banjir.

Tabik hormat tuan!!!!!Sekalong Tahniah

Alhamdulillah, nama mu menjadi harum, seharum bakti mu. Begitulah jikalau sesuatu pekerjaan tidak mengkesampingkan Islam, InsyaAllah berkat serta bantuan Allah akan datang. Gerak kerja akan mendapat berkat.

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tidak cemburu ke?????

Saya tak cukup kuat.....Tak cuba tongkat Ali ke yeob?????


Akhirnya mengaku dia tidak kuat. Nafsu kuat tetapi tenaga tidak ada. Angan-angan tinggi melangit. Sesiapa yang berpolitik dengan meminggirkan Islam, pantang hilang kuasa, meroyan dia berbulan-bulan, kekadang boleh sampai bertahun. mStar .

Dulu dia ada berkata Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak akan berkubur menjelang 31 Ogos 2008. Alhamdullillah, niat jahat mereka tidak kesampaian. Bahkan 1 Adun dari mereka sudah masuk PKR.

Di khabarkan ada dua atau 3 Adun lagi akan menjejak langkah.

Saya tidak berhajat memberi tabik hormat kepadanya kerana melepaskan Ketua Perhubungan UMNO Negeri kerana amat mustahil di Malaysia seorang yang berkedudukan tinggi dan berpengaruh dan mempunyai kuasa ingin melepaskan dengan senang 'kipas hikmat' tersebut.

Saya begitu yakin Datuk Seri Najib yang mengarahkannya melepas jawatan tersebut kerana beliau amat gerun akan ramai lagi yang akan menjejak langkah Adun Bota. Datuk Seri Najib tidak mahu menanggung aib lagi sesudah Permatang Pauh dan Kuala Terengganu terlepas.

Bagi saya pertukaran Ketua Perhubungan hanyalah sebagai 'corrective action' sahaja. Ibarat di dalam pasukan bolasepak, jikalau seorang striker tidak 'perform' maka diganti dengan striker yang lain. Sepatutnya seorang coach yang bijak dia mesti mengambil 'preventive action'.

Dia mesti mencari 'root-cause' yakni punca sebenar sesaorang pemain itu merosot maka jalan keluar mesti memberi pelbagai corak latihan dan memberi pendedahan kepada beberapa striker yang lain agar kemorosotan tidak berulang.

Di dalam konteks UMNO mungkin ada kewajaran mencari punca sebab atau 'root cause' kenapa masyarakat atau Adun sudah hilang kepercayaan dengan UMNO. Tidakan pencegahan atau 'preventive action' perlu diambil agar kes itu tidak berulang-ulang.

Itulah dia ISO. Agensi Kerajaan di beri penekanan untuk mendapat persijilan ISO 9000, tetapi rumah sendiri terabai, macamana nak dapat status negara maju pada 2020.

Friday, January 30, 2009

Itulah kesahnya.... 1987 punca segala2nya

UMNO dizaman Allahyarham-Allahyarham Datuk Onn, Tengku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn,tidak pernah kedengaran politik wang berlaku ketika musim perebutan jawatan parti.

Poltik wang mula melanda UMNO hanya di ketika zaman Tun Mahathir dan Datuk Seri Abdullah Badawi. Kemuncak kepada politik wang ialah ketika pemilihan di tahun 1987 di mana Tengku Razaleigh menentang Mahathir untuk jawatan Presiden. Mahathir menang tipis dengan hanya 47 undi sahaja.

Ketika itu ada dua team iaitu team A (Dr Mahathir Mohamad bersama Ghafar Baba, Sanusi Junid, Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim) dan team B (Tengku Razaleigh bersama DS Abdullah Ahmad Badawi, Rais Yatim, Sharir Samad, Radzi Sheikh Ahmad, DS Najib (disaat akhir masuk semula ke team A),Musa Hitam, Kadir Sheikh Fadzir, Datuk Harun Idris dan berapa orang lagi).

Selepas Mahathir menang tipis, maka perlembagaan UMNO dipinda dengan membuat sistem kuota di dalam setiap pemilihan jawatan. Bermula dari sinilah politik wang melanda UMNO bagai tsunami.

Jadi punca masalahnya dah dikenalpasti, ada kemungkinan jika kembali kepada sistem asal, sedikit sebanyak dapat mengurangkan politik wang berleluasa.

Tetapi keadaan UMNO sudah parah sekarang. Mentaliti yang menganggap siapa jadi Ketua Bahagian, dialah yang akan jadi calon ADUN/Parlimen masih merasuk ahli UMNO.

Masih ramai yang beranggapan siapa memegang jawatan tertinggi akan mempercepatkan sesaorang menjadi kaya.

Umum dah mengetahui 'life-style' serta kediaman mewah sesetengah pemegang jawatan dari Ketua Cawangan dan seterusnya dan ini membuat sesetengah ahli 'terliur' (kata orang Terengganu) untuk menjadi seperti mereka.

Proses mentarbiahkan ahli perlu berterusan. Tidak dapat tidak hanya kembali kepada Islam sahaja satu-satunya jalan keluar.

Mungkin bila kecundang di PRU13 nanti, mereka akan insaf serta berubah? Hanya masa menentukan segala-galanya.

DSAI pernah masuk untuk mentarbiahkan ahli UMNO tetapi ditolak dengan penuh mengaibkan.

Tidak tahulah cubaaan Sdr.Ezam, berjaya atau sebaliknya

Harap-harap Pakatan Rakyat mengambil iktibar di dalam perkara ini, khasnya PAS dan PKR dan DAP amnya.

Itu Cakap kadang-kadang ada bikin jugak

Ayo yo Samy. Apa sudah jadi, sudah pecat, lepas itu ambil balik. Takut ke aya?

Tidak apa bukan awak sorang bikin itu blunder, UMNO pun bikin blunder. Kejap letak, kejap tarik balik, kejap letak, at last bukan saja itu Ketua Perhubungan dan Pengerusi BN pun letak, itu Ketua Bahagian Grik pun letak jugak.

Itu Tengku cakap itu muda punya sayap mahu potong, itu big boss bilang tak dak mahu potong.

Kalu potong macam mane mahu terbang itu burung? Ada betul jugak.

Mamak, teh tarik satu. Oh itu teh ada naik jugak ka? Tunggu sikit masa naik jugak.

Itu Menteri pelancung bilang UMNO mesti ikhlas, mahu kasi itu perubahan.

Apa itu ikhlas? Sama ka itu Takaful Ikhlas?

Cit, eh dey mana itu sama.

Itu Takaful Ikhlas, you kasi dia wang, bila lu susah dia kasi balik itu wang.

Eh dey, itu ikhlaslah, you susah dia kasi duit, you senang you kasi duit.

Itu macam ke?

Macam-macam ada.

Thursday, January 29, 2009

Apa sudah jadi MPKj (sebelum PRU12) ?????


Gambar Ihsan mStar .

Satu berita yang amat melucukan telah berlaku di Taman Bukit Semenyih. Sebuah rumah No 2, Jalan 5, Taman Bukit Semenyih seperti gambar di atas menceritakan segala2nya. Sebuah TNB sub-station dan rumah teres setingkat 'corner-lot' dibina semacam kembar siam.

En.Muthukrishnan, pada mulanya ingin membeli rumah pangsa sahaja di sekitar kawasan tersebut. Pemaju di situ mempelawa beliau membeli sebuah rumah teres setingkat 'corner lot' pada harga yang murah.
Pada mulanya dia berasa sangsi dan minta penjelasan, tetapi pemaju tersebut menyakin dia serta menguruskan pinjaman bank. Ia berjalan terlalu pantas, apabila selesai menandatangani perjanjian S&P, baru dia tahu masalahnya.

Maka mereka pun tinggallah dirumah tersebut berjirankan rumah sub-station TNB bersama isteri tercinta dan 2 orang anak berumur 2 dan 6 tahun.

Saya tak nak bercerita apa bahaya dan risiko yang dihadapi. Anda sendiri amat arif apa2 kemungkinan berlaku.

Yang menjadi isu di sini:

i. Apabila satu-satu pemaju ingin buat 'submission' pelan pembangunan ke PBT, pihak PBT akan meneliti pelan susunatur yang mengandungi sistem perparitan, sistem perkumbahan bergantung kepada keluasan perumahan, rumah 'sub-station' TNB, jalan akses keluar-masuk ke jalan besar, sistem paip-air, berapa tanah potong-tanah timbus (cut&fill), pembangunan yang sedia ada di timur-barat, utara-selatan daripada tapak pembangunan dan sebagainya.

ii. Kenapa PBT iaitu Majlis Perbandaran Kajang boleh terlepas pandang perkara ini? Adakah pihak pemaju pura-pura me'locate'kan rumah sub-station' jauh dari situ untuk mengelak daripada tidak mendapat kelulusan MPKj?

iii. Apabila pihak TNB datang untuk membuat pemasangan kabel, apakah mereka juga terlepas pandang prosidur kerja? Setahu saya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) tiada kompromi di dalam bab-bab keselamatan.

iv. MPKj memberi penjelsan CF dikeluarkan kerana pemaju memberi penjelasan kepada mereka lot tersebut akan digunakan sebagai setor. Tidakkah MPKj bertanyakan kepada pemaju di mana lokasi rumah sub-station? Tidakkah para jurutera dan kakitangan teknikal yang lain tidak membuat lawatan tapak sebelum CF di keluarkan?

v. Bagaimana TNB sebagai sebuah jabatan yang berpengalaman boleh mengeluarkan surat jaminan keselamatan? Adakah ini di dalam prosidur kerja? Boleh ke jawaban mengatakan untuk memindah sub-station tersebut memerlukan jutaan ringgit?

vi. Kenapa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak mengambil apa-apa tindakan walaupun perkara ini telah dibawa ke pengetahuannya?

vii. Perkara ini telah dibawa ke Selangor Housing & Property Board (Lembaga Perumahan Dan Hartanah, Selangor) dan pada mesyuarat yang diadakan pada 20 Ogos 2008, telah diputuskan rumah sub-station tersebut tidak harus dibina secara 'kembar-siam' yakni bertepek dan TNB telah faham ia seharusnya dibina sejarak 6m dari rumah. Kenapa perkara ini tidak diambil tindakan setelah 5 bulan berlalu.

Saya berpendapat root cause bermula di MPKj. Lepas itu TNB. Dalangnya sudah tentu pemaju. Kalau BPR atau Suruhanjaya Pencegah Rasuah merasakan ada kebenaran atau merasakan nyawa manusia amat murah, tidak perlulah membuat apa-apa penyiasatan.

Saya pasti projek ini bermula sebelum pilihanraya PRU12 kerana Pilihanraya Umum ke-12 (PRU12) telah berlangsung pada hari Sabtu 8 Mac 2008. Anda tentu faham maksud sayakan?

UMNO sentiasa menggeletek

MB dan Kerajaan PR Kedah masih selamat kerana tidak banyak isu yang di gelodak oleh UMNO / BN Kedah. Hari tu adalah bising sekejap pasal Kerajaan Kedah nak tinggikan peratusan untuk pembeli bumiputra dalam sektor hartanah. Bekas MB pun tak berapa licik untuk bersilat dengan Ustaz Azizan. Kalau bising pun hanyalah datang dari TV upahan. Perhubungan dengan Istana amat baik dan ini membantu melicinkan lagi pentadbiran

MB Penang dan Kerajaan PR masih selamat kerana Gerakan banyak meninggalkan 'hal' di majlis-majlis perbandaran. Gerakan tiada isu untuk menyerang PR. Bekas KM pun dah berdebat di TV dan rakyat boleh buat penghakiman siapa yang betul dan yang bersalah.

MB serta Kerajaan PR Perak sedang di dalam keadaan stabil. MB lama pun dah nak letak jawatan sebagai Ketua Perhubungan UMNO dan Pengerusi BN Perak kerana banyak hal gagal menyerang Engineer yang jadi MB ni. MB lama tidak licik cuma, ahli UMNO yang lain menggunakan Istana untuk mempengaruhi pentadbiran negeri Perak. Jikalau permuafakatan yang sudah mantap dilebih mantapkan lagi di dalam PR, rakyat tidak nampak ada apa-apa masalah dengan kerajaan PR. Diharapkan Ir. Nizar banyak buat mengadap hormat ke Bawah Duli Tuanku dan mencerita keadaan yang sebenar.

MB Kelantan dan Kerajaan PR adalah MB yang paling selamat. Memerintah dari tahun 1990 sehingga sekarang, rakyat Kelantan sudah boleh membuat perbandingan dengan kerajaan dulu UMNO/BN, mana intan dan yang mana kaca. Namun sekali sekala TV ada jugak usik mengusik dan jolok menjolok. Itu biasalah bagi yang rasa semacam nak gila talak.

Tetapi di Selangor memang UMNO / BN, terutama bekas MBnya memang gila talak. TS Khalid dan Kerajaan PR tidak sepatutnya berkeadaan defensive. Mereka sepatutnya sentiasa menyerang dengan lebih aggresive. Segala onar yang ditinggalkan oleh Kerajaan UMNO/BN dahulu mesti di'bogel'kan segera sebelum rakyat hilang kepercayaan. Semua Adun PR mesti matang apabila menghadapi jolokan UMNO/BN. Segala salah faham mesti diselesaikan di meja perundingan, bukan di dada akhbar dan di TV upahan.

Wednesday, January 28, 2009

Mansuh sayap anak? Sayap pak dan mak bila pulak?????

Bila baca posting Bila Sauh DiBongkar tergerak jugak hati ini nak tahu lebih mendalam lagi pasal hal rumahtangga UMNO ni.

Bukan nak ambil tahu hal rumahtangga orang, tapi masalahnya kalau dia orang yang terpilih tu menjadi menteri pada puak dia orang saja yakni puak-puak UMNO saja saya tak kisah. Tapi masalahnya siapa yang menang akan menjadi menteri untuk seluruh rakyat Malaysia.

Kalau menjadi menteri untuk seluruh rakyat Malaysia, mestilah saya nak yang baik-baik, tidak rasuah, tidak kacau anak isteri orang, tidak tinggal solat, tidak mengguna harta kerajaan untuk diri sendiri, tidak menzalimi rakyat, tidak mendera rakyat e.g. lepas buat jalan dikenakan tol, kira2 tak bodohkan rakyat ke tu.

Dikhabarkan sayap puteri dan sayap pemuda dicadangkan nak dimansuhkan untuk nak ngelak politik wang.

Masalahnya, sayap bapak dan sayap mak yang paling kuat main politik wang. Kalau mansuhkan sayap anak lelaki dan sayap anak perempuan, tidak menyelesaikan masalah, mungkin kuranglah sikit main wang, maklumlah budak2, belum mumayyiz lagikan.

Kalau difikirkan analogi itu sayap bapak dan sayap mak pun kena bubar, pasti yang amat tiada politik wang akan berlaku. Nak lebih mudah faham lagi, BUBARKAN SAJA UMNO, PASTI TIADA POLITIK WANG. Pasal apa? Dah tak de parti lagi, mana datangnya ahli, dah tak ada ahli takkan hantu kot nak main politik wang.

Begitulah parahnya UMNO sekarang, nak dipanggilkan orang2 yang jaga bab2 rasuah ni, nantikan semua masuk 'ke dalam', mana lagi yang tinggal.

Rakyat yang tidak berparti menengok fenomena ini dengan perasaan cemas. Takkan mereka nak taat lagi kepada pemimpin yang naik melalui rasuah. Jadi jalan yang paling baik diambil ialah memilih alternatif lain iaitu Pakatan Rakyat.

PAS bukan di sawah lagi......

Lebih kurang 10 tahun yang lalu semasa sedang minum petang bersama kawan sepejabat, teringat saya usikannya. Dia ada berkata, "PAS hanya boleh hidup di mana ada padi."
(Maksudnya tu hanya di kalangan orang-orang kampong)

Kawan saya ini memang kuat UMNO. Saya hanya diam, kononnya saya ni 'a good listener'. Saya agak-agak dia ni memang tahu saya ni 'condong' kemana.

Saya kurang bersetuju dengan beliau kerana ketika itu PAS dah menang di Terengganu, Kelantan, 1 kerusi di Kajang, beberapa kerusi di Kedah dan 1 kerusi di Perlis.

Ketika itu PAS dah banyak menubuhkan cawangannya di Selangor khasnya di Hulu Langat dan Bangi dan di merata pelusuk Malaysia, hatta di Sabah pun ada cawangan.

Selang beberapa tahun, kawan yang sama juga mengusik lagi, "Wah malam tadi your Timbalan Presiden ada keluar kat TV. Pandai dia cakap orang putih ye."

Saya pun apa lagi terus senyum dan giliran saya pulak berceramah panjang dan dia pulak jadi 'a good listener'.

Saya beritahu dia, Timbalan Presiden pernah sekolah orang putih sebelum melanjutkan pelajaran di dalam bidang agama di luar negara.

Saya beritahu dia lagi, "sekarang ramai profesional dah masuk PAS. PAS bukan hanya ada kat bendang atau sawah padi lagi, PAS dah meresap ke bandar, hanya tuan saja yang belum masuk PAS." Dia hanya tersenyum.

Malam tadi kami bertemu di surau setelah sekian lama tak berjumpa selepas PRK P036 Kuala Terengganu yang lalu. Dia mengucapkan tahniah dan sempat lagi mengusik saya, "Wahid Endut tu orang Erdorgan ke?"

Saya cakap kat dia, istilah Erdorgan itu adalah ciptaan orang UMNO untuk memecahbelahkan orang profesional dengan ulama. Saya cakap kat dia, saya pun orang profesional, kenapa saya tak tahu apa-apa mengenai Erdogan? Kenapa Prof. Hamirdin pun tak masuk kumpulan Erdorgan?

Sekitar hujung tahun 80an dan awal 90an tersebar kumpulan IRC di dalam PAS, tetapi lenyap begitu sahaja.

Begitulah perjuangan PAS bukan perjuangan dibentangkan dengan karpet merah. Saban hari akan diserang diakhbar dan TV.

Biasalah tu.


Jangan Tunggu Lama-Lama

Datuk Seri Najib akan menjadi Ketua Perhubungan UMNO serta Pengerusi BN Negeri Perak berkuatkuasa 1 Februari 2009. New Straits Times .

Tajol Rosli melepaskan jawatan tersebut kerana bertanggungjawab penuh ke atas penghijrahan Adun Bota ke PR.

Walaupun semua pihak menafikan pergolakkan UMNO di Negeri Peraka, namun hakikatnya trajedi tersebut menceritakan segalanya.

Beberapa Adun lain mencurahkan isi hati masing-masing kerana tidak puas hati kepada Tajol Rosli kerana mengarahkan mereka tidak bertanding jawatan Ketua Bahagian.



Datuk Hamdi Abu Bakar & Datuk Ahamad Pakeh Adam

YB Adun Pengkalan Baharu Datuk Hamdi Abu Bakar dan YB Adun Lintang Datuk Ahamad Pakeh Adam menyuara ketidakpuasan hati mereka kepada akhbar dan akan bertindak keluar pada bila-bila masa jika keadaan UMNO tidak berubah.

Inilah yang berlaku kepada UMNO sekarang, di luar nampaknya cantik kerana di make-up tetapi di dalamnya dah berulat dan bernanah, menunggu masa untuk meletup.

Jangan tunggu lama-lama, masa berjalan dengan pantas, keluarlah beramai-ramai dan carilah kapal lain yang sedang menunggu.

UMNO sudah teramat sukar untuk diubati. Ia perlu kepada kimoterapi yang berpanjangan. Proses kimoterapi amat menyeksakan. Pesakit akan kehilangan rambut kerana kepanasan dan sentiasa berkeadaan mual. Selera makan tidak ada.

Selepas kimoterapi, ia akan melalui proses radioterapi. Satu proses yang amat menyeksakan juga. Kulit kelihatan hangus. Banyak sel yang mati.

Tuesday, January 27, 2009

Lompat si katak lompat......Berapa lagi?????

Orang keluar masuk parti adalah fenomena biasa. Samada mereka melompat atau dipecat itu adalah hak individu atau parti.

Tiada paksaan didalam berpolitik. Memujuk untuk mengekalkan sesiapa adalah kerja sia-sia kerana menyimpan sesaorang yang sudah hilang kepercayaan dengan sesebuah parti ibarat menyimpan gunting di dalam lipatan. Lipatan dikirai gunting mencucuk kaki.

PAS pernah mengalami beberapa peristiwa lompat melompat. Allahyarham Datuk Asri, Presiden PAS sendiri pernah melompat masuk UMNO. Yang lucunya beliau berjanji lebih kurang 15,000 ahli PAS akan mengikut jejaknya. Tetapi entah berapa ratus saja yang melompat ke dalam UMNO. Al-Fatihah untuknya.

Nakhaie bekas Naib Presiden PAS pernah melompat keluar dan masuk ke dalam UMNO. Orang PAS tak adalah terkejut kucing sehingga menangisi 'pemergian'nya. Ini mungkin orang PAS amat faham kerana beliau adalah pada asalnya orang UMNO. Jadi diibaratkan 'pemergian'nya seperti sireh pulang kegagang. Khabarnya beliau cukup tenteram di'sana'.

Ada satu lagi 'figure' yang terkenal di Terengganu iaitu orang kuat Masjid Losong Mat Shafie, iaitu al-Ghazali. Saya kurang pasti samada dia melompat atau dipecat kerana masalah disiplin parti. Beliau diarak oleh UMNO serta diusung ke hulu dan ke hilir untuk berhujah mengenai hudud yang diperjuangkan oleh PAS

Ada dua orang lagi yang namanya serupa dipecat dari PAS kerana masalah melanggar disiplin parti. Satu bernama Ustaz Latif dari Besut, Terengganu, seorang bekas aktivis dan ilmuan, pernah ditahan dibawah ISA. Yang seorang lagi bernama Dr.Latif juga dipecat kerana masalah disiplin parti.

Hari ini kononnya Ketua dan 40 ahli PAS Cawangan Musai, Melaka melompat ke dalam UMNO. Tetapi ini disanggah oleh angkasanuri seperti di dalam postingnya hari ini.

Mungkin ramai lagi yang betul-betul melompat atau diajar melompat atau disuruh melompat.

Contoh yang paling kronik serta mungkin joke of the year ialah Jaguh Segala Lompat. Siapa yang tidak mengenalinya. Dia memimpin PERKASA. Dia 'mengecek' PAS Kelantan supaya memberi beliau laluan bertanding di atas tiket PAS. Bila dia menang, dia mengistiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen bebas.

Jadi fenomena lompat-melompat ni adalah perkara biasa.

Yang luar biasanya ialah melompat di luar musim.

Musim apa ye?????

Ikan di laut, Asam di darat.....Dalam periuk sama muafakat......Amin.

Ikan di laut, asam di darat, dalam periuk sama muafakat. Ajal maut serta jodoh adalah di dalam ilmu Allah.

Pada petang 23 Januari 2009 yang lalu di Dewan Perdana Felda, pelakon dan penerbit terkenal, Wendy Wong telah melangsungkan pernikahannya dengan Yacob Chik. Setelah memeluk Islam semenjak 28 November 2008 yang lalu, Wendy mengambil nama Wani Wendy Wong Abdullah.

Didoakan agar pasangan yang berketurunan tionghua dengan pasangan yang berketurunan melayu ini dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat mereka dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Lapor Utusan .

Pada petang 24 Januari 2009 yang lalu bertempat di dewan yang sama iaitu Dewan Perdana Felda, isteri saya dan saya menyaksikan perkahwinan pasangan yang berlainan adat, bangsa, kaum dan agama. Pengantin perempuan adalah dua pupu kepada isteri saya. Manakala pengantin lelaki ialah seorang pemuda keturunan Sri Langka yang teluk memeluk Islam dengan nama Muhammad Mathen Abdullah.

Hampir menitis air mata kegembiraan (tapi control macho) melihat ibu pengantin (belum Islam)lelaki naik kepentas merenjis air mawar dan bersalaman dengan menantu Islamnya. Simenantu mencium tangan mentuanya. Kelihatan ibu tersebut amat merestuinya berdasarkan dia memegang erat tangan anak menantunya.

Begitu juga ibu pengantin perempuan mencium mesra anak menantu lelakinya.

Saya terlupa membawa kamera untuk merakamkan suasana di dalam Dewan Perdana tersebut. Tak terbayang oleh saya para daif jemputan yang berketurunan Sri Langka daripada pihak lelaki begitu ramai yang hadir, hampir-hampir separuh dewan.

Kami mendoakan semoga mereka bahagia dan berkekalan jodoh sehingga akhir hayat. Semoga mereka dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Ya Allah, sesungguhnya di antara lain Kau menciptakan makluk manusia ini berbilang-bilang kaum adalah untuk berkenalan di antara satu sama lain.

Tetapi kenapa ada sekelumit manusia yang masih membeza-bezakan kaum dan hidup sentiasa mencurigai antara satu kaum dengan yang lain?????

Anwar Dan 'Reverse Takeover' di Perak.....Respon Kepada Nobisha

Adun Bota telah keluar UMNO dan masuk PKR. Itu hak beliau kerana beliau dapati UMNO telah terpesong jauh daripada landasannya.

Maka ribut satu Malaysia samada di TV mahupun dada akhbar, kononnya YB tersebut tidak terkenal, satu perbuatan tidak bermoral, seorang yang desperado kerana kalah Timbalan Ketua Bahagian dan sebagainya.

Nobisha membuat andaian kononnya ada orang membuat spekulasi bahawa perbuatan itu adalah permulaan kepada 'reverse takeover'.

Posting beliau hanya berkisar;

i. MB DS Nizar jadi MB kerana DAP tak ada calon melayu dan PKR kononnya tidak melepasi batas kelayakan. Kononnya jikalau Saudara Mustafa Kamil Ayub menang kerusi DUN N48 Sungai Manik, maka beliaulah yang akan jadi MB Perak.

Umum semua tahu PAS memang komponen paling sedikit dalam DUN Perak. Perlembagaan Negeri telah mensyaratkan hanya melayu Islam sahaja boleh jadi Menteri Besar diatas perkenan Sultan. PAS tidak menduga dan tidak meminta atau melobi untuk memikul amanah yang amat berat menjadi MB. Perkenan Sultan kepada Adun PAS membuat DS Nizar jadi MB. Apakah Nobisha begitu yakin Sultan akan memilih Sdr. Mustafa Kamil Ayub jadi MB kalau dia menang?

ii. Beliau membuat spekulasi lagi iaitu beberapa orang Adun lagi akan masuk PKR dan bukannya PAS dan ini satu lagi proses meningkatkan kualiti Adun PKR di Perak. Proses ini juga kononya strategi 'reverse takeover' satu pendekatan yang strategik bagi DS Anwar Ibrahim menguasai wakil rakyat UMNO tanpa perlu beliau masuk UMNO dan proses pertukaran jawatan MB yang disandang oleh PAS kepada PKR

Ada unsur spekulasi yang nakal di situ. Kenapa beliau menekankan beberapa lagi Adun UMNO akan masuk PKR dan bukan PAS. Jikalau betul ramai lagi Adun UMNO melompat dan masuk PKR, itu satu perkembangan yang menarik. InsyaAllah Pakatan Rakyat akan bertambah mantap. Jangan cuba mengadu-domba, melaga-lagakan PKR dengan PAS.
Apa kaitan kemasukan beberapa Adun UMNO ke PKR boleh meningkatkan KUALITI Adun PKR? Kualiti tiada kaitan dengan kuantiti dan begitulah sebaliknya.

Beliau juga dengan 'nakal' cuba memainkan sentimen orang PAS, DAP dan PKR. Barang diingat pemimpin PAS, DAP dan PKR serta ahli dan pendokongnya telah matang dengan sepak terajang pengulas politik yang pro UMNO.

Beliau menggunakan frasa, 'Datuk Seri Anwar YANG BELAIU kenal' sangat pakar dengan kerja yang berstrategi. Ungkapan tersebut hanyalah untuk menyakinkan pembaca bahawa memang hasrat Anwar untuk menguasai Adun UMNO masuk ke PKR lantas membuat 'demand' memulangkan kembali jawatan Menteri Besar kepada PKR.

Seperti saya katakan di atas, PAS bukannya satu-satu parti yang tamak kuasa. PAS berjuang untuk mendapatkan kuasa (mandat, authority) untuk membangunkan rakyat berbilang kaum dan menegakkan Islam setakat yang mampu. Jika itu kehendak Sultan, maka PAS dengan sukarela akan menyerahkan jawatan tersebut.

Saya tidak menjangkakan Datuk Seri Anwar bertindak demikian. Beliau amat arif, perkongsian kuasa amat penting kearah membasmikan kezaliman serta ketidakadilan selama ini.

Nobisha cuba mengheret Sdr. Karpal di dalam kes ini. Ini tidak menghairankan saya kerana selaku penganalisa politik UMNO, setiap ruang dan luang, setiap fenomena yang terjadi akan dimanupulasi dan disensasikan untuk 'advantage' atau 'political mileage' partinya.

Apa-apa pun kenyataan Karpal, saya tetap mengalu-alukan kemasukan Adun UMNO ke Pakatan Rakyat samada melalui PKR mahupun PAS.

Apa kelayakan UMNO hendak bercakap pasal moral?

Apakah cubaan Tajol Rosli untuk meranapkan Pakatan Rakyat menjelang 31 Ogos 2008 itu bermoral?

Apakah politik wang yang dah berbusut anai-anai dan berbarah bernanah itu bermoral?

Apakah menggunakan harta 'the government' seperti premis milik 'the government', media lektronik milik 'the government' untuk tujuan 'survival politic UMNO' itu bermoral?

Apakah sebagai seorang melayu Islam mempersendakan Islam itu bermoral?

Apakah mem'faraid'kan khazanah negara mem'bail-out' kroni itu bermoral?

Apakah konsep negeri-negeri berpersekutuan tetapi 'The Federal Government' tidak menghormati 'The State Government' itu bermoral?

Apakah menahan sesaorang tanpa bicara (ISA) itu bermoral?

Apakah mempermainkan ROS dengan melengah-lengahkan mesyuarat agung itu bermoral?

Banyak lagi, Saudara Nobisha fikirlah sendiri.

Magis dan Trajis

Semasa menunaikan fardhu haji pada tahun 1990, dahulu saya masih ingat saya ditempatkan satu hotel dengan beberapa FRU pencen. Ketika itu saya tidak tahu yang mereka adalah bekas pegawai FRU.

Saya ketika itu adalah di antara yang termuda, maka saya terpaksa berkawan dengan 'abang-abang senior'. Kami selalu ke Masjid bersama-sama, sambil menolong dia orang mengangkut air zam zam balik ke hotel untuk bawa pulang. Kami begitu rapat dan masing-masing memanggilkan saya sebagai anak dan saya panggil dia orang sebagai pak cik dan isterinya mak cik.

Entah macammana suatu hari selepas balik dari menunaikan umrah, kerana ketika itu waktu wukuf lambat lagi kerana kami menunaikan Haji Tamattu', pak cik itu bercakap pasal polis Saudi kebanyakannya memiliki perwatakan garang. Saya mengganguk sebagai tanda setuju.

Lepas tu saya menyampuk, FRU Malaysia lagi garang. Saya pun bercerita peristiwa 1974. Mereka yang dituduh menunjuk perasaan di'kilas' tangan serta bermacam-macam aksi ngeri lagi yang anda boleh bayangkan ketika lari dari gas pemedih mata dari Padang Kelab Selangor (sekarang Dataran Merdeka) menuju ke Masjid Negara. Sebaik saja selesai mengambil wuduk mereka disergah dan di'kilas' tangan lalu dijemur di tengah-tengah panas di perkarangan Masjid berhadapan dengan Pusat Islam.

Pak Cik tu bertanya samada mereka diberi makan ketidak. Saya menjawab, mereka diberi makan selepas 15 jam mereka di'kilas' tangan, terasa macam nak tercabut bahu-bahu mereka. Kemudian mereka dibawa ke Balai Polis Brickfields dari Masjid Negara dan disambung penjemuran panas tanpa minuman dan makanan.

Saya menyambung Sdr. Anwar Ibrahim datang menjenguk mereka dan berjumpa dengan Ketua Polis disitu iaitu B.D.Henry untuk menguruskan soal makan minum mereka.

Tetapi hampa. Tepat jam 12.00 malam mereka dibawa ke Pulapol, Jalan Semarak dengan iringan motorcade. Mereka disumbat disitu dan lebih kurang pukul 1.00 pagi baru mereka diberi makan nasi dengan sebiji telur dan potongan sayur yang disebelah batangnya sebesar jari hantu. YB Teresa Kok mesti senyum kalau membaca posting ini.

Keesokannya mereka didakwa di Mahkamah dengan bond RM200.00. Pendakwaan berjalan lebih kurang sebulan dan mereka dibebaskan dan dibuang kes.

Tiba-tiba saya tengok isterinya yang tekun mendengar cerita saya, berlinangan air mata. Dia bertanya kepada suaminya yang terkedu mendengar cerita saya, "abang terlibatke masa tu?"

Suaminya menjawab, "Itu cerita lama. Abang dah bertaubat lalu memeluk saya."

Saya menggosok belakangnya dan berbisik, "Sama-samalah kita berdoa agar segala perbuatan kita yang tidak diredhoiNya, mendapat pengampunan."

Saya dikhabarkan pak cik itu sudah pulang ke RahmatuLLah. Al-Faatihah.

35 tahun cerita labu-labi ini berulang lagi tetapi penuh dengan aksi-aksi magis dan tragis.

Monday, January 26, 2009

Alahai nasib kau si-kakaktua

Kalau di zaman Tun Mahathir, apabila ada sesuatu isu berkaitan dengan Agama, maka selepas beliau memberi 'fatwa'nya, ia dengan sekelip mata akan di'endorsed'kan oleh burung kakaktuanya AlMid Man yang sekarang entah kemana menghilang.

Yang sebenarnya pada zamannya ramai lagi kakaktua-kakatua tapi tak berapa pandai nak bercakap, mungkin lidahnya dah banyak makan belacan dan nasi dagang walaupun kedua-duanya belajar Agama di luar negara. Yang seorang jaga Felda dan yang seorang lagi di Arab Saudi(lama tak dengar cerita).

Sebarang fatwa Tun Mahathir akan menjadi hukum. Tak perlu di'endorsed' oleh burung-burung kakaktuanya. Sebagai contoh kalau ternampak seekor burung tiba-tiba keluar dari semak, maka berkatalah siburung kakaktua tadi, besarnya gagak, tetapi big bossnya bertitah, woi itu bukan gagak, itu kambing. Maka dengan serta merta siburung-burung kakaktua tadi mengesahkannya, alamak tingginya kambing terbang.

Dizaman Datuk Seri Abdullah, lagi hebat, ada satu pusat khas di UKM yang jaga 'Islam Hadhari'. Pengarahnya seorang jurusan sains, juga pandai berkata-kata. Kakaktua ini, lidahnya sudah diasah betul-betul.

Ntah siapa pulak akan jadi kakaktua-kakaktua profesional di zaman Datuk Seri Najib ye. Anda jangan bermimpi atau mengidamkannya jika anda tidak berani melihat gerhana matahari dengan mata kasar.

UMNO Kelam Kelibut.............

Tajol Rosli akan berjumpa DS Najib petang ini. Kita tidak tahu apa yang nak dipersembahkan kepada boss no.2 UMNO itu.

Tetapi yang pasti dia akan menceritakan hal Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang keluar daripada Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR.

Semalaman dia mereka-ceritakan skrip bagaimana nak jawab bila boss no.2 menghujani soalan kepadanya.

Yang peliknya, Tajol Rosli belum pun memaklumkan secara terperinci kepadanya, tetapi Datuk Seri Najib sudah berkata,"tidak akan ada lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang akan 'melompat' ke pembangkang." Lapor mSTAR .

Yang sebenarnya memang ramai lagi Adun BN akan 'melompat' keluar.

Mereka sudah hilang kepercayaan lagi kepada UMNO. UMNO sudah kehilangan arah tujuan.

Ini terbukti melalui beberapa kenyataan pimpinannya.

Syed Hamid : KOTA TINGGI 25 Jan. — UMNO mesti berubah sebelum rakyat mengeluarkan “hukuman mati” terhadapnya.


TS Muhyiddin : KUALA LUMPUR 24 Jan. - Barisan Nasional (BN) kini melalui ujian paling getir dan jika tidak ada tindakan drastik diambil untuk menangani kemerosotan sokongan maka gagasan pemerintahan itu mungkin menghadapi kemusnahan.

"Situasi akan bertambah teruk jika kita menunggu lama untuk melaksanakan perubahan. UMNO mesti memimpin dalam melakukan perubahan drastik. Kita khuatir dengan situasi ini," jelasnya.

Saya menjangkakan mereka tidak akan buat perubahan. Mereka terlalu bersifat egois. Mereka terlalu percaya nasihat-nasihat daripada penasihat politik yang sifatnya pengampu.

Teringat saya satu cerita di zaman Kesultanan Melaka dahulu. Sekumpulan peniaga rempah daripada Gujerat sedang hendak mendarat di Melaka. Lebih kurang 50 meter saja lagi dengan pantai.

Air laut pun hanya setakat paras pinggang saja kerana sudah nampak pasir di dasar bot mereka.

Tiba-tiba bot mereka bocor dan air masuk kedalam. Mereka pun kelam kabut. Suasana menjadi bising serta hingar-bingar. Masing-masing menuding jari antara satu sama lain.

Nahkoda memarahi juak-juak kerana lambat menimba air keluar. Juak-juak pulak kerana kelam kabut tak dapat cari timba nak menimba air keluar. Suasana memang jadi haru biru.

Akhirnya seluruh bot tersebut karam dan kesemua ahlinya lemas.

Sepatutnya mereka dapat melompat keluar daripada bot tersebut dan mengharung air yang setakat paras pinggang saja.

Politik Santau...........

Ada dua pengusaha restoran.

Restoran A

i. Makanan sedap tapi kurang promosi, pengunjung boleh tahan ramai.

ii.Makanan dipelbagai untuk menarik pelbagai kaum datang mengunjung

iii.Pengunjung dah mula tertarik dengan hidangan. Makin hari makin ramai pengunjung datang


Restoran B

i. Makanan tak sedap mana, cuma hiasan pada makanan berjaya menarik pengunjung

ii. Pengunjung dah mula jemu kerana asyik hidangan yang sama.

iii. Pengunjung dah mula berkurangan kerana hidangan yang sama. Tawar, hambar, tak menarik, sesetengah ada yang basi.


Pengusaha restoran B dah mula bercakaran dan salah menyalah sesama sendiri. Timbul satu akal macamana nak bersaing dengan Restoran A. Di 'santau angin'kan restoran A.

Ada pengunjung yang terkena lalu tinggalkan restoran A. Tetapi ramai yang sudah tahu kerja jahat restoran B.

Akhirnya restoran B naik bengang, tiap-tiap hari asyik fitnahkan restoran A.

Begitulah perangai sesetengah orang kita, tak boleh tengok orang lain maju.

Agaknya siapalah pulak yang amalkan politik santau ni?

Sunday, January 25, 2009

Institut Hubungan Kaum atau 'Institut' Pakatan Rakyat

"Kerajaan perlu menubuhkan Institut Hubungan Kaum untuk membantu menggalakkan hubungan antara kaum yang harmoni dan menyumbang ke arah integrasi kaum dan perpaduan negara," kata Tan Sri Lee Lam Thye.

"Kenapa selepas 51 tahun merdeka, hubungan kaum di negara ini semakin merosot sedangkan ia sepatutnya semakin baik,?" tanya Lee.

Lee juga berkata,"Perlu ingat yang semangat muhibah, keharmonian dan perpaduan tidak boleh dicapai melalui undang-undang." (Kerajaan menolak cadangan memperkenalkan Akta Hubungan Kaum.)Lapor BERNAMA .

Komen:

i. Usaha untuk membantu menggalakkan hubungan antara kaum yang harmoni ke arah menyumbangkan integrasi kaum dan perpaduan negara adalah satu usaha murni. Membangunkan negara dimana semua kaum terbela akan dengan sendirinya wujud muhibah, keharmonian dan perpaduan.

ii. Selepas 51 tahun merdeka, hubungan kaum semakin merosot kerana parti-parti di dalam BN seperti UMNO, MCA, MIC serta anggotanya yang lain terlalu banyak 'berpolitiking'. Masing-masing ingin menjuarai kaum masing-masing, hakikatnya kaum yang diperjuangkan tidaklah sehebat mana seperti yang diperjuangkan.

iii. Amat bersetuju muhibah, keharmonian dan perpaduan tidak boleh dicapai melalui undang-undang. PAS dengan slogan PAS for All telah mula mendapat tempat di hati kaum Cina dan India.

Pakatan Rakyat memupuk semangat perpaduan di dalam perjuangannya dan ini telah direalisasikan di dalam PRU12 baru-baru ini.

UMNO terlalu asyik berpolitiking dan peteh memeteh. Mereka terlalu asyik berpolitik wang sehingga lupa kepada perpaduan kaum, pejam celik, pejam celik sudah 51 tahun Malaysia merdeka.

Jadi jangan marah serta cemburu jika pakatan rakyat sudah mula mendapat tempat di hati kaum lain.

Kesimpulannya tidak payah diwujudkan Institut Hubungan Kaum, masuklah dan sokonglah beramai-ramai 'institut' Pakatan Rakyat.

Tolonglah DS Abdullah, sebelum berundur.........

Kalau tiada aral melintang, Mac 2009 akan menyaksikan Datuk Seri Mohd Najib mengangkat sumpah sebagai PM Malaysia ke6.

Sebelum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur saya merayu agar Datuk Seri membebaskan semua tahanan ISA.

Jika tidak boleh bebaskan mereka, bicarakan mereka. Biar mahkamah tentukan kesalahan mereka.

Jika sabit kesalahan, mereka akan dipenjarakan 5 , 10, 15, 20 tahun dan sebagainya. Sekurang2nya mereka tahu, keluarga mereka tahu tempoh penahanan mereka.

Jika mereka diteruskan dengan penahanan dibawah ISA, tempoh penahanan tidak diketahui. Cuba bayangkan penyeksaan perasaan isteri dan anak-anak mereka. Cuba bayangkan anak-anak serta isteri tidak mendapat kasih sayang sepatutnya daripada bapa dan suami.

Cuba Datuk Seri bayangkan seorang isteri terpaksa mengharungi hidup yang tidak menentu mencari sesuap nasi untuk anak-anak. Menguruskan persekolahan mereka, bil api, bil air.

Cuba Datuk Seri bayangkan jika apa yang ditempuh oleh keluarga mangsa ISA itu menimpa batang tubuh saudara mara Datuk Seri sendiri. Tentu tidak keruankan.

Jika Datuk Seri, membebaskan mereka atau paling kurang membicarakan mereka, Datuk Seri akan dikenang sepanjang zaman. Datuk Seri akan dikenang lebih daripada sebahgian orang melayu mengenang Tun Mahathir kerana dizaman Tun Mahathir, ramai juga yang ditahan di bawah ISA.

Sekurang-kurangnya bila menghadapi Pencipta kelak, kuranglah sikit soal jawabnya.

Datuk Seri akan dikenang sebagai Negarawan Ulung yang mempunyai hatibudi yang luhur, tidak pendendam, penyayang kepada rakyat dan berhati mulia.

Tolonglah Datuk Seri. Ingatkan Allah banyak-banyak. Datuk Seri tidak perlu menyimpan perasaan malu kerana tunduk kepada desakan rakyat.Datuk Seri akan berundur secara terhormat.

Satu lagi, ini bukan kerana sifat tamak saya, tolonglah tarik balik dasar PPMSI iaitu pembelajaran pelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Banyak sudah NGO's menyuarakannya. Ramai sudah pakar bahasa menyuarakannya.

Jikalau Datuk Seri menarik balik dasar tersebut, Datuk Seri akan dikenang oleh semua rakyat Malaysia termasuk pembangkang.

UMNO Selangor.....Kokok Ayam Pencen

Mohd Khir Toyo terlampau 'desperate' sekarang. Beliau amat mengetahui Mukhriz adalah calon 'favourite'. Mukhriz sedang berada di atas trek yang selesa dan lurus. Dikhabarkan beliau adalah diantara calon yang 'bersih'.

Khir begitu kepingin jawatan Ketua Pemuda UMNO. Jawatan tersebut akan digunakan sebagai tongkat sakti untuk melonjak kembali nama beliau yang sudah tercemar di Selangor.

Tiada jalan pintas lagi untuk beliau. Beliau mesti terus berada di depan. Beliau mesti terus jadi playmaker di Selangor. Jika dia gagal, maka tiada lagi namanya di hari pencalonan PRU13. Nama beliau tidak akan dikenang oleh rakyat Selangor sepertimana nama Allahyarham Dato' Harun Idris di kenang dan dipuja oleh orang melayu Selangor.

Jadi beliau menggunakan taktik menyerang membabi buta. Beliau ingin menjadi seorang 'centre-forward' yang tidak ada skill, hanya bergantung kepada kepantasan. Beliau akan merempuh segala 'defender' termasuk penjaga gol, tanpa menghiraukan samada akan menerima 'kad kuning' atau 'kad merah'. Pada kebiasaannya pemain seperti ini akan keletihan keseorangan dan lama kelamaan akan ditarik keluar oleh 'coach'.

Jika beliau seorang 'striker' yang hebat, beliau mesti ada skill mengelecek disamping kepantasan. Cara beliau berpolitik sekarang tidak kemana-mana. Beliau yang sebenarnya berada di dalam kehausan dan keletihan. Beliau menaburkan fitnah satu Selangor tetapi tiada bukti. Beliau menidakkan apa yang PR laksanakan di Selangor kerana semuanya dia gagal melaksanakan semasa beliau jadi 'regular striker' dahulu.

Seharus beliau menonjolkan apa visi belaiu apabila ditakdirkan menang Ketua Pemuda. Beliau seharusnya menonjolkan satu jalan keluar bagaimana hendak 'make-over' UMNO yang sudah hilang X-factornya.

Beliau seharusnya mencari jalan keluar bagaimana Pemuda boleh bersaing dengan Pemuda PR. Pemuda UMNO Selangor sudah sunyi sepi. Kekeringan idea dan berada di dalam kepenatan. Yang 'berkokok' hanyalah 'ayam-ayam pencen'.

Saturday, January 24, 2009

If you can't beat them, join them. tapi yang ini terbalik pulak

Kalau anda takut kepada bayang-bayang anda, apa yang anda akan bertindak?

i. Pecat sesiapa yang akan bertanding melawan anda

ii. Fitnahkan dia sebanyak mungkin. Sekurang-kurangnya rakyat akan percaya satu daripada seribu fitnah.

iii. ISAkan mereka.

Sebagai contoh:

i. Datuk Seri Anwar Ibrahim

ii. M Muthupalaniappan

Selamat Tahun Baru

Selamat Menyambut Tahun Baru
Untuk
Kawan-Kawan TiongHua

Diantara Isu dan sensasi....Diantara SPRM dan rakyat

Sebaik saja PRU12 berakhir, ada lima orang seolah-olah sedang gila talak. Mereka amat cemburu dengan MB baru dengan stail yang baru.

Walaupun dia meninggalkan hutang yang banyak, projek yang tersadai, keputusan-keputusan yang merugikan rakyat, lompong sana, berlubang sini, senget sana, terjongket sini dan bermacam-macam lagi.

Bermacam-macam cara dilakukan untuk memburukkan MB baru dengan kerajaan yang baru.

Di Kelantan puak tu dah angkat bendera putih. Tiada apa lagi nak dikorek. Tetapi jangan berasa selesa kerana puak tu tak akan sesekali berputus asa.

Di Kedah, MB lama tak berupaya nak buli MB baru. Kerana orang tak percaya pada MB lama tersebut. Perhubungan MB baru amat selesa dengan Istana dan rakyat.

Di Penang, KM baru amat cerdik lagi mesra rakyat. Banyak benda yang diselongkarnya di Majlis-majlis Berkuasa Tempatan. KM lama angkat bendera putih.

Di Perak, MB lama amat merindui 'singgahsananya'. Digunakan Istana untuk mengeruhkan perhubungan MB baru serta kerajaannya dengan rakyat. Di korekkan apa-apa cerita yang boleh jadi isu untuk disensasikan. Pemberian geran tanah dan pembelian kereta Camry untuk Exco dijadikan isu dan disensasikan. Rakyat di Perak amat tahu apa yang berlaku, tetapi disensasikan oleh TV upahan supaya rakyat dari negeri lain akan terpengaruh.

Di Selangor, MB lama yang tersangat gila talaknya kepada 'singgahsana' yang tersangat memberi keseronokkan kepadanya dan juak-juaknya. Digunakan Istana untuk merenggangkan perhubungan Istana dengan kerajaan.

Projek babinya yang tersadai disensasikan. Kereta Camry disensasikan. Korban lembu disensasikan. Penjelasan secara terperinci dipekakkan telinga. Sekarang baru nak ditunjukkan keperihatinannya kepada rakyat bangsa melayu. Mereka ingat hanya bangsa melayu saja yang ada hak. Apakah bangsa lain tiada hak di bumi Selangor ini.

Yang sebenarnya MB lama tersebut tiada satu hujah yang berilmiah untuk melawan hujah Kerajaan baru. Mereka ditolong oleh media upahan serta media letronik yang menjadi balaci-balaci kepada mereka.

Tetapi tidaklah hairan perbuatan itu kerana itu tugas mereka sebagai langkah untuk mencegah daripada merebak serta terpengaruh ke negeri-negeri lain.

Tetapi awas, jika betul para-para MB ini tidak 'perform' dan ada bukti sekelumit unsur-unsur rasuah di dalam pentadbiran mereka, maka ayuh SPRM, silakan buat penyiasatan, tapi jangan pilih bulu. Biar rakyat jadi hakim di dalam PRU13.

'Sayangnya' UMNO kepada remaja

Di Malaysia, berbagai-bagai cara parti politik menggunakan kepintarannya untuk meraih sokongan golongan remaja atau dalam isitilah pilihanraya iaitu pengundi saluran 4 ~ 5.

UMNO mengambil pendekatan yang paling senang. Tidak payah keluar modal. Peluh pun tak keluar. Air liur pun tak berbuih. Cuma perlu angguk kepala, maknanya setuju.

Kerja seterusnya, penganjur-penganjur akan sponsor semuanya. Kalau tak cukup nyiru, Stadium Bukit Jalil ditadahkan. Contoh: Konsert Rihanna.

Pendekatan yang lain ialah menyemarakkan lagi program 'reality' di TV. Kerja ini lagi senang, peluh tak keluar, air liur tak berbuih, tak perlu keluar modal . Cuma angguk sikit-sikit kepala, senyum sikit-sikit, semua setuju. Contoh: AF,AJL,GRL etc.

Pendekatan di atas, UMNO tak perlu berjumpa dengan remaja. Tak perlu pujuk rayu. Tak perlu berjalan berkilometer. Sebaliknya remaja dengan sukarela datang berpusu-pusu. Beratur berkilometer untuk menunggu giliran untuk diaudition atau beli tiket masuk.

Bertapa untungnya UMNO, infrastrukutur tersergam besar, sponsor datang menderu, nama gah seantero dunia.

Tetapi saya tak nampak MCA, PPP, MIC mahupun Gerakan hatta DAP sekalipun buat program besar-besaran untuk menarik serta meraih undi remaja seperti itu. Mungkin mereka ada kaedah lain yang lagi canggih.

Saya pun tak nampak PAS ada 'membuat' program seperti itu. Menunjuk perasaan menentang program seperti itu adalah kedengaran. Ini bertambah lagi benci remaja saluran 4~5 kepada PAS. PAS perlu keluarkan peluh membawa risalah berjumpa dengan remaja, umpamanya di malam menyambut tahun baru dan sebagainya, memberi salam sayang dan menasihati remaja yang couple agar pulang lebih awal.

Jadi diantara kedua-dua kaedah serta pendekatan mana yang lebih menguntungkan?

Sudah tentu UMNO untung dari segi undi tetapi tidak 'sayang' kepada remaja pengundi saluran 4~5.

Manakala PAS rugi dari segi undi tetapi 'amat sayang' kepada remaja pengundi saluran 4~5.

Anda fikirlah sendiri

Friday, January 23, 2009

UMNO / BN - Sudah Hilang X-factornya?????

Semasa DS Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih Presiden UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri daripada Tun Mahathir, beliau membawa label 'Mr.Clean'.

Rakyat ingin melihat apa yang DS Abdullah boleh deliver setelah Tun Mahathir membawa imej yang paling jelik ke atas UMNO dengan isu DSAI sehingga Terengganu tumpas kepada PAS pada tahun 1999.

DS Abdullah seolah-olah berjaya membawa imej Mr. Clean dengan bersandarkan pada 'Islam Hadhari'nya sehingga BN menang besar pada PRU11 2004.

Tahun 2004 hingga 2008 adalah tahun yang rakyat mula membuat judgement kepada UMNO/BN.

Bahkan rakyat mula memerhatikan performance BN dari tahun 1999 hingga 2004 lagi. Tempoh tersebut banyak memberi khabar buruk kepada beliau, apabila muncul watak baru iaitu Khairi, menantu kesayangannya.

Watak-watak lain seperti Patrick Lim juga mengerhanakan kerjaya politik beliau.

Event seperti Monsoon Cup yang menelan jutaan ringgit, pembabitan 'saudagar' daripada Kuala Lumpur membangunkan Pulau Wan Man dengan Masjid Kristalnya serta Pulau Duyung turut mencacatkan imej Mr. clean'.

Mr. Clean yang slow juga turut mencomotkan beliau.

Rakyat terus menghukum UMNO/ BN pada PRU12 2008 yang lalu sehingga 'tongkat keramatnya' iaitu 2/3 majoriti telaha ghaib.

Pada Mac 2009, DS Najib akan mengambil 'takhta' UMNo. Mengikut perancangannya beliau akan menjadi Perdana Menteri yang keenam.

Sebelum DS Najib menjadi Perdana Menteri, beliau telah menggalas beban yang amat berat.

PRK Permatang Pauh dan PRK Kuala Terengganu telah menjadi mimpi ngeri kepada beliau. Kes politik wang yang tengah hangat diperkatakan telah turut mencemarkan imej UMNO.

Pergolakan di dalam MCA walaupun sudah nampak reda tetapi masih lagi berkocak di antara Presiden dengan Timbalannya, dan saya menjangkakan akan berlarutan sehingga pemilihan calon untuk bertanding di PRU13 akan datang.

Pergolakaan MIC tidak berkesudahan selagi 'hayat' presidennya masih panjang. Begitu juga PPP dan Gerakan yang tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan BN, dalam erti lain tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan UMNO yang kelihatan terlalu dominan dalam BN.

Kelembapan ekonomi untuk bebrapa tahun yang mendatang sehingga hampir kepada PRU13, teramat berat untuk ditanggung oleh seorang Perdana Menteri yang baru.

Apakah rakyat mahu mengambil risiko dengan 'memberi' peluang kepada UMNO / BN menerajui sekali lagi dalam PRU13 akan datang tetapi akan menghukumnya di dalam PRU14 seperti dalam trend yang lalu?

Saya menjangkakan, rakyat akan menghukum UMNO / BN di dalam PRU13 akan datang dengan pencapaian kerajaan Pakatan Rakyat sekarang yang semakin performed walaupun media saban hari menyerang habis-habisan.

UMNO / BN telah terhakis X-factornya, InsyaAllah PRU13 akan menggambarkan rupa UMNO / BN yang sebenar kerana selama 51 tahun ia hanya di 'make-up' untuk 'make-over'.

PengRasuah Makhluk Perosak - Perosak Makhluk

Dah naik mual dah bila sebut pasal rasuah. Di dada akhbar pun sama jugak, rasuah mengambil ruang. Rakan blogger pun sama jugak, buat posting pasal rasuah. Ini menunjukkan gejala rasuah amat bahaya serta menjijikkan.

Negara boleh tergadai kerana rasuah. Rumahtangga bergolak, kehidupan tidak berkat. Keseronokkan hasil rasuah tidak seberapa, seronoknya hanya seketika, tetapi bahananya berpanjangan.

Bila kena cekup BPR dan sabit kesalahan di mahkamah, maruah diri, maruah keluarga, dan maruah organisasi yang diwakili hancur musnah. Akhir kehidupannya menjadi susah.

Pemimpin yang naik melalui rasuah, segala tindak tanduknya mencurigakan. Segala pengiraannya hanya berkisar bagaimana nak buat duit untuk dirinya. Persoalan halal haram sudah lama disisihnya. Segala keputusan ada kepentingan diri. Tentang masa depannya, keluarganya, bangsanya, negaranya dan Agamanya tidak diperduli lagi.

Adalah diharapkan pihak berkuasa, jangan pilih bulu, samada hang dari UMNO ke, hang dari PAS ke, hang dari PKR ke, hang dari DAP ke, hang pak menteri ke, hang engineer ke, hang cik gu ke, asalkan hang ni kaki rasuah, hangpa semua tidak berguna kepada Agama, bangsa dan negara kecuali hangpa bertaubat nasoha.

Thursday, January 22, 2009

'S.O.S' untuk UMNO..............

BN atau lebih tepat lagi UMNO telah mencari 'panic-button' untuk ditekan. Kalau mereka menekan 'button' tersebut bermakna mereka memerlukan SOS(save our soul).

Masalahnya siapa yang akan memberi SOS untuk menyelamatkannya?

Tidak lain dan tidak bukan UMNO memerlukan melayu untuk menyelamatkannya.

Melayu mana yang akan menyelamatkannya?

Selain melayu UMNO, ada lagi beberapa puak melayu di Malaysia.

Salah satu daripada puak itu ialah puak yang partinya bernama PAS.
PAS berjuang bukan untuk menyelamat melayu sahaja, bahkan dengan slogan PAS for All, PAS begitu komited untuk menyelamat semua bangsa. Kerana Islam didatangkan untuk kesejahteraan semua makhluk, maka perjuangan PAS adalah untuk semua umat manusia khususnya di Malaysia.

Satu cara untuk menyelamatkan UMNO, ialah melayu yang berada di dalam UMNO perlu pergi ke PAS, bukan melayu PAS pergi ke UMNO.

UMNO perlu ditinggalkan kerana ia sudah tidak relevan lagi dengan orang melayu.

Bahasa Melayu yang begitu sinonim dengan UMNO hanya menjadi siulan di waktu senja, sumpah pendekar untuk memperjuangkannya hanya menjadi retorik semata-mata.

Amalan politik wang di dalam UMNO sudah ke peringkat menjadi barah, suatu penyakit 'silent killer' yang akan menyerang ahlinya seperti api dalam sekam, hingga akhirnya membawa kepada maut.

UMNO sudah tidak tahu lagi bersusila melayu. Orang melayu yang penuh dengan kesopanan, penuh dengan senyuman dan penuh dengan daya penarik suatu ketika dahulu.

Tiba-tiba UMNO telah hilang daya penarik. X-factornya telah ghaib dengan tiba-tiba.
Masyarakat sudah mula menjauhinya. Kenapa orang melayu terutama remaja yang memenuhi saluran 4 dan 5 tiba-tiba sudah hilang kenyakinan kepada UMNO?

UMNO terlalu bersifat egois dan elitis. Mereka sudah lupa konsep berpersekutuan. Mereka boleh menggunakan kuasa mereka untuk memutuskan 'hubungan' antara pusat dengan negeri terutama negeri yang diperintah oleh pembangkang.

UMNO terlalu rakus untuk mengekalkan kuasa sehingga menggunakan seluruh jentera kerajaan untuk menghentam pembangkang samaada sebelum atau selepas pilihanraya.

UMNO yang terkenal dengan adab sopan, berbudaya timur tiba-tiba sudah hilang cita rasanya. Mereka sudah lupa mana satu budaya timur, mana satu budaya barat dan mana satu budaya Islam atau budaya timur yang tidak bercanggah dengan Islam.

UMNO sudah lupa apa itu halal, apa itu haram. Konsert yang melekakan masyarakat melayu samada secara 'live' atau di TV menjadi semakin galak penganjurannya.

Keperitan hidup anak pak tani, anak penoreh getah menyukarkan mereka ke menara gading. Di mana lagi pejuang melayu yang begitu segak serta gah dengan baju melayu bersampin songket serta bersongkok hitam tinggi, saban tahun berulang-alik ke PWTC?

Memang sahlah sekarang UMNO telah kehilangan X-factor, hilang daya penarik, hilang kasih sayang yang akhirnya diterjemahkan sebagai sudah hilang sokongan dari orang melayu.

Jadi UMNO, janganlah berdukacita, usahlah merenung jauh untung nasib badan, usahlah berdendam kesumat, jauhilah hasad dengki jika ada orang melayu sudah sama-sama berjuang di dalam PAS serta membuat ikatan setia dengan PKR dan DAP yang sama-sama berjuang untuk menegakkan keadilan.

UMNO perlu menerima hakikat ini.

Wednesday, January 21, 2009

INI SAJA YANG DI - - - - - 2KAN?????






INI SAJA YANG DI - - - - - 2KAN?????

Al-Faatihah Untuk Mu Pak Zaaba

Allahyarham Pendita Zaaba


Frank Swettenham

Dua personaliti yang tersohor dizamannya.

Frank Swettenham dikenang sebagai salah seorang 'ahli' di dalam penjajahan British di Tanah Melayu, manakala Allahyarham Zaaba dikenang sebagai
Tokoh Bahasa Melayu,
zaman berzaman.


Allahyarham Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai pendita ZAABA telah dilahirkan pada 1895 di Kampong Bukit Kerdas, Jempol, Kuala Pilah.

Arwah telah mendapat pendidikan formal dan Agama di Sekolah Melayu di Linggi dan menyambung persekolahannya di St. Paul Institution, Seremban dimana beliau merupakan anak melayu pertama menduduki 'Senior Cambridege Examination.

Arwah lulus di dalam peperiksaan pada tahun 1915 dan memulakan kerjayanya sebagai guru di Johor Baru (1916-1918). Beliau kemudian bertukar ke Kolej Melayu, Kuala Kangsar (1918-1923), ke Jabatan Pelajaran, Kuala Lumpur (1923), ke Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (1924-1939), Jabatan Penerangan, Singapura (1939-1942), School of Oriental and African Studies, University of London (1947 - 1951) dan ke Universiti Malaya, Singapore (1954 - 1959).

Allahyarham memiliki bakat yang hebat di dalam bidang penulisan dan merupakan seorang peminat setia kepada buku yakni membaca.

Kebanyakan hasil penulisan beliau terbit di akhbar tempatan dan 'journals' seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pangasuh and Majalah Guru.

Beliau juga menerbitkan beberapa 'monographic series' berkenaan Bahasa Melayu termasuk Pelita Bahasa Melayu yang sangat tersohor dan Elmu Mengarang Melayu.

Allahyarham ZAABA telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 1973 dan merupakan seorang anak kampong yang luar biasa yang telah berjaya meletakkan atau dinobatkan sebagai tokoh tersohor di dalam sejarah masyarakat Malaysia.
Terjemahan dari © 2000 Perpustakaan Negara Malaysia

Diandaikan mata pelajaran matematik dan sains diajar di dalam bahasa inggeris kerana untuk memperkasakan bahasa inggeris dizamannya, apa perasaannya?

Al-Faatihah untuk mu Pak Zaaba.

Teh-Tarik ........tinggi naik mamak







Para pencinta teh-tarik, kopi tarik, teh-cam, milo tarik dan apa-apa yang boleh ditarik-tarik, awas anda akan dikejutkan dengan kenaikan harga minuman itu untuk sekian kalinya.

Apa-apa jenis kuih-muih, 'sweetenized milk' dan apa-apa saja yang dikaitkan dengan gula pasti akan terlibat dengan kenaikan harga.

Menteri yang jaga bab-bab hal pengguna ni sudah memberi bayangan harga gula akan naik selepas Tahun Baru Cina nanti. Lapor mSTAR .

Saya menyeru anda yang penggemar teh-tarik supaya sama-sama kita mengubah budaya minum teh-tarik di kedai mamak atau warung.

Di negara maju sebelah sini seperti Jepun dan Australia, tiada budaya melepak di kedai mamak dan seumpamanya.

Apa kata kita minum air mineral atau 'green-tea' Jepun. 'Green-tea' dari Cameron Highlands pun ada.

Yang sebenarnya di dalam nasi sudah mengandungi kandungan 'gula' yang tinggi. Buah-buahan pun sudah mengandungi kandungan gula. Jadi saya rasa masalah kekurangan gula di dalam badan tidak timbul.

Tuesday, January 20, 2009

Marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Marahkan isteri bayi dibuang

Ada pepatah melayu menyebut, marahkan nyamuk, kelambu dibakar.
Kisah di Ampang lain pula, marahkan isteri bayi dibuang.

Kononnya sisuami mengesyaki isterinya berlaku curang terhadapnya. Berlaku sedikit pertengkaran, bayi tersebut dibuang ke dalam tong sampah berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa, awal pagi semalam.

Walau apapun samada curang atau sebaliknya sibayi itu tidak bersalah. Ia tidak berdosa. Ia dipelihara oleh Allah daripada segala noda dan dosa.

Begitulah apabila iman sudah nipis, maka segala tindak-tanduk didesak oleh nafsu imarah. Nafsu imarah menjadi subur apabila syaitan turut membajai serta menyirami dengan hasutan dan godaan.

Para ulama telah membongkar segala Hadith Rasullullah SAW, dan telah berpesan ulama kepada kita, iman hendaklah dibajai selalu dengan majlis ilmu.

Ia juga hendaklah dipagari dengan solat yakni fardhu dan perbanyakkan yang sunat serta diperisai oleh puasa sunat.

Ia juga hendaklah dibasahi dengan zikrullah seperti bertasbih,bertahmid dan bertakbir dan banyak membaca Al-Quran.

Dengan itu InsyaAllah pertimbangan manusia dibendung dengan iman daripada digoda oleh syaitan yang menyemarakkan nafsu yang buas.

Jangan Cemas......... Relaks.................

Kenapa perlu takut dengan kemenangan PAS di PRK P036 Kuala Terengganu. Terlalu awal untuk memperkatakan kemenangan itu sebagai penanda aras bagi pilihanraya Sarawak, tetapi kenapa TS Taib Mahmud semacam sudah mula rasa cuak. Lapor mSTAR .

Sereti saya katakan di dalam posting saya pada 18 November 2008, PAS Masih Relevan Di Terengganu .


Sunday, January 18, 2009

Pakatan Rakyat............Satu Harapan Rakyat

Pakatan Rakyat perlu mengambil iktibar, dulu,kini dan selama-lamanya, seluruh media pro UMNO/BN ingin memecah-belahkan Pakatan yang baru diikat, walaupun masih rapuh tetapi sudah mula menunjukkan tanda-tanda awal hendak mencapai sesuatu persefahaman.

Pemimpin PR samada PAS, PKR maupun DAP perlu bijak apabila dijolok oleh media tersebut. Mereka perlu matang menangani soalan-soalan provokasi politik.

Walaupun DAP masih belum jelas pendiriannya tentang Hudud yang diperjuangkan oleh PAS, namun semangat setiakawan yang ditujukkan oleh YB L.K.Siang, YB Teresa Kok didalam PRK P036 Kuala Terengganu baru-baru ini amat memberangsangkan.

YB Karpal perlu matang, kerana tindak tanduk beliau apabila dijolok oleh media UMNO/BN sentiasa tidak menguntungkan Pakatan Rakyat. Saya amat hairan veteran politician semacam dia boleh diprovoke dengan amat mudah. Cara beliau memberi jawapan menunjukkan ego beliau sebagai seorang peguam yang handal tetapi kurang kematangan di dalam menangkis soalan provokasi politik.

UMNO/BN lagi dan lagi melalui semua agensi samada jentera kerajaan seperti TV atau akhbar harian akan menyerang Negeri-negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Kelantan. Mereka akan mencari dan mensensasikan setiap isu atau 'create an issue'.

Mereka akan sentiasa menyerang PAS, PKR dan DAP sehingga pakatan rakyat hancur musnah konon.

Peranan bloggers mesti berani bangkit menangkis sebarang isu yang timbul. Selain akhbar tabloid PAS, PKR dan DAP, blog menjadi satu alternatif sumber berita.

Piliharaya Sarawak selepas ini menunggu gilirannya pulak.

BN berada di dalam tersangat cemas. Mereka akan menggunakan setiap kuasa, ruang dan luang untuk melenyapkan pakatan rakyat daripada lanskap politik Malaysia.

Namun Pakatan Rakyat tetap mengharungi onak dan duri ini. Nun di depan sana masih ada ISA, rasuah, penyalahgunaan kuasa oleh beberapa agensi kerajaan, ketidakadilan membahagi khazanah negara samada bebentuk projek di negeri-negeri Pakatan Rakyat, bantuan wang pada warga miskin, agihan rumah PPRT, peluang pekerjaan kepada rakyat, himpitan dan tekanan PTPTN kepada pelajar, kutipan tol dimana pemberian konsensi yang tidak adil, pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), tiupan angin perkauman apabila terbau kuasa yang sedia ada mula terhakis dan berbagai-bagai lagi.

Rakyat dah mula bijak serta celik politik, Pakatan Rakyat perlu bijak dan matang untuk meyakinkan mereka, bahawa Pakatan Rakyat mampu meneraju Malaysia.

Selamat Berjuang

Ego dah sebati dengannya.


Percayalah ego UMNO/BN tidak akan kunjung padam. Dah sebati zaman berzaman, dulu, kini dan selama-lamnya.

Walaupun rakyat sudah menafikan 2/3 majoriti di Parlimen, kekalahan di Permatang Pauh dan di Kuala Terengganu, namun ia hanya bagai mimpi di siang hari.

Apa implikasi keegoan mereka terhadap bangsa melayu dan Islam?

Orang melayu Islam tetap di takuk lama. Yang di kampong dan luar Bandar tetap dengan kemiskinannya.

Bagaimana mungkin seorang pemimpin rata-rata tinggal di ‘istana’ dan banglo mewah boleh memiliki hati nurani yang peka serta sentiasa runsing dengan rintihan rakyat.

Sifat pemimpin pertengahan yang hanya rapat dengan pemimpin atasan sudah menggariskan satu ‘batu sempadan’ menghalang rintihan rakyat.

Fenomena ini bersamaan dengan zaman British melanda Tanah Melayu dahulu.

Penyokong bawahan bersifat pengampu, langsung tidak ambil pusing hal rakyat.

Peringkat atasan, pertengahan dan bawahan saling ‘tunggang – menunggang’ untuk faedah masing-masing.

Penyokong bawahan memerlukan ‘pulangan’ yang lumayan untuk melonjakkan pemimpin pertengahan dan seterusnya sehingga pemimpin atasan. Fenomena yang dinamakan politik wang ini telah menjadi barah di dalam UMNO.

Akhirnya pemimpin yang diangkat adalah pemimpin yang rakus yang terawang-awang akar tidak mencecah bumi, jauh sekali menoleh keresahan rakyat.

Pemimpin yang diangkat adalah pemimpin yang hatinya kering, pantang bermasalahan dengan pembangkang, senjata paling ampuh ISA akan dihunuskan.

Peluang memfaraidkan khazanah Negara berselindung disebalik projek pembangunan berkisar hanya sesama kroni.

UMNO yakin rakyat melayu yang miskin terutamanya, kaum india yang daif, kaum cina yang tak terbela, UMNO serta rakan kongsi MCA dan MIC menjadi tempat pergantungan mereka yang tersebut.

Realitinya rakyat dah mula celik mata hati dan celik politik, mereka akan bangkit untuk membuat perubahan.

Pakatan Rakyat telah menjadi alternatif untuk mereka.

Tidak dinafikan wujudnya Felda, Felcra, MARA dll untuk membantu orang melayu, tetapi UMNO/BN sudah mula 'complacent' dan selesa dengan apa yang mereka buat. Lantas masing-masing berlumba untuk membesarkan tembolok mereka, dengan harapan rakyat dapat dikelabui dengan apa yang disajikan.

Jika UMNO/BN tidak mencapakkan ego itu jauh-jauh PRU13, akan menceritakan segala-galanya. Untuk mencapakkan ego tersebut bukannya sesenang menyebut a, b , c tetapi memerlukan kekuatan dalaman, hanya Islam jalan penyelesaiannya.

PR 2 - BN 0, MU 1 - BOLTON 0

Pakatan Rakyat 2 - BN 0 (Gol Pertama P044, Gol Kedua P036)

Manchester United 1 - Bolton 0 (Gol Berbatov)

Saturday, January 17, 2009

Parlimen Malaysia....Kami datang

Alhamdullillah bertambah satu lagi kerusi Pakatan Rakyat di Parlimen.

Tahniah Warga Kuala Terengganu. Tahniah PAS Terengganu. Tahniah PKR Terengganu. Tahniah DAP Terengganu. Tahniah Pakatan Rakyat. Tahniah YB Mohd Abdul Wahid Endut.

Kemenagan ini memberi satu indikasi yang amat bermakna bagi PAS Terengganu khasnya dan PAS pusat amnya.

Setelah dihimpit kiri dan kanan, depan dan belakang, berdepan dengan jentera kerajaan pusat dan negeri, namun semangat setia-kawan daripada rakan-rakan PKR, DAP dan sudah pasti para petugas PAS samada tempatan mahupun sahabat-sahabat PAS dari seluruh negara yang dah bersekang mata lebih kurang 2 minggu, amat berbaloi.

Segala perancangan UMNO/BN, hancur lebur. Segala wang ringgit yang ditaburkan hancur lunyai ibarat daun getah kering di gilis lori. Segala janji telah menjadi hampas ibarat menghisap tebu, habis manis sepah dibuang.

Kemenangan ini adalah kemenangan rakyat Kuala Terengganu tanpa sempadan ras dan kaum khasnya dan seluruh rakyat Terengganu amnya sesuai dengan slogan PAS for All.

Satu bukti rakyat menerima hakikat bahawa PAS perlu menerima konsep perkongsian kuasa sesuai dengan demografi rakyat Malaysia.

Kemenangan ini amat bermakna kepada PAS khasnya dan Pakatan Rakyat amnya dalam konteks PRU13.

Rakyat sekarang sudah bijak dan cerdik serta celik politik. Rakyat tidak mudah digula-gulakan dengan projek segera, janji manis para menteri dan segala momok keamanan negara terjejas jika memilih pembangkang.

Kerja mengadu-domba dengan niat memecahkan perpaduan Pakatan Rakyat adalah kerja sia-sia. Isu hudud bukan lagi satu isu yang perlu dipolitikkan. Ini tanggungjawab bersama diantara UMNO/BN dengan PAs dan seterus umat Islam.

Kerja 'sumpah bersumpah' adalah satu kerja budak-budak hingusan. Kerja tersebut menjadikan satu penghinaan 'keintelektualan' rakyat Terengganu khasnya dan Malaysia amnya.

Kemenangan ini memberi harapan kepada PAS untuk kembali memain peranan di hadapan.

PRU13 memberi satu harapan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Mungkin rakyat Terengganu membuat kesilapan semasa PRU12 dahulu, namun PRU13 akan menjadi medan untuk 'menebus' dosa lampau.

Sesungguhnya PAS Terengganu mempunyai tugas yang amat berat untuk menyakinkkan rakyat Terengganu selepas ini.

Perancangan untuk mengenalpasti muka baru menjelang PRU13 mesti bermula daripada sekarang. Peluang kerja untuk rakyat perlu dikenalpasti dengan buah fikiran sahabat didalam Pakatan Rakyat.

Akhir sekali, 'lembut' adalah kunci segala-galanya. Pendekatan yang lembut amat berbaloi untuk mengambil hati anak muda dan juga warga mas dari UMNO.

Tahniah PAS Terengganu.

Selamat Berjuang seterusnya.

Kembalilah kepada hak atau yang berhak......

Maka berkata-katalah sang perjuang hak orang-orang melayu di Negeri-negeri Perak dan di negeri-negeri 'bersekutu' yang lain.

Kononnya kembalilah hak orang melayu.

Kembalilah rezab melayu. Kembalilah ketuanan melayu.

Kalau anda semua betul-betul pejuang melayu, suarakan suara anda sekuat-kuatnya di negeri-negeri lain terutama di Johor dan Terengganu khususnya Pulau Duyung.

Di negeri-negeri lain, tanah tidak dikurniakan tapi dijual kepada orang asing.

Di Perak tanah tidak dijual tetapi dikurniakan.

Mereka yang dikurniakan di Perak itu adalah mereka yang berwarganegara Malaysia dan tinggal turun temurun di Malaysia.

Apakah si juara itu menafikan hak mereka sebagai warganegara Malaysia.

Kalau si juara tersebut bercakap di atas batas perkauman yang sempit, ini satu pertanda baik Malaysia akan menuju ke sebuah negara yang adil di mana semua kaum InsyaAllah akan terbela, tunggu PRU13 nanti.

Kempen Barangan buatan Malaysia...Satu retorik?

PM menganjurkan rakyat Malaysia membeli barangan buatan tempatan yakni buatan Malaysia.

Apabila Malaysia mengamalkan pasaran terbuka, maka pelabur asing berlumba-lumba untuk melabur di Malaysia. barangan luar negara mencurah-curah datang ke Malaysia di atas dasar perdagangan dua hala.

Maka akan wujud persaingan yang sihat di kalangan sektor pembuatan di Malaysia.

Mereka akan mempelajari apa itu sistem pengurusan berkualiti.

Mereka juga akan mempelajari apa itu perkhidmatan selepas penjualan.

Mereka akan mempelajari apa itu 'customer-orientated'.

Mereka akan mempelajari apa itu 'customer-satisfaction'

Mereka akan pelajari apa itu 'corrective and preventive action'

Mereka akan pelajari apa itu 'welfare of the workers'

Mereka akan pelajari apa itu 'a conducive, safe and healthy workplace'

Dan mereka akan pelajari bermacam-macam lagi 'management-tools' daripada syarikat luar.

Lepas itu baru mereka akan membuat penilaian sejauh mana produk buatan Malaysia berbanding dengan produk luar dari segi kualiti dan sebagainya.

Kita boleh berretorik dengan barangan buatan Malaysia.

Kita boleh berpatriotik dengan barangan buatan Malaysia.

Akhirnya pengguna sahaja yang ada kuasa mutlak membuat pilihan.

Friday, January 16, 2009

PRK P036 Kuala Terengganu.........Selamat Berjuang...Undilah PAS




Hanya ada 2 jam lagi waktu berkempen. Saya rasa kerja-kerja berkempen bagi kedua-dua parti dah pun reda. Bagi pemilih, mereka dah pun buat keputusan parti mana yang hendak diundi. Walau bagaimanapun, esok mesti buat rayuan terakhir sehingga jam 5.00 petang.

Bagi petugas PACA (Polling dan Counting Agent), sila masuk berehat dan tidur awal. Pastikan ketua PACA di semua saluran pergi awal ke saluran masing-masing. Kalau boleh bangkit awal, solat tahajud dan hajat sebelum solat subuh.

Tingkatkan keselamatan calon dan petugas-petugas semua. Pastikan pintu pagar sekolah dikunci tepat jam 5.00 petang untuk mengelakkan pengundi 'sesat'.

Penyokong yang menunggu di luar pagar sekolah tempat mengundi pastikan patuh kepada undang-undang dimasa yang sama jangan lupa mengingatkan kepada ketua counting agent yang keluar selepas pengiraan, membawa salinan Borang 14.

Selamat berjuang.

Undilah PAS

Thursday, January 15, 2009

PRK P036 Kuala Terengganu......Zikir Harimau Kejadian

Zikir atau ratib harian semasa PRK oleh puak harimau kejadian

i. Bersumpah oleh yang jenis sesumpah

ii. Projek mee segera oleh yang segera berjanji

iii. Kalau dulu-dulu, Selak kain oleh 'Abe Jak' kepada sang Puteri.
Kesnya ntah apa jadi. Sang Puteri cabut lari tidak berperi, kerana takutkan 'si-ikan pari'

iv. Kali ni tak berani pulak dia main isu ketuanan melayu, sebab dia perlu undi dari golongan bukan melayu.

v. Kes hudud, biasalah, sebab dia takut nak buat, nanti ramai yang politik wang dan yang suka ehem...ehem....kena rejam

vi. Pantang jumpa orang sakit, bayi baru lahir nak di'tahnik'nya, orang kemalangan, timpa bendera ke, jatuh motosikal ke, jatuh tangga ke

vii. Yang tak buat satu saja, berkhutbah sebab belum khatam lagi, tok guru dia pun tak pernah berkhutbah.

viii. Jadi tukang gunting rambut. Buka kelas karaoke. Pitchingnya ntah kemana, tonenya macam bergegar Pulau Duyung

ix. Akan diisytiharkan kononnya orang PAS dah tukar 'kapal' masuk ke kapal satu lagi. Akan ada kononnya dia bekas ahli PAS, berceramah memburukkan PAS

x. Berkain pelikat dan ber'T-shirt Pagoda', nak nunjukkan kaum paling humble di bumi bertuah Terengganu Bestari

PRK P036 Kuala Terengganu....Polling dan Counting Agent

Assalaamualaikum,

Sahabat-sahabat petugas PRK P036 Kuala Terengganu. Tepat jam 12.01 tengahmalam hari Sabtu 17 Januari 2009, tempoh berkempen dah tamat.

Bagi petugas-petugas PACA (Polling dan Counting Agent) yang akan bertugas pada hari mengundi 17 Januari, anda akan memikul amanah yang paling berat. Andalah yang akan menjadi benteng terakhir untuk memantau perjalanan piliharanraya kecil tersebut. Diharap anda masuk tidur secepat mungkin pada malam Sabtu tersebut supaya keesokkannya 17 Januari, anda akan segar bugar.

Saya berharap senarai petugas PACA telah pun dikeluarkan di setiap saluran pusat mengundi.

Biarlah Ketua PACA disetiap saluran menjadi orang yang sama sebagai Polling Agent dan Counting Agent.

Counting Agent amat penting, kerana merekalah yang akan bersama-sama SPR untuk membuat 'counting' yakni pengiraan sebelum penjumlahan di Stadium Negeri.

Seboleh-bolehnya letakkan Counting Agent orang yang jenis 'gedebe', kerana telah kerap kali SPR di Selangor dan lain-lain tempat bermain silap mata.

Seperti kata Prof. Hamirdin dalam postingnya yang lalu, jangan keluar bilik saluran sebelum Borang 14 ditandatangani oleh wakil parti dan SPR.

Check-List Peralatan yang perlu dibawa kedalam saluran mengundi:

i. Kad Pengenalan
ii. Surat Perlantikan daripada Wakil Calon
iii Pas dari SPR
iv. Pensil
v. Senarai pemilih yang terkini
vii. Pemadam
viii.Kertas Kosong A4.
ix. Air Mineral
x. Gula-Gula (Untuk hilang mengantuk)
xi. Hati yang bulat, serta mata yang terang.

Tentative Shift Petugas PACA:

7.30 pagi Ketua Polling dan Counting Agent (PACA) Mr.A lapor ke SPR di saluran yang terlibat.

8.00 ~ 10.00 pagi Mr. A (Ketua Polling dan Counting Agent)

10.00 ~ 12.00 tengahari Mr.B (Polling Agent Sahaja)

12.00 ~ 2.00 petang Mr. C (Polling Agent Sahaja)

2.00 ~ 4.00 petang Mr. D (Polling Agent Sahaja)

4.00 ~ Sehingga Kertas Undi di kira . Mr. A (Kembali bertugas sebagai Counting Agent)

JANGAN LUPA BORANG 14!!!!!!!PASTIKAN Peti Undi di Seal oleh SPR sebelum di bawa ke Stadium Negeri Untuk Perjumlahan.

Jikalau ramai petugas lagi bagus.

Selamat Berjuang.
Tengok Bulan, Ingat PAS

PRK P036 Kuala Terengganu....BTN Ligat Berkempen kat Pejabat Kerajaan

Baru balik dari usrah. Kepala rasa lega dan ringan. Lebih kurang empat bulan usrah kumpulan kami 'sejuk'.

Naqib kami baru balik dari Terengganu. Dia tolong berkempen kat sana. Orang tak kenal dia sebagai Ahli Parlimen PAS Hulu Langat. Dua kali dia kalah kat DUN Simpang Empat Perlis. Rezeki dia kat Selangor jugak.

Mengikut cerita dia, InsyaAllah Bulan akan terang benderang.

Sesampai saja kat rumah, ada sahabat dari Terengganu hantar SMS.
Seminggu dua ni, tak boleh bekerja katanya. Asyik kena attend majlis menteri. Semalam orang BTN (Biro Tata Negara) datang berkempen kat pejabat. Mereka dah terdesak teramat sangat.

Itulah UMNO, pejabat kerajaan macam pejabat UMNO. Terlalu bebal untuk membezakan mana harta kerajaan mana harta UMNO. Sampai bila keadaan semacam ni.

Wednesday, January 14, 2009

Semoga Bertambah KetaqwaanMereka Suami Isteri...Ya Allah




Selamat Mengharungi Gerbang Rumah Tangga.
Moga Kekal sehingga Akhir Hayat
Majlis yang paling meriah dan paling luas 'coverage' dengan bebrapa siaran khas dan langsung di dalam sejarah artis-artis di Malaysia

PRK P036 Kuala Terengganu.....Pakat balik ngundi belake



Lebih kurang 6000 pengundi Kawasan P036 Kuala Terengganu berada di luar Terengganu.

Saya merayu anda semua, pulanglah untuk menunaikan tanggungjawab anda.

Tengok bulan, Ingat PAS

Tuesday, January 13, 2009

PRK P036 Kuala Terengganu.......UMNO bertanya..Rakyat menjawab

Si Ayah: Siapa beli baju sekolah dua pasang? Jawab anak: Abah

Si Ayah: Siapa yang beri wang saku ke sekolah ? Jawab anak: Abah

Si Ayah: Siapa beli komputer kat rumah? Jawab anak: Abah

Si Ayah: Siapa bawak pegi jalan-jalan? Jawab anak: Abah

Si Ayah: Siapa hantar ke tuition? Jawab anak: Abah

Si Ayah: Siapa hantar dan ambik ke sekolah dan dari sekolah? Jawab anak: Abah

Si Ayah: Siapa bayar yuran sekolah? Jawab anak: Abah

Si Ayah: Abah baik ke tidak ? Jawab anak : Baik

"Saya nak tanya,

siapa buat dua masjid setiap tahun,

siapa yang bagi wang ehsan pada rakyat,

siapa buat ICT di masjid-masjid,

siapa buat macam-macam program tadika Islam JQAF,

siapa jadi juara keputusan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) lapan tahun berturut turut,

siapa buat lebuh raya,

siapa buat universiti Darul Iman," Tanya DS Najib. Lapor BERNAMA

DS Najib: UMNO baik ke tidak ?

Warga Kuala Terengganu : Ntah,bukan duit UMNO, duit kami.

PRK P036 Kuala Terengganu.... Berkata-katalah Kuda Kepang...

Kuda Kepang blog pendokong UMNO menyatakan di dalam blognya, undi kaum cina bukan undi penentu di dalam PRK P036 Kuala Terengganu.


Undi penentu adalah dari golongan warga pendidikan. Diantara lain berkata-katalah Kuda Kepang, ......."..........adalah dipercayai bahawa sebilangan warga pendidikan dalam Parlimen Kuala Terengganu dikatakan “tersinggung hati” atas beberapa sebab yang tidak perlu dihuraikan di sini."

Nah apa lagi, petugas PAS. Banyak lagi masa untuk mendekati cik gu-cik gu. Takkan tak tahu lagi apa isunya. Antaranya matematik dan sains diajar dalam bahasa inggeris untuk IMPROVE ENGLISH. Ehhhh........betulke english aku ni.

Hasbullah Pit pun ada juga menyatakan, Setiap Undi Adalah Penentu, Bukan HANYA undi 11% Cina.

PRK P036 Kuala Terengganu... Warga KT 'Tersenyum' Lebar...

Seperti biasa apabila sudah nampak tanda-tanda awal hendak kecundang, maka dengan nada selamba tanpa rasa segan dan malu UMNO akan mengeluarkan 'kata-kata hikmat' serta 'tongkat-sakti'nya.

'KATA-KATA' hikmat tersebut ialah:

"Ekonomi negara akan berada di dalam kehancuran dan negara akan berada di dalam kesusahan yang amat sangat jikalau perpaduan kaum tidak stabil", DS Najib berkata. Katanya lagi, " Tiada perpaduan bermakna tiada kesetabilan politik, tiada kesetabilan politik bermakna kita semua dalam kesusahan. Semua kaum akan berada di dalam kesususahan. Lapor NewStraitsTimes.

PAS tidak pernah bersikap perkauman. Malah PAS bersama PR sentiasa memupuk keharmonian kaum. PAS is for All.

'Senjata' inilah sentiasa dimainkan oleh UMNO/BN setiap kali pilihanraya semata-mata menakut-nakutkan kaum Tionghua dan India. Saya yakin kaum ini tidak akan takut untuk mengundi PAS kerana mereka dikawal oleh Perlembagaan, hak untuk memilih mana-mana parti politik yang berdaftar secara sah. Segala gertakan atau 'gempaq' jangan dihiraukan.

'TONGKAT SAKTI"nya ialah:

"Kerajaan berjanji akan membuat perubahan besar di Kuala Terengganu jika rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen kawasan itu 17 Januari ini", kata DS Najib. Beliau berkata lagi, "Kerajaan BN merupakan sebuah kerajaan yang mampu membuat perubahan untuk kesejahteraan rakyat berbanding PAS yang hanya tahu berjanji tetapi tidak mampu melakukannya." Lapor Utusan.

Beliau berkata lagi, "Rakyat negeri Terengganu bakal menikmati royalti hasil minyak mencecah RM3 bilion setiap tahun sekiranya harga bahan api itu naik di pasaran." UtusanOnline.

Warga Kuala Terengganu tentu tersenyum lebarkan.

Tengok bulan, ingat PAS



Babi.....dicipta bukan untuk dihinakan

Apabila ada orang membicarakan perihal babi, ramai orang mengangkat kening sambil melontarkan kata-kata dengan nada sinis, marah, jijik, hina dan sebagainya.

Ramai orang beri komen pasal tidak ada sensitiviti kepada Agama Islam maupun sensitiviti kepada kaum melayu.

Semua orang telah sedia maklum babi adalah salah satu makhluk ciptaan Allah. Haram memakan dagingnya serta bersentuhan dengannya dikehendaki samak kerana ia tergolong di dalam najis murollazah.

Babi tiada minta ia dilahirkan sebagai najis dan haram dimakan oleh orang Islam.

Ia tiada meminta dilahirkan untuk dihinakan.

Ia tiada meminta dilahirkan untuk dipolitikkan apatah lagi disensasikan.

Di dalam masa yang sama ada kaum lain di dunia ini menggemari memakannya. Adakah kita sebagai seorang Islam semestinya menghina sesiapa yang gemar makan daging babi.

Sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu di dunia ini tiada sia-sia.

Makhluk jenis manusia diberi aqal untuk mentadbirkan dunia ini. Dengan kepintaran berfikir serta ilmu dan kepakaran yang dipinjam oleh Allah kepada manusia, seharusnya manusia mengurus dengan mengawal sebaik mungkin agar makhluk yang dicptakan oleh Allah yang bernama babi ini tidak mencemari alam sekitar sehingga menjejas keselesaan orang Islam.

Seharusnya manusia sentiasa hormat menghormati antara satu sama lain, serta masing-masing hormat menghormati kepercayaan serta pengangan sesuatu kaum.

Sunday, January 11, 2009

PRK P036 Kuala Terengganu... Sebuah Sketsa

Ada suatu kisah. Tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang mati. Terdapat satu keluarga yang besar. Tahap pencapaian anak-anaknya berbagai-bagai. Ada yang menjadi ahli profesional seperti arkitek, jurutera dan sebagainya.

Ada juga yang masih remaja dan sedang berada di dalam alam persekolahan.

Ada yang masih di menara gading, sekali sekala pulang bersama keluarga semasa cuti semester.

Yang malangnya ada juga yang menagih dadah, minum arak dan membawa pulang teman wanita dan teman lelakinya saban malam di rumah kediaman mereka..

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun, fenomina tersebut berterusan.

Suatu hari ketika sedang berehat-rehat di ruang tamu siisteri berbisik kepada suaminya, "Bang, tengoklah si Along tu, kenapa dia berpelukan dengan teman lelakinya di depan kita. Tak tahu malu langsung"

Suaminya dengan penuh yakin menjawab, "Alah biasalah tu. Diakan dah besar panjang, belajar Universiti lagi"

Si isteri berbisik lagi, " Bang tengoklah tu si Angah, saya ingatkan tadi dia minum coca cola rupanya si air...." Belum sempat isterinya menghabiskan ayatnya, suami dia mencelah, "Alah, diakan dah belajar tinggi, kerja bagus lagi, lama kelamaan dia insaflah."

Tiba-tiba ada bunyi macam ada benda besar jatuh. Siisteri mencuit suaminya, "Bang si Ateh jatuh bang. Ada jarum ditangannya."

Si Busu anaknya masih di sekolah rendah menyampuk, "Abah, mak, Busu rasa nak cubalah dadah yang Ateh cuck tadi, sebab Busi rasa sunyi sangat."

Dengan pantas Si bapa berkata, jangan dicuba, bahaya. Mungkin Ateh kau tu runsing kot.

Setelah masa berlalu, tiba-tiba si ibu mencuit suaminya sambil berkata, " Bang mana si Alang?". Si Busu mencelah, "Oh dia kata dia tak sehat, tadi ada kat bilik tetamu." Kebetulan bilik tetamu bersebelahan saja dengan ruang tamu.

Bapanya mengganguk dan berkata, "Biarkan dia berehat." Si Busu semacam ingin berkata-kata sesuatu dengan mimik mukanya. Si emak terus bertanya, "Ada apa Busu?."

Si Busu menjawab, "Tadi Busu nampak alang ada bawak akak mana ntah masuk dalam bilik."

Si bapa dengan nada selamba berkata, "Jangan nak buat tuduhan melulu. Fitnah boleh membunuh tahu. Islam larang menabur fitnah."

Tiba-tiba kedengaran pintu bilik tetamu dibuka dan kelihatan si Alang hanya bertuala dan teman wanitanya berkemban menuju ke bilik air bersebelahan dapur.

Si ibu dengan nada protes dan cemas berkata, "Macammana ni bang. Ni dah melampau. Rumah dipenuhi maksiat."

Si Busu pun mencelah, "Abah. Dia orang dah tunjuk contoh yang tak baik ni. Abah buat diam je. Busu pun nak cuba jugaklah. Busu rungsing sangat. Boleh ke bah?"

Si bapa menjawab dengan nada konfiden, "Kau orang jangan risau dan bimbang. Dia orang dah besar panjang. Kita tak boleh menegahnya. Kita tak boleh memarahinya. Kita mesti berhemah dan berhikmah menanganinya demi kerukunan rumah tangga dan keluarga kita."

Si ibu dengan nada kesal mencurahkan perasaannya, " Tapi perbuatan ini dah bertahun-tahun macam ni. Saya tak tahanlah. Bukan hari ni aje dia orang berperangai macam ni."

"Jangan bimbang,' kata si bapa. "Abang akan panggil ustaz dari masa ke semasa buat ceramah agama dirumah kita. Si Ateh abang akan hantar ke pusat rawatan, lagi pun kita berduitkan.Tak guna hasil titik peluh kita, kita tak nak belanja kepada benda-benda yang berfaedah." "Si Angah abang akan beritau kepada kedai sebelah rumah kita, jangan jual minuman keras kepada orang Islam"

Moral kepada sketsa ini anda fikirlah sendiri.

Tengok bulan, ingat PAS