Followers

Wednesday, December 31, 2008

Ye ke? Ya lah Kamu je Pandai

Versi Ganu

Mereka akan ber-retorik, Rohok kalu pilih PAS.

Mereka akan ber-retorik, dok rok kalu pilih PAS.

Mereka akan ber-retorik, lapor kalu pilih PAS.

Mereka akan ber-retorik, ta dok 'bbangunan kalu pilih PAS.

Mereka akan ber-retorik, sesat kalu pilih PAS.

Mereka akan ber-retorik, sakik kalu pilih PAS.

Mereka akan ber-retorik, dok cerdik kalu pilih PAS.

Mereka akan ber-retorik, ppecoh melayu kalu pilih PAS.

Mereka akan ber-retorik, panda ccakak je kalu pilih PAS.

Mereka akan ber-retorik, dok panda nguruh kalu pilih PAS.

Mereka akan ber-retorik, ta dok suare kalu pilih PAS.

Ye ke?, ho lah mu je panda.

Akan berkata 'bomoh-bomoh', kali ini 'hantu' tak ada di Kuala Terengganu


Dikhabarkan Tok Mun tidak akan bertanding sebagai calon bebas dalam PRK P036 Kuala Terengganu. Samaada ia hanya gimik atau sahih, ia tidak membawa apa-apa petanda baik atau buruk kepada PAS.

Seperti telahan Prof.Hamirdin bahawa baca politik UMNO adalah betul. Saya amat setuju.

UMNO tetap akan meletakkan beberapa calon bebas untuk 'kacau-daun' kepada PAS. Akan muncul beberapa 'Tok Mun' lagi, selepas ini.

Barang diingat kekadang tak selalu perangkap yang sama akan menjadi. Akan tiba satu ketika senjata 'makan' tuan.

Pengundi di atas pagar akan sentiasa bertukar selera. Mual serta loya pengundi dengan taktik lama BN akan memberi 'advantage' kepada PAS.

Diantara 'off-side trap' yang sentiasa dipasang oleh BN ialah:

1. Penurapan jalan yang masih elok

2. Berguguran duit dari 'langit'

3. Perkampongan 'orang-orang besar' dari Kuala Lumpur, Johor, Selangor, Perak dll negeri, dengan tingkah laku yang tak pernah dilihat seperti memakai kain pelikat dan 't-shirt pagoda', hisap rokok pucuk bersama rakyat.

4. Akan bercakap pasal perpaduan melayu

5. Akan bercakap pasal keamanan

6. Akan bercakap pasal kepentingan bermuzakarah

7. Telah pun bercakap tentang kegagalan menjalani huhud sedangkan 'bola' di kakinya

8. Akan muncul banyak lagi badu-badut jelmaan Pewaris

9. Akan berkata mereka "Calon PAS tidak diterima rakyat" walau siapa pun yang akan diletakkan oleh PAS

10. Akan berkokoklah tok dalang-tok dalang setiap malam melalui 'wayang kulit' mereka

11. Akan berbuihlah mulut para-para sarjana jelmaan kayangan setiap malam

12. Akan berfatwalah tok syeikh-tok syeikh kesetiaan mereka.

13. Akan berkata 'bomoh-bomoh', kali ini 'hantu' tak ada

Warga Kuala Terengganu jangan lupa, railah demokrasi. Perlembagaan menjaga hak individu 21 tahun keatas dibolehkan mengundi waima anda nelayan ke, pegawai kerajaan ke, pekedai ke, peniaga runcit Kedai Payang ke, pengunjung Mydin ke, penjual dan peminat nasi dagang ke, penggemar laksam ke, pegawai Yayasan Ganu ke, amil MAIDAM ke, pengundi pos ke (tapi janganlah 'terlebih' sangat) dll.

Tuesday, December 30, 2008

Kematangan Berpolitik......


Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam perlu berfikir panjang dan matang apakah ada keperluan untuk beliau menubuhkan sebuah parti baru bagi membela kaum India di Malaysia.

MIC dah hampir menemui titik noktah di dalam PRU12 yang lalu, cuma masa dan ketika sahaja akan menceritakan saat kehancurannya.

Parti serpihan kaum India yang lain seperti Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) pimpinan Datuk S Nalakarupan, hanyalah umpama serdak marukku yang hancur, nak ditelan akan tersedak, nak dikunyah sudah lemau.

Salah faham yang timbul atau tidak puas hati perlu dibawa ke meja perundingan.

Janganlah sampai media BN mengeksploitasikan serta mensensasikan keadaan sehingga menggeruhkan PR. Tempias mungkin tak ditiup angin sampai ke Pantai Timur, tetapi ia menjadi satu topik yang boleh menggerut kening penyokong yang setia menanti PRU13.

DSAI mempunyai tugas berat dan segera di dalam menyelesaikan masalah pengkamiran ini.

Di dalam posting yang lalu, saya ada bangkitkan PR masih rapuh ikatannya, tetapi bukan mustahil ia akan menjadi kuat selari dengan tempoh masa.

Kematangan berpolitik kekadang mengambil masa tetapi jangan masa meruntuhkan kematangan berpolitik.

Monday, December 29, 2008

'Alam' Baru......

Ambil cuti rehat satu hari dapat lima hari cuti percuma. Bila tak pergi ke mana-mana boring jugak. Nasib baik budak-budak tak mengeluh, lagipun baru lagi bawa mereka beraya di Kuantan.

Anak no.3 akan balik ke Uitm hari Ahad ni. Yang no.4 pun sama gak, hari Ahad balik ke Univ. Tun Hussein Onn, Air Itam, Johor. Yang no.5 akan balik ke asrama minggu depan.

Tinggal kami bertiga dengan anak no.2. Anak no.1 bekerja kat UK, katanya nak simpan duit sebab nak kawin

Rumah kembali sepi.

Tiap malam isteri sebuk menjahit langsir, maklumlah nak dapat menantu pertama, InsyaAllah pada tahun depan.

Bapaknya balik je dari surau mengadap komputer. Dah masuk 'alam' lain sekarang.

'Alam' yang sentiasa menggerakkan minda anda.

Dah jadi rutin sekarang. Itulah 'alam blog'

Mungkin bila dapat cucu rumah makin gamat semula?

Sunday, December 28, 2008

Saya 'sokong' Ibrahim Ali......

Saya sangat sokong kenyataan Ibrahim Ali seperti dilaporkan oleh UtusanOnline.

Saya sokong dia sebab dia dah tak bengap lagi.

Saya sokong dia sebab dia pandai meramal.

Saya sokong dia sebab dia dengan ikhlas mengambil elaun Ahli Parlimen.

Saya sokong dia sebab dia mengaku PAS beri laluan kepada dia untuk bertanding di Parlimen Pasir Mas.

Saya sokong dia sebab dia sokong hudud dan suruh PAS laksanakan hudud walau pun PAS bukan majoriti dan tidak memerintah Malaysia.

Tak turun ke berkempen di PRK036 K/Terengganu?

Kalau anda dapat teka agak2 dia berkempen untuk BN atau PAS?

Selamat Maal Hijrah Kepada Semua Muslim

Hari ini 1429 hijrah telah meninggalkan kita. Awal Muharram datang lagi menandakan umur ku dah bertambah dah tinggal sedikit saja lagi baki kehidupan. Hanya Allah saja yang maha mengetahui bakinya.

Harapan ku dengan baki umur yang ada sedikit ini, aku dapat menambahkan amal ibadat ku kepadaNya, kerana kepadaNya aku akan kembali mengadap. Juga berharap dikurniakan sihat tubuh badan agar dapat memberi sedikit sumbangan keringat di dalam kerja-kerja menegakkan HaqNya.

Aku malu kepadaNya bila kembali nanti tiada apa yang dapat ku persembahkan. Aku dikurniakan sihat tubuh badan, masa yang agak panjang, tetapi Islam masih dipinggirkan.

Hukum hakamNya dipersendakan. Umat Palestin masih lagi bercempera bila Yahudi mengganas, umat Islam Irag seolah-olah tiada masa depan, Islam di Kashmir bagaimana?, masa depan Islam di Afghanistan terbela? Umat Islam selatan Thai terseksa lagi ke? Dan bagaimana umat Islam seluruh dunia di 1430 hijrah nanti?

Dengan sedikit lagi baki masa yang ada, aku berharap anak-anak ku berjaya melepaskan diri dari gerbang menara gading dan masuk ke 'alam dewasa'.

Aku khuatir jika mereka akan menuntut didepanNya nanti. Tiada kemewahan dapat ku beri hanyalah sekadar mereka dapat mengutip sebutir dua mutiara iman sebagai bekalan mengadapNya nanti.Kalaulah mereka dapat menghabiskan sebiji dua kitab sudah cukup menjadi saksi bila didakwa di mahkamahNya nanti.

Kepada ibuku, aku berharap engkau dilanjutkan lagi masa untuk mengadapNya, kerana aku belum cukup ilmu untuk mengurus mu bila tiba masa dijemputNya. Aku tak dapat membalas budi mu sehingga aku menjadi aku sekarang. Cukuplah jika aku dapat mengurus mu bila tiba masanya nanti.

Tiada daya dan upaya ku, hanya Engkau tempat ku bergantung harap agar Isteri dan anak-anak ku berjaya menghadapi ujian mu dan jadikan keluarga kami keluarga yang tahu bersyukur dengan ni'mat yang dilimpahi oleh MU YA ALLAH.

Aedes Membunuh

Demam denggi masih lagi penyakit yang boleh membawa maut berbanding dengan chikungunya. Tahun ini saja 106 dilaporkan mati akibat serangan denggi berbanding 97 orang pada tahun lepas.

Manakala chikungunya daripada 3,984 kes yang dilaporkan tetapi tiada yang maut.

Saya amat risau di Bangi, kerana ada jiran yang kena serang denggi, mengambarkan kawasan yang kami diami memang tempat nyamuk aedes membiak.

Kalaulah dapat kami bermuafakat mengadakan gotong royong membersih kawasan sekeliling, alangkah bagus. Mungkin dalam masa terdekat akan diusahakan untuk mengadakan gotong-royong, satu budaya yang telah lama hilang.

Teringat semasa di kampong dulu, setiap kali ada gotong-royong seperti mengangkat rumah dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan menggunakan buluh. Ramai yang terlibat, begitu juga banyak buluh digunakan. Saya hanya jadi penonton kerana masih kecil lagi.

Kaum wanita akan masak bubur kacang serta nasi gulai terung dan ikan gelama masin.

Tapi itu cerita 50 tahun yang lalu.

Saturday, December 27, 2008

PRK P036 Bantuan CPR dari Ezam untuk Wan Farid?????


Ezam satu masa dulu adalah 'kembar' kepada DS Anwar. Dengan lengguk semi 'sengau' amat petah berpidato. Dengan mengejut mengambil satu 'u-turn' dan menyelinap masuk ke dalam UMNO.

Cubaannya untuk menyemarakkan PRK Permatang Pauh, kecundang pada ujian pertama.
Ujian kedua bagaimana? PRK P036 Kuala Terengganu, kononnya Wan Farid menjemputnya untuk memberi bantuan 'CPR' (CPR - cardiopulmonary resuscitation). Sama-sama kita tunggu kotak mana yang belum dibukak lagi dan akan dibukak disana.

Beliau menghilang ke Jakarta kononnya dah jadi Pengerusi Yayasan Generasi Baru Nusantara (New Generation of Nusantara). Ada pejabat di Jakarta dan sedang bergerak dengan Sekretariat ASEAN dan beberapa NGO's untuk membentuk jaringan diantara anak muda dan beberapa pemimpin yang sedang naik di rantau ini.

Beliau masih berjuang untuk menghapuskan rasuah serta reformasi terutama di dalam UMNO.

Komen: Berat tugas tu, dah nak buka jaringan ASEAN pulak. niat untuk menghapus rasuah, amat baik tapi jangan diri sendiri terhapus sama.

Friday, December 26, 2008

Anai-anai dah bergelumang di dalam.........


Riuh satu dunia UMNO nak basmi politik wang. Mahathir berjanji nak bongkar seorang demi seorang mereka yang terlibat dengan politik wang, tiba-tiba dia kata tak cukup bukti.

Dulu yang jadi ketua disiplin UMNO kata dia banyak terima aduan mereka yang bertanding terlibat dengan politik wang. Tetapi yang kena ambil tindakan adalah orang yang cuba bongkar 'benda' yang tak 'betul' berlaku dalam UMNO. Dia digantung keahliannya tapi dah masuk PAS.

Sekarang dah mengeluh, rupa-rupanya tak ada fasal atau bab dalam kod etika yang boleh mensabitkan orang yang minta suapan daripada orang yang nak bertanding. Maka TERLEPASLAH orang yang meminta suapan.

Begitulah kalau berpaut pada dahan yang rapuh. Berpaut sana patah. Berpaut sini serpeh. Berpaut atas gayat, berpaut bawah dah penuh anai-anai.

"Politik Machiavelli" dan "Personality Assasination"

Ada orang berkata politik machiavelli dah bermula di P036 Kuala Terengganu. Ini di dasarkan keluar gambar bakal calon UMNO sedang berkaraoke. "Inilah dia "personality assasination", bagus untuk pengamal politik Machiavelli." katanya.

Ungkapan itu memang dituju khas kepada PAS. Tidak mungkin penyiaran gambar itu daripada UMNO. Tetapi tidak mustahil gambar tersebut hasil 'korekan' orang UMNO yang dah meluat dengan UMNO dan diberi kepada bloggers PAS.

Di Malaysia ni bukan setakat "personality assasination", bahkan parti yang sah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan pun nak 'dibunuhnya.'

Saban malam, media letronik milik mereka mengamalkan ungkapan "personality assasination" dan "politik Machiavelli" tersebut. PAS dihimpit kiri dan kanan, depan dan belakang. PAS tiada ruang dan luang untuk menangkisnya.

Walau apa pun, falsafah Machiavelli ini, 'matlamat mengharuskan cara' telah lama bersebati dengan UMNO, dimana pelbagai cara yang tidak bermoral dan sebagainya dianjurkan untuk mencapai matlamat yang dirancang.

Konsert dianjurkan di atas dasar kerja amal kerana nak kutip derma untuk anak-anak yatim, pesakit kronik dan sebagainya konon.

'Reality Show' berbentuk hiburan yang melalaikan yang tumbuh macam cendawan, turut mengamalkan ungkapan tersebut kerana pada akhirnya didermakan hasil duit penajaan kepada pertubuhan anak-anak yatim dan sebagainya.

Ya Allah tunjukkan kami yang haq itu haq dan dekatkan kami kepadanya dan tunjukkan kami yang bathil itu bathil dan jauhkan kami darinya. Amin.

Renungan di Pagi Jumaat

Sempena Maal Hijrah dalam dua tiga hari lagi, marilah kita sama-sama menanam azam, agar tahun baru hijrah 1430 kita dapat mempertingkatkan iman dan ketakwaan serta usaha memperjuangkan Islam dipertingkatkan.

Marilah kita sama-sama melakukan antaranya perkara-perkara berikut:

1.Marilah sama2 kita memerdekakan diri dari pemikiran sempit kepada keluasan dan kejernihan fikiran

2. Daripada pengabdian sesama manusia kepada pengabdian kepada Allah SWT.

3. Daripada kesempitan perkauman kepada keluasan prinsip Islam.

4. Daripada berputus asa, putus harap dan menyerah kalah kepada pengharapan keluasan nikmat Allah serta kekuasaanNya.

5. Daripada taksub kepada kesempitan ketuanan melayu kepada keluasan Islam untuk sekelian Alam

6. Daripada bergelumang dengan maksiat dimana keseronakan hanya bersifat sementara kepada mempertingkatkan ibadat dan kemanisan iman berterusan

7. Daripada najis dadah dan rasuah kepada kesucian sedekah dan kemurnian jariah

8. Daripada keegoaan tak kemana kepada ketundukkan serta patuh kehendak Illahi

9. Daripada anutan sekular memutuskan kehidupan dunia dengan Agama kepada pengtauhidan kepada Allah dengan Islam yang syumul yang membimbing dunia dengan Agama

10. Daripada mengejar dunia meninggalkan akhirat kepada mengejar akhirat mendakap dunia.

11. Daripada UMNO yang sempit ruang lingkupnya kepada PAS for All.

Thursday, December 25, 2008

Hudud......Rukun ......ke Berapa?????

Saya teringat satu ceramah agama oleh Arwah Ustaz Bunyamin dari Kelantan di Surau saya. Dia bercerita tentang Hudud semasa beliau berceramah di Kedah.

Semasa beliau berceramah dia perasan ada seorang Pak Haji tenung kat dia macam singa lapar.

Sebaik saja beliau habis berceramah, Pak Haji tu tanya Ustaz, "Hudud tu rukun Islam keberapa?"

Arwah Ustaz bertanya balik kat Pak Haji tu, "Tentu Pak Haji ada anak dan cucukan?"

Dengan pantas Pak Haji tu menjawab, "Anak 8, cucu 20".

Ustaz tu bertanya lagi, "Tentu mereka bernikahkan?"

Pak Haji dengan nada marah "Mestilah bernikah. Depa orang Islam kan?)

Ustaz mencelah, "Nikah tu Rukun Islam ke berapa?"

Pak Haji tu terus beredar untuk ambil wudhu'.

Pengajaran: Kalau nak sanggah pun, biarlah berilmu.

Sekadar Renungan......

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) hari ini menyokong tindakan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) yang akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia sekiranya meneruskan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik.

Saya tak faham kenapa mereka begitu degil nak mempertahankan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Mereka tak perlu malu nak tarik balik dasar tersebut malah mereka akan disanjung. Sebelum DS Abdullah berundur, buatlah sesuatu Datuk Seri. Sekurang-kurangnya nama Datuk Seri akan dikenang sampai bila-bila.


PETALING JAYA: "Saya bercakap isu itu dalam bahasa puisi. Apakah mereka ingin jemput saya ke pentas untuk berbahasa politik?," begitulah reaksi spontan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin ketika diminta memberi komen tentang tindakan pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengharamkan lagu puisinya 'Aku Bukan Musuh Harta.'

Satu ketika dulu lagu selimut putih diharamkan oleh RTM. Sepatutnya RTM turut meraikan satu hasil seni yang kreatif yang dapat memberi iktibar kepada pendengar, bukan dikongkong oleh fahaman politik yang sempit ibarat katak di dalam gelas, hanya memerhati dari dalam tetapi tak berani keluar untuk mencari realiti.

KUANTAN: Dua anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana dituduh meminta wang suapan RM2,000 daripada satu pasangan yang ditangkap sedang berada berdua-duaan pada Jun lepas.

Kpl Abdul Jalil Ahmad, 48, dan Lans Kpl Borhan Yusof, 49, didakwa secara rasuah meminta wang itu daripada Zilatul Lily Abdul Rahman dan Ahmad Asyraf Shakri sebagai dorongan untuk tidak menyerahkan kedua-duanya ke pejabat agama kerana kesalahan berdua-duaan di hadapan Taman Pertanian Sultan Ahmad Shah Kuantan di sini.


Kedua-dua perbuatan tersebut adalah perbuatan mungkar, yakni pasangan bukan mahram duduk berdua-duaan memadu kasih dan satu lagi ialah rasuah.

Itulah penyakit sosial. Rasuah dan 'coupling' masih berleluasa.

Berbagai-bagai penerangan dah diberi, saban minggu setiap malam jumaat ada forum agama, ibarat menadah air dengan baldi yang banyak lubang bocor, baldi takkan penuh selagi lubang-lubang tersebut tidak ditampal.

Pintu-pintu maksiat perlu ditutup, untuk menggelakkan bahaya lebih parah seperti perzinaan, bukan kita hanya mengelak lubang takut terjatuh kedalam. Lubang perlu dan mesti ditimbus.

'Prevention is better than cure'. Jangan kamu menghampiri zina. Pintu-pintu zina perlu ditutup.

BUTTERWORTH: Police have detained two suspects for raping a year-old toddler.
Seberang Prai Utara district deputy police chief Superintendent Mohd Shukri Awang said the two suspects, aged 30 and 16, were neighbours of the victim. They were picked up on Saturday night.

Nafsu kebinatangan. Gila. Nafsu syaitannya ber'cummulate' daripada persekitaran yang memang terdedah kepada kebangkitan nafsu syahwat seperti percampuran lelaki perempuan, pakaian yang terdedah sana, terdedah sini, terlondeh sana, terlondeh sini. Apabila naluri seks mereka memuncak dan tidak dapat bersama dengan pasangan sebaya dengannya maka dilepaskannya kepada bayi atau kanak-kanak, orang tua dan sebagainya.

Fenofena tersebut bukan boleh dielak atau dicegah seperti sesetengah orang berkata "dengan hanya mengelak lubang kerana takut terbabas,".

Lubang mesti ditimbus, bukan semua orang kuat imannya untuk mengelak maksiat.

Bukankah Nabi SAW berpesan "Apabila melihat kemungkaran, tegahlah dengan tangan (kuasa otoriti), jika tidak berkuasa, cegahlah dengan lisan (nasihat, dakwah), jika tidak berkuasa, bencilah di dalam hati, itulah selemah-lemah iman.'

Nabi SAW tidak menganjur umatnya mengelak maksiat seperti apabila memandu dan terjumpa lubang, elakkan saja lubang tersebut.

Anda mungkin tidak terpersok kedalam lubang tersebut, anda boleh jamin adik anda, anak anda, sahabat anda,emak bapak anda, bangsa anda tidak terpersok sama?

Ingat ujian Allah tidak memilih sesiapa.

GOMBAK: An African displayed the dark side of his Samaritan act when he held a woman captive for a week to satiate his sexual appetite after earlier promising to help her start afresh.

Kebanjiran 'awang hitam' akhir-akhir ini amat ketara. Kalau di Chow Kit dan Ampang Point memang menjadi tempat tumpuan mereka. Dulu di kolej swasta di Beranang berlaku pergaduhan antara masyarakat setempat dengan 'awang hitam' kerana 'berdengki' mereka ber'couple' dengan awek tempatan.

Hendak menyekat kehadiran mereka, bukan jalan penyelesaiannya kerana mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Pengawasan pihak berkuasa amat diperlukan untuk memastikan perkara-perkara yang tidak diingini seperti pengedaran dadah,rogol,rompak dan perbunuhan berlaku.

Corat-coret Hari cuti.

1. "Saya bukan tali barut kerajaan" - kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),
Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman.

Mana ada orang pakai barut lagi. Melainkan orang yang selalu sakit perut kerana
terlampau banyak najis.

2. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran kepada semua calon yang
bertanding pada pemilihan UMNO Mac depan jangan menjadikan pilihan raya kecil
Parlimen Kuala Terengganu sebagai medan untuk berkempen bagi jawatan dalam parti.

Mana boleh elak kalau dah semua bersekongkol disana Datuk Seri. Sambil nyelam
sambil minum air

3. Anggota veteran MIC dan bekas naib presiden Tan Sri M. Mahalingam telah dipecat
sebagai Bendahari Agung berkuatkuasa serta merta.

Ayo yo nanti tinggal sorang-sorang jugak. Akulah Presiden merangkap Timbalan,
merangkap Setiusaha, Bendahari dan mewakili semua ahli. Aku sorang jugak baik
punya.

4. PUTRAJAYA (Dec 23, 2008): The Perak government needs the approval of the National
Land Council (NLC) to award freehold land titles to new and planned villages,
says Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Tak bestlah cam tu Datuk Seri. Kalau kita tak mampu buat apa yang orang lain
boleh buat, jangan halang. Sama-samalah duk dalam NLC dah sahkan dan cadang pada
negeri-negeri lain supaya tiru Perak. Dok gitu Datuk. Orang Perak pun rakyat
Datuk seri gak.

5. KUALA LUMPUR (Dec 23, 2008) : MCA president Datuk Seri Ong Tee Keat says Datuk
Seri Dr Chua Soi Lek has asked to be recommended for a ministerial post after
winning the party No. 2 post.

Jangan pening Datuk seri. rekomenlah Menteri Wanita dan Perpaduan. Saya penuh
yakin dia mampu. Cayalah.

Wednesday, December 24, 2008

Hudud dan PRK P036 Kuala Terengganu

Setiap kali menjelang pilihanraya, samada piliharaya kecil atau umum pasti UMNO/BN akan menggunakan isu pelaksanaan hudud.

UMNO/BN akan menggunakan isu ini kerana mereka amat arif bahawa PAS tidak berupaya melaksanakannya, bukan kerana kekurangan ilmu atau retorik politik semata-mata atau tidak berkemampuan, tetapi tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerana PAS ber'handicapped'.

Mereka tahu kerana PAS hanyalah minoriti di dalam Pakatan Rakyat, bukan kerana PAS berdolak-dalik hendak melaksanakannya. Malah PAS sentiasa konsisten di dalam perjuangannya.

Mereka amat maklum jikalau PAS berada di pihak majoriti, sudah pasti PAS akan meminda perlembagaan dan melaksanakannya. Sebab itu UMNO/BN akan bermati-matian hendak melenyapkan PAS daripada lanskap politik Malaysia.

UMNO sebagai tunjang kepada BN sepatutnya menanggung beban melaksanakan Hudud. Sebagai pemerintah yang memiliki segala ruang dan luang, segala macam mekanisme, beban perlaksanaan Hudud terletak di bahu UMNO bukannya dibahu PAS.

Hukum perlaksanaannya terletak dibahu orang Islam yang berkuasa, yakni UMNO. UMNO menggunakan peluang 'handicapped' yang ada pada PAS, untuk menutup atau mengabui kaca mata umat Islam yang ingin melihat hukum Allah tertegak di bumi Malaysia.

Sebagai seorang Islam yang beriman kepada hari akhirat, tidak kira UMNO atau PAS, pasti ada kalau tak banyak, secumit harapan di lubuk hati kecilnya ingin melihat hukum Allah dimertabatkan di bumi Malaysia.

Bercakap pasal beriman kepada hari akhirat, tiada guna membuat provokasi dengan 'mencucuk' Husam dan Khairi. kalau betul-betul beriman kepada hari akhirat, kenapa tidak bersama-sama mereka memperjuangkannya. Ada blogger yang rasa dirinya dah tersohor mencabar agar melangkah mayat sesaorang untuk menegakkan Hudud

PAS mempunyai kewarasan untuk meraikan demokrasi. Tdak perlu langkah melangkah mayat sesiapa. Bukankah fardhu kifayah untuk mengembumikan mayat hatta mayat binatang sekalipun?

PAS Kelantan dan PAS Terengganu (1999) telah membuktikan bahawa Hudud perlu ditegakkan. Hanya halangan daripada Kuala Lumpur serta tiada kuasa (majoriti 2/3 diParlimen) untuk meminda Perlembagaan Malaysia membuat usahanya terbantut.

Dikatakan PAS tidak membawa kalimah Hudud di dalam manifesto PRU12 dulu. PAS membawa kalimah negara berkebajikan. Ini secara tersirat bagi yang ingin memahami atau sengaja tak mahu memahami atau jenis bebal untuk memahami, merangkumi semua yang berkait dengan Islam sesuai dengan kesyumulan Islam itu sendiri.

UMNO/BN mengambil peluang atau mengeksploit keadaan untuk melaga-lagakan pemimpin DAP, PKR dan PAS. Mula-mula Khairy 'menggeletek' Husam, lepas tu dicucuknya Guan Eng. Lepas tu diapi-apikan Karpal dan Kit Siang. Dicubanya mencabar DS Anwar Ibrahim agar memberi satu pernyataan tentang Hudud. Jangan harap, DSAI terperangkap didalam perangkap yang longgar lagi rapuh. Beliau mempunyai kebijaksanaan yang tinggi untuk diperangkap cara yang bukan anak jantan.

Lepas tu berlepas tangan, dengan harapan pemimpin PR bercakaran. Tak ubah seperti perangai syaitan menghasut supaya manusia minum arak, lalu berzina dan akhirnya membunuh, lantas syaitan tadi berkata, aku tidak suruh kamu berbunuh-bunuhan, aku hanya suruh minum arak, sekarang aku berlepas tangan daripada kamu.

Saya berharap samaada ulama PAS, pemimpin tertinggi PKR dan DAP cukup matang dalam mengharungi budaya 'mencucuk' ini terutama menjelang pilihanraya.

Memang DAP dan PKR mempunyai ideologi politik yang berbeza. Tetapi di dalam 'memerangi' kezaliman, ketiga-tiga parti tersebut ada persamaan. Masing-masing bersama-sama menentang kezaliman.

Memang masa yang panjang perlu diambil untuk memberi secukup penerangan kepada mereka. Hendak menegakkan Hudud bukan dalam sekelip mata. UMNO/BN memerintah 50 tahun lebih pun tak mampu nak memperkata atau memberi penerangan tentang Hudud melalui TV atau dijadikan kurikulum di sekolah, jauh sekali nak menegakkannya sebaliknya mempersendakannya setiap kali muncul pilihanraya.

Di dalam wacana yang diadakan baru-baru ini dikatakan Husam dan Khairy cuba mengelak apabila di'cucuk', digeletek dan diadu-dombakan dengan Hudud. Dikatakan mereka berjaya mengelak, kononnya seperti Bush.

Cantik tamsil pemuka-pemuka UMNO, hendak disamakan Husam dengan Bush.

Bush serta orang-orang yang 'sezaman' dengannya terutama di Malaysia memang selayaknya kasut berlabuh di muka yang bebal.

Yang sebenarnya mereka itu diibarat 'kasut' yang busuk yang dah terkena najis. Nak dipakai perlu dicuci atau perlu disamak, nak disimpan terlalu busuk dan mengotorkan rumah.

Rakyat di Kuala Terengganu perlu bijak dengan isu yang hanya muncul setiap musim pilihanraya. Mereka tak mahu dan tiada 'political will' untuk menegakkan Hudud walaupun kuasa ada di tangan, tetapi diperli, dicaci-cercakan orang yang serba kekurangan, tetapi mempunyai keazaman yang amat tinggi untuk memperjuangkannya.

Belum Boleh Berkempen Lagi lah UMNO!!!!!!

Ahli PAS, penyokong dan pendokong, usah gopoh-gapah nak tahu pasal sapa yang akan jadi calon P36 Kuala Terengganu.

Apa-apa pun, PAS tetap disokong melalui undi, tidak kira sapa jadi calon.

Sudah tentu, pimpinan membuat pilihan terbaik dalam soal ini.

PAS masih tidak umum kerana nak tengok kegelojohan UMNO menamakan calon terlebih awal dan malam tadi di TV9, A.Rahman Bakar dah promote calon UMNO dalam forum "Hujah".

Pada hal hari penamaan calon belum berlangsung lagi, kempen belum dibolehkan lagi,
tapi UMNO tetap 'boleh'. Merekalah yang memegang undang-undang konon.

Tuesday, December 23, 2008

Kesian Sesiapa Positif HIV

Ramai orang tak setuju ujian HIV ke atas bakal mempelai sepertimana dicadangkan oleh DS Najib.

Banyak NGO mengherdik cadangan MB Perak mencadangkan sesiapa yang diuji postif HIV di'quarantine'.

Saya amat setuju dengan NGO tersebut. Mereka juga manusia biasa yang mempunyai naluri untuk bekeluarga.

Kenapa sekat mereka?

Saya boleh uruskan sesiapa yang positif HIV dan yang sakit tenat kerana AIDS, meminang anak-anak gadis pejuang-pejuang NGO tersebut.

Kalau mereka tak ada anak, mana tau kakak-kakak mereka atau adik-adik mereka diperjodohkan dengan pesakit AIDS tegar atau yang baru diuji positif HIV.

TV boleh siar-langsungkan ke seluruh negara.

Anda hanya berpuas hati dengan Masjid Kristal saja ke?????

Pengundi bandar Kuala Terengganu yang bijaksana, masa anda menggunakan sepenuh kuasa yang ada pada anda akan menjelang tiba apabila tabir 2008 disingkapkan nanti. Gunalah segala kepintaran anda sebagai melayu muslim jika anda berbangsa melayu dan jika anda seorang cina fikirlah masa depan anda bagaimana?..

Terengganu dah 51 tahun bersama BN. Anda tengoklah sendiri apa yang ada di Terengganu berbanding di negeri-negeri lain. Di mana duit royalti dibelanjakan? Di mana duit ehsan di belanjakan? Di mana balak-balak 'haram' dilarikan? Di mana sistem pengangkutan awam di susun rancangkan? Bagaimana peniaga kecil di Pasar Kedai Payang di layankan? Bagaimana golongan 'pengateh teksi' diberi bantuan? Bagaiamana warga mas di'hunjuk-hulur'?

Di mana nak di bawa golongan remaja yang 'tercicir' sehingga 'merempit' untuk melepaskan perasaan.

Atau anda hanya berpuas hati dengan Masjid Kristal sahaja?

Monday, December 22, 2008

'Ahli Parlimen' PAS meramalkan PRK P36, BN menang

Pilihanraya kecil datang lagi. Rasa-rasanya baru saja PRK Permatang Pauh berlangsung, dimana calon PR dari PKR DS Anwar Ibrahim memenanginya.

Di dalam Pilihanraya Kecil yang lepas-lepas, ada juga calon pembangkang menang tetapi banyak yang kalah. Seperti PRK Teluk Pasu, Terengganu 80an, (PAS menang), PRK Limbongan dan Sg.Pinang, Kelantan 1991(S46 menang), PRK Lundang 1994, (PAS menang), PRK Gua Musang 1995, (S46 menang), PRK Pulai Chondong 1997 (PAS menang), PRK Teluk Intan, Perak 1997 (DAP menang), PRK Arau, Perlis 1998, (PAS menang), PRK Lunas, Kedah 2000, (PKR menang), PRK Anak Bukit, Kedah 2002,(PAS menang) dan yang paling terakhir ialah di Permatang Pauh (PKR menang).

Ketika posting ini dibuat, calon PAS untuk PRK P36 belum diumum lagi
Siapa yang akan menang?????
Ahli Parlimen 'PAS' Pasir Mas meramalkan BN akan menang.
Kenapa meramalkan BN menang sedangkan kamu bertanding atas tiket PAS?????
Kenapa tak umum masuk UMNO sekali??????
Tunggu PRU13, biar rakyat Pasir Mas mengajar kamu.

PRK P036, Kuala Terengganu menjadi penentuan antara PAS dan UMNO (BN). Mungkin calon bebas akan ada 2-3 orang lagi yang akan 'mengacau daun'. BN akan menaja mereka untuk meraih 200-300 seorang daripada yang di atas pagar sebagai undi protes. Terbukti di dalam PRU12 undi rosak lebih kurang 900 lebih. Amat mustahil di kawasan bandar pengundi tak tau mengundi sehingga menjadi rosak.

Untuk memujuk pengundi atas pagar amatlah rumit. Selalunya mereka ingin tahu apa kelebihan yang ada kepada PAS berbanding dengan UMNO dan seterusnya mereka hendaklah diyakini dengan apa yang PR boleh lakukan berbanding dengan BN.

Undi cina juga akan jadi undi penentu.

Jikalau Ketua Menteri P.Pinang, MB Perak dan MB Selangor dapat turun padang, keadaan mungkin menjadi sedikit kelegaan kepada pengundi atas pagar dan pengundi cina. Mereka akan dapat mendekati dan mendengar 'first-hand news'.

Apa-apa pun seperti biasa orang besar dari Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia akan 'berkampong' di Kuala Terengganu. Seluruh jentera Kerajaan akan dikerah. Duit akan berguguran di sana sini.

Alangkah bagus kalau PRK diadakan saban bulan di seluruh Malaysia. Projek di sana-sini, duit berguguran seperti daun getah luruh di musim kering, jalan diturap sana-sini, nescaya rakyat miskin tegar akan terbela.

Sunday, December 21, 2008

Sahlah Sudah Mawi-Ekin.........



Saya turut mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Mawi-Ekin, semoga kekal sehingga akhir hayat, bukan setakat anak cucu je. Saya turut meminatinya kerana dia seorang artis yang unik.

Mempunyai mutu bacaan Al-Quran yang bagus dari segi tajwidnya, makrajnya dan alunan lagunya.

Boleh melaungkan azan dengan lunak.

Bermarhaban dengan lengguk yang mengasyikkan.

Lagu'Kian' boleh memukau orang.

Semoga Mawi-Ekin tidak termasuk di dalam senarai artis-artis yang runtuh sudah 'istana-impian'.

Saturday, December 20, 2008

Pastikan makanan cukup, keamanan terjamin - Abdullah Badawi

Dalam sidang akhbar di Pejabatnya di Parlimen, DS Abdullah Ahmad Badawi berkata dua perkara penting yang diberi keutamaan pada tahun 2009 ialah memastikan bekalan makanan mencukupi dan keamanan terjamin. Beliau juga berkata, "Tidak boleh beli baju baru, tidak boleh beli kereta baru dan tidak tukar kusyen baru, tidak apa. Tetapi kita mesti ada makanan yang cukup untuk rakyat, itu amat penting sekali."

Sudah semestinya sebagai pemerintah yang bertanggungjawab kepada rakyatnya dan Penciptanya, mereka mesti memastikan beberapa perkara berikut:

i. Bekalan makanan asasi cukup dan harga berpatutan, semua lapisan masyarakat tidak
dibebani dengan harga yang melambung mahal. Jangan bila setiap harga barang
naik, baru nak buat cerita, "kita nak buka jelapang padi baru kat sini....kat
sana.....Ini bermakna tiada perancangan awal

ii. Menyediakan kemudahan asas seperti letrik. Kenapa tariff masih di takuk lama
walaupun harga minyak dah turun? Sebagai contoh, bil rumah saya (tiada air-cond,
hanya kipas setiap bilik anak2 dan 'iron' baju sekadar 3-4 pasang sehari) Tariff
sekarang 200 unit pertama @0.218sen = RM43.60
127 unit seterusnya @0.345sen = RM43.82
Jumlah = RM87.42

Bayangkan kalau yang ramai anak? Mungkin anda mampu tetapi bagaimana yang kurang
mampu?

iii.Menyediakan bekalan air bersih

iv. Memastikan keselamatan rakyat daripada musuh dalam dan luar. Banyak kes
rompakan, bunuh, rogol, colik, gejala sosial seperti penkid,lesbian, hiburan
melampau sehingga mencemaskan rakyat.

v. Mempastikan tahap kesihatan rakyat daripada wabak dan seumpamanya. Bukan
menggunakan kemudahan kesihatan sebagai satu 'komoditi' dengan men'sendirian
berhad'kan beberapa unit daripada hospital seperti IJN. Ingat sama rakyat
golongan bawahan perlu juga kepada IJN, cuba bayangkan rakyat marhaen yang
memerlukan pembedahan jantung. Tempahannya? Depositnya? Bayaran sepenuhnya?
Semua memerlukan duit yang banyak.

vi. Memastikan Sistem pembelajarannya mampu menjadikan anak-anak tahu
bertanggungjawab kepada Penciptanya, Pemimpinya, ibu-bapanya dan negaranya. Nak
pandai bahasa inggeris mesti ke belajar melalui sains dan matematik?

vii.Memastikan sistem kehakiman mampu mengadili rakyatnya seadil2nya. Biar dapat
menyakini rakyat bahawa sistem di Malaysia adalah adil. Rakyat terlalu sangsi
dengan beberapa perkembangan sistem kehakiman di Malaysia semenjak kes Tun
Salleh Abas.

viii. Bebaskan sistem penyampaian kerajaan (delivery system) bebas dari
rasuah.Dengan tertangkapnya beberapa orang 'top management' dari agensi-agensi
yang tersangat penting seperti PDRM, Imigresen, PUSPAKOM dll.

Saya kurang arif apabila DS Abdullah Ahmad Badawi berkata demikian, bagaimana beliau nak memastikan itu semua sedangkan beliau akan berundur pada bulan Mac. Mungkin dia sedang beri 'hints' ke DS Najib supaya memastikan makanan cukup dan keselamatan negara terjamin. Sekali dengar macam ada krisis makanan tahun depan.

Tetapi barisan pimpinan negara belum ditentukan lagi. Timbalan Perdana Menteri belum ketahuan lagi. DS Najib perlu membuat rombakan kabinet yg boleh menyakinkan rakyat. Jangan diulangi mengambil atau mengekalkan kabinet yang ada kes rasuah yang mana BPR tahu yang mana bersih atau sebaliknya atau mengambil yang dah 'expired' dengan 'recycle'kan mereka melalui 'senatorship'.

Friday, December 19, 2008

Budaya mengendeng orang-orang UMNO

Pak Lah merungut budaya mengendeng pemimpin di musim PRK atau PRU. Biasalah tu. Ni lah masa 'mereka' nak menerima habuan. Semasa kempen berebut jawatan dalam parti, pemimpin pun mengendeng pengundi kan?, Agar nama mereka dicalonkan. Biasalah tu. Memang dah jadi budaya dalam UMNO, tak de fulus tak de kerja.

Takde fulus tak de pencalonan. Tak de pencalonan tak de dapat jawatan. Sebab tu timbul politik wang, supaya ada fulus, ada pencalonan.

Banyak ditabur banyaklah pencalonan. Banyak pencalonan, dapatlah bertanding. Lepas tu tabur lagi. Banyak tabur banyaklah undi. Banyak undi, menanglah anda.

Bila anda menang mereka tadi akan mengendeng lagi bila tiba musim pilihanraya kecil. Itulah 'hydrological cycle' orang-orang UMNO

Di Mana 'Keprofesionalan' Kamu?????


Amat memalukan JKR, sebuah jabatan teknikal di Malaysia(satu lagi jabatan teknikal ialah JPS) bersikap tidak profesional.

Kerajaan negeri Selangor mempersoalkan kenapa Jabatan Kerja Raya (JKR) enggan menyerahkan laporan geoteknikal dan siasatan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) berhubung status keselamatan Bukit Antarabangsa yang mengorbankan 4 nyawa dan 14 buah banglo tertimbus ekoran tragedi tanah runtuh pada 6 Disember lalu.

Sebagai sebuah jabatan kerajaan, kakitangannya kena faham tentang 'government of the day'. Mereka kena beri kerjasama kepada mana-mana kerajaan yang memerintah, samaada ia BN atau PR.

Mereka adalah profesional. Mereka tentu lebih arif, dengan laporan tersebut, satu keputusan akan dijana dan mungkin dapat menyelamatkan ribuan nyawa dan jutaan harta benda di masa-masa akan datang.

JKR dan JPS adalah dua buah jabatan teknikal yang berautoriti untuk membangun sesuatu projek. Projek-projek seperti jalanraya, sekolah, bangunan kerajaan, jambatan dll termasuklah membuat soil investigation yang biasanya dijalani oleh JKR, manakala perkara-perkara yang berkaitan dengan hidrologi, seperti lebat hujan, 'flood level' untuk nak menentukan 'flatform level', tebatan banjir, hakisan pantai, river conservancy dll dilaksanakan oleh JPS.

Mereka ada kepakaran dengan berpandukan rekod-rekod yang lepas dan pengalaman yang lalu. Tetapi itu semua tidak memberi apa-apa makna kalau keprofesionalan mereka turut tertimbus di bawah runtuhan-runtuhan tanah.

Thursday, December 18, 2008

Malaysia Bolehland..................


Malaysia 'confirmed' boleh. Inilah hasil 'Islam Hadhari' Perdana Menteri yang bakal berundur. Filem "Histeria" memang akan menggemparkan remaja-remaja di Malaysia untuk berapa bulan seterusnya. Nurliana Samsuddin dan Sharifah Norazean, dua nama bakal meletup sedikit masa lagi.

Bercium sesama jenis, selepas ini akan menjadi budaya baru di Malaysia.

Baru saja Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa tentang 'penkid'. Ini semacam mencabar Majlis Fatwa secara halus dalam diam.

Apa-apa pun yang cuba di'tegak benang' yang basah sekalipun, saya percaya orang yang akan membangkangkan saya selepas ini, di hati kecilnya akan berkata "Ini bukan budaya kita."

Memang ini negara demokrasi dan ramai bercakap pasal hak asasi manusia. Ramai juga yang berkata Ulama hanya mengeluarkan fatwa apa yang tak boleh buat. Tetapi tak ada satu pun fatwa yang dikeluarkan apa yang boleh buat, berkata mereka.

Yang penting kita difardhukan menuntut ilmu, fardu 'ain dan kifayah.

Ramai anak bangsa kita dah cemerlang dengan ilmu fardhu kifayah, seperti perubatan, perakaunan, farmasi, geologi, geografi, kejuruteraan, arkitek dll dll.

Tanpa ilmu fardhu 'ain cerdik pandai tadi tidak dapat membawa diri. Tidak dapat memberi pertimbangan yang mana Islam larang dan yang mana Islam izin. Tanpa ilmu fardhu 'ain sesaorang tidak dapat mencari siapa dirinya, siapa Penciptanya.

Sesaorang akan bertindak mengikut seleranya atas alasan aku bebas. Ini hak aku. Aku tidak menggangugugat orang lain. Ini negara demokrasi. Inilah yang selalu diperjuangkan oleh Sisters in Islam. Liberalisasi di dalam beragama.

Yang menghairankan kenapa Pihak Penapis Filem yang terdiri dari bangsa melayu beragama Islam boleh terlepas pandang adegan bercium sesama jenis ini? Di luar jangkauan akal hendak memikirkan orang-orang di Penapis Filem ini boleh tergamak memikirkan perbuatan bercium sesama jenis, antara perempuan dengan perempuan perkara biasa. Mereka tiada anak perempuan ke?????. Saya tidak hairan dengan pengarah filem tersebut, kerana beliau adalah bangsa asing yang tiada hati perut, tiada perasaan untuk menyelami perasaan orang melayu dan orang Islam.

Mana dia juara-juara budayawan melayu?. Adakah ini budaya melayu baru?????

Prof. Dr. Hamirdin: SEMINAR BLOGGERS 20 DEC 2008

Prof. Dr.Hamirdin: SEMINAR BLOGGERS 20 DEC 2008


P036 KT, Apa yang ada di Kuala Terengganu?????

Wahai warga P036 Kuala Terengganu, boleh tak senaraikan 10 perkara kemegahan anda.

Saya akan senaraikan 10 perkara kemegahan warga kota Kuala Lumpur.
1. KLCC yang tinggi megah
2. LRT,Monorail,ERL yang cekap dan tepat pada waktunya
3. Warga kota peramah orangnya
4. Aman tenteram, tiada rompakan atau bunuh membunuh, rogol etc
5. Kaum perempuan yang sopan
6. Pemandu amat sopan, tiada cilok apatah lagi 'road bully'
7. Pak Menteri kami amat berhemah pakai Perdana V6 je
8. Semenjak lulus saja undang-undang berkait dengan rasuah, semua orang politik dah
insaf
9. Sistem lalulintas yang amat kondusif, pengidap darah tinggi boleh kurang, dah
terbukti
10.KLIA yang canggih-manggih, ada 4 bahasa lagi tau (Melayu,Inggeris,Cina dan Arab)

PAS for All


Islam mengharamkan arak,judi,zina,membunuh,murtad,rasuah,hiburan melampau sehingga leka kepada Penciptanya dan banyak lagi, tak lain tak bukan nak menjaga umatnya antara lain supaya berbeza daripada haiwan dan menjaga umatnya tau bersyukur menggunakan nikmat aqal dan segala pancaindera deria rasa dan bertanggungjawab kepada Pemiliknya.

PAS tetap berjuang untuk pengharamannya walaupun ada beberapa rintangan.

UMNO bagaimana?

Rakan-rakan daripada Agama lain seperti Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dll bagaimana? Kita hidup berbilang Agama, saling hormat menghormati kepercayaan masing-masing. Saling merai pegangan masing-masing. Adakah anda bersetuju perkara-perkara yang disebut di atas berleluasa sehingga masyarakat 'hancur' fitrahnya? saya jangka anda pun tak mahu generasi anda, generasi kita hancurkan?

Jom bersama PAS. PAS for All

Wednesday, December 17, 2008

RTM dah world class?????

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) mesti mengorak langkah jauh dengan berusaha ke arah meletakkan stesen itu setanding dengan stesen antarabangsa lain dalam penyampaian berita dan programnya, kata Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Katanya RTM perlu bersedia dari sekarang ke arah era baru, mencari jalan bagaimana membawa stesen itu kepada dunia dan dunia kepada stesen itu, seperti Perbadanan Penyiaran British (BBC). Baca BeritaHarian

Satu cita-cita besar. Syabas Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Selagi RTM di bawah ketiak UMNO, serta di dokong oleh pemuka-pemuka UMNO, saban malam memutarbelit berita, menyeleweng fakta, mensensasikan ungkapan keramat 'Ketuanan Melayu' (cuma Mat Taib sorang je kata tak ada ketuanan melayu, menghentam negeri-negeri yang diperintah PR, menganak-tirikan pembangkang, melekakan bangsa sendiri dengan hiburan selagi itu jangan mimpi nak setaraf dengan BBC, CNN, Al-Jazeera.

Fobia Serban

Serban di kaitkan dengan Agama Islam. Manakala 'turban' dikaitkan dengan Agama Sikh. Itu semua orang tau. Saya tak nak berhujah dari sudut hukum, tetapi dari sudut hak asasi manusia. Setiap orang ada kepercayaannya sendiri. Manusia di anugerah 'aqal untuk membuat pilihan mana yang haq dan mana yang batil.

Sedikit masa dulu ada dua pelajar dibuang sekolah kerana memakai serban. Bapa mereka membawa kes tersebut ke mahkamah. Saya tidak berhajat untuk mempertikai keputusan Yang Arif Hakim.

Semalam kaum Sikh di Perancis telah membawa kes ke Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu kerana seorang pelajar keturunan Sikh telah dibuang sekolah kerana memakai 'turban'.
Rujuk: The Sun


Begitulah kesedaran yang tinggi kaum Sikh kerana pengangan kuat mereka kepada agama mereka.

Pegangan kita kepada Islam bagaimana?

Dulu bawa duit 20 kilo.......sekarang bawa bahan 'porno' pula...

Suatu ketika dahulu Malaysia dikejutkan dengan seorang pahlawan yang gagah perkasa ditahan di Lapangan Terbang Australia kerana tidak mengistiharkan membawa duit 'cash' seberat kurang lebih 20 kilogram.

Beliau membuat kejutan lagi apabila menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO

Semalam satu lagi kejutan apabila beliau menyatakan tiada istilah atau ungkapan 'Ketuanan Melayu'. Saya kata kejutan kerana ungkapan tersebut sudah sebati dengan orang-orang UMNO. Satu ungkapan keramat yang menjadi pendiding daripada kehilangan 'kuasa politik' konon

Ungkapan tersebut tersangat kuat tarikan 'besi berani' sehingga seluruh pemuka-pemuka akan berteriak serta melalak.

Pada 21 Ogos yang lalu satu lagi kejutan seorang rakyat Malaysia di tahan di Lapangan Terbang Australia juga kerana menyeludup serta menyelinap bahan 'porno' remaja perempuan di bawah 18 tahun.

Begitulah hebatnya orang Malaysia.

Ke Gunung Tahan sudah
Ke Gunung Kinabalu sudah
Ke Gunung Everest sudah
Keliling dunia dengan kapal layar sudah.
Berbogel kerana tunjuk perasaan konon, nasib baik tak jadi.

Tuesday, December 16, 2008

Ketuanan Melayu Does Not Exist, Says Umno Info Chief


Ketua Penerangan UMNO yang juga calon Timbalan Presiden UMNO semalam berkata "Ketuanan Melayu (Malay Supremacy)" adalah semata-mata satu ungkapan yang manis atau lunak dan tidak wujud secara realiti.

Beliau memberitahu Sin Chew Daily, fokus yang sebenar bukan di atas istilah atau ungkapan itu sendiri,sebaliknya, ia adalah samada orang melayu atau bumiputra berupaya menterjemahkan apa yang mereka perolehi(belajar) dan menyumbangkan kepada masyarakat.

Beliau berkata lagi "Ia adalah satu kejayaan selagi orang melayu dan bumiputra dapat melakukan yang terbaik dan melaksanakan dengan cemerlang di dalam lapangan perniagaan, perkhidmatan dan lain sektor atau pun sebagai pekerja.

Beliau menekan lagi," "Ketuanan Melayu" dicipta oleh sesetengah orang dengan tiada diketahui motifnya. Ramai bukan melayu berasa bimbang kerana mereka berfikir istilah (ungkapan) tersebut adalah untuk mengawal lain bangsa. Itu adalah satu persepsi yang silap."

Beliau berpandangan "Dominasi Melayu" tidak ada kena mengena dengan "Ketuanan Melayu" yang juga menunjukkan ia bukan hendak mengawal lain bangsa.

Sebagai contoh beliau memberitahu pemberita: "Kalau di dalam sesuatu kampong ada sebuah klinik kepunyaan orang melayu dan ramai pesakit daripada bangsa lain datang berurusan, itu bolehlah dikatakan dominasi melayu di kampong tersebut. Sama juga apabila penduduk daripada segenap bangsa mendapati khidmat kepakaran yang disediakan oleh orang cina, bermakna cina telah mendominasikan tempat tersebut.

Beliau menambah, apa yang penting ialah samada melayu memiliki kekayaan ilmu dan keupayaan yang kuat untuk bersaing dengan yang lain.

Terjemahan daripada Sin Chew Daily 2008-12-15 15:38

Ulasan;

Itulah curahan hati seorang calon Timbalan Presiden UMNO dan jika ditakdirkan menang akan dinobatkan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dengan itu maka yang berdegar-degar selama ini ingin menjadi 'juara melayu' bolehlah berfikir sejenak samada ungkapan tersebut masih relevan lagi atau tidak.Mana dia GPMS? Mana dia PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia)? Mana dia

Beliau secara berlapik ingin mengatakan apa-apa pun adalah didasarkan di atas 'merit'.

Saya teringin sangat mendengar beliau mengulangi pernyataan tersebut semasa berkempen di PRK P036, Kuala Terengganu nanti. Adakah beliau berani mengulangi juga di Perhimpunan Agung UMNO Mac nanti? Kenapa Utusan tidak menyiarkan berita tersebut di muka depan? Adakah beliau akan membuat penafian selepas ini?

Posting Berkaitan :

Lagi lagi Ketuanan......geteknya

Chua Soi Lek takut 'Tuan' oh

Ibrahim Ali Yang Perkasa

Monday, December 15, 2008

Seminar : Memertabatkan Budaya Yg Hampir Pupus

Panggilan Bentang Kertas-Kerja

Seminar : Memertabatkan Budaya Yg Hampir Pupus

Tempat : Hotel 5 *****

Tarikh : Mac 2009

Di antara Kertas yang dah diterima;

1. Gamelan, semakin pupus oleh: Prof. Beng (Pakar Sejarah)
2. Nostalgia Cendol oleh: Prof. Ngong (Pakar Budayawan )
3. Baju Kurung : Fenomena Hari Jumaat oleh Prof Kang (Pakar budayawan)
4. Ronggeng, Joget Lambak dan Rap Satu Pengkajian Semula oleh Prof Kong (Pakar
Seni Halus)
5. Selendang Panjang & Kematian : Sinonim Yang Ketara oleh Prof Be (Pakar
Pakaian Tradisional)
6. Songkok – Topi Rap : Satu Persamaan oleh Prof Ngap (Pakar Budayawan)
7. Menara Gading : Kilang Siswa tidak berilmu oleh Tokoh Politik Dr. JO
8. Bersumpah Memertabatkan Jiwa oleh Prof. Ker (Pendakwah bebas)
9. Politik Wang Memperkasakan Bangsa oleh Tokoh Politik Veteran
10. Jala Mas, Tahi Itik dan Cakar Ayam : Satu Penjenamaan Semula Oleh chef Terkenal

Diharapkan ramai lagi Prof-prof melayu yang lain mengambil bahagian kerana sekarang hanya Prof Beng,Ngong, Kang,Kong, Be,Ngap, Jo,Ker saja yang sudah menghantarkan abstract masing-masing

Saturday, December 13, 2008

Rakyat Jadi Mangsa.......

Semasa harga minyak naik 70 sen dulu, ramai yang hampir terbeliak biji mata. Ramai yang percaya, itu masalah global. Dalam posting saya yang lalu saya dah kata pakar-pakar ekonomi, pak-pak profesor ekonomi yang selalu berbuih mulut bercakap pasal ekonomi orang melayulah, ketuanan melayulah dalam TV, konferens, seminar etc etc, takkan mereka tak boleh buat satu unjuran kenaikan harga minyak secara 'staggered'. Saya rasa mereka ni semua tukang angguk. Agaknya bila kabinet kata 'kita akan naik harga minyak 70 sen'. Pakar-pakar tadi pun menjawab 'elok sangat tu Datuk, ini masalah globalah Datuk'. Kerajaan pun naik harga minyak. Barang-barang pun naik. Bila harga minyak turun, harga barang tak turun, rakyat jadi mangsa.

Dulu Highland Towers, sekarang Bukit Antarabangsa. Besok? Lusa? Tulat? Tubing? Ntah berapa lagi nyawa, berapa lagi harta benda terkorban.


Di mana semua jurutera-jurutera di PBT? Dimana jurutera-jurutera di IKRAM? Di mana jurutera-jurutera di Pusat Tanah Runtuh Negara (Nasec) UiTM? Di mana prof-prof civil engineering di UTM, UKM, USM, UPM? Jangan jadi pak angguk kepada orang politik.

Orang politik (UMNO/BN lah tu), mereka sanggup bangsanya terkorban tapi dalam masa yang sama bercakap pasal ketuanan melayu berdegar-degar. Mana taknya, kalau mereka tak nak bangsanya terkorban takkan mereka sanggup berpolitik wang. Rasuah itu membunuh jiwa secara halus.

Sekarang orang dah bercakap pasal Akta Cerun perlu digubal. Kementerian Wilayah Persekutuan telah memutuskan sebarang pembangunan di kawasan bercerun melebihi 35 darjah tidak dibenarkan. Lihat Utusan.

Runtuhke tak runtuhke bukan pasal cerun semata-mata. Kalau di dataran landai pun bangunan boleh runtuh atau tenggelam. Ia berkait rapat dengan 'soil properties'. 'Soil investigation' ada buat ke? Mana 'borehole'? Mana 'bore log' analysis? Memang nak buat 'borehole' di kawasan tanah tinggi amat mahal. Tapi nyawa orang mahal ke fulus lagi mahal? Penilaian Impak Alam Sekitar ada buatke? Walaupun peraturan dah ada, penguatkuasaan ada ke? Kalau penguatkuasaan dah ada kenapa bukit digondol tetapi tiada langkah sampingan untuk mengelakkan hakisan seperti penanaman rumput dahulu sebelum dinaikkan tapak? Sistem perparitannya bagaimana? Selalu sistem perparitan di penghujung pembangunan. Biasalah tu. Sebab nak kejar 'progress payment'. 'Sediment trap' ada buat ke? Kalau buat kenapa kelodak boleh masuk ke dalam sungai, sehingga warnanya dah jadi teh-tarik mamak? Sehingga berlaku banjir etc etc etc.



Walau apa pun, jika unsur-unsur rasuah wujud, tidak beramanah, kejar dunia (sepatutnya tangkap dunia, kejar akhirat), pengguna akan merana. Nyawa akan terkorban. Harta benda akan musnah.


R - A - S - U - A - H


R - A - S - U - A - H satu ungkapan yang menjadi amat popular' di Malaysia. Satu ketika dahulu ungkapan tersebut hanya popular di Indonesia, Filipina dan beberapa negara dunia ketiga. Tersangat popularnya dia sehinggakan PDRM terpaksa memperagakan lencana 'Saya Anti Rasuah'. Anda jangan terkejut jika Perhimpunan UMNO Mac nanti, semua calon yang bertanding memakai lencana 'Saya Anti Politik Wang'.

R - rakus - A - angkut - S - sapu - U - usung - A - apa-apa - H - habuan.


Anda semua sudah maklum dan ariff apa itu rahsuah. Samada ia berbentuk wang, habuan seks,penyalahgunaan kuasa dan sebagainya.

Bagaimana ia boleh berlaku? Sudah tentu bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
Pemberi dan penerima mesti berkepentingan baru rasuah boleh wujud.

Islam mengambil pendekatan mencegah lebih baik daripada berubat. Al-quran dah berpesan 'jangan kamu mendekati zina'. Usahkan berzina, mendekati tempat-tempat penzinaan atau mukadimmah zina pun tak boleh. Ini bermakna segala punca-punca maksiat mesti dibanteras. Mesti wujudkan satu suasana yang tidak terdedah kepada maksiat.

Berbalik kepada rasuah, jika ruang-ruang untuk berasuah wujud sudah tentu rasuah pasti berlaku. Jika sesaorang memerlukan sesuatu perkhidmatan yang segera, berjumpa pulak dengan seorang pegawai secara berdua-duaan, maka sudah wujud satu ruang untuk melakukan rasuah. Sesetengah agensi mengwujudkan 'one-stop center', disamping memudahkan urusan perkhidmatan yang cekap dan segera tetapi sedikit sebanyak mengurangkan ruang dan peluang untuk berasuah. Ini amat sesuai diwujudkan di PBT dimana arkitek,perancang bandar,jurutera,QS tidak ada ruang dan peluang untuk membuat 'contact' dengan pelanggan, sedikit sebanyak mengurangkan rasuah.

Wujudkan 'progress payment' untuk kontraktor secara online, dimana banyak agensi kerajaan mengamalkannya, boleh mengurangkan 'contact' antara kontraktor dengan pegawai yang berkuasa disamping melancarkan sistem penyampaian.

Wujudkan sistem rakaman setiap kali lembaga tender bersidang atau menjemput pegawai BPR sebagai pemerhati. Kurangkan campur tangan politik di dalam setiap urusan.

Kontrak secara 'nego' hendaklah mendapat tapisan BPR.

Akhir sekali kalau kita betul-betul beriman kepada hari akhirat, nescaya rasuah tidak wujud InsyaAllah dan BPR mestilah di letakkan di satu tempat yang sebebas bebasnya.

"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar hanya kepadaNya kamu berserah"
(Al-Baqarah: 172)


Friday, December 12, 2008

UMNO Terdesak P36, PAS Jangan 'Silap'

Selera pengundi Negeri Terengganu amat berbeza dengan jirannya di Kelantan mahupun Pahang. Kelantan telah membuktikan pengundinya menolak ketepi soal remeh temeh, taksub kepada semangat kenegerian.

Ini telah dibuktikan Dr. Daeng Sanusi Mariok yang berasal dari Johor telah dipilih oleh pengundi-pengundi Rantau Panjang selama dua penggal. Diikuti dengan Hj. Mat Sabu pernah menang di Kubang Kerian. Sallahuddin Ayub, Dr.Hatta Ramli dan Ust Nasharuddin Mat Isa masing-masing orang luar tetapi mendapat tempat dihati pengundi orang Kelantan. Pengundi Kelantan amat bijak, mereka memilih orang yang boleh membawa mesej di Parlimen. Yang peliknya kalau di Universiti semangat kenegerian amat menebal, sehinggakan kebanyakkan daripada mereka hanya berkawan sesama sendiri.

Pengundi Terengganu amat berbeza. Mereka amat 'memilih' calon-calon yang mewakili mereka. Allahyarham Dato' Onn pernah bertanding di Kemaman mewakili parti negara, tetapi di'tolak' oleh pengundi. Sdr. Subki Latif pernah juga bertanding di Kemaman pada tahun 1982 dan mendapat nasib yang sama, diikuti oleh Hj.Mat Sabu pada PRU12.

Semangat kenegerian orang Terengganu rupanya lagi menebal daripada orang Kelantan. Di dalam PRU12 900 lebih undi rosak menceritakan segala2nya. Walaupun Hj.Mat Sabu hanya kalah sekitar 600 lebih undi, dan nenek 'glamour' pun mendapat undi yang hampir sama dengan Hj.Mat Sabu, jikalau nenek 'glamour' tak bertanding pun belum tentu Hj.Mat Sabu boleh menang.

Dari segi kelayakan memang Hj.Mat Sabu layak untuk bertanding dimana-mana. Adakah PAS ingin mengambil risiko mempertaruhkan beliau?

UMNO memang terdesak untuk memenangi PRK P36 ini, kerana DS Abdullah Badawi sudah tentu mahu namanya sedikit dikenang sebelum menyerahkannya kepada DS Najib.

Kekalahan di Permatang Pauh mencalit arang ke semua pemimpin UMNO terutama DS Najib yang menjadi pengarah piliharaya kecil Permatang Pauh dan bakal menjadi Perdana Menteri lagi.

UMNO akan 'all-out' kali ini untuk memberi keyakinan kepada pengundi menjelang PRU13 setelah 'malu besar' dalam PRU12.

UMNO Terengganu juga terpaksa berhempas pulas terutama Dato' Ahmad Said yang menjadi Menteri Besar ikut 'pintu belakang'. Beliau akan membuktikan perlantikannya bukan kerana 'fluke' tetapi kerana 'skill'nya yang hebat.

PAS tidaklah seterdesak UMNO, kerana jika menang pun masih tidak dapat menguasai parlimen 'setakat' ini (tunggu apa strategi DSAI Tahun 2009) tetapi dari segi psikologinya kemenangan nanti dapat menyuntik semangat ahli PAS Terengganu dan dapat membuktikan PAS masih lagi dan tetap relevan di Terengganu, tanah tumpah darah ku. Apa apa pun PAS perlu menang untuk mengekalkan momentum menjelang PRU13 nanti.

Atas dasar itu UMNO dan PAS inginkan kemenangan. Saya tidak berminat untuk mengspekulasikan siapa calon UMNO. Yang penting PAS jangan buat 'blunder' memilih calon. Pengundi atas pagar sudah beri isyarat dengan 'merosakkan' undi mereka kerana menolak calon dari 'luar' semasa PRU12 baru-baru ini. Amat tidak logik dalam pilihanraya umum undi rosak sebanyak 900 lebih didalam kawasan Parlimen 'elit' P36 Kuala Terengganu.

Jika pendokong dan penyokong totok PAS di Wakaf Mempelam dan Batu Buruk dapat mengekalkan undi mereka dan dapat melebihkan lagi majoritinya, Kawasan Ladang dapat menarik pengundi atas pagar, maka kawasan Bandar merupakan kawasan penentu. Di sinilah faktor calon memainkan peranan yang lebih. Jika calon PAS 'menjadi' dan calon UMNO 'tersilap' maka alamat UMNO akan balik 'awal'.

Apa-apa pun saya tetap memilih PAS dengan calonnya Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok sebagai calon Parlimen P36 Kuala Terengganu.

Saman jangan tak saman


Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Setajam-tajam pedang belum tentu membunuh, tetapi setajam pena boleh membinasakan sejuta nyawa.. Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok telah memfailkan saman fitnah berjumlah RM30juta ke atas Utusan Melayu Sdn Bhd. dan Pengerusi Insitut Akhbar Malaysia, Datuk Chamil Wariya lapor mStar.

Rakyat bijak membuat penilaian, jangan cuba menggunakan kepintaran menulis serta mempunyai ilusi yang tinggi dapat me'mesmerised'kan ramai orang.

Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar?????

Lazimnya sesuatu kawasan samada di cerun bukit, tanah tinggi atau di mana saja yang hendak dibangunkan mengikut saiznya, Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) akan dimajukan kepada pihak berwajib untuk mendapat pertimbangan untuk diluluskan.

Jika anda masih ingat semasa Empangan Bakun hendak dibina, Laporan EIAnya tidak diluluskan. Perkara itu berlanjutan ke mahkamah. Tetapi kata-kata keramat daripada seorang pembesar negara ketika itu lebih kurang "kalau macam ni susahlah...macamana nak adakan pembangunan..."

Saya amat bersetuju apabila DS Najib bakal Perdana Menteri berkata "... apa yang penting ialah jangan membenarkan sebarang pertimbangan komersial pembangunan untuk mengaut keuntungan hingga mengetepikan soal keselamatan dan langkah penjagaan alam sekitar. Kita lihat apabila satu-satu kawasan itu mempunyai nilai yang tinggi akan timbul tekanan daripada pihak pemaju untuk mengemukakan cadangan pembangunan yang pada akhirnya membawa kemudaratan kepada penghuni rumah berkenaan".:UtusanOnline

Saya percaya semua rakyat Malaysia berharap agar jangan ada campur tangan politik didalam sesuatu perkara yang melibatkan ulasan teknikal daripada Agensi-agensi Kerajaan. Kalau bakal-bakal menteri di bawah pimpinannya mengambil iktibar di atas keruntuhan demi keruntuhan, banyak nyawa terkorban, banyak harta benda musnah, rakyat keluh resah dengan keadaan yang tidak selamat, sudah tentu trajedi seperti itu InsyaAllah tidak berulang.

Berapa banyak bukit dah gondol. Berapa banyak lereng bukit dah ditarah. Berapa banyak balak dah dilanyak. Akibatnya sila tanya Prof. Dr. Hamirdin.

Kalaulah rakyat bijak menterjemahkan kegagalan 'mereka' mengurus serta mentadbirkan negara dengan baik didalam bentuk undi, maka PRU13lah medannya.

Thursday, December 11, 2008

Kuala Terengganu Panas Di Dalam Kesejukkan

Bandar Kuala Terengganu amat ketinggalan dari segi pembangunan berbanding dengan bandar jirannya Kuantan dan Kota Bharu. Kalau diukur dengan 'bangunan' yang ada sebagai kayu pengukur. Itu pun yang selalu diperkatakan oleh UMNO/BN, pembangunan, pembangunan, pembangunan, walaupun istilah pembangunan itu masih luas ruang lingkupnya untuk dibahaskan.

Hotel-hotel taklah sebanyak Kuantan dan Kota Bharu. Pasar Kedai Payang yang tersohor dengan kain batik dan keropok tak berubah dari zaman Wan Mokhtar lagi. Baru sekarang ada dibina sederet bazar di depan Pasar Kedai Payang.

Hairan ye, wang royalti minyak dikecapi semasa zaman Wan mokhtar lagi, kemana pergi wang itu. Sepatutnya Kuala Terengganu boleh dibanggakan oleh UMNO Terengganu, dengan wang sebanyak itu, bandarnya boleh mendahului JB, Ipoh mahu pun Shah Alam.

Bangunan bekas panggung wayang berhadapan dengan bangunan PERMINT menjadi 'eye-sore' pada pelancong. Saya sempat berborak dengan seorang pelancong dari Jerman semasa PRU12 dulu. Beliau berkata " I dont like PAS becoz, I couldnt buy land for my bungalow". "But now under UMNO, It's no problem". Beliau berkata lagi "I feel safe in Terengganu compared to Kuala Lumpur." Saya mencelah "You'll feel more safe under PAS". Beliau mengangkat kening semacam perli kat saya "Really?"

Tetapi Kuala Terengganu ada pantai cantik. Tetapi itu kurniaan Allah SBT, bukan UMNO/BN yang bikin.

Ada khabar dari Kuala Terengganu, Ali Rustam akan berkampong di Wakaf Mempelam. Adalah diharapkan pengundi di Kuala Terengganu dapat berfikir dan mengundi dengan bijak, jangan kerana benci kat UMNO, tetapi dalam masa yang sama takut nak beri undi kat PAS, langsung dirosakkan undi. Jika anda ingin Malaysia ditadbirkan oleh PR, undi anda adalah untuk PAS.

Wednesday, December 10, 2008

Aayyaaa Latuk

"Tidak ada bukti jelas menunjukkan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabngsa pada Sabtu lepas berpunca daripada kecuaian manusia," kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Chuan hari ini.

“Kalau keruntuhan ini berpunca daripada kecuaian manusia, pasti ia berlaku sejak awal selepas setahun dua rumah dibina tetapi kawasan perumahan di sini dibina sejak 15 tahun yang lalu,” katanya lagi.Lapor Harian Metro

Helo Datuk, pasangan yang dah berkahwin mengambil masa kurang lebih 9 bulan baru dapat anak. Tu pun ada yang dah kahwin beberapa baru dapat anak.

Kalau bukit digondol, bukan jam tu dia runtuh Datuk. Tolonglah tanya sikit penasihat Datuk. Datuk tu menteri, bukan guru kelas dewasa zaman Allahyarham Tun dulu. Jangan cerdik sangat, nanti ramai orang bodoh tak boleh ikut Datuk.

Kita ada IKRAM. Kita ada ramai pakar dalam negara. Kita ada JKR. Kita ada JPS. Cuma kepakaran mereka dibatasi oleh kecerdikan Datuk dan rakan-rakan yang seangkatan dan sewaktu dengan Datuk. Aayyaaaa Latuk.

Janji Seorang Datuk.


Berbanggalah rakyat Melaka kerana tidak berapa lama lagi satu Studio Perfileman akan diwujudkan. Itu janji Datuk Shah Rukh Khan. Itulah harga sebuah gelaran. Apakah implikasi disebalik terbinanya studio perfileman nanti? Kalau dikaitkan dengan maksiat, ramai cerdik pandai akan melenting. Ramai yang akan marah. Perkataan maksiat cukup fobia. Macam-macam akan diperkatakan nanti. Ramai yang akan bertanya, apakah alternatifnya kalau di'haramkan' pembinaan studio tersebut.

Kekadang yang menyokong Islam pun selalu bertanya, apakah alternatifnya kalau semua benda diharamkan. Nanti ramai akan berkata berdakwah mesti dengan hikmah. Ramai cerdik pandai akan memperkatakan uslub berdakwah, macam-macam lagi.

Saya tak tahulah pulak apa Nabi SAW beri minuman alternatif selepas arak diharamkan. Tak mungkin Nabi SAW tidak menyebut perkataan neraka semasa zaman dakwah Baginda SAW.

Apabila zina diharamkan jangan tanya Nabi SAW atau tanya apa pulak alternatifnya yang Islam boleh 'offer' untuk mengelakkan remaja berzina, orang dewasa berzina.

Apabila Nabi SAW berbaiah Aqabah, Nabi tidak menyentuh orang perempuan. Takkan nak kata Nabi SAW tidak berhikmah semasa berdakwah kot.

Tuesday, December 9, 2008

Bersalam Lelaki Perempuan Di Bolehkan' ...Malaysia Boleh

Di Malaysia masyarakat melayu Islam sesetengahnya dah jadi macam satu budaya bersalaman lelaki dan perempuan bukan mahram. Sesetengahnya lelaki yang menghulur dahulu tangannya, disambut oleh perempuan, apatah lagi bila perempuan yang menghulur dahulu, laju je lelaki menyambut. Tak nak aibkan muka dia orang, katanya. Dakwah mesti dengan hikmah katanya

Kalau di Majlis Konvokesyen Universiti, mahasiswa berkeadaan dalam dilema, antara hukum dengan adat. Saya pernah pergi ke Majlis Graduation anak di Australia. Pihak universiti menghendaki mahasiswa mengisi borang graduation. Disamping butiran-butiran lain, ada satu butiran mahasiswa diberi pilihan samada hendak bersalam atau tak nak bersalam di atas sebab-sebab agama. Jadi ramai mahasiswa melayu Islam memilih tidak bersalam. Tetapi di UiTM, satu-satunya universiti yang mempertahankan 'ketuanan melayu' serta adat budaya melayu konon, mahasiswa tiada pilihan, diwajibkan bersalaman dengan Penyampai Ijazah. Sebab tiada pilihan lain saya mengarahkan anak saya memakai sarung tangan.

Begitulah di Malaysia tanah airku serba boleh, adat melangkaui hukum. Kononya berdakwah bil hikmah. Kenapa Majlis fatwa tidak mengeluarkan fatwa yang membataskan lelaki perempuan bukan mahram bersentuhan????? Kau orang tanggunglah dan 'bersilatlah' di depan Allah besok.

Antara Tanah Runtuh dan 'Peristiwa Muassim'

Tanah runtuh berulang lagi. Seperti diperkatakan oleh saya dalam posting Pihak Berkuasa Oh angau Oh bangau dahulu menjadi kenyataan. Masing-masing menuding jari. "Laporan tanah runtuh akan siap dalam masa sekian bulan sekian.

Itulah jawapan standard. Sekian nyawa terkorban. Sekian harta benda musnah. Bilakah pihak berwajib mahu menguatkuasakan pembangunan di tanah tinggi? Mahu tunggu beribu nyawa lagi terkorban dan berjuta ringgit harta musnah?

Saya masih teringat "Tragedi Muassim, Mina, Mekah" dimana beribu nyawa terkorban. Peristiwa itu berlaku pada tahun 1990 dimana saya sedang menunaikan fardhu haji bersama isteri dan bapa mertua.

Ketika itu kami baru berlepas dari Muzzalifah menuju ke Mina. Kami tiba di Mina lewat. Jalan 'jam' teramat sangat. Kedengaran bingit siren ambulans sepanjang pagi Hari Raya Haji di waktu itu, menandakan ramai yang sakit atau ada kematian. Masing-masing terpinga-pinga.

Apabila kami tiba di khemah, masing-masing bercerita ramai yang mati di dalam terowong di Muassim. Ada yang buat cerita kononnya terowong roboh. Ada yang berkata kipas udara di dalam terowong tidak berfungsi. Saya naik takut maklumlah baru pertama kali menunaikan haji dan pertama kali menjijak kaki di bumi Mekah.

Dipendekkan cerita, semasa hendak pulang ke Jeddah daripada Mekah, masing-masing kelihatan ceria, maklumlah dah tinggal kampong halaman serta sanak saudara lebih daripada 40 hari. Saya sedang memerhatikan seorang jemaah haji duduk berseorangan disebelah kiri tempat duduk di dalam bas yang kami naiki. Saya menghampiri dan duduk disebelahnya. Saya ternampak ada dua tanda nama di beg sandangnya, satu ada gambar lelaki dan satu lagi gambar perempuan yang saya yakin kepunyaan beliau dan isterinya. Apabila beliau sedar yang saya sedang memerhatikan tanda nama tersebut beliau terus menyimpannya di dalam beg sandang.

Saya menghulurkan salam dan terus bertanya dengan siapa beliau datang ke Mekah. Beliau dengan nada sedih menceritakan kepada saya yang beliau datang bersama dengan isterinya. Isterinya meninggal dunia ketika bersesak-sesak di dalam terowong Muassim. Katanya ketika itu ramai jemaah yang badan tegap-tegap datang dari arah depan dan belakang. Keadaan menjadi terlalu padat. Beliau sendiri dah mula rasa sesak nafas. Beliau berkata kalau dalam beberapa saat lagi keadaan tidak reda, mungkin beliau akan mati kelemasan.

Selang beberapa saat, keadaan menjadi reda. Beliau menoleh kepada isterinya, kelihatan mata isterinya tidak berkelip. Apabila beliau memegang tangan didapati nadinya dah tiada menandakan ia telah kembali kePenjaganya, Allah SWT. Beliau sungguh terkilan kerana tidak dapat membawa keluar jenazah isterinya kerana keadaan terlalu padat, dan jemaah yang bersebelahan kiri dan kanan, depan dan belakang pun telah meninggal dunia 'sambil berdiri'. Beliau dapat memboloskan diri keluar daripada terowong dengan merangkak diatas 'mayat-mayat yang berdiri' meninggalkan isteri kesayangan. Keesokkannya pegawai Tabung Haji datang menyerahkan tanda nama dan beberapa pasang gelang, memaklumkan jenazah isterinya dah selamat dikebumikan.

Begitulah kehendak Allah, ajal maut tiada siapa boleh mengelak, tempat dan masa tiada diketahui.

Thursday, December 4, 2008

SHAH RUKH KHAN.....pakai samping songket RM3000?????


Datuk Kapt (B) Ab. Karim Sulaiman (kanan) menunjukkan contoh memakai samping stail Allahyarham P. Ramlee yang bakal dipakai oleh Shah Rukh nanti.

Telah ditakdirkan si polan si polan berbangsa portugis ke, belanda ke, orang putih ke, melayu ke, cina ke, india ke, afrika ke, nak buat macam mana.

Kau hiruplah cendul berapa tong-drum sekalipun tak bertukar jadi melayu pun kau tetap berbangsa lain

Kau telan berapa bungkus 'sagon' sekalipun tak bertukar jadi melayu pun kau tetap berbangsa lain

Kau pakailah songkok tinggi satu kaki sekalipun tak bertukar jadi melayu pun kau tetap berbangsa lain

Kau pakailah batik terap Terengganu sekalipun tak bertukar jadi melayu pun kau tetap berbangsa lain

Kau berpencak silatlah sekalipun tak bertukar jadi melayu pun kau tetap berbangsa lain

Kau hiruplah budu satu tempayan sekalipun tak bertukar jadi melayu pun kau tetap berbangsa lain

Kau berkhatan lima enam kali sekalipun tak bertukar jadi melayu pun kau tetap berbangsa lain

KAU PAKAILAH SONGKET ALA ALLAHYARHAM P.RAMLEE SEKALIPUN tak bertukar jadi melayu pun kau tetap berbangsa lain.

Jadi, apa nak diheboh sangat pasal 'Dato' Shah Rukh Khan nak terima 'Dato' nak pakai songket berharga, RM3000. Orang pertama berbuat demikian. Duit saper tu. Ingat sikit. Jangan bertindak cerdik sangat. Lebih sudu dari kuah

Bantuan Segera ....PRK P36 Kuala Terengganu


Makin dekat dengan PRK P36 Kuala Terengganu, percayalah makin ramai pemimpin UMNO akan bercakap mengenai orang melayu. Bab 'ketuanan' ni saja semenjak selesai saja PRU12 tempoh hari, dah berbuih mulut orang UMNO menyebutnya. Bermula dengan si mamat cincin besar dari Bukit Bendera sehingga peringkat warung kopi pun ramai bercakap bab ketuanan ni.

Biasalah bila sokongan dah terhakis, sudah tentu tebing yang dah nak rebak perlu di'resructured' semula. Tetapi kalau tidak diujikaji kekuatan tapak pembinaan, berapa banyak 'piling' dihentak pun bila tiba masa akan runtuh jugak. Di dalam ISO 9001:2000, 'root cause analysis' amat penting bila berlaku sesuatu ketakuran (non-comformance). 'Corrective action' dan 'preventive action amat penting.

Di dalam hal ini UMNO hanya mengambil 'corrective action' sahaja. Sebagai contoh kalau suatu 'point letrik' tidak berfungsi, UMNO hanya akan tukar '3-pin plug.' Ia mungkin berulang lagi. Kalau UMNO mengambil 'preventive action' ia akan mengkaji mungkin sistem pendawaian di situ sudah lama, yang memerlukan sistem pendawaian diperbaharui atau perlu diwujudkan 'lightning arraster' dan sebagainya.

Begitulah mentaliti dunia ketiga, hanya tindakan pembetulan (corrective action) sahaja yang difikirkan. Tiada perancangan untuk mengambil 'preventive action'. Tengok jalan-jalan raya di Malaysia, bila berlopak, cepat-cepat panggil kontraktor untuk menutup dengan 'bitumen', selepas berapa lama berlopak kembali. Tiada perancangan untuk mengambil 'preventive action' seperti mengkaji jenis tanah, atau hakisan di kiri kanan jalan, sistem perparitan yang menyumbang kepada wujudnya lopak-lopak di situ etc etc.

Peniaga-peniaga di Pasar Kedai Payang yang kerugian beribu-ribu ringgit baru-baru ini akibat banjir mungkin akan dijanjikan dengan 'pampasan pilihanraya'

Mangsa-mangsa banjir juga mungkin akan menerima 'habuan pilihanraya' juga. Jalan-Jalan yang putus akibat banjir akan disegerakan pembaikiannya dalam tempoh berkempen.

Anak-anak yang nak 'naik' sekolah akan mendapat bantuan wang dan beg sekolah dan sebagainya.

Mereka akan berkampong di Kuala Terengganu, sehinggakan sanggup menyewa rumah beribu-ribu ringgit untuk tempoh masa tak sampai dua minggu.

Harap pengundi KT bijak menggunakan akal dalam membuat keputusan nanti

Ahli politik penakutke?????

Dari Perlis sampai ke Sabah,kenapa bila ada kedai motorsikal atau kedai tayar atau kedai baiki kereta, kaki lima jadi mangsa. Orang ramai terpaksa mengelak depan kedai tersebut kerana penuh dengan minyak hitam tumpah, spanar berselerak, simen hitam kotor berminyak, longkang macam 'dodol' pekat, tayar buruk jadi perangkap nyamuk, tin minyak bersepah....maleh nak cerita.

Bilakah mentaliti pekedai ni nak berubah?
Bilakah mentaliti ahli politik yang berkuasa nak berubah?
Bilakah mentaliti pegawai penguatkuasa nak berubah?

Inilah yang dikatakan mentaliti dunia ketiga.
Bilakah agaknya kita dapat melihat bandar-bandar di Malaysia bersih macam bandar-bandar di Jepun atau Australia?
Adakah ahli politik di Malaysia memang takut kepada pengundi?
Adakah ahli politik memang mua kan, manjakan pengundi?
Adakah ahli politik memang 'bela' pengundi?
Adakah perancang bandar kita lemah dengan idea?
Adakah ada unsur-unsur rasuah dikalangan pegawai penguatkuasa?

Wednesday, December 3, 2008

Wajar ke bogel?????

Wajar tak bayi berbogel?????
Tak wajar nanti bayi kesejukan dan terdedah kepada pelbagai penyakit seperti kembung perut atau selsema.

Wajar tak remaja berbogel?????
Tak wajar nanti terdedah kepada gejala tidak sihat seperti ayam dan itik, kambing dan lembu, bebas berlaku apa saja.

Wajar tak dewasa berbogel?????
Lagi tak wajar kerana bila cik gu kencing berdiri, anak murid kencing berlari, nanti ambulans hambat diri, Tanjung Rambutan tak de ruang lagi.

Wajar tak kadar sewa kediaman PPR dinaikkan daripada RM124 kepada RM250 sebulan?????
Kalau tanya CEO memang wajar kerana kantung makin gemuk, tabung makin berat, duit melimpah ruah.
Jawablah betul-betul wajar ke tak?????
Tanyalah TS Khalid

Utusan

RELA menyewakan senjata?????

Kejadian seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) yang ditahan di Nusajaya, Johor Bahru kelmarin selepas dipercayai menyewakan sepucuk revolver tanpa pendaftaran kepada sindiket samun sangat-sangat menggemparkan orang ramai. Lihat Utusan

Pihak Kerajaan digesa mengkaji semula keperluan pasukan RELA dibekalkan senjata. Banyak kes anggota polis sendiri pun pernah terbabit dengan kes rompakan, inikan RELA yang penubuhannya pun hanya bersifat di bawah paras amatur dari segi ilmu pengetahuan persenjataan dan ilmu perundangan.

Tuesday, December 2, 2008

BADAR.....sangat digeruni remaja


BADAR satu akronim yang amat menakutkan penggemar maksiat di Negeri Selangor khususnya disekitar akhir 90an. BADAR atau Badan Amar Ma'aruf dan Nahi Mungkar satu gerakkerja sukarela bermula daripada surau dan bergerak ke tempat-tempat yang telah dikenalpasti tempat remaja 'couple' di tempat-tempat gelap seperti di taman permainan kanak-kanak, perhentian bas, pinggiran tol dan di tepi-tepi jalan yang sunyi dan gelap.

Hasilnya amat berkesan. Dengan kerjasama pegawai Agama dan polis, gejala tak sehat ini dapat dibendung. 'Coulple' yang di'cekup' akan dibawa ke surau untuk dikaunseling. Sesetengah ibu-bapa di kampong akan dimaklum perilaku anak-anak mereka. Kes yang 'berat' dan 'basah' apabila mendapat maklumat dari orang ramai, pegawai Agama dan polis akan bekerjasama serbu ke tempat kejadian.

Surau Annur di Bandar Baru Bangi dengan kerjasama Persatuan Penduduk telah menjadi pioneer didalam menrealisasikan BADAR. Ramai sukarelawan yang benci kepada maksiat akan mendaftarkan diri dan gerakkerja ini hanya pada malam minggu dan pada malam-malam yang lain bagi yang mampu.

Malangnya, apabila gerakkerja ini berkesan maka timbullah sifat jahat serta ingin mengambil hati golongan muda yang amat 'berbahgia' dengan maksiat, BADAR telah diharamkan oleh seorang MB yang amat terkenal suatu ketika dahulu. Kononnya sekumpulan BADAR telah menyamar diri sebagai pihak berkuasa, lalu 'mengancam' orang awam, maka perbuatan itu telah menghalalkan MB tersebut mengharam BADAR. Anda tahu siapa MB tersebut????? Beliau ialah MB yang tak tahu dan tak faham bahasa Inggeris. Kalaulah betul sekumpulan ahli BADAR tersebut bertindak demikian, kenapa tangkapan tidak dibuat dan didakwa?????

Sekarang maksiat kembali berleluasa di Bandar Baru Bangi. Apa yang kita boleh buat, hanyalah sekadar memberi nasihat kepada remaja ber'couple' yang ber'suluk' di tempat-tempat gelap.

“Barangsiapa antara kamu melihat kemungkaran hendaklah dia cegah dengan tangannya (kuasa pemerintahan). Jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan lisannya dan jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan hatinya dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman.” Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Monday, December 1, 2008

Pihak Berkuasa... Oh bangau oh bangau


Gambar ihsan New straits Times

Al-Fatihah untuk arwah adik Noratirah Roslan,16, dan adik Nurul Intan Sarina, 9, yang meninggal dunia akibat tertimbus ketika sedang tidur. Rumah mereka yang dibina di atas bukit dihempap oleh tebing yang runtuh. UtusanOnline melaporkan. Kepada keluarga Pn.Azizan Madon dan suaminya En.Roslan Mohd Jalil dan tiga lagi anak mereka, Norlisa Azira, 8, Anis Afina, 6, dan Norman Afiq, 3, yang selamat diharap bersabar dengan musibah ini.

Kita pernah dikejutkan dengan Highland Towers dan rumah banglo runtuh di Ukay Height. Kita pernah dengar feri terbakar dan karam. Kita selalu dengar bas ekspress jatuh gaung. Kita pernah dengar kilang bunga api meletup. Berapa ramai jiwa yang terkorban. Berapa banyak harta musnah. Kita tak pernah ambil iktibarke??????. Yang selalu kita dengar adalah lagu oh bangau oh bangau.......... Ketika ni lah kita menuding jari. Kita mula bercakap pasal laporan lengkap. Kita mula berbincang pasal CF belum di keluarkan. Kita mula mengungkit pengusaha feri tak de lesen. Kita mula buat ujian air kencing kepada pemandu bas.

Laporan hanya menceritakan fenomena yang berlaku mengikut fakta sains dan engineering. Pemaju selalu dipersalahkan. Kealpaan pihak berkuasa tidak dilaporkan. Kebebalan pihak berkuasa tidak dilaporkan. Akibatnya nyawa manusia jadi pertaruhan.

Selepas ini berapa jiwa lagi akan terkorban?????. Memang ajal maut ditangan Allah SWT. Manusia hanya berusaha dan berikhtiar dan bertawakkal. Yang bersalah boleh berselindung disebalik ungkapan tadi?????

Projek Mee Segera......

Dah cepatnya projek datang. SPR belum pun terima lagi notis kekosongan kerusi. Tak caya????? Tanya Ahmad Said.

Antara CEO dengan Menteri Besar. Siapa Berkuasa?????

Kalau kita ada syarikat sendiri, kita jadi CEO dan orang lain tak perform atau orang lain terlampau vocal, kita boleh pecat mereka. Kalau seorang Ketua Pengarah kepada sebuah Agensi Kerajaan tak perform maka KSU akan nasihat kepada Menteri, KP tadi mungkin disuruh bersara awal atau tak sambung kontrak. Kalau kita jadi CEO kepada syarikat yang kita punya saham sikit je dan kita tak perform, maka Lembaga Pengarah akan nyahkan kita. Kalau kita jadi 'CEO' dan kita jadi Menteri Besar tapi tak perform, sapa nak nyahkan kita?????