Followers

Sunday, November 30, 2008

Calon P36 Kuala Terengganu

Kalau boleh calon dalam PRK P36 Kuala Terengganu biarlah yang setaraf dengan YB Abd Wahid Endut atau YB Syed Azman. Mad Sabu pun apa kurangnya. Ketiga-tiga berkaliber dan kuat bekerja. Kalau susah-susah pilihlah satu daripada tiga orang itu. Menjadi ADUN dan Ahli Parlimen serentak tiada janggalnya. Atau pun pilih bekas SUK yang PAS pernah beri peluang dia jadi SUK setelah kena 'potong trip' dulu. Atau pun mana-mana pegawai TCS yang berwibawa.
InsyaAllah PAS menang.

Kura - Kura Terbang?????

Santai petang minggu.

Dalam sebuah kampong, ada seekor kura-kura.Dia terasa sunyi tinggal kat kampong tu kerana tak ramai kaum sejenisnya. Dia bercadang nak pindah kampong tapi tak larat nak berjalan kerana jauh.

Tiba-tiba datang dua ekor bangau lalu diceritakan hajatnya. Bangau-bangau tersebut mengambil satu batang kayu dan menggigit dikedua-dua hujungnya. Mereka menyuruh kura-kura itu menggigit di tengah-tengah kayu tersebut dan berpesan jangan bercakap-cakap ketika mereka terbang tinggi di awan.

Apabila mereka bertiga terbang melewati sebuah kampong yang ramai manusia, penduduk kampong tengok kepelikan dan bertepuk tangan. Kura-kura berasa hairan bercampuh gah, lalu berkata, "mereka hairan kat aku, seekor kura-kura yang tak bersayap tapi boleh 'terbang'". Sebaik saja kura-kura tu membuka mulut untuk berkata-kata, kayu yang digigitnya terlepas lalu jatuh terhempas ke bumi.

Dua ekor burung bangau tu berkata-kata sesama sendiri, kenapalah degil sikura-kura tu, kan kita dah beri amaran jangan berkata-kata ketika diudara.

Anda timbanglah sendiri.

Nikmat Sihat Sebelum Sakit

Pengalaman masuk bilik pembedahan amat berharga. Sakitnya adalah ketumbuhan di'smart-tunnel'. Sebelum masuk wad, sakitnya Allah SWT saja yang tahu. Semalaman tak tidur. Susah nak ke'sungai'. Masa ni lah amat terasa nikmat buang air 'kecik' dan besar'. Semua adik beradik dari kampong 'berkampong' di HUKM. Seorang adik saya tak dapat menahan sebak kerana menengok keadaan saya yang terbujur kaku, berlawanan dengan kelaku saya yang sentiasa riang dan 'sihat' selalu.

Sebelum ke bilik pembedahan saya diberi sepasang 'sepersalinan' dan sebiji pil penenang. Saya diletak di atas troli dan ditolak ke bilik pembedahan. Sampai dipintu, troli ditahan dan jururawat bertugas bertanya samada tandatangan persetujuan diborang pembedahan adalah tandatangan saya. Saya hanya mampu mengganguk kerana ketakutan. Dalam hati saya, terbayang-bayang ditanya oleh mungkar dan nakir.

Saya dibius setengah badan dan bertanya kepada pakar bius apa kesan kepada saraf saya kerana dicucuk di tulang belakang. Pakar tersebut menerangkan saya akan di'cucuk' di tulang belakang sekira-kira dibawah paras pinggang dan pusat. Dia berkata diatas paras pinggang dan pusat, saraf disitu amat sensitif dan silap-silap 'haribulan' akan 'merana'. Jikalau di bawah paras pinggang dan pusat, Allah SWT menjadikan berjuta-juta saraf, kalau rosak satu pun masih ada berjuta-juta lagi yang akan berfungsi. Sebelum dibius saya meminta izin untuk solat menghormati waktu kerana ketika itu baru masuk zohor. Dengan lafaz Bismillah pakar tersebut mem'bius dan suruh saya mengucap Kalimah yang RINGAN disebut tetapi BERAT pada timbangan.

Bila saya sedar kembali, saya dah di atas katil di dalam wad. Saya tak dapat lupa Prof Dr.Hamirdin datang menziarah saya dan menyuapkan bubur, burger dan cream puff. Kepada kawan-kawan yang membaca posting ini terima kasih diucapkan kerana sudi datang menziarahi saya. Tak lupa juga isteri saya saban petang datang menjenguk dan membawa juadah kegemaran nasi ayam. Dan kepada para doktor dan jururawat, terima kasih banyak, you have done a great job.

Kira-kira dua minggu saya terlantar di situ. Yang menghairankan, saya dibedah dalam masa 6 bulan sebanyak 5 kali dimana 1 kali 'major' dan 4 'minor' pembedahan. Saya bertanya pada doktor tu, kenapa mesti banyak kali kenapa tak sekali harung. Dalam engineering, tak dinasihatkan buat 'concreting' bersambung-sambung terlalu banyak kerana tak de 'cohesion'. Doktor tu beritau, dia terpaksa buat 'staggered' kerana dikhuatiri pesakit akan hadapi masalah buang air besar terlalu 'kerap' kerana otot disitu lambat 'contract'. Sudah 8 tahun sekarang dan doktor kata dah pulih sepenuhnya. Ada juga kes pesakit datang semula selepas 1 tahun kerana penyakit berulang.

Sebuah hadis Rasulullah s.a.w., antara lain menyatakan perguna lima perkara sebelum datang lima perkara; masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa beradamu (kaya) sebelum jatuh miskin dan masa hidupmu sebelum mati.

Sekian.

PAS Bersedia P36 Kuala Terengganu?????

Selalunya di penghujung tahun, negeri Terengganu dilanda hujan lebat akibat pergerakan angin monsoon timur-laut yang boleh menyebabkan banjir. Tetapi Terengganu juga amat memerlukan angin tersebut. Angin tersebut amat sinonim dengan satu lagi event yang amat diambil berat semasa zaman DS Idris Jusuh iaitu Monsoon Cup. Angin tersebut amat diperlukan untuk meniup layar-layar kapal 'mat salih' yang datang bertanding. Pada penghujung tahun ini juga, negeri Terengganu dijangka akan sekali lagi dilanda 'monsoon'.

'Monsoon' tersebut bukan saja datang dari timur-laut,ia akan datang dari barat daya, utara, selatan, bahkan dari segenap penjuru. 'Monsoon' tersebut akan berlabuh tepat di P36 Kuala Terengganu. Parlimen P36 menjadi kosong akibat kembalinya Dato' Razali Ismail keRahmatuLLah (Al-fatihah) dan pilihanraya kecil akan diadakan.

Parlimen P36 mengandungi DUN N13 Wakaf Mempelam, DUN N14 Bandar, DUN N15 Ladang dan DUN N16 Batu Buruk.

Parlimen P36 dimenangi oleh UMNO/BN(Allahyarham Dato' Razali Ismail) dengan majoriti 628 undi(undi rosak 931) manakala PAS memenangi 3 daripada 4 DUN melalui DUN N13 Wakaf Mempelam, Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,193 undi(undi rosak 156), DUN15 Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar dengan majoriti 31 undi(undi rosak 285)dan DUN16 Batu Buruk dan Dr.Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dengan majoriti 1,161 undi (undi rosak 212). Manakala BN dimenenangi oleh calon MCA di DUN N14 Bandar dengan majoriti 1,142 undi(undi rosak 231).

Kubu PAS adalah di N13, Wakaf Mempelam dan N16, Batu Buruk. Adalah diharapkan PAS dapat meraih seberapa banyak undi di kedua-dua DUN tersebut untuk 'cover' di DUN15 Ladang dimana PAS hanya menang dengan majoriti 31 dan kalah di DUN14 dengan 1,142 undi.

Saya merasakan dengan congak matematik mudah, jumlah undi yang diraih dan jumlah undi rosak didalam PRU12 dahulu, PAS mempunyai harapan yang cerah untuk merampas kembali parlimen P36, Kuala Terengganu, dimana di dalam PRU11 PAS pernah memenangi melalui Dr.Syed Azman dengan majoriti 14,448 undi yang mengalahkan Allahyarham Datuk Bakar Daud.

Saya berkeyakinan penuh faktor penentu yang boleh mencorakkan piliharanraya kecil kali ini adalah faktor CALON samada daripada PAS sendiri mahupun UMNO. Faktor isu PERGOLAKAN didalam UMNO khususnya UMNO Terengganu jugak memainkan peranan.

Isu-isu setempat seperti keadaan Perniagaan di Pasar Payang, kesesakan lalulintas, pembaziran dalam penganjuran Monsoon Cup, pembaziran 'Bas Rakyat', isu royalti minyak, pengagihan dana raya yang berat sebelah, pengagihan hadiah wang pelajar layak ke IPTA yang berat sebelah, isu Masjid Kristal dan pembangunan di Pulau Wan Man-Pulau Duyung, isu orang asing membeli tanah di Terengganu, isu sistem pengangkutan awam, isu mercedes Exco dan lain-lain isu boleh mempengaruhi pengundi dengan syarat cara penyampaian atau pendedahannya dapat menyakinkan pengundi.

Isu-isu semasa seperti isu kenaikan harga barang,isu babi, arak, isu kelab penyokong PAS menjadi salah satu sayap dalam PAS, isu 16 September, isu pemecatan TP PAS Selangor dan lain-lain isu tidak banyak menyumbang kearah menterjemahkan undi, ia mungkin menjadi percikan untuk menjadi tompok-tompok berwarna yang membantu mencantikkan lagi satu lukisan helaian batik.

PAS Terengganu perlu cermat di dalam memilih calon. Nama yang disebut-sebut ialah Mat Sabu dan Wan Mutallib. Saya berharap PAS Terengganu jangan bikin sensasi kerana iklim piliharaya kecil dengan umum amat berbeza. Cik Gu Pa amat memahami situasi ini.

Tolong jangan pilih lagi muka-muka lama, walaupun banyak berjasa seperti Dato' Abu Bakar Chik, Datuk Wan Mutallib mahupun Dato' Mustafa Ali sendiri. Jangan 'kemualan' sesetengah pengundi atas pagar dan sebahagian daripada orang-orang lama UMNO kepada mereka diterjemahkan dalam undi. Didalam masa yang sama UMNO juga ketandusan calon dimana nama yang disebut-sebut seperti Wan Farid, orang lama Zubir Embong hatta Abdul Rahman Bakar barangkali mungkin dikentengahkan kembali.

UMNO Terengganu sedang bergolak dibawah pimpinan Ahmad Said. PAS perlu bijak mencuri peluang ini. Pakatan Rakyat diharapkan dapat meng'endorsed'kan secepat mungkin parti yang akan bertanding semoga gerak kerja dapat disusun dengan segera. Jangan ada mana-mana pihak menikam belakang atau 'cas keting' atau 'peteh keting' dengan meletakkan calon bebas.

Parti yang layak bertanding di dalam situasi begini adalah PAS.

Saturday, November 29, 2008

Lagi lagi Ketuanan...........geteknya

UMNO/BN memerintah Malaysia selama lebih kurang 51 tahun. Kata-kata keramat 'ketuanan melayu' menjadi senjata ampuh untuk menarik perhatian orang melayu. Sehingga sekarang bila tercuit saja slogan itu, maka dengan pantas pencacai-pencacai UMNO bangkit 'melaung', berteriak' dan 'melalak' sebagai tindakbalas seolah-olah mereka ingin memberi amaran "jangan usik kami, jangan ganggu kami". Sila lihat sini. Dan senjata yang paling digeruni rakyat ialah ISA. Senjata tersebut akan digunakan untuk menikam sesiapa saja yang menentang slogan ketuanan rakyat, kerana 'keris dogolnya' sudah tumpul, kata-katanya membuat rakyat makin muak,getek dan loya. Juga sila lihat

Apakah ketuanan melayu yang dilaung-laungkan oleh UMNO? Kalau di zaman Allahyarham Tun Abdul Razak, orang melayu dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA dengan biasiswa. Sekarang PTPTN menunggu mencenkam mahasiswa apabila keluar IPTA.

Dulu UMNO/BN 'memelihara' BABI di Kedah,Selangor,Melaka,Negeri Sembilan dan beberapa negeri lain selama 51 tahun, melayu tak marah. Sekarang apabila pemeliharaan babi hendak diteruskan tetapi didalam keadaan terkawal dan bersistematik dimana najisnya tidak mencemari sungai iaitu 'control at source' pinjam isitilah MaSMA, maka pencacai-pencacai UMNO 'meraung', 'berteriak' serta 'melalak' satu dunia.

Apakah rasuah politik yang berleluasa sekarang menjadi satu alat untuk melonjakkan diri ke lebih jauh semata-mata dengan satu niat yang murni untuk memperkasakan ketuanan melayu? Yang saya takut, orang-orang UMNO ni faham ke apa itu ketuanan melayu.

Maka berseminarlah, berforumlah,berkonfrenslah dan berhimpunlah pencacai-pencacai mereka untuk memperkatakan ketuanan melayu di hotel-hotel 5 bintang. TV datang buat 'coverage', muka mereka 'masuk' dalam TV, orang kampong tengok, penyokong totok tengok, maka mereka akan jadi jaguh, adakah ketuanan melayu akan tertegak mengikut acuan itu?????

Bersamalah dengan ketuanan Islam. Islam adil untuk semua

Friday, November 28, 2008

Idris Jala MAS

BuletinOnline melaporkan MAS mengamalkan sikap 'double-standard'. Memang MAS 'double-standard'. Pernah saya menaiki MAS dari KLIA ke Adelaide. Ketika perjalanan dah kira-kira satu jam, saya menekan butang di tempat duduk, datang seorang pramugari, lalu saya meminta 'pepsi'. Selepas beberapa minit dia datang dengan secawan plastik pepsi. Di barisan yang bersebelahan dengan saya, seorang 'mad saleh' meminta beer, dengan pantas pramugari yang sama membawa satu tin beer. Berselang beberapa minit sahaja, 'mad saleh' tu minta lagi, dibawanya satu tin lagi. Hati saya berkata-kata, harga secawan pepsi lebih mahal daripada dua tin beer kot. Kenapa dia berkira sangat dengan saya, tak boleh ke dia beri satu tin pepsi?

Satu kes lagi ketika baru-baru bekerja dahulu, saya perlu pulang segera daripada Senai ke Subang (ketika itu belum ada KLIA lagi), jadi saya nak tukar 'flight' yang lebih awal tetapi dah penuh. Pegawai MAS syorkan saya upgrade tiket ke business class kerana ada satu kekosongan, jadi saya setuju. Ketika itu saya hanya memakai kemeja-T. Peramugari itu dengan muka yang manis melayan beberapa 'mad saleh' dan beberapa korporat melayu (cara pemakaiannya - full suit)dengan hidangan aneka jenis kuih dan jus.

Saya pun berangan, bestnya makan, bila pramugari nak sampai kat aku ni.
Bila sampai giliran saya, pramugari itu suruh saya pilih jus apa yang saya nak. Saya ambil jus jambu batu. Lepas tu dia boleh tanya encik NAK MAKAN KE? Sepatutnya dia bertanya encik NAK MAKAN APA?. Saya jawab saya tak nak makan, dah kenyang dengan body language nak marah, terus dia beredar. Apa koman ke saya pakai baju kemeja-T? Saya pun bayar sama dengan 'mad saleh' tu wahai MAS!

Yang hairannya kenapa penerbangan lain, mereka lebih profesional. Saya percaya anda semua pun pernah mengalami beberapa kes 'typical' seperti saya. Kenapa pramugari melayu SIA lebih berhemah daripada pramugari melayu MAS?

Saya berharap Idris Jala perlu memberi banyak latihan kepada pramugari2nya agar lebih berhemah. Kalau bertudung lagi baik. Kenapa pramugari Saudi Air yang bukan semuanya muslim boleh bertudung? Kenapa Saudi Air tak de beer tapi ramai 'mad saleh' naik?

Al-Fatihah Untuk Bekas Rakan Sekolah - Allahyarham Razali Ismail

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland dekat sini kira-kira 6.30 petang tadi, lapor UtusanOnline. Al-Fatihah, semoga rohnya dikumpulkan bersama-sama roh yang soleh.

Allahyarham berasal sekampong dengan saya iaitu di sebuah pekan kecil bernama Kuala Berang, Hulu terengganu. Kami bersekolah di sebuah sekolah bernama Tengku Ampuan Intan School. Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar, petah berpidato dan selalu mewakili sekolah dalam pertandingan bahas samada dalam bahasa melayu atau inggeris.

Beliau juga handal mendeklamasi sajak dan berlakon teater. Beliau juga ada mengarang banyak buku. Sekitar 60an, sekolah tersebut merupakan satu-satunya sekolah dalam pengantar bahasa inggeris sehingga pengantar bahasa inggeris tiada wujud lagi sehingga sekarang kecuali untuk mathematics dan sains.

Allahyarham dilantik sebagai 'prefect' (pengawas) sekolah sesuai dengan bakat kepimpinan yang ada pada beliau.

Semasa saya mengikuti MAMPU menjalankan kerja-kerja pengauditan MS ISO 9001:2000 di pejabatnya, beliau baru 'optional' untuk bertanding dalam PRU11 2004, di parlimen Kuala Terengganu. Beliau tidak berminat berpolitik tetapi dipaksa untuk bertanding dalam PRU11, kakitangannya beritahu.

Saya amat terkejut apabila menerima SMS petang tadi daripada orang kampong, memaklumkan bahawa Allahyarham sudah 'pergi'. Al-Fatihah.

Chua Soi Lek takut "Tuan" oh


DS Dr Chua Soi Lek hari ini berkata,"konsep perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional (BN) mesti diubah.". Katanya lagi, "Slogan 'Ketuanan Melayu', hubungan Tuan dan Hamba, tidak boleh diterima lagi. Kita menerima kepimpinan Melayu, tetapi bukan Ketuanan Melayu,.....bila kita berkata tolak 'Ketuanan Melayu', kita bukannya mencabar hak-hak istimewa orang Melayu. Ianya terkandung dalam perlembagaan kita dan tiada siapa pun boleh mengenetepikan pada masa ini." Penulis amat setuju dengan beliau.

Ketuanan Melayu dalam definasi UMNO, ialah kesemua melayu di Malaysia ni masuk ke dalam UMNO beramai-ramai. Perpaduan melayu pada pandangan mereka ialah kesemua melayu di Malaysia ni masuk ke dalam UMNO. Sebab tu kaum cina takut kepada ketuanan melayu bukan mereka nak menafikan hak-hak keistimewaan melayu, kerana ini dah jelas dikawal oleh Perlembagaan Negara.

Tetapi tentang tulisan bahasa asing di papan tanda nama jalan kenapa DS Chua Soi Lek boleh bersetuju bahasa lain pun boleh di selit sama. Tak boleh ke kaum lain menerima bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan bukan sebagai bahasa perkauman walaupun ada perkataan melayu. Samalah kes orang cina memakai songkok. Tak semestinya orang cina memakai songkok menjadikan mereka orang melayu. Orang bersabung ayam pun pakai songkok. Orang berjoget pun pakai songkok. Orang berzapin bersama perempuan pun pakai songkok. Orang bernyanyi pun pakai songkok. Soh Chin Aun, Arumugam pernah pakai songkok, tak membuat mereka jadi melayu pun. Sila baca sini.

Thursday, November 27, 2008

Inul gelek menggerudi hati PAS .....PKR?????


Dewan Pemuda PAS Wilayah serah memorandum bantahan Konsert Inul Daratista yang diwar-warkan akan diadakan pada 29hb November ini di Bukit Jalil kepada Ketua Pengarah JAKIM

Inul Daratista yang tersohor dengan 'gelek gerudi'nya menimbulkan kontroversi di Indonesia mahupun di Malaysia. 'Skill' yang ada padanya membuat dia sendiri tertanya-tanya apalah salahnya nak mempamirkan 'skill'nya itu.

Hairan bin ajaib, tindakan PAS itu tidak mendapat bakangan daripada DAP mahupun MCA. Yang membankang hanyalah UMNO dan PKR membangkang secara diam-diam. Biar saya menjawab, DAP dan MCA tidak membangkang tidak seperti isu arak kerana tiada banyak tokey-tokey dalam industri konsert penyanyi melayu atau filem melayu kecuali David Teo. DAP dan MCA tidak membangkang kerana konsert-konsert seperti itu tiada orang cina yang sudi atau sior membuang masa nak dengar atau menonton. Mereka tak perlu menjaga hati pengundi mereka.

Harap DS atau PKR memberi komen. Tak takut ke pengundi melayu beralih arah dengan bakangan PAS tersebut? Takut ke tak takut?????

Walau apa pun penulis tetap menyokong bantahan Pemuda PAS Wilayah. Bukan setakat Inul, konsert melampau yang lain-lain yang lari dari batasan Islam tetap disanggah.

Sila baca sini.

Arak, air mu tak sesedap mana tapi........................

Di dalam posting yang lalu penulis dah memperkatakan Pakatan Rakyat masih lagi rapuh adunannya kerana longgar ikatannya. Dulu penulis ada berkata untuk mengadun ketiga-tiga parti PKR, DAP dan PAS amatlah sukar kerana resipinya berbeza-beza, anutannya berbeza-beza seterusnya ideologinya berbeza-beza. Tetapi untuk menumbang sesuatu kezaliman yang besar, maka PAS tidak boleh berkeseorangan.

Satu pakatan perlu wujud. Perkongsian kuasa tidak dapat dielakkan dengan kependudukan masyarakat di Malaysia sebegitu rupa sementelah lagi PAS memang berjuang untuk keadilan semua kaum, kerana Islam itu diturunkan untuk kesejahteraan sekian alam. PAS tetap konsisten dengan PAS for All.

Penulis tetap yakin walaupun slogan PAS for All dilaungkan tetapi ia tetap tidak 'at the expense of Islam' dan tetap tidak 'at the expense of syariah'. Apa maknanya, apabila mendapat kuasa melalui perkongsian kuasa, kita mengalah kononnya nak menjaga hati pengundi kaum lain sehingga kita lupa tugas kita selain berpolitik untuk mendapat kuasa, dengan kuasa kita dapat menunaikan tanggungjawab menegakkan tuntutan Agama, kita juga berdakwah.

Nov.26: 12.20pm. Tony Pua mengatakan PAS melalui anggota-anggotanya dalam majlis-majlis tempatan "bongkak dan sukar bekerjasama". Beliau mengulas laporan yang menyebutkan PAS sedang memperkenalkan langkah menghadkan penjualan arak di restoran, kedai runcit dan kedai serbaguna 24 jam.

PAS belum pun mencadang lagi, tetapi akhbar-akhbar berbahasa cina dan melayu telah mensensasikannya. Akhbar melayu bising agar dapat meraih kembali undi yang telah hilang begitu juga akhbar berbahasa cina cuba 'memujuk' kembali pengundi cina ke MCA.
Tujuan Tony Pua buat bising adalah tidak lain tidak bukan semata-mata kerana takut tokey-tokey tak beri undi kepada mereka lagi dalam PRU13. Penulis merasakan Tony Pua yang mewakili DAP tidak matang dalam berpolitik. Apakah dia ingat pengundi melayu atas pagar akan memberi undi kepada DAP lagi?

Memang betul PAS adalah minoriti di dalam majoriti di Selangor. Apakah PAS menyerah kalah dengan cadangan itu semata-mata untuk menjaga hati PKR dan DAP serta pengundi cina? Penulis tetap tidak bersetuju dengan bakangan DAP itu. Kalau betul DAP ikhlas ber'pakatan', sedangkan dia tahu arak memang berbahaya untuk kesihatan tetapi demi menjaga hati tokey-tokey, dia sanggup tidak menjaga hati orang-orang melayu Islam yang banyak juga memberi undi kepada mereka.

TS Khalid yang pernah menjadi CEO yang berjaya perlu melihat kemelut ini dengan kepala yang tenang dan hati yang ikhlas. Janganlah skill yang ada untuk memperkasakan sektor korporat dahulu di bawa-bawa ke politik negeri Selangor. Janganlah pandang sangat banyaknya hasil daripada penjualan air setan itu boleh menggadaikan maruah Islam. TS Khalid pun orang Islam. Sebahagian ahli PKR pun orang Islam dan PAS pun orang Islam.

Nov.26 3.45pm. "Tiada larangan jualan alkohol di 7-Eleven, pasaraya dan kedai kopi di Selangor" kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Beliau menambah lagi"Menurut beliau, tiada apa yang harus dibimbangkan kerana dasar sekarang kekal dan "kami tidak menggalakkan umat Islam minum (alkohol) atau makan babi tetapi kita tidak akan menafikan hak orang bukan Islam untuk makan babi atau minum alkohol".

Mana ada PAS berjuang untuk melarang orang cina daripada makan babi dan minum arak. Mereka nak makan bertan-tan pun lantak pi lah. Mereka nak minum bertong-tong pun lantak pi lah. Tapi tolong hormat sikit pada orang-orang Islam kalau betul mereka kata mereka hormat pada kaum lain dan agama lain iaitu orang melayu beragama Islam. Dulu kami berkumpul di depan 7-eleven 'menunjuk perasaan' kerana ada penjualan arak, pada hal berapa kerat sangat kaum cina tinggal di Bangi. Mereka orang cerdik. Sudah tentu mereka tahu dimana mereka boleh dapati.

DS Anwar, tolong berlapik sikit bila berucap. Jangan pisang berbuah dua kali. Saya 'terpaksa' sokong saudara untuk 'naik'kerana saya yakin saudara dapat satukan semua parti didalam PR. Saya tidak hendak berburuk sangka kepada saudara. Saya takut, kerana di hati kecil ini semacam berbisik-bisik yang saudara ini hanya nak memenuhi 'cita-cita' tinggi saudara. Tetapi saya masih berbaik sangka dengan saudara.

Walau apa pun, penulis tetap percaya dengan perjuangan PAS. Walaupun PAS minoriti dalam Kerajaan PR Selangor, Perak, P.Pinang (hanya 1 kerusi), N.Sembilan (hanya 1 kerusi), Johor (hanya 2 kerusi) dan Terengganu, walau pun tindakan PAS tidak akan lagi jadi popular lalu mungkin menjadi 'tidak berapa' popular dalam PRU13, perjuangan tetap diteruskan. Biar kita popular di depan Allah SBT. Janagan lupa biar kita kalah di dunia tetapi menang di akhirat



Yim Pek Ha versus Nirmala Bonat

Pembantu rumah atau juga dipanggil 'orang gaji' atau sesetengah orang guna istilah 'maid', sangat-sangat diperlukan terutama bagi yang suami-isteri yang bekerja. Kedatangan pembantu rumah daripada Indonesia membanjiri 'pasaran' di Malaysia. Tidak kurang juga yang datang daripada Filipina dan Kampuchea.

Semasa zaman Rasullullah SAW, pernah Siti Fatimah r.a.h mengadu ke Ayahandanya SAW ingin memiliki 'khadam' atau pembantu rumah kerana badannya sakit-sakit dan letih serta kedua-dua tangannya telah menjadi kasar-kasar akibat mengisar gandum sendiri. Nabi SAW menasihati Siti Fatimah agar bersabar dan menganjurkan kepadanya membaca SubhanAllah 33x, Alhamdullillah 33x dan Allahukabar 33x, supaya badan jadi segar dan kuat. Begitulah besarnya nilai berzikir kepada Allah SBT.

Di posting ini bukan saya nak kata keperluan pembantu rumah itu tak boleh. Bagi saya itu tak salah, asalkan kita tahu hak-hak yang ada pada pembantu rumah.

Ramai majikan yang berjaya mentarbiahkan pembantu rumah, sehingga ramai pembantu rumah terutama daripada Indonesia menutup aurat, ramai yang dapat membahagikan masa mereka antara tugas yang majikan beri dengan tugas yang difardhukan oleh Allah SBT.

Tidak dinafikan ramai juga majikan yang mendera secara fisikal dan mental. Cara majikan memberi tugas, seolah-olah setiap sen yang diberi mesti mendapat pulangan yang setimpal. Mereka di'treat' semacam hamba abdi. Daripada sekecil-kecil habuk hingga sebesar-besar sampah mesti dihilangkan daripada pandangan. Daripada sekecil-kecil stocking hingga sebesar-besar cadar mesti dibasuh. Daripada senipis-nipis sapu-tangan hingga setebal-tebal seluar mesti di seterikakan. Daripada semudah rebus air hingga sesusah masak nasi beriani. Mereka tiada masa untuk berehat.

mStar hari ini melaporkan seorang suri rumah bekas pramugari bernama Yim Pek Ha 40 tahun, dihukum penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana didapati bersalah atas tiga tuduhan mencederakan pembantu rumahnya dari Indonesia, Nirmala Bonat, dengan menggunakan seterika dan air panas empat tahun lepas.

Hukuman tersebut diharapkan dapat memberi iktibar kepada majikan-majikan lain agar berhati-hati apabila 'melepaskan geram' kepada pembantu rumah.

Sebaliknya ada juga pembantu rumah yang 'nakal', curi tulang, tak senonoh, jahat atau apa-apa istilah yang tak baik. Banyak kes mereka 'menggatal' dengan majikan (suami), ada yang bergayut kat telefon berjam-jam, ada yang panjang tangan, ada yang mendera anak majikan dan tak kurang jugak, ada yang 'kuat' makan.

Walau apa pun, janganlah menghukum mereka dengan cara 'melepaskan geram' dengan bertindak di luar batas kemanusiaan. Mereka pun manusia juga.

Wednesday, November 26, 2008

'Plastik Biru'-' Plastik Hijau'

Saya baru balik dari outstation di Langkawi. Tiada banyak perubahan di sana. Tetapi yang ketara pelancong dari 'tanah besar' dan luar negara masih lagi ramai datang berkunjung di situ. MAS dan Air-Asia masih lagi full-house. Yang paling ketara semacam tidak 'sah' kalau pulang tidak membawa pulang 'plastic-bag' berwarna 'biru' dan 'hijau'.Semasa naik teksi, sempat berborak dengan abang drebar, "Macamana bisness bang?" Dia menjawab, "bolehlah, cuma saya heran, mana lojik, bas yang boleh bawak ramai penumpang, tambang boleh naik, feri yang boleh bawak ramai penumpang, tambang boleh naik, tapi teksi abang hanya boleh bawak paling ramai empat orang tapi tambang tak boleh naik."

Anda fikir sendirilah mana lojiknya. abang itu jugak mengeluh, "macamana Kedah negeri jelapang padi, tapi harga beras naik" Yang ini kena tanya Menteri dari Jeli tu jawab.

Sunday, November 23, 2008

Berkokok Berdegar-degar, Ekor Bergelumang Tahi.

Rasuah. Rasuah. Rasuah. Dah berbuih mulut asyik sebut benda tu je. Kalau pembangkang sebut, dikatanya fitnah, 'slander', mengada-adakan cerita dan sebagainya. Sekarang bekas orang no.1 negara sendiri yang sebut. Orang UMNO sendiri yang sebut. Pengerusi tatatertib sendiri yang sebut, apa lagi bertindaklah BPR. Tun menggesa orang Melayu memberi tekanan kepada pemimpin-pemimpin UMNO untuk menghapuskan rasuah yang telah menjadi budaya dalam parti itu sekarang. Rujuk UtusanOnline

Dah berbuih mulut dah pak Tun. Orang melayu UMNO dah beri tekanan. Orang melayu PAS dah beri tekanan. Orang melayu PKR dah beri tekanan. Nak tunggu orang melayu Afrika Selatan, orang melayu Sri Langka dan mana-mana melayu di seluruh dunia beri tekanan baru nak ambik tindakan?

Dah beratus-ratus report dah dibuat. Nak tunggu orang melayu Afrika Selatan, orang melayu Sri Langka dan mana-mana melayu di seluruh dunia buat report baru nak ambik tindakan?

Ayam bapak berkokok berdegar-degar, ekor bergelumang dengan tahi. Sungguh jijik./span>

Masaalahnya, UMNO Keras Kepala

UMNO pada satu ketika pernah berkata PAS itu sesat dan sebagainya. PAS mempertahankan maruahnya sebagai parti alternif kepada orang melayu Islam dengan mengambil nas-nas AlQuran dan Hadith Rasullullah SAW.

Bukankah Allah telah berfirman kalau ada apa-apa perselisihan mengenai apa-apa saja, kembalilah kepada AlQuran dan Sunnah Rasullullah SAW.

Jangan pakai syok sendiri je. Ni jenis keras kepala.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.(AnNisaa' Ayat: 59)

Timbanglah saudaraku.

Pelan Peralihan Kuasa Ciptaan UMNO

Bermacam-macam isu disensasikan sepanjang bulan ini. Diantara yang paling hangat ialah isu perebutan jawatan dalam UMNO. Sebelum isu pelan peralihan kuasa jawatan Ketua Wanita menjadi hangat, isu pelan peralihan kuasa Presiden UMNO tidak kurang hangatnya sehingga menutup isu-isu lain yang tidak kurang pentingnya iaitu kenaikan harga barang.

Pelan asal peralihan kuasa Presiden UMNO ialah tahun 2010. Tetapi diatas desakan beberapa pemimpin yang bersandarkan ke atas akar umbi konon, maka dianjakkan Perhimpunan ke Mac 2009 kerana hendak meng-awalkan pelan penyerahan kuasa.

Saya merasakan pelan peralihan kuasa ini adalah ciptaan sendiri. Tidak termaktub pun di dalam perlembagaan UMNO.

Rakyat mengikuti perkembangan ini kerana buat masa ini, UMNO menjadi tunjang kepada BN. Sebarang pertukaran kepimpinan mencorakkan senario politik negara. Walaupun dasarnya tetap sama yang hanya berkisar, berligar dan berselindung di sebalik 'tabir kebal' UMNO iaitu "BN mesti mengekalkan 2/3 majoriti di Parlimen yang dah pun ditembusi, "mengekalkan ketuanan melayu bila langkah silatnya dah sumbang" dan "perpaduan melayu bila 'gelanggang silatnya' dah 'tinggi rendah' dimana 5 negeri dah 'tumbang', namun gaya lenggang lengguk pimpinan yang baru mungkin ada kelainan.

Perbezaan pelan peralihan kuasa Presiden dan Ketua Wanita UMNO ciptaan sendiri ini, tidaklah ghairah sangat. Presiden sekarang akur dengan kehendak beberapa pihak yang berkepentingan. DS Najib berjaya di'nobatkan' sebagai Presiden setelah lawan beliau Tg.Razaliegh tidak cukup kuota pencalonan.

TS Rafidah mengistiharkan pelan peralihan kuasa ciptaannya sebagai 'null and void' setelah Shahrizat bertegas mahu 'melawan'nya kerana dia (Shahrizat) tidak percaya lagi pelan tersebut kerana didakwanya beliau dipaksa menerima pelan tersebut daripada Rafidah.

Begitulah pergolakkan dalam UMNO. Sekarang 'precedent' dah ada, dimasa akan datang akan kita saksikan beberapa pelan peralihan kuasa akan wujud.

Rakyat tertunggu-tunggu perubahan-perubahan yang akan berlaku. Perdana Menteri yang baru pada Mac 2009 akan datang ni diharapkan jangan lupa bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia, bukan untuk melayu UMNO sahaja.

Ingat, menjadi imam yakni pemimpin adalah satu amanah yang berat. Anda akan dipersoal di akhirat nanti.

Saturday, November 22, 2008

..Kalau Menteri Untuk Wanita UMNO Sahaja Biaq pi lah....tapi

Semalam penulis semacam mengeluh, tak nak ambik pusing pasal 'kes' Rafidah' dan 'Shahrizat'. Tetapi hari ni seronok dengar komen dari orang-orang yang sama-sama di dalam 'raga', pinjam kata-kata Rais Yatim

Maka berkatalah salah seorang yang bertanding Timbalan Presiden dari Melaka: (Kalau menang jadi Timbalan Perdana Menteri wo).

...." pihak lain tidak perlu mencampuri urusan pergerakan itu sebaliknya membiarkan ia diselesaikan di kalangan ahlinya. ''Terserahlah kepada Wanita untuk memutuskan hal-hal Wanita,"

Bila dia sebut pihak lain bermaksud semua rakyat Malaysia termasuk bakal PM, PM yang sedia ada, kaum lelaki, kaum perempuan kecuali Wanita UMNO saja yang boleh bercakap.

Masalahnya Dato' Seri, kalau yang pemenang tu besok menjadi Menteri untuk Wanita UMNO sahaja biaq pi lah, tapi dia akan menjadi menteri untuk membela semua wanita di Malaysia, tak kira hang Melayu UMNO ke, Melayu PAS ke, Cina MCA ke, Cina DAP ke, India MIC ke, India PKR ke, semua wanita-wanita Malaysia di Malaysia.

Berkata pulak bekas MB Selangor yang bertanding Ketua Pemuda:

..."pertandingan bagi jawatan Ketua Wanita menunjukkan proses demokrasi berlaku dalam parti.

......biarlah pertandingan merebut jawatan antara Rafidah dengan Shahrizat berlaku dalam suasana harmoni"

"Beliau yakin perbalahan tidak akan berlaku antara kedua-dua pemimpin itu kerana mereka sudah cukup matang."

Kalaulah betul itu proses demokrasi, kenapa Datuk and the gang yang nak bertanding pelbagai jawatan ini hiruk pikuk berteriak sana sini bercakap pasal nak hapuskan sistem kuota.

Betui ke boleh berlaku dalam harmoni Datuk?. Kenapa dulu bila Siti Zaharah menang Rafidah tidak menghulurkan salam lalu lari membawa diri ke oversea menyejukkan hati yang gundah gulana. Kalau dah punah tak berguna. Ini ke yang dikatakan matang tu. Ke dah overcooked?

Berkata pula Menteri yang jaga ISA:

"Ini adalah kemahuan akar umbi, cuma saya harap pertandingan itu biarlah berlaku dalam semangat setiakawan dan muafakat.

"Saya melihat Pergerakan Wanita cukup matang tidak hanya di peringkat pemimpin tetapi juga ahlinya, yang pastinya pertandingan ini tidak akan merosakkan parti,'' katanya.

Betul tu. Eloklah yang menang jangan lupa 'beri' sikit pada yang kalah. Bermuafakatlah mem'faraid'kan apa-apa yang ada sesama Wanita UMNO. Lupakanlah wanita-wanita lain di Malaysia ni. Hangpa 'makan'lah kenyang-kenyang sesama hangpa.

Rujuk UtusanOnline

Putaran Roda Kehidupan

Apabila teruna bertembung dengan dara maka timbullah satu perasaan. Kalau orang muda sekarang istilahkan perasaan itu sebagai 'berkenan', suka, sayang, cinta pandang pertama dan bermacam-macam lagi. Peristiwa begitu mungkin berlaku di Universiti, tempat kerja, seminar, konferens dan sebagainya.

Langkah selanjutnya, mungkin siteruna akan cuba menghubungi sidara. Bermacam-macam cara. Teknologi terkini seperti handset,SMS,e-mail,'chatting', 'friendster' etc. memudahkan lagi 'contact'. Kalau dizaman penulis, ketika itu belum ada handset, maka kekadang meminta kawan tolong kenalkan atau menggunakan telefon pejabat untuk memulakan bicara atau yang lebih daring, terus approach dan memulakan perbualan. Penulis tidak berhajat memaklumkan caramana bermulanya perkenalan. Cukuplah memaklumkan perkenalan bermula di pejabat.

Apabila perkenalan dah makin erat, maka 'utusan' dikirim untuk merisik. Seterusnya pertunangan diikat. Janji termeterai maka pasangan diijabkabulkan.

Masa berlalu, zuriat dilahirkan. Bayi membesar. Seisi rumah menjadi riuh rendah, hilai ketawa, nangis memekik, si ibu dan bapa sungguh ceria.

Bila anak-anak membesar sehingga masuk alam persekolahan, suasana di rumah masih lagi meriah, dengan keletah anak-anak membesar dengan buku-buku sekolah, suasana dirumah nampak penuh dengan aktiviti, mengaji Quran, makan bersama keluarga, shopping bersama keluarga etc etc. Tetapi bila anak-anak sorang demi sorang masuk asrama, rumah kembali sepi hanya menunggu hujung minggu anak-anak pulang, barulah rumah kembali riuh rendah.

Suasana di rumah kembali sepi, tiada lagi hilai ketawa, nangis memekik, apabila anak sorang demi sorang masuk Universiti. Si ibu bapa menghitung hari bila cuti semester tiba agar rumah kembali ceria, dapat makan bersama mereka, dapat keluar bercuti seisi rumah dan sebagainya. Ada anak yang ke'oversea', bertahun menunggu kepulangan mereka, hati sibu dan bapa sentiasa resah gelisah bertanya khabar agar terubat rindu pada mereka.

Sekarang mereka dah membesar menjadi remaja. Bila-bila masa dirisik orang. Apabila dirisik orang ibu bapa terpaksa bersedia, bahawa mereka akan jadi milik 'orang'. terpaksa bersedia seorang demi seorang akan dipetik orang. Terpaksa bersedia bahawa mereka akan 'berpisah' daripada keluarga. Rumah akan kembali sepi. Tiada lagi tangisan bayi, hilai ketawa, nangis memekik. Rumah tidak semeriah dulu lagi

Dan kini penulis terpaksa bersedia, kerana 'seorang' dari yang 'lima' telah menjadi milik 'orang'. Sudah tentu setahun dua lagi yang 'empat' lagi akan menyusul pula.

Begitulah putaran roda kehidupan.

Friday, November 21, 2008

Shahrizat ke Rafidah????? Biaq pi lah......

Shahrizat atau Rafidah ke akan jadi Ketua Wanita UMNO tidak sedikit pun menarik perhatian penulis. Kedua-dua mereka tidak dapat menunjukkan satu contoh yang baik bagi pergerakan itu. . Perkara asas seperti menutup aurat pun tidak dipatuhi, sedangkan itu adalah perintah Allah. Penulis ulang, itu adalah perintah Allah bukan perintah PAS. Kalau perintah Allah pun diingkari, ada harapan ke nak berlaku adil kepada pergerakan yang hendak dipimpin?

Sekurang-kurangnya bakal Naib Ketua, Kamilia telah melaksanakan perkara asas iaitu menutup aurat.

Bercakap pasal menutup aurat ni, dulu bila Kelantan nak mencadangkan orang perempuan Islam di Jabatan Kerajaan menutup aurat, maka melalaklah sekumpulan ulama sebelah KL. Mereka berkata, "oh, itu soal peribadi. Menutup aurat tak semestinya baik, yang penting nawaitu". Yang lucunya Mid Man kononnya penasihat Agama berkata, :Kita kaji tengok dulu". Perintah Allah nak dikaji. Hebat hang Mid. Tak cukup ke Thesis PhD hang dulu. PhD kopi 'o' ke Phd 'cap ayam' (pinjam isitilah orang Terengganu.)

Sekarang apabila negeri-negeri PR yang belum meminda apa-apa enakmen lagi (mungkin dah pinda) maka riuh sekampung, gegak gempita juru-juru heboh, bising sana, bising sana. Biasalah, nanti rakyat akan bertanya pasal apa hang UMNO sengap? Hang hidup ka lagi atau dah tenat. Ka dah mati.

UMNO/BN Dah Gila Talak Ke?????......

Ramai rakan-rakan yang telah berpisah dengan isteri mereka di atas sesuatu sebab, mereka amat merindui bekas isteri atau isteri-isteri mereka. Setiap pergerakan isterinya di ikkuti. Cara bekas isterinya bersolek, berpakaian, bergaul, berkenderaan (apatah lagi kalau bekas isterinya berkenderaan baru atau bersuami baru) dll amat dicemburuinya

Begitulah UMNO/BN sekarang seperti orang gila talak. Setiap inci, setiap langkah, setiap gerak geri jandanya yang makin cantik, makin menarik, makin digilai orang iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan akan dicemburui.

Kenapa dulu tak jaga elok-elok 'janda' awak tu?. Sekarang dah menyesal. Tak de gunanya.

Penulis masih teringat ada seorang ulamak besar kat Bangi selalu berkata kepada seorang bekas menteri yang tak nak bertanding apa2 jawatan dalam UMNO, "Cari atau 'create' issue setiap bulan di Kelantan. Kacau 'Bulan'. Biar 'Bulan' tak senang duduk.". Alhamdulillah.

Sekarang ulama' tersebut masuk PKR, tapi dah tak aktif sebab selalu ikut jemaah tabligh. Tak apalah itu cerita lama.

Berbalik kepada kesah gila talak tadi. Jikalau setakat rindu je, tak apalah. Tapi jangan berdengki sehingga ada tanda-tanda berniat jahat. Be gentlemanlah.
Tunggulah PRU13, kita sama-sama berjuang secara gentleman.

Mereka pun rakyat Malaysia Jugak weh.....

Kenapa ya masih ada yang beranggapan semua kemudahan, semua peluang mesti di atas nama Melayu. Masih lupa ke kauam Cina,India,Sikh serta suku kaum lain yang tidak kurang daifnya juga memerlukan pembelaan. Mereka juga warganegara yang memerlukan pembelaan. Bila bercakap isu babi, ramai yang melenting, seolah-olah orang Cina tidak boleh makan babi, sebab babi haram di sisi Islam. Bila PR hendak meneruskan semula projek 'peninggalan' dulu, ramai yang melenting. Kononnya merekalah jaguh Melayu

Seolah-olah mereka cuba nak berhujah "woi tunggu kami makan kenyang-kenyang dulu baru kami beri kau orang makan".

"Weh, mereka pun rakyat Malaysia jugak"

Thursday, November 20, 2008

RM8000 Sejam......banyak tu!!!!!


Masalah jumlah bayaran untuk setiap ceramah tidak timbul. Kalau sesaorang memberi ceramah di Jabatan Kerajaan, bayaran honorarium telah digaris pandukan mengikut Pekeliling Kerajaan. Kalau sesaorang mempunyai ijazah biasa, individu tersebut akan dibayar tak mencecah pun RM200 sejam dan tidak lebih daripada sekian peratus gaji jika memberi ceramah sepanjang bulan. Jikalau sesaorang itu ada kepakaran tertentu, individu tersebut akan dibayar lebih daripada RM200 tetapi taklah mencecah RM500 sejam, jauh sekali RM8000

Sekarang angkasawan itu sudah tentu mempunyai kepakaran luar biasa, 'terbang' tinggi melepasi 'graviti' dunia. Kalau dia memberi ceramah di Agensi Kerajaan sudah tentu pembayaran honorarium tertakluk kepaka Pekeliling Kerajaan, penulis merasakan taklah sampai mencecah RM8000 sejam, lainlah kalau tabung PIBG membayarkannya.

Jikalau dia menyampaikan ceramah di sektor korporat, ada kemungkinan akan dibayar sebanyak itu, kerana pembayaran honorarium tidak tertakluk kepada Pekeliling Kerajaan

Persoalannya sekarang wajarke kalau dia dibayar sebanyak itu? Penulis merasakan dengan pengalaman yang luar biasa, memang dia layak dibayar sebanyak itu jikalau dia pergi ke angkasa dengan duit sendiri.

Tetapi kerajaan telah membelanjakan jutaan duit untuk 'menumpangkannya' ke angkasa lepas, maka kewajarannya anda timbanglah sendiri jikalau betul dengan tohmahan ramai bahawa dia dibayar sebanyak itu.

Tiada Yang Tiada Benar, Semuanya Benar Belaka

Penulis merasakan kenyataan akhbarnya penuh ikhlas. Lepas ni boleh buat kenyataan bersumpah di Masjid. Boleh mintak TV memberi laluan kepada beliau untuk bersumpah secara 'live'. Kalau boleh buat malam yang sama dengan 'wedding of the year' seorang artis, boleh tengok mana ramai penonton. Berilah dia peluang bersumpah di TV kerana dia tiada peluang bersumpah di mahkamah kerana tidak dipanggil untuk membela diri, kalau dipanggil membela diri tentu dia akan bersumpah, "saya si polan bin si polan dengan ini bersumpah semua keterangan adalah benar. Tiada yang tiada benar, semuanya benar belaka."

Cuba teka siapakah orang itu?

Wednesday, November 19, 2008

PAKATAN RAKYAT - Retreat?????


Pakatan Rakyat masih lagi wujud dan komited dengan '16 September'. Rakyat nampak seolah-olah ia layu dan terus kering-kontang. Mereka yang mengharap keadilan sosial, negara berkebajikan, integriti mahkamah, pemansuhan ISA, apa lagi? Apa-apa yang anda rasa tak puas hati hari ini. Oh tol? Memang konsesi akan di'review'. PTK? Boleh bawak berbincang.

Pakatan Rakyat telah mengadakan retreat - yang pertama sejak pilihan raya umum ke-12 hari ini. Pertemuan secara keluarga itu dihadiri oleh ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan tujuan untuk membincangkan langkah usaha merapatkan ikatan wakil-wakil rakyat pembangkang.

DSAI selaku Ketua Pembangkan tidak 'disclosed' secara detail retreat tersebut. Barangkali satu target baru sedang menanti rakyat yang dah lama dahagakan keadilan. Baca mStar

Tuesday, November 18, 2008

PAS Masih Relevan Di Terengganu

PAS Terengganu perlu bangkit pada PRU13 supaya rakyat di Terengganu khususnya dan di negeri-negeri lain amnya terasa kewujudannya dan masih relevan dalam arus politik negara. Negeri Sembilan dah mula nampak cahaya bulannya. PAS Johor dah mula nampak kerdipannya. Untuk PAS 'berjangkit' ke negeri Pahang dan ke negeri-negeri lain, PAS Terengganu perlu bangkit semula. Kemenangan PAS zaman 60an dan 1999 dah menjadi satu sejarah. Segala kesilapan yang lalu dah menjadi sejarah. Apa yang penting segala kesilapan yang lalu tidak berulang lagi.

Dalam konteks ISO 9000, 'roots of the problems' mesti dikenalpasti. Lepas itu baru 'corrective action' diambil. Apabila tindakan pembetulan telah diambil ia disusuli dengan 'preventive action' yakni tindakan pencegahan. Memang bercakap dan menulis nampak mudah, yang memikulnya seperti Cik Gu Pa, Ust Bakar Chik, Wahid Endut, Wan Mutallib, Syed Azman dll termasuk TGHA sendiri, Allah saja yang tahu.

Kita kembali ke perkara asas. Muhasabah diri, tarbiah keluarga dan tarbiah ahli. Hidupkan kembali usrah ahli, saya yakin dikebanyakkan kampong usrah dah 'sejuk'. Kekalkan usrah pimpinan di semua peringkat. Rapatkan silaturrahim antara ahli. Pimpinan selalulah menjengok ahli dan keluarga ahli. Adakan hari keluarga untuk ahli.
Rapatkan saf.

Hidupkan solat berjamaah lima kali sehari di masjid-masjid dan surau-surau walaupun UMNO menguasai masjid dan surau. Bawakan semua anak-anak lelaki kita ikut bersama berjamaah di surau. Penuhkan majlis-majlis ilmu bersama anak-anak. Orang PAS mesti ke depan dalam apa situasi, wa ima ada kematian ke, kenduri-kendara ke, gotong-royong ke, mesyuarat PIBG ke, ziarah orang sakit ke, ziarah orang bersalin ke, majlis tahlil ke, rai orang berangkat ke Mekah ke, ibadah korban ke dll.

Senyum itu satu sedekah. Mulai daripada sekarang bermulah hari-hari anda dengan senyuman. Kikiskan imej orang PAS ni garang-garang (di setengah-tengah tempat). Cuba wujudkan pusat khidmat masyarakat di seluruh bandar. Bagi mereka yang berkemampuan dari segi keewangan, ilmu serta kepakaran, wujudkan kelas bimbingan UPSR, PMR dan SPM sebolehnya percuma atau caj sedikit sebagai 'token' untuk 'cover' duit air dan api.

Wujudkan 'summer camp' atau bina insan untuk remaja, tidak perlu meletak lambang bulan kerana sesetengah tempat macam Kuala Berang amat sensitif, memadailah dianjurkan oleh orang-orang yang masyarakat setempat mengenali mereka sebagai orang PAS.

Anjurkan konsert secara Islam yakni hiburan yang tidak melampau untuk menarik remaja kepada kesenian dan keindahan Islam. Jemputlah artis-artis seperti Mawi, Amy Search dan Hattan yang dah 'berubah' dll.

Adakan kursus piliharaya secara aggresif. Mahirkan petugas-petugas dengan penggunaan Borang-Borang 13,14,15 serta borang-borang lain. Ilmu pilihanraya amat penting untuk 'berlawan' dengan SPR.

Kenalpasti calon-calon daripada sekarang. Sesetengahnya walaupun berusia tetapi masih relevan. Kepimpinan TGHA, kami masih menagih kepimpinan mu. Di sesetengah tempat, walaupun masih muda, tapi sudah tak relevan lagi dengan arus sekarang. Sedaya upaya libatkan ramai profesional untuk melawan UMNO, jangan curiga atau sangsi dengan golongan profesional. Pernah orang UMNO mencebik calon PAS, walaupun warak tapi tiada kelulusan, maaf cakap bukan tujuan menghina.

Kenalpasti calon-calon JSR. Jangan lantik yang garang-garang seperti yang pernah berlaku di sebelah Kuala Berang atau mungkin di tempat-tempat lain, maklumlah dah lama tak memegang tampuk pemerintahan, mungkin ada perasaan nak berbalas (ada ubi ada batas, ada hari cuba nak balas) atau kurang tarbiah kerana usrah dah lama sejuk, sesejuk angin monsoon laut cina selatan.

Penulis selalu bercakap dalam konteks ISO 9000, letakkan target atau objektif dalam PRU13 akan datang. Saya rasa tidaklah malu atau rendah diri atau 'terundur' kebelakang kalau kita meletakkan satu target yang rendah tetapi realistik. Biar kita berundur dua tiga tapak kebelakang, tapi kita akan melonjak banyak tapak kedepan.Kalau kita letakkan target untuk menafikan dua pertiga sahaja, maka kita berkerja 'along that line'. Kalau kita meletakkan target untuk merampas kembali Terengganu maka sudah tentulah kita bergerak berlipat-ganda.

Secara ikhlas, penulis merasakan kita letakkan satu target yang mungkin ramai orang akan marah atau keciwa. Kita letakkan target untuk menafikan dua pertiga untuk kali ini. Mungkin musuh akan ketawa. Biarkan. Penulis mungkin tiada fakta atau data untuk menguatkan hujah. Musuh akan berkata PAS Terengganu sudah lemah. Pernah memerintah Terengganu dua kali, tiba-tiba meletakkan target hanya hendak menafikan dua pertiga.
Biar UMNO terkejut, tetapi jika nampak peluang untuk sumbat gol maka jangan buang masa, jangan banyak 'getel', sumbat 'selalu'

Kepada orang-orang lama, aktivis sepenuh masa, maaf diminta, penulis amat sayangkan PAS Terengganu. Sekian

'Umno ibarat ayam dalam raga'... Betul ke Rais?????

Maka berkatalah Menteri yang pernah suatu ketika dulu 'membakar' jambatannya. "Pada ketika ini, Umno ibarat ayam dalam raga. Orang lain yang berada di luar hanya memerhatikan siapa yang cedera, terkorban atau yang kena sembelih,". Ini, bukan penulis yang cakap, tapi Menteri tersebut yang berucap di dalam satu wacana isu perundangan dan hak-hak pribumi dalam perlembagaan di Memorial Tun Hussein Onn. Kalau tak percaya baca sini.

Yang sebenarnya UMNO itulah diibaratkan raga dan ahlinya adalah diibaratkan 'ayam'. Sebagai contoh, dari Perlis sebuah lori membawa ayam di dalam raga atau bakul. Ayam-ayam tersebut diberi makan kenyang-kenyang. 'Mereka' tidak tahu untung nasib 'mereka'. Ada yang mati dek kelemasan kerana mereka berhimpit-himpit di dalam raga-raga tersebut bersusun-susun di dalam lori. Mereka juga tidak tahu yang sebaik saja tiba di Pasar Chow Kit mereka akan disembelih seekor demi seekor.

Berkata lagi memanda menteri tu "Fakta sejarah boleh dianggap sebagai faktor utama yang meneguhkan hujah bahawa orang Melayu atau stok Melayu itulah yang mulamula mendiami Semenanjung Tanah Melayu yang dikenali dunia sebagai Malaya atau Land of the Malays."

Tengok, memanda tu cuba meniup api perkauman dengan menidakkan kaum-kaum lain. Mungkin bila berdepan dengan MCA dan MIC memanda akan berkata " Lu jangan risaulah, wa acah je, 'ayam-ayam' tersebut akan lupa."

Berucap lagi memanda tu "Tetapi ramai pula yang terus dalam keadaan tidak kisah dan lantas membiarkan sahaja polemik pribumi ini dipermainkan di arena politik kelompok masing-masing,"

Tolong sikit memanda, kami berjuang untuk Ketuanan Islam yang akhirnya menjurus kepada ketuanan rakyat, dimana keadilan dinikmati oleh semua kaum.

Maka bertitah lagi memanda tersebut (kot-kot ucapan ini boleh menaikkan jumlah undi semasa pemilihan Mac nanti)"Katanya, apa yang dianggap sebagai ketuanan Melayu sebenarnya adalah kedaulatan dan keistimewaan Raja-Raja Melayu. Ini adalah kerana institusi Raja atau kesultanan Melayu itu sentiasa rapat dengan jiwa ke-Melayuan,"

Siapakah manusia yang mencabut kekebalan Raja-Raja Melayu satu ketika dulu kalau tidak 'ayam-ayam' tadi.

Memanda tersebut tak letih-letih berucap walaupun nampak senget badannya dalam TV, "Selain itu, katanya, orang Melayu perlu menghindari perkara-perkara yang mampu melemahkan imej mereka.

Yang ini penulis bersetuju dengannya. Jom hapuskan budaya lepak 'ayam-ayam' tadi di coffee-house-coffee-house, hapuskan 'penkid' dan sokonglah fatwa mengharamkannya, hapuskan politik wang, tangkaplah 'Ayah Pin' dan akhir sekali tegakkan Islam untuk memberi keadilan untuk semua, barulah Bangsa Melayu yang berAgama Islam akan diingat, akan dikenang sebagai satu bangsa yang adil kepada semua kaum, hidup rukun dan damai. Jangan pakai sedap bercakap je.

"100 orang pun boleh lawan saya"..... Ayo yo Samy


Ayo yo Samy. Malaysia banyak kecohlah walaupun ada satu orang samy sahaja. Di Thailand sana ramai jugak sami tapi tarak kecoh pun. Beliau berkata "Sesiapa pun boleh bertanding. Saya minta 100 orang bertanding jawatan Presiden,"

Angkuhnya saudara. Semua orang BN angkuh ke?????. Anda jawablah sendiri

Monday, November 17, 2008

Ibrahim Ali Yang Perkasa

Perkasa melalui Presidennya Datuk Ibrahim Ali menggariskan lima perkara untuk membela hak Melayu dan pribumi dari semasa ke semasa. Beliau dengan penuh yakin dan bersemangat ketika membacakan resolusi Program Wacana Isu Perundangan dan Hak-hak Pribumi Dalam Perlembagaan semalam. Lima perkara tersebut ialah;(utusanOnline)

1.Mencadangkan kedudukan tanah rezab Melayu dimasukkan di bawah perlindungan raja-raja Melayu melalui pindaan Perkara 159 fasal 5.

2.Menyarankan supaya hal-hal berkaitan perundangan Islam yang melibatkan kuasa mahkamah syariah seperti terkandung dalam Perkara 121 (1A) diperjelas, diperkasakan terus dilindungi.

3.Menuntut supaya dilaksanakan penggunaan sepenuhnya bahasa Malaysia dalam segala urusan dan kehakiman negara melalui Perkara 163 dan 167.

4.Menggesa pihak kerajaan supaya sentiasa memandang serius serta memperkasa hak-hak orang Melayu dan pribumi seperti yang terkandung dalam Perkara 153.

5.Memastikan Perkara 66 iaitu yang berkaitan kuasa raja-raja Melayu kekal mutlak dan tidak dipertikaikan.

Kelima-lima saranan tersebut bukan asing bagi aktivis politik. Kelima-lima perkara tersebut memerlukan kuasa politik untuk menjayakannya lantas mem'perkasa'kan orang-orang melayu dan peribumi lain.

Sejarah telah membuktikan di Malaysia, berapa banyak NGO yang 'berjuang' samaada melalui wacana Ilmu, Seminar, Konferens, Bengkel atau sebut saja apa-apa jenis 'avenue' lain, semuanya di'pekak-bisu'kan oleh kerajaan kecuali perkara-perkara yang tidak memeningkan batu kepala mereka.

Hatta kalau berdemonstrasi sekali pun, bercucuran air mata kedarah sekali pun, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, ibarat anjing menyalak bukit. Bukit tidak runtuh, bila serak dan haus, 'muncung' kebawah, beredar dengan hina. Tiada siapa ambil peduli.

Untuk mencapai kelima-kelima perkara tersebut, memerlukan satu pakatan politik yang kuat. Untuk meminda perlembagaan berkaitan dengan kelima-lima perkara tersebut memerlukan dua pertiga jumlah undi ahli parlimen. Tidak mungkin Datuk berjuang melalui NGO, di hotel-hotel mewah, melayu tidak akan 'perkasa', di takuk itu jugak.

Hanya Pakatan rakyat sahaja boleh diharap sebagai satu alternatif untuk memungkinkan pindaan tersebut. Mana mungkin NGO yang Datuk pimpin boleh mencelikkan kerajaan sekarang. Datuk sebagai ahli parlimen tidak berdaya kerana Datuk keseorangan.

Tiada pilihan bagi Datuk untuk menrealisasikan hasrat Datuk yang murni itu melainkan;

1. Datuk masuk didalam Pakatan Rakyat samada melalui PAS, PKR atau DAP. Penulis tidak berniat untuk meramalkan parti mana yang Datuk akan pilih atau

2. Datuk daftarkan Perkasa sebagai parti politik dimana Datuk sendiri sebagai Presiden dan masuk dalam Pakatan Rakyat atau

3. Datuk lompat semula ke dalam UMNO dan berjuang berhabis-habisan, siang dan malam, pagi dan petang. Untuk kali ini saya akan nobatkan datuk sebagai lompatan bilhikmah, dengan niat suci murni.

Fikir-fikirkanlah Datuk, masa dah suntuk, Selamat Berjuang.

Perasmi Masjid - Pengamal Politik Wang?????

Semua orang memperkatakan politik wang didalam UMNO. Ramai bloggers membincang serta memperincikan politik wang. Politik wang adalah satu istilah untuk melembut serta melunakkan satu perbuatan kotor dan jijik iaitu rasuah politik. Sama jijik dengan najis dadah. Bahkan penulis merasakkan lebih jijik daripada najis dadah. Sekurang-kurangnya penagih dan pengedar dadah, mereka tidak jadi pemimpin negara.

Bayangkanlah seorang pemimpin yang kalau naik melalui politik wang. Mereka akan berucap, berpidato di mana-mana serta merasmikan bermacam-macam program. Termasuk program-program keagamaan seperti Forum Agama, perasmian surau dan masjid dll. Mereka akan berucap mengenai perpaduan, ketelusan, ketuanan melayu, tentang ekonomi orang melayu, tentang kegagalan ekonomi orang melayu dan berbagai-bagai lagi. Agak-agak ucapan mereka, gesaan mereka atau saranan mereka mempunyai roh ke tidak? Apa implikasi perbuatan jijik itu terhadap kepimpinannya dan kepada rakyat?

Ramai pemimpin UMNO memperkatakannya. Yang 'mengamalkan' politik wang pun turut memperkatakan bahayanya politik wang. Yang sedang bertanding merebut jawatan-jawatan dalam Perhimpunan agung UMNO bulan Mac akan datang pun memperkatakan bahayanya politik wang. Seorang pencuri atau perompak akan berteriak, "Tolong! Tolong! Rumah saya kena rompak", dengan harapan polis tidak menyangka bahawa merekalah perompak yang sebenar.

Bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir pun memperkatanya walaupun gejala ini melanda begitu dahsyat di zamannya. Pengerusi Lembaga Disiplin Umno,Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen sendiri mengaku gejala ini lebih teruk dan parah.(Rujuk mStar).

Di dalam pemilihan yang lalu pemegang jawatan penting dalam UMNO didapati bersalah kerana politik wang, itu pun selepas keputusan beliau memenangi jawatan dalam pemilihan tersebut diumumkan.Pemilihan kali ini siapa pula ye? Penulis khuatir, sekarang gegak gempita memperkatakan politik wang dah jadi parah dan mem'barah', bila selesai pemilihan nanti, semua dah di'kambus', tiada siapa yang didakwa, semuanya terlepas bebas, bersih sebersihnya.

Adalah diharapkan UMNO serius menangani gejala jijik ini dan BPR jangan tertekan ketika melaksanakan tugas.

Sesungguhnya mereka yang menerima dan memberi wang, serta mereka yang tahu atau pura-pura tak tahu gejala ini, mereka yang ada kuasa tetapi cuba 'kambus' perbuatan yang amat jijik ini, ingatlah Mahkamah RabbulJalil pasti menunggu anda. Keadilan akan pasti menunggu pengamal politik wang di sana.

Gesaan ini hanya bagi mereka yang betul-betul menyakini hari akhirat. Kepada mereka yang akan menggunakan hak mengundi pada Mac 2009 nanti, ingatlah Allah memerhati anda.

Kalau Dah Lakukannya Mengaku Je lah

Satira politik pagi Isnin. Tolonglah jenguk kat sini. Kiriman dari kawan.

Chopping down the cherry tree - M'sian political version.

Legend has it that George Washington, America's first president, chopped down a cherry tree in his youth. The story goes that George gives the tree a good swing and chops it down with an axe. His father sees the damaged tree and asks his son if he knows who did the deed. George is quoted bravely admitting the truth: 'I can't tell a lie, Pa; you know I can't tell a lie. I did cut it with my axe.'

Below is a satire of how some Malaysian politicians circa 2008 may have reacted to the question:

Abdullah Ahmad Badawi - 'I did not cut down the tree , I was just taking a nap underneath it.
Najib Razak - 'I swear that I have never MET that tree.
Hishamuddin Hussein Onn- '...but I only own a keris ,not axe, how to cut down the tree?'
Dr Mahathir Mohamd - 'Apa nama cherry tree, yes, I chopped it down because, I don't like the idea of Pak lah sleeping under it.
Chua Soi Lek - 'Yes it was me, I resign as caretaker of this orchard.'
VK Lingam - 'It could be me, it might have been me but I don't think its me.
Anwar Ibrahim - 'I did NOT do it, and I am not giving any DNA sample for you to plant on the axe handle.'
Mohd Khir Toyo - 'The new state government should just trim the grass and not waste time asking who cut the tree.'
Ahmad Said ( Terengganu MB ) - 'I chopped it because cherry trees are more expensive to maintain than durian trees.'
Azalina Othman - 'The cherry tree is not included under my tourism MOU so I cut it down and besides there were unauthorised signboards put up around the tree.'
Shabery Cheek - 'I challenge you to a debate on tree cutting.'
S Samy Velu - 'I chopped it because Hindraf members were using it as a meeting point.
Wira Ali Rustam - 'We have planted durian trees for 50 years and we will plant them for another 50 years, we do not need cheery trees, apple trees , pear trees and all these other foreign trees.'
Rais Yatim - 'You must see the bigger picture, Ahmad said cherry trees are expensive to maintain, Ali Rustam said that are against our national identity and I needed to test my new axe, so you see, it is a WIN-WIN situation all around.'
Sharir Samad - 'I cut the tree because we could no longer afford to subsidise it.'
Karpal Singh - 'The bigfoot creature did it.'
Bung Mokhtar - 'The big monkey did it'
Pandikar Amin Mulia - 'There is nothing in the standing orders against chopping cherry trees. Kinabatangan duduk, Bukit Gelugor duduk .
Khairy Jamaluddin - I did not do it, neither did the Mat Rempits. By the way, what's a cherry tree?'
Lim Kit Siang - 'Cherry tree also you don't know, you are an insult to Oxford !'
Nazri Abdul Aziz - 'Racist, racist, racist! When we cut down durian trees nobody made a fuss. Now...'
Malaysian Citizens - 'Oh for heavens sake! Somebody plant something before we all starve to death!'

Kalau Dah Lakukannya Mengaku Je lah.

Sunday, November 16, 2008

RM225 juta 'Lesap'????? Banyak tu.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta bekas Exco Kerajaan BN, Dr.Teng Hock Nan memberi penjelasan bagaimana RM225mil dalam 'tabung' Majlis Perbandaran Seberang Prai 'lesap' dalam masa 6 tahun. LG Eng hairan dalam masa 6 tahun wang sejumlah itu 'lesap'. (Lapor mStar) Beliau berkata tahun depan Majlis memerlukan wang sejumlah RM160 juta, tetapi hanya mempunyai hasil sebanyak RM145 juta. Ini bermakna sebanyak RM15 juta kekurangan yang perlu ditampung.

Manakala bekas Exco tersebut, Dr.Teng Hock Nan pula menggesa Kerajaan Pulau Pinang membentangkan kepada umum hasil Laporan Audit Persendirian status kewangan Majlis Perbandaran Seberang Prai. Lapor (mStar).

Beliau mahu LG Eng mengumumkan jumlah sebenar wang yang dibayar untuk laporan audit persendirian tersebut. Laporan tersebut sepatutnya dikeluarkan pada bulan April lepas tetapi sehingga sekarang tiada apa-apa perkembangan. Beliau berkata, pendedahan LG Eng adalah satu perangkap politik untuk memalukannya. Beliau juga berkata tiada apa-apa yang perlu diselindungkan.

Wang sejumlah itu (RM225 juta) adalah banyak. Ia adalah wang pembayar cukai. Banyak perkara boleh dilaksanakan untuk pembangunan dan kemudahan rakyat Pulau Pinang.

BPR perlu bertindak segera supaya nama baik bekas Exco tersebut serta nama Ketua Menteri Pulau Pinang tidak dicemuh oleh rakyat. Kewibawaan kedua-dua pihak perlu dijaga, supaya rakyat tidak ada apa-apa prasangka.

Jika didapati ada sesuatu yang mencurigakan, BPR perlu bertindak membersihkan atau membuat pendakwaan mana-mana pihak yang didapati 'terlibat'. Sebarang kelewatan daripada BPR boleh mencurigakan rakyat.

Mahathir diibaratkan 'Asam Keping'?????


Apabila Tun Mahathir melepaskan jawatan Presiden UMNO seterusnya jawatan Perdana Menteri Malaysia kepada DS Abdullah Badawi, suaranya masih 'laku'. Diusung ke hulu ke hilir untuk dengar dia punya cakap. Banyak 'talk' disampaikannya di Hotel-hotel diserata tempat. Kritikan demi kritikan dilontar kepada DS Abdullah.

Kemuncak kemarahannya kepada DS Abdullah, dia telah mengistiharkan dirinya keluar daripada UMNO selagi DS masih berada 'di situ'.

Oleh kerana 'gian'nya beliau berada di dalam UMNO, lebih-lebih lagi pergolakkan UMNO sekarang, pergolakkan MCA dan MIC, beliau turut menasihati DS Najib, TS Muhyiddin dan 'pertubuhan' UMNO tu sendiri. Beliau bercakap pasal politik wang dalam UMNO. Beliau bercakap pasal Yg Arif Hakim-hakim yang dia ambik dayausaha yang sangat-sangat aktif satu ketika dahulu untuk men'tribunal'kan mereka dll.

Tetapi kritikannya ketika berada di dalam UMNO dan di luar UMNO amat berbeza. Kalau dulu kritikannya amat terasa seperti sekeping ASAM KEPING yang masih segar, tetapi setelah berada di luar UMNO kritikannya tak ubah seperti sekeping ASAM KEPING yang dah lembik. Asam keping yang segar mampu menyedapkan kari, tetapi asam keping yang dah lembik, lama kelamaan akan dibuang kalau tidak asam itu akan merosakkan kari.

Begitulah nasib bekas seorang Negarawan.

Awas Ayam Sokhotai Thailand



"M’sia bans Thai chicken imports after bird flu in Sokhotai." Lapor mStar. Menteri Pertaninan dan Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata permit untuk mengimpot ayam daripada negara Thai dibekukan berkuatkuasa serta merta.

Pada hari Isnin yang lalu, "World Organisation for Animal Health" melaporkan 'avian influenza' telah menjadi wabak di Sokhotai (Thailand) dan Kementerian terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga.

Syabas kepada Kementerian kerana mengambil tindakan yang pantas. Diharapkan pihak penguatkuasa dapat bertindak dengan sewajarnya kerana perayaan Idul Adha dah hampir tiba. Kenduri kendara disana sini semasa cuti sekolah ini. Daging ayam memang kegemaran rakyat Malaysia, tidak kira muda atau tua.

Janganlah ada penyeludupan dek mengejar habuan yang besar dan pendapatan yang singkat tetapi nyawa rakyat Malaysia dipertaruhkan.

Saturday, November 15, 2008

Thaksin - Pojaman Bercerai????? Tiada Maknanya


Bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra yang kini hidup umpama pelarian dilaporkan menceraikan isterinya, Pojaman, di Hong Kong, semalam. Rujuk UtusanOnline.

Daripada mStar. Beliau yang digulingkan dua tahun lalu dan kini dalam buangan, dikatakan menceraikan isterinya, Pojaman Shinawatra semalam - antara lain dipercayai berpunca daripada implikasi undang-undang melindungi harta mereka.

Difahamkan usaha itu digerakkan oleh Pojaman ekoran pendirian Thaksin yang masih terus bertarung menghadapi kesnya. Kebanyakan harta pasangan itu adalah atas nama Pojaman.

Laporan minggu lalu menyebut pihak berkuasa Britain telah membatalkan visa milik Thaksin dan Pojaman dengan mengeluarkan arahan kepada syarikat-syarikat penerbangan supaya tidak membawa pasangan itu menaiki penerbangan ke Britain.

Tindakan itu diambil selepas mahkamah Thailand menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas Thaksin kerana didapati bersalah membantu isterinya membeli tanah kerajaan ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Penulis tidak berminat samada dia betul-betul menceraikan isterinya. Penceraiannya tidak dapat mengubati hati rakyat Thailand. Kes rasuahnya. Kekayaannya, sehingga boleh membeli kelab EPL England. Pada zamanyna umat Islam diserang, dibunuh, diseret, dijemur panas terik bulan Ramadhan, dilambak ke dalam trak polis bertindih-tindih seperti ayam. Ramai yang mati kerana lemas. Adakah dosanya terampun dengan berita penceraiannya yang boleh disifatkan sebagai penceraian berstrategi?

Ketika umat Islam di Thailand menderita, mereka sekeluarga hidup bermewah-mewahan di London.

Roti Canai Kari Tulang di Kota Bharu.

Saya baru balik daripada Kota Bharu malam tadi. Letih sesangat kerana pergi dengan kereta Jabatan. Kota Bharu tak banyak berubah. Tempat makan seperti biasa. Beraneka jenis. Saya ada singgah di satu kedai yang bernama 'Roti Canai, Kari Tulang" Saya ingatkan kari dengan cebisan tulang, rupa2nya dia datang dengan tulang 'gearbox', berpeluh nak ngabiskannya.

Sarapan pagi saya singgah disatu warung daging salai. Orang terpaksa 'Q' untuk membeli bungkus nasi kerabu daging salai. Kawan saya menggeleng kepala macam tak percaya, makan minum untuk lima orang murah giler. (bahasa orang muda)

Kalau tak pergi ke pasar Siti Khdijah memang tak 'sah' kalau datang ke Kota Bharu. Apa yang menarik peniaga dikuasai oleh kaum hawa. Orangnya peramah, tak seperti di tempat-tempat lain terutama KL. "Raso be, tok say beli tak po" sapa kakak yang menjual serunding. (Rasa bang, tak nak beli tak apa).

"Be belilah kain tudung untuk mok dio, ko tak dok mok" Sapa seorang kakak yang menjual kain tudung. (Bang, belilah kain tudung untuk 'mak' dia (isterilah tu), ke tak de isteri). Saya menjawab ada, anak dah lima. Dia senyum malu-malu.

Kawan saya yang dah tiga bulan tinggal di sana kerana supervise satu projek, memberitau dia tak perlu memasak kerana perbelanjaan seharian hanya RM10.00.

Begitulah makmurnya negeri Kelantan, orangnya peramah dan 'manis-manis'. Termenung saya ketika minum air halia telur puyuh, mengapa Kl, hatta di Bangi pun, orangnya masam-masam dan garang, macamana nak tarik pelanggan kalau gitu.

Semasa pulang ke KL, kami singgah di R&R Gua Musang. Kami order sup tulang. Abang tu tanya dengan muka yang lembut serta senyuman "Tok say cicah denge rotike?" Kawan saya minta translatekan. Saya ulang kata-kata abang tu "Tak nak roti cicah (makan) dengan sup ke?" Habis makan abang tu ucapkan kami selamat jalan, pandu elok2 dan terima kasih kerana sudi singgah di kedainya.

Alahai Rafidah, Shahrizat............

Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada Mac 2009. Penyandang Ketua Wanita UMNO, TS Rafidah Aziz akan melepaskan jawatannya dalam pelan peralihan kuasa pada Jun 2009 seperti dipersetujui oleh EXCO Wanita beberapa bulan dulu.

Ini bermakna TS Rafidah telah awal-awal lagi memberi isyarat kepada WANITA supaya pemilihan pada bulan Mac nanti memberi laluan mudah kepadanya yakni memberi kemenangan percuma iaitu tidak bertanding. Apabila dia menang dia akan melepaskan jawatan tersebut pada bulan Jun 2009 dan Naibnya akan memangku jawatan Ketua Wanita selama lebih kurang tiga tahun.

Perlembagaan mana yang dia gunapakai, apa hasrat yang tersirat hanya Rafidah sendiri yang boleh memberi jawapan.

Selepas saja mesyuarat perwakilan bahagian diseluruh negara selesai, peringkat akar umbi memberi isyarat ada keperluan pertandingan diadakan di semua peringkat. Rafidah mendapat 116 pencalonan manakala Shahrizat mendapat 73 pencalonan untuk jawatan Ketua Wanita.

Jawatan Naib Ketua Wanita, Shahrizat mendapat 102 pencalonan manakala Datuk Kamilia mendapat 56 pencalonan.

Pada mesyuarat Exco Wanita UMNO Isnin lepas Rafidah memaklumkan kepada sidang akhbar bahawa dia telah dipersetujui oleh EXCO untuk meneruskan pelan peralihan kuasa pada Jun 2009. Mesyuarat itu pun berpunca sehari sebelum, Shahrizat telah membuka mulutnya setelah sekian lama mendiamkan diri meminta Rafidah mengkaji semula pelan peralihan kuasa dipendekkan daripada Jun ke Mac 2009.

Selasa lalu, Kamilia mengumumkan dia akan tetap bertanding jawatan Naib Ketua Wanita UMNO, walaupun mesyuarat exco pergerakan itu sehari sebelumnya memutuskan peralihan kuasa dikekalkan pada Jun 2009.

Bermula daripada situ isu makin bertambah panas. Kalau Sharizat 'patuh' kepada ketuanya maka dia tidak akan bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO, bermakna Rafidah akan menang tanpa bertanding. Maka Sharizat akan bertanding Naib Ketua Wanita dan akan ditentang oleh Kamilia.

Sepatutnya Shahrizat tidak perlu takut dalam hal ini. Jikalau beliau menang jawatan Naib Ketua nanti, dia akan memangku jawatan Ketua Wanita UMNO senang-senang tanpa mengeluarkan titik peluh dan wang ringgit.

Yang menjadi isu sekarang, Shahrizat takut kalah jawatan Naib Ketua, maka terlepaslah peluang beliau memangku jawatan Ketua Wanita.

Maka riuh rendahlah 'Wanita'-'wanita' di seluruh negara. Ramai yang mengecam Kamilia. Ramai yang mahu Kamilia tidak bertanding Naib Ketua.

Isu sudah beralih arah, isu sudah diterbalitkan. Kenapa mengecam Kamilia?. Beliau berhak bertanding Naib Ketua setelah mendapat cukup pencalonan demi menghormati kehendak akar umbi.

Sekarang Sharizat perlu diberi 'kencaman'. Jika anda fikir pelan peralihan kuasa pada bulan Jun tidak membawa apa-apa makna, maka anda buatlah satu keputusan yang berani. Hormatilah kehendak akar umbi. Bertandinglah jawatan Ketua Wanita. Biarlah perwakilan buat keputusan. Kalau anda takut kalah dengan Rafidah, maka bertandinglah jawatan Naib Ketua. Lainlah dengan Kamilia pun anda takut kalah.

Jikalu anda 'melawan' Rafidah dan anda kalah maka anda terlepas peluang menjadi Ketua Wanita.Jika anda kalah 'melawan' Kamilia, anda pun terlepas peluang menjadi Ketua Wanita. Maka buatlah satu keputusan, bertanding salah satu jawatan.

Jadi, dalam hal ini, penulis berpendapat Rafidah juga, patut diberi kencaman. Beliau sepatutnya menarik diri secara terhormat daripada bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO.

Jika beliau masih yakin akar umbi memerlukannya, maka silakan bertanding jawatan Ketua Wanita, TETAPI jangan serah jawatan tersebut kepada Naib Ketua, pada bulan Jun 2009, selaras dengan pelan peralihan kuasa nanti. Teruskan memegang jawatan tersebut sehingga pemilihan 3 tahun berikutnya.

Selamat Bertanding kepada Rafidah, Shahrizat dan Kamilia

Prof Ramasamy Bodoh atau Khir Toyo yang Bodoh?????

"Kenyataan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof. P. Ramasamy bahawa UMNO adalah punca ketidakseimbangan kaum dalam sektor awam merupakan satu pandangan bodoh yang tidak sepatutnya dilontarkan oleh seorang yang berpendidikan tinggi sepertinya." Kata Khir Toyo. Khir Toyo menuntut Ramasamy meminta maaf kerana sebagai seorang berpendidikan tinggi dia (Ramasamy) sepatutnya membuat kajian dahulu

Bagi saya Khir Toyo dituntut meminta maaf dengan Ramasamy, kerana bekas MB itu sudah semacam 'gila talak'. Adakah Khir Toyo tahu yang Ramasamy mengeluarkan kenyataan tanpa ada fakta?

Saya yakin sebagai seorang ahli akademik, beliau tidak akan mengeluarkan sesuatu kenyataan secara sedap mulut macam Khir Toyo.

Di Negeri Selangor, sudah ke Khir Toyo membuat kajian kenapa ada keperluan menyediakan 'istana' mewah kepada EXCO?

Beliau ada ke buat kajian kenapa wujud banyak kepincangan di dalam PKNS sehingga perlu dirombak?

Beliau ada ke buat kajian, negeri yang kaya seperti Selangor, tapi masih lagi rakyatnya tidak dapat menikmati kekayaan itu? Sehingga kerajaan PR terpaksa beri air percuma (20m3 pertama), warga mas dapat pembelaan, anak-anak yang mendapat tawaran ke IPTA daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat RM1000.00. dll.

Khir Toyo berkata lagi "...kenyataan yang dibuat Ramasamy juga mencerminkan bahawa pembangkang begitu terdesak untuk meraih sokongan rakyat dengan membangkitkan isu-isu yang kononnya membela hak rakyat negara ini."

Didalam hal ini tiada timbul pembangkang terdesak untuk meraih undi, kerana PR masih memerintah Pulau Pinang, tetapi UMNO/BN di negeri Selangor selaku pembangkang memang terdesak. Kadang kala Khir Toyo terlupa atau 'gila talak' siapa pembangkang, siapa pemerintah di negeri Selangor.

Sementara itu, pensyarah di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Ahmad Nidzammuddin Sulaiman berkata, masalah kekurangan orang bukan Melayu dalam sektor awam berpunca daripada masalah skim gaji yang tidak menarik.

‘‘Malah sektor kerajaan juga tidak membayar bonus sebanyak sektor swasta dan faktor ini turut menyebabkan orang bukan Melayu tidak berminat untuk berkhidmat dalam kerajaan walaupun kehadiran mereka amat dialu-alukan,’’ ujarnya.

Kenyataan Prof. Madya Dr.Ahmad Nidzammuddin tersebut jelas menjawab penyataan Prof. Ramasamy. Siapa yang merangka pergerakan gaji, bonus serta kemudahan lain kalau tidak Kerajaan yang di terajui oleh UMNO/BN?

Jadi sekarang siapa yang bodoh, anda timbang sendirilah. Rujukan. UtusanOnline

Wednesday, November 12, 2008

Pentingnya Usrah.

Usrah kumpulan kami dah lebeh kurang 2 bulan setengah 'bercuti'. Rasa macam nak lemas dan boring semacam. Almaklum Naqib kami sebuk sesangat-sangat. Bukan sebuk dibuat-buat. Beliau adalah YB contoh. Pernah bertanding di Simpat Empat Perlis tapi tak de rezeki kat sana. Dua kali tumpas dengan hanya 200 lebih undi. Tapi rezeki beliau untuk masuk parlimen ada di Hulu Langat. Orangnya pendiam tapi bila bersembang dengan dia, kelihatan peramah. Penulis pernah bekerja dengan dia dalam beberapa pilihanraya, tak tahan laju sangat. Letih dibuatnya. Penulis berharap usrah disambung semula kerana dikhuatiri, makin lama 'bercuti' makin liat jadinya. Tali ukhwah bertaut rapat melalui usrah. Ilmu dapat dinikmati. Isu semasa dapati diselongkari.

Takut kepada 'kematian' ke takut mati?????

'Sajak Kematian' yang dimainkan di sekolah boleh menakut-nakutkan murid kerana mereka masih dibawah umur dan mungkin boleh memesongkan pegangan agama, kata Hishamuddin, Menteri yang jaga murid-murid sekolah. Penulis katakan bohong kerana satu masa dulu, zaman Muhammad Rahmat, Menteri yang jaga Radio dan TV pernah meng'gam'kan lagu Selimut Putih. 'Gam' kerana orang tua takut mati ke? Ke takut senikata lagu tu menikam jiwa-jiwa yang telah lama mati?

Beberapa Bulan Selepas PRU12

Senario politik Malaysia di era pasca PRU12 telah menyaksikan banyak perubahan dan perkembangan baru. Pada satu ketika di zaman DR. Mahathir, peranan institusi Raja kelihatan seperti hendak dilemah-lesukan, tetapi selepas PRU12, institusi raja mula memainkan peranannya, selari dengan kehendak rakyat dan Undang-Undang tubuh setiap negeri.

Di Perlis menyaksikan perlantikan MB menjadi isu yang menghangatkan suasana. Walaupun MB yang dicadangkan oleh UMNO adalah DS Shahidan, tetapi Datuk Seri Dr Md Isa Sabu mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan dan diperkenan oleh Raja Perlis.

Terengganu juga menyaksikan perlantikan MB terkebelakang dan menggemparkan. DS Idris Jusuh dengan sokongan dari ahli-ahli yang taksub diperkenankan oleh UMNO. Tetapi mereka lupa kepada Undang-Undang tubuh negeri yang memerlukan perkenan Sultan. Akhirnya DS Idris dan 'awak-awak'nya terpaksa mengalah, berkesudahan Dato' Ahmad Said menerajui kerajaan Terengganu.

Peranan isitusi Raja amat penting kearah memakmurkan negara yang berbilang kaum. Isu perlantikan MB Perak mencelikkan rakyat jelata khususnya di negeri Perak dan amnya di Malaysia.

Undang-Undang tubuh negeri Perak menghendaki seorang MB terdiri daripada seorang berbangsa melayu yang beragama Islam.

Sejarah besar akan tercatat jika DAP di mana ADUN mereka mendahului PKR dan PAS dari sudut bilangan di dalam PR, tetapi tidak mempunyai Adun yang berbangsa melayu dan beragama Islam, maka terlepaslah peluang DAP dinobatkan menjadi MB. Akhirnya Adun PAS diperkenankan oleh Sultan untuk menerajui kerajaan PR walaupun minoriti.

Apabila BN tidak dapat merampas Kelantan daripada PAS dan terlepas pula Pulang Pinang, Kedah, Perak dan Selangor kepada PR, maka BN yang memang arif tentang penolakan rakyat berbilang kaum terhadap mereka, maka masing-masing mula menggunakan taktik lama iaitu 'ketuanan melayu', perpaduan melayu, survival melayu dan sebagainya.

UMNO, MCA, Gerakan masing-masing ingin menjadi juara kepada kaum mereka. UMNO Pulau Pinang yang sudah nampak mereka sukar untuk kembali bertapak di sana mula tunjuk garang. Gerakan pula sudah berani mencabar rakan kongsi BN. Kehadiran DAP yang dipimpin oleh DAP menerajui kerajaan negeri, menjadi mimpi ngeri buat UMNO dan Gerakan.

Kenyataan Lim Guan Eng hendak menghapuskan unsur-unsur kronisme dan rasuah dalam DEB telah diputarbelit oleh media. Media menggambarkan seolah-olah PR ingin menghapuskan terus DEB. Maka mereka pun mula 'menunjuk perasaan' membantah. Para cendikiawan pun mulalah melalak sana-sini. Lagu lama seperti 'ketuanan melayu', 'melayu bersatu', 'survival politik melayu' etc etc berkumandang.

Era pasca PRU12 juga menyaksikan beberapa Presiden parti berundur. Presiden UMNO diasak kiri dan kanan, dan akhirnya terciptalah istilah pelan peralihan kuasa. Presiden MCA juga beralih tangan. Presiden Gerakan Dr.Koh Su Koon telah disahkan Presiden Gerakan setelah memangkunya ekoran pengunduran Lim Kim Yek. Presiden PPP menyepi diri. Presiden MIC dikhabarkan akan dicabar dalam pemilihan akan datang.

Tiga bahasa di papan tanda nama jalan juga menjadi isu. Lim Guan Eng mengumumkan akan meletakkan tiga bahasa di papan tanda nama jalan di tempat-tempat utama di Pulau Pinang. Manakala di Kuala Lumpur pula menyelitkan tulisan jawi dan mendapat bantahan daripada DAP. DAP mencadangkan agar diselitkan tiga bahasa di papan tanda nama jalan.

Alasan Lim Guan Eng ialah berkaitan dengan tarikan pelancong manakala alasan Teresa Kok ialah supaya nama jalan nampak muhibah.

Penulis kurang bersetuju dalam hal ini. Bahasa Melayu itu sendiri adalah bahasa muhibah, bahasa yang menyatupadukan rakyat Malaysia, bahasa pertuturan rakyat jelata yang menghubungkan rakyat berbilang kaum selari dengan Perlembagaan Negara dengan tidak menafikan perkembangan bahasa-bahasa lain.

DAP perlu matang dalam hal ini. Jangan pandang ia dari sudut perkauman walaupun DAP akan berkata mereka bukan berniat hendak membangkitkan isu perkauman, tetapi orang melayu nampak ia semacam ada niat perkauman. Yang peliknya DBKL menyelit pulak tulisan jawi di samping tulisan rumi. Ini yang membuat DAP tidak bersetuju lalu diberi cadangan balas iaitu meletakkan tiga bahasa atas papan tanda nama jalan.

Pemimpin PR harus teliti dan berhati-hati seperti menarik rambut di dalam tepung, apabila membuat sesuatu 'statement'. Kesamarataan pembelaan semua kaum di Malaysia memang menjadi hasrat semua parti dalam PR, tanpa lupa penekanan kepada orang melayu yang banyak ketinggalan di dalam beberapa bidang akibat ada unsur-unsur kronisme dan rasuah dalam DEB, juga kaum cina yang tertinggal akibat ada unsur-unsur kronisme dalam MCA dan kaum india yang tertinggal di ladang-ladang kerana semacam tidak kelihatan oleh MIC kewujudan mereka.

Penulis tidak nampak apa rasionalnya menyelit tulisan jawi disitu. Hendak mendaulatkan tulisan jawi adalah satu isu yang berasingan. Memadailah dengan tulisan bahasa melayu sahaja di papan tanda nama jalan. Bahasa melayu sepatutnya dipandang bukan sebagai bahasa milik orang melayu sahaja, tetapi bahasa milik orang Malaysia. Bahasa yang dapat menyatupadukan rakyat Malaysia. Di Thailand dan Indonesia rakyat dari keturunan cina boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Thailand dan Indonesia.

Kenapa di Malaysia kita tidak menjurus kesitu?

Monday, November 10, 2008

TV 3 Berhikmah ke?????

Maka gegak gempitalah satu Malaysia kononnya ada Ustazah menayangkan video tentang azab meninggalkan solat. Maka bising serta riuh rendah satu kampong kononnya kalau nak berdakwah mesti dengan bilhikmah.Jari pun dituding ke Ustazah tersebut. Mereka melalak dalam TV dan TV pun memancarkan seantero dunia, bilhikmah ke tu. Tak boleh ke panggil Ustazah tu bawak berbincang. Perlu ke temu-ramah orang ramai.

Saya cukup geteklah. Sikit-sikit bilhikmah. Paham ke bilhikmah tu. Yang tak pakai tudung pun cakap dakwah tak bilhikmah. Yang pakai tudung berjambul ala-ala wanita UMNO ziarah orang meninggal pun bercakap berdakwah mesti dengan bilhikmah. Para usataz upahan pun cakap berdakwah mesti dengan bilhikmah

Mana-mana ustaz yang takut berdakwah serta menegur pemimpin yang rasuah kerana makan gaji, itulah ustaz yang tidak berhikmah.

Apabila, Rasullulah SAW menceritakan azab pedih meninggalkan solat, neraka, azab kubur, panas terik di Padang Mahsyar, Titi Sirot, dll itu tidak berhikmah ke? Habis nak suruh Nabi SAW sembunyikan cerita-cerita yang Ghaib yang wajib kita mengimani itu, baru nak kata Nabi SAW berhikmah.

Haru-BIRU Jadinya

Kenapa ye kalau sesuatu keadaan berada dalam keadaan bercelaru, orang akan kata HURU-HARA atau HARU-BIRU. Tak boleh ke kata HURU-HIJAU atau HARU-HIJAU.Saya teringat semasa zaman muda-muda dulu, bila main bolasepak 7-aside, masing-masing semput kerana banyak game dalam satu hari, sehingga ada member boleh jatuh depan gol walhal goalkeeper dah ditewaskannya.

Dia perlu kuis je bola kedalam gol, tapi tiba-tiba dia jatuh, semput katanya, sehingga muka naik BIRU. Tak pula dikatakan muka naik HIJAU, pada hal mukanya tak pun nampak BIRU sangat kerana kulitnya gelap sikit.

Awan di langit warnanya putih atau kelabu kehitaman atau hitam pekat, tapi masih mengatakan terbang tinggi ke awan BIRU.

Bukan nak mengatakan saya anti biru, semasa pertunangan anak perempuan saya minggu lepas saya mengambil tema biru cair.

Tapi ada orang cukup fobia dengan warna hijau. Tak tau kenapa. Kubah masjid yang dah elok warna hijau dicat warna kuning dan hampir sama dengan kuil punjabi.

Tak de pulak cadangan Kerajaan Malaysia memohon jasabaik menteri Wakaf Arab Saudi supaya di tukar kubah-kubah masjid di Arab Saudi ke warna lain, kalau tidak haru BIRU.

Saya rasa cuba gantikan padang bolasepak ke rumput tiruan yang berwarna BIRU, mungkin Malaysia tidak corot lagi kot.

Sunday, November 9, 2008

Apa Dah Jadi Ni......

FRU mengawas Mesyuarat Pemuda Rantau Panjang. Gedebe demo

Di Seremban pun gaduh jugak. Pandai ko Jang bersilat, alahai anak omak


Sila Klik disini

Mereka Tahu Membawa Diri

Pertandingan jawatan-jawatan penting dalam UMNO nampaknya semakin sengit. Tiga calon layak bertanding jawatan Timbalan Presiden, yang secara lazimnya akan dinobatkan menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Lapan orang sudah layak bertanding merebut jawatan Naib Presiden dimana tiga orang yang mendapat jumlah undi tertinggi akan layak menjadi orang penting yang turut membuat dasar baru serta halatuju UMNO seterusnya.Manakala jawatan Ketua Pemuda tidak kurang sengitnya. Yang pemenang akan jadi Ketua Pemuda dan secara otomatik mengisi jawatan Naib Presiden. Satu lagi jawatan Naib Presiden akan diisi oleh pemenang jawatan Ketua Wanita

Umum telah maklum bahawa ramainya calon-calon menawarkan diri untuk bertanding jawatan-jawatan tersebut adalah untuk membela ketuanan melayu yang menjadi zikir wajib pagi dan petang, ia juga untuk memertabatkan Agama Islam yang pernah di'zikir'kan oleh mereka dengan penuh khusuk terutama apabila ada isu Agama dibangkitkan, selain untuk mengisi beberapa jawatan kosong. Itu yang tersurat.

Yang tersiratnya, pada kebiasaan pemegang-pemegang jawatan penting dalam parti selalu dikaitkan dengan jawatan-jawatan menteri di Kementerian-Kementerian yang penting. Ini antara lain yang mendorong mereka untuk bertanding.

Presiden parti, DS Abdullah Badawi khuatir dengan wujudnya banyak kem akan menjurus kepada pepecahan. Saya tidak nampak ada pepecahan selagi 'mereka' diangkat dengan jawatan (paling koman pun jadi ahli Majlis Daerah) dibalut dengan fulus dan diulit dengan projek, mereka akan 'setia' kepada tuannya. Saya pernah dengar seorang kawan yang jadi Ketua Cawangan pernah ber'zikir', "tangan yang menyuap aku nasi, tak mungkin aku gigit jarinya". Rupa-rupanya, bila 'tuan'nya dan hilang taringnya, dah hilang bisanya, dah hilang 'dakwatnya' bukan jarinya digigit tapi tangannya di'pulas'.

Senario ini berlaku dimana-mana. Yang paling saya tahu ialah di Terengganu, bilamana MB lama tak ada 'dakwat', yang buka mulut tadi menunggu nasi di'suap' beralih tangan. Mulut didongak kearah lain pula. Begitulah yang berlaku zaman berzaman, dulu, kini dan selama-lamanya.

Dulu apabila Tengku Razaleigh kalah kepada Dr.Mahathir, ramai cerdik pandai meramalkan perpecahan berlaku. Tengok hari ini, hanya satu pencalonan saja yang dapat diraihnya.

Jadi saya rasa usah khuatir kepada pepecahan, 'mereka' tahu membawa diri.

Menang tak bertanding?????

Apa dia menang tanpa bertanding????? Di dalam apa-apa pertandingan, katakan team A bersedia untuk berlawan tetapi team B tak muncul pada waktunya, maka team A dikira menang tanpa bertanding.Begitulah berlaku kepada DS Najib. Beliau dilaporkan oleh Utusan sebagai menang tanpa bertanding. New Straits Times melaporkan "It’s Najib by a walkover". Manakala TheStar melaporkan Datuk Seri Najib Tun Razak has won the Umno presidency unopposed.

Penulis tidak berhajat untuk mempertikaikan istilah-istilah tersebut. DS Najib masih dikira menang walaupun ada tentangan iaitu Tengku Razaleigh. Tengku Razaleigh adalah calon yang sah untuk berdepan dengan DS Najib. Beliau memang didapati sihat dari segi 'akalnya dan fizikalnya. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam politik dan kerajaan serta berpengaruh samada di Kelantan atau pun lain-lain negeri.

Cuma beliau dikira kalah kepada DS Najib kerana tidak cukup pencalonan kerana dek sistem kuota. Beliau kalau bukan tidak dapat hadir pada hari pertandingan. Bukan beliau yang beri 'walkover' kepada DS Najib. DS Najib menang bukan kerana tak ada calon yang nak lawan dia. I
He's not unopposed, cuma sistem kuota yang membuat DS Najib menang.

Sistem kuota ni pun wujud dek kerana Tengku Razaleigh jugak. Beliau mencemaskan Dr.Mahathir dalam pertandingan yang sama jugak. Pertandingan merebut jawatan Presiden UMNO. Dr.Mahathir menang tipis, lalu dicadangkan wujud sistem kuota.

Jikalau diadakan atau diteruskan perlawanan itu, apa pulak ceritanya ye!

Ketuanan Rakyat

Jika tiada aral melintang bulan Mac nanti DS Najib akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6. Jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah di antara TS Muhyiddin Yassin, DS Ali Rustam dan TS Muhd Taib.Bagi saya siapa jadi Timbalan Perdana Menteri antara bertiga tidak menarik minat saya untuk meramalkanya.

Yang penting, jadilah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk semua orang melayu, untuk semua orang cina, untuk semua orang india dan untuk semua suku kaum dan etnik yang lain tanpa mengambilkira pegangan politik mereka

Yang penting jadilah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang menjadi Jaguh Ketuanan Rakyat.

Kesemua manusia adalah pemimpin dan di akhirat kelak semua pemimpin ini akan ditanya,disoal,dibicarakan dalam melaksanakan amanah ini. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w menerusi hadisnya riwayat Bakhari dan Muslim yang bermaksud :

"Setiap kamu adalah pemerintah dan setiap kamu akan ditanya dari hal apa yang diperintahkan kepadanya.Seorang imam (pemimpin negara) adalah pemerintah dan akan ditanya dari hal apa yang diperintahkan kepadanya. Seorang lelaki (suami) adalah pemimpin terhadap ahli keluarganya dan akan ditanya dari hal apa yang diperintahkan kepadanya, seorang isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya dari hal apa yang diperintahkan kepadanya. Seorang khadam (pembantu) adalah pemimpin terhadap harta tuannya (majikannya) dan dia akan ditanya dari hal apa yang diperintahkan kepadanya, dan (kesimpulannya) setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya dari hal apa yang kamu pimpinkan".

Saturday, November 8, 2008

Bersatu, BerSATU, BERSATU?????

Ramai cerdik pandai, sampai berbuih mulut memperkatakan mari kita bersatu. Bersatu macamana????? BerSATU macamana????? BERSATU macamana????? Di warung-warung kopi, di Parlimen, di Surau-Surau dan di mana-mana saja.

Mereka berkata kalau Islam tak nak dihina, marilah kita bersatu.
Mereka berkata kalau Melayu nak kuat, marilah kita bersatu.
Mereka berkata lagi kalau nak mempertahankan ketuanan melayu marilah kita bersatu.

Berkata mereka lagi kalau ekonomi melayu nak mantap, marilah kita bersatu.
Berkata mereka lagi kalau melayu ingin jadi bangsa yang dihormati, marilah kita bersatu
Berkata mereka lagi kalau melayu tak nak hilang di dunia, marilah kita bersatu.

Bersatu yang macamana? Bersatu dalam mempertahankan sesuatu isu yang berkait dengan kepentingan Islam tanpa ambilkira fahaman politik?

Bersatu yang macamana? BerSATU dalam UMNO untuk memepertahankan ketuanan melayu dan kedaulatan Islam?

Bersatu yang macamana? BERSATU dalam UMNO dengan membubarkan PAS dan PKR demi mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanahair?

Atau hanya BerSATU hanya satu slogan bila diri TERSEPIT dan TERTEKAN?

Untuk menyatukan hati-hati manusia hanya dalam Agama. Bersatulah dalam Agama untuk menegakkan Islam serta membela dan memberi keadilan kepada semua tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut dan suku kaum serta etnik lain.

Macamana Jabatan Agama?????

Hati umat Islam dah lama terguris. Penghinaan demi penghinaan daripada negara luar seperti isu karikatur para Ambia 'Alaimussalamtuwassalam, persoliti-personaliti seperti Salman Rushdi, Taslima Nasreen serta Aminah Wadud. Di Malaysia, apa kurangnya.

Penghinaan demi penghinaan oleh mereka atas nama kebebasan bersuara. Semalam ketika umat Islam sedang solat jumaat, satu demonstrasi diadakan di KLCC bertujuan memperli fatwa-fatwa yang dikeluarkan. Sila lihat blog ini.

Ivy Josiah, Pengarah Eksekutif WAM juga dalam temuramahnya dengan Malaysiakini turut menghina Islam.

Satu ketika dulu Sdr. Kassim Ahmad turut menghina Islam. Beliau mempertikaikan Hadith. Ramai lagi jenama-jenama tersohor, ikut sedap bercakap, macamlah mahir serta 'alim dalam agama seperti Astora Jabat, Ayah Pin, Rosnah Mat Aris dan yang paling terkini dan terkenal ialah Raja Petra.

Raja Petra terkenal kerana beliau seorang blogger tersohor. Bertambah jadi famous dan glamour apabila beliau dicekup ISA. Bila mahkamah memutuskan beliau bebas kerana penangkapan di bawah ISA tidak berapa 'betul' prosedurnya, nama beliau melonjak naik ke rangking no.1 dalam manusia paling popular di Malaysia.

Bebasnya beliau bukan kerana dia tak bersalah dalam menghina Agama, tetapi bebasnya beliau kerana kesilapan prosedur. Umum ramai yang anti ISA termasuk penulis, tetapi dalam bab menghina Agama beliau tidak patut terlepas termasuk mereka-mereka yang disebut tadi. Jabatan Agama boleh membuat pendakwaan di bawah seksyen yang berkaitan.

Hanya mahkamah RabullJalil yang maha adil untuk menghurai permasalahan di atas.